Friday, March 22, 2013

YouTube catat 1 bilion pengunjung sebulan




22 Mac 2013
Dekati pelanggan anda di YouTube
YouTube menjadi platform berkongsi maklumat secara video dengan penonton seluruh dunia
SAN FRANCISCO - YouTube mencatatkan lebih 1 bilion pengunjung laman video dalam talian itu setiap bulan bagi menonton pelbagai klip video.

Pengumuman itu menandakan satu lagi pencapaian kepada evolusi YouTube sejak ia dilancarkan pada 2005 hingga menjadi platform paling berpengaruh dalam landskap media hari ini.

Menurut laporan AP, YouTube juga berjaya menewaskan pesaing terdekat, Facebook Inc yang hanya mencatatkan bilangan pengunjung 1 bilion dalam tempoh lima bulan.

Jumlah pengunjung yang besar itu memberi peluang kepada pemilik laman video berkenaan, Google Inc bagi memperoleh keuntungan menerusi pengiklanan.

Google Inc membeli YouTube dengan harga AS$1.76 (RM5.5 bilion) pada 2006 ketika laman video berkenaan mempunyai kira-kira 50 juta pengguna di seluruh dunia.

Roket amaran buat Obama sebelum ke Gaza




22 Mac 2013
Roket amaran buat Obama sebelum ke Gaza
Penduduk Israel membakar bendera AS di Baitulmaqdis.
BAITULMAQDIS - Tentera Israel mendakwa Palestin melepaskan empat roket di selatan Israel pada hari kedua lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke negara itu.

Menurut laporan Reuters, jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata, dua roket meletup di hadapan sebuah rumah di bandar sempadan Sderot menyebabkan kerosakan teruk tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

“Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab tetapi kami yakin roket itu disasarkan ke wilayah yang dikuasai Hamas,” katanya.

Sementara itu, The Jerusalem Post melaporkan, letupan ketiga dan keempat berlaku di Semenanjung Gaza lewat petang kelmarin.

“Roket itu sebagai tanda amaran dari penduduk Palestin selepas Obama dijadualkan akan melawat Tebing Barat pada Sabtu ini,” menurut laporan itu. -

AS dan Afghanistan capai persetujuan


WARTAWAN SINAR HARIAN
22 Mac 2013
AS dan Afghanistan capai persetujuan
Askar melakukan pemeriksaan di Kabul.
KABUL - Amerika Syarikat (AS) dan Afghanistan bersetuju melalui satu rundingan untuk mengeluarkan tenteranya dari wilayah Wardak selepas diberi kata dua oleh Presiden Afghanistan, Hamid Karzai.

Februari lalu, Karzai mengarahkan pasukan khas AS meninggalkan wilayah itu dalam tempoh dua minggu selepas banyak keganasan berlaku antara penduduk dan Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF).

“Tidak perlu tunggu hingga hujung tahun. Nato perlu mengarahkan askarnya keluar dari wilayah ini dengan segera,” katanya dipetik laporan Reuters.

Sementara itu, Komander Tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), Joseph Dunford berkata, tenteranya kini akan berpusat di daerah Nerkh untuk terus memantau keselamatan negara itu. 

Venezuela-AS putus hubungan diplomatik




22 Mac 2013
Elias Jaua
Elias Jaua
CARACAS - Venezuela bertindak memutuskan hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa serta merta.
       
Menteri Luar, Elias Jaua berkata, Venezuela tidak akan mengadakan sebarang perbincangan mengenai hubungan negara itu dengan Timbalan Setiausaha AS, Roberta Jacobson.

“Jacobson telah mengeluarkan kenyataan berbaur negatif tentang pilihan raya presiden yang dijadualkan 14 April ini,” katanya dipetik laporan AP.

Menurutnya, AS juga menuduh pentadbiran Venezuela goyah sejak kematian Presiden Hugo Chavez pada 5 Mac.

“AS cuba menjejaskan kestabilan kerajaan Venezuela dan kami tidak akan berkompromi dengan campur tangan negara itu,” katanya.

Barat arah PBB siasat senjata kimia di Syria




22 Mac 2013
Barat arah PBB siasat senjata kimia di Syria
Puluhan penduduk Syria dipercayai mengalami keracunan gas selepas serangan di Allepo, Selasa lalu.
NEW YORK - Britain, Perancis dan Amerika Syarikat (AS) mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa  Bersatu (PBB) menyiasat tuduhan Syria ke atas AS yang didakwa menjadi dalang terhadap serangan senjata kimia dalam konflik di negara itu.

Syria dalam satu kenyataan pula menjawab, PBB diberi kebebasan untuk melakukan siasatan kerana serangan itu dilakukan oleh Tentera Pembebasan Syria (FSA) di Aleppo berhampiran Damsyik.

Menurut AFP, jurucakap PBB, Martin Nesirky berkata, permintaan bertulis daripada negara antarabangsa itu sedang dikaji secara terperinci.

“Kami perlu mengumpulkan fakta jelas terhadap tuduhan itu kerana ia membabitkan banyak pihak termasuk bekas sekutu kuat rejim iaitu Rusia,” katanya.

Sementara itu, Duta PBB Perancis, Gerard Araud berkata, sehingga kini masih tiada bukti kukuh untuk mengaitkan penggunaan senjata itu.

“Tuduhan ini dilihat sebagai satu propaganda bagi mengalih pandangan negara antarabangsa terhadap konflik yang berlaku di Syria,” katanya.

Semalam, majoriti daripada 15 anggota Majlis PBB mendesak Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon untuk melakukan siasatan berhubung perkara itu.

Selasa lalu, sekurang-kurangnya 25 dilaporkan maut manakala lebih 100 orang cedera dipercayai mengalami sesak nafas selepas terkena bedilan roket yang dipercayai mengandungi gas toksik dalam serangan di Aleppo.

Pengganas mengaku diupah

Pengganas mengaku diupah
ANGGOTA polis mengawal rapi ketika pendakwaan kes di Mahkamah Tinggi Tawau, semalam. - Foto NSTP/Mohd Radzi Bujang 8 tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Tawau dengan kawalan ketat

Tawau: Seorang rakyat Filipina memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam dia dibayar untuk menyertai kumpulan pengganas menceroboh Lahad Datu pada awal Februari lalu.

