Showing posts with label Allah. Show all posts
Showing posts with label Allah. Show all posts

Tuesday, February 19, 2013

Lagi pembongkaran !!! juara isu kalimah ALLAH Umno BN.



Dengan mengupah budak-budak UMNO berlakon sebagai ahli PAS, mereka menganjurkan demonstrasi di seluruh negara kononnya 'ahli akar umbi PAS' menentang orang kafir guna kalimah Allah. Modus operandinya sama... kutuk Guan Eng, Karpal pijak gambar mereka dan kaitkan PAS kononnya tunduk pada kehendak DAP.

Itulah satu-satu isu yang digunakan BN untuk pertahankan kuasa di Putrajaya dengan mengharapkan undi 70 peratus undi Melayu berpihak kepada mereka, setelah 90 peratus undi Cina berpihak kepada Pakatan.

Dari awal isu kalimah Allah adalah isu yang diputarbelitkan. Prinsip PAS sangat jelas BUKAN ISLAM BERHAK GUNA KALIMAH ALLAH TAPI TAK BOLEH DISALAHGUNAKAN DAN GOD TIDAK BOLEH DITERJEMAHKAN KEPADA ALLAH SEBAB TAK MENEPATI MAKSUD.

UMNO, Perkasa dan Jati putarbelit macam mana pun isu tu... PAS tak pernah lari dari prinsip tersebut sejak dulu, kini dan selamanya. Yang berdolak dalik ialah UMNO... sekejap kata orang kafir tak boleh guna kalimah Allah tapi depa juga yang benarkan orang kafir nyanyikan lagi Kedah "Allah Selamat Sultan...." Depa kata Bible tak boleh guna kalimah Allah tapi benarkan Bible Indonesia diimport walau tahu Bible Indonesia sebut kalimah Allah.

Friday, December 28, 2012

Sembah Allah bukan makhluk



Allaah, the Sublime and Exalted, stated in the Qur'an:

مَّا الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ إِلاَّ رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ الرُّسُلُ وَأُمُّهُ صِدِّيقَةٌ كَانَا يَأْكُلاَنِ الطَّعَامَ انظُرْ كَيْفَ نُبَيِّنُ لَهُمُ الآيَاتِ ثُمَّ انظُرْ أَنَّى يُؤْفَكُونَ 

''The Messiah (Jesus, son of Mary) was no more than a Messenger, many were the Messengers that passed away before him. His mother (Mary) was a Siddeeqah (she believed in the words of Allaah and his Books). They both used to eat food [as other human beings do while Allaah does not eat]. Look at how We make the signs clear to them, yet look at how they are deluded from the Truth.'' (Qur'an 5:75)

Saturday, May 7, 2011

Kes Jill-Syed Hamid 15 Jun



KUALA LUMPUR 6 Mei - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 15 Jun ini untuk mendengar permohonan seorang wanita dari Sarawak untuk menyoal balas bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar dan seorang pegawai kastam berhubung rampasan lapan cakera padat (CD) mengenai ajaran agama Kristian yang mengandungi perkataan Allah.
Peguam Lim Heng Seng yang mewakili Jill Ireland Lawrence Bill dari suku kaum Melanau memberitahu pemberita hari ini, permohonan tersebut akan didengar oleh Hakim Datuk Rohana Yusuf.
Peguam Kanan Persekutuan, Andi Razalijaya A. Dadi hadir mewakili Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan Malaysia yang dinamakan sebagai responden.
Jill memohon untuk menyoal balas Syed Hamid dan pegawai kastam berkenaan, Suzanah Muin berhubung afidavit yang diikrarkan oleh bekas menteri itu pada 2 Jun tahun lalu yang dikemukakan oleh pihak responden dalam kes tersebut.

Wednesday, December 8, 2010

Terkejut daging ada kalimah Allah


Kalimah Allah yang terdapat pada daging lembu di Kampung Air Tawar, Endau, Mersing, semalam. - utusan/Nor Azman


MERSING 7 Dis. - Seorang suri rumah yang menetap di Kampung Air Tawar dekat sini terkejut apabila mendapati hirisan daging korban yang hendak dimasaknya mengandungi urat lemak yang membentuk kalimah Allah.
Maharom Musa, 58, berkata, daging lembu korban itu diberikan oleh menantunya, Yusuf Embong, 47, yang membawanya dari Chini, Pahang, kira-kira dua minggu.
Dia mula menyedari tanda kebesaran Allah itu semasa hendak memasak daging tersebut, semalam.
"Pada mulanya saya memotong daging itu seperti biasa apabila anak perempuan saya terpandang sesuatu yang aneh terdapat pada daging tersebut.
"Bila diamati betul-betul, memang jelas urat daging berkenaan tertulis kalimah Allah malah bahagian yang tertera kalimah tersebut berbeza daripada yang lain, tidak berlemak dan tidak berbau hanyir," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini, hari ini.
Malah, jelasnya, apabila dimasak, rasanya seolah-olah, cukup dengan perisa dan dagingnya lembut serta sedap berbanding daging lembu biasa walaupun pada mulanya belum dimasukkan garam.
Maharom mengakui sejak cerita tersebut tersebar di kalangan penduduk kampung, ramai yang datang untuk melihat sendiri.
"Sebelum ini saya kurang sihat dan apabila melihat kebesaran Allah ini, saya menjadi kembali bersemangat dan bermuhasabah diri dan lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT kerana diberikan peluang untuk melihat salah satu kebesaran-Nya dan pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini," katanya.
Tinjauan Utusan Malaysia turut mendapati beberapa penduduk kampung berhampiran datang untuk melihat sendiri dan merakamkan gambar daging itu.

