Monday, July 26, 2010

Derita Amar tidak boleh bergerak




ABDUL AZEEZ (kanan) meluangkan masa melawat Mohd. Amar yang menderita penyakit kelemahan pada otot di Baling semalam.


BALING - Biarpun masih mahu meneruskan persekolahan, namun bagi seorang remaja Mohd. Amar Suhaimi, 16, hasrat itu terpaksa dilupakan.
Dia yang kini terlantar di rumah kerana menghidap penyakit kelemahan pada otot dikenali Duchenne Mascular Dystrophy tidak dapat bergerak bebas.
Dalam tempoh setahun lalu, dia jarang ke sekolah kerana seluruh otot badannya lembut membuatkan dia tidak mampu untuk bergerak.
Sepanjang tempoh itu, dia terpaksa berkerusi roda dan pergerakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Putra, di sini itu dibantu oleh guru dan rakan-rakan.
Menurut bapanya, Suhaimi Saad, 48, sejak seminggu lalu, dia langsung tidak ke sekolah kerana penyakitnya bertambah serius.
Katanya, struktur badan dan kaki Amar yang bengkok menyebabkan dia tidak dapat bergerak seperti dulu.
Jelasnya, anak sulung daripada dua beradik itu mula menderita penyakit tersebut sejak berusia lima tahun.
"Selepas umurnya mencecah sembilan tahun, keadaan penyakit Mohd. Amar semakin serius apabila seluruh badannya semakin lembik," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Impian Pulai, dekat sini semalam.
Menurut Suhaimi, kadang-kadang dia dan isteri Rokiah Othman, 51, terpaksa meninggalkan Amar kepada adiknya, Mohd Izat, 15, ketika mereka keluar bekerja.

Mufti perlu dihormati



SHAH ALAM – Golongan yang berpengetahuan luas dalam bidang agama seperti mufti dan ulama perlu dihormati dan disanjungi, bukannya dihina mahupun dicerca dengan gelaran dan perkataan yang mengaibkan. 

Pendakwah bebas, Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, setiap individu termasuklah mufti dan ulama berhak mengeluarkan pendapat masing-masing dan perlu dihormati walaupun berbeza dengan pandangan sendiri atau orang lain. 

“Gejala segelintir masyarakat yang tidak menerima nasihat sebalik:nya menghina golongan berilmu agama tinggi ini boleh memusnahkan institusi masyarakat sekiranya dibiarkan berterusan. 

:“Sekiranya mereka tidak bersetuju dengan golongan itu mengenai sesuatu isu, berbahaslah secara akademik dan mengikut landasan yang betul bukannya mengutuk secara membuta-tuli,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian:, semalam. 

:Menurut beliau, kekurangan ilmu menyebabkan seseorang itu tidak dapat membezakan pandangan yang betul atau salah. 

“Mungkin ada pendapat yang mempunyai pro dan kontranya, jadi setiap individu perlu mengkaji sedalamnya pendapat itu sebelum tidak menyetujuinya. 

“Sekiranya ada yang perlu diperbaiki, belajar untuk memberi cadangan yang bernas kerana pandangan daripada mufti dan ulama ini adalah panduan kepada masyarakat,” katanya. 

Sementara itu, seorang lagi pendakwah bebas, Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood berkata, setiap pendapat yang dikeluarkan mufti dan ulama adalah demi kepentingan bersama. 

“Dalam hal agama, mufti dan ulama adalah golongan yang perlu dijadikan rujukan kerana segala saranan mereka adalah bukan untuk kepentingan sendiri, sebaliknya sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk membimbing umat. 

“Saya bimbang mereka yang mengutuk mufti dan ulama ini akan terputus rahmat daripada Allah SWT kerana menolak kebenaran yang dibawa sekaligus menghina agama itu sendiri,” katanya. 

Terdahulu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengatakan beliau tidak kisah dihina dengan pelbagai gelaran mengaibkan seperti disiarkan beberapa laman blog. 

