Wednesday, January 11, 2012

Kes Anwar: Bapa Saiful kecewa pendirian Majlis Peguam


RUZY ADILA IDRIS
January 11, 2012
Saiful Bukhari

KUALA LUMPUR - Bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan, Azlan Mohd Lazim kecewa dengan kenyataan Majlis Peguam yang menyarankan agar Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan berkenaan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin.

Beliau berpendapat tindakan itu sebagai satu langkah menidakkan hak seorang warganegara untuk diadili dan didengar rayuannya sehingga ke peringkat yang tertinggi menurut Perlembagaan Malaysia.

Katanya, Majlis Peguam seharusnya bersikap neutral dalam melihat suatu proses keadilan berlangsung dan bukannya dengan menghalang proses keadilan berlangsung.

"Adakah gesaan tersebut melambangkan pendirian semua peguam-peguam di Malaysia atau hanya pendirian individu-individu tertentu yang menduduki kerusi Majlis Peguam yang berkepentingan politik?"

"Mengapa Majlis Peguam selama ini tidak pernah bantah tertuduh dalam dalam kes ini yang ikut rekod telah kemukakan rayuan atau permohonan sebanyak 36 kali?

"Ini baru pertama kali pihak kami mohon untuk buat rayuan sudah dihalang," katanya pada satu sidang media, di rumahnya di Bandar Utama petang ini.

Beliau mempersoalkan mengapa berlaku 'double standard' dan adakah kerana anaknya seorang insan kerdil, bukannya seorang VIP, ahli politik sehinggakan haknya dinafikan begitu sahaja.

"Demi anak saya, saya merayu agar-agar pihak Peguam Negara memfailkan rayuan.

Diharap pihak Peguam Negara tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukakan rayuan.

"Sebagai bapa, saya akan terus bersama anak saya dan berjuang untuk memastikan aduan anak saya ini mendapat panegadilan seadil-adilnya bagi mengembalikan nama, maruah beliau juga seluruh keluarga saya," katanya.

Kelmarin, Majlis Peguam menyarankan agar Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan berkenaan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebas dan melepaskan Anwar.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.Kes Anwar: Bapa Saiful kecewa pendirian Majlis Peguam - Nasional - Sinar Harian:

'via Blog this'

Saiful jalani kehidupan seperti biasa, kata bapa


RUZY ADILA IDRIS
January 11, 2012
Saiful jalani kehidupan seperti biasa, kata bapa

KUALA LUMPUR - Bapa Mohd Saiful, Azlan Mohd Lazim berkata, keadaan anaknya kini baik dan sedang menjalani kehidupan seperti biasa - tiga hari selepas Mahkamah Tinggi memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas daripada tuduhan meliwat.

"Saiful sihat dan kini sedang bekerja di salah sebuah syarikat di Kuala Lumpur.

"Keadaan beliau juga menerima keputusan mahkamah dengan hati terbuka tetapi sebagai ayah, hak anak saya untuk merayu habis-habisan akan diteruskan demi maruah anak saya," katanya pada sidang media di rumahnya di Bandar Utama, petang tadi.

Kata beliau, sokongan orang ramai dan kawan-kawan amat dihargai di mana mereka turut bersimpati di atas kejadian yang berlaku tetapi mereka sekeluarga tetap redha.

Bagaimanapun, menurut Azlan, beliau sekeluarga akan menunggu tempoh 14 hari yang ada bagi Peguam Negara untuk mengemukakan rayuan supaya Saiful mendapat pembelaan sewajarnya.Saiful jalani kehidupan seperti biasa, kata bapa - Nasional - Sinar Harian:

'via Blog this'

Saudara baru cari keluarga



11/01/2012 1:02pm

ALOR SETAR - Seorang saudara baru mencari adik dan abangnya bagi membantu permohonannya untuk mendapatkan Mykad.
Abu Bakar Lim Abdullah atau nama asalnya, Lim Kooi Tiong, 60, berkata abangnya bernama Lim Kim Sia, adiknya Lim Kooi Seng sementara beliau tidak dapat mengingati nama adik perempuannya.
Beliau berkata, mereka dilahirkan di Kampung Pida 10, Sanglang, Kodiang sementara ibu bapa mereka Lim Peng Eng dan See Chai Koon telah meninggal dunia.
Abu Bakar berkata, beliau telah beberapa kali memohon untuk mendapatkan kad pengenalan tetapi tidak berjaya kerana diminta supaya mengemukakan saksi bagi mengesahkan beliau adalah rakyat negara ini.
Beliau berkata, beliau terputus hubungan dengan keluarganya selepas beliau memeluk Islam pada Mac 1983.
Beliau kini tinggal di Nombor 93, Batu 2, Jalan Changlun dan boleh dihubungi menerusi talian 04-9254575. — BERNAMA

Nur Amalina kembali tenang, ibu lega


NURUL NADIA MOHD KAMARUZAMAN
January 11, 2012
Nur Amalina: Henti fitnah saya

SHAH ALAM - "Jika fitnah mengaibkan Amalina dihentikan, saya akan batalkan niat untuk menyaman pihak yang terlibat."

