Thursday, July 21, 2011
Peguam Peranchis bakal dedah pembunuhan Altantuya
Facebook : Dah lebih 200 ribu mahukan Najib letak jawatan ... tapi hahaha hanya 122 org yang mahu Najib tunggu
Sementara lebih 200 ribu warga internet yang menekan "suka" (like) kepada page Facebook menuntut Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri; hanya 111 yang menekan "like" di page menuntut agar Najib kekal menerajui tampuk pimpinan negara.
BERSIH 2.0 : FRU guna gas pemedih mata Israel, Latheefa pertahan dakwaan
KUALA LUMPUR: Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya mempertahankan kenyataannya bahawa polis menggunakan gas pemedih mata yang sama digunakan tentera Israel dalam memerangi rakyat Palestin.
Penuntut ditipu ‘hidup-hidup’
KUALA TERENGGANU- Gara-gara terlalu ghairah untuk mendapatkan wang tunai yang ditawarkan, dua penuntut dari sebuah institut pengajian tinggi (IPT) di Dungun terpaksa berputih mata setelah kehilangan wang di dalam akaun bank masing-masing selepas ditipu ‘hidup-hidup’ dalam kejadian berasingan sepanjang awal Julai lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Superintenden Azmi Adam (gambar) berkata, kejadian melibatkan mangsa pertama, seorang penuntut wanita berumur 19 tahun berlaku pada 9 Julai lalu, selepas mangsa menerima satu panggilan telefon daripada individu tidak dikenali memberitahu simkadnya terpilih sebagai pemenang cabutan bertuah berupa tunai RM5,000.
“Teruja dengan pengkhabaran itu, mangsa tanpa berlengah terus mengaktifkan akaun miliknya melalui perkhidma-tan perbankan internet dengan memasukkan segala butiran peribadi termasuk nombor pin serta kata laluan akaun bank seperti mana yang diarahkan suspek tanpa perlu membuat sebarang pembayaran atau pemindahan wang.
“Suspek berjanji wang tunai itu akan dimasukkan dua hari selepas akaun melalui perhidmatan ‘perbankan internet’ diaktifkan namun pada 12 Julai, mangsa yang tidak sabar melihat wang simpanan di dalam akaunnya bertambah tergamam selepas mendapati duitnya sejumlah RM2,448 lesap begitu sahaja,” katanya kepada pemberita ketika ditemui, di pejabatnya, semalam.
Sementara itu, Azmi berkata, kejadian kedua melibatkan seorang penuntut lelaki berumur 19 tahun yang kerugian RM580 setelah ditipu dengan taktik sama seperti mangsa pertama sebelum ini.
“Tetapi bagi kes kedua ini, mangsa tertipu selepas menerima panggi-lan telefon pada 10 Julai lalu kononnya dia telah memenangi hadiah tunai RM3,000 dalam satu peraduan yang dianjurkan sebuah syarikat.
“Gembira dengan berita itu, mangsa terus mengaktifkan akaun melalui perkhidmatan perbankan internet dan memasukkan segala butir peribadi seperti diarahkan tanpa perlu membuat sebarang pembayaran atau pemindahan wang,” katanya.
Azmi berkata, bagaimanapun, dalam masa sama mangsa diminta menambah nilai kredit kepada nombor telefon suspek berjumlah RM180.
“Selepas itu, suspek berjanji wang tunai itu akan dimasukkan ke dalam akaun mangsa pada keesokkan harinya iaitu 11 Julai namun janji hanya tinggal janji.
“Mangsa bukan sahaja tidak menerima wang tunai yang dijanjikan itu, malah wang simpanannya yang berjumlah RM400 lesap begitu sahaja,” katanya.
Katanya, kedua-dua kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Dalam masa sama, Azmi turut me-ngingatkan kepada orang ramai agar jangan sesekali mudah terpedaya dengan panggilan atau perkhidmatan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menawarkan sebarang hadiah kerana itu adalah taktik penipuan semata-mata.
“Saya ingin menasihatkan kepada orang awam agar jangan terlalu mudah mendedahkan segala butir peribadi terutamanya nombor kad pin serta kata laluan bank kerana ia memudahkan penjenayah ‘mencuri’ wang simpanan kita,” katanya.
Polis tahan tiga lelaki disyaki curi barang pelancong Arab Saudi
GEORGE TOWN - Kerana mengingati nombor plat kereta teksi sapu yang dinaikinya, seorang pelancong dari Arab Saudi berjaya membantu polis memberkas tiga lelaki hari ini termasuk pemandu kenderaan itu kerana menyamun barangannya.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata mangsa menaiki kereta teksi sapu itu di Jeti Swettenham pada Jumaat lepas.
Katanya kejadian itu berlaku apabila mangsa meminta pemandu teksi sapu itu berhenti di Jalan Penang untuk membeli air sebelum menuju ke hotel di kawasan berhampiran pada 11 malam.
"Ketika pelancong Arab Saudi itu keluar dari kereta untuk membeli air, pemandu kereta sapu itu kemudiannya memecut laju dan meninggalkan mangsa di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya mangsa kemudian membuat laporan polis mengenai kejadian itu dan memaklumkan bahawa pemandu teksi sapu itu telah melarikan beg pakaiannya yang mengandungi pelbagai barangan berharga.
Beliau berkata berdasarkan maklumat mangsa yang mengingati nombor plat kereta sapu itu, polis berjaya menahan pemilik kereta sapu berkenaan di rumahnya di Bayan Lepas.
Bertindak atas siasatan susulan, polis kemudiannya menahan dua lagi lelaki di rumah masing-masing di Sungai Nibong dan Bayan Lepas serta menemui semula beg dan barangan milik pelancong Arab Saudi berkenaan.
Ketiga-tiga lelaki terbabit berusia antara 26 dan 42 tahun itu ditahan reman dan polis sedang mengesan seorang lagi suspek.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda ataupun kedua-duanya. - Bernama
6 ahli KWSP didapati bersalah menipu sejak April
KUALA LUMPUR - Enam ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikenakan tindakan undang-undang kerana kesalahan menipu atau cubaan menipu pengeluaran simpanan dengan menggunakan dokumen palsu antara April dan bulan lalu.
Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar, berkata semua mereka didapati bersalah dan didenda RM12,300 oleh mahkamah mengikut Seksyen 59, Akta KWSP 1991, dan seorang daripada mereka turut dikenakan hukuman penjara selama tiga bulan.
"Tiga yang lain berkemungkinan dipenjara sehingga dua bulan sekiranya mereka gagal menjelaskan denda tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, penipuan pengeluaran membabitkan penyerahan dokumen palsu oleh ahli bagi pengeluaran dari akaun mereka adalah satu kesalahan serius mengikut Akta KWSP 1991.
"Mengikut Akta KWSP, mereka yang didapati bersalah melakukan penipuan atau cubaan menipu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua-dua sekali," katanya.
Nik Affendi berkata, KWSP juga sudah menfailkan 31 kes saman atas kesalahan yang sama di mahkamah dalam tempoh itu.
Beliau turut mengingatkan ahli KWSP yang kesempitan kewangan agar tidak dipengaruhi sindiket yang menawarkan untuk membantu mereka dengan mengeluarkan simpanan KWSP secara penipuan kerana ia satu kesalahan serius dari segi undang-undang.
Ahli KWSP yang mempunyai maklumat mengenai sebarang kegiatan penipuan boleh menghubungi talian hotline Anti-Fraud KWSP di 03-26162121. - Bernama
Murdoch diserang
LONDON - Usahawan media Amerika Syarikat, Rupert Murdoch diserang menggunakan krim pencukur semasa memberi keterangan kepada Parlimen Britain, kelmarin.
Murdoch, 80, diserang Jonathan May-Bowles semasa sedang menjawab pertanyaan Jawatankuasa Budaya, Media dan Sukan Parlimen Britain.
Isteri Murdoch, Wendi Deng dan anak lelaki beliau, James segera bangun menahan May-Bowles daripada membaling pinggan berisi krim pencukur itu ke muka Murdoch.
Kejadian itu adalah satu daripada pelbagai insiden mengejutkan sepanjang pendedahan skandal penggodaman telefon selebriti, ahli politik dan mangsa bunuh oleh wartawan akhbar News of the World :dimiliki Murdoch.
Murdoch sebelum itu memohon maaf atas skandal tersebut tetapi bertegas tidak akan meletak jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif News Corp, syarikat miliknya yang menerbitkan tabloid itu.
Selain itu, Parlimen Britain turut memanggil Perdana Menteri David Cameron, semalam bagi menyoal keputusannya melantik bekas pengarang :News of the World yang terlibat dalam skandal itu sebagai pembantu beliau.
Sementara itu, Murdoch yang mengawal dua pertiga media di Australia akan turut disoal Canberra berhubung skandal tersebut.
