Thursday, May 9, 2013

Pelantikan Menteri Besar, Ketua Menteri selepas PRU-13

 

Penjara mewah Arab Saudi



penjara mewah
Tahanan disediakan kemudahan kolam renang bersaiz Olimpik sebagai cara pemulihan mental dan spiritual.
penjara mewah
Tahanan berhak mendapat rawatan di klinik khas dan rawatan rutin setiap minggu.
penjara mewah
Dua set meja pool disediakan untuk tahanan menghabiskan masa selepas mengikuti ceramah motivasi.
penjara mewah
Tahanan bebas menikmati pelbagai hidangan di dewan makan dengan selesa.
penjara mewah
Penjara ini juga lengkap dengan kemudahan gimnasium bagi aktiviti riadah.

Mursi lantik 9 menteri baru



9 Mei 2013
Barisan baru kabinet Mesir
Barisan baru kabinet Mesir mengangkat sumpah di kediaman Presiden di Kaherah.
KAHERAH - Presiden Mesir, Mohamed Mursi sah melantik sembilan menteri baru dalam rombakan kabinet atas permintaan pembangkang dengan dua daripada menteri baru itu adalah anggota gabungan pergerakan Ikhwan Muslimin yang diterajui beliau.

Perdana Menteri Hisham Qandil berkata, beliau bersama beberapa menteri baru itu akan ke kediaman Presiden untuk upacara angkat sumpah.

"Pada perbincangan awal, rombakan kabinet baru itu menyaksikan 11 menteri baru tetapi kini kami bersetuju mengehadkan kepada sembilan menteri sahaja bagi memudahkan pentadbiran," katanya, semalam.

Menurutnya, salah seorang menteri baru itu adalah dari anggota kanan Parti Keadilan dan Kebebasan (FJP) iaitu sayap politik Ikhwan Muslimin, Amr Darrag yang akan memegang portfolio Kementerian Kerjasama Antarabangsa.

Seorang lagi anggota FJP, Yehya Hamed pula akan memegang jawatan sebagai Menteri Pelaburan, laporan dipetik daripada Reuters.

"Kesemua rombakan ini bertujuan untuk penyusunan semula pentadbiran Mesir bagi memulihkan ekonomi dan memudahkan negara ini mendapat pinjaman di peringkat antarabangsa," katanya.

'Mesej' untuk Iran



8 Mei 2013
Bangunan di Damsyik
Bangunan di Damsyik yang musnah akibat serangan udara Israel, 5 Mei lalu.
TEL AVIV - Serangan udara yang dilancarkan Israel ke atas Syria beberapa hari lalu dikatakan sebenarnya membawa 'mesej' kepada Iran.

Ahli parti Likud, Tzachi Hanegbi berkata, Israel kononnya cuba untuk mengelakkan sebarang konflik dengan Syria.

"Jika terdapat sebarang tindakan ketenteraan, ia hanya untuk menentang Hizbullah dan bukan rejim Presiden Bashar al-Assad," katanya.

Dalam satu kenyataan lain, bekas diplomat Israel turut mendedahkan serangan itu dilancarkan kerana mereka tidak mahu Iran mengawal rantau itu dengan penggunaan senjata canggih.   
Difahamkan, pada masa ini, Israel telah mengenal pasti beberapa sistem senjata yang tidak dibenarkan sampai ke tangan pejuang Hizbullah termasuk senjata kimia dan peluru berpandu canggih.

Januari lalu, Israel turut melancarkan serangan udara untuk memusnahkan peluru berpandu buatan Rusia, SA-17  yang dihantar untuk Hizbullah.
Sementara itu, Lubnan, Mesir dan Liga Arab mengutuk tindakan biadab Israel itu serta turut menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengambil tindakan tegas kerana rejim Zionis telah mencabul kedaulatan sebuah negara Arab (Syria).
Majlis Kebangsaan Syria (SNC) juga menyelar Israel kerana didakwa cuba untuk mengambil kesempatan di atas konflik yang semakin meruncing di negara tersebut, laporan dipetik daripada AP.

Dhaka terus bergolak




9 Mei 2013
Pengangkutan awam turut musnah dalam keganasan di Dhaka.
Pengangkutan awam turut musnah dalam keganasan di Dhaka.
DHAKA - Beribu anggota keselamatan terpaksa mengetatkan kawalan berikutan keganasan terus meningkat di ibu negara Bangladesh, semalam.

Media tempatan melaporkan, sekurang-kurangnya tiga bom buatan sendiri meletup di tengah Dhaka namun tiada kecederaan dilaporkan.

Sekolah dan premis perniagaan terpaksa ditutup termasuk beberapa jalan utama menuju ke ibu negara.

Keganasan tercetus apabila kumpulan parti pembangkang Hefazat-e Islam bersama 18 sayap parti melakukan protes bagi menggesa kerajaan supaya membenarkan kerajaan sementara memantau proses pilihan raya yang dijadualkan Disember ini.

Selain itu, kumpulan terbabit juga mendesak kerajaan menguatkuasakan undang-undang Islam dalam pentadbiran termasuk institusi pendidikan dan sosial.

Kelmarin menurut laporan dipetik daripada AP, sekurang-kurangnya tiga dilaporkan maut manakala lebih 60 orang cedera dalam beberapa pertempuran di sekitar ibu negara itu.

Azizan akan jalani pembedahan kaki




9 Mei 2013
Azizan Abdul Razak
Azizan Abdul Razak
GEORGETOWN - Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak akan menjalani pembedahan bagi memotong kedua-dua belah kakinya untuk mengelak jangkitan kuman, kata Setiausaha Akhbarnya Mohd Helmi Khalid.

"Doktor menasihatkan supaya kedua-dua belah kaki Azizan dipotong dari bawah paras lutut. Kedua-dua isteri dan anak-anak beliau akur dengan nasihat itu selepas perbincangan dilakukan," katanya di sini hari ini.
Azizan, 69, yang juga pesuruhjaya Pas Kedah dan anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang dari Kedah Medical Centre selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya sejak Isnin.

Keadaan beliau yang dilaporkan kritikal semalam kini stabil.

Anggota Parlimen Jerai Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang melawat Azizan di Hospital Pulau Pinang, meminta semua umat Islam melakukan solat hajat dan berdoa agar Azizan cepat sembuh.