Demikian kata ibu Nur Amalina Che Bakri, pelajar terbaik SPM 2004, yang kini boleh menarik nafas lega setelah pihak yang menyebar kritikan terhadap anaknya memberikan kerjasama baik dengan menutup akaun-akaun Facebook palsu dan menghentikan penyebaran gambar serta fitnah di laman-laman blog.

Katanya, Amalina juga sudah tidak tertekan lagi dengan tindakan pihak-pihak yang cuba mengaibkan maruahnya.

"Jika fitnah mengaibkan Amalina terus dihentikan, saya tidak akan mengambil tindakan saman... setakat ini tidak terlalu melampau macam dulu, setelah saya dan Amalina menjelaskan keadaan sebenar bagi membuka mata ramai pihak.

"Saya bersyukur kerana Amalina tidak melatah dan bersikap profesional dalam menangani isu difitnah terhadap dirinya. Malah saya juga berterima kasih kepada pihak berpendidikan di Malaysia dan di sana (UK) yang memberikan sokongan moral kepada dia," katanya.

Sabariah berkata, walaupun jauh tetapi beliau dapat merasakan anaknya seperti di depan mata kerana hampir setiap pergerakkan dan aktiviti Amalina akan diberitahu kepadanya dari semasa ke semasa.

"Saya yakin Amalina seorang yang sangat berdikari dan berdisiplin, jika dia mahu melancong atau melakukan sebarang aktiviti, dia akan beritahu saya, malahan penggunaan kad kredit dia pun saya tahu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Sebelum ini, kecoh apabila dia didakwa mengalami kejutan budaya apabila gambarnya mengenakan “legging” dan bergambar dengan seorang lelaki tersebar dengan meluas di laman-laman sosial dan blog.

Amalina, 24, yang memperoleh 17 A1 dalam SPM, sebelum ini dikenali dengan imej bertudung dikatakan telah berubah apabila gambarnya menunjukkan dia mengenakan pakaian menjolok mata ketika belajar di United Kingdom.

Amalina dijangka menamatkan pengajian pada Mei 2013.Nur Amalina kembali tenang, ibu lega - Nasional - Sinar Harian:

'via Blog this'

Wang zakat: PKR bawa bukti baru, laporan polis esok


WARTAWAN SINAR HARIAN
January 11, 2012
Ar Rahnu Yapeim semakin menjadi instrumen pembiayaan pilihan

SHAH ALAM - PKR tampil dengan dua bukti berhubung dakwaan salah guna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk tujuan fi khidmat guaman, yang telah dinafikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Jamil Khir Baharom.

Pertama ialah set dokumen daripada MAIWP sendiri termasuk baucer bayaran bernombor 2010B04112, bertarikh 29 April 2010 melibatkan wang sebanyak RM32,150.

"Baucer tersebut secara terang merakamkan kumpulan wang yang digunakan merupakan kumpulan wang zakat," kata Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan.

Kedua menurut beliau, merupakan surat daripada Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara Datuk Seri Azmi Khalid yang mengesahkan bahawa RM63,650 wang zakat iaitu bayaran pertama sebanyak RM31,500 pada 9 Februari 2010 dan RM32,150 yang tercatat dalam baucer tersebut, digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP.

"Jamil Khir berkali-kali menegaskan bahawa MAIWP mempunyai peruntukan daripada kerajaan sebanyak RM700,000 bagi menampung pelbagai pembayaran termasuk kos guaman," kata beliau.

Namun kata beliau, Laporan Ketua Audit menyebut bahawa MAIWP hanya memulangkan wang tersebut pada Disember 2010, kira-kira enam bulan selepas peruntukan tersebut disalurkan ke dalam MAIWP.

"Jamil langsung tidak menyebut tentang hal ini," katanya lagi.

Sehubungan itu kata beliau, PKR memandang serius penyalahgunaan institusi penting umat Islam dan akan membuat laporan polis di di Balai Polis Dang Wangi berkaitan isu berkenaan.Wang zakat: PKR bawa bukti baru, laporan polis esok - Nasional - Sinar Harian:

'via Blog this'

Mesin gerudi hentak juruteknik

GOMBAK: Hanya kerana dituduh menjual mesin gerudi elektrik yang sudah dibaiki kepada orang lain, seorang juruteknik dibelasah pemilik barangan itu yang naik angin dalam kejadian di sebuah kedai barangan perkakasan am dan logam di Selayang Baru, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, mangsa yang berusia 24 tahun menyusun barangan di dalam kedai sebelum didatangi seorang lelaki berusia 20-an meminta dia menunjukkan rakaman litar tertutup (CCTV) dalam kedai itu.


Menurut sumber, pelik dengan sikap lelaki terbabit, mangsa cuba meminta penjelasan sebelum dia diberitahu ingin melihat bukti rakaman CCTV yang mendakwa mangsa menjual mesin gerudi elektrik kepada seseorang.

“Terkejut dengan tuduhan itu, mangsa menafikannya dan memberitahu sudah menyerahkan semula peralatan berkenaan sehari sebelum itu.


“Bagaimanapun, lelaki terbabit memberitahu mangsa berbohong kerana tidak menerima alat itu. Malah, sekali lagi mendesak mangsa membenarkannya melihat rakaman CCTV bagi membuktikan dia bercakap benar,” katanya.


Sumber berkata, mangsa memberitahu rakaman CCTV itu tidak boleh dilihat kerana kedudukan ia terhalang dengan kotak yang disusun tinggi.

“Jawapan mangsa menyebabkan lelaki terbabit naik marah lalu memaki-hamun. Mangsa meminta lelaki terbabit bertenang sebelum dia menunjukkan resit peralatan itu sudah diserahkan kepadanya.


“Namun tindakan mangsa itu menyebabkan lelaki terbabit gagal mengawal diri lalu mengambil mesin gerudi elektrik milik pelanggan lain dan cuba menghentak ke kepala mangsa,” katanya.

Menurutnya, terkejut dengan tindakan itu, mangsa mengelak dan memberitahu akan melaporkan kejadian itu kepada polis jika suspek memukulnya.


“Namun amaran mangsa tidak diendahkan sebaliknya lelaki itu menghentak mesin berkenaan ke kepala mangsa beberapa kali sebelum memukulnya.


“Sebaik lelaki itu beredar, mangsa yang cedera di kepala membuat laporan di Balai Polis Selayang,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan.myMetro | Mesin gerudi hentak juruteknik:

'via Blog this'

Kerajaan Thailand bayar pampasan kepada mangsa keganasan politik

BANGKOK: Kerajaan Thailand semalam bersetuju untuk membayar AS$63 juta (RM198 juta) sebagai pampasan kepada semua mangsa pergolakan politik dan bantuan perdamaian dalam negara yang berpecah belah itu.

Dana itu akan digunakan untuk membayar pampasan kepada setiap kematian dan kecederaan akibat beberapa siri keganasan bantahan politik sejak 2005, termasuk kepada musuh ketat, penyokong nasionalis Baju Kuning, penyokong Baju Merah yang kebanyakannya golongan pekerja di luar bandar dan beberapa penyokong kecil lain.

“Kabinet meluluskan belanjawan RM198 juta untuk mangsa keganasan politik supaya mereka dapat menerima bantuan yang sepatutnya dan adil selaras dengan prinsip undang-undang dan kesaksamaan,” kata jurucakap Titima Chaisang, kepada pemberita.

Katanya Perdana Menteri Yingluck Shinawatra, adik kepada bekas Perdana Menteri Thaksin, mahu menunjukkan dia “bertanggungjawab dengan memberi bantuan kepada semua pihak.” - Bangkok PostmyMetro | Kerajaan Thailand bayar pampasan kepada mangsa keganasan politik:

'via Blog this'

Remaja lega boleh ambil PMR



JONATHAN Loo Shon Sheuan menunjukkan surat status taraf kewarganegaraan Malaysia yang diperoleh dari JPN di Pusat Komuniti Paya Terubong, Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 10 Jan. – Seorang remaja kini boleh menarik nafas lega apabila akhirnya mendapat status warganegara.

Lebih menggembirakan bagi Jonathan Loo Shon Sheuan, 14, dengan status tersebut, dia boleh mendapatkan MyKad dan seterusnya menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun depan.

“Hati saya begitu lega apabila diberitahu mendapat status kewarganegaraan dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Jumaat lalu.

“Saya amat bersyukur dengan anugerah ini kerana membolehkan saya mengambil peperiksaan PMR tanpa masalah dan juga tidak perlu risau lagi untuk melanjutkan pengajian ke universiti,” katanya.

Dia ditemui selepas menerima sijil kewarganegaraan daripada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong dalam satu majlis di sini, hari ini.

Turut hadir datuknya, Loo Choon Seng, 72 dan nenek, Tan Say Kim, 64.

Masalah untuk mendapatkan MyKad Jonathan timbul kerana ibu bapanya hanya mendaftarkan perkahwinan mereka setelah dia dilahirkan dan ditambahkan pula kegagalan untuk menghubungi ibunya seorang warga Indonesia yang telah bercerai dengan bapanya.

Sementara itu, Chee Leong memberitahu, sejak tiga tahun lalu, lebih 10 peratus rakyat Malaysia berkahwin dengan warga asing terutama dari Indonesia dan China.

“Oleh itu, saya menyarankan golongan terbabit agar mendaftar perkahwinan mereka di JPN bagi mengelak masalah sebegini berlaku sehingga menjejaskan masa depan anak mereka,” ujarnya.Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri:

'via Blog this'