Wednesday, January 5, 2011

LIM GUAN ENG MEMANG TAK GUNA!!!


بسم الله الرحمن الرحيم




Note: Yer...!!! Baru hari ini aku sedar bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang ni seorang yang TAK GUNA...!!!

Lim Guan Eng tak guna satu sen pun duit rakyat Pulau Pinang untuk mengisi koceknya dan membesarkan perut kroni-kroni...
Lim Guan Eng tak guna kedudukannya sebagai Ketua Menteri untuk merompak balak seperti di Sarawak.
Lim Guan Eng tak guna pangkatnya untuk jualkan Tanah Melayu kepada cina Singapura.
Lim Guan Eng tak guna kehensemannya untuk merogol amah... Kah..kah..kah..kah...

Beruntunglah orang Pulau Pinang dapat Ketua Menteri yang prihatin kepada rakyatnya. Naik bas pun free. Tak payah bayar 1 sen pun. Tapi lagi beruntung penyokong umno semalaysia.. tiap-tiap hari minyak naik.. barang naik.. minyak naik.. barang naik.. minyak naik... barang naik... sampailah kiamat dari hidup sampai kemati ditipu UMNO... Kah..kah..kah..kah...



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
http://rubbertapperz.blogspot.com/

MESTI BACA...!!!! SIS PERTUBUHAN SESAT YANG HALAL DI MALAYSIA


بسم الله الرحمن الرحيم

Siapa SIS (Sister In Islam)?

Sisters In Islam (SIS) ditubuhkan pada tahun 1990, apabila Dr Amina Wadud dan sekumpulan wanita yang sealiran dengannya yang merasakan wanita Islam tidak mendapat keadilan dari segi hukum Islam, bersepakat untuk menubuhkan sebuah NGO bagi memperjuangkan hak yang didakwa mereka. Zainah Anwar menjadi Pengasas dan ketua SIS. Tujuan menubuhkan SIS diterangkan oleh Zainah:

``We are fighting for justice, (for) an Islam that is just, an Islam that upholds the principles of justice, equality, freedom and dignity of the human being, be it man or woman. But certainly, given the experience that we've gone through, our focus is on the rights of Muslim women.``
(Ibid: 11).


Logo SIS

Keadaan ini berlaku semasa Amina Wadud menjadi pensyarah di UIAM beliau meyusupkan idea dan fahamnya kepada sekumpulan wanita yang sealiran dengannya. Contoh hak berpoligami bagi lelaki dan suami berhak memukul isteri yang nusyuz.


Amina Wadud

Mereka mendakwa sebagai kelas dua dan dinafikan hak. Kumpulan wanita yang tidak puas hati merasa bertuah mendapat seorang mentor yang berjiwa sealiran dengan mereka. Ini terbukti dari ungkapan berikut:

``We were very lucky that we had (Muslim theologian and scholar) Dr Amina Wadud, who had arrived to teach the Quran in UIA (International Islamic University). She was teaching the Quran and she had done her PhD thesis on woman and the Quran. And so she helped us to go through the Qur`an, to go through the words, grammar, vocabulary, world view, the Qur`anic world view. So she helped us develop this methodology and it was a great engagement because she's a scholar. But we bring our activist background.`` (The Sun
Weekend, July 17-18, 2004: 10).
Ungkapan di atas adalah dari Zainah Anwar yang dari pengenalan dan pengajian beliau
bersama kumpulan wanita tersebut.
Laman web SIS pula menerangkan aktiviti mereka sebagai:

“Sisters in Islam is at the forefront of the women's movement which seeks to end discrimination against women in the name of religion. The group's activities in research, advocacy and public education help to promote the development of Islam that upholds the principles of equality, justice, freedom and dignity within a democratic state.

