Thursday, March 19, 2015

Hudud: MP Umno Akan Ikut Suara Hati - Shahrir Samad


Diterbitkan: Khamis, 19 Mac 2015 9:07 AM
Tan Sri Shahrir Abdul Samad

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Islam daripada Umno akan mengundi mengikut 'conscience' (suara hati) masing-masing jika PAS membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat untuk melaksana hudud di Kelantan.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata oleh kerana ini hal berkaitan kepercayaan dan agama, Umno tidak mengeluarkan sebarang arahan kepada wakil-wakil rakyatnya.

Mereka perlu membuat keputusan sendiri, katanya.

"Suara hati termasuk (mengambil kira) apa yang terbaik untuk rakyat dan negara dan bukan apa yang terbaik untuk diri anda kerana anda mewakili rakyat," kata Shahrir kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat, Rabu.

Shahrir ditanya sama ada Umno akan memberi sokongan kepada PAS supaya ia mendapat majoriti mudah di Dewan Rakyat bagi rang undang-undang tersebut.\

Anggota Parlimen Johor Baharu itu berkata: "Kita bukan robotik, kita tidak selalu kata ini dasar parti.

"Kita mesti mengambil kira apakah kepentingan rakyat".

Banyak Pilihan Bagaimana Mahu Buat Pembayaran Cukai - LHDN


Diterbitkan: Khamis, 19 Mac 2015 10:19 AM

MELAKA: Pengenalan sistem bayaran menggunakan kad kredit untuk membayar cukai pendapatan tidak bermaksud membebankan pembayar cukai dengan lebih banyak hutang.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar berkata sistem pembayaran yang baharu itu diperkenalkan untuk kemudahan pembayaran cukai.

"Kad kredit diterima adalah untuk memastikan pembayaran cukai lebih mudah dan cepat, terutama kepada mereka yang dihalang daripada meninggalkan negara kerana tidak membayar cukai.

"Dakwaan oleh pihak-pihak tertentu bahawa LHDN menggalakkan pembayar cukai menanggung lebih banyak hutang dengan menggunakan kad kredit adalah tidak benar sama sekali," katanya selepas menyampaikan ucaptama pada seminar kepimpinan Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka, Rabu.

Beliau berkata, terpulang kepada pembayar cukai untuk memilih sistem pembayaran yang mudah sama ada melalui tunai, cek di kaunter, mesin deposit tunai atau melalui perbankan internet.

Dr Mohd Shukor berkata, masih terlalu awal untuk menyatakan jika kaedah pembayaran yang baharu ini mendapat sambutan yang baik.

"Setakat ini, kita mempunyai sistem pembayaran yang dibuat melalui kad kredit. Kita akan melihat kembali jika ia menjadi satu kaedah pembayaran pilihan," katanya sambil menerangkan bahawa sistem "e-filing" akan mengambil masa selama lima tahun untuk pembayar cukai membiasakan diri.

Beliau berkata sistem "e-filing online" mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan muda dan celik IT dengan 3.8 juta pengguna pada tahun lepas.

"Saya berharap lebih ramai pembayar cukai akan menerima dan menggunakan sistem "e-filing" kerana ia adalah lebih mudah,cepat dan tepat."

Dr Mohd Shukor berkata tempoh pembayar cukai melalui sistem "e-filing" akan dilanjutkan sehingga 15 Mei ini dan bukannya pada 30 April tahun ini. 

Menteri Kabinet BN Sudah Isytihar Harta Kepada PM, SPRM - Khairy


Diterbitkan: Rabu, 18 Mac 2015 11:09 PM
Khairy Jamaluddin.