Peroleh RM100 dalam 30 minit
BINJAI RENDAH - Durian menjadi salah satu makanan kegemaran sebilangan besar masyarakat di negara ini, namun tidak kurang juga yang kurang menggemarinya kerana bau mulut yang kurang menyenangkan selepas memakan raja buah itu.
Bagi bapa kepada lapan anak dari Sungai Serai di sini, Mamat Jusoh, 61, musim durian gugur adalah saat yang paling dinantikannya kerana aktiviti menjual durian menjadi salah satu sumber pendapatan utamanya ketika ini sejak lebih lima tahun lalu.
Mamat yang menjual durian di Jalan Kuala Terengganu ke Kuala Berang di hadapan Masjid Binjai Rendah di sini, berkata, durian yang dijual sentiasa laris malah ada antara pelanggan terpaksa pulang dengan tangan kosong kerana kehabisan stok.
Menurutnya, secara purata, antara 100 dan 200 biji durian dihantar kepadanya setiap hari oleh pembekal durian dari Johor sejak beberapa hari lalu dan jika pelanggan ramai dia mampu memperoleh pendapatan lebih RM100 dalam masa setengah jam sahaja.
“Sekiranya bekalan terlalu sedikit, saya terpaksa memesan durian kampung dari penduduk sekitar. Malah sejak mula menjual durian di hadapan masjid ini saya sudah mula mendapat keuntungan walaupun bermula dengan modal yang kecil sebelum ini,” katanya.
Menurutnya, setiap longgok mempunyai lima biji durian yang dijual di situ berharga antara RM10 hingga RM30 selonggok bergantung pada gred ditetapkan, namun harga jualan masih boleh dirunding bergantung dengan berapa banyak longgok dibeli pelanggan.
“Lebih banyak mereka beli, lebih murahlah harga kami tawarkan tetapi ada juga segelintir pelanggan meminta potongan harga yang terlalu banyak dan tidak berbaloi jika dibandingkan dengan kos belian daripada pemborong,” katanya kepada Sinar Harian.
Mamat berkata, walaupun berdepan dengan kerenah pelanggan yang berbagai-bagai, tetapi dia tetap tabah kerana menjual hasil pertanian dan buah-buahan adalah pekerjaan utamanya.
Peniaga tegur lelaki mengamuk ditetak
KOTA BHARU – Tindakan seorang peniaga menegur seorang lelaki yang sedang mengamuk membawa padah apabila beliau ditetak dengan senjata tajam parang di kepala dalam kejadian di Kampung Cherang, di sini, bulan lalu.
Pelaku itu kemudiannya dihadapkan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan di Mahkamah Kota Bharu, di sini, semalam.
Ross Yusof, 39 dari Kampung sama berdepan tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan parang kepada Shaari Yusoff di Kampung Cherang, Jalan Yaakubiah, di sini, 15 Mei lalu.
Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, pengadu yang melihat tertuduh mengamuk dengan memecahkan cermin tingkap menegur perbuatannya itu bagaimana pun tertuduh tiba-tiba naik ke rumah dan mengambil parang lalu menetak pengadu.
Berikutan itu, pengadu yang cedera membuat laporan polis yang membawa kepada penahan tertuduh, pada hari sama kejadian berlaku.
Pada prosiding semalam, Ross di hadapan Majistret Noor Haslinda Che Seman mengaku melakukan kesalahan itu.
Noor Haslinda bagaimanapun menangguhkan kes berkenaan ke tarikh 8 Ogos depan dan tertuduh kemudiannya dibenarkan diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nabilah Nizam.
Dua kakitangan hotel suspek edar dadah
KOTA BHARU – Dua kakitangan sebuah hotel terkemuka di bandar ini termasuk antara lima suspek pengedaran dadah Malaysia-Thailand yang ditahan reman di Mahkamah Kota Bharu, di sini, semalam.
Perintah tahanan reman terhadap kesemua suspek yang berusia 27 dan 48 tahun itu dibuat di hadapan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Rozita Md Saat, di mahkamah tersebut.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, reman berkenaan berkuat kuasa tujuh hari bermula semalam sehingga 26 Julai ini.
“Mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya.
Beliau berkata, kelima-lima yang ditahan aktif sejak empat bulan lalu menjadikan sebuah bilik di hotel tersebut sebagai transit menjalankan urusan jual beli dadah antara Malaysia dan Thailand.
Katanya, urus niaga tersebut membabitkan pelbagai jenis dadah termasuk yang ditemui anggota serbuan iaitu dua botol heroin; 235 pil Estasi; dua paket syabu; 140 pil kuda dan empat pil dadah jenis Eramime 5 bersama RM26,600 dan Baht Thailand, 640,000 (RM64,000).
“Mereka dipercayai akan mengedar sebahagian dadah tersebut ke serata Malaysia dan selebihnya akan dieksport ke Thailand. Mengikut nilai pasaran Kelantan keseluruhannya berjumlah RM60,000 dan harganya akan berganda jika dipasarkan di Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) di sini, petang semalam.
Susulan penahanan itu, polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah terbesar setakat Jun tahun ini, namun operasi masih diteruskan bagi memburu rakan-rakan suspek yang terlibat.
Peniaga dilarang guna tisu tandas
KOTA BHARU - Peniaga makanan di sekitar bandar ini bakal dikenakan tindakan kompaun RM500 sekiranya masih menyediakan tisu tandas atau tisu gulung dalam premis perniagaan mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, penyediaan tisu tandas di atas kaunter serta meja restoran adalah sesuatu yang tidak patut kerana menunjukkan imej yang kotor.
“Bagi menangani situasi ini, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam(MPKB-BRI) akan melipatgandakan penguatkuasaan bagi memastikan peniaga tidak melanggar peraturan yang dibuat sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Undang-undang Kecil Establishment Makanan.
”Kalau kita perhatikan di negeri lain, kebanyakan peniaga sudah tidak lagi menyediakan tisu tandas untuk kegunaan pelanggan mengelap tangan dan mulut selepas makan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Program Ihya’ Ramadhan di pejabat MPKB semalam.
Katanya, sikap peniaga di negeri ini perlu diubah kerana tisu tandas sepatutnya digunakan dalam tandas manakala untuk mengelap mulut selepas makan peniaga sepatutnya menyediakan kepingan tisu lembut yang lebih sesuai.
“Perkara ini perlu ditangani kerana ia akan menunjukkan imej yang tidak elok kepada pengunjung luar dan pelancong yang datang ke negeri ini mendapati kita masih lagi dengan amalan sama,” katanya.
Takiyuddin berkata, jika penyediaan tisu mengelap mulut agak membebankan peniaga dari segi kos perbelanjaan, mereka boleh memotong tisu terbabit dalam saiz lebih kecil sebagai langkah berjimat.
Beliau berkata, walaupun notis mengenai larangan itu sudah lama dikeluarkan kepada peniaga, namun setakat ini masih belum ada lagi peniaga yang didenda kerana mereka masih diberi peluang untuk berubah.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Takiyuddin turut mengingatkan supaya semua peniaga makanan mematuhi peraturan tidak menjual makanan sebelum jam 3 petang sepanjang bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.
Katanya, peraturan itu turut meliputi pengusaha restoran makanan segera yang beroperasi di luar kompleks beli belah melainkan jika mereka sudah mendapat kebenaran bertulis daripada MPKB-BRI.
Menurutnya, pada Ramadan tahun lalu, hampir 10 peniaga di kompaun pihak MPKB-BRI atas kesalahan menjual makanan sebelum waktu operasi dibenarkan.
Beliau berkata, bagi pengusaha restoran Cina, walaupun tiada halangan bagi mereka menjalankan operasi menjual makanan seperti biasa, tindakan tetap dikenakan jika mereka bersubahat menjual makanan kepada penganut Islam yang tidak berpuasa.
Lori muatan batu terbalik
GUA MUSANG – Seorang pemandu lori yang membawa muatan batu cedera parah apabila lori yang dipandunya terbabas dalam kejadian di Felda Aring Enam, di sini, kelmarin.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 4 petang itu melibatkan sebuah lori yang terbabas dipercayai akibat masalah brek lori yang tidak berfungsi dengan baik.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Ariff Yussof, pihaknya menerima panggilan dari orang awam jam 4.08 petang dan bergegas ke tempat kejadian yang terletak lebih kurang 65 kilometer.
Menurutnya, sebuah jentera yang diketuai pegawai Bomba Kanan dua, Ahmad Zailan Maarof bersama lapan anggota bergegas ke tempat kejadian bagi operasi menyelamat mangsa yang dipercayai tersepit.
“Apabila sampai di tempat kejadian, anggota menggunakan peralatan pemotong hidraulik untuk mengeluarkan mangsa yang cedera di bahagian pemandu.
