Sunday, March 16, 2014

Kapten Zaharie hanya ahli PKR
WARTAWAN SINAR HARIAN
16 Mac 2014

Kapten Zaharie
Kapten Zaharie 

 Kapten Zaharie hanya ahli PKR
(dari kiri) Naib Presiden Pkr,YB Tian Chua bersama (tengah) Pengarah Pilihan Raya PKR Negeri,Khalid Jaafar dan (kanan) Ahli Parlimen Subang,R.Sivarasa pada sidang media di Bilik Gerakan Utama Keadilan,Kajang. - Foto Sinar Harian Afiq Razali

KAJANG  – PKR menolak laporan sebuah media antarabangsa yang mengaitkan penglibatan juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah dalam teori konspirasi rampasan pesawat itu.

Naib Presiden PKR, Tian Chua mendakwa, Daily Mail melaporkan kemungkinan teori pesawat tersebut dirampas sebagai protes terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

"Kapten Zahari bukan seorang aktivis sosial yang lantang, carilah mana kenyataan akhbar dibuat beliau. Dia hanya penyokong dan anggota parti.

"Saya sahkan dia ahli PKR dan sertai parti pada 23 Januari 2013 tapi tak relevan untuk tuduh kehilangan pesawat ini berkaitan dengan PKR,” katanya dalam sidang media di bilik gerakan utama PKR, di sini, hari ini.

Menurut akhbar tabloid akhbar Britain itu, beberapa jam sebelum berlepas dengan pesawat Boeing 777-200ER untuk ke Beijing, Kapten Zaharie telah hadir ke mahkamah pada 7 Mac lalu untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar.

Mengulas perkara sama, Tian Chua menegaskan, kehilangan pesawat ini tidak ada kena mengena dengan PKR dan tuduhan ini tidak relevan.

"Ini adalah satu kes membabitkan keselamatan pesawat dan tanggungjawab MAS dan pihak berkuasa.

"Isu keselamatan tidak wajar dikaitkan bermotif politik. Jangan main sentimen seumpama ini kerana menyinggung dan menjejas imej negara dalam perspektif antarabangsa," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa berkata, Kapten Zaharie sama dengan sejuta penyokong PKR yang lain dan mendesak supaya laporan tidak bertanggungjawab serta tidak profesional dihentikan segera.

"PKR tidak berhasrat untuk ambil tindakan undang-undang kerana ia tidak membantu carian pesawat tapi harapkan kenyataan ini dibetulkan berlandaskan fakta," katanya.

'Dulu cium tangan, kini dianggap pengkhianat'

Mohd Shariff Omar
Mohd Shariff Omar 
16 Mac 2014

KAJANG - "Masa dalam Umno, semua orang cium tangan, keluar Umno terus orang label pengkhianat, demikian respons segelintir orang terhadap saya," kata  Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd Shariff Omar selepas tindakannya menyertai PKR baru-baru ini.

Jelasnya, tindakan beliau keluar Umno bukanlah sebagai satu tindakan pengkhianat sebaliknya satu tindakan 'mulia' kerana sedar bahawa Umnolah yang sebenarnya menjadi pengkhianat kepada rakyat.

"Saya dilabel  sebagai pengkhianat, itulah jolokan yang saya dapat oleh kerana saya lawan Umno-BN.

"Dianggap  pengkhianat sebab tidak bersama perjuangan umno.

"Bagi saya Umno bukan macam dahulu,bela Melayu, Islam dan negara kita,kini perkara itu sudah tinggal sejarah.

"Sekarang yang senang bukan rakyat, sebalik pemimpin atasan Umno/BN,oleh itu rakyat meluat saya pun meluat, sebab itulah saya kata mereka pengkhianat bukan saya,sebab mereka yang abaikan negara dan tidak jaga negara dengan betul," katanya ketika menyampaikan ceramah Karnival Usahawan Selangor di Bandar Kajang semalam.

Oleh itu, jelasnya pengundi Kajang perlu menghantar 'signal' kepada Umno/BN supaya berhenti daripada terus membuat sesuatu yang tidak baik  kepada negara.

"Pengundi Kajang perlu beri tanda amaran, kita tolak calon BN, MCA dalam PRK Dun Kajang nanti.

"Undi Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, lenyapkan terus usaha-usaha ini," katanya.

Wan Azizah akan menentang calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun pada PRK kali ini.

Sementara hari pengundian jatuh pada  23 Mac ini.

PRK Kajang diadakan susulan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh, daripada PKR pada 27 Januari lalu.

Gambar Kediaman Milik Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin (5 Gambar)


Siapa tak kenal dengan Rajah Bomoh VIP ini selepas muncul di KLIA baru-baru ini dengan teropong dan bubunya mencari mana hilangnya pesawat MH370 yang masih hilang hingga ke hari ini.
Sehingga kini, isu bomoh VIP semakin hangat diperkatakan lebih-lebih lagi dengan tersebarnya satu video terbaru kononnya bomoh VIP tersebut ingin menampar seorang menteri, Khairy Jamaluddin sama seperti kisah buaya yang pernah ditamparnya dulu.
Apapun kita abaikan isu  dalaman mereka dan kita lihat salah satu kediaman “Bomoh 1 Malaysia” ini yang berlokasikan di Kg. Bermin, Tapah.

2

2



2

2

2

Sumber: Oh!Media


Read more: http://www.harianblogger.com/gambar-kediaman-milik-raja-bomoh-ibrahim-mat-zin-5-gambar/#ixzz2wCnHGNWk

Thailand didesak lindungi 200 etnik Islam Uighur


Bangkok: Thailand semalam didesak supaya memberi perlindungan kepada sekumpulan 200 orang etnik Islam Uighur yang diselamatkan daripada sebuah kem penyeludupan manusia.

Kumpulan pemerhati yang berpejabat di New York, Human Rights Watch dalam satu kenyataan juga menggesa supaya pihak berkuasa Bangkok tidak menghantar pulang kumpulan berkenaan ke China secara paksa.

Kumpulan itu yang terdiri daripada 78 lelaki, 60 wanita dan 82 kanak-kanak ditemui di dalam ladang getah di wilayah Songkhla beberapa hari lalu dan mulanya disangka rakyat Turki.

Ketua Polis Imigresen Lt Jeneral Panu Kerdlarppol berkata, pegawai kedutaan Turki dan China melawat kumpulan berkenaan.

Kumpulan itu bagaimanapun enggan bercakap dengan pegawai China.

- Agensi