Sunday, July 13, 2014

Kuis bakal jadi universiti wakaf pertama Malaysia 2016


SELANGORKINI | .
BANGI: Selangor sebagai sebuah negeri yang mementingkan pembangunan ilmu bakal memiliki sebuah lagi universiti penuh menjelang 2016 nanti.

Ini bakal direalisasikan apabila Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) berjaya mencapai status universiti penuh pada 2016 nanti.

Rektor KUIS, Profesor Madya Datuk Dr Ab Halim Tamuri berkata, antara langkah diambil bagi menjayakan wawasan ini termasuk menawarkan program pasca siswazah iaitu Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Muamalah), Ijazah Sarjana Syariah (Pengurusan) dan Doktor Falsafah Islamiyyat.

“Penawaran program ini adalah bagi menggalakkan usaha melahirkan lebih ramai profesional dan penyelidik Islamik disamping memupuk dan meneruskan usaha menjalankan penyelidikkan ilmiah,” kata Dr Ab Halim.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya dalam Majlis Berbuka Puasa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya di Masjid Al-Azhar, KUIS di sini semalam.

Turut mengiringi baginda, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Kuis.

Kuis juga akan menambah program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana seperti Sarjana Kewartawanan, Komunikasi Islam dan beberapa jurusan lagi.

Tidak ketinggalan program peringkat Sarjana Muda seperti Pendidikan Islam dengan Multimedia, TESL dengan Multimedia, Bahasa Inggeris dan Komunikasi Korporat.

Kata Dr Ab Halim, Kuis turut merancang mewujudkan program Diploma Eksekutif Pengurusan Masjid dan Pembangunan Komuniti bagi semua bakal imam, pegawai masjid dan ahli jawatankuasa masjid seluruh Selangor.

Tambah beliau, Kuis juga berhasrat menjadi Universiti Wakaf yang pertama di Malaysia.

“Sehubungan itu, selain berusaha mendapatkan sumbangan wakaf dari luar negara, KUIS sudah diberi kebenaran oleh Perbadanan Wakaf Selangor bagi menerima sumbangan orang ramai agar berwakaf di Kuis dengan tujuan pembangunan pendidikan di negeri ini.

Kuis juga sudah menubuhkan Pusat Zakat Pendidikan di Kuis dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Sejak sebulan penubuhannya, Pusat Zakat Kuis berjaya mengutip sebanyak RM86,500 daripada orang ramai,” kata Dr Ab Halim.-HARAKAHDAILY 13/7/2014

Korbannya Umat Islam, Catat!



1. Poso, Ambon : Media memberitakan bahwa pecah konflik antar suku, yang kenyataannya UMAT ISLAM jadi korban!

2. Rohingya, Arakan, Myanmar : Pembantaian ETNIS MUSLIM yang dilakukan oleh Ekstrimis Buddha sejak kemerdekaan Myanmar 1948.

3. Yerusalem : 70.000 penduduk Yerusalem, sebagian besar UMAT ISLAM, dibantai oleh Tentara Salib Eropa pada tanggal 15 Juli 1099

4. Anthiokia, Turki : Pembantaian yang dilakukan Tentara Salib Eropa pada Juni 1098 dimana TIDAK ADA SEORANG MUSLIM pun masih hidup.

5. Spanyol & Portugal : Pada masa Inkuisisi tahun 1834 pilihan bagi UMAT ISLAM adalah PERGI, KONVERSI atau DIBAKAR di tiang.

6. Toledo (1085), Lisbon (1147), Cordoba (1236), Seville (1248), Maria (1266) dan Granada (1492) : Pembantaian UMAT ISLAM juga terjadi disini.

7. Persia, Irak, India & Asia Tengah : Mongol membantai jutaan MUSLIM termasuk membantai Khalifah Abbasia dan pejabat-nya (1219-1260)

8. Sack of Baghdad (13 Februari 1258) : Dalam peristiwa ini Mongol juga membantai penduduk selama lebih dari 17 hari di mana 2 Juta UMAT ISLAM dibantai di sana.