Turut menziarah, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahadzir Khalid dan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin. - Bernama

Pas disukai UMNO dibenci...

Inilah yang ramai lagi orang melayu tidak faham..malah ada setengah orang bukan islam lebih faham drp melayu umno..

Najib Perdana Menteri 48% !! Itupon 48% tu bukan 100% rakyat Malaysia. Memalukan.

Suara Rakyat, Suara Keramat! Tolak penipuan :: Tolak penyelewengan :: Tolak perkauman

 

Apa komen orang Pahang?

Apa komen orang Pahang? PAS Pahang mencadangkan agar kerajaan mengisytiharkan Pekan sebagai sebuah bandaraya, kerana bilangan pengundi bagi Pekan jauh lebih besar berbanding ibu negeri Pahang, Kuantan. Atau lebih elok kalau ibu negeri Pahang dipindahkan ke Pekan memandangkan kepadatan penduduk di kawasan pekan meningkat secara mendadak .

Parlimen Pekan mempunyai jumlah pemilih seramai lebih 67 ribu sedangkan Kuantan yang menjadi ibu negeri hanya seramai 47 ribu sahaja. Pertambahan lebih 20 ibu pengundi mencerminkan kadar kelahiran mendadak berlaku di Pekan, mungkin kerana kesuburan makanan 1 Malaysia yang diperkenalkan PM.

Tolong LIKE Blackout PRU13!!!

20 Fakta Penipuan SPR, Konspirasi BN Dalam PRU 13


hijabulcrewz.

1- Kenderaan yang membawa peti undi tiba-tiba lari daripada jalan asal ke pusat pengumpulan undi. Menghilang. Kemudiannya muncul balik.

2- Tong peti undi ditukar di pertengahan jalan. Ada juga tong yang hilang.

3- Pada saat-saat akhir, tong yang hilang, tiba-tiba sampai di pusat penjumlahan undi.

4- Di saat kiraan undi yang menunjukkan PR sedang mendahului BN, tiba-tiba blackout.

5- Di saat-saat akhir, BN membantah pengiraan undi yang didahului PR menyebabkan undi terpaksa dikira semula.

6- Beberapa buah teksi berpenumpang daripada luar masuk ke tempat pengundian tanpa ada sebarang sekatan daripada polis sedangkan hanya kenderaan petugas & yang berkenaan dibenarkan masuk itupun sebelum pusat pengundian dibuka. Pengundi hantu?

7- Mat-mat Bangla yang tidak kenal siapakah PM Malaysia dibenarkan untuk mengundi. Polis biar je. Alasannya dia ada IC. Saya tanya anda jujur, anda boleh beza tak seorang bangla dengan seorang mamak? Tengok slang cakap pun dah tahu kan.

8- Orang yang sama mengundi lebih daripada satu pusat mengundi. Macamana tu?

9- Dakwat yang dikatakan kekal sehingga masa 5-6 hari boleh hilang dalam masa 5-6 minit.

10- Seorang yang masih belum mengundi tetapi bila tiba di pusat mengundi, dia direkodkan sudah mengundi. Siapa yang undi untuk dia?

11- Pengundi yang kurang upaya atau uzur, undi mereka dipangkah oleh petugas spr. Bila nak tengok apa yang dipangkahnya, petugas itu tidak membenarkan malah terus memasukkannya dalam peti undi. Mana hak sebagai seorang pengundi?

12- Pegawai SPR yang bertugas di pusat mengundi tidak mahu menandatangani Borang 14 walaupun sudah dikira jelas di pusat itu kemenangan berpihak kepada PR.

13- Di pusat penjumlahan undi, tong dibawa ke sana menaiki teksi ikut jalan belakang? Mana perginya kenderaan rasmi SPR? Kenapa jalan belakang?

14- Undi Awal disimpan di balai polis sebelum 5 Mei tanpa ada seorang pun wakil parti politik dibenarkan untuk mengawasinya?

15- Undi Pos semuanya berpihak kepada BN?

16- Pensel turut disediakan kepada pengundi ketika ingin memangkah? Kenapa tidak bagi hanya pen? Untuk memudahkan usaha memadamnya kah?

17- Sesetengah tempat undi rosak lebih tinggi, daripada undi majoriti. Kenapa?

18- Van berlogo BN masuk...

# Untuk artikel penuh sila ke:- http://hijabulcrewz.blogspot.com/

apa sumbangan anda untuk islam?

fakta yang cuba disorok BN

lagi teruk dari aku....

 

Pemuda PAS Johor hari ini membuat laporan polis ke atas penemuan beberapa kertas undi dari kawasan DUN Nusa Jaya dalam satu peti undi dari kawasan berlainan.

Pemuda PAS Johor hari ini membuat laporan polis ke atas penemuan beberapa kertas undi dari kawasan DUN Nusa Jaya dalam satu peti undi dari kawasan berlainan.

Yang Dipertua PAS Kluang, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, seorang ejen pengiraan undi PAS untuk kawasan DUN Mahkota telah menemui perkara itu ketika penjumlahan dijalankan untuk pengundian awal pada 5 Mei.

Khairul Faizi, yang membuat laporan di balai polis Kluang berkata para ejen mengesan perkara itu apabila mendapati nama calon PAS untuk Nusa Jaya, Salahuddin Ayub tertera di kertas undi tersebut.

Mahkota terletak dalam kawasan parlimen Kluang manakala Nusa Jaya terletak dalam kawasan parlimen Gelang Patah.

Katanya, ejen terbabit mengemukakan bantahan kepada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya dan menuntut agar undi tersebut dikira untuk kerusi Nusa Jaya.

Namun, SPR menganggap undi berkenaan sebagai undi rosak, katanya.

“Kami merujuk peguam dan memutuskan untuk membuat laporan polis kerana mengesyaki peti undi untuk pengundian awal bagi Mahkot, yang dimaterai dan ditempatkan di balai polis, mungkin telah diusik,” katanya.

Beliau menambah, ejen pengiraan berkenaan bagaimanapun tidak melihat sama ada kertas undi tersebut memihak kepada Salahuddin, yang tewas di kerusi Nusa Jaya kepada calon BN Zaini Abu Bakar dengan 2,201 undi.

terima kasih bangladesh...

