Wednesday, July 1, 2015

CEO The Edge Pertahan Tindakan Mereka Terbitkan Artikel 1MDB


Diterbitkan: Rabu, 1 Julai 2015 11:03 PM
Ho Kay Tat...penerbit dan ketua pegawai eksekutif Kumpulan Media The Edge.

PETALING JAYA: Penerbit akhbar bisnes dan kewangan The Edge turut mengesahkan yang mereka telah menerima surat tunjuk sebab daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung penerbitan artikel mengenai 1MDB tetapi mempertahankan tindakan mereka menerbitkannya.
Ketua Pegawai Eksekutif the Edge Media Group, Ho Kay Tat berkata, mereka telah diberi tujuh hari untuk menjawab surat tunjuk sebab itu mengapa tindakan tidak boleh diambil kerana menyiarkan sesuatu yang tidak tepat mengenai 1MDB sehingga menimbulkan salah faham dan kekeliruan umum.
Menurut Kay Tat, tindakan yang mereka terima itu adalah di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
“Kami telah dituduh menerbitkan artikel mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang didakwa telah mencetuskan kekeliruan dan keraguan mengenai kerajaan dan institusi kewangan negara,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun Kay Tat menegaskan yang “The Edge yakin serta percaya yang artikel mereka adalah berasaskan kebenaran.
"Sehingga sekarang tidak ada siapa pun yang disebut di dalam artikel itu telah mengambil tindakan undang-undang ke atas kami.
“Sebagaimana yang pernah kami nyatakan sebelum ini, kami berdiri teguh di belakang penerbitan artikel tersebut sebagai benar dan kami berhasrat untuk membuktikannya,” ujarnya lagi.
Menurut penerbit itu, surat tunjuk sebab yang mereka terima tidak menyatakan secara spesifik artikel manakah yang KDN rujuk sebagai tidak tepat dan sejak enam bulan yang lalu Kumpulan Media The Edge telah menerbitkan 300 artikel berhubung dengan 1MDB berasaskan pelbagai sumber antaranya Bernama, Bloomberg, Reuters, Business Times dan Euromoney.
Oleh yang demikian Kay Tat berkata, pihaknya telah memohon agar tempoh tujuh hari yang diberikan itu dilanjutkan bagi membolehkan mereka menyediakan jawapan yang menyeluruh serta lengkap dan juga meminta pihak KDN secara spesifik menyatakan artikel manakah yang dirujuk sebagai tidak tepat dan mencetuskan kekeliruan kepada masyarakat.
Rabu lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pemilik The Edge Media Group, Datuk Tong Kooi Ong sewajarnya bertanggungjawab ke atas laporan yang tidak tepat ke atas 1MDB.

Jika Saya "Tong Kosong", Begitu Juga Tiga Bekas PM - Nazri


Diterbitkan: Rabu, 1 Julai 2015 7:16 PM
Nazri Aziz

PETALING JAYA: Datuk Seri Nazri Aziz menolak pandangan Tunku Mahkota Johor (TMJ) bahawa beliau seorang menteri yang tidak cerdik dengan merujuknya sebagai "tong kosong".
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata, pandangan Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu tidak benar kerana beliau layak sebagai pengamal undang-undang, malahan ahli Lincoln's Inn di London.
"Tentu sekali ia tidak benar, saya seorang barrister perundangan," katanya kepada The Star Online pada Rabu.
Beliau juga berkata, tiga perdana menteri pertama negara iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn juga adalah barrister.
"Mereka semuanya bukannya tong kosong," katanya.
Menerusi temubual dengan sebuah portal berita, Tunku Ismail berkata, Nazri tidak layak menjadi menteri dan menganggapnya sebagai "tong kosong".
Kata Nazri, jika beliau tidak layak menjadi menteri, TMJ seharusnya menyalahkan tiga perdana menteri - Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana melantiknya.
"Jika saya tidak layak sebagai menteri, salahkan tiga individu ini," katanya.
Nazri juga menafikan beliau tidak sensitif kepada kerabat diraja Johor sambil menyifatkan mereka berada pada kedudukan sekarang kerana Umno.
"Mengikut Perlembagaan Umno, kita mendukung hak Melayu termasuk kerabat diraja. Mereka sepatutnya mengambil berat dan menjaga Umno," katanya.
Katanya lagi, masa depannya tidak ditentukan oleh Tunku Ismail, tetapi rakyat yang memilihnya.
"Mereka tidak sepatutnya campur tangan hal politik," katanya yang turut mengucapkan selamat hari lahir kepada TMJ dan berharap beliau gembira mendapat hadiah jet peribadi daripada ayahandanya, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Greece terlepas 'deadline' bayar hutang IMF

