HIMPUNAN BERSIH 3.0: PERKEMBANGAN DI KL - Nasional - Sinar Harian:
Penyokong Bersih dan Anti-Lynas merempuh halangan polis di kawasan KLCC. Rempuhan itu dikepalai Unit Amal Pas. - Foto Sinar Harian oleh Nurul Riduan Nor Ashaha BERIKUT perkembangan di ibu negara menjelang perhimpunan Bersih 3.0:
9.45 malam: Beberapa peguam menghantar mesej Twitter sedang ke Pulapol untuk membantu mereka yang ditahan polis. Sehingga 8 malam tadi, seramai 388 orang yang berada di perhimpunan telah ditahan dan mereka telah dibawa ke Pulapol.
9.40 malam: Beberapa pemegang akaun Twitter berkongsi maklumat bahawa kereta polis diterbalikkan untuk membantu mangsa yang tersepit ekoran satu kemalangan.
9.30 malam: Dataran Merdeka masih kawasan larangan. Orang awam tidak kelihatan.
6.30 petang: Polis mengesahkan bahawa senapang milik anggotanya yang dikatakan hilang, diambil peserta perhimpunan, sudah ditemui.
6.00 petang: Dataran Merdeka masih dikawal oleh polis.
5.50 petang: Naib Presiden PKR Tian Chua menghantar mesej Twitter bahawa beliau ditahan polis.
5.25 petang: Seorang jurukamera TV Al-Hijrah, Mohd Azri Mohd Salleh Khalid didakwa dibelasah oleh penyokong Bersih di hadapan Kompleks Sogo ketika cuba menghalang penyokong yang sedang menyerang seorang anggota polis selepas mereka memecahkan tingkap kenderaan polis.
5.15 petang: Seorang penyokong Perhimpunan Bersih 3.0 menasihatkan peserta perhimpunan supaya beredar dari kawasan Wisma Sime Darby, yang terletak di Jalan Raja Laut.
4.45 petang: Polis melepaskan air pemedih mata ke atas mereka dipercayai peserta perhimpunan di Jalan Sultan Ismail.
4.45 petang: Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata di kawasan Medan Tunku
4.40 petang: Gas pemedih mata dilepaskan ke atas peserta perhimpunan berhampiran gudang membeli-belah Mydin, Jalan Tun Perak. Peserta melari ke arah Menara Maybank, berdekatan Pudu Sentral. Polis beredar dari kawasan Menara Maybank beberapa minit kemudian, tetapi provokasi terus dilakukan. Mereka bertindak membaling botol minuman.
4.35 petang: Ada maklumat bahawa kereta polis terbalik, di kawasan Kompleks Sogo.
4.30 petang: Twitter PDRM menyebut bahawa seramai 29 peserta perhimpunan pengsan, menerima bantuan perubatan.
4.30 petang: Penyokong mengosongkan pekarangan ibu pejabat Pas. Semua bersurai.
4 petang: Anggota polis masih berkawal di stesen LRT Masjid Jamek dan kini beberapa siri tangkapan dilakukan, beberapa anggota polis turut cedera akibat dibaling batu oleh peserta perhimpunan.
3.55 petang: Laporan tidak rasmi menyebut lebih 100 orang ditahan. Polis dijadual akan mengadakan sidang media dalam waktu terdekat. Ada peserta dilaporkan pengsan.
3.50 petang: Pasukan FRU terus bergerak ke arah Jalan Raja Laut untuk menyuraikan peserta.
3.45 petang: Polis keluar dari kawasan Dataran Merdeka untuk 'membebaskan' ibu negara daripada peserta perhimpunan, yang berada di beberapa kawasan di pusat bandar raya.
3.45 petang: Laporan SMS The Sun menyebut beberapa pemilik kedai di Jalan Munshi Abdullah membuka pintu kedai masing-masing bagi membolehkan peserta perhimpunan berteduh.
3.13 petang: Sebahagian peserta berkumpul semula di kawasan Kompleks Sogo. Berarak semuka ke ibu pejabat Pas di Jalan Raja Laut.
3.11 petang: Anwar dilaporkan melepasi sekatan polis dari arah Jalan Raja Laut. Polis bergerak ke arah kumpulan yang datang dari arah Masjid Negara.
3 petang: Peserta rempuh masuk sekatan, FRU bertindak - gas dan air pemedih mata dilepaskan. Peserta pula bertindak baling batu ke arah polis. Seorang peserta ditahan dan digari.