“Saya diminta oleh seseorang dan dibayar. Saya bodoh melakukan perkara ini,” kata Holland Kalbi dalam bahasa Bajau Filipina kepada jurubahasa ketika prosiding memindahkan kes terhadapnya di Mahkamah Tinggi Tawau.
Mohon ikat jamin


Holland yang dipakaikan jaket keselamatan khas berwarna putih dengan tangan bergari, menyatakan demikian ketika memohon dibebaskan dengan jaminan.

Dia dan lima lagi tertuduh, Habil Suhaili, Timhar Hadir, Lin Mad Salleh, Atik Hussin Abu Bakar dan Basad H Manuel, didakwa menjadi anggota pengganas di Kampung Tanjung Labian, Jalan Kastam Lama dan Kampung Tanduo, dalam daerah Lahad Datu, antara 9 Februari dan 4 Mac lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Atik Hussin dan Basad juga masing-masing didakwa dengan satu lagi pertuduhan, iaitu melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong di Kampung Tanjung Labian dan di Kampung Tanduo, antara 9 Februari dan 3 Mac lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, atau penjara seumur hidup dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.


Penjara seumur hidup

Dua lagi tertuduh, Kadir Uyung dan Lating Tiong, pula didakwa cuba melindungi sekumpulan orang yang mereka mempunyai sebab untuk mempercayai adalah anggota kumpulan pengganas di Pos Pasukan Gerakan Am (PGA) Tanjung Labian, pada jam 4.30 petang, 4 Mac lalu.

Bagi kesalahan itu, Kadir dan Lating didakwa mengikut Seksyen 130K Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama, membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup dan boleh dikenakan denda.

Holland yang mengangguk tanda memahami pertuduhan kemudian diberitahu dia tidak boleh dilepaskan dengan jaminan kerana tuduhan itu termasuk dalam kategori kesalahan yang tidak boleh dijamin.

Hakim P Ravinthran kemudian menjelaskan pada peringkat ini, tertuduh tidak perlu memberi penjelasan sehingga dia diwakili peguam dan kesnya didengar oleh mahkamah.

Ketika prosiding Atik Hussin menyoal jurubahasa apakah hukuman terhadap dia dan rakan tertuduh lain.

Tertuduh kemudian diberitahu dia berdepan hukuman gantung atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan tetapi mahkamah tidak akan mengambil pengakuannya kerana belum diwakili peguam.

Sementara itu, Habil memberitahu jurubahasa dalam bahasa Suluk: “Saya tidak melakukan semua itu, saya datang ke negara ini pada 6 Februari”.

Timhar turut memberitahu jurubahasa dia datang ke negara ini pada 6 Februari menggunakan pasport antarabangsa.

Prosiding berlangsung selama hampir sejam bermula pada jam 9.10 pagi dengan setiap tertuduh dibawa masuk seorang demi seorang (kecuali Kadir dan Lating) ke dalam kandang tertuduh di bawah pengawalan ketat empat anggota polis sebelum pertuduhan dibacakan.


Hubungi Kedutaan Filipina

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang memulakan prosiding memberitahu mahkamah tertuduh dipakaikan jaket khas dan bergari sebagai langkah keselamatan.

Ravinthran bertanya kepada Abdul Gani sama ada pihak pendakwaan akan terus mengambil pengakuan semua tertuduh atau menunggu sehingga peguam dilantik, memandangkan kesalahan membawa hukuman berat.

Abdul Gani berkata, pihaknya memohon maaf kerana tidak dapat menyediakan peguam atas faktor keselamatan dan percaya semua pihak perlu menunggu sehingga tertuduh diwakili peguam.

“Saya percaya atas dasar hak asasi, mereka sepatutnya diwakili peguam. Saya sudah menghubungi Persatuan Peguam Sabah (SLA) bagaimana untuk menolong tertuduh melantik peguam.

“Atas tanggungjawab sebagai anggota negara ASEAN, saya juga akan menghubungi pihak Kedutaan Filipina,” katanya.

Ravinthran kemudian mengarahkan jurubahahasa menjelaskan kepada setiap tertuduh oleh kerana mereka belum diwakili peguam, mahkamah hanya merekodkan pertuduhan tanpa mengambil pengakuan mereka.

Jurubahasa turut diarahkan menjelaskan kepada tertuduh yang menghadapi hukuman gantung bahawa mahkamah akan melantik peguam jika mereka atau pihak kedutaan tidak menyediakan peguam.

Selepas pertuduhan dibacakan kepada semua tertuduh, Ravinthran menetapkan 12 April depan bagi sebutan kes untuk membolehkan mereka melantik peguam.

Pendakwaan turut diwakili Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara Datuk Nordin Hassan serta Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar.

Empat pengganas ikat suri rumah

Empat pengganas ikat       suri rumah
Mutia bersama dua anaknya Herwan Shah Herma (kiri) dan Herrunsyah menceritakan bagaimana jirannya ditawan empat pengganas di Kampung Kembara Sakti. Lahad Datu: Seorang suri rumah ditawan empat pengganas lebih dua jam selepas rumahnya dipecah masuk di Kembara Sakti, FELDA Sahabat 43 di sini, petang semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa yang tinggal bersendirian didatangi empat pengganas terbabit sebelum kedua-dua kaki dan tangan diikat.
Mangsa bagaimanapun berjaya melepaskan diri ketika dua pengganas itu leka mencari makanan, manakala dua lagi bersembunyi atas siling.


Pengganas minta makanan

Jiran mangsa, Mutia Mambalusah, 41, ketika ditemui di sini berkata, penduduk menyedari kehadiran kumpulan pengganas terbabit sebaik mangsa menjerit memberitahu supaya lari meninggalkan kampung kerana ada pengganas bersenjata.

“Terkejut dengan jeritan mangsa, saya segera lari meninggalkan rumah dalam keadaan sehelai sepinggang.