PUTRAJAYA: Semua menteri kabinet daripada Barisan Nasional (BN) telah mengisytiharkan harta masing-masing kepada Perdana Menteri dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Selain menteri, katanya setiap anggota Parlimen juga perlu berbuat demikian. 
"Sebelum mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri, saya juga telah mengisytiharkan harta saya. Jadi isu (untuk mengisytiharkan) harta tidak timbul.
"Kami mungkin tidak mengisytiharkannya kepada umum tetapi kami telah melakukannya," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri program "Projek Angkat Dan Upaya' (PADU), di sini Rabu.
Khairy berkata demikian sebagai mengulas cadangan anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa bahawa semua menteri kabinet dahulu dan sekarang perlu mengisytiharkan harta dan liabiliti mereka untuk mengelakkan pertelingkahan kepentingan.
Pada Selasa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, semua anggota Parlimen BN telah mengisytiharkan harta mereka dan ini telah menjadi amalan biasa untuk beberapa waktu. 
Gesaan Tengku Razaleigh itu adalah susulan langkah anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengisytiharkan hartanya minggu lepas.

Anak perempuan Perdana Menteri bernikah hari ini



Nooryana Najwa dan Daniyar bakal disatukan di Seri Perdana, Putrajaya hari ini.


PUTRAJAYA – Anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Nooryana Najwa akan me­langsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Daniyar Kessikbayev pada minggu ini.
Jurucakap dan wakil keluarga Perdana Menteri bagi majlis pertunangan dan pernikahan, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata,
majlis akad nikah akan berlangsung hari ini (19 Mac) di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di sini.
Jamil Khir yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri menerusi satu kenyataan semalam berkata, upacara akad nikah akan disempurnakan sendiri oleh Najib.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3Umsru0Xd 
Hakcipta terpelihara 

Doktor beri arahan guna iPhone untuk wanita lahirkan anak



RIVERA memangku bayi lelaki yang dilahirkan melalui perantaraan panggilan video dengan doktor.- AGENSI


NEW JERSEY, Amerika Syarikat – Seorang wanita di sini melalui situasi genting apabila terpaksa melahirkan anak di sebuah hospital di sini tanpa bantuan doktor di sisinya.
Wanita tersebut yang dikenali sebagai Rivera dari Newark bagaimanapun berjaya dalam proses itu hasil kecanggihan teknologi yang membolehkan seorang doktor wanita memberi arahan kepadanya melalui panggilan video FaceTime menggunakan telefon iPhone milik suaminya.
“Kami tidak dapat menunggu doktor kerana kepala bayi sudah terkeluar. Mujur, suami saya sempat menelefon doktor, Meena Devalla dan dia memberikan arahan menerusi FaceTime,” ujarnya yang selamat melahirkan seorang anak lelaki yang dinamakan Raphael.
Pada awalnya, Rivera berkunjung ke hospital tersebut untuk membuat pemeriksaan biasa dan diselia oleh pembantu perubatan yang tidak mempunyai pengalaman di dalam bilik bersalin.
“Devalla memberikan arahan kepada kami dengan tenang dan jelas sehingga bayi selamat dilahirkan 20 minit kemudian,” ujar salah seorang pembantu perubatan, Oswaida Torres. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3UmrYpWQe 
Hakcipta terpelihara 

Rumah Keluarga Muslim di North Carolina Diberondong Tembakan

policeehttps://www.islampos.com/rumah-keluarga-muslim-di-north-carolina-diberondong-tembakan-170519/
SATU keluarga Muslim menjadi target serangan di North Carolina setelah rumah mereka dihujan tembakan, menurut pejabat polisi setempat.
Insiden penembakan terjadi di kawasan timur Mecklenburg County, di luar wilayah Charlotte, Selasa pagi (17/3/2015).
Abdul, pemilik rumah, mengatakan sebanyak 18 peluru ditembakkan ke rumahnya, kutip Press TV dari laporan Charlotte Observer.
“Kami tidak tahu apakah ini adalah penembakan acak atau memang keluarga kami menjadi sasaran karena kami adalah Muslim,” ujar Abdul kepada wartawan. “Kami berharap ini bukan kasus kedua.”
Polisi Charlotte-Mecklenburg Kapten Chuck Henson, mengatakan polisi belum tahu apakah ada unsur kejahatan rasial yang terlibat dalam kasus tersebut.
Istri Abdul terluka setelah satu peluru menghantam jendela dan mengenai pahanya saat ia tidur.
“Mengapa rumah kami yang khusus menjadi target?” Tanyanya. “Mengapa tidak rumah-rumah lain yang ditembak? Sepertinya kami ditargetkan untuk satu tujuan atau yang lain, dan insiden ini tidak terdengar seperti penembakan acak.”
“Kami mengalami trauma, kita semua, dan kami berpikir siapa yang mau menembaki kami? Apakah motifnya? Kami tidak tahu,” kata Abdul.
Insiden itu terjadi satu bulan setelah tiga mahasiswa Muslim Amerika ditembak mati di sebuah apartemen di dekat University of North Carolina di Chapel Hill.[fq/islampos]

Lebih 400 masjid musnah


Lebih 400 masjid musnah
Anggota misi pengaman berkawal di luar tapak masjid yang musnah di Bangui.
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT . Lebih 400 masjid di Republik Afrika Tengah menjadi sasaran keganasan akibat krisis yang berterusan di negara itu, menurut Duta AS ke PBB, kelmarin.

Samantha Power berkata. sebanyak 417 daripada 436 masjid dilaporkan musnah sepenuhnya sejak kempen penghapusan etnik berleluasa di Bangui sejak lebih setahun lalu.

"Konflik tersebut meninggalkan kesan kemusnahan yang teruk di negara itu dan penduduk Islam juga terpaksa hidup dalam ketakutan," katanya.

Power turut menzahirkan kebimbangan beliau selepas kira-kira 750 anggota misi pengaman dari Kesatuan Eropah (EU) mula meninggalkan negara bergolak itu pada hujung minggu lalu.

"Kehadiran pasukan pengaman masih tidak dapat menghentikan kekejaman dilakukan kumpulan militia anti-Balaka yang semakin bermaharajalela di Bangui. Pelucutan senjata antara puak bertelagah adalah langkah paling utama untuk meredakan konflik tersebut," tegasnya.

Krisis di negara terbabit semakin meruncing selepas kumpulan bersenjata anti-Balaka melancarkan serangan balas terhadap kumpulan militan, Seleka yang menggulingkan kerajaan pada Mac 2013. - Press TV

White House kedua dibina?


WASHINGTON, DC - MARCH 17: U.S. Secret Service Director Joseph
WASHINGTON 18 Mac – Pengarah Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS), Joseph Clancy, memohon kepada Kongres untuk membina ‘rumah kedua’ White House yang bernilai AS$8 juta (RM29.5 juta) bagi tujuan melatih kakitangannya.
Portal berita nypost.com me­laporkan, cadangan itu dikemukakan beliau kepada panel Perun­tukan Dewan kelmarin.
Bagaimanapun, usul tersebut menimbulkan kontroversi selepas kejadian memalukan ejen agensi itu merempuh penghadang di White House kerana mabuk, baru-baru ini.
“Anda mahu membina replika White House bernilai RM29.5 juta untuk latihan?” tanya anggota Kongres Texas, Henry Cuellar.
“Ya,” jawab Clancy.
“Saya bimbang mengenai perkara itu. Saya mahu menyokongnya, tapi saya bimbang mengenai replika White House bernilai tinggi itu,” tambah Cuellar.
Clancy berkata, kemu­dahan latihan Perkhidmatan Rahsia AS yang terletak di Beltsville, Maryland, kira-kira 32.18 ki­lometer dari bangunan White House yang sebenar, tidak memadai.
“Ketika ini kami berlatih di sebuah tempat letak kereta. Kami letakkan pagar buatan sendiri dan berjalan di luar jarak antara pagar di White House dan rumah itu sendiri. Kami tiada semak samun, air pancut. Kami tiada gambaran sebenar seperti di White House.
“Sehubungan itu, kami memerlukan replika White House supaya dapat menjalankan latihan bagi menjamin keselamatan kediaman rasmi Presi­den tersebut,” ujarnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/white-house-kedua-dibina-1.71024#sthash.eIh0o2hE.dpuf