LANCASHIRE - ENGLAND. Seorang kanak-kanak disoal siasat polis akibat salah eja 'terraced house' (rumah teres) menjadi 'terrorist house' (rumah pengganas).

Menurut laporan BBC, keluarga kanak-kanak berumur 10 tahun berkenaan mendakwa kanak-kanak tersebut mahu menulis 'rumah teres'.

Tindakan polis menyoal siasat kanak-kanak berkenaan menyebabkan beliau 'kini takut'.
Insiden tersebut yang berlaku pada 7 Disember lepas mula mendapat perhatian orang ramai baru-baru ini dan mendakwa polis 'melampau kerana menyoal kanak-kanak' hanya kerana kesalahan ejaan.

"Saya tidak kisah kalau perkara tersebut (soal siasat) terjadi kepada seorang lelaki berumur 30 tahun tetapi ia terjadi pada seorang kanak-kanak," kata sepupu kanak-kanak tersebut yang dirahsiakan namanya.

Menurut beliau, kanak-kanak tersebut kini 'takut untuk menulis menggunakan imaginasi'.

"Dia hanya seorang kanak-kanak. Mereka (polis) tak patut berbuat begitu.

"Kalau pun mahu mengambil berat mengenai kesalahan ejaan, orang yang berhak adalah guru. Bukan polis," kata sepupu kanak-kanak itu lagi.

Walau bagaimanapun, Ketua Polis Lanchashire, Clive Grunshaw menyalahkan laporan media tempatan kerana tidak melaporkan perkara sebenar.

Kata Clive, insiden kesalahan ejaan tersebut telah dilaporkan 'mengikut saluran yang betul' iaitu pihak polis
.