Pengikut buru Agbimuddin

Pengikut buru Agbimuddin Anggota polis membawa keluar salah seorang daripada lapan pengganas selepas dibicarakan di Mahkamah Tinggi Tawau, semalam. Lahad Datu: Ketua pengganas, Agbimuddin Kiram, yang belot dan meninggalkan pengikutnya untuk berhadapan dengan pasukan keselamatan dipercayai menyembunyikan diri di sebuah pulau kecil di selatan Filipina.

Agbimuddin yang mengetuai serangan di Lahad Datu, cabut lari sejak 11 Mac lalu, seminggu selepas Ops Daulat dilancarkan.
Tindakan diplomasi




Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata maklumat itu diperoleh hasil risikan pasukan keselamatan yang mendapati dia kini bersembunyi di pulau kecil selatan Filipina bagi mengelak ditangkap pasukan keselamatan negara berkenaan.

Katanya, Agbimuddin dipercayai bersembunyi daripada dikesan pengikutnya di selatan Filipina kerana bimbang keselamatannya terancam berikutan tindakan meninggalkan kumpulan pengganas pimpinannya di FELDA Sahabat.

“Dia sekarang bergerak dengan kumpulannya dari pulau kecil ke pulau kecil lain dan berapa jumlah pengikutnya kita tidak pasti,” katanya di sini, semalam.
Mengulas dakwaan sebuah blog yang mengatakan ketua pengganas itu mati ditembak pengikutnya sendiri sebelum dikebumikan, Zulkifeli manafikan dakwaan itu.

“Kita tidak tahu sumber saluran berita itu... maklumat yang kita dapat, dia masih hidup. Kita tidak pasti ia disebarkan hanya untuk mengelirukan pengikutnya,” katanya.

Zulkifeli berkata, pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk menghantar pasukan keselamatan menjejaki ketua pengganas itu di Filipina kerana itu luar bidang kuasa ATM.

Seks dengan budak, 10 wanita



Singapura: Seorang warga Switzerland yang meminta dibicarakan atas dakwaan mendapatkan khidmat seks budak perempuan bawah umur didakwa turut melanggani khidmat 10 lagi teman sosial, termasuk wanita berusia 43 tahun yang tersenarai dalam laman internet yang menawarkan khidmat seks.

Perbicaraan membabitkan Jeurg Buergin, 41, yang juga bekas Pengarah Eksekutif Operasi UBS Investment Bank memasuki hari kedua di mana Mahkamah Rendah kelmarin mendengar kes langgan wanita ditawarkan bapa ayam, Tang Boon Theiw.
Buergin, yang juga bapa kepada dua anak adalah tertuduh pertama daripada 51 lelaki yang membayar untuk mendapatkan khidmat seks gadis bawah umur dan meminta untuk dibicarakan.

Peguam bela tertuduh, Selva K. Naidu turut membacakan SMS anak guamnya itu dengan Tang.

Seramai 17 teman sosial, termasuk budak perempuan bawah umur terbabit ditawarkan Tang.

Mahkamah diberitahu bahawa Buergin menemui wanita langganannya itu di hotel mewah termasuk Marina Mandarin, Grand Hyatt dan St Regis. - AGENSI

Angka korban keganasan agama di Myanmar meningkat 20 orang



MEIKHTILA: Sekurang-kurangnya 20 maut dalam tempoh dua hari lalu selepas tercetusnya keganasan antara penganut Islam dan Buddha di tengah Myanmar.

Keadaan itu menyebabkan penduduk yang ketakutan berkurung di kediaman masing-masing kerana bimbang keselamatan mereka.
Pemimpin pembangkang Liga Demokrasi Kebangsaan, Win Htein memberitahu AP, sekurang-kurangnya lima masjid turut dibakar sejak keganasan tercetus, Rabu lalu di Bandar Meikhtila.

Kebakaran turut membabitkan rumah penduduk Muslim dan penduduk serta sami Buddha menegah pihak berkuasa daripada memadamkan api.

Keganasan terbaru itu tercetus selepas berlaku pergaduhnan di Wilayah Rakhine di selatan tahun lalu dengan meragut lebih 200 nyawa. - AP

PANAS ! GAMBAR SNIPER SULU WANITA DITAHAN.... DIPERCAYAI KEBAL ....?




Sniper Sulu wanita... kawan cerita, waktu diserbu perempuan ni dalam rumah, komando tembak pakai HK11 mau 2 magazine tapi dia tak mati. Rumah pondok macam nak roboh jak kena tembakan, tapi dia tak apa-apa malah senyum sinis lagi masa kena tahan. ada senjata military sniper ngan dia

#boleh tahan muka... agak scary di waktu malam....


oleh : amRF info dari LVK 

Pengganas Wanita Sulu Yang Berjaya Diberkas Itu? Dikatakan Tidak Mati Ditembak?

DALAM sidang akhbar semalam, kita semua dimaklumkan yang pasukan keselamatan berjaya menembak mati seorang pengganas ketika operasi penggeledahan di Kampung Tanjung Batu pada kira-kira 1.30 tengah hari Rabu, menjadikan jumlah keseluruhan yang maut 63 orang.

Seorang militan wanita berusia lewat 40-an serta tidak bersenjata turut ditahan dalam operasi itu.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kejadian itu susulan daripada pertempuran yang tercetus pada 11.30 pagi yang menyebabkan seorang anggota tentera cedera di jari kiri akibat terkena serpihan peluru.

“Susulan itu, pasukan keselamatan terus menjejaki musuh dan berlaku pertempuran di mana pasukan kita telah membunuh seorang daripada mereka serta menahan seorang wanita,” katanya.

Ketika ini di Lahad Datu heboh diperkatakan mengenai sekeping gambar yang didakwa pengganas wanita tersebut.

Tubuhnya kelihatan kurus dan tidak bermaya, pucat serta ketakutan.

Sehingga berita ini ditulis, belum ada mana-mana pihak yang mengesah atau menafikan perkara itu.

Difahamkan, pengganas wanita yang diberkas semalam juga dipercayai kuat mengamalkan ilmu hitam seperti mana rakan-rakannya yang lain.

Apapun tak kira sama ada pengganas itu secantik Siti Nurhaliza atau seseksi Angelina Jolie, atau berpenampilan seperti Mak Lampir sekalipun, yang penting dia telah diberkas!