“Kita berjaya mengeluarkan mangsa selepas 15 minit operasi menyelamat dan mangsa di hantar ke hospital Gua Musang untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Beliau berkata, mangsa, Mohamad Nasir Taib, 36, mengalami kecederaan di bahagian kaki akibat tersepit, dipercayai patah tangan kanan, dan kecederaan di beberapa bahagian anggota badan yang lain.
Katanya, dipercayai kejadian berlaku apabila lori tersebut dan beberapa lori yang membawa muatan sama melalui jalan selekoh dan menuruni bukit.
Menurutnya, akibat masalah brek, pemandu tersebut hilang kawalan dan terbabas sehingga terbalik ke bahagian kanan pemandu.
“Kita membawa keluar mangsa melalui cermin hadapan kerana kesukaran akibat kaki mangsa yang tersepit. Pihak kita pada mulanya mengalami kesukaran dalam operasi tersebut kerana keadaan jalan berbukit dan selekoh,” katanya.
Rumah warga emas musnah
KOTA BHARU - Seorang warga emas, Zainab Mahek, 59, tinggal sehelai sepinggang setelah rumah yang didiaminya bersama tiga anak lelakinya musnah dalam kebakaran di Kampung Cekok, kelmarin.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.15 petang itu hanya disedari oleh anak lelaki bongsunya, Mohd Zulkifli Mohamad, 26, ketika pulang ke rumah selepas singgah ke kedai berdekatan bagi mendapatkan bekalan rokok.
Menurut salah seorang saksi kejadian, Mohamad Ibrahim, 44, yang tinggal berdekatan dengan rumah terbabit, ketika kejadian tiada penghuni di dalam rumah terbabit.
“Saya hanya menyedari rumah itu terbakar apabila melihat Mohd Zulkifli tercungap-cungap menghampiri saya memberitahu rumahnya terbakar ketika pulang dari kedai runcit berdekatan.
“Ketika itu saya sedang membaiki sarang burung yang hanya terletak kira-kira 50 meter dari tempat kejadian, lalu terus menghubungi pihak bomba bagi mendapatkan bantuan untuk memadamkan api yang semakin marak,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, menurut Zainab, ketika kejadian dia berada di rumah kawannya setelah pulang dari tempat kerja di sebuah kedai makan di Panji.
“Saya keluar rumah kira-kira jam 6.30 pagi dan pulang pada jam 4 petang namun pada hari kejadian saya singgah ke rumah kawan bagi menyelesaikan beberapa urusan luar.
“Terkejut bukan kepalang bila saya diberitahu oleh anak saya, Zulkifli rumah yang saya diami bersama adik beradiknya yang lain hangus dalam kebakaran,” katanya.
Katanya, Zulkifli membawanya pulang ke rumah ketika api masih marak, namun dia tidak dapat menyelamatkan segala barangan dalam rumah kerana kawasan itu telah dikawal oleh pihak bomba disebabkan keadaan api yang semakin besar.
“Sedih rasanya, bila kediaman yang kami diami sejak berpuluh tahun lalu musnah begitu sahaja dalam kebakaran ini.
“Lagipun makcik tiada tempat bergantung setelah suami, meninggal dua tahun lalu akibat sakit tua dan makcik bekerja untuk menyara hidup,” katanya.
Sementara itu Penolong Penguasa Bomba Negeri, Sharberi Zakaria, ketika ditemui di tempat kejadian berkata, pihak bomba menerima panggilan kira-kira jam 6.24 petang.
“Tiga jentera dengan bantuan 24 anggota termasuk bomba sukarela dari Balai Bomba Pengkalan Chepa dan Kota Bharu bertindak pantas cuba memadamkan kebakaran.
“Api berjaya dikawal dan operasi memadam kebakaran tamat kira-kira jam 7.10 petang,” katanya.
Katanya, punca kebakaran masih disiasat dan kerugian dianggarkan bernilai kira-kira RM 60,000 tidak termasuk barangan rumah.
Ibu mangsa terkilan
PASIR MAS – Seorang ibu di Kampung Bendang Pauh, di sini kesal dengan cara kematian anak sehingga menyebabkan lemas di Sungai Kelantan, Isnin lalu.
Aminah Alias, 58, berkata, anaknya, Mohd Syaiful Azmi Mamat, 24, tidak melakukan sebarang kesalahan besar dan berkelakuan baik sejurus selepas keluar dari pusat tahanan di Raub, di atas kesalahan penyalahgunaan dadah, Februari lalu.
“Tindakan pihak berkenaan mengejarnya sehingga ke sungai, merupakan penyebab dia meninggal dengan cara sebegini. Biarpun anak saya melakukan kesalahan, tetapi mengapa perlu ia berakhir dengan sebegitu rupa,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, setiap ibu pasti rasa sedih jika anaknya meninggal dalam keadaan yang menyayat hati apatah lagi hilang selama berhari-hari.
Aminah berkata, anaknya mungkin hanya melakukan kesalahan kecil, tetapi pasti ada cara lain yang boleh dilakukan sekali gus mengelakkan perkara seperti ini berlaku.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, pihaknya menegaskan bahawa tiada aktiviti kejar-mengejar dilakukan oleh pasukannya sehingga menyebabkan kematian seorang remaja.
“Mangsa terkejut apabila terserempak dengan empat anggota polis yang membuat rondaan cegah jenayah di Kampung Semuba.
“Mangsa melarikan diri dan meninggalkan motosikal yang ditunggang, dan pasukan kita mendapati dia cuba menyeberangi sungai tersebut, tetapi dihanyutkan arus deras,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohamed Adenan Said berkata, mayat dijumpai pekerja menyedut pasir sungai pada jam 10.50 pagi.
“Kita melakukan operasi memecah air di dasar dan hasilnya, mangsa berjaya ditemui berdekatan paip pasir di Sungai Kelantan, berdekatan Kampung Semuba,” katanya.
Perhimpunan Haram : Polis nafi guna gas pemedih mata yang sama dengan Israel
"Jangan mengadakan cerita kita (polis) pakai gas CS (Combined Systems) atau apa saja. Kita tak sampai tahap itu. Jangan nak mengadakan cerita," katanya selepas menyaksikan perlawanan ragbi Rujirawongse Cup antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Diraja Thailand (RTP) mengulas
mengenai laporan portal berita Keadilan Daily hari ini.
Antara lain laporan itu yang memetik kenyataan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat mendakwa Pasukan Unit Simpanan Persekutuan menggunakan kanister gas pemedih mata daripada jenis yang sama digunakan tentera Israel untuk memerangi rakyat Palestin.
Laporan turut mendakwa kanister yang dibekalkan oleh Combined Systems kepada tentera Israel itu mengandungi bahan kimia yang berupaya menjejaskan sistem saraf, kecederaan kepada mata, paru-paru dan penyakit kulit.
Laporan itu juga mendakwa kanister jenis yang sama pernah diharamkan dalam peperangan mengikut Konvensyen Senjata Kimia pada 1993.
Mengulas lanjut perkara itu, Khalid berkata beliau akan meneliti laporan portal tersebut sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.
"Mana mereka belajar semua ini? Saya minta semua pihak jangan cakap ikut sedap mulut. Kalau tak tau jangan cakap kalau tak pasti jangan cakap. Jangan buat tuduhan-tuduhan," katanya.
Seterusnya beliau meminta semua pihak menghentikan perbincangan mengenai perhimpunan haram tersebut kerana tindakan itu boleh menimbulkan kerisauan pada kalangan masyarakat.
"Semua orang jangan bercakap baik orang politik atau sesiapa sahaja. Jangan mengeruhkan keadaan," katanya.
Mengulas perlawanan ragbi tersebut, Khalid berkata perlawanan persahabatan ragbi itu diadakan setiap tahun sejak 1961 dengan PDRM dan RTP bergilir-gilir sebagai tuan rumah bagi meningkatkan hubungan kedua-dua pasukan.
Pada perlawanan persahabatan hari ini, RTP mengalahkan PDRM 18-0. Hadir sama menyaksikan perlawanan itu adalah Timbalan Komisioner Jeneral RTP Adul Sangsingkeo dan Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim. - BernamaSH
Isteri dakwa suami serang dengan alat renjatan elektrik
KUANTAN - Seorang wanita mendakwa mengalami gangguan emosi setelah diserang suaminya dengan alat renjatan elektrik semalam.
Wanita berusia 28 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Si dari Air Putih di sini berkata dia diserang ketika dalam perjalanan ke sebuah rumah ibadat kira-kira 7 malam.
Dia berkata keretanya telah dipintas oleh suaminya sebelum dia dipaksa keluar dan diserang dengan senjata berkenaan.