Rakyat MALAYSIA mengucapkan jutaan teeerima kaaasih buat warga BANGLADESH kerana turut sama mencorakkan masa depan politik negara. InsyaAllah kita akan mendapat Perdana Menteri kelahiran BANGLADESH pada pilihanraya ke 20 nanti. 

Mana satu FAKTA, Mana satu AUTA ?

satu lagi penipuan BN di perak. UMNO mmg kurang ajar. rakyat perak rata2 mahu pakatan rakyat memerintah perak.

Kita tolak politik perkauman UMNO BN! TOLAK BN dengan FAKTA!

 

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT!

Please Help!! We need your help. Our N.10-Damak election got fraud! Please include this case into Wednesday SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT!

I'm Foo, from Jerantut Pahang, Assistant of Candidate Bunga Raya, Cikgu Koh (independent candidate).

Our N.10-Damak seat won by BN, Dato' Lau Lee, who won majority of 64 ONLY. Candidate Cikgu Koh at that night ask for recount, BUT SPR didn't allow to do so with the reason that we could not recount in tally centre. He asked us to request court order to do so. So, our supporter now is guarding at the tally centre while requesting for court order.

Today, we have done the postmortem. We have pointed out some of the problems, as below:

(1) SPR didn't give us the Borang 14 for 14 saluran (total 51 saluran), even we asked for it. They gave us a lot of nonsense reply. Besides, there are a lot of raguan in Borang 14 (we have lodged in police report).

(2) They didn't allow to recount, with only 64 different votes.

(3) They are total 647 undian ditolak. Some of the undian ditolak are valid votes according to ejen tempat mengundi.

(4) We were not allowed to see the final Borang 14 which determined the final result. From our calculation, we are at the majority side.

(5) We were told that there is pengundi awal for SPR staff which the name is not in the SPR list. The pengundi Awal voters in SPR list is only 249, but the votes counted is 491 (pengundi awal = polis, postal, and SPR staff).

(6) There is no borang 14 for pengundi SPR staff, and the spr staff didn't have ink on their finger even they have voted. The result of these pengundi awal is jz added into the final result without our acknowledgement.

Saya mintak jasa baik admin supayatlg publish kan post ni. Kami warge Jerantut masih lg perjuangkan hak kami !!!

naik ke turun?

bn...blackout negara

 Walaupun ini event mahasiswa tetapi mahasiswa mengajak kepada semua aktivis untuk hadir bersama membantah penipuan yang dibuat oleh SPR dan Barisan Nasional!

PR sudah menang di kerusi Parlimen Semenanjung.



Sama-sama kita pergiatkan usaha untuk memberi penerangan di Sabah dan Sarawak.

p/s: Jangan menghina atau mencaci ya... Kita lawan mereka dengan fakta dan berhujah dengan cara yang baik...

bangla oh bangla

 

turun jangan tak turun

 

1malaysia tak suka bn

 

Hadi sokong Khalid kekal MB Selangor



9 Mei 2013
hadi awang
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang
MARANG - Pas mahu anggota Dewan Undangan Negeri (Dun)Pelabuhan Klang Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata walaupun PKR hanya menang 14 kerusi Dun berbanding Pas dan DAP (masing-masing 15 kerusi), Pas membuat keputusan Khalid harus terus menjadi Menteri Besar Selangor.

"Saya dah berbincang dengan Pas Selangor supaya Menteri Besar dari PKR dikekalkan di Selangor.

"Kita mahu tunjukkan bahawa pakatan rakyat boleh memerintah negeri secara kolektif," katanya ketika berucap dalam ceramah perdana di Rusila semalam.

Abdul Hadi berkata beliau telah menulis serta menandatangani surat persetujuan berhubung perkara itu untuk diserah kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mengenai pelantikan wakil rakyat Pas dalam barisan exco negeri Selangor, Abdul Hadi berkata beliau menyerahkan kepada Pas Selangor untuk berbincang dengan parti sekutunya. - Bernama

SAH keputusan PRU13 akan di cabar.


Pakatan Rakyat meneruskan penolakan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) lalu yang sarat dengan penipuan dan keraguan ke mahkamah, demi menyelamatkan hak dan masa depan rakyat Malaysia yang lebih terjamin. Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, keputusan itu penting bagi memastikan segala kecurangan dalam PRU akan datang dapat dibasmi dengan lebih berkesan.
“Kita tidak mahu apabila kita terima keputusan PRU lepas, SPR dan kerajaan anggap rakyat tidak kisah dengan penipuan yang berlaku. Jadi kita putuskan untuk tolak keputusan ini dan akan bantah melalui mahkamah dan dalam Parlimen.
“Kalau dahulu saya mengejar pencuri lembu, sekarang saya akan kejar pencuri keputusan PRU ini kerana kerajaan haram yang ditubuhkan adalah sebuah mandat yang akan mencuri masa depan Malaysia.
“Kita tidak mahu penipuan ini berlaku lagi, lagi dan lagi. Kita mesti bangkit menolak penyelewengan yang jelas ini dan kita mesti lawan sampai ke Putrajaya,” kata Ahli Parlimen Pandan itu pada program Suara Rakyat Suara Keramat: Tolak Penipuan PRU 13, di Stadium Kelana Jaya malam tadi.

AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR!!!

GEMPAR!!!!!... ANAK-ANAK MUDA MELAYU/ISLAM DITUGASKAN UNTUK MENUANG ARAK DI 1MALAYSIA PENANG INTERNATIONAL CHARITY DRIVE ANJURAN NGO MESRA KETAT BN!!!!

AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR!!!

Lihat dengan mata kepala sendiri 4 orang anak muda Melayu/Islam telah ditugaskan untuk menuang arak jenis beer jenama Tiger Beer untuk para tetamu di acara 1Malaysia Penang International Charity DRive anjuran NGO mesra ketat erat BN bagi tujuan tidak lain tidak bukan, pikat dan pujuk rakyat Pulau Pinang sokong dan undi BN pada PRU 13.

Dimana perginya Perkasa, JATI, Pemuda UMNO yang siang malam pagi petang berkokok menyalak terjerit terpekik terlolong akan mempertahankan aqidah umat Islam serta sanggup mati bermandikan darah untuknya..MANA WEH!!!!!!!!!

Selagi UMNO menjadi peneraju negara selagi itu keadaan sebegini akan terus bermaharajalela tanpa kawalan.

