Saturday, September 21, 2013

Fahaman menghalang ulamak memimpin ini sebati dalam sanubari umat Islam sampai sekarang.

Fahaman menghalang ulamak memimpin ini sebati dalam sanubari umat Islam sampai sekarang.

17 hospital di London larang pakai purdah

17 hospital di London larang pakai purdahMadani Girls School ini didakwa menguatkuasakan dasar pemakaian seragam menerapkan ciri muslimah, minggu lalu.

LONDON - UNITED KINGDOM. Sebanyak 17 hospital di London melarang kakitangannya memakai purdah ketika berkomunikasi, menurut satu siasatan, kelmarin.

Susulan daripada itu, kerajaan mengarahkan semua perkhidmatan kesihatan untuk mengkaji semula polisi pakaian seragam pekerja.

Langkah semakan semula tersebut juga diambil selepas Birmingham Metropolitan College  membatalkan larangan pemakaian purdah walaupun dibantah keras oleh pelajarnya.

Sementara itu, Datuk Bandar London, Boris Johnson berkata, tindakan dua buah sekolah beragama Islam mewajibkan pelajar seawal usia 11 tahun untuk memakai tudung kononnya sebagai peraturan yang tidak boleh diterima sama sekali.

Beliau turut dengan angkuh menyatakan bahawa polisi tersebut bertentangan dengan prinsip hidupnya dan prinsip kebebasan yang dipratikkan di London.

"Ia tidak sepatutnya diwajibkan, kerana tudung tidak boleh dikategorikan sebagai sebahagian daripada seragam sekolah," katanya, laporan dipetik dari DailyMail.

Penyokong bantu MNLF

Penyokong bantu MNLFSukarelawan bekerjasama mengkebumikan mayat pemisah MNLF di Zamboanga semalam. [FOTO AP]

Pastikan pemisah cukup bekalan peluru, makanan

Zamboanga: Pemisah Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) mendapat bantuan penyokong tempatan menyebabkan mereka tidak kehabisan peluru dan makanan selepas 12 hari pertentangan meletus.

Ia didedahkan dalam wawancara dengan bekas tebusan pemisah itu dan penduduk tempatan Isnin lalu, jurucakap tentera, Lt Kol Ramon Zagala, menjangka pemisah semakin kehabisan peluru tetapi pertentangan berterusan hingga hari ini.
Seorang budak lelaki berusia 14 tahun yang diselamatan daripada pemisah di Barangay Santa Catalina kelmarin, berkata kumpulan itu mendapat bantuan daripada penyokong tempatan.


Katanya, ada masanya komander MNLF mengarahkan anggota mereka 'menyertai' tebusan sebelum keluar dari kawasan tertentu.

“Mereka ambil senjata dan peluru di kampung Talon-Talon dan Taluksangay,” kata budak itu yang diselamatkan daripada pemisah MNLF yang mendakwa dirinya tebusan, Wilfredo Ramirez.

Rancang serangan

Seorang lagi bekas tebusan, Maricel Teves, berkata tebusan lain memberi ubat yang diberi pemisah kepadanya selepas dia cedera dan dibebaskan.
“Mereka ada bekalan,” katanya serta percaya pemisah tahu selok-belok kawasan sekitar Santa Catalina, Santa Barbara, Kasanyangan dan Rio Hondo.

“Pemisah itu berkata, mereka sudah lama merancang serangan ini dan bekalan senjata api sudah ada di kawasan berkenaan,” kata Teves.

Katanya, dia diberitahu seorang pemisah yang datang dari Basilan, Pal Aukusa, bahawa mereka membuat persediaan sebelum bulan Ramadan lagi.

Pemisah itu berkata, mereka tiba di Zamboanga dari Basilan pada 9 September lalu. - AGENSI

Mati selepas kahwin dalam keadaan koma


Beijing: Seorang wanita yang mengalami koma selama dua tahun mengucapkan selamat tinggal kepada insan tersayang yang menghentikan mesin bantuan hayat hanya beberapa jam selepas dia berkahwin.

Kehidupan He Jingjing dan tunangnya Lu Lai dari Guandong di tenggara China amat sempurna pada 2011.


Kedua-duanya menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan tempatan di Guangzhou, baru membeli kediaman dan merancang untuk berkahwin.

Namun rancangan mereka bertukar tragedi apabila He pengsan di tempat kerja. Dia kemudian koma dalam perjalanan ke hospital dan tidak pernah terjaga sejak itu. Dua tahun kemudian, keluarganya berkumpul di sisi katil hospital untuk meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-28 dengan sebiji kek. Mereka juga merealisasikan rancangan pasangan itu untuk berkahwin. Kini organ He didermakan bagi membantu mereka yang memerlukannya.


Sementara itu Lu berkata, dia gembira kerana dengan cara itu He dapat membantu orang lain meneruskan kehidupan. - Agensi