2.55 petang: Peserta dan penyokong Bersih merempuh, polis berundur. Pasukan FRU mengambil alih kedudukan.
2.55 petang: Anwar, Ambiga, Azizah, Nurul Izzah dan Kit Siang serta Mazlan Aliman tiba berhampiran Dataran Merdeka, tengah-tengah penyokong, dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda.
2.44 petang: Mat Sabu mula bergerak ke arah Dataran Merdeka melalui Jalan Tun Perak.
2.30 petang: Azmin berucap, kata rundingan sedang dijalankan dengan polis untuk bagi mereka masuk dataran, dan minta peserta bertenang dan duduk di jalan raya.
2.25 petang: Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu arah peserta himpun duduk, di simpang jalan. Tetapi peserta terus berarak. Mat Sabu duduk dan diikuti para peserta Bersih. Mereka melaungkan duduk itu 'bersih, berdiri itu kotor'. Mat Sabu berdiri untuk berubap. Mat Sabu kata Himpunan Bersih 3.0 diadakan du Dubai, London, dan sedang berlangsung di Bangkok, Thailand dan Sydney, Australia. Esok tengah hari di Amerika Syarikat.
2.15 petang: Peserta cuba untuk merempuh masuk ke Dataran Merdeka.
2.08 petang: Penyokong-penyokong di kawasan berhampiran membuat laungan "We Want Dataran".
2 petang: Dari Pasar Seni, ribuan sertai perarakan ke arah Masjid Jamek yang disertai pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan Lim Kit Siang
2 petang: Anwar sudah sampai di kawasan Masjid Jamek.
2.00 petang: Kain rentang tertulis "pilihan raya bersih dan adil" dipamerkan. Penyokong bersih mula duduk di sekitar Jalan TAR untuk menunggu kebenaran masuk ke dalam kawasan Dataran Merdeka.
2.00 petang: Suasana kelihatan meriah di sekitar Jalan Tun HS Lee. Mereka melaungkan Bersih, Bersih dan bertepuk tangan.
1.50 tengah hari: Lebih kurang 10 orang penyokong Bersih baring bersama kain rentang di hadapan Wisma Bandar Jalan TAR.
1.48 tengah hari: Anwar sudah bergerak ke Dataran melalui Pasar Seni dari Masjid Negara.
1.45 tengah hari: Kumpulan Besar dijangka 10,000 peserta diketuai oleh Unit Amal Pas ke Dataran.
1.43 tengah hari: Polis membuat sekatan di hadapan bulatan dekat dengan Bank Negara Malaysia.
1.45 tengah hari: Mula berkumpul, melaungkan "Hancur-Hancur", kumpulan besar dari Pasar Seni mula bergerak mulai jalan ke Pudu, seterusnya ke Dataran.
1.30 tengah hari: Di Masjid Negara, kumpulan besar dari Masjid Negara yang diketuai Anwar mula bergerak ke Dataran Merdeka.
1.25 tengah hari: Peserta Bersih menjamu selera di restoran berhampiran Pasar Seni. Dalam beberapa minit lagi kumpulan besar dijangka, lebih 10,000 akan bergerak ke Dataran Merdeka.
1.25 tengah hari: Datuk S. Ambiga berkata mereka akan bergerak dari Pasar Seni ke arah Dataran Merdeka, pada jam 1.45 petang.
1.20 tengah hari: Penyokong barisan hadapan cuba mengangkat pagar besi yang diletak sebagai penghadang. Cubaan merempuh masuk yang pertama.
1.20 tengah hari: Pasukan Unit Amal Pas mula mengawal ketat keselamatan pemimpin utama Pakatan Rakyat di Masjid Negara.
1.10 tengah hari: Karpal baru sampai di pekarangan bangunan Majlis Peguam.
1.10 tengah hari: Polis sudah bersedia untuk bertindak. Masih menunggu loceng dibunyikan.
1.10 tengah hari: Polis anggarkan hanya 5,000 peserta di kawasan Dataran Merdeka
1 tengah hari: Menurut sumber rempuhan akan dibuat jam 1.30 tengah hari oleh peserta.
12.40 tengah hari: Di kawasan Masjid Negara, kumpulan diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba merempuh 'benteng' polis.
12.36 tengah hari: Anwar tiba di kawasan Masjid Negara dan dijangka menunaikan solat Zohor.