9. Kosovo, Bosnia & Chechnya (1992 - Sekarang) : lebih dari ratusan ribu MUSLIM dibantai dan lebih dari 1,5 juta MUSLIM terluka, Menjadi tunawisma atau diasingkan. Lebih dari 50.000 MUSLIMAH dan anak perempuan diperkosa.

10. Hebron : Pada tanggal 25 Februari 1994, warga Yahudi menembak mati dengan darah dingin sebanyak 60 MUSLIM di Masjid Ibrahimi, Hebron.

11. Mesir (2013) : Ratusan MUSLIM dibantai, dan Ribuan lainnya luka-luka.

12. Palestina (2014 s/d N/A) : Agresi Yahudi kembali menewaskan banyak ORANG ISLAM di Jalur Gaza.

13. Suriah (Memasuki Tahun ke 3) : Hingga detik ini korban terus berjatuhan yang kebanyakan diantaranya adalah ORANG ISLAM.

Terlalu banyak jika harus diteliti sejarah pembantaian UMAT ISLAM satu per satu. Sangat disayangkan jika ada korban UMAT ISLAM yang tersebar melalui media-media terlebih media islami (shahih) malah dianggap sebagai provokasi, parahnya dianggap hoax. Jika demikian, maka Iman patut dipertanyakan?!

Sekali perlu diingat, ini bukan soal WILAYAH atau NASIONALISME. Keimanan kita dipertanyakan tatkala masih terdiam melihat realitas UMAT ISLAM DIBANTAI habis-habisan oleh orang-orang MUSYRIK! Pantas saja hari ini ISLAM begitu diremehkan oleh barat? Faktanya UMAT ISLAM menduduki posisi jumlah terbesar di dunia, hanya saja seperti buih. Mudah diombang-ambing, mudah terhasut, bahkan tidak sedikit menjadi benalu yang melemahkan semangat dalam perjuangan! #PeduliSuriah #PeduliGaza#SaveSyria #SaveGaza #SaveMuslim

Hari-hari terakhir seorang MB



Dengan komen terbaru Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, maka dengan rasminya juga Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjalani hari-hari terakhir beliau sebagai menteri besar (MB).

Kata-kata ketua umum parti itu dibaca sebagai 'pengakuan' meminta Khalid mengosongkan kerusi dan ia permintaan partinya dan Pakatan Rakyat sendiri.

Khalid yang dilihat berseorangan dalam hal ini langsung tidak boleh mengharapkan sokongan dari parti beliau sendiri untuk terus menduduki kerusi yang diterajui selama enam tahun itu.

Bagaimanapun isu penukaran MB sebenarnya bukan merupakan perkara pelik kerana ia kelaziman dan pregoratif parti politik masing-masing

Baru-baru ini di Terengganu, MB turut ditukar, dan ia 'prosedur biasa' yang digunakan BN sekiranya merasakan penyandang jawatan itu kurang 'kena' dengan pimpinan peringkat tertinggi.

Tetapi jika dilihat dari sudut 'ketelusan' dan 'kebertanggunjawaban' yang sentiasa dikumat-kamitkan PKR, adakah alasan menukar Khalid merupakan langkah dari segi politik semata tanpa sebarang input daripada 'rakyat'?

Terbaru, dengan jaminan Anwar bahawa isu itu akan diselesaikan secara tertib, teratur dan di “balik pintu yang tertutup”, serangan halus, licik dan ancaman politik menggunakan media massa dan sosial ini akan berterusan?

Ini kerana sama ada Khalid ditukar atau tidak, persepsi yang tercetus hasil polemik dan caturan kelompok politik langkah ini amatlah tidak baik untuk PKR dan juga Pakatan secara umum.

'Langkah 28' 

Dengan pemilihan isu pemilihan parti yang masih tidak selesai, timbul pula isu 'Langkah 28' apabila kelab penyokong kerajaan (BBC) DUN Selangor dilaporkan membincangkan isu ini.

Sumber dari DUN Selangor menyatakan 28 dari 31 ADUN PKR, PAS dan DAP telah pun bersetuju untuk mengusulkan usul undi tidak percaya terhadap Khalid.

Ketua BBC Azmin Ali dilaporkan memanggil mesyuarat khas BBC buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun di Shah Alam Selasa lalu

"Hanya dua ADUN PAS iaitu Khasim Abdul Aziz (Lembah Jaya) dan Saari Sungib (Ulu Klang) hadir pada mesyuarat tersebut," kata sumber itu kepada Malaysiakini.