Penduduk Terkejut,Pengganas Tawan Kerana Lapar



OLYMPUS DIGITAL CAMERALAHAD DATU – Berpuluh-puluh penduduk di Kampung Kembara Sakti, Felda Sahabat 42 dekat sini semalam bertempiaran lari selepas kampung mereka didatangi empat lelaki bersenjata api dipercayai saki-baki kepada kumpulan pengganas Sulu.
Dalam kejadian pada pukul 2 petang itu, kumpulan lelaki berpakaian serba hitam kemudian memasuki rumah seorang penduduk di situ dan menjadikan tuan rumah berkenaan sebagai tawanan.
Satu sumber memberitahu, tuan rumah berkenaan membabitkan seorang wanita yang semasa kejadian tinggal bersendirian di rumah tersebut.
Tuan rumah itu diikat kedua-dua belah kaki dan tangan sebelum mangsa turut diugut bunuh jika melawan atau membuat bising. Selepas itu, kumpulan pengganas terbabit masuk ke dapur dan sibuk mencari makanan kerana dipercayai terlalu lapar.
Tuan rumah yang menyedari kumpulan empat lelaki itu terlalu sibuk mencari makanan di dapur mengambil peluang melepaskan diri. – Kosmo

Cara untuk mengecilkan perut buncit.....

MALAM CINTA RASUL 23 MAC 2013 (SABTU) | 11 JAMADILAWAL 1434 7.00pm-11.30pm DATARAN MERDEKA, KUALA LUMPUR

Ust Ismail Kamus bersama Ust Harun Din

Suatu masa : Ust Ismail Kamus bersama Ust Harun Din. Esok kedua ulama ini akn dpertemukan lgi dlm majlis konvokesyen perawat Islam Darussyifa' di institut perguruan kajang. UIK mjadi tetamu jemputan mnakala UHD mrupakn pgasas/penaung Darussyifa'

Jom amalkan DOA ini.

Nazir Razak mulai mengelabah! Bos CIMB mahu abangnya kekal jadi PM..

22 Mac, 2013

forbes conference nazir razak 140911
Ketua pegawai eksekutif Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak menyatakan sokongan agar abangnya Datuk Seri Najib Razak akan dikekalkan sebagai perdana menteri susulan pilihan raya umum akan datang.
Sokongan itu timbul ketika BN kini berdepan dengan kemungkinan kehilangan lebih banyak kerusi dalam pilihan raya ke-13 yang bakal dijalankan tidak lama lagi.

Nazir dalam satu wawancara stesen Bloomberg TV berkata abangnya itu mempunyai sasaran jelas dari segi transformasi ekonomi.

“Jika ada perubahan di situ, ia akan mengecewakan pelabur dan mereka perlu melihat semula pandangan mereka ke atas Malaysia," katanya.

Cerita selanjutnya:
Melihatkan kepada kebangkitan rakyat yang semakin jelas menolak Barisan Nasional (BN) menjelang pilihanraya umum akan datang, nampaknya apa sahaja digunakan hatta menggunakan pengaruh ahli keluarga untuk mendapat kembali sokongan.

Itulah yang dilakukan ketua pegawai eksekutif (CEO) Kumpulan CIMB, Nazir Razak secara terbuka menyatakan sokongan agar abangnya, Najib Altantuya akan dikekalkan susulan pilihanraya yang dijangka dalam tempoh dua minggu ini.

Sokongan itu timbul ketika BN kini berdepan dengan kemungkinan kehilangan lebih banyak kerusi dalam pilihanraya ke-13 yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Nazir dalam satu wawancara stesen Bloomberg TV berkata abangnya itu kononnya mempunyai sasaran jelas dari segi transformasi ekonomi.

“Jika ada perubahan di situ, ia akan mengecewakan pelabur dan mereka perlu melihat semula pandangan mereka ke atas Malaysia," katanya.

Pandangannya jelas sesuatu yang tidak masuk akal kerana pelabur asing kini menunggu keputusan pilihanraya sebelum membuat keputusan.

Para pengkritik ekonomi menyatakan kenyataan yang dibuat Nazir jelas menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan sokongan terhadap BN tetapi tidak menjelaskan lanjut analisisnya.
Laporan itu menambah, Nazir seharusnya kebih cermat dalam mengeluarkan sebarang sokongan berbau politik walaupun Najib Altantuya merupakan perdana menteri kerana dia mempunyai tanggungjawab sosial tanpa mengira fahaman politik.

Sebenarnya, Nazir dipercayai diarahkan sendiri Najib Altantuya untuk kembali meyakinkan pengurus dana dan pelabur asing tentang keupayaan dan kestabilan di bawah pemerintahan rejim BN namun hakikatnya dapat dibuktikan dengan peningkatan indeks rasuah serta serta ketirisan besar wang rakyat seperti didedahkan Transparency International (TI).

Malah, pembentangan keputusan ETP dan GTP gagal menaikkan indeks saham di Bursa Malaysia, satu petanda bahawa pelabur dan pengurus dana menolak hasil yang sungguh meragukan termasuk paras kemiskinan yang diunjur hanya setakat 1.7 peratus.

Hakikatnya, Malaysia mengalami kadar kemiskinan 19 peratus, jauh lebih buruk jika dibandingkan dengan Jepun dan Amerika Syarikat, masing-masing pada 15 peratus.

Jadi kenyataan Nazir kepada pelabur asing melalui stesen berita perniagaan berpengaruh itu jelas satu lagi bukti Najib Altantuya kini terdesak mencari kembali pengaruh di saat Pakatan Rakyat semakin yakin menguasai kerajaan persekutuan selepas pilihanraya umum.

Dengan CIMB kini diselubungi dengan piket dan demonstrasi saban minggu oleh kakitangannya sendiri, kenyataan Nazir ibarat melondehkan seluar sendiri dan abangnya tanpa disedari.

Dan dia tahu, sekiranya abangnya yang mengepalai BN dan tewas dalam pilihanraya paling getir ini, kerjayanya akan turut berada nun di hujung tanduk.