12.15 tengah hari: Sekumpulan penyokong Bersih lebih kurang 500 yang diketuai oleh Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, dan mereka akan bergerak ke Dataran Merdeka. Peguam Bersih sedang meminta kebenaran PDRM untuk melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman.
12.15 tengah hari: Kira-kira 20 ahli Parlimen dan Adun Pakatan Rakyat duduk di dalam satu bulatan sambil dikelilingi 50
12.09 tengah hari: Di kawasan Masjid Negara, kelihatan Lim Kit Siang sudah tiba di lokasi
12.05 tengah hari: Arahan daripada pihak Bersih - minta peserta perhimpunan duduk dan menunggu sehingga jam 1.30 petang.
12 tengah hari: Seorang dikenali Azhar, membacakan sajak - "Aku Duduk, Aku Bantah" di atas pentas Pasar Seni
12 tengah hari: Kehadiran YB Datuk Seri Nizar Jamaluddin di atas pentas Pasar Seni
12.01 tengah hari: Di kawasan Masjid Negara, sebuah trak watercanon melalui kawasan Masjid Negara dan penyokong Bersih bersorak.
12 tengah hari: Di kawasan Masjid Negara, penyokong Bersih mula menyanyikan lagu Negaraku. Keadaan semakin sesak di sini
11.55 pagi: Di kawasan Masjid Negara, kelompok besar dikatakan menunggu ketibaan Datuk seri Anwar Ibrahim jam 12.30 tengah hari.
11.55 pagi: Peserta perhimpunan menyanyikan lagu Negaraku dan masih berhimpunan di hadapan Pasar Seni.
11.55 pagi: Datuk Chua Jui Meng dari PKR turut berada di atas pentas dengan Datuk S Ambiga di Pasar Seni. Zunar Kartunis juga turut serta.
11.55 pagi: Masalah untuk berkomunikasi di lokasi Masjid Negara.
11.55 pagi: Zunar berucap menggunakan pembesar suara dan mengarahkan peserta bergerak ke Dataran Merdeka jam 1.30 petang.
11.45 pagi: Di sekitar Pasar Seni, kira-kira 5,000 orang. Mereka mula berarak dengan diketuai oleh Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi dari Stesen keretapi lama ke Pasar Seni.
11.42 pagi: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tiba di persimpangan Jalan Raja-Jalan Tuanku Abdul Rahman. Azmin Ali duduk di atas bahu jalan menyokong paara peserta. Beri ucapan menggunakan pembesar suara.
11.40 pagi: Di hadapan pejabat Majlis Peguam seramai 100 orang penyokong berkumpul dan berdemo secara aman dengan duduk ditepi jalan berikutan cuaca panas.
11.40 pagi: Anggota FRU telah ditempatkan di Dataran Merdeka
11.35 pagi: Di kawasan Masjid Negara, kelihatan tujuh trak FRU mula bergerak ke arah Dataran Merdeka.
11.35 pagi: Orang ramai dilarang masuk ke Pasar Seni. Mereka diminta keluar dari Pasar Seni kerana pihak pengurusan akan menutup buat sementara waktu.
11.35 pagi: Dalam Komuter dari Klang penuh dan dengan penyokong Bersih sambil melaungkan takbir dan bersorak demi anak cucu
11.30 pagi: Jalan Lebuh Pasar dan Jalan Sultan Hishamuddin lenggang, hanya dipenuhi oleh anggota penguat kuasa terdiri anggota polis dan DBKL ini kerana pihak berkuasa telah menutup jalan lebih jauh daripada Dataran.
11.25 pagi: Sepasangan kekasih dari Petaling Jaya, memakai baju kuning dan penuh dengan lencana bunga kuning. Kehadiran mereka menarik perhatian ramai. Sheren Chin dan kekasihnya dikenali sebagai Zideck tidak tidur semalaman menyiapkan pakaian tersebut. Bunga2 di baju tersebut akan diberikan kepada peserta perhimpunan apabila tiba di Dataran Merdeka.
11.25 pagi: Seramai 70 anggota dan pegawai JPAM yang bertugas di Dataran, maktab dan pusat latihan polis termasuk 6 hotspot perhimpunan bersih di sekitar KL.
11.05 pagi: Azmin Ali bersama peserta Bersih berada di hadapan Sogo. Azmin Ali mula berarak ke Dataran. Beliau berarak ke Dataran melalui Jalan Masjid India..