The group writes letters to the editor, issues press statements and submits memorandum to the Malaysian government to influence laws and policies and the debate within Islam on issues such as equality, dress and modesty, polygamy, domestic violence, right to guardianship, women as judges, Islamic Family Law and justice for women, Shari’ah Criminal Law and fundamental liberties, and apostasy and freedom of religion.”
Di tengah-tengah kedahagaan mereka berhubung dengan maklumat keislaman, mereka
bertemu dengan watak yang lebih banyak mempersoalkan Islam dari mematuhi Islam.
Pemikiran SIS


Zainah Anwar

SIS berfahaman dengan fahaman sekular dan liberalisme walaupun bertopengkan nama Islam pada organisasinya. SIS dicengkam dengan gaya berfikir cetusan “Enlightment” di Eropah beberapa kurun yang lalu. SIS membawa fahaman liberalisme dimana sekularisme menyokong kewujudannya dengan berjayanya ajaran sekularisme yang menyisihkan kehidupan agama kepada satu amalan peribadi, manakala kehidupan sosiopolitik dan
ekonomi dibebaskan dari cengkaman agama (Kristian).


Zainah Anwar bersama Amina Wadud

Keadaan ini berlaku apabila Eropah melalui zaman pencerahan atau “Enlightment” dimana kebencian terhadap peranan agama dizahirkan dengan perluasan fahaman yang menyeru kepada kebebasan mutlak dari cengkaman agama.

Perlu diingat, zaman pencerahan adalah satu zaman pemisah untuk membezakan “dark- age” (kegelapan) yang dikaitkan dengan kemunduran kerana penguasaan institusi gereja ke atas sosiopolitik Eropah.

Keadaan ini terus terbawa-bawa oleh SIS yang mempersoalkan tentang ketidakadilan di dalam menghadapi hukuman di mahkamah syar`iah, hak lelaki berkahwin lebih dari satu (poligami), lelaki boleh memukul isteri yang durhaka, tidak mempercayai Islam sebagai ideology politik yang boleh memerintah Negara, mempercayai agama hanya sebagai nilai yang boleh mengawal politik, tetapi undang-undang dan hukuman bukan keseluruhan dari Islam, menentang hudud, menentang menahan orang yang mahu murtad dan hukuman terhadapnya, menentang Negara Islam, menentang penentuan dan pengawalan nilai ke atas masyarakat, Negara tidak seharusnya mengadakan undang-undang atau polisi mengenai sexualiti yang mendiskriminasi dan membezakan dari segi hukuman dan berpegang pada kebebasan beragama (Ibid., 10-13).


executive director dr hamidah marican. Dia ni pengganti Zainah Anwar yang juga membuat kenyataan bahawa hukum rotan dalam islam adalah kejam boleh tengok di SINI

Atas sebab inilah, tidak sukar untuk memahami pemikiran SIS mengapa SIS lantang menyerang sistem nilai Islam, termasuklah undang-undang syariah dan penguatkuasaan hukum Islam. Disinilah SIS akan bertembung dengan sesiapa dan apa sahaja yang mahukan Islam, sebagai entiti peranan yang berwibawa, walaupun pihak tersebut adalah pihak kerajaan sendiri.


Marina Mahathir dan sebahagian dari kepimpinan SIS. Nak tahu apa kenyataan bangsat yang pernah Si marina mahathir ni katakan berkenaan hukum islam? sila klik di SINI.

SIS adalah pejuang kebebasan individu yang membawa fahaman utilitarian dalam menentukan batasan 'akhlak' yang diizinkan. Utilitrian menganggap bahawa keseronokan maksima “maximum pleasure” adalah pengukur moraliti. Selagi ia menghasilkan keseronokan maksimum, maka seseorang bebas untuk melakukan apa sahaja yang dikehendaki. Fahaman ini menolak sebarang campur tangan mana-mana pihak menentukan bagaimana seseorang itu mahu dan boleh berseronok kerana kononnya ia adalah hak individu.

Mereka juga membawa pemikiran tuntutan persamaan hak ini di dalam sistem kekeluargaan. Mereka memperjuangkan kebebasan berkeluarga, maka kehidupan berumahtangga yang berdasarkan agama menjadi longgar. Kerana mengelak dari keterikatan, tanggungjawab dan beban yang ada dalam kehidupan berumahtangga, maka mereka memilih pasangan secara hidup bebas tanpa ikatan pernikahan dan fenomena anak luar nikah hasil dari penzinaan.