Mengambil kata-kata seorang pengurus dana, ada hati nak pengaruh tauke (bos) pelabur, piket staf sendiri pun tak boleh selesai!

Rayuan yang sama sekali langsung ditertawakan komuniti perniagaan antarabangsa seluruh dunia!

http://thecybersniper.blogspot.com/2013/03/nazir-razak-mulai-mengelabah.html

Haflah Anak Muda Kelate di Stadium Sultan Muhammad IV,Kelantan 21.3.13

AL-FATIHAH: Sheikh Mohammad Said Ramadan al-Buti Syahid Dalam Masjid Selepas Penyerang Berani Mati Meletupkan Diri..



DAMSYIK: Serangan pengebom nekad di dalam Masjid Eman yang terletak di tengah-tengah ibu kota Syria awal pagi tadi (waktu Malaysia) meragut 42 nyawa termasuk ulama terkenal Sunni negara itu, Sheikh Mohammad Said Ramadan al-Buti yang difahamkan cenderung kepada rejim pemerintah. 
Serangan yang dilakukan pada sebelah petang itu menyaksikan pengebom nekad meletupkan dirinya sendiri ketika Mohamed al-Bouti sedang mengadakan ceramah agama untuk pelajarnya. 
"Jumlah kematian susulan serangan pengganas ini meningkat kepada 42 di mana 84 mangsa lain mengalami kecederaan. 
Kematian Mohamed al-Buti disifatkan satu tamparan hebat kepada Presiden Bashar al-Assad, di mana beliau sedang berusaha menamatkan ancaman pemberontak di negara itu.
Datangnya Ulama' membawa Rahmat. Tanggal 21/03/2013 perginya seorang Ulama' terkemuka dunia dibawa bersama ilmunya. Dia dikurniakan Syahid tatkala di usia senja. Datangnya dinanti penduduk bumi, perginya ditunggu-tunggu penduduk langit.
Terlalu besar jasanya pada ummah ini. Dia adalah seorang Ulama' yang 'alim Rabbani. Semoga Allah merahmati dan mengampuni Al-Fadhil Syekh Dr Ramadhan Al-Buti al-Syahid, seorang Ulama' dari Syria.

Marilah sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah dan berdoa agar kita juga dikurniakan Syahid sepertimana pejuang-pejuang Islam yang ikhlas berjuang di jalan Allah. Al-Fatihah...

Mangsa culik Abu Sayyaf selama 17 bulan akhirnya dibebaskan



Pang Chung Fong (kiri) bersama ahli keluarganya di kediaman Musa Aman selepas bebas daripada episod penculikan oleh kumpulan Abu Sayyaf di Kota Kinabalu, Sabah, semalam.
KOTA KINABALU 21 Mac - Setelah 17 bulan diculik kumpulan Abu Sayyaf di Pulau Sitangkai, Tawi-Tawi pada 2011, Pang Chung Fong akhirnya dibebaskan dan kini kembali ke pangkuan keluarganya.
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, Chung Fong dibebaskan oleh kumpulan penculik tersebut lima hari lalu, hasil perbincangan secara berhemah dengan kumpulan tersebut.
"Pihak kerajaan berasa sangat bersyukur apabila Chung Fong berjaya dibebaskan oleh kumpulan penculik dan bersimpati dengan nasib keluarga ini setelah mangsa diculik sejak 17 bulan lalu.
"Menyedari keperitan dan trauma yang dihadapi keluarga ini, pihak kerajaan memutuskan untuk mengadakan perbincangan secara baik dengan kumpulan penculik dan membantu membebaskannya," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meluangkan masa bersama Chung Fong dan keluarga mangsa di kediamannya di Sri Gaya.
Yang hadir sama dalam majlis penuh kesyukuran itu, Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.
Musa berkata, pihak keluarga mangsa turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana keprihatinan beliau terhadap nasib yang menimpa salah seorang ahli keluarga itu.
Sementara itu, Chung Fong turut melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang berusaha membebaskannya daripada kumpulan penculik berkenaan.
Menurutnya, jutaan terima kasih ditujukan khas kepada Perdana Menteri, Ketua Menteri Sabah dan semua pihak yang telah bertungkus lumus menyelamatkannya daripada episod penculikan itu.
"Saya telah terpisah lama dengan ahli keluarga dan berasa sangat gembira kerana kami dapat bertemu lagi," katanya yang baru tiba dari Kuala Lumpur hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130322/je_02/Mangsa-culik-Abu-Sayyaf-selama-17-bulan-akhirnya-dibebaskan#ixzz2OExjm2TV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Obama kutuk Israel gagal beri keadilan kepada Palestin



BAITULMAQDIS 22 Mac - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam mengkritik Israel atas halangan ketat negara itu terhadap penduduk Palestin, termasuk kegagalan memberi keadilan kepada mereka yang tertindas dan memusnahkan penempatan Palestin tanpa permit.
"Biarpun Israel mengenakan sekatan ketat terhadap penduduk Palestin, mereka juga berhak untuk mendapatkan keadilan dan diiktiraf.
"Adalah tidak adil jika kanak-kanak Palestin tidak dapat membesar di tanah kelahiran mereka sendiri," katanya ketika mleawat Tebing Barat semalam.
Obama dalam pada itu turut mengadakan pertemuan dengan Presiden Mahmoud Abbas bagi membincangkan proses damai di dunia Arab.
Pemimpin itu juga menggesa agar Israel dan Palestin mencapai perjanjian damai dengan segera bagi menyelesaikan segala konflik yang berlaku antara kedua-dua negara itu. - DPA/AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130322/lu_02/Obama-kutuk-Israel#ixzz2OEwWfbNV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Korea Utara sedia serang pangkalan tentera AS