TOLAK UMNO DEMI MASA DEPAN ANAK CUCU CICIT KITA DARI TERJEREBAK DALAM KEMAKSIATAN!!!!

umno muka tak malu

Himpunan PRU13: Polis mahu panggil 28 pemimpin pembangkang



SHAH ALAM - Polis akan memanggil 28 individu termasuk beberapa pemimpin pembangkang yang berceramah pada Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Kelana Jaya, malam tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kesemua mereka akan dipanggil dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948.

KERTAS UNDI PALSU YG DI BAWA MASUK, BAGI KAWASAN PARLIMEN TERTENTU SEMASA RANCANGAN JAHAT BLACKOUT,......1.O9 JUTA,.



PENGUNDI YG BERDAFTAR,....................... 12.2 JUTA.
DI SAHKAN SPR YG KELUAR MENGUNDI,.......9.76 JUTA.
YG MENGUNDI DUN,...................................9.39 JUTA.
YG MENGUNDI PARLIMEN,...........................10.85 JUTA.

KERTAS UNDI PALSU YG DI BAWA MASUK,
BAGI KAWASAN PARLIMEN TERTENTU
SEMASA RANCANGAN JAHAT BLACKOUT,......1.O9 JUTA,...

I saw a lot of SPR YELLOW BAG hiding in a vacant shop at Metro Avenue in Kajang! This time is real! I saw by my own eye. This is a back door of the shop lot and there is a man is "watching" it!

KISAH NYATA: HIDAYAH SEORANG PELACUR



Suatu hari saya kedatangan seorang wanita cantik dan seksi, Tina namanya.

Tina: Assalaamu’alaikum!

Saya: Alaikum salam, monggo pinarak, ada perlu apa yah Mba?

Tina: Maaf Pak, saya Tina, saya mau minta tolong, tiap malam saya ini “jualan”, bagaimana agar jualan saya laris?

Saya: Maaf Mbak, Sampean salah alamat, saya ini bukan paranormal.

Dengan berbagai cara saya lakukan biar Tina cepat pulang, tapi tetap kekeh duduk di kursi. Lama-lama saya kasihan juga.

Saya: Begini aja Mbak, kalau Sampean ingin rizki barokah jangan tinggalkan shalat bagaimanapun keadaanmu!

Tina: Maaf Pak, saya ini pelacur, apakah shalat saya diterima Allah?

Saya: Jangan mikir diterima atau tidak, yang penting laksanakan dulu.

Tina: Iya Pak, akan saya laksanakan, tapi saya tidak punya rukuh atau mukena. Akhirnya istri saya memberi rukuh pada si Tina.

Tiga tahun telah berlalu, datanglah Tina bersama seorang laki-laki sambil menangis berlari memeluk istri saya (untung bukan saya yang dipeluk).

Saya: Monggo pinarak. Ada apa kok nangis begini, Sampean siapanya Tina, Mas?

Laki-laki itu menjawab: Saya Dedi Gus, suami Tina.

Saya: Subhanallaah… Bagaimana ceritanya Mas, kok Sampean bisa nikah sama Tina?

Akhirnya Dedi bercerita. Begini Gus, saya seorang kontraktor. Suatu malam saya booking si Tina, saya bawa Tina ke sebuah hotel. Sampai hotel jam 9 malam. Setelah bercerita-cerita, akhirnya saya sama Tina masuklah ke kamar hotel, tanpa basa-basi saya ciumi Tina, saya buka bajunya. Tatkala itulah Tina berbisik di telinga saya, “Maaf Mas, saya belum shalat Isya, saya tak shalat dulu ya Mas.” Akhirnya saya marah sekali. Ngapain kamu shalat? Tetapi dengan lembut si Tina ngomong sama saya, berilah kesempatan 10 menit saja untuk shalat, waktu kita masih banyak, sekiranya tidak cukup, saya beri bonus besok semalam, asal saya diberi kesempatan shalat. Akhirnya, saya izinkan si Tina untuk shalat. Dia membuka tasnya. Ternyata betul tasnya berisi rukuh atau mukena. Lantas Tina ke kamar mandi berwudhu, lantas Tina shalat. Saya lihat Tina shalat, saya dengarkan Tina berdoa sambil menangis, tanpa terasa saya pun ikut menangis. Di saat itulah saya tersadar dan berniat untuk bertaubat. Akhirnya Tina saya antar pulang ke rumahnya. Saat itu juga saya lamar ke orang tuanya untuk saya jadikan istri saya.

Saya: Alhamdulillahi rabbil ‘aalamin, terus ada apa Sampean kemari?

Dedi: Begini Gus, kami sudah menikah 3 tahun yang lalu, Alhamdulillah sudah dikaruniai seorang anak laki-laki. Sekarang kami mau minta doa restu kepada Gus untuk menunaikan ibadah haji.

Saya: Allaahu Akbar walillaahil hamd!
Tanpa terasa air mataku menitik haru sambil seraya mengangkat tangan: “Rabbanaa hablanaa min azwaajinaa wa dzurriyyaatinaa qurrota a’yunin waj ‘alnaa lil muttaqiina imaama.”

Kisah nyata ini sudah mendapat persetujuan langsung dari yang bersangkutan. Ternyata hidayah tidak mengenal siapa dia, tempat, dan waktu. Semoga bisa menjadi pelajaran bagi kita. Aamiin.

Sumber: “ Mutiara Hikmah “. Yuk Bantu FP Ini Berkembang Hanya Dengan Meng-Klik Suka dan Bagikan.. ALLAH SWT akan membalas sekecil apapun amal baik kalian.. 

Aamiin .

PETRONAS beli dua blok minyak Brazil RM2.6b

PETRONAS beli dua  blok minyak Brazil RM2.6bSyarikat kuasai 40 peratus ekuiti dalam 2 lapangan di Campos Basin

PETRONAS terus mengukuhkan kedudukan sebagai antara syarikat minyak dan gas terkemuka dunia apabila membeli dua blok minyak di Brazil membabitkan pelaburan AS$850 juta (RM2.6 bilion).

Pembelian berkenaan juga menandakan penyertaan sulung syarikat minyak dan gas kebangsaan itu dalam aktiviti penerokaan dan pengeluaran minyak di negara yang memiliki antara rizab hidrokarbon terbesar di dunia itu.
PETRONAS, menerusi anak syarikatnya, PETRONAS Brasil E&P Limitada semalam mengumumkan membeli 40 peratus kepentingan dalam dua blok lapangan minyak luar pesisir di Campos Basin, yang dikenali sebagai Blok BM-C-39 dan BM-C-40.