Harussani menerima hinaan berkenaan selepas beliau memberi saranan agar pemimpin politik dapat mengadakan pertemuan demi mengajak umat Islam bersatu. 

“Terpulang kepada mereka untuk menilai kerana sudah termaktub dalam al-Quran bahawa mencaci, memaki dan menghina orang lain adalah berdosa,” katanya.

TPM titiskan air mata serah sumbangan





2010/07/26

KUALA LUMPUR: Di sebalik perwatakannya yang serius, jarang tersenyum dan berpendirian tegas, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menitiskan air mata melihat nasib beberapa bekas wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang mengalami pelbagai masalah kesihatan. 

Timbalan Perdana Menteri tidak dapat mengawal kesedihannya pada majlis penyampaian sumbangan kepada 13 ahli Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) selepas melihat ada antara mereka yang lumpuh selain menghidap sakit jantung dan diserang angin ahmar.Beliau menitis air mata selepas menyerahkan replika cek kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Balang, Muar, Johor, Muntaha Kailan yang kini terpaksa menggunakan kerusi roda akibat serangan angin ahmar.
Muhyiddin tidak mampu meluahkan kata-kata dan hanya mengesat air mata ketika menyerahkan replika cek bernilai RM8,500 kepada Muntaha yang dikumpul menerusi Pertandingan Golf Amal Jemputan 2010, semalam. 

Ahli Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) dan MUBARAK yang berada pada majlis itu terdiam melihat Muhyiddin menitiskan air mata ketika duduk di meja makannya. 

Pertandingan persahabatan golf amal itu adalah antara pasukan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMGC) dan BNBBC yang bertujuan mengeratkan hubungan antara wakil rakyat serta bekas wakil rakyat BN. 

Pertandingan itu dimenangi TSMCG dengan mengutip 669 mata menewaskan BNBBC (536 mata) dan berjaya mengumpul dana berjumlah RM100,000 yang digunakan untuk tujuan amal. 

Seramai 100 wakil rakyat dan bekas wakil rakyat BN dari seluruh negara menyertai pertandingan itu termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bermain untuk BNBBC. 

Sebelum pertandingan itu, Perdana Menteri turut memotong kek dan pulut kuning sempena majlis meraikan ulang tahun kelahirannya ke-57, yang jatuh Jumaat lalu. 

Selain Muntaha, bekas wakil rakyat yang menerima sumbangan ialah Datuk Badrul Hisham Abd Aziz (bekas Ahli Parlimen Hulu Langat) dan Datuk Zakaria Said (bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah). 

Bekas ADUN Labu, Datuk Mohamad Shahlan Shaid; Jusoh Musa (bekas ADUN Alor Limbat), bekas Senator Asmah Ismail dan Datuk Majid Baba. 

Terdahulu, Muhyiddin selaku pengasas TSMGC berkata, wakil rakyat BN perlu menunaikan tanggungjawab sosial dengan membantu rakan mereka dan bekas wakil rakyat atau pemimpin masyarakat yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara. 

PERKASA minta KDN siasat isu C4, Kalimullah




2010/07/26

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta menyiasat berhubung artikel yang ditulis Datuk Seri Kalimullah Hassan mengenai bahan letupan C4 ketika beliau menerajui The New Straits Times Press Berhad (NSTP).

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali berkata, Ahli Dewan Tertinggi pertubuhan itu, Mohd Zahid Md Arip sebelum ini sudah meminta Kalimullah supaya menjelaskan mengenai artikelnya itu.Artikel mengenai bahan letupan C4 ini amat serius..., maka kita meminta KDN supaya segera menyiasat mengenai perkara ini, katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis perasmian PERKASA peringkat Parlimen Wilayah Persekutuan di sini, semalam.
Kelmarin, sebuah akhbar berbahasa Melayu memetik temu bual Mohd Zahid bersama TV3 yang disiarkan menerusi Buletin Utama Sabtu lalu, yang meminta Kalimullah menjelaskan kaitannya dalam plot menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak ketika menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan. 