ADUN DAP dan PKR difahamkan sudah sepakat untuk menguatkan desakan terhadap Khalid bagi meletakkan jawatan beliau.

Hanya PAS dilihat masih tidak memberi jawapan lagi terhadap hal ini.

Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Ab Samad tidak mahu memberi sebarang komen sama ada menyokong atau menolak Khalid.

Bagaimanapun sumber daripada PAS Selangor menyatakan ada arahan 'tertinggi' parti yang meminta mereka agar tidak menurut desakan oleh PKR dan DAP.

Azmin sendiri tidak mahu mengakui atau menafikan rancangan sedemikian berlaku.

"Tolong jangan buat spekulasi," kata beliau kepada wartawan yang menyerbu beliau sebaik mesyuarat itu tamat, Selasa lalu.

Bagaimanapun sumber dari PKR mengakui perbincangan isu undi tidak percayai tidak dapat dilakukan kerana PAS "belum mendapat wahyu" dari kepimpinan tertinggi mereka.

Perang saraf 

Peperangan kedua pihak pro dan anti Khalid kini makin sengit di media massa dan sosial dengan serangan, kritikan serta kempen halus digerakkan oleh kedua pihak.

DAP dengan lantang membariskan pimpinan Selangornya 'menembak' pentadbiran Khalid secara terbuka dalam beberapa isu seperti penstrukturan dan catuan air, pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) dan isu Bible.

PKR Selangor pula difahamkan menggunakan pemilihan sebagai kempen anti-Khalid dan dilihat berjaya apabila Khalid tewas dalam pemilihan peringkat cabang dan jurang undi semakin jauh berbanding Azmin dalam pemilihan timbalan presiden.

"Khalid akan lebih tertekan sekiranya kalah dalam pemilihan nanti, dia dah tak ada apa-apa," kata sumber dari PKR Selangor kepadaMalaysiakini.

Di pihak Khalid, gerakan NGO Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb) mula aktif memberi komen dan membuat laporan polis terhadap beberapa pemimpin tertinggi PKR yang dipercayai mempunyai kaitan dalam penyebaran berita palsu peletakan jawatan beliau minggu lalu.

Satu laporan polis dibuat semalam di Klang sementara satu lagi bakal dibuat hari ini.

Pengumuman Khalid bahawa audit dalaman akan dibuat terhadap pusat khidmat DUN yang mengambil geran dan peruntukan negeri serta penilaian semula syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dilihat sebagai tekanan kepada pimpinan PKR Selangor lain dan 'mendedahkan' tingkah laku sebahagian dari mereka.

Pakatan hilang Selangor PRU depan?

Lebih hebat lagi kedua-dua kumpulan kini menggunakan hujah Pakatan akan kalah pada pilihan raya umum (PRU) depan sekiranya agenda mereka tidak diteruskan.

Sumber dari Pejabat MB menyatakan kebimbangan, dengan pemergian Khalid, rizab lebih RM 3 bilion dalam simpanan negeri akan 'diutamakan' untuk tujuan politik partisan dan tidak semestinya untuk rakyat.

Bahkan beliau yang bersama Khalid sejak 2008 mendakwa beberapa program 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' yang dipelopori Khalid bakal dibatalkan atau diubah.

"Apa rakyat akan kata kalau ada pihak sama ada dari PKR dan Pakatan guna duit untuk rakyat sesuka hati mereka," kata beliau.

Malah beliau menyifatkan pemergian Khalid akan 'menyenangkan' kerja BN untuk merampas semula negeri itu.

Ini kerana, kata sumber, pengganti Khalid mungkin tidak mampu membuat keputusan drastik untuk mengatasi kepentingan politik sebagaimana yang diamalkan bekas ketua pegawai eksetutif Guthrie itu.

Sementara itu, dari sudut berbeza, sekiranya Khalid berdegil untuk kekal, pergolakan Pakatan akan membawa kepada kehilangan undi kepada negeri itu dan mudah dieksplotasi oleh BN.

"Jadi kalau Khalid tak letak jawatan, memang Pakatan hilang Selangor selepas ini," kata sumber PKR Selangor.