Paling prolifik

Ia dibelinya daripada OGX Petroleo e Gas SA's (OGX), iaitu syarikat pengeluar minyak persendirian yang dikuasai jutawan Brazil, Eike Batista.

Dua blok berkenaan yang terletak kira-kira 95 kilometer di luar pantai Rio de Janeirodi adalah antara medan pengeluaran utama dalam lapangan pembangunan minyak Tubarao Martelo, iaitu kawasan pengeluaran minyak paling prolifik di Brazil.
Tubarao Martelo yang bermakna Jerung Tukul atau Hammerhead shark dalam bahasa Portugis, iaitu jenis jerung yang dikategorikan sebagai paling bahaya kepada manusia, dijangka mula mengeluarkan minyak mentah menjelang akhir tahun ini.

“Brazil dianggap sebagai antara pemilik rizab hidrokarbon utama dunia dengan rizab minyak
berjumlah kira-kira 145 bilion tong.

“PETRONAS melihat pengambilalihan itu sebagai satu peluang yang sangat menarik dari segi kualiti aset dan untuk pertumbuhan masa depan strategik di Brazil,” kata syarikat minyak dan kebangsaan itu dalam kenyataannya.

Katanya, urus niaga pengambilalihan pegangan ekuiti OGX itu bakal dimuktamadkan sebaik memperoleh kelulusan agensi kawal selia berkaitan.


Pertumbuhan strategik

Bank of America Merill Lynch dilantik sebagai penasihat kewangan eksklusif manakala Mattos Filho, Viega Filho, Marrey Jr. e Quiroga Advogados ialah penasihat undang-undang PETRONAS bagi urus niaga itu.

Pembelian ekuiti OGX dalam dua blok minyak itu juga adalah janji niaga terbesar kedua yang dibuat syarikat minyak dan gas kebangsaan itu dalam tempoh dua tahun ini.

Tahun lalu, PETRONAS mengumumkan pengambilalihan Progress Energy Resources Corp dari Kanada dengan nilai RM15.8 bilion.

Pengambilalihan itu, selain akan menyediakan PETRONAS dengan sumber gas strategik jangka panjang di kawasan stabil dari segi geopolitik, turut mengukuhkan kedudukan PETRONAS sebagai peserta LNG global utama.

PETRONAS memulakan aktiviti pengambilalihan aset tenaga di luar negara seawal 1990-an, kebanyakannya membabitkan negara membangun.

Sehingga kini, ia telah mengumpulkan kepentingan hidrokarbon di lebih daripada 22 buah negara merangkumi Asia Tenggara, Asia Barat, Asia Tengah, Amerika Latin dan Afrika, yang menghasilkan jumlah kira-kira satu perempat daripada keseluruhan rizab gas minyaknya.

Polis akan ambil tindakan terhadap penganjur Perhimpunan 508



Petaling Jaya: Polis akan mengambil tindakan terhadap penganjur Perhimpunan 508 atas dua kesalahan utama yang menyalahi Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012) dan Akta Hasutan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah ketika dihubungi BH berkata, siasatan mendapati notis pemberitahuan hanya dihantar semalam, beberapa jam sebelum perhimpunan berlangsung.
Beliau berkata, secara automatik ia melanggar peraturan ditetapkan di bawah Seksyen 9 (5) APA 2012 yang mewajibkan notis itu dihantar dalam tempoh sepuluh hari menjelang tarikh acara.

"Polis turut mengesan ucapan berbaur hasutan diberikan beberapa pemimpin politik semasa perhimpunan itu berlangsung.

"Untuk itu, kita akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan," katanya.

Tun Hisan juga berkata, pihak polis sebelum ini telah meminta penganjur mengangguhkan acara berkenaan ke satu tarikh lain.

"Kita dah minta mereka tangguh ke satu tarikh lain, namun mereka tetap berdegil. "Ini membuktikan mereka gagal mematuhi peraturan demi keselamatan dan ketenteraman awam," katanya.

Tinjauan BH mendapati laluan di Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) di kedua-dua hala berhampiran Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sesak teruk berikutan tindakan peserta yang meletakkan kenderaan sesuka hati.

Mereka turut membuat provokasi dengan mengutuk kerajaan dan mengibarkan bendera-bendera parti pembangkang.

Dua letupan bom di Pakistan ragut 13 nyawa



ISLAMABAD 8 Mei - Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dalam dua letupan bom di Khyber-Pakhtunkhwa, wilayah barat laut Pakistan, semalam.
Kejadian letupan terbaharu itu menjadikan jumlah kematian meningkat lebih 100 orang menjelang pilihan raya di negara ini yang akan diadakan pada 11 Mei ini.
Perdana Menteri sementara, Mir Hazar Khan Khoso mengutuk serangan ganas itu yang dikaitkan dengan proses pilihan raya di negara ini dan mengarahkan pihak berkuasa meningkatkan kawalan keselamatan. - DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130508/lu_03/Dua-letupan-bom-di-Pakistan-ragut-13-nyawa#ixzz2SlR4Op1h
© Utusan Melayu (M) Bhd 

55 maut serangan baharu Boko Haram



Senjata-senjata, barangan peribadi dan mayat anggota Boko Haram yang bergelimpangan, dilihat di jalan-jalan selepas keganasan baharu tercetus di Bama, Maiduguri, timur Nigeria, kelmarin. - Reuters
MAIDUGURI, Nigeria 8 Mei - Seramai 55 orang maut, manakala 105 banduan terlepas daripada penjara apabila kumpulan militan Boko Haram melancarkan serangan terancang di beberapa berek tentera, balai polis dan sebuah penjara di bandar Bama, timur laut Nigeria semalam.
Jurucakap ketenteraan, Musa Sagir berkata, kumpulan militan itu melancarkan serangan-serangan tersebut pada pukul 5 pagi waktu tempatan (1 pagi waktu Malaysia).
"Pasukan tentera bertempur dengan Boko Haram ketika mereka menyerang berek tentera, menyebabkan 13 anggota kumpulan itu terbunuh, manakala seorang lagi ditahan.
"Kumpulan tersebut juga memecah masuk ke penjara dan menembak mati semua warden yang ada ketika serangan itu berlaku," katanya.
Antara 55 yang terbunuh itu termasuklah 14 warden penjara, dua anggota tentera, 22 anggota polis, empat penduduk awam dan 13 anggota Boko Haram.
Musa menyatakan bahawa Boko Haram turut membakar balai polis, kenderaan dan sebuah klinik.
Kumpulan media tempatan yang melawat Bama selepas serangan itu berakhir, melaporkan Boko Haram menggunakan uniform tentera ketika melancarkan serangan.
Serangan itu berlaku selepas 17 orang maut dan banyak kediaman dibakar dalam beberapa siri serangan yang dilancarkan oleh Boko Haram di bandar yang sama pada 25 April lalu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130509/lu_05/55-maut-serangan-baharu-Boko-Haram#ixzz2SlQYu5wv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bantahan terbuka, perhimpunan tidak bantu pilihan raya diadakan semula - SPR