Dalam temu bual berkenaan, beliau mendakwa, Kalimullah dipercayai mempunyai kaitan dengan plot itu dan turut mendakwa, Kalimullah menyiarkan artikel tidak tepat ketika menerajui NSTP mengenai bahan letupan C4 yang digunakan dalam kes pembunuhan model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006. 

Dalam artikel itu, C4 ini kononnya hanya dimiliki oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan perlu kelulusan tertinggi Kementerian Pertahanan. 

Berita ini tidak tepat kerana kita tahu bahan letupan ini juga ada di semua depot senjata Polis Diraja Malaysia dan penggunaannya tidak memerlukan kelulusan tertinggi. 
Jika Kalimullah tidak mahu bertanggungjawab, tidak mahu menjawab, dan berdiam diri, beliau jangan marahkan saya. Seluruh rakyat percaya beliau salah seorang yang merancang plot untuk menjatuhkan Najib ketika itu dan agenda itu berterusan sehingga sekarang, dakwa Mohd Zahid seperti disiarkan dalam Buletin Utama itu. 

Khalid kena hormat peraturan parti




SHAH ALAM - Individu dalam parti tidak boleh menentukan hala tuju dan nasib parti kerana setiap keputusan perlu dibawa serta diputuskan dalam mesyuarat, kata Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad. 

Menurutnya, setiap parti mempunyai peraturan dan jawatankuasa disiplin tersendiri untuk menyiasat terlebih dulu sebarang permasalahan sebelum bertindak. 

“Kita ada peraturan, jadi kena ikut peraturan dan prosedur, ada cara-cara tersendiri dan bukan parti ‘caca marba’ yang mana sebarang tindakan boleh diputuskan sesuka hati. 

“Pas tidak akan menjatuhkan hukuman sesuka hati, termasuk kes pertemuan pemimpin Pas dengan: Mufti: Perak, Tan Sri Harussani Zakaria itu,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian:, semalam. 

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas tidak akan menghukum individu terbabit kerana pertemuan tidak menjadi satu kesalahan. 

“Semua orang ada mengadakan pertemuan dengan mufti, kita tidak tahu atas urusan apa mereka bertemu. Jika akan merugikan parti, kita akan bertindak. Sebab itulah kita akan siasat dulu. Selepas keputusan dibuat dalam muktamar barulah tindakan diputuskan,” katanya. 

Menurutnya, tindakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mengeluarkan kenyataan supaya hukuman dijatuhkan kepada individu yang didapati bertemu Harussani adalah pandangan peribadi pemimpin itu sendiri. 

“Semua orang boleh beri pandangan, tetapi pihak parti pula perlu merujuk pada jawatankuasa. Saya secara peribadi tidak menggalakkan perkara cabar mencabar seperti ini,” katanya:.

Mufti Perak ulas blog hina beliau




PULAU PINANG - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria tidak kisah dihina dengan pelbagai gelaran mengaibkan sperti disiarkan beberapa laman blog demi menunaikan amanahnya mengajak umat Islam bersatu. 

“Saya tidak kisah walaupun ada beberapa laman blog yang menghina saya menggunakan kata-kata kesat seperti ‘haramsani’ dan ‘haram jadah’. 

“Terpulang kepada mereka untuk menilai sedangkan sudah termaktub dalam al-Quran bahawa mencaci, memaki dan menghina orang lain adalah berdosa. Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar," katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Forum Perdana Hal Ehwal Islam di Sekolah Kebangsaan Pulau Betong, malam kelmarin. 

Program yang dianjurkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Seri Hilmi Yahaya dengan kerjasama Pusat Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Anak-anak Kariah Pulau Betong itu dihadiri kira-kira 3,000 penduduk. 

