Add caption |
Saturday, June 28, 2014
Wajib sahkan kad pengenalan calon pengawal keselamatan
Oleh Elrafaei Sapi
Kuala Kubu Bharu: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewajibkan semua syarikat kawalan keselamatan membuat pengesahan kad pengenalan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi calon yang memohon bekerja sebagai pengawal keselamatan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, peraturan berkenaan berkuatkuasa pada 1 September ini dan calon ini perlu tampil secara fizikal di JPN untuk membuat pengesahan kad pengenalan secara biometrik sebelum syarikat berkenaan mengemukan permohonan tapisan keselamatan kepada KDN dan Polis Diraja Malaysia.
"Ini bertujuan memastikan semua pengawal keselamatan tempatan adalah warganegara Malaysia dan pemilik kad pengenalan yang sah," katanya pada Majlis Pelancaran Program 'Certified Security Guards' (CSG) di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini.
Menurutnya, KDN telah membuat audit terhadap 56 syarikat kawalan keselamatan dan statistik tangkapan pengawal keselamatan warga asing menerusi operasi bersepadu yang dijalankan pada 1 September 2013 sehingga 23 Jun lalu adalah 659 orang.
"KDN mengambil tindakan tegas membatalkan lapan lesen syarikat kawalan keselamatan dan memberi amaran terakhir kepada 25 syarikat terbabit," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/28
Selamba pikul motor 100kg
Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
Kapit: Jika menjejakkan kaki ke Terminal Penumpang Kapit, jangan terkejut jika terlihat orang mengangkat motosikal ataupun barangan seberat 100 kilogram di situ.
Bagi mereka yang pertama kali melihatnya, pasti kagum dengan kekuatan fizikal pengangkat barang itu, lebih-lebih lagi jika melihat susuk fizikal mereka seperti orang biasa.
Di terminal pengangkutan sungai itu, mereka bersedia menerima khidmat mengangkat apa saja jenis barang daripada pengguna bot ekspres sehingga ramai yang menggelar mereka sebagai ‘Badang Sarawak’.
Lazimnya, khidmat mereka itu diperlukan penumpang untuk memuatkan barang atau kargo ke dalam bot ekspres yang berulang dari Sibu dan Kapit.
Lazimnya, khidmat mereka itu diperlukan penumpang untuk memuatkan barang atau kargo ke dalam bot ekspres yang berulang dari Sibu dan Kapit.
BADANG Sarawak mengangkat motosikal daripada bot untuk dibawa ke jeti.
Dalam kalangan penduduk tempatan, sudah menjadi pemandangan biasa sekitar terminal berkenaan apabila melihat mereka ini memikul longgokan besi yang berat, motosikal, mesin basuh, seguni beras atau apa saja jenis barang berat.
Bagi Rantai Ija (gambar), 25, kerja mengangkat barang ini sebenarnya mudah sekiranya tahu cara dan teknik betul mengangkatnya walaupun berat barang berkenaan melebihi separuh berat badannya.
Dia yang bekerja sebagai pengangkut barang di Terminal Penumpang Kapit sejak berusia 18 tahun berkata, teknik yang sering digunakannya ialah memikul barang di atas bahu kerana selain dapat menampung berat, ia juga memudahkannya melangkah, terutama ketika menaiki dan menuruni tangga di jeti berkenaan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya
Tak sedih
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
Seremban: Tiada reaksi sedih terpapar pada wajah ibu kepada remaja kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang berdepan dua pertuduhan mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 ketika prosiding kesnya didengar di hadapan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh di Mahkamah Sesyen 1, di sini, semalam.
Ketika diiringi masuk oleh anggota polis wanita dari lokap mahkamah ke kandang pesalah pada jam 10 pagi, Lolanopita Sadi, 40, yang memakai baju lokap warna jingga dan bertudung merah jambu kelihatan tenang serta hanya menoleh sepintas lalu ke galeri awam.
“Saya tidak mengaku bersalah dan mahu dibicarakan,” katanya dalam nada perlahan sambil menggelengkan kepala sejurus ditanya jurubahasa mahkamah yang membaca dan menerangkan pertuduhan kepadanya.