Gerakerja SIS

Fokus sebenar langkah-langkah mereka ialah mempersoal, meperkecil dan meragukan
masyarakat khususnya yang kurang pengetahuan mengenai pelaksanaan hukum-hukum Islam.

SIS menjalankan kerja menafsir Quran yang menyokong layanan sama rata wanita dengan menggunakan tiga taktik menggunakan media sebagai alat, menganjurkan bengkel dan menyebarkan maklumat melalui ceramah umum, diskusi, sesi latihan dan penerbitan.

SIS mengatakan bahawa hak wanita telah disalah ertikan oleh kaum lelaki. SIS mendapat tumpuan media dengan menghantar lambakan surat kepada penerbit dalam akhbar-akhbar, sidang akhbar yang menghebahkan undang-undang berat sebelah, menulis dalam ruangan soal jawab dalam akhbar dan mengadakan sessi latihan untuk wartawan wanita.
Dengan cara ini SIS mendapat hubungan yang baik dengan pihak media dan dapat
menggunakan media sebagai alat pendidikan.

Taktik SIS yang inovatif ini adalah sangat berguna untuk kumpulan-kumpulan yang ingin memajukan perjuangan hak asasi manusia dalam persekitaran kebudayaan atau keagamaan. Kerjasama mereka yang bijak dengan pihak media boleh digunakan oleh kumpulan untuk mendapat suara yang kuat walaupun sumber dan peluang adalah terhad.
Antara memorandum yang pernah dibuat oleh mereka yang menimbulkan kontroversi dan
bersifat mencabar Islam termasuklah:
i. Memorandum Perbandingan Rang Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
dengan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri selangor) 1984 bertarikh 16 Mei 2003.
ii. Memorandum On the Syariah Criminal Code (II) 1993 State of Kelantan bertarikh 25 December
1993.
iii. Officers' Action Cannot Be Seen As 'Islamic' bertarikh 23 January 2005
iv."Moral Policing Violates Qur'anic Spirit and Fundamental Rights" bertarikh 1 Februari 2005
v.“The State Has No Role in Policing Morality” bertarikh 23 Mac 2005

Apa yang membimbangkan ialah gerakan ini dilindungi oleh pihak yang mempunyai kewibawaan. Seperti yang dapat dilihat dalam “Kempen Satu Suami Satu Isteri” yang digagaskan SIS, pelancarannya dilakukan sendiri oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Endon Mahmud, beberapa tahun dahulu.

Kita yakin bahawa kumpulan seperti SIS dan beberapa NGO seperti ini mempunyai konspirasi dan gerakan terancang untuk menghapuskan sistem nilai dan perundangan Islam melalui pendekatan pemikiran dan tuntutan yang dibuat oleh mereka.

Siapa Dr Amina Wadud?

KEJUTAN yang dicetuskan oleh Aminah Wadud menjadi khatib dan Imam sembahyang Jumaat yang diikuti makmum dari kalangan lelaki dan perempuan berjumlah dalam lingkungan 100 jamaah di sebuah Gereja di Universiti Commanwealth di New York membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.




Amina Wadud mengimamkan solat Jumaat. Berikut ini adalah video Amina Wadud mengimamkan solat Jumaat. klik di SINI

Dr Aminah Wadud memegang ijazah Ph. D di dalam kajian al-Quran ini berpeluang mendapat tapak permulaan menyebarkan faham liberalnya terhadap Islam apabila berpeluang menjadi tenaga pengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) - 1989-1991 yang mengajar di Jabatan Revealed Knowledge and Heritage di universiti tersebut.

