Showing posts with label asraf. Show all posts
Showing posts with label asraf. Show all posts

Saturday, September 3, 2011

Ibu rindu air tangan Ashraf

pix_gal0
Puding koktail, kek coklat Aleesha digemari keluarga pada Aidilfitri 

KUALA TERENGGANU: “Arwah (Mohd Ashraf) paling sibuk setiap kali raya. Dia pandai memasak dan selalu menjamu tetamu dengan menu istimewanya, puding koktail dan kek coklat yang juga sering ditempah rakan,” kata ibu Allahyarham Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz.
Mohd Ashraf, 26, yang membuat permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar nama dan status jantinanya dalam MyKad kepada Aleesha Farhana meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, pada 30 Julai lalu, selepas muntah dan tekanan darah rendah, dipercayai akibat tekanan selepas permohonannya ditolak mahkamah.
Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Yah, 50, berkata, kedatangan Aidilfitri kali ini memang memilukan, apatah lagi setiap kali teringat Mohd Ashraf, mereka juga terkenang air tangannya yang digemari keluarga terutama puding koktail dan kek coklat yang menjadi hidangan wajib di Aidilfitri.

“Kami buat juga puding koktail dan dihidangkan pada tetamu pada rumah terbuka kami kelmarin. Mulanya saya tak mahu buat, sebab rasa tak sanggup apabila mengenangkan arwah. Namun, adiknya beriya-iya mahu saya membuat puding itu, tetapi rasanya tak sesedap seperti yang dibuat arwah. Tahun ini kali pertama rumah kami tidak ada kek coklat kerana lazimnya arwah yang sediakan.

“Ketika arwah ada, saya tidak perlu susah payah kerana semua kerja dia selesaikan. Dari memasak, mengemas, malah menjahit sekali pun, arwah memang berkebolehan. Pendek kata arwah memang boleh diharap,” katanya yang mesra melayan wartawan yang menziarah keluarganya sempena Aidilfitri di rumahnya di Kampung Telaga Daing, Seberang Takir, di sini.

Yah berkata, biarpun sudah lebih sebulan anaknya meninggalkan mereka, kenangan bersamanya yang sangat rajin di dapur sering membuatkannya sebak, malah kadangkala terasa arwah berada di belakangnya setiap kali dia memasak.
“Arwah memang pandai dan suka memasak, malah kalau dia masak mi segera pun sedap. Arwah sering membantu saya di dapur. Sejak arwah tiada, kadang-kadang ketika sedang memasak, saya terasa dia berada di belakang kerana memang tabiatnya berdiri di belakang memerhatikan saya memasak.

“Arwah memang mahir melakukan kerja dapur, tetapi tidak pandai melakukan kerja berat. Kalau kipas di rumah berhabuk pun, arwah tidak akan panjat tangga untuk membersihkannya, tetapi meminta saya menunggu adik lelakinya pulang.
Arwah juga pandai bersolek dan mengambil upah menyolek orang kahwin,” katanya.

Dalam mengenang kebolehan arwah, Yah sempat memberitahu, Mohd Ashraf berkelakuan pelik sebelum meninggal dunia, antaranya memakai purdah ketika keluar pada malam sebelum jatuh sakit. bharian

Monday, August 1, 2011

Kematian Ashraf disiasat

pan" style="font-family: Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif; font-size: 11px;">
Mohd Ashraf Hafiz
Mohd Ashraf Hafiz
Laporan bedah tentukan punca sebenar elak spekulasi 

KUALA TERENGGANU: Keputusan bedah siasat punca kematian Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, lelaki yang gagal dalam permohonan menukar nama dan status jantinannya dalam MyKad, awal pagi kelmarin mungkin diklasifikasikan sebagai kes yang perlu dibuat rujukan dan penilaian perundangan.
Bagaimanapun, Jabatan Kesihatan Terengganu belum menerima laporan hasil bedah siasat dibuat ke atas mayat Mohd Asyraf Hafiz di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahiran (HSNZ) kelmarin.
Pengarah Kesihatan negeri, Dr Nordiyanah Hassan, berkata banyak perkara perlu dibuat penelitian untuk menentukan punca sebenar kematian Mohd Ashraf. 

Sebab itulah, katanya, kumpulan pakar perubatan yang terbabit dalam bedah siasat belum mengemukakan laporan masing-masing kepada jabatan. 

"Kes ini (punca kematian Mohd Ashraf) kita ambil sebagai 'potential medical legal'. 

"Ia akan mengambil masa untuk menyiapkan laporan. Apabila selesai, laporan (bedah siasat) itu pula perlu dihantar kepada Kementerian Kesihatan terlebih dulu," katanya ketika dihubungi di sini, semalam, tetapi tidak mendedahkan punca kematian Mohd Ashraf berdasarkan laporan bedah siasat. 
Akhbar kelmarin melaporkan Mohd Ashraf meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNZ kira-kira jam 5 pagi kelmarin selepas dimasukkan ke hospital itu pada jam 3 pagi sehari sebelumnya selepas muntah-muntah dan pitam sehingga tekanan darahnya dilaporkan menurun hingga 80/40 lewat petang kelmarin. 

Penurunan mendadak tahap kesihatan lelaki itu bermula dengan kemurungan selepas gagal dalam permohonan menukar nama kepada Aleesha Farhana, menimbulkan spekulasi dalam kalangan masyarakat. 

Jenazah Mohd Ashraf dimandi dan disembahyangkan di Unit Forensik HSNZ pada jam 3.30 petang kelmarin sebagai seorang lelaki selepas selesai bedah siasat sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seberang Takir, pada jam 4.30 petang. 

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat meinta individu yang mengalami kecelaruan identiti sehingga berhajat untuk menukar jantina merujuk kepada Mahkamah Syariah terlebih dulu sebelum membuat pembedahan menukar jantina. 

Beliau berkata, Mahkamah Syariah akan membantu mereka bermasalah dengan membuat pertimbangan menerusi penelitian dokumen peribadi asal individu termasuk laporan kesihatan disahkan doktor. 

Khazan berkata, Mahkamah Syariah akan memberi pertimbangan sewajarnya, terutama kepada kalangan khunsa dengan mendapatkan pengesahan daripada doktor. 

“Selepas mahkamah mendapat butiran sahih daripada pakar termasuk doktor, barulah keputusan membenarkan penukaran jantina mengikut kecenderungan pemohon sama ada menjadi lelaki atau wanita diputuskan,” katanya. 
http://www.bharian.com.my