Sunday, December 8, 2013

Angola tutup masjid, bakar al-Quran

 Angola tutup masjid, bakar al-Quran
8 Disember 2013
LUANDA - ANGOLA. Sebuah yayasan berpusat di Johannesburg berjaya membongkar perbuatan biadab kerajaan Angola yang menjadi negara pertama di dunia mengharamkan Islam.

Menurut Pengarah Open Society Initiative of Southern Africa, (Osisa), Elias Isaac berkata, mereka menerima laporan kebanyakan masjid di negara itu kini diarah tutup atau dimusnahkan pihak tidak bertanggungjawab.

"Terdapat 78 masjid di Angola dan hanya beberapa dibuka di ibu negara selepas kerajaan khuatir dengan respons masyarakat antarabangsa terhadap dasar Islamofobia yang dilaksanakan di negara tersebut," jelasnya lagi.

Menurut beforeitsnews, , kerajaan Angola turut mengeluarkan notis dan memberi tempoh 73 jam kepada masyarakat Islam di negara itu untuk memusnahkan masjid dan mereka yang gagal berbuat demikian akan dikenakan tindakan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Orang Islam Angola (ICA), David Ja memberitahu, tindakan menutup masjid di negara tersebut dilakukan sejak 2010.

"Selain menyasarkan masjid, kerajaan turut bertindak sewenang-wenangnya membakar 120 al-Quran dalam beberapa serbuan ke atas masjid yang dilakukan sejak akhir-akhir ini," menurutnya.