"Selepas terkena renjatan elektrik, saya berlari sekuat hati dan meminta tolong sebelum dia (suaminya) melarikan diri," katanya.yang kini tinggal bersama ibu bapanya mendakwa insiden tersebut merupakan kejadian terbaru yang dialaminya sejak mula didera tahun lalu.
Dia yang mempunyai dua orang anak berkata suaminya merupakan seorang Ah Long. Dia sebelum ini telah membuat 15 laporan polis dan turut mendapat Perintah Perlindungan Interim di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga daripada mahkamah tahun lepas. - Bernama
Kanak-kanak dicabul rakan baik bapa
Sebelum kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, suspek berusia 52 tahun mengajak mangsa keluar makan bersamanya.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, selepas makan, suspek dan mangsa naik kereta untuk pulang.
Beliau berkata, sewaktu dalam perjalanan pulang, lelaki itu meraba paha dan kemaluan mangsa yang duduk di tempat duduk sebelah pemandu.
“Mangsa cuba mengelak namun tidak dapat berbuat apa-apa. Suspek, bagaimanapun, tidak mencederakan mangsa dan menghantarnya pulang selepas kejadian.
“Mangsa yang terkejut diperlakukan sebegitu, terus memaklumkan kejadian itu kepada bapanya,” katanya ketika dihubungi semalam.
Khairi berkata, bapa mangsa membuat laporan di balai polis berdekatan.
“Kita tahan suspek pagi kelmarin di rumahnya di Flat Fadason, Jinjang,” katanya.
Menurutnya, suspek di reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.SH
Buruh diarah berkelakuan baik
IPOH – Seorang buruh diperintahkan supaya berkelakuan baik selama dua tahun dengan bon cagaran RM1,200 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam setelah mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki sebuah motosikal curi, Sabtu lalu.
Majistret Nurul Akmar Mustafa Kamal menjatuhkan hukuman itu ke atas Foong Wai Tat, 37, berdasarkan peruntukkan Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah seperti yang disyorkan oleh Peguam Belanya, Ranjit Singh Sandhu yang mewakili tertuduh.
Wai Tat yang berasal dari Menglembu mengaku memiliki motosikal bernilai RM2,000 milik Azlina Ibrahim, 33, pada jam 4 petang, di kawasan tempat letak kereta Tesco Extra di sini.
Dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Ranjit Singh kemudiannya merayu supaya hukuman anak guamnya dikurangkan kerana mempunyai masalah kewangan.
Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nor Abdurrahim memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran terhadap tertuduh.
Siasat kewujudan ikan ‘buaya’
TELUK INTAN - Jabatan Perikanan Negeri akan menyiasat kewujudan ikan berkepala buaya yang ditemui di perairan Sungai Perak dan kini menjadi tanda tanya oleh pelbagai pihak terutama jabatan berkenaan.
Pengarah Jabatan Perikanan Negeri, Sani Mohd lsa berkata, pihaknya kini sedang menyiasat sama ada pihak tertentu mengimport spesies itu daripada luar negara dan dilepaskan ke dalam Sungai Perak, di sini.
Menurutnya, pihaknya bimbang sekiranya ikan berkepala buaya itu membiak di Sungai Perak, ia menjadi ancaman kepada hidupan air tawar.
“Ikan berkepala buaya ini banyak ditemui di Negara Latin Amerika yang dikategorikan sebagai ikan air tawar selain berbahaya kerana mempunyai gigi tajam seperti buaya.
“Mana-mana nelayan yang menangkap ikan itu di perairan negeri ini diminta segera menghubungi Jabatan Perikanan Daerah agar ikan ini dapat dilupuskan,” katanya yang turut melawat dan melihat sendiri ikan berkepala buaya di Pasar Besar Teluk lntan (PBTI), di sini, semalam.
Sinar Harian, bertarikh 20 Julai lalu menyiarkan mengenai penemuan ikan ganjil berkepala buaya yang termasuk dalam belat milik seorang nelayan di Sungai Perak dekat Kampung Batu 8 Jalan Hutan Melintang, dekat sini.
Ikan sepanjang 1.2 meter dan berat 5.8 kilogram kemudiannya dibeli oleh seorang peniaga ikan, Jamaluddin Harin, 58, daripada seorang nelayan.
Sani berkata, beliau ingin menasihati orang ramai supaya tidak memelihara ikan tersebut sama ada dalam kolam atau akuarium di rumah kerana boleh mendatangkan kemudaratan sekiranya terkena gigitannya.
“Malahan, pihak kami juga akan merampas ikan spesies ini dan tidak pernah memberi permit kepada mana mana individu yang mahu menternak ikan ini,” katanya.
Sementara itu, Jamaluddin berkata, pegawai Jabatan Perikanan datang hanya hendak mengambil gambar ikan itu dan telah mengambil maklumat daripadanya.
“Saya tidak bercadang hendak menjual ikan ini sebaliknya akan awetkan ikan itu untuk dijadikan pameran kepada orang ramai termasuk mereka yang mahu mengambil gambarnya,” katanya.
Ibu cari anak ikut dua lelaki
IPOH – Walaupun berlaku perselisihan faham antaranya dengan anak, seorang ibu yakin perkara itu bukan penyebab anaknya menghilangkan diri.
“Memang anak saya ada membawa beberapa helai pakaian bersamanya ketika menghilangkan diri.
“Tetapi saya percaya perselisihan faham itu bukan penyebab dia lari kerana sebelum ini kami pernah berselisih faham dan dia tidak pernah melarikan diri dari rumah.
“Laporan polis telah dibuat pada Ahad mengenai kehilangan Sin Ping dan saya berharap orang ramai yang mempunyai maklumat segera melaporkan kepada polis,” katanya.
Ding Bee Jin, 33, berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media yang diaturkan oleh Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn dalam usaha mengesan anaknya itu, di sini semalam.
Anak Bee Jin, Oh Sin Ping, 15, seorang pelajar Tingkatan Tiga dilaporkan hilang sejak seminggu lalu dikatakan dilihat jiran menaiki sebuah kereta yang dinaiki dua lelaki dan seorang perempuan kira-kira jam 11 malam, Jumaat lalu.
Kehilangannya disedari Bee Jin, selepas mendapati anak perempuan sulungnya dari lima beradik itu tiada di rumah di Kampung Sungai Batu, Pantai Remis di sini, ketika pulang daripada berniaga pada jam 4 pagi.
Bee Jin mengesyaki perkara buruk menimpa anaknya apabila Sin Ping menghantar sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) serta catatan laman sosial Facebook miliknya kepada guru dan rakan memaklumkan dia selamat dan tidak perlu risau.
“Apa yang dilakukan itu (SMS dan Facebook) itu bukanlah satu kebiasaan yang dilakukan Sin Ping. Saya cukup mengenali sikap dan perwatakannya.
“Tindakan Sin Ping yang tidak menjawab panggilan saya selepas berpuluh kali menghubunginya dan perbuatan menghantar SMS itu membuatkan saya merasa dia ditimpa sesuatu yang buruk,” katanya.
Sementara itu, Ko Youn meminta orang ramai membantu dalam pencarian mangsa dan segera menghubungi polis atau keluarga mangsa di talian 016-5584282 jika mempunyai maklumat mengenainya.
Ibu rayu anak gadis pulang
MUAR - Seorang ibu, Tan Poh Kee, 49, merayu anak gadisnya, Lim Wee Bun, 15, yang meninggalkan rumah sejak seminggu lalu, supaya pulang segera ke pangkuan keluarga.
Poh Kee berkata, dia sangat terkejut dengan tindakan drastik anaknya itu kerana sebelum kejadian tiada sebarang konflik berlaku antara mereka.
:Menurutnya, pada 12 Julai lalu, kira-kira jam 7 pagi, Wee Bun didapati keluar rumah untuk pergi ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semerah Batu Pahat.
“Namun, Wee Bun tidak berpakaian sekolah sebaliknya hanya memakai baju dan berseluar pendek warna hitam serta berselipar.
“Melihat cara berpakaiannya pada pagi itu membuatkan saya berasa tidak sedap hati dan nekad mengekori van sekolah yang dinaikinya,” katanya ketika di temui di Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Mukim-mukim (JPMM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bentayan, semalam.
Poh Kee berkata, bagaimanapun, setibanya di kawasan sekolah dia terkejut apabila dimaklumkan bahawa anaknya tidak hadir ke sekolah.
“Saya jadi buntu dan berusaha bertanya kepada rakan Wee Bun di sekolah tetapi kebanyakan mereka tidak tahu ke mana dia menghilangkan diri,” katanya.
:“Pelbagai usaha dilakukan termasuk menghubungi telefon bimbit anaknya tetapi tiada sebarang jawapan,” katanya.
:Menurutnya, dia juga menghubungi saudara mara untuk bertanya perihal Wee Bun tetapi tidak berhasil.