SEOUL 21 Mac - Korea Utara sedia menyerang pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Jepun dan Guam yang berada dalam lingkungan sasaran peluru berpandu jarak sederhana milik negara itu, sekiranya ia terus menerima provokasi daripada seteru utamanya itu.
Kenyataan jurucakap pemerintah tertinggi ketenteraan Korea Utara itu dibuat sehari selepas Presiden Korea Utara, Kim Jong-un menyelia serangan pesawat drone secara olok-olok ke atas Korea Selatan.
Korea Utara meningkatkan kekuatan ketenteraannya sebagai tindak balas kepada latihan ketenteraan Korea Selatan dan AS, serta masih berang dengan sekatan terbaharu oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ekoran ujian nuklearnya pada 12 Februari lalu.
''Amerika dinasihati supaya tidak lupa akan kelengkapan kami yang mempunyai sasaran tepat pada jarak sederhana khususnya pangkalan Tentera Udara Anderson di Guam yang menjadi lokasi pesawat pengebom B-52 berlepas.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130322/lu_07/Korea-Utara-sedia-serang-pangkalan-tentera-AS#ixzz2OEuondkb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rita dakwa gaji Aidil lebih RM50,000



PETALING JAYA 21 Mac - Pemain bolasepak kebangsaan, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak didakwa mempunyai pendapatan melebihi RM50,000 sebulan namun tidak memberi nafkah mencukupi kepada isterinya, pelakon Rita Rudaini Mokhtar dan dua anaknya.
Perkara tersebut ditimbulkan oleh Rita menerusi keterangan bertulis dalam permohonan tuntutan nafkah yang dikemukakannya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bistari di sini hari ini.
Rita, 37, berkata, suaminya itu berkemampuan dari segi kewangan berdasarkan pemilikannya ke atas sebuah kereta Mercedes-Benz CLS dan sebuah motosikal berkuasa besar.
"Sejak dia meninggalkan rumah kami di Kota Damansara pada Januari 2012, dia tidak tinggalkan sebarang harta kepada kami, hanya sekali-sekala kirim duit terutama bila kes ini hendak masuk mahkamah," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130322/ma_03/Rita-dakwa-gaji-Aidil-lebih-RM50000#ixzz2OEw2UN8K
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuan rumah wanita ditawan empat penceroboh Sulu lapar



LAHAD DATU - Berpuluh-puluh penduduk di Kampung Kembara Sakti, Felda Sahabat 42 dekat sini semalam bertempiaran lari selepas kampung mereka didatangi empat lelaki bersenjata api dipercayai saki-baki kepada kumpulan pengganas Sulu.
Dalam kejadian pada pukul 2 petang itu, kumpulan lelaki berpakaian serba hitam kemudian memasuki rumah seorang penduduk di situ dan menjadikan tuan rumah berkenaan sebagai tawanan.
Satu sumber memberitahu, tuan rumah berkenaan membabitkan seorang wanita yang semasa kejadian tinggal bersendirian di rumah tersebut.
Tuan rumah itu diikat kedua-dua belah kaki dan tangan sebelum mangsa turut diugut bunuh jika melawan atau membuat bising. Selepas itu, kumpulan pengganas terbabit masuk ke dapur dan sibuk mencari makanan kerana dipercayai terlalu lapar.
Tuan rumah yang menyedari kumpulan empat lelaki itu terlalu sibuk mencari makanan di dapur mengambil peluang melepaskan diri.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0322&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2OEs4wFfG 
Hakcipta terpelihara 

10 maut rusuhan agama



Seorang penduduk Islam berjalan melepasi sebuah masjid yang ranap dalam rusuhan antara penduduk Islam dan Buddha di Meiktila, tengah Myanmar, semalam. - AFP
YANGON 21 Mac - Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan tiga buah masjid musnah selepas tercetusnya rusuhan di bandar Meiktila, tengah Myanmar, semalam.
Seorang ahli parti pembangkang Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD), Win Htein memberitahu AFP beliau melihat sendiri mayat-mayat bergelimpangan di tempat kejadian.
Penduduk tempatan turut melaporkan melihat lebih 10 mayat di bandar itu selepas rusuhan berlaku.
Menurut kenyataan di laman Facebook Pasukan Polis Myanmar hari ini kira-kira 200 orang terlibat dalam rusuhan di bandar yang terletak kira-kira 450 kilometer ke utara Yangon itu, semalam.
Pergaduhan itu dipercayai tercetus apabila sepasang kekasih Buddha cuba menjual pin rambut emas di sebuah kedai emas milik penganut Islam yang kemudiannya didakwa merosakkan pin itu ketika proses jual beli sedang dilakukan.
Laporan awal di laman Facebook polis lewat semalam menyatakan bahawa pergaduhan itu merebak selepas seorang lelaki cedera dalam pergaduhan di kedai emas itu.
"Sekumpulan perusuh kemudiannya menyerang kawasan itu dan memusnahkan beberapa bangunan," tambah laporan itu
Polis turut menguatkuasakan perintah berkurung dari petang semalam hingga awal pagi ini bagi mengawal keadaan.
Sementara itu, seorang pegawai polis tempatan memberitahu AFP bahawa orang ramai cuba membakar sebuah masjid.
Ketegangan itu tercetus ketika Myanmar masih bergelut menyelesaikan masalah antara penduduk Islam dan Buddha di Myanmar selepas konflik etnik di negeri Rakhine, menyebabkan sekurang-kurangnya 180 orang cedera dan lebih 110,000 menjadi pelarian sejak Jun 2012. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130322/lu_03/10-maut-rusuhan-agama#ixzz2OEuAkWOc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Seorang tertuduh dakwa diupah



SEORANG daripada lapan lelaki Filipina dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Tawau semalam selepas menghadapi pertuduhan melakukan keganasan.