Greece

GREECE dilaporkan telah melepasi tarikh akhir untuk ‎menjelaskan hutang negaranya sebanyak. €1.6 bilion kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), selepas menteri zon euro enggan melanjutkan hutang atau jaminan keluar (bailout) mereka.
 
Tetapi para menteri itu berkata, mereka akan membincangkan cadangan saat akhir dari Greece bagi program bailout baru, lapor BBC.

Greece merupakan negara maju pertama yang gagal membayar balik pinjaman kepada IMF dan kini secara rasmi tertunggak. 

Terdapat kebimbangan bahawa keadaan ini boleh meletakkan Greece berisiko tidak lagi akan menggunakan matawang euro.
 
Sementara itu, IMF mengesahkan Greece gagal untuk membuat pembayaran, tidak lama selepas 22:00 GMT pada Selasa.
 
"Kami telah memaklumkan kepada Lembaga Eksekutif kami bahawa hutang Greece kini tertunggak dan hanya boleh menerima pembiayaan IMF hanya selepas tunggakan dijelaskan," kata jurucakap IMF, Gerry Rice.
 
Sebaik tarikh akhir bailout zon euro luput, Greece tidak lagi mempunyai akses kepada dana berbilion-bilion euro pada dan tidak dapat memenuhi pembayaran balik IMF itu.
 
Dalam pada itu, Pengerusi Eurogroup dan Menteri Kewangan Belanda, Jeroen Dijsselbloem sebelum ini berkata, adalah 'gila' untuk melanjutkan bailout Greece selepas tarikh bayar balik hutang telah tamat tempoh.‎ 
 
Bercakap selepas panggilan persidangan dengan menteri-menteri zon euro lain, beliau berkata, permintaan Greece untuk membuat pinjaman baharu sebanyak €29.1bilion melalui program bantuan Eropah akan dipertimbangkan kemudian.

Lagi skandal pengintipan NSA didedah WikiLeaks

Lagi skandal pengintipan NSA didedah WikiLeaks
Moscovici (kiri) dan Baroin menjadi turut menjadi sasaran dalam skandal pengintipan NSA.

PARIS - PERANCIS . Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat (NSA) didakwa melakukan pengintipan ke atas dua menteri kewangan Perancis dan turut mengumpulkan maklumat berkaitan kontrak eksport, perdagangan serta bajet.
 
Menteri yang menjadi sasaran NSA adalah Francois Baroin dan Pierre Moscovici yang berkhidmat pada 2011 hingga 2014.
 
Skandal pengintipan itu didedahkan WikiLeaks kira-kira seminggu selepas laman pembocor maklumat tersebut mendakwa agensi tersebut mengintip tiga presiden Perancis sejak 2006 hingga Mei 2012.
 
Menurut laporan itu, salah satu dokumen bertarikh dari 2002 dan diperbaharui pada 2012 menunjukkan NSA meminta perkhidmatan risikan dari Australia, Britain, Kanada, New Zealand untuk mendapatkan kesemua maklumat itu.
 
Difahamkan, maklumat kontrak eksport bernilai lebih AS$200 juta (RM755 juta) yang diperoleh itu melibatkan pelbagai sektor termasuk syarikat telekomunikasi, elektrik, tenaga nuklear, pengangkutan dan kesihatan. - AFP