Rakyat akan melihat perbezaan 'cara' Pakatan dan BN menukar MB di negeri masing-masing dan persepsi politik baik merupakan kelebihan yang amat besar dalam mencongak undi.

Justeru itu hemah kepimpinan Pakatan dalam menangani perkara ini amat penting agar tidak dilihat sebagai parti yang hanya mahu berpakat sesama politikus dan mengabaikan kehendak, suara dan pandangan 'rakyat.'

Bagaimana agaknya PKR akan menarik rambut dalam tepung di negeri itu?

GST: KP Kastam akui harga barangan akan naik


BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Kenaikan harga barangan susulan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula April tahun depan hanya bersifat 'one-off' dan akan kembali stabil dalam masa setahun.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Seri Khazali Ahmad berkata berdasarkan kajian, kadar kenaikan juga agak kecil iaitu sekitar 1.4 hingga 1.8 peratus.

"Bukannya tiada peningkatan langsung. Berdasarkan kajian ada sedikit peningkatan dan peningkatan ini kembali stabil dalam masa setahun," katanya di sini.

Khazali ditemui Bernama selepas menyampaikan ucapan menutup Persidangan GST Kebangsaan anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Tax Advisory and Management Services Sdn Bhd yang berlangsung selama dua hari bermula Khamis.

Mengulas lanjut, beliau berkata sehubungan itu gaya hidup pengguna tidak akan berubah dengan pelaksanaan GST tersebut.

"Jabatan Kastam telah melakukan simulasi untuk menguji impak GST terhadap orang ramai dan mendapati peniaga tidak mempunyai sebab untuk menaikkan harga secara melampau," katanya.

Ini kerana katanya peniaga boleh menuntut kembali cukai enam peratus yang dibayar itu daripada kerajaan.

Beliau juga mengingatkan peniaga bahawa mereka boleh didakwa menurut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan jika menaikkan harga barangan dengan sewenang-wenangnya.

Dalam sidang Dewan Negara pada 5 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan memaklumkan daripada 689 barangan yang dikategorikan sebagai barangan dikenakan GST, sebanyak 287 mengalami penurunan harga, 329 kekal, 255 sedang disemak dan hanya 73 mengalami kenaikan.

Pelaksanaan GST pada kadar enam peratus diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2014 pada Oktober tahun lalu, bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang berkadar keseluruhan 16 peratus. - BERNAMA

20 laporan terhadap Padi Jantn

20 laporan terhadap Padi Jantn
Komen Padi Jantn pada gambar Mukhriz dan Syed
Unan dalam laman Facebook.
 Jitra: Polis Kedah menerima 20 laporan di seluruh negeri ini terhadap pemilik akaun Facebook, Padi Jantn berikutan kenyataannya mengugut untuk menembak Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah.

Ini disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Nashir Ya, mengenai laporan polis oleh pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik.

Bagaimanapun, setakat ini belum dikenal pasti apakah motif sebenar ugutan itu. Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerlun, Ahmad Azhar Abdullah, berkata ugutan dibuat pemilik laman sosial itu sangat serius kerana membuat ancaman bunuh terhadap pemimpin kerajaan negeri dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah dengan peluru.


Katanya, beliau menyedari mengenai ancaman dalam Facebook berkenaan kelmarin dan terus mengambil keputusan untuk membuat laporan polis semalam.

“Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap Padi Jantn sebagai pengajaran kepada individu lain agar tidak melakukan perbuatan yang sama,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, semalam.

Antara komen Padi Jantn pada gambar Mukhriz dan Syed Unan dalam laman Facebook itu ialah mahu menembak mereka jika ada pihak yang sanggup memberinya pistol dan peluru.
“Jika ada sesiapa yang sanggup bagi aku pistol dan peluru nescaya aku akan tembak mampus dua makhluk ini dulu sebelum tembak Sonny Ho si kafir harbi. Dengan puak ini bukan boleh cakap dengan facebook bro! Kena cakap dengan peluru. Sama la juga dengan Zionis dan Yahudi dalam Umno ni, kena cakap dengan peluru or anak panah ja,” katanya yang dipetik dalam laman Facebook itu.