Amina adalah berlatarbelakangkan pendidikan liberal dan sekular. Walaupun bidang pengajian dan kajian berhubung dengan Islam dan menghasilkan buku `Qur`an And Woman`` dia dipengaruhi pandangan sekular dan mempersoalkan tentang hukum hakam yang ditafsirkan oleh ulama terhadap al-Qur`an dan juga Sunnah. Beliau seolah-olah menganjurkan penentengan, bahkan pemberontakan terhadap apa yang disifatkan ketidakadilan terhadap wanita. Oleh kerana pemikirannya yang bersifat kontroversi mengenai masalah-masalah Islam, khidmatnya hanya sepenggal selama tiga tahun dan tidak disambung kontraknya.

Pemikirannya sudah tentulah disebarkan di kalangan pelajar-pelajarnya yang mengkuiti kursusnya sebagai Profesor di dalam Pengajian Islam di Commonwealth University di Virginia, di New York. Sikap Amina yang tidak menyenangkan khalayak berhubung dengan persoalan Islam dapat dinilai dari peristiwa di mana beliau dijemput kepersidangan mengenai HIV/AIDS pada bulan Mei 2003 di Kuala Lumpur membentangkan kertaskerja di samping kertas-kertas kerja perwakilan peringkat antarabangsa termasuk dari Afrika mengenai bagaimana Islam seharusnya menangani masalah HIV/AIDS. Dalam membincangkan tentang penyebaran wabak AIDS, Amina menuduh hukum keluarga Islam telah menyebabkan kuman HIV tersebar tanpa kawalan kepada para isteri.

Keceluparan Amina yang menyentuh soal akidah membuat 20 perwakilan, kebanyakannya dari Afrika, termasuklah dari Malaysia dan United Kingdom menentang kertas kerja Aminah dan mendesak pengerusi menolak kertas kerja Amina bahkan menolak Aminah dari menyertai persidangan.

Mereka mahu namanya dipadam dari rekod Persidangan selama lima hari Second International Muslim Leader`s Consultation On HIV/AIDS. Sembahyang Jumaat berkhatib dan berimamkan wanita dengan makmun dari kalangan lelaki dan perempuan sebagaimana diperkatakan di atas memperlihat betapa Amina jauh menyimpang mempersoalkan hukum hakam Islam yang dianggap tidak adil terhadap wanita dan menurut pandangannya diletakkan sebagai kelas dua.

Siapa Zainah Anwar?

Zainah merupkan pengarah eksekutif SIS dan dia juga adalah merupakan ahli Suruhanjaya
Hak Asasi Manusia Malaysia.

Zainah berpendidikan Fletcher School of Law and Diplomacy, Tufts University, Boston University dan Institut Teknologi MARA, dalam bidang hubungan antaranbangsa dan kewartawanan.

Dia juga pernah menjadi Chief Programme Officer, Political Affairs Division, Commonwealth Secretariat, London; Freelance Writer; Senior Analyst, Institute of Strategic and International Studies, Kuala Lumpur; Political and Diplomatic Writer, The New Straits Times, Kuala Lumpur.
Dia juga pernah menerbitkan buku “Islamic Revivalism in Malaysia: Dakwah Among the Students” yang menjadi rujukan beberapa pemikir dan universiti di negara ini. Zainah Anwar sendiri pernah mengemukakan pendapat mengenai golongan profesional Melayu wanita yang tidak berkahwin.

Zainah menyifatkan kebanyakan golongan terpelajar Melayu tidak memilih untuk berkahwin bukan kerana tidak ada jodoh semata-mata tetapi kerana menolak berkongsi hidup dengan lelaki yang dianggap kolot.

“Lelaki Melayu kata beliau masih dibelenggu dengan pemikiran kolot yang memaksa isteri untuk melakukan tugas-tugas tradisional yang membosankan.Isteri terus dilihat sebagai kilang pengeluar zuriat, petugas dapur dan buruh rumah tangga tanpa bayaran yang membeban dan membosankan,” katanya.

Berasaskan kenyataan ini kata Zainah beliau sendiri memilih untuk tidak berkahwin dan
bertekad untuk terus hidup membujang tanpa suami.

Pemikiran ini yang mencabar hukum-hukum Allah ini dinyatakan dengan jelas oleh intelektual Melayu ini dalam tulisan beliau Ending of Patriarchy yang disiarkan dalam majalahTime keluaran 10 Mac 2003. Tulisan ini mencabar hukum-hukum Islam semasa yang didakwa Zainah sebagai hukum ciptaan ulamak lelaki dan bukannya hukum sebenar daripada Allah SWT.

“Saya tidak percaya bahawa Tuhan memberi kuasa kepada suami untuk memukul isteri, dan hukum bahawa seorang isteri yang mengongsi suka duka bersama suami mendapat hanya satu perlapan daripada harta yang mereka usahakan bersama apabila kematian suami,” katanya.

Para ulama' kata Zainah mengada-adakan hukum bahawa hak menceraikan isteri adalah hak mutlak suami tanpa soal dan si suami boleh mengambil isteri kedua, ketiga dan kempat sesuka hati.
Antara kenyataan-kenyataan Zainah yang bersifat menghina Islam termasuklah:
"'They have been socialized to accept that the religious authorities know best.'" Source:
Zainah Anwar, "Modern, and Moderate, Islam," Asiaweek, September 16, 1997, p. 34.
"'I don't see any contradiction in that.'" Source: Zainah Anwar quoted by Anthony Spaeth,
"Trouble in Purdah," Time International, April 8, 1996, p. 2 of online version.

“Well to me it’s a question of choice. Islam does not believe in force. And freedom to wear what you want to wear, I mean to recognise that right, I think it’s important, and faith imposed by coercion to me is not faith.” Zainah Anwar quoted when asked whether SIS had gone far from the real teaching of Islam... http://www.umno-reform.com/ogos03/sisterinislam25082003.htm

Lajnah Penerangan dan Dakwah
Dewan Pemuda PAS Subang


Moga Allah memberi petunjuk serta keampunan kepada mereka yang telah sesat agar dapat kembali ke jalan yang benar. Neraka tu amat panas, tak terdaya kita untuk menahan kepanasannya, sekiranya sebesar titik jarum terbuka, apinya mampu membakar seluruh alam ini. Hukum Al quran tidak boleh dipertikaikan oleh manusia. -


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
http://rubbertapperz.blogspot.com/

Bekas ketua CID: Bukti DNA kes liwat Anwar dipalsu

- Malaysiakini
Seorang bekas pegawai penyiasat dalam kes 'mata lebam' Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bukti DNA dalam perbicaraan kes liwat melibatkan bekas timbalan perdana menteri itu pada 1998 telah dipalsukan.

Bekas ketua jabatan siasatan jenayah (CID) Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim menyatakan demikian sepintas lalu dalam sepucuk surat yang dihantar kepada Peguamcara Negara Datuk Idrus Harun pagi ini.

anwar ibrahim black eye 080206Salinan surat berkenaan dihantar kepada media hari ini.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Mat Zain berkata beliau telah menjelaskan perkara itu dalam suratnya bertarikh 27 Disember tahun lalu kepada ketua polis negara.

Surat sepanjang 13 halaman itu juga telah dihantar kepada perdana menteri dan juga kepada Idrus sendiri, kata Mat Zain dalam surat berkenaan.
“Dalam surat saya itu juga, saya telah jelaskan bahawa sebarang siasatan mengenai maklumat diatas perlu merujuk kepada kertas siasatan kes mata lebam oleh kerana beberapa insiden yang berlaku adalah bertindih.

"Lebih-lebih lagi 'pemain utama' kedua-dua kes pemalsuan dalam insiden mata lebam dan pemalsuan DNA adalah sama," katanya lagi.
'Kes mata lebam' itu merujuk insiden ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Noor yang menumbuk Anwar pada 20 September 1998.

Berdasarkan keterangan dalam inkuiri oleh Suruhanjaya Diraja ke atas insiden itu, Rahim kemudiannya didakwa di mahkamah dan mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan.

Mat Zain berkata, tujuan utama surat berkenaan adalah untuk memberitahu Idrus bahawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Undang-undang Datuk Seri Mohd Nazri Aziz membuat kenyataan yang mengelirukan di Parlimen berhubung dakwaan tersebut.

"Saya percaya Datuk turut sedar bahawa pengumuman yang dibuat oleh kedua-dua menteri berkenaan mengandungi fakta dan/atau maklumat mustahak yang tidak benar dan/atau mengelirukan dan/atau telah dipesongkan.

"Saya juga percaya Datuk turut sedar bahawa peguam negara sama ada sengaja atau sebaliknya, telah menyebabkan YB Hishammuddin atau YB Nazri membuat pengumuman yang mengelirukan dalam parlimen," kata Mat Zain lagi.

Rais Nafi tuduhan blog dan pembangkang

05/01/2011 3:49pm

KUALA LUMPUR 5 Jan. - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim hari ini menafikan tuduhan kononnya beliau terlibat dalam satu kes jenayah perkosaan pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di Internet dan parti pembangkang terhadapnya.
"Saya menafikan sebarang tuduhan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di Internet atau mana-mana entiti politik," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, tuduhan liar yang ditujukan terhadap dirinya akhir-akhir ini adalah fitnah dan pendustaan yang dahsyat.
"Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara," katanya.
Rais berkata, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siasatan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi. - Bernama

Bertarung maut

Berita Harian Online

Bertarung maut
Oleh Nurhayati Abllah
bhnews@bharian.com.my
2011/01/05

PENDUDUK perkampungan nelayan Kuala Sepetang terpaksa menggunakan bot tambang sebagai pengangkutan utama untuk ke pekan terdekat.
PENDUDUK perkampungan nelayan Kuala Sepetang terpaksa menggunakan bot tambang sebagai pengangkutan utama untuk ke pekan terdekat.
Penduduk Kuala Sepetang naik bot tambang setiap hari

KUALA SEPETANG: Hampir dua dekad berlalu, lebih 3,000 penduduk di Kampung Kuala Sepetang masih menggunakan bot tambang untuk berulang-alik ke pekan terdekat bagi urusan seharian berikutan ketiadaan jambatan untuk memudahkan pergerakan mereka.
Lebih malang, bot yang digunakan bukan sekadar usang tetapi berisiko kerana tidak dilengkapi peralatan keselamatan mahupun tempat duduk sempurna, sebaliknya penumpang terpaksa berdiri mengimbangi badan sepanjang perjalanan.
Walaupun tempoh perjalanan hanya memakan masa kurang daripada lima minit, ternyata penduduk berdepan dengan risiko terjatuh atau lemas terutama warga tua, kanak-kanak dan murid sekolah yang menggunakan pengangkutan itu hampir setiap hari.

Masalah itu didedahkan beberapa penduduk yang menyifatkan perkampungan nelayan Kuala Sepetang seperti dipinggirkan kerana tidak menerima sebuah jambatan walaupun permohonan untuk kemudahan itu sudah dimohon lebih 20 tahun lalu.

Seorang penduduk, Yeong Ye Huar, 30, berkata sebelum ini pernah berlaku beberapa insiden buruk membabitkan penduduk termasuk murid sekolah yang terjatuh ke sungai ketika menaiki bot penambang.

"Kami tiada pilihan lain selain menggunakan bot tambang kerana ia satu-satunya pengangkutan yang menghubungkan kami ke kawasan luar dari perkampungan nelayan itu.
"Sudah menjadi kebiasaan kepada kami, tetapi sekurang-kurangnya jika ada jambatan dapat menyelamatkan kami daripada terus menggunakan pengangkutan bot," katanya ketika di temui pada majlis ramah mesra anjuran Pertubuhan Kebajikan Tempatan As Siddiq, baru-baru ini.