“Setelah tiga hari Wee Bun masih tidak pulang ke rumah, saya membuat laporan di Balai Polis Parit Jawa.
“Saya tidak menolak kemungkinan Wee Bun mengikut teman lelakinya,” katanya.
Poh Kee berkata, dia merayu Wee Bun supaya segera pulang ke pangkuan keluarga kerana bimbang dengan keselamatannya dan mahu anaknya menghabiskan persekolahannya.
“Saya mohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat anak berkaitan anak saya supaya segera hubungi talian 0162431567,” katanya.
Pelajar di sekolah tentera
HEFEI (China): Seorang murid sekolah rendah sedang melakukan senaman push up di sebuah sekolah tentera di Hefei, di wilayah Anhui, China, semalam.
Lebih 4,200 pelajar berusia antara 11 dengan 13 tahun di Hefei menyertai latihan di sekolah tentera untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kekuatan mental mereka dengan cara mengambil bahagian dalam sesi-sesi latihannya. -- Foto Reuters
FRU bertindak mengikut prosedur - Sulaiman
KUALA LUMPUR 20 Julai — Jika dakwaan bahawa polis terutama Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak kasar semasa perhimpunan haram 9 Julai lalu di ibu negara itu benar, sudah pasti ramai yang akan dirawat di hospital atau sebagai pesakit luar, kata seorang bekas komander FRU hari ini.
Supritendan (B) Sulaiman Menga Din berkata, anggota FRU telah dilatih bertindak secara minimum bagi menyuraikan para penunjuk perasaan mengikut undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP).
Semua anggota dikehendaki mematuhi arahan secara terperinci termasuk dakwaan melepaskan gas pemedih mata secara sembarangan, katanya kepada Bernamadalam satu temu bual.
"Setiap kali orang FRU diperlukan berada di lapangan, mereka diberi penerangan berdasarkan maklumat yang diterima mengenai jangkaan orang yang berhimpun, isu yang terlibat dan sama ada mereka bersenjata dan maklumat lain yang berkaitan," kata Sulaiman.
Beliau berkata, semasa perhimpunan 9 Julai itu, para pegawai yang terbabit dalam operasi dimaklumkan bukan sahaja untuk menghalang orang ramai daripada berhimpun di pusat bandar tetapi juga mencegah kemungkinan pertembungan antara kumpulan penunjuk perasaan yang bersaing.
"Anda perlu faham pada masa ini hampir setiap tindakan atau pergerakan direkodkan dan dalam tempoh sekejap sahaja ia telah pun dimuat naik dalam laman web dan penonton malah boleh mengikuti perkembangan hampir secara langsung."
"Di sini, timbul masalah kepada polis, penonton tidak berhati-hati atau dilatih untuk menapis maklumat yang diberikan kepada mereka atau apa insiden sebenarnya yang berlaku di tempat kejadian," kata Sulaiman.
Beliau berkata, masalah berlaku apabila hanya insiden terpilih atau terpencil ditonjolkan dan polis tidak berpeluang untuk mempertahankan diri mereka.
Sulaiman yang merupakan komander FRU antara 1996-99 berkata, polis gagal untuk memahami prosedur yang digunapakai oleh polis pencegah rusuhan dalam negara berbanding dengan negara-negara lain.
"Hampir setiap hari saluran berita menonjolkan bagaimana penunjuk perasaan diperlakukan dengan kasar dan polis pencegah rusuhan bertindak kasar malahan di negara-negara yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia," katanya.
Sulaiman berkata, berdasarkan pengalamannya pada 1998, ia merupakan tugas yang sukar untuk menghimpunkan 1,600 penunjuk perasaan dan menjalankan saringan sebelum membebaskan mereka menjelang 9 malam.
Beliau berkata, tidak sampai 10 orang yang datang ke balai polis keesokan paginya untuk membuat laporan jika mereka benar-benar dilayan secara buruk.
Malah, Sulaiman berkata, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengawal peribadinya mendakwa bahawa mereka terkena kanister gas pemedih mata, kedua-dua mereka dibenarkan mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta mengikut pilihan mereka dan polis tidak menghalang atau mengancam untuk menangkap mereka. — BERNAMA
Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri
Tiga penduduk Kelantan fail saman
Saman pemula tersebut difailkan oleh dua peniaga, Wong Meng Yit, 47, Lee Khim Haw @ Lee Khim Hwa, 58, dan rakan mereka, Gan Han Chuan, 44, melalui firma guaman Tetuan Sheng Lee Law di Mahkamah Tinggi di sini pada 6 Jun lalu.
Salinan writ saman itu diserahkan kepada pihak media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini oleh Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Ti Lian Ker.
Ketiga-tiga mereka menamakan Kerajaan Negeri Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) sebagai defendan-defendan.
Dalam saman tersebut, plaintif memohon perintah perisytiharan bahawa kerajaan negeri itu tidak berkuasa meluluskan atau menggubal undang-undang atau enakmen yang mengharamkan atau melarang aktiviti perjudian dan loteri.
Selain itu, plaintif memohon perisytiharan bahawa perkara-perkara mengenai perjudian dan loteri adalah dalam bidang kuasa eksklusif Parlimen yang mengecualikan badan perundangan negeri Kelantan.
Turut dimohon perisytiharan bahawa defendan tidak mempunyai bidang kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk meluluskan atau menggubal sebarang undang-undang, undang- undang kecil, peraturan, arahan atau polisi yang mengharamkan atau melarang aktiviti perjudian dan loteri.
Plaintif juga memohon ganti rugi am yang tidak dinyatakan jumlahnya, kos dan perintah lain. Mereka diwakili peguam Lee Kien Han dan M. Rueben yang turut menyebut bagi pihak Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Azlan Abdul Halim mewakili kerajaan negeri.
Sementara itu, Lian Ker memberitahu pemberita bahawa pada mulanya saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Sivil namun oleh kerana membabitkan isu Perlembagaan, ia telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas).
Peguam Kien Han memberitahu pemberita bahawa Penolong Kanan Pendaftar, Jessica Ombou Kakayun hari ini memerintahkan supaya defendan memfailkan afidavit jawapan sebelum 3 Ogos ini dan menetapkan pengurusan kes saman itu pada 17 Ogos ini di hadapan Hakim Abang Iskandar Abang Hashim.
Pada 11 Februari lalu, Utusan Malaysia melaporkan penjualan loteri Big Sweep dilakukan secara terbuka di Kelantan terutama Kota Bharu biarpun Kerajaan Pas Kelantan mengharamkan semua bentuk aktiviti perjudian di negeri tersebut.
Berikutan itu, pada 28 Februari lalu, MPKB-BRI menyaman dua pemilik kedai buku di negeri itu kerana menjual tiket loteri.
Utusan Malaysia Online - Berita UtamaPolis nafi guna gas pemedih mata yang sama dengan Israel
"...jangan mengadakan cerita kita (polis) pakai gas CS (Combined Systems) atau apa saja. Kita tak sampai tahap itu. Jangan nak mengadakan cerita," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau yang ditemui selepas menyaksikan perlawanan ragbi Rujirawongse Cup antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Diraja Thailand (RTP), mengulas mengenai laporan portal berita Keadilan Daily hari ini.
Antara lain laporan itu yang memetik kenyataan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat mendakwa Pasukan Unit Simpanan Persekutuan menggunakan kanister gas pemedih mata daripada jenis yang sama digunakan tentera Israel untuk memerangi rakyat Palestin.
Laporan turut mendakwa kanister yang dibekalkan oleh Combined Systems kepada tentera Israel itu mengandungi bahan kimia yang berupaya menjejaskan sistem saraf, kecederaan kepada mata, paru-paru dan penyakit kulit.
Laporan itu juga mendakwa kanister jenis yang sama pernah diharamkan dalam peperangan mengikut Konvensyen Senjata Kimia pada 1993. Mengulas lanjut perkara itu, Khalid berkata, beliau akan meneliti laporan portal tersebut sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.
"Mana mereka belajar semua ini? Saya minta semua pihak jangan cakap ikut sedap mulut. Kalau tak tau jangan cakap...kalau tak pasti jangan cakap. Jangan buat tuduhan-tuduhan," katanya.
Seterusnya beliau meminta semua pihak menghentikan perbincangan mengenai perhimpunan haram tersebut kerana tindakan itu boleh menimbulkan kerisauan pada kalangan masyarakat.
"Semua orang jangan bercakap...baik orang politik atau sesiapa sahaja. Jangan mengeruhkan keadaan...," katanya.
Mengulas perlawanan ragbi tersebut, Khalid berkata, perlawanan persahabatan ragbi itu diadakan setiap tahun sejak 1961 dengan PDRM dan RTP bergilir-gilir sebagai tuan rumah bagi meningkatkan hubungan kedua-dua pasukan.