TAWAU - Seorang daripada tertuduh yang didakwa menjadi anggota pengganas yang menceroboh Sabah semalam memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia disuruh dan diupah oleh seseorang yang tidak dinamakannya.
Hooland Kalbi yang bercakap dalam bahasa Bajau dari kandang tertuduh mendedahkan demikian pada prosiding pendakwaan terhadap lapan individu yang didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas dengan dua daripadanya turut dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Pertuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong dilakukan mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman gantung sampai mati manakala bagi pertuduhan menjadi ahli kumpulan pengganas dilakukan mengikut Seksyen 130K(A) kanun sama dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara seumur hidup.
Kenyataan Hooland di hadapan Hakim P. Ravinthran diterjemah oleh jurubahasa mahkamah.
Hooland turut menyatakan bahawa dia bodoh kerana melakukan perkara itu.
Sejurus kenyataan Hooland diterjemah, Hakim Ravinthran meminta jurubahasa menjelaskan kepada tertuduh bahawa dia tidak perlu berkata demikian dan segala pengakuan akan dibuat selepas diwakili peguam pada 12 April nanti.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0322&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2OErCJFDN 
Hakcipta terpelihara 

Tiada makanan akibat miskin



21 Mac 2013
Tiada makanan akibat miskin
Fauziah sebak ketika menceritakan kesusahan dilalui keluarganya termasuk kesukaran menjaga Muhamad Danish Shahlan (kiri) di rumah sewanya di Guchil 4, Kuala Krai, semalam.
KUALA KRAI - Ibu lima anak termasuk seorang daripada mereka disahkan hiperaktif di Guchil 4, dekat sini, tidak mampu menahan sebak apabila menceritakan nasib mereka yang sekian lama hidup susah akibat kemiskinan.

Titisan air mata Fauziah Muhamad, 30, menjadi saksi keperitan hidup dilaluinya bersama suami dan anak ketika mengulangi kisah sedih mereka, termasuk sering terputus bekalan makanan kerana kehabisan wang.

Fauziah berkata, jika keperluan asas itu pun tidak dapat dipenuhi dia dan suami, apatah lagi keperluan lain seperti belanja sekolah, anak termasuk seorang anak mereka yang hiperaktif dan sewa rumah.

“Sedih bila fikirkan makan minum anak-anak. Ada masa beras dan gula di dapur semua habis. Kerap dalam seminggu, kami hanya makan nasi goreng,” katanya sambil menahan sebak.

Fauziah berkata, paling mengguris hatinya sebagai ibu ialah apabila tidak dapat memenuhi permintaan mereka untuk membeli keperluan sekolah seperti kasut dan buku.

“Anak minta belikan buku harga RM6 pun saya tak mampu. Terpaksa pinjam dengan jiran sebab risau anak malu nak pergi sekolah kalau tak ada buku.

“Sewa rumah RM100 sebulan pula sudah lima bulan tertunggak,” katanya yang tinggal di rumah sewa itu bersama suami, Mohamed Bashah Baharom, 52, dan lima anak berusia tiga hingga 13 tahun.

Fauziah berkata, belanja seharian mereka bergantung kepada pendapatan suaminya sebagai buruh kampung manakala dia sendiri tidak dapat bekerja kerana perlu beri sepenuh perhatian kepada anaknya yang hiperaktif, Muhamad Danish Shahlan, 7.

“Anak keempat saya ini perlu dijaga sepanjang masa kerana dia tidak boleh duduk diam. Makan minum dan pakaian dia, saya kena jaga sebab dia tak pandai buat sendiri.

“Kalau hari sekolah, saya perlu sentiasa ada temankan dia dalam kelas. Adiknya yang berumur 3 tahun, saya terpaksa minta jiran tolong jaga,” katanya.

Menurutnya, dia cuba bantu suaminya dengan bekerja di kedai makan di hadapan rumah pada hujung minggu, tetapi pendapatan diterima tidak tetap kerana bergantung kepada keadaan Muhamad Danish Shahlan.

Sementara itu, Fauziah berkata, dia pernah memohon bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meringankan bebannya, namun ditolak atas alasan dia masih muda dan mampu bekerja.

Menurutnya, dia cuba mohon bantuan JKM buat kali kedua pada Mac 2011 selepas memenuhi permintaan agensi itu supaya permohonan disertakan surat pengesahan pakar perubatan mengenai penyakit anaknya.

“Setahun selepas hantar surat pakar perubatan, saya pergi JKM dan tanya mengenai permohonan itu. Mereka (JKM) jawab, tidak ada bantuan kerana permohonan saya sudah ‘tutup buku’,” katanya.

Budak maut akibat letupan bom di Pattani



HAT YAI – Anggota-anggota gerila pemisah semalam meletupkan sebuah bom yang mengorbankan seorang budak lelaki berusia sembilan tahun dan mencederakan 10 yang lain di Pattani, Selatan Thailand, kata polis.
Jurucakap polis, Kolonel Tuanday Juthanan berkata, para gerila itu menyembunyikan bom itu pada sebuah motosikal dan meletupkannya pada waktu makan tengah hari.
Letupan tersebut turut merosakkan tujuh buah kereta dan tiga buah motosikal. – AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0322&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm#ixzz2ODR9oPM5 
Hakcipta terpelihara 

3 masjid musnah, dua mati dalam rusuhan di Myanmar



YANGON 21 Mac - Dua orang maut dan sekurang-kurangnya tiga masjid musnah selepas tercetusnya rusuhan di bandar Meiktila, tengah Myanmar, semalam.
Menurut kenyataan yang dipos di laman Facebook Pasukan Polis Myanmar hari ini, kira-kira 200 orang bergaduh di jalan raya di bandar itu ekoran pergaduhan tentang kedai emas milik seorang penduduk Islam.
“Seorang sami dan seorang lagi mangsa, Than Myint Naing, 26, yang menerima rawat kerana kesan terbakar meninggal dunia di hospital," menurut laman sosial itu.
Polis turut menguatkuasakan perintah berkurung daripada petang semalam hingga awal pagi ini bagi mengawal keadaan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130321/lu_07/3-masjid-musnah-dua-mati-dalam-rusuhan-di-Myanmar#ixzz2ODQsH5bp
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Palestin bantah kunjungan Obama