Seorang lagi penduduk yang juga aktivis masyarakat, Oi Kin Liu, 52, berkata permohonan untuk mendapatkan kemudahan jambatan itu sudah lama dibuat, tetapi sehingga kini masih tiada sebarang perkembangan mengenainya.

"Masalah itu membelenggu penduduk setempat dan kegagalan pihak berkaitan menyediakan jambatan berkenaan menyebabkan ada pihak mengambil kesempatan bahkan ia dijadikan modal berkempen ketika pilihan raya kecil lalu.

"Saya bimbang jika masalah itu tidak diselesaikan segera, isu berkenaan akan dimanipulasi lagi pihak tidak bertanggungjawab untuk terus menyalahkan kerajaan, sedangkan ia boleh diselesaikan secara baik," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan As-Siddiq, Habidi Zain, berkata pihaknya akan membantu menyalurkan permasalahan itu kepada pihak berkaitan selain menyelesaikan secara berperingkat berhubung beberapa isu terpencil yang dihadapi penduduk di perkampungan nelayan itu.

"Sebagai permulaan, kita akan membaik pulih beberapa kemudahan seperti gelanggang bola keranjang yang sudah uzur selain menyalurkan bantuan makanan kepada penduduk miskin di perkampungan itu dalam masa terdekat," katanya.
| Bertarung maut

Anwar dedah dokumen kaitan APCO, 1Malaysia ketika di Tenang




2011/01/05

LABIS: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali lagi mendakwa kononnya mempunyai dokumen bahawa Apco Worldwide (APCO) mempunyai kaitan dengan penubuhan gagasan 1Malaysia dan Kempen ‘One Israel’, walaupun kerajaan sudah mendedahkan dokumen membuktikan dakwaannya tidak benar. 

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berjanji dokumen berkenaan iaitu kontrak yang ditandatangani antara APCO dengan Kerajaan Malaysia dan Israel akan didedahkan ketika kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
“Saya ada satu lagi isu besar, kerana digantung (disebabkan) isu APCO, jadi bila saya datang sekali lagi, saya mahu membawa perjanjian APCO dengan Israel dan APCO dengan Amerika. Saya nak bawa perjanjian yang (menyebabkan) saya dihalau.
“Saya nak bawa APCO itu ada kaitan dengan Israel, perjanjian Malaysia dengan Israel dan perjanjian APCO dengan Israel dan perjanjian APCO dengan Kerajaan Malaysia,” katanya ketika berceramah di Pusat Jentera Pas Felda Chempelak, dekat sini. 

Pada 22 Disember lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, mendedahkan dua dokumen termasuk surat daripada APCO menafikan pembabitan firma itu dalam gagasan 1Malaysia dan One Israel serta kenyataan bersumpah Penasihat Kanan Kempen One Israel pada 1999 Robert M Shrum yang menafikan pembabitan APCO dalam kempen berkenaan. 

Seminggu sebelum itu Anwar digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan selepas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mendapati beliau berbohong berhubung isu itu dan walaupun sudah diberikan peluang beberapa kali untuk membela diri dan mengemukakan bukti mengenai dakwaannya dalam Dewan Rakyat, namun Anwar tetap tidak mengemukakan bukti kukuh sehingga kini. 

Anwar ketika berucap selama kira-kira 20 minit dalam perhimpunan yang dihadiri oleh kira-kira 500 orang itu, berkata beliau akan membawa dokumen yang mengandungi kontrak itu pada kunjungannya ke kawasan terbabit sekali lagi.

"Gerhana matahari separa di Asia Barat dan Eropah


Kosmo! Online - Dunia:

GERHANA matahari separa yang dapat dilihat di Gaza semalam.

BERN - Langit musim sejuk bertukar menjadi gelap di Switzerland kerana fenomena gerhana matahari separa yang bermula di Asia Barat dan melitupi hampir seluruh Eropah pada pagi semalam.

Sebuah akhbar melaporkan, keadaan di bandar raya ini menjadi gelap seperti senja semasa orang ramai berpusu-pusu keluar dari tren dan bas untuk ke tempat kerja.