Thursday, August 5, 2010

Kabinet arah henti debat Allah





Muhyiddin Yassin diiringi Azman Shah Haron dan Maznah Mazlan semasa Majlis Makan Malam MEF di sebuah hotel di Subang, Selangor, malam tadi.


PUTRAJAYA 4 Ogos - Kabinet hari ini mengarahkan semua pihak termasuk parti pembangkang dan komponen Barisan Nasional (BN) supaya tidak lagi mendebatkan isu penggunaan kalimah Allah secara terbuka.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu dibuat selepas kerajaan berpendapat bahawa isu tersebut tidak elok didebatkan demi menjaga keharmonian dan perpaduan di negara ini.
Dalam hal ini, kata beliau, kerajaan berpandangan ia boleh mencetuskan situasi tidak sihat dan menimbulkan perpecahan dalam masyarakat.
''Isu ini ada hubung-kait dengan keputusan mahkamah, jadi jangan bicarakan soal di mahkamah. Sebaik mungkin kita tak nak debatkan sebab tidak ada hasil dan kebaikan yang diperoleh.
''Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, Jemaah Menteri sudah putuskan pendirian kerajaan sudah muktamad bahawa kita tidak mahu sama ada dalam pembangkang atau komponen (BN) menyoalkan isu yang ada hubung-kait dengan hukum dan keputusan di mahkamah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Muhyiddin berkata, beliau sedar ada pihak suka melakukan perkara yang boleh menimbulkan perasaan benci dan persengketaan untuk menggugat kesejahteraan antara kaum di Malaysia.
''Memang ada orang suka debat, timbulkan isu ini tapi kerajaan BN yang bertanggungjawab tak mahu ia timbul, walaupun belum selesai tapi elok ambil sikap begini," katanya.
Menurutnya, ada pihak yang tidak senang melihat negara ini dalam keadaan aman dengan sengaja cuba membangkitkan semula isu kalimah Allah.
Semalam, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mahu isu berkaitan penggunaan kalimah Allah oleh akhbar mingguan Herald diselesaikan segera.
MCA juga berpendirian bahawa mereka tidak sependapat dengan DAP untuk mendesak kerajaan menarik balik larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Wednesday, August 4, 2010

Jangan cetuskan semula isu kalimah Allah - TPM



PUTRAJAYA 3 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua pihak supaya tidak mencetuskan semula isu berkaitan kalimah Allah yang masih dibicarakan di mahkamah.
Tegas Timbalan Perdana Menteri, tindakan mana-mana parti politik membincangkan isu tersebut secara terbuka boleh mencetuskan suasana yang boleh menghangatkan semula keadaan yang sudah sejuk.
Kata beliau, isu kalimah Allah perlu diselesaikan secara baik seperti mana pendekatan yang telah diambil oleh kerajaan agar keharmonian antara kaum di negara ini terus terpelihara.
"Kita sudah tahu apakah pendirian kerajaan, jadi sepatutnya parti-parti komponen pun akur supaya tidak menjadi punca yang akan menghangatkan semula isu ini. Hal-hal sebegini perlu diambil perhatian.
"Saya kurang pasti kenapa DAP dan MCA pendiriannya hampir sama dalam hal sebegini kerana kita tahu perkara itu sudah jadi satu perbincangan hangat dan mencetuskan keadaan yang tidak begitu sihat, jadi perkara ini perlu diselesaikan secara baik," kata beliau.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Belia kali pertama di sini hari ini.
Muhyiddin mengulas gesaan MCA dan DAP yang dilihat sepakat bersetuju supaya pengharaman penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan katolik, Herald ditarik balik.
Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Loh Seng Kok dilaporkan berkata, MCA sependapat dengan DAP supaya kalimah Allah turut boleh digunakan oleh agama lain.
Kontroversi berhubung penggunaan kalimah Allah pernah menggemparkan negara apabila berlaku insiden menyerang gereja dan masjid.
Isu tersebut kembali reda apabila kerajaan memfailkan tuntutan di mahkamah supaya penggunaan kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh orang Islam.
Sehubungan itu, tegas Muhyiddin, komen-komen yang hendak dibuat perlu mengambil kira kepentingan umum daripada memikirkan soal kepentingan politik atau pentadbiran sesebuah pihak.
"Komen-komen yang dibuat secara terbuka ketika proses rayuan dan perbicaraan masih berjalan di mahkamah boleh dianggap sebagai subjudis," kata beliau.