Seorang remaja Palestin memegang gambar Barack Obama bersama kasut, sebagai menentang kunjungan Presiden Amerika Syarikat (AS) itu ke Palestin di Ramallah, Tebing Barat, kelmarin. - AFP
RAMALLAH 20 Mac - Penduduk Palestin mahu lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama esok membawa lebih banyak pendekatan aktif negara itu dalam menyelesaikan konflik dengan Israel.
Antara isu utama konflik adalah pembinaan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat dan penyelesaian penubuhan dua negara yang kini gagal dilaksanakan.
Ahli Parlimen Palestin, Mustafa Barghouti berkata, mereka kini dalam situasi kecemasan.
''Kita sudah kesuntukan masa. Sama ada penempatan haram dihentikan serta-merta atau penyelesaian penubuhan dua negara tidak akan berlaku,'' katanya kepada wartawan di sini, semalam.
Barghouti mengkritik sikap pasif masyarakat antarabangsa terutama AS apabila kerajaan pimpinan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas merayu dunia menyokongnya secara kewangan dan memberi tekanan terhadap Israel bagi menamatkan 'cengkaman ekonomi' ke atas Palestin.
Beliau berkata, lawatan Obama akan memperbaharui tentangan diplomatik bermula dengan sepucuk surat kepada Presiden Switzerland berhubung penyertaannya kepada semua Konvensyen Geneva yang melibatkan undang-undang kemanusiaan.
''Kami perlu terbabit dalam semua agensi PBB dan sudah tentunya dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa terutamanya dengan berterusannya pembinaan penempatan haram Yahudi.
''Mungkin ada yang berfikir, kerana kami memerlukan bantuan antarabangsa, kami akan menukar prinsip kami, tetapi kebanyakan penduduk terutama golongan muda yang menyertai penentangan tanpa keganasan tidak akan mendapat faedah,'' katanya.
Dalam satu dokumen sidang penderma antarabangsa di Brussel semalam, Pihak Berkuasa Palestin (PA) menggesa semua rakan antarabangsa terutama di rantau Arab menimbang implikasi krisis fiskal semasa dan kemungkinan perubahan kepada keruntuhan institusi dan politik.
''Penjajahan Israel secara haram yang masih berterusan menutup kemungkinan penubuhan negara Palestin, menjadikan formula penubuhan dua buah negara tidak boleh diguna pakai,'' menurut dokumen itu.
Dokumen itu menyatakan pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada November lalu sebagai negara bukan anggota pemerhati, meningkatkan potensi kesamarataan antara Israel dan Palestin. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130321/lu_02/Palestin-bantah-kunjungan-Obama#ixzz2ODQG5Dpq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kepala tebusan Perancis dipenggal



Gambar tidak bertarikh dikeluarkan media al-Qaeda, al-Andalus, menunjukkan warganegara Perancis, Philippe Verdon (kanan) dan Serge Lazarevic yang ditahan kumpulan militan al-Qaeda Maghreb (AQIM) di lokasi yang tidak dinyatakan. - AFP
NOUAKCHOTT 20 Mac - Kumpulan al-Qaeda Afrika Utara berkata, mereka telah memenggal kepala seorang tebusan Perancis sebagai membalas dendam kerana campur tangan ketenteraan negara itu di Mali baru-baru ini.
Agensi berita ANI yang memetik komander kumpulan itu semalam melaporkan, Phillippe Verdon telah dipenggal pada 10 Mac lalu, sebagai tindakan membalas dendam.
Verdon adalah seorang daripada dua tebusan Perancis yang diculik di Hombori, utara bandar Mali pada November tahun 2011.
Kementerian Luar Perancis bagaimanapun enggan mengulas mengenainya.
Seramai 14 lagi tebusan Perancis ditahan di Afrika Barat termasuk tujuh daripadanya kini berada dalam tahanan kumpulan militan al-Qaeda Maghreb (AQIM) dan gabungannya di Sahel.
Seorang daripada pemimpin AQIM, Mokhtar Belmokhtar berikrar untuk membalas dendam selepas Perancis melancarkan kempen ketenteraan pada Januari lalu bagi mengusir kumpulan militan yang merampas sebuah kubu pemberontak Tuareg dan menawan separuh kawasan utara Mali.
Komander AQIM itu yakin, Verdon adalah perisik dari Perancis.
Katanya, Presiden Perancis, Francois Hollande perlu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku ke atas saki baki tebusan tersebut. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130321/lu_03/Kepala-tebusan-Perancis-dipenggal#ixzz2ODQBfQ9R
© Utusan Melayu (M) Bhd 

China disyaki serang komputer Korea Selatan



SEOUL – Serangan penggodam ke atas dua buah bank dan tiga stesen penyiaran yang berlaku di Korea Selatan kelmarin didapati menggunakan alamat internet protokol (IP) yang berpangkalan di China, kata seorang pegawai di negara ini semalam.
Seorang pegawai Pejabat Presiden Korea Selatan menyatakan penemuan itu menunjukkan Korea Utara mungkin bertanggungjawab dalam serangan tersebut.
Korea Utara merupakan sekutu China.
Serangan itu menyebabkan komputer di stesen penyiaran televisyen YTN, MBC dan KBS terjejas.
Komputer di bank Shinhan dan NongHyup turut diserang penggodam itu.
Serangan itu melibatkan tempoh lebih dua jam. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0322&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2ODPoYLQ0 
Hakcipta terpelihara 

Loji jana kuasa Fukushima pulih




21 Mac 2013
Loji jana kuasa Fukushima pulih
Sekumpulan juruteknik mengesahkan tiada pencemaran bahan radioaktif di kawasan berdekatan loji jana kuasa nuklear Fukushima, Jepun.
TOKYO - Sistem penyejukan di tiga loji jana kuasa nuklear di Fukushima, Jepun yang terganggu kelmarin telah di baik pulih oleh sekumpulan juruteknik, semalam.

Jurucakap Tokyo Electric Power Co (Tepco) berkata, peralatan digunakan untuk menyejukkan bahan api itu beroperasi sepenuhnya jam 12.12 pagi (waktu tempatan) dan mengakibatkan bekalan elektrik terputus 30 jam.

“Kami jamin tiada perubahan ketara terhadap keaktifan radioaktif di kawasan berdekatan,” katanya dipetik dari laporan AFP.

Menurutnya, suhu bahan api itu kini kekal berada di bawah had keselamatan 65 darjah Celsius.

“Penduduk tidak perlu khuatir kerana tiada pencemaran radioaktif seperti dilaporkan media. Keseluruhan loji ini terkawal dan keadaan pulih seperti biasa,” katanya.

Sisa nuklear berkenaan mampu mengakibatkan bahaya sekiranya terdedah kepada suhu tinggi dan boleh menyebabkan berlaku tindak balas susulan pencairan bahan berkenaan jika tidak dikawal.