Ceroboh sempadan

Nunukan, Indonesia: Seorang komander tentera Indonesia di Nunukan semalam mengesahkan sebuah helikopter awam dari Malaysia mendarat di wilayah Sebatik selepas gambar pesawat itu tersebar di Internet.
Kapten Suris Fiyanto yang bertugas di pos sempadan di kampung Aji Kuning mengesahkan helikopter berwarna putih itu mendarat di pad helikopter tentera di wilayah itu.
Katanya, helikopter itu pada mulanya dilihat berlegar di udara sebelum mendarat di satu pad pendaratan yang dikhaskan untuk helikopter tentera.
“Saya jelas melihat helikopter yang mendarat itu mempunyai nombor 9M-HM.
“Saya mengarahkan seorang anggota menghampiri helikopter itu untuk meminta juruterbangnya mematikan enjin.
“Bagaimanapun, juruterbang itu memberi isyarat supaya jangan rapat sebelum helikopter itu terbang semula dan menuju ke arah sempadan Malaysia,” katanya.
Ujarnya, pad pendaratan helikopter di kampung Aji Kuning itu hanya dikhaskan untuk pesawat tentera yang membawa bekalan untuk anggota tentera di sempadan.
Helikopter awam tidak dibenarkan mendarat di pad pendaratan berkenaan.
“Helikopter awam tidak boleh masuk ke sini tanpa kebenaran kegiatan ini menunjukkan pesawat itu telah menceroboh sempadan,” tegasnya.
Sebelum ini, gambar helikopter itu yang mendarat di pad pendaratan berkenaan sambil diperhatikan seorang anggota tentera tersebar di Internet.
Terdapat laporan helikopter berkenaan membawa rombongan menteri dari Malaysia yang melawat satu kampung yang terletak berhampiran sempadan Indonesia.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Jun 2015 @ 7:38 AM


GAMBAR yang tersebar di Internet ini menunjukkan sebuah helikopter awam dari Malaysia mendarat di pos kawalan tentera di Nunukan, Indonesia.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/61028#sthash.3MHRM8sr.dpuf

TMJ terima jet peribadi sempena ulang tahun kelahiran



PAPARAN gambar jet peribadi yang diterima TMJ yang dimuat naik pada laman Facebook Johor Southern Tigers semalam.


JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima sebuah jet peribadi daripada ayahandanya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sempena hari ulang tahun kelahirannya ke-31 semalam.
Baginda telah memuat naik beberapa keping gambar sekitar majlis penyerahan pesawat itu di hangar peribadi Sultan Ibrahim di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dekat sini pada laman Facebook Johor Southern Tigers.
Bagaimanapun, jenis pesawat tersebut tidak dinyatakan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0701&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3eaPoiHbB 
Hakcipta terpelihara 

Yaya minta dibawa jalan-jalan




KOTA BHARU – Mangsa dera ibu tiri, Nur Zuliana Zaara, 5, atau Yaya mula menunjukkan perkembangan positif selepas menjalani pembedahan bagi merawat usus kecilnya yang berpintal dipercayai akibat dipukul kelmarin.
Perkara itu disahkan oleh ibu saudara mangsa, Roslila Wati Yussof (gambar kecil), 32, selepas dia melawat Yaya di Wad Anggerik, Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II di sini semalam.
Roslila Wati berkata, kanak-kanak itu mula bercakap manakala tahap kesihatannya semakin baik.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0701&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3eaPe2jXf 
Hakcipta terpelihara 

Kempen cari qariah dilancar


Kempen cari bacaan qariah di internet dilancar

Jerusha Lamptey melancarkan kempen bagi mencari video qariah mengalunkan
Jerusha Lamptey melancarkan kempen bagi mencari video qariah mengalunkan bacaan al-Quran di Internet. AGENSI
NEW YORK 30 Jun – Kecewa kerana gagal mencari sumber video bacaan al-Quran oleh qariah wanita di internet bagi mengimarahkan bulan Ramadan, seorang pembantu profesor bertindak me­lancarkan kempen di laman sosial Twitternya, mendesak laman web QuranExplorer.com dan beberapa aplikasi bacaan al-Quran untuk mewujudkannya.
Portal berita deseretnews.com melaporkan, usaha murni itu dilakukan Jerusha Lamptey dari Union Theological Seminary dengan berpandukan rujukan pautan video bacaan al-Quran seperti Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman dari Malaysia, Sumaya Abdul Aziz Eddeeb dari Mesir, dan Seemi Ghazi dari Kanada serta banyak lagi pihak yang berkaitan.
Lamptey melancarkan kempen #AddAFemaleReciter di Twitter dengan menujukan kempennya itu ke laman web popular QuranExplorer.com dan beberapa aplikasi bacaan al-Quran yang lain dengan mendesak mereka untuk menambah bacaan qari wanita.
Sehingga kini petisyen itu te­lah menerima lebih daripada 175 tanda tangan.
“Ini merupakan isu penyertaan. Tiada apa yang melarang wanita daripada membaca al-Quran. Malah, itu adalah tanggungjawab semua umat Islam untuk belajar dan membaca al-Quran setiap hari tanpa sebarang perbezaan jantina,” kata Lamptey.
Dua tahun lalu, Persatuan Islam Amerika Utara yang merupakan pertubuhan terbesar umat Islam di AS menimbulkan kekecohan apabila Tahera Ahmad, seorang ustazah mengalunkan bacaan al-Quran secara terbuka di persidangan tahunannya di Universiti Northwestern.
Lamptey berpendapat, sudah tiba masanya umat Islam berfikiran lebih matang antara lelaki dan wanita.
“Pandangan apakah yang me­nyatakan lelaki yang mendengar bacaan al-Quran oleh wanita tidak mengingati Allah, tetapi terarah kepada nafsu semata-mata?,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kempen-cari-qariah-dilancar-1.109181#sthash.72RwzpVU.dpuf

Greece menuju 
negara bankrap


Sebahagian pesara memarahi kakitangan sebuah bank selepas mereka
Sebahagian pesara memarahi kakitangan sebuah bank selepas mereka gagal mengeluarkan wang persaraan mereka di Iraklio, Pulau Crete, Greece, kelmarin. REUTERS
ATHENS 30 Jun – Penduduk Greece, semalam bingung selepas mereka tidak boleh mengeluarkan wang lebih banyak melalui mesin pengeluaran wang automatik (ATM), berbanding warga asing yang berada di negara ini.
Mereka hanya dibenarkan mengeluarkan wang sebanyak 60 euro (RM251) sehari, jumlah yang terlalu sedikit berbanding keperluan mereka, sekali gus mendorong rak­yatnya mengadakan tunjuk perasaan membantah langkah kerajaan itu.
Pakar ekonomi melihat langkah tersebut bertujuan mengatasi ‘masalah kecairan’, namun bagi rakyat, mereka merasakan se­perti ‘dirompak’.
“Mengapa saya tidak boleh me­­ngeluarkan wang saya sendiri? Mung­kin saya perlu pergi ke cawangan bank lain,’’ keluh seorang warga emas, Dimitris Togias, 70, seperti lapor Mail Online.
Selain menyekat pengeluaran wang dari mesin ATM, kerajaan turut menutup bank dan bursa saham, dipercayai untuk tempoh seminggu, langkah yang ada kaitan dengan perjanjian bagi menyelamatkan ekonomi yang ditawarkan Brussels, yang akan tamat tempoh hari ini.
Sekiranya gagal membayar semula pinjaman berjumlah 1.6 bilion euro (RM6.7 bilion) kepada Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Greece kini hampir menuju menjadi sebuah negara bankrap, sekali gus akan menyebabkan negara berkenaan ter­singkir daripada menjadi anggota Kesatuan Eropah.
Lebih memeritkan, kerajaan turut mengenakan sekatan mengisi petrol iaitu hanya sebanyak 20 euro (RM83) bagi setiap kende­raan.
Keadaan ‘kelam kabut’ itu mendorong rakyat Greece mula menyim­pan bekalan makanan selepas pasar raya melaporkan bekalan makanan akan kehabisan.
“Kita seolah-olah sedang berperang,’’ kata seorang penduduk yang enggan dikenali.
Kebimbangan dalam kalangan pen­duduk Greece berhubung ke­adaan ekonomi negara memuncak pada Jumaat lalu selepas kegagalan run­dingan antara Greece dan beberapa negara Kesatuan Eropah tentang pakej baharu menyelamatkan ekonomi Greece berjumlah 12 bilion euro (RM50 bilion).
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/greece-menuju-8232-negara-bankrap-1.109176#sthash.zIAObKJL.dpuf