Showing posts with label dalang. Show all posts
Showing posts with label dalang. Show all posts

Friday, September 23, 2011

'Jangan cakap ikut sedap mulut'



JOHOR BAHRU - Timbalan Ketua Polis Negara menasihatkan Ahmad Saiful Islam, anak kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu supaya tidak membuat kenyataan sembarangan terhadap polis tanpa mempunyai bukti.
Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, kenyataan anak lelaki Timbalan Presiden Pas itu yang menuduh pihak polis sebagai dalang dalam kejadian cubaan membakar rumah mereka baru-baru ini adalah menghairankan dan tidak masuk akal.
"Jangan cakap sembarangan. Sudahlah bapak dia (Mohamad Sabu) cakap lepas, janganlah anak pun sama juga. Jangan cakap ikut sedap mulut," katanya kepada pemberita selepas melawat pangkalan Pasukan Gerakan Marin Wilayah Dua di Tampoi di sini semalam.

Thursday, September 22, 2011

PDRM nafi dalang bakar rumah Mat Sabu



KUALA LUMPUR 21 Sept. — Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan anak lelaki Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu iaitu Ahmad Saiful Islam, 23, bahawa polis menjadi dalang dalam cubaan membakar rumah mereka.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis bersifat profesional dalam menjalankan kerja mereka.
"Orang menuduh polis macam-macam, jadi timbanglah sendiri. Pada saya bila satu kejadian berlaku, kita adalah satu agensi yang telah menekankan selama ini dan akan datang bahawawe are professional agency.
"Kita bersikap terbuka dan adil dengan semua pihak," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Triaj PDRM di Balai Polis Travers di sini, hari ini.
Media hari ini melaporkan kediaman Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu cuba dibakar oleh individu tidak dikenali selepas disimbah cecair dipercayai minyak tanah, tengah malam semalam.
Bagaimanapun, dalam kejadian pukul 12.40 tengah malam itu, rumah teres dua tingkat di Jalan Belat 19/32C, Seksyen 19 di sini tidak mengalami kerosakan teruk, sebaliknya hanya sebahagian daripada pintu pagar yang terjejas.
Anak kedua Mat Sabu, Nurul Huda Mohamad, 28, berkata, ketika kejadian bapanya tiada di rumah kerana menghadiri program di Pulau Pinang, manakala ibunya, Normah Alwi, 57, berada di Perlis kerana sedang menjaga datuk dan neneknya yang sedang sakit. — BERNAMA

Wednesday, August 25, 2010

Siapa dalang?


  • Wisma Putra digesa mengadakan kerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia bagi menyiasat dalang di belakang tindakan segelintir warga Indonesia yang terlibat dalam demonstrasi menghina Malaysia.

  • Dalam pada itu, Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) yang berdemonstrasi dan melontar najis ke dalam Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia kelmarin, turut mengugut akan melancarkan gerakan mengusir rakyat Malaysia.

  • Presiden Susilo Bambang Yudhoyono meminta rakyatnya bertenang dan mengingatkan supaya hubungan baik Malaysia-Indonesia dijaga.

  • Rata-rata rakyat Indonesia yang mencari rezeki di Malaysia mencemuh perbuatan Bendera yang memijak Jalur Gemilang dan melempar najis ke kawasan Kedutaan Besar Malaysia.

  • JAKARTA 24 Ogos – Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) yang mengadakan demonstrasi dan melontar najis ke dalam Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia semalam, dipercayai didalangi oleh pihak ketiga.
    Kumpulan itu turut mengugut akan melancarkan gerakan mengusir rakyat Malaysia dengan mengadakan sekatan jalan raya di hadapan ibu pejabatnya di Jalan Deponegoro, Jakarta Pusat.
    Ugutan itu dibuat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan kenyataan media di Internet.
    Bendera turut mengecam kepimpinan Susilo yang disifatkan terlalu berlembut dengan Malaysia dan lambat menangani isu penangkapan tiga anggota penguat kuasa Jabatan Kelautan dan Perikanan Indonesia pada 13 Ogos lalu.
    Tahun lalu, beberapa orang aktivis Bendera ditangkap kerana melakukan operasi pengusiran rakyat Malaysia di hadapan ibu pejabat mereka di Jalan Deponegoro, Jakarta Pusat dengan menggunakan senjata buluh runcing.
    Bagaimanapun, polis membebaskan mereka dengan alasan tidak ada senjata buluh runcing digunakan semasa tindakan Sweeping Malaysia itu.
    Pada sidang Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia hari ini, seorang anggota pembangkang dari parti Golkar, Tantowi Yahya meminta pemerintah Indonesia mengambil tindakan keras terhadap Malaysia.
    Tantowi turut menyelar pemerintah Indonesia kerana merendah-rendahkan martabat negara itu apabila melakukan pertukaran pembebasan tujuh nelayan yang ditahan pihak berkuasa Indonesia dengan tiga anggota penguat kuasa terbabit.
    Dalam pada itu, jurucakap Polis Metro Jaya, Asisten Komisioner Daniel Bolly Tafaona berkata, empat aktivis Bendera yang ditahan dalam demonstrasi melontar najis semalam dibebaskan malam tadi kerana didapati tidak melanggar sebarang undang-undang.
    “Kerana sasaran yang akan mereka lempar tidak sempat dilemparkan, kita bebaskan mereka,” jelasnya di sini hari ini.
    Bagaimanapun difahamkan salah satu daripada lima bungkus najis yang dilempar telah masuk ke dalam premis kedutaan. – utusan.