Oleh Redzuan Muharam
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9270#sthash.l499U2Wi.dpuf
Johor Bahru: Sahlam Aidil Arifin, 31, memilih untuk dibawa menaiki jentolak ke rumah isterinya, Norazila Mansor, 21 sempena majlis perkahwinan mereka di Jalan Sungai Sepanjang, Kampung Sungai Danga, di sini, hari ini.
Sahlam yang juga pemandu jentolak memilih cara itu untuk mengabadikan kenangan hari bahagianya bersama isteri.
Perarakan yang diketuai rombongan keluarga Sahlam itu turut dimeriahkan dengan paluan kompang dan nyanyian `Selamat Pengantin Baru’.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 November 2014 @ 4:25 PM