Gerhana itu dapat dilihat dengan jelas di Geneva dan beberapa kota lain di Switzerland menjelang pertengahan waktu pagi sebelum langit beransur cerah.

Gerhana itu buat pertama kalinya dilihat adalah di langit Baitulmuqaddis manakala gerhana matahari paling jelas berlaku di Sweden apabila hampir 85 peratus matahari berada di belakang bulan.

'Kerana jajaran kedudukan bulan dengan matahari, gerhana kali ini kelihatan kecil,' kata seorang ketua balai cerap, Tycho Brahe di selatan Sweden.

Gerhana matahari berlaku apabila bulan berada di antara matahari dan bumi menyebabkan bayang bulan dapat dilihat dari bumi manakala dalam gerhana separa hanya sebahagian matahari terhalang oleh bulan.

Sementara itu, penduduk di pedalaman Rusia, Kazakhstan, Mongolia dan barat daya China dapat melihat gerhana matahari itu pada waktu senja.

- Agensi"

Harga petrol RON97, minyak tanah naik

Kosmo! Online - Negara: "
KUALA LUMPUR - Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam tadi, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.

Beliau berkata, dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter.

Hashim yang dihubungi berkata, beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam tadi."

'Lupakanlah hasrat jadi isteri ayah kami'


Ahmad Md. Isa dijaga dua anaknya, Hamiah (kanan) dan Fatimah di Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 4 Jan. - Hasrat dua wanita, Sanah Ahmad, 82, dan Zainab Salleh, 70, untuk menjadi teman hidup kepada warga emas berusia 110 tahun, Ahmad Md. Isa mungkin tidak akan tercapai.
Ini kerana anak-anak Ahmad dengan rasa berat hati terpaksa meluahkan rasa tidak bersetuju terhadap hasrat bapa mereka itu untuk berkahwin semula dalam usia tersebut memandangkan keadaan kesihatannya yang semakin hari semakin teruk.
Sambil menghormati hasrat dua wanita tersebut, seorang anak Ahmad, Fatimah, 64, berkata, tahap kesihatan bapanya semakin menyusut apabila sudah empat hari tidak menjamah nasi dan terpaksa kencing dengan menggunakan botol kerana tidak larat untuk berjalan.
"Saya minta maaf. Saya terpaksa menolak hasrat mereka yang ingin menjadi isteri kepada ayah saya.
"Saya minta keluarga Sanah tidak datang ke rumah saya Sabtu ini kerana kesihatan ayah semakin teruk," katanya ketika ditemui di Alor Mengkudu di sini hari ini.
Baru-baru ini, Utusan Malaysia menyiarkan keinginan Ahmad untuk berkahwin lagi bagi mengubat kesunyian dan ekoran itu Sanah dari Kuala Lumpur dan Zainab dari Kerteh sudi untuk menjadi teman hidup lelaki tersebut.
Fatimah berkata, sejak seminggu lalu tahap kesihatan ayahnya semakin menurun dan memerlukan penjagaan yang rapi.
"Kini setiap hari dia minta urut dadanya kerana sakit-sakit, batuk dan lelah semakin teruk.
"Makan pun dia tiada selera dan hanya makan kuih buah Melaka yang saya buat dan jamah sedikit buah-buahan," ujarnya.
Tambah Fatimah, dia meminta dua wanita yang berhasrat untuk berkahwin dengan ayahnya agar melupakan hasrat tersebut dan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa.
"Saya memang terkejut kerana tak sangka ada lagi wanita yang masih berminat dengan ayah saya.
"Tetapi tengoklah keadaan ayah saya, dia nak uruskan diri sendiri pun tidak boleh, bagaimana nak jaga seorang isteri," katanya yang tidak mahu wanita itu terbeban menjaga ayahnya.
Jelasnya, kos untuk membeli ubat-ubatan ayahnya juga tidak mampu dibelinya dan jika ada pihak ingin membantu, dia sangat mengalu-alukan mereka yang ingin membantu meringankan bebannya.