KUALA LUMPUR: Sebarang bantahan terbuka atau perhimpunan tidak mampu mengubah keputusan pilihan raya umum atau mengakibatkan ia diadakan semula, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata, sebaliknya calon atau mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) boleh memohon semakan supaya pilihan raya diadakan semula dengan mengemukakan petisyen selepas pewartaan keputusan oleh SPR, mengikut undang-undang.
"Selepas diwartakan dalam tempoh 21, mereka boleh buat petisyen, itu yang betul dan kalau bukti-bukti itu jelas serta lengkap dan pihak hakim mengakui wujudnya perlakuan rasuah, penipuan atau menyalahi undang-undang, maka mungkin Hakim Mahkamah Tinggi berkenaan akan memutuskan bahawa keputusan pilihan raya itu tidak sah.

"Dengan itu barulah boleh diadakan pilihan raya semula, tetapi jika dibuat perjumpaan atau perhimpunan seperti malam ini, yang saya pun tak tahu apa maksud dia, sebenarnya tidak akan mengubah apa-apa yang boleh mengakibatkan pilihan raya diadakan semula," katanya selepas ditemu ramah Radio24 di Wisma Bernama hari ini.

Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas perhimpunan haram pembangkang di Stadium Kelana Jaya malam ini, yang kononnya diadakan bagi menyatakan rasa tidak puas hati berhubung keputusan PRU13 Ahad lepas.

Di sebalik pelbagai tuduhan seperti isu dakwat kekal, pengundi hantu, orang asing diguna sebagai pengundi dan bekalan elektrik terputus, Abdul Aziz berkata beliau yakin PRU13 berlangsung secara bersih serta teratur, dan SPR sama sekali tidak terbabit membantu mana-mana pihak memenangi pengundian.

"Saya ingin nyatakan bahawa pilihan raya yang diadakan adalah begitu saksama, yang menang bukan sebab ditolong SPR, dan yang kalah bukan kerana tidak dibantu SPR, yang menentukan kalah menang di Malaysia ialah pengundi berdaftar yang mengundi," katanya.
Berdasarkan rekod, jumlah tertinggi petisyen berhubung keputusan PRU yang diterima SPR ialah pada 1999 iaitu 40 diikuti lebih 30 petisyen pada 2004.
Jumlah petisyen menurun kepada 26 pada 2008, walaupun ketika itu berlaku tsunami politik yang tidak berpihak kepada Barisan Nasional. - BERNAMA 

Soi Lek didesak letak jawatan



8 Mei 2013
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek
GEORGETOWN - Datuk Seri Dr Chua Soi Lek didesak meletak jawatan sebagai Presiden MCA ekoran kekalahan teruk parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas.

Desakan itu dibuat oleh enam bahagian MCA Pulau Pinang iaitu MCA Bahagian Jelutong, Bayan Baru, Tanjong, Bukit Bendera, Permatang Pauh dan Tasek Gelugor yang  mahu Dr Chua bertanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan itu.

Setiausaha MCA Bahagian Bayan Baru David Yim berkata peletakan jawatan itu adalah sebagai menjaga maruah dan nama baik parti.

"Ini juga merupakan satu-satunya  peluang bagi Datuk Seri Dr Chua Soi Lek untuk menebus dirinya dan meminta maaf kepada semua masyarakat Cina Malaysia dan anggota MCA atas kerosakan yang beliau telah lakukan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat MCA Bahagian Jelutong, di sini hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi MCA Bahagian Tanjong Lee Hack Teik, Ketua Pemuda Bahagian Jelutong Tan Eng Hin, Naib Pengerusi MCA Bahagian Bukit Bendera Tan Khai Beng, Ketua Bahagian MCA Permatang Pauh Datuk Ma Kok Ben, Ketua Bahagian MCA Tasek Gelugor Kong Chu Hock dan Ketua Bahagian MCA Jelutong Datuk Leow Soo Tat.

David yang mewakili keenam-enam bahagian MCA itu berkata tiga sebab mengapa Chua perlu meletakkan jawatan sebagai presiden parti antaranya Dr Chua memilih kroni dalam soal pemilihan calon yang bertanding pada PRU13.

"Manakala sebab kedua ialah krisis moral dan akhlak beliau (Dr Chua) yang tercemar adalah bertentangan dengan nilai-nilai murni khususnya dalam kalangan masyarakat Cina," katanya.

Selain itu, katanya sikap Dr Chua yang mementingkan diri sendiri juga adalah antara alasan mengapa beliau perlu meletak jawatan kerana sikapnya itu menyebabkan  perhubungan antara masyarakat Cina dan MCA menjadi longgar sehingga mengakibatkan kelompok itu tidak memberi sokongan kepada MCA dalam PRU13.

David dan rakan pemimpin lain juga meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan keadaan yang terjadi  ketika ini kerana parti itu sekarang dilabelkan sebagai sebuah parti "Seven Eleven' yang hanya menjual cakera padat.

"Sebagai anggota parti yang setias, kami mahu menyokong parti kami dan membantu pembinaan, penstrukturan dan pembaharuan semula parti. Jika kami tidak melakukan pembaharuan sekarang, saya fikir dalam pilihan raya umum akan datang, MCA akan disapu bersi,"  katanya.

Pada PRU 13, MCA hanya menang tujuh kerusi Parlimen daripada 37 dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 90 yang ditandingi. Keputusan itu adalah  paling teruk berbanding PRU 2008 apabila MCA memenangi 15 kerusi Parlimen daripada 40 kerusi dan 32 kerusi DUN daripada 90 kerusi yang ditandingi.