Pada perlawanan persahabatan hari ini, RTP mengalahkan PDRM 18-0.
Hadir sama menyaksikan perlawanan itu adalah Timbalan Komisioner Jeneral RTP Adul Sangsingkeo dan Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim.
— BERNAMA
Utusan Malaysia Online - JenayahLaporan suruhanjaya Beng Hock diumum hari ini
Menurut sumber, orang ramai boleh membeli laporan tersebut daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri dengan harga RM45 senaskhah bermula pukul 10 pagi, Jumaat.
Isnin lalu, Kabinet memutuskan Laporan Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 22 Jun lalu didedahkan kepada umum.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, keputusan itu dicapai setelah beliau membawa memorandum mengenainya ke mesyuarat Kabinet pada 6 Julai lalu.
Beliau bagaimanapun tidak dapat memberi pengesahan bila laporan tersebut akan dikeluarkan memandangkan ia kini berada di bawah bidang kuasa Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.
Utusan Malaysia Online - MahkamahCameron pertahan kakitangannya
LONDON 20 Julai - Perdana Menteri Britain, David Cameron hari ini mempertahankan pendekatan yang digunakan oleh kakitangannya dalam menangani skandal penggodaman telefon dan rasuah akhbar Britain milik hartawan media, Rupert Murdoch yang membabitkan polis.
Cameron juga melahirkan kekesalan berhubung keputusannya dalam mengambil bekas pengarang akhbar News of the World, Andy Coulson sebagai ketua pasukan medianya selepas beliau meletakkan jawatan daripada akhbar tabloid itu ekoran skandal berkenaan.
Coulson menafikan sebarang pengetahuan mengenai kegiatan penggodaman tersebut.
''Sekiranya saya tahu, saya tentu tidak akan menawarkan beliau pekerjaan itu dan saya jangka beliau juga tidak akan menerimanya,'' katanya di Parlimen.
Beliau berucap pada permulaan sesi khas Parlimen bagi membincangkan krisis penggodaman telefon melibatkan empayar media Murdoch yang memberi kesan kepada polis dan meningkatkan persoalan berhubung keputusan Cameron itu.
Perdana Menteri Britain itu berkata, beliau akan memohon maaf jika didapati Coulson mempunyai peranan dalam skandal berkenaan.
Menurutnya, beliau tidak melanggar tata laku seorang menteri dan mempertahankan tindakan kakitangannya.
''E-mel penuh antara ketua kakitangan saya dan John Yates (bekas Penolong Pesuruhjaya Scotland Yard) telah didedahkan dan ia menunjukkan kakitangan saya tidak melakukan sebarang kesalahan,'' ujarnya.
Ketua kakitangan Cameron berhenti memaklumkan perkembangan skandal berkenaan kepada Perdana Menteri itu sejak September lalu, beberapa hari selepas New York Timesmenyiarkan artikel mendakwa Coulson sedar berlaku penggodaman telefon apabila beliau menyunting News of the World.
Pemimpin pembangkang, Ed Miliband berkata, sudah tiba masa Cameron memohon maaf kerana mengambil Coulson bekerja dalam pasukannya.
Cameron pulang ke London lewat malam tadi selepas memendekkan lawatannya ke Afrika bagi membolehkan beliau berucap di dewan rendah Parlimen, House of Commons dan menjawab soalan ahli dewan mengenai pertalian beliau dengan empayar media Murdoch.
Murdoch, 80, yang berasal dari Australia berkata, kehadirannya di hadapan sebuah jawatankuasa Parlimen Britain semalam 'membuat beliau berasa begitu rendah diri', tetapi sesi keterangan itu terganggu apabila seorang penunjuk perasaan cuba membaling piring kertas mengandungi krim pencukur ke mukanya.
Isteri Pengerusi News Corporation itu, Wendi Deng bangun lalu menampar penyerang yang ditangkap dan dibawa keluar oleh polis, sebelum jawatankuasa Parlimen kembali menyoal Murdoch dan anak lelakinya, James.
Serangan itu berlaku hampir pada penghujung sesi keterangan selama lebih dua jam yang menyaksikan Murdoch menafikan beliau secara muktamadnya memikul tanggungjawab terhadap skandal yang memaksanya menutup akhbar News of the World.
Skandal itu menggegarkan empayar media Murdoch, memaksa dua ketua polis Britain meletakkan jawatan dan meletakkan Cameron dalam keadaan sangat tertekan. - AFP/ REUTERS
‘Dia masih ada hak merayu ke peringkat mana pun‘
KUALA LUMPUR: “Dia masih ada hak untuk merayu ke peringkat mana pun, seperti kes lain,” kata Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd Ralip mengulas tuntutan Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, yang mahu menukar jantina dan nama kepada Aleesha Farhana Abd Aziz.
Menurutnya, walaupun Mahkamah Tinggi sudah membuat keputusan Isnin lalu dengan menolak permohonannya, Mohd Ashraf Hafiz masih mempunyai peluang untuk merayu seperti juga kes lain yang pernah didakwa di mahkamah.
Katanya, dari segi perundangan, kes itu meskipun sangat jarang berlaku tetap diadili seperti kes lain mengikut prosedur sewajarnya, namun keputusan kehakiman perlu juga mengambil kira pandangan syarak.
“Dari satu segi Mahkamah Tinggi memang sudah menolak, tapi mengikut prosedur dia masih berpeluang untuk merayu hingga ke peringkat tertinggi walau Persekutuan sekali pun....dia ada hak.
“Cuma kes dibawa sangat jarang berlaku di negara Islam seperti kita yang jelas menolak penukaran jantina...hukum syaraknya sudah jelas, jadi apabila mengadili kes begini perlu mengambil kira pandangan mufti dan fatwa tertentu...ia boleh menyentuh sensitiviti.
“Apapun, jika dia merayu, perlu juga bersedia menerima keputusan yang kita tak boleh jangka....semuanya bergantung kepada fakta dan alasan penghakiman,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.
‘Saya tekad bantu Aleesha’
KUALA TERENGGANU: “Seluruh masyarakat dunia boleh menghentam, mengkritik Aleesha (Mohd Ashraf Hafiz) keji atau berdosa, tetapi saya sudah bertekad membantunya kerana kita bertanggungjawab melakukannya.
“Dia hanya mahukan sebuah kehidupan yang selesa, tapi bayangkan jika kita tidak bantu dia (Aleesha) dan akibat kesukaran menjalani kehidupan dengan jantina berbeza, dia berakhir di lorong-lorong.
“Siapa yang akan tanggung dosanya nanti. Kita semua bertanggungjawab,” kata Horley Isaacs, peguam kepada Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 26, yang gagal dalam permohonannya untuk menukar nama dan status jantina dalam MyKad kepada Aleesha Farhana di Mahkamah Tinggi di sini, Isnin lalu.
Menurutnya, beliau yakin Aleesha akan menghubunginya dalam masa terdekat untuk membuat rayuan kes itu kerana dia satu-satunya peguam tampil membantu lelaki mencetuskan kontroversi itu atas dasar kemanusiaan.
Isaacs berkata, setakat ini beliau belum dihubungi Mohd Ashraf Hafiz yang lebih mesra dipanggil Aleesha untuk membuat rayuan kerana mereka mempunyai 14 hari daripada tarikh keputusan kes membuat rayuan.
Katanya, beliau akan membantu Aleesha dalam rayuan itu berpegang kepada semangat pemohon itu sendiri yang sudah menyatakan kepada akhbar kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd kelmarin bahawa dia akan terus berjuang berlandaskan segenap lunas perundangan yang ada untuk membolehkan tujuannya tercapai.
Isnin lalu, Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohd Yazid Mustafa, menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana selepas mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin ketika pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman.
Isaacs berkata, kesediaannya membantu Aleesha membawa kesnya ke Mahkamah Tinggi dengan percuma selepas tiada peguam lain dibuat atas dasar ingin menolong dan bukan berlandaskan faktor kewangan. “Ini bukan mengenai duit, tetapi ini adalah kebajikan. Saya tahu, ramai orang Terengganu tidak mampu membayar kos guaman tinggi seperti kes ini, sebab itu saya bantu. “Sebagai seorang bapa, saya sangat terpanggil membantu anak muda ini kerana apa yang berlaku padanya boleh berlaku kepada sesiapa saja.
“Sebab itulah saya gunakan kedudukan saya sebagai peguam membantu Aleesha mencapai maksudnya. Sebagai balasansaya cuma berharap pada masa depan, orang lain membantu pula anak atau saudara saya jika mereka ada masalah,” katanya ketika dihubungi semalam.
Azab isteri along
KUANTAN: “Saya diperlakukan seperti anjing apabila pernah dipukul dan disepak hingga jatuh ke dalam longkang ketika pulang dari tempat kerja.