Dalam prosiding hampir setengah jam itu, galeri awam padat dengan wartawan dan orang awam yang mengikuti kes terbabit.
Dalam prosiding hampir setengah jam itu, galeri awam padat dengan wartawan dan orang awam yang mengikuti kes terbabit.
LOLANOPITA didakwa di Mahkamah Sesyen 1, semalam.
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa sengaja mengabaikan anaknya itu dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi di sebuah bilik di rumah mereka di Blok 15-1-9 Flat Semarak, Nilai, dekat sini, antara Januari hingga jam 2.30 pagi, 21 Jun lalu.
Sekiranya disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 itu, tertuduh boleh didenda maksimum RM20,000 atau dipenjarakan sehingga 10 tahun atau kedua-duanya.
Bagi pertuduhan kedua, Lolanopita berdepan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 33 (c) akta sama kerana dengan sengaja membiarkan anaknya tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan dalam keadaan tidak berpatutan di tempat sama jam 2.30 pagi, 21 Jun lalu.
Pendakwaaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dan Mohd Farid Mohd Mokhtar manakala tertuduh diwakili peguam Hanif Hassan.
Terdahulu, Hanif memohon anak guamnya dilepaskan dengan ikat jamin paling minimum sementara menunggu perbicaraan selesai atas alasan tertuduh mempunyai tanggungan dua anak iaitu mangsa dalam kes itu dan adiknya berusia tujuh tahun.
Saudara baru 5 Ramadan
Oleh Na'imah Mohamed
Shah Alam: Model pakaian muslimah Felixia Yeap mengumumkan akan memeluk Islam 5 Ramadan ini ketika menjadi panel jemputan di Program Semarak Ramadan anjuran kerajaan Negeri Selangor di Dataran Shah Alam, di sini, sebentar tadi.
"Saya akan memeluk Islam pada 5 Ramadan ini, iaitu pada 3 Julai ini (Khamis).
"Saya pilih 5 Ramadan kerana 3 Julai ini ialah hari jadi saya. Hari itu juga adalah hari kegemaran Nabi Muhammad SAW," katanya.
Dia turut menyebut mengenai ciri-ciri suami idamannya yang mana diharapkan lelaki itu seorang yang mampu membawanya ke jalan syurga.
Dia turut menyebut mengenai ciri-ciri suami idamannya yang mana diharapkan lelaki itu seorang yang mampu membawanya ke jalan syurga.
"Biarlah beliau seorang yang mampu membimbing saya ke jalan jannah," katanya.
‘Jangan pisahkan kami’
Oleh Mohd Khidir Zakaria
Nilai: “Agama saya cuma atas kertas, saya tidak kisah.”. Itu pengakuan mengejutkan seorang lelaki warga tempatan dikenali sebagai Zul, 45, yang ditemui di rumah sewa seorang warga Kanada di Flat Taman Semarak, di sini, semalam.
Malah, Zul mengaku kepada wartawan bahawa dia dan lelaki warga Kanada berusia 50 tahun itu adalah pasangan gay sejak lebih 20 tahun lalu.
Dalam Ops 6p pada Sabtu lalu, warga Kanada itu ditahan bersendirian oleh anggota Jabatan Imigresen Negeri Sembilan di rumah berkenaan kerana kesalahan tinggal lebih masa di negara ini selain agensi terbabit turut menemui remaja orang kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, dalam keadaan kebuluran di sebuah rumah di kawasan flat berkenaan.
Bagaimanapun, Jabatan Imigresen berkunjung semula ke rumah berkenaan, malam kelmarin, bagi mengesan maklumat yang boleh membantu siasatan berhubung warga Kanada itu sebelum menemui Zul, sekali gus membongkar kehidupan terlarang mereka.
Bagaimanapun, Jabatan Imigresen berkunjung semula ke rumah berkenaan, malam kelmarin, bagi mengesan maklumat yang boleh membantu siasatan berhubung warga Kanada itu sebelum menemui Zul, sekali gus membongkar kehidupan terlarang mereka.