11.00 pagi: Hampir 2,000 penyokong bergerak dari KLCC ke Dataran Merdeka selepas merempuh halangan polis.
10.40 pagi: Penyokong Bersih mula membuat bantahan dengan duduk di kawasan jalan raya.. Dianggarkan seramai 300 orang.
10.40 pagi: Pusat membeli-belah Sogo telah mula beroperasi, namun hanya pintu utama dibuka, manakala pintu sisi ditutup untuk tujuan keselamatan
10.40 pagi: Di dalam Pasar Seni, masih banyak kedai yang belum dibuka. Peserta perhimpunan turut mengambil peluang berlegar-legar di dalam kerana keadaan berhawa dingin berbanding di luar
10.40 pagi: Di kawasan KLCC, kira-kira 1,500 Penyokong Anti-Lynas di KLCC mula berarak ke Kedutaan Australia melalui Jalan Ampang
10.35 pagi: Ambiga bergerak ke Dataran Merdeka.
10.30 pagi: Kira-kira 20 Unit Amal Pas di sekitar Pasar Seni. Keadaan terkawal dan gerai di sekitar Kasturi Walk yang menjual cenderamata masih ditutup, hanya peniaga air yang mendapat sambutan.
10.22 pagi: Di kawasan Masjid Negara, Unit Amal berucap memberi kata-kata semangat kepada peserta untuk terus bertahan dan bersemangat tinggi mencapai matlamat Bersih 3.0.
10.20 pagi: Masjid Negara, pergerakan mula berlaku, kira-kira 3,000 penyokong Bersih bersiap-siap untuk memulakan perarakan ke dataran
10.15 pagi: Peserta yang turun dari LRT Pasar Seni berjalan kaki beramai-ramai dan menuju ke Petaling Street seterusnya ke arah Masjid Jamek
10.15 pagi: Penyokong Anti-Lynas berpecah kepada dua kumpulan, satu masih di hadapan KLCC-Jalan Ampang, manakala lokasi baru di hadapan KLCC-Simpang empat Jalan Ampang dan Yap Kwan Seng
10.05 pagi: Peniaga air soya di Jalan Petaling diberi jolokan "Bersih Soya" mendapat sambutan dikalangan peserta perhimpunan. Pemilik gerai Kim Soya Bean itu juga melaungkan Bersih 2 dan menjual air soya RM1 sahaja
10.00 pagi: Belon 'Angry Bird' dijual RM20 tarik perhatian. 'Angry Bird' berwarna kuning itu juga ditulis Save Malaysia, Stop lynas
10 pagi: Jumlah terkini penyokong yang berada di betul-betul sebelah Dataran (simpang Jalan TAR dan Jalan Raja), antara 8,000 hingga 10,000. Ini anggaran kasar.
9.55 pagi: Di kawasan Masjid negara, penyokong terus bertambah tapi belum ada pergerakan, semua masih menunggu arahan seterusnya.
9.51 pagi: Di kawasan Petaling Street, peserta perhimpunan berkumpul dan melaungkan Bersih berulang kali. Gerai-gerai di sekitar Petaling Street juga masih belum dibuka.
9.50 pagi: Lebih 500 penyokong Bersih dan Anti-Lynas berhimpun di hadapan KLCC. Polis juga dilihat berkawal di kawasan berhampiran.
9.50 pagi: Peserta perhimpunan bergerak dari Pasar Seni menuju ke Petaling Street. Mereka juga bertindak menukar pakaian dan memaki T -shirt Bersih 3.0.
9.49 pagi: Dianggarkan jumlah terkini yang berada di kawasan persimpangan ke Dataran Merdeka seramai 5,000.
9.40 pagi: Polis memberi kerjasama baik kepada dua wartawan Sinar Harian yang menunggang motosikal untuk membuat liputan di KLCC.
9.40 pagi: Anggota bomba dan unit kecemasan HKL turut ditempatkan berhampiran dengan Dataran, Stadium, Bangun Sultan Abdul Samad dan beberapa kawasan yang lain.
9.45 pagi: Peserta perhimpunan semakin bertambah dan berkumpul di sekitar Pasar Seni.