“Tidak cukup dengan itu, kelmarin saya hampir maut dipukul dengan alat renjatan elektrik ketika hendak ke rumah ibadat,” demikian rintihan seorang wanita yang mendakwa menderita mental dan fizikal apabila menjadi mangsa dera suami sendiri sejak dua tahun lalu.
Wanita berusia 28 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Si dari Tanah Putih, di sini, hanya mampu menyerahkan takdir hidupnya kepada Tuhan supaya dia tidak lagi berada di bawah ‘genggaman’ suami panas baran yang juga seorang along itu.
Sambil menitiskan air mata, ibu dua anak itu berkata, tragedi hitam episod hidupnya itu bermula pada Mac 2010 apabila suaminya yang berusia 35 tahun bertindak memukulnya hampir setiap hari tanpa alasan munasabah gara-gara dipengaruhi dadah syabu.
“Hidup saya bagai berada dalam ‘neraka’ apabila sering dipukul dan diugut, malah keluarga saya turut menjadi mangsa ugutannya. Kereta saya sudah beberapa kali dirosakkan hanya kerana dia tidak dapat memukul saya,” katanya.
Tak semudah disangka
KISAH anak menghalau ibu, anak dan bapa bermasam muka bertahun lama dan adik-beradik putus saudara disebabkan harta pusaka bukan sesuatu yang baru dalam masyarakat kita.
Disebabkan berebut harta pusaka sama ada tanah, rumah, wang ringgit hatta sebuah motosikal sekali pun, hubungan kekeluargaan yang terjalin boleh putus sekelip mata. Orang yang dulunya disayangi secara tiba-tiba menjadi musuh.
Dan baru-baru ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin pula dilaporkan berkata, kurang kesedaran dan kemampuan aliran tunai menyebabkan aset milik individu yang meninggal dunia berjumlah kira-kira RM42 bilion masih tidak dituntut waris mereka dan tersimpan di Amanah Raya Berhad.
Menurutnya, rakyat Malaysia masih kurang sedar mengenai kepentingan wasiat menyebabkan banyak aset serta harta tidak diurus dengan baik, malah ada yang dibekukan.
Daripada apa dikatakan Dr Awang Adek dapat disimpulkan bahawa sebab utama harta pusaka terbeku disebabkan orang Islam tidak membuat wasiat. Walaupun hujah itu ada kebenarannya, namun ia tidak menyelesaikan masalah harta pusaka terbeku secara total kerana risikonya tetap ada meskipun membuat wasiat.
Terdapat dua faktor utama kenapa masalah harta pusaka terbeku berlaku di Malaysia iaitu waris tidak mempunyai masa dan kos pengurusan harta pusaka yang mahal.
Waris tidak mempunyai masa, tambahan pula urusan itu hanya boleh dibuat pada waktu dan hari bekerja saja menyebabkan mereka terpaksa mengambil cuti, berkumpul di rumah bapa atau ibu sebelum hadir beramai-ramai ke pejabat organisasi yang menguruskan harta pusaka. Atas sebab itu kebanyakan waris memilih menangguh daripada memulakan prosiding harta pusaka kerana mereka ingin mencari masa sesuai dan benar-benar lapang. Namun bila masanya waris ada waktu lapang? Sementara menunggu waktu semua waris benar-benar lapang, ada pula yang meninggal dunia menyebabkan proses harta pusaka menjadi lebih sukar kerana bilangan waris semakin ramai atas sebab anak-anak atau pasangan kepada waris yang meninggal dunia itu pula menjadi gantian.
Jadi walaupun ada wasiat, jika waris melambat-lambatkan mengambil cuti untuk menyertai rombongan beramai-ramai ke organisasi pengurusan harta pusaka, ia tetap lambat diuruskan.
Faktor kedua ialah kos pengurusan harta pusaka di Malaysia mahal dan waris keberatan mengambil langkah permulaan kerana anggapan biasa siapa yang mengambil inisiatif, dialah yang terpaksa menanggung kos permulaan seperti caj buka fail yang biasanya antara RM500 sehingga beberapa ribu ringgit. Walaupun hakikatnya caj ini boleh dituntut semula daripada harta pusaka si mati, namun tidak ramai waris bersedia untuk mengeluarkan pembayaran pendahuluan kerana berfikir waris lain juga ada bahagian jadi kenapa mereka yang kena bayar dulu.
Kos membuka fail hanya permulaan kerana terdapat kos lain yang dikenakan untuk perkhidmatan pengurusan harta pusaka antaranya bayaran profesional yang kebiasaannya antara satu hingga lima peratus daripada nilai harta pusaka. Ini tidak termasuk kos lain seperti kos carian, kos guaman, kos perjalanan, kos pentadbiran dan sebagainya. Hakikatnya, walaupun si mati meninggalkan wasiat, kos itu terpaksa ditanggung waris atau ditolak daripada harta pusaka yang ditinggalkan. Selain dua faktor itu, penasihat agensi perunding harta pusaka Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd, Ariffin Sabirin berkata, umat Islam perlu faham di dalam konteks wasiat, terdapat dua fungsi berbeza yang dimainkan iaitu pentadbiran harta pusaka dan pengagihan harta pusaka. “Di dalam fungsi wasiat sebagai instrumen pentadbiran harta pusaka, wasiat seperti ini dibicarakan mengikut Undang-Undang Sivil iaitu di Pejabat Pesaka Kecil (bagi harta pusaka bernilai RM2 juta ke bawah) dan Mahkamah Tinggi Sivil (bagi harta pusaka bernilai RM2 juta ke atas). “Fungsi wasiat yang melantik wasi hanya berkuatkuasa bagi kes yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Sivil iaitu bernilai RM2 juta ke atas manakala bagi kes yang dibicarakan di Pejabat Pesaka Kecil, wasiat yang melantik wasi ini hanya akan berkuatkuasa sekiranya dipersetujui waris,” katanya. Dalam kata lain, menurutnya, sekiranya waris tidak bersetuju dengan pelantikan wasi yang dibuat di dalam wasiat itu, mereka boleh bermuafakat melantik wasi di kalangan waris sendiri. “Maka timbul isu lain. Jika wasiat seperti ini tidak berkuat kuasa, kenapa perlu kita membuat wasiat dan 99 peratus daripada wasiat yang dibuat oleh orang Islam di Malaysia tergolong di dalam kategori ini,” katanya. Beliau berkata, fungsi wasiat sebagai instrumen pengagihan harta pusaka pula dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah. “Wasiat di sini secara khusus merujuk kepada hasrat pewasiat untuk membahagi-bahagikan harta pusakanya pada takat maksimum kepada bukan waris. Bukan waris di sini merujuk kepada individu yang tidak menerima harta pusaka mengikut hukum faraid. “Isunya pula, wasiat digembar-gemburkan sebagai instrumen untuk membahagikan harta pusaka sedangkan hakikatnya, pembahagian ini hanya efektif untuk bukan waris. Wasiat kepada waris hanya boleh terlaksana jika dipersetujui semua waris selepas kematian pewasiat. “Sekiranya mereka tidak bersetuju, pembahagian mengikut hukum faraid akan dilaksanakan. Maka timbul satu lagi isu iaitu jika wasiat membahagikan harta ini tidak efektif kecuali kepada bukan waris itupun pada takat maksimum satu per tiga saja, kenapa perlu kita membuat wasiat,” katanya. Ariffin berkata, daripada huraian itu jelaslah bahawa wasiat sebenarnya mempunyai fungsi sangat terhad dalam konteks pengurusan harta pusaka orang Islam. “Bagi orang bukan Islam, wasiat memang instrumen perancangan harta pusaka yang terpenting, tetapi bagi orang Islam, hanya dua kategori yang memerlukan wasiat iaitu orang yang mempunyai nilai harta pusaka RM2 juta ke atas dan orang yang mempunyai hasrat untuk membahagikan hartanya pada takat maksimum satu pertiga kepada bukan waris,” katanya. Sehubungan itu, beliau berkata, pemahaman hukum faraid antara waris selain pewasiat menyediakan dokumen tepat atau hibah (hadiah) dan melantik pegawai daripada agensi pengurusan harta pusaka untuk berkhidmat secara peribadi menjadi penyelesaian terhadap isu perebutan harta pusaka, selain mengelak harta itu terbeku akibat pewaris enggan memberi kerjasama.
“Wasiat dilaksanakan bagi membahagi harta di kalangan waris, namun tidak semestinya waris bersetuju dengan kaedah pembahagian itu sehingga boleh menyebabkan pergaduhan selain proses pembahagian harta itu gagal dilakukan.