Di JOHOR BAHRU, Timbalan Pengerusi MCA Bahagian Pulai, Chia Song Cheng juga menggesa Dr Chua meletak jawatan parti bagi membolehkan MCA melantik  kepimpinan baharu yang dapat menyusun jentera bagi mengembalikan keyakinan masyarakat Cina terhadap parti berkenaan.

Katanya atas rasa tidak percaya terhadap kepimpinan Dr Chua, beliau pada hari ini turut mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Johor yang disandang sejak tahun 2009.

"Surat peletakan jawatan itu sudah diserahkan pagi tadi kepada Presiden, bagaimanapun, saya tetap merupakan anggota MCA dan masih sebagai Timbalan Pengerusi  MCA Bahagian Pulai serta Pengerusi MCA Cawangan Kampung Kempas Baru demi berkhidmat kepada masyarakat Cina.

"Tidak timbul soal saya merajuk kerana tidak terpilih sebagai calon dan ini dibuktikan sepanjang kempen pilihan raya baru-baru ini apabila saya turun membantu calon BN Parlimen Pulai dan DUN ke 28 Pusat Daerah Mengundi," kata bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Rinting itu kepada pemberita.

Beliau turut menggesa anggota Jawatankuasa Pusat MCA mengadakan mesyuarat khas bagi mengkaji punca penolakan kaum Cina terhadap parti itu dan BN pada pilihan raya kali ini.
Katanya, kajian mendalam itu bukan sahaja dapat mengembalikan semula sokongan kaum Cina terhadap MCA dan BN tetapi untuk MCA menyusun kembali jenteranya  bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14.

Di MELAKA, MCA Bahagian Bukit Katil dan Tangga Batu turut menggesa Dr Chua meletak jawatan kerana mendakwa kekalahan teruk MCA dalam PRU13 berpunca daripada sikap Presiden MCA itu memilih calon secara berpuak, bukannya berdasarkan faktor calon boleh menang.
Timbalan Ketua Bahagian MCA Tangga Batu Datuk Lau Puan Long  berkata Dr Chua perlu meletak jawatan bagi menjaga maruah, kestabilan dan kepentingan parti itu terutama dalam mendapatkan sokongan pengundi Cina yang hilang kepercayaan terhadap kepimpinannya.
"MCA menghadapi prestasi paling teruk dalam PRU13, Chua mesti letak jawatan, satu minit pun tidak boleh lewat," katanya pada sidang media di sini.
Naib Ketua MCA Bahagian Bukit Katil Chua Kheng Hwa berkata kekalahan teruk MCA pada PRU13 juga membuktikan pengundi Cina semakin hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Dr Chua.
Di KOTA KINABALU, Pengerusi MCA Labuan Datuk Chin Hon Vui berkata tsunami Cina yang menyaksikan sokongan kaum itu beralih kepada pakatan pembangkang tidak harus dianggap sebagai satu 'bencana' bagi meminggirkan mereka dalam arus pembangunan perdana.
  
Bimbang dipinggir dalam pelantikan kabinet baharu berikutan perubahan lanskap politik berikutan kekalahan parti itu pada PRU13, Chin berkata MCA mengharapkan agihan saksama berlandaskan semangat konsep perkongsian kuasa BN.
  
"Sebagai parti tertua kaum Cina di negara ini, MCA akan terus berjuang demi kepentingan masyarakat itu," katanya kepada Bernama hari ini.
  
Beliau turut menafikan dakwaan parti itu bakal berkubur berikutan kekalahan calonnya pada PRU13 di semua kerusi yang ditandingi, kecuali Ketua Perhubungan MCA Sabah Datuk Edward Khoo di Dun Kapayan serta Ketua Wanitanya, Datuk Agnes Shim di Luyang.
  
Chin berkata MCA akan mengenal pasti kelemahan serta punca peralihan sokongan kaum Cina kepada pembangkang.
  
"Bukan semua penduduk di Kota Kinabalu dan masyarakat Cina yang berjumlah lebih sejuta menyokong pembangkang. Kami menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan bahawa kerusi Parlimen Kota Kinabalu dan Sandakan merupakan kawasan pembangkang.
  
"Kami percaya masih terdapat sebilangan besar masyarakat kaum Cina, sama ada pengundi tidak berdaftar atau tidak mengundi, masih menyokong kerajaan BN, justeru, MCA berpendapat parti ini masih relevan dan berhak mempunyai perwakilan di peringkat negeri," katanya.
  
Antara pemimpin yang kalah pada PRU13 ialah Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Dr Yee Moh Chai merangkap bekas Timbalan Ketua Menteri dan Presiden LDP Datuk VK Liew, yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri. - Bernama

bn tak tamak....

Mahathir: PRU13 bukti 'tsunami Cina, Melayu tamak

8 Mei 2013
Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
PUTRAJAYA -  Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sememangnya menampakkan berlaku 'tsunami kaum Cina' selain wujud masyarakat Melayu yang tamak.

Dr Mahathir berkata, beliau pernah menyentuh perkara itu dalam beberapa kempen pilihan raya sebelum ini, misalnya di Johor, apabila menyatakan negeri itu menyaksikan pelaksanaan konsep perkongsian kuasa yang baik bagi kaum Melayu, Cina dan India.

"... tetapi datang Kit Siang (penasihat DAP Lim Kit Siang), dia membawa konsep Malaysian Malaysia yang bertujuan menimbulkan kebencian orang Cina terhadap kaum Melayu, kononnya dikatakan (Melayu) memiliki segalanya setelah merdeka," katanya kepada pemberita pada satu sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana semalam.

Beliau berkata, situasi itu dilihat berkembang di seluruh negara sehingga menyebabkan kaum Cina menolak persahabatan masyarakat Melayu sekali gus tercetus 'tsunami kaum Cina'.

Dr Mahathir berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita berhubung kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang merujuk kekalahan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman di kerusi Parlimen Gelang Patah lebih kepada faktor 'tsunami kaum Cina', dan menyaksikan mereka lebih cenderung menyokong pembangkang.

Sejurus pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kemenangan Barisan Nasional (BN), Najib berkata, beliau sama sekali tidak menduga keputusan PRU13 akan berlandaskan sikap perkauman, jauh sekali mencapai peringkat seburuk itu.