Harussani berkata, tindakan yang dilakukan adalah berdasarkan tanggungjawabnya sebagai mufti yang diamanahkan untuk menjaga akhlak dan akidah umat Islam dan menyifatkan tentangan yang dihadapinya umpama letupan bom yang dahsyat. 

Menurutnya, pemimpin kini lebih mementingkan keutamaan parti tanpa mengamalkan suruhan agama yang menekankan konsep bersatu-padu sesama umat. 

“Saranan yang diberikan untuk mengajak kedua-dua belah pihak mengadakan pertemuan bukannya untuk menyuruh mereka bersatu dari segi politik, sebaliknya untuk menyahut tuntutan agama yang mewajibkan umatnya agar sentiasa bersatu-padu," katanya.

Satu Rumah pemimpin sama dengan beribu rumah rakyat miskin

rumah pemimpin berjiwa rakyat
Rumah pemimpin yang berjiwa rakyat

Umno dulu , kini dan selamanya
Biarpun miskin kami tidah menagih wang ehsan kami mahu royalti hak kami
ada pemimpin tapi kaki rasuah
ada pemimpin tapi kaki songlap duit rakyat
ada pemimpin tapi lupa diri tak ingat rakyat miskin
Ada pemimpin tapi gila kuasa sampai rakyat miskin diabaikan
Ada pemimpin tapi hidup berpoya-poya bermewah-mewah lupa
pada rakyat miskin
Ada pemimpin bodoh agama tak takut tuhan tak takut azab neraka
tanggungjawab pada rakyat miskin diabaikan
Ada pemimpin kaki judi wang berjuta dihabiskan diluar negara
rakyat miskin bersusah payah mencari sesuap nasi
Pemimpin hidup bersuka ria rakyat miskin hidup dalam derita
Rumah pemimpin bagai istana rumah rakyat miskin pondok buruk
Hidup pemimpin seba cukup hidup rakyat miskin serba kurang
Ada pemimpin kaki perempuan hidup rakyat di abaikan
Ada pemimpin kaki arak tak peduli rakyat yang miskin
Ada pemimpin pecah amanah simpan wang berjuta diluar negara
negara luar kaya raya negara sendiri rakyat merempat
Ada pemimpim berebut jawatan rakyat diperbodohkan
Ada pemimpin hanya pandai bercakap tapi cakap tak serupa bikin
Ada pemimpin namanya islam tapi perangainya seperti yahudi
Ada pemimpin sanggup menipu demi mengekalkan kuasa
rakyat miskin tidak diperdulikan
Jika ada pemimpin yang baik ia akan dijatuhkan digantikan dengan
kroni mereka yang seperti mereka 
Ada pemimpin tapi mereka hidup penuh maksiat hingga lupa
pada rakyat
Rakyat hidup merempat pemimpin hidup bersenang lenang
Rumah rakyat serba daif rumah pemimpin dimerata dunia
pemimpin lupa pada rakyat tapi tak lepas azab akhirat
Pemimpin menganiaya rakyat takakan lepas siksa akhirat
Pemimpin tidak tahu malu disaksikan rakyat yang berjuta-juta
menipu seperti rakyat tidak tahu
Rakyat adalah tanggungjawab pemimpin
pemimpin makin kaya rakyat makin miskin
pemimpin melancung serata dunia rakyat merempat dinegara sendiri
Rakyat miskin tidak terbela malah dinafikan hak mereka
Rakyat miskin hina Pemimpin kaya raya
Rakyat hidup melarat pemimpin membazir wang rakyat
Pewmimpin jadi penyamun bertopengkan jawatan
Pemimpin jadi perompak wang rakyat
Pemimpin jadi pembohong selamanya demi untuk kuasa
Rakyat bagaikan sampah terbuang pemimpin tamak haloba
rakyat hidup melarat kerana pemimpin keparat

Pemimpin bernafsu serakah biarkan rakyat miskin hina