“Dengan menyediakan dokumen lengkap atau hibah, ia boleh dikuatkuasakan walaupun ada di kalangan waris tidak bersetuju. Si pewasiat boleh menghibahkan hartanya kepada waris pada kadar tertentu, walaupun ada waris lain tidak bersetuju.
“Malah, jika berlaku sesuatu, si pewasiat boleh menarik balik harta yang dihibahkan kepada waris tertentu dan ia dikuat kuasakan di mahkamah,” katanya.
Menurutnya, dengan melantik pegawai untuk berkhidmat secara peribadi, masalah mencari masa sesuai dapat diselesaikan kerana agensi pemegang amanah itu boleh hadir walaupun di hujung minggu bagi membincangkan isu pembahagian harta pusaka selain memberi khidmat nasihat.
“Menerusi kaedah hibah si pewasiat boleh merancang hartanya sendiri ketika dia masih hidup dan memperuntukkan secara tepat apakah harta yang dia mahu wariskan kepada isteri dan anak-anak.
“Ia sekali gus memastikan masalah pusaka yang dihadapinya kini tidak akan dihadapi isteri atau anak-anaknya kelak,” katanya. Kesimpulannya, pertikaian harta pusaka boleh menjejaskan secara serius hubungan di dalam keluarga, tetapi dapat dielakkan jika perancangan harta secara bertulis dapat dibuat awal. Penulis wartawan Harian Metro
Mak tolonglah kami’
ALOR GAJAH: “Emak, tolonglah usahakan supaya saya dan anak-anak boleh pulang semula ke Malaysia kerana sudah tidak tahan lagi tinggal di sini (Lombok). Tolonglah mak,” rayu Sanisah Abu Bakar, 36, yang terkandas di Lombok, Indonesia menerusi surat dikirim kepada ibunya, Salmah Mahmud, 71.
Sanisah bersama suami, Widodo, 40-an serta lima anak, Nurshahada, 14, Nurizwan, 12, Nurakma Najwa, 10; Nur Aliff Zulkarnain, 8 dan Nurain Asyikin, 5, dikatakan bercuti ke kampung suaminya di Lombok pada Mac 2002 sebelum terkandas menyebabkan mereka sekeluarga hidup merempat.
Salmah yang tinggal di Kampung Bukit Darat, Kuala Linggi dekat sini, berkata, dia sudah hilang malu memohon bantuan orang ramai bagi membawa pulang anaknya sekeluarga.
“Sudah puas saya berusaha mencari wang semata-mata untuk membawa mereka sekeluarga pulang semula ke sini. Jika saya orang berada, ia tidak menjadi masalah tetapi disebabkan orang miskin, pelbagai birokrasi timbul.
“Saya tidak pernah patah semangat membawa mereka pulang tetapi kemampuan terhad. Jika perkara ini dibiarkan, saya khuatir ia akan dilupakan dan segala janji ditabur pihak tertentu membantu kami hanya tinggal janji,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, empat tahun lalu, Tabung Bantu Sanisah diwujudkan pemimpin di kawasan itu bagi mengumpul dana untuk membawa pulang anaknya sekeluarga, namun hingga kini terhenti tanpa sebarang berita.
Katanya, dia terkilan kerana ada pihak sudi membantu keluarga lain senasib sedangkan kisah penderitaan anaknya sekeluarga seolah-olah tidak diambil berat. “Saya tidak tahu berapa kali rayuan dilakukan sejak mereka terkandas, namun hampa tiada tindakan diambil. “Selagi hayat dikandung badan, saya merayu pihak tertentu membantu membawa pulang mereka sebelum Ramadan dan Syawal kali ini,” katanya. Menurutnya, hasrat anaknya sekeluarga ke Lombok untuk menziarahi keluarga mentua bertukar mimpi ngeri apabila mengalami masalah kewangan untuk pulang ke Malaysia.
Katanya, mereka mengambil keputusan tinggal sementara di negara itu dan bekerja sebelum pulang ke Malaysia, namun hajat itu tidak kesampaian kerana hanya berjaya memperoleh pendapatan RM3.80 sehari. Salmah berkata, pelbagai pekerjaan dilakukan anaknya dan suami dalam usaha membolehkan mereka pulang ke Malaysia, namun kesempitan hidup menghalang mereka hinggakan cucunya hanya membawa bekal air kosong dan sekeping biskut sebagai alas perut serta berjalan hampir 20 kilometer untuk ke sekolah.
“Sedih...nak cari RM3 sehari pun susah menyebabkan kadang-kadang terpaksa berpuasa kerana tidak mempunyai wang. Cucu saya juga hanya minum air kosong dan bukan susu seperti kanak-kanak lain.
“Tiga hari lalu anak menghubungi saya dan memberitahu jatuh sakit. Pilu hati apabila dia memberitahu kalau boleh mahu mati di sini dan bukan di Lombok,” katanya.
Ashraf boleh merayu
KUALA LUMPUR: “Dia masih ada hak untuk merayu ke peringkat mana pun, seperti kes lain,” kata Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd Ralip mengulas tuntutan Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, yang mahu menukar jantina dan nama kepada Aleesha Farhana Abd Aziz.
Menurutnya, walaupun Mahkamah Tinggi sudah membuat keputusan Isnin lalu dengan menolak permohonannya, Mohd Ashraf Hafiz masih mempunyai peluang untuk merayu seperti juga kes lain yang pernah didakwa di mahkamah.
Katanya, dari segi perundangan, kes itu meskipun sangat jarang berlaku tetap diadili seperti kes lain mengikut prosedur sewajarnya, namun keputusan kehakiman perlu juga mengambil kira pandangan syarak.
“Dari satu segi Mahkamah Tinggi memang sudah menolak, tapi mengikut prosedur dia masih berpeluang untuk merayu hingga ke peringkat tertinggi walau Persekutuan sekali pun....dia ada hak.
“Cuma kes dibawa sangat jarang berlaku di negara Islam seperti kita yang jelas menolak penukaran jantina...hukum syaraknya sudah jelas, jadi apabila mengadili kes begini perlu mengambil kira pandangan mufti dan fatwa tertentu...ia boleh menyentuh sensitiviti.
“Apapun, jika dia merayu, perlu juga bersedia menerima keputusan yang kita tak boleh jangka....semuanya bergantung kepada fakta dan alasan penghakiman,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.
Ibu tak yakin anak dipenjara
GEORGETOWN: “Kalau benar dia (anak) ditahan dan dipenjara di luar negara tentu pihak berkuasa kita atau konsulat akan memaklumkannya kepada saya.
“Ini tidak, hanya seorang wanita mendakwa teman wanitanya memberitahu anak saya kini ditahan di Indonesia kerana masalah permit kerja,” kata Chua Gaik Kim, 64, yang kini buntu dan curiga memikirkan nasib anak bongsunya, Mohd Hashimi Hoo Abdullah, 39.
Chua dari Lebuh Maccalum di sini, mendakwa dia diberitahu Mohd Hashimi kini dipenjarakan di Rutan Salemba, Jakarta.
Menurutnya, dia pada mulanya tidak mengesyaki apa-apa berlaku kepada anaknya itu, tetapi selepas sekian lama tidak dihubungi anak kesayangannya itu, dia cuba menghubunginya bagi bertanya khabar.
Katanya, ketika menghubungi anaknya, talian telefon kurang jelas lalu mengirimkan khidmat pesanan ringkas (SMS) kira-kira jam 6.45 petang, Ahad lalu.
“Saya terkejut kerana bukan anak saya membalas SMS itu sebaliknya seorang wanita bernama Ana yang mengaku teman wanita Mohd Hashimi.
“Dalam SMS itu Ana beritahu berlaku sesuatu kepada Mohd Hashimi dan sejak 30 Mac lalu, dia ditahan pihak berkuasa kerana masalah permit kerja. “Peluang untuk bercakap dengan Mohd Hashimi hanya jika melawatnya di penjara,” katanya di sini, semalam.
Dia juga turut diberitahu jika ingin melawat anaknya di penjara, boleh menghubungi teman wanitanya.
Bagaimanapun, Chua curiga kerana jika benar anaknya dipenjarakan, sudah tentu konsulat atau pihak berkuasa menghubunginya.
Menurutnya, Mohd Hashimi sering berulang alik antara Malaysia dan Indonesia kerana bekerja di sana.
“Sebagai ibu, perasaan bimbang menyelubungi walaupun tidak pasti anak saya benar-benar dipenjarakan atau tidak,” katanya.
Menurutnya, dia sudah membuat satu laporan di Balai Polis Central jam 10.13 pagi kelmarin dan merujuk masalah itu kepada Konsulat Indonesia di Pulau Pinang untuk bantuan.
Beliau berkata, dia amat merindui anaknya dan jika benar dia ditahan, Chua berharap ada pihak sudi membantu membebaskan anaknya dan membawa pulang ke tanah air.