Dr Mahathir turut berpendapat kaum Melayu kini semakin lemah dan berpecah-belah kerana sikap tamak mengejar kuasa serta jawatan sehingga mengabaikan perjuangan Melayu itu sendiri, iaitu berkhidmat untuk bangsa, agama dan negara.

"Pada masa sama, tidak boleh kecualikan orang Melayu yang jadi tamak, masing-masing hendak kuasa, tidak kira cara mana. Kalau perlu jual bangsapun, akan mereka jual bagi mendapat apa yang mereka hendak," katanya.

Beliau berkata, masyarakat Melayu dilihat tidak memahami konsep sebenar pilihan raya yang diadakan bagi tujuan membentuk sebuah kerajaan, apabila kebanyakan mereka menganggap ia hanya sebagai sebagai platform untuk kepentingan diri semata-mata sehingga berlaku perpecahan.

"Orang Melayu ini tidak faham. Mereka ingat dalam pilihan raya ini untuk mendapat tempat, gaji, peluang dapat kerja, kalau menang jadi Yang Berhormat (YB) yang dapat elaun dan kemudahan, bukan untuk berkhidmat perjuangkan bangsa, agama dan tanah air, mereka lupa sama sekali.

"Mereka tidak nampak pilihan raya sebagai satu cara membentuk kerajaan, tetapi berebut hendak tempat bagi diri sendiri sehinggakan fikir kalau menang akan dapat tempat, keuntungan yang banyak dan dapat projek," katanya. - Bernama

Mohd Khaled menghadap Sultan Johor, majlis angkat sumpah MB dijangka minggu depan

 Mohd Khaled menghadap Sultan Johor, majlis angkat sumpah MB dijangka minggu depanAnggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melambai tangan kepada pihak media selepas mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di
JOHOR BAHARU - Bakal Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan mengangkat sumpah minggu depan bersama anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) setelah mendapat perkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
  
Anggota Dewan Undangan Negeri Permas itu dititah menghadap di Istana Pasir Pelangi dan antara perkara yang dibincangkan dengan Sultan Ibrahim ialah penentuan tarikh angkat sumpah menteri besar dan senarai barisan Exco.
  
Bercakap kepada pemberita kira-kira sejam kemudian, Mohamed Khaled berkata beliau dititahkan Sultan Ibrahim supaya meneliti senarai barisan exco kerajaan negeri sebelum sekali lagi menghadap baginda bagi mempersembahkan calon-calon yang bakal dilantik.
  
"Di Johor, majlis angkat sumpah menteri besar dilakukan bersama-sama barisan exco. Jadi, ia akan mengambil masa sedikit," katanya yang akan menyelesaikan senarai barisan itu dalam minggu ini.
  
Turut hadir, Setiausaha Majlis Jumaah Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Obet Tawil.

Mohamed Khaled berkata exco kerajaan Johor akan dibarisi 10 orang anggota yang melibatkan tujuh wakil Umno, dua daripada MCA dan satu MIC.
  
Bagaimanapun beliau akan mendapatkan kepastian terlebih dahulu daripada pihak MCA sama ada mahu meletakkan wakilnya kerana komponen itu sudah memutuskan untuk tidak menerima sebarang jawatan di peringkat persekutuan atau negeri selepas kalah teruk dalam pilihan raya ini.
   
Menurut Mohamed Khaled, Sultan Ibrahim banyak memberikan nasihat dan pandangan kepada beliau semasa majlis menghadap itu terutama berhubung senarai exco yang bakal dilantik.
  
"Tuanku mahu orang yang boleh bekerja dan memikirkan hal kepentingan rakyat Johor, supaya rakyat menerima perkhidmatannya sebaik mungkin," katanya.
  
Ditanya mengenai Dun Johor yang agak mencabar selepas ini dengan adanya 18 kerusi pembangkang, beliau berkata tiada apa yang perlu dikhuatirkan sekiranya wakil Barisan Nasional menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Mohamed Khaled pada pilihan raya itu memenangi kerusi Dun Permas selepas menewaskan calon Pas Syed Othman Syed Abdullah dengan majoriti 5,752 undi.
  
Barisan Nasional kekal memerintah Johor apabila mendapat majoriti dua pertiga dengan memenangi 38 daripada 56 kerusi DuN.
  
Daripada 18 DuN yang dimenangi pembangkang, 14 daripadanya DAP, tiga (Pas) manakala satu daripada PKR. - Bernama

Polis Indonesia serbu suspek pengganas



ANGGOTA polis antikeganasan tiba di kampung Batu Rengat yang menyaksikan pihak berkuasa berbalas tembakan dengan sekumpulan suspek pengganas di sebuah rumah di Bandung, Indonesia semalam.


BANDUNG - Polis antikeganasan Indonesia berbalas tembakan dengan empat lelaki yang disyaki terlibat dalam komplot untuk mengebom Kedutaan Myanmar.
Jurucakap polis nasional, Boy Rafli Amar berkata, kejadian itu berlaku di sebuah rumah di sini, Jawa Barat pada pukul 11.30 pagi waktu tempatan dan berterusan hingga beberapa jam.
Rakaman televisyen menunjukkan anggota-anggota skuad antikeganasan menembak ke arah sebuah rumah yang dikelilingi sawah padi.
"Perkembangan itu berlaku selepas penangkapan empat pengganas di Jakarta pada minggu lalu," kata Timbalan Ketua Polis, Nanan Soekarna.
Pada Khamis lalu, polis antikeganasan menahan dua lelaki yang disyaki merancang mengebom Kedutaan Myanmar di Jakarta.
Komplot tersebut menyusul selepas keganasan etnik di Myanmar yang meragut nyawa ramai penduduk minoriti Islam Rohingya dan berpuluh-puluh ribu lagi menjadi pelarian.
Sumber pegawai kanan polis Indonesia pula menyatakan, mereka merancang untuk menyerang Kedutaan Myanmar hari ini.
Kemarahan rakyat Indonesia ekoran keganasan penduduk beragama Buddha terhadap etnik Rohingya di Myanmar semakin memuncak.
Beberapa pertempuran di negeri Rakhine, Myanmar antara penganut Buddha dan etnik Rohingya menyebabkan sekitar 200 orang terbunuh, manakala puluhan ribu lagi menjadi pelarian. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0509&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2Sk0hrLpR 
Hakcipta terpelihara