ZUL selesa dengan cinta terlarangnya dan merancang untuk tinggal di Kanada.
Zul berkata, dia berkenalan dengan warga Kanada terbabit pada 1990 dan sejak itu, dia tidak lagi mementingkan kehidupan beragama dan jauh lari dari landasan Islam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya
Merajuk dalam kereta
Oleh Suraya Roslan, Yusmizal Dolah Aling dan Muhaamad Hafis Nawawi
Gombak: Dia sanggup berpanas dan berhujan, malah menjadikan kereta sebagai rumah selama tiga bulan dipercayai akibat tekanan selepas kehidupan mewahnya sebagai kontraktor bertukar menjadi papa kedana apabila perniagaannya mengalami kerugian.
Lebih menyayat hati, lelaki berusia 50-an itu sanggup tinggal dengan timbunan botol air mineral, bekas makanan dan sisa rokok selain sampah sarap serta diselubungi najis di dalam kereta Proton Saga berkenaan sejak Mac lalu.
Selepas pelbagai usaha dilakukan penduduk untuk memujuknya keluar dari kereta itu kerana bimbang keselamatannya menemui kegagalan, mereka menghubungi wartawan untuk memaklumkan mengenai keadaan lelaki itu, kelmarin.
Wartawan yang bergegas ke lokasi sebaik menerima berita itu juga berdepan situasi sukar apabila usaha memujuknya menemui jalan buntu biarpun selepas enam jam cuba mengajaknya keluar dari kereta yang menjadi kediamannya.
Wartawan yang bergegas ke lokasi sebaik menerima berita itu juga berdepan situasi sukar apabila usaha memujuknya menemui jalan buntu biarpun selepas enam jam cuba mengajaknya keluar dari kereta yang menjadi kediamannya.
ANGGOTA bomba memujuk lelaki terbabit keluar dari kereta.
ANGGOTA bomba terpaksa mengumpil pintu kereta untuk membawanya keluar. |
Malah, ikhtiar yang turut disertai Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama beberapa penduduk juga gagal kerana dia langsung tidak mahu memberikan kerjasama, malah mengherdik orang ramai di situ supaya beredar dan tidak mahu diganggu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya
Kena nikah semula
Oleh Sarah Zulkifli
Kuang: “Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik. Saya dan Nurul Halimin akan bernikah semula secepat mungkin,” kata bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Sham ketika ditemui di luar Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat di sini, semalam.
Sham atau Shamril Mohd Salleh, 38, berkata demikian selepas selesai prosiding apabila mahkamah memutuskan pernikahannya dengan Nurul Halimin Mohd Salleh, 34, pada 16 Januari 2012 di Masjid Padang Ibu, Pulau Pinang adalah tidak sah.
Justeru, Hakim Syarie Kamarulzaman Ali memerintahkan pernikahan pasangan itu dibubarkan serta-merta bermula semalam dan persetubuhan antara pasangan terbabit bermula tarikh berkenaan (16 Januari 2012) adalah persetubuhan syubhah (meragukan) serta sijil pernikahan yang disahkan palsu oleh Pejabat Agama Islam Daerah Seberang Prai Tengah (SPT) dilupuskan.
Kamarulzaman dalam penghakimannya berkata, ini disebabkan pernikahan pasangan itu yang dijalankan oleh wali hakim adalah tidak sah, selain segala proses pernikahan diuruskan oleh pihak ketiga yang tidak bertauliah.
Kamarulzaman dalam penghakimannya berkata, ini disebabkan pernikahan pasangan itu yang dijalankan oleh wali hakim adalah tidak sah, selain segala proses pernikahan diuruskan oleh pihak ketiga yang tidak bertauliah.
SHAM dan Nurul Halimin di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, semalam.
“Jika pasangan itu mahu melangsungkan perkahwinan, sepatutnya semua urusan pernikahan diuruskan sendiri dan tidak boleh diserahkan kepada pihak ketiga serta perlu melalui pejabat agama,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya
Siap sempena Ramadan
Makkah: Fasa kedua projek peluasan Masjidil Haram hampir siap dengan aras pertