Showing posts with label : Nik Aziz. Show all posts
Showing posts with label : Nik Aziz. Show all posts

Wednesday, October 3, 2012

Allahu akbar: Terharu lihat gambar ni...

http://kachipemas.blogspot.com,
01 Okt 2012

Allah Hu Akhbar : Terharu dan Gembira Lihat Gambar Nie.!!!!.Rasa Sejuk Mata Memandang [ 9 gambar ]

KDYMM Sultan Kelantan .Solat Berjemaah , di Imamkan oleh Tuan Guru
KDYMM Sultan Kelantan menyampaikan cenderamata kepada YAB Tuan Guru...
"Madu tualang ni tokguru..." titah baginda. — Masjid Pulau Melaka
Nukilan Abu Luqman


KDYMM Sultan Kelantan Bergambar Bersama Keluarga Tuan Guru




KDYMM Sultan Kelantan Bersalaman dengan Rakyat sebelum keberangkaatan pulang ke Istana

KDYMM Sultan Kelantan Bergambar Bersama Keluarga Tuan Guru

Monday, December 20, 2010

Rawat sakit pinggang: Abdullah lawat Nik Aziz di HUSM



20/12/2010 6:30pm

KOTA BHARU 20 Dis. – Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi meluangkan masa lebih sejam melawat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang menerima rawatan susulan kerana menghidap sakit pinggang di Hospital Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian hari ini.
Beliau diiringi anggota exco Pemuda UMNO, Datuk Reezal Merican Naina Merican.
Abdullah kelihatan memasuki hospital itu pada 10.30 pagi dan keluar pada 11.45 pagi, dan 15 minit kemudian, Nik Aziz pula keluar dari wad hospital itu dengan menggunakan kerusi roda sebelum memasuki kereta rasmi setelah dibenarkan pulang berehat di rumahnya.
Nik Aziz memberitahu pemberita bahawa beliau dan Abdullah “bercakap perkara biasa”.
Setiausaha Sulit Khas Menteri Besar, Rosdi Abdullah berkata, Nik Aziz dibenarkan pulang oleh doktor kerana kesihatannya bertambah baik selepas menjalani rawatan pembedahan laser di bahagian pinggangnya. – Bernama

Monday, December 13, 2010

Sakit belakang: Nik Aziz dirawat di HUSM


KOTA BHARU 12 Dis. - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sejak kelmarin kerana sakit pada bahagian belakang.
Anak keduanya, Nik Omar, 45, berkata, doktor telah meminta bapanya supaya 'berehat' di wad selepas menghadiri temu janji untuk pemeriksaan di hospital berkenaan.
Beliau berkata, temu janji tersebut adalah ekoran daripada sakit tulang belakang yang dihadapi Nik Abdul Aziz sebelum ini.
"Doktor telah membuat imbasan (scan) pada tulang belakang ayah semasa hadir pada temu janji sebelum diminta berehat di wad," katanya di sini hari ini.
Rabu lalu, Nik Abdul Aziz, 79, yang juga Mursyidul Am Pas kelihatan sihat di rumahnya selepas khabar angin menyatakan beliau berada dalam keadaan tenat di hospital.
Khabar angin itu tersebar melalui laman blog dan laman sosial sehingga menyebabkan petugas media berkampung di rumahnya di Pulau Melaka di sini sejak awal pagi tersebut.
Nik Omar berkata, berdasarkan keterangan doktor, masalah tulang belakang tersebut berpunca daripada kecederaan lama.
"Ia sebab ayah jatuh kuda dulu, kecederaan belakang memberikan kesan sehingga sekarang. Sehingga kini kita tidak tahu bila ayah dapat keluar wad, mungkin selepas mendapat keputusan imbasan itu," katanya.