9.41 pagi: Di kawasan Masjid Negara, penyokong Bersih terus bertambah, sekarang anggaran 1,500 orang. Ramai lagi mula datang dengan pakaian Bersih
9.40 pagi: Penyokong Duduk Bantah Bersih 3.0 berhimpun di hadapan Pejabat Agung Pas di Jalan Raja Laut
9.40 pagi: Helikopter PDRM mula berlegar-legar di lokasi-lokasi Bersih
9.38 pagi: Kelihatan 100 penyokong berkumpul di hadapan Kompleks Pertama.
9.35 pagi: Tindakan penyokong Bersih duduk di jalan raya menghalang ambulans HKL ke lokasi kecemasan
9.40 pagi: Penyokong Bersih menjadikan kawasan berhampiran Dataran sebagai pesta, mereka bergambar sesama sendiri, tidak kurang juga yang menjual lencana Bersih, ada juga yang menelefon rakan lain ajak berkumpul di Dataran.
9.30 pagi: Ketibaan Unit Amal di Dataran Merdeka.
9.30 pagi: Peserta Bersih 3.0 bersorak apabila pasukan Polis Diraja Malaysia melalui jalan di stesen LRT Masjid Jamek. Mereka bersorak dan menunjukkan tanda gembira dengan kehadiran polis.
9.30 pagi: Peserta mula membanjiri perkarangan stesen LRT Masjid Jamek dengan memakai baju yang tertulis 'Bersih 3.0, Duduk Bantah', SAMM, kain yang diikat di tangan dan kepala.
9.30 pagi: Lebih 20 anggota polis bantuan dilihat berada di dalam stesen LRT Masjid Jamek untuk mengawal keadaan.
9.30 pagi: Warga emas dari Kedah semangat datang ke perhimpunan Bersih 3.0 sejak Jumaat lalu dan tidak tidur sehingga hari perhimpunan. Mereka tidur di Masjid Jamek bagi memberi sokongan.
9.30 pagi: Lebih kurang 500 peserta masih duduk di perkarangan stesen LRT Masjid Jamek sebelum menyertai perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka.
9.20 pagi: Penyokong mula duduk di atas jalan raya.
9.15 pagi: Seramai lebih 100 anggota polis 'standby' di hadapan Sogo. Kelihatan beberapa buah bas menghantar polis ke lokasi.
9.20: Penyokong Bersih terus membanjiri kawasan Masjid Negara, jumlah meningkat kepada kira-kira 1,000 orang. Sepasukan 30 orang unit amal turut kelihatan.
9.10 pagi: Penyokong Bersih cuba menghampiri Dataran Merdeka dan berkumpul berhampiran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sambit menjerit "Bersih" dan "Reformasi".
9.08 pagi: Kira-kira 300 penyokong Bersih 3.0 sudah membanjiri pekarangan Masjid Negara.
9.05 pagi: Kebanyakan penyokong Bersih, pada masa sekarang, kelihatan kalangan remaja.
9 pagi: Jalan Tuanku Abdul Rahman di hadapan Kompleks Sogo ditutup kepada kenderaan. Polis mula membuat benteng.
8.41 pagi: Menurut mesej Twittter empat bas PDRM sudah mula bergerak ke Stesen Masjid Jamek.
8.40 pagi: Stesen LRT Masjis Jamek terdapat penyokong Bersih dan anggota polis ditugaskan mengawal keselamatan.
8.30 pagi: Dianggarkan lebih 3,000 penyokong Bersih mula berkumpul di luar Dataran Merdeka, di persimpangan Jalan TAR dan Jalan Raja. Sorakan bermula
7.40pm: Kira-kira dua ribu pegawai polis telah berada di dalam Dataran Merdeka.
6.30 pagi - ratusan polis (mungkin hampir seribu) mula masuk dataran.
6.15 pagi - kira-kira 60 pegawai polis mula berkumpul di jalan depan Bangunan DBKL. Dua bas polis dan tiga trak polis membawa ratusan pegawai tiba di sekitar dataran
5.15 hingga 6.15 pagi - Tiada banyak perkara berlaku. Hanya polis yang sekali sekala memantau kawasan menaiki motosikal dan kereta. Laungan azan Subuh dan bunyi jam menandakan masuk jam 6 pagi, memecah kesunyian.
5.15 pagi - jeritan reformasi kedengaran, datang daripada sekumpulan kecil penyokong.
5 pagi: Tidak lebih 200 penyokong Bersih telah berada di sekitar Dataran, berhampiran bangunan DBKL. Kebanyakan mereka sedang tidur di kaki lima.
Puluhan pegawai polis berada di dalam kawasan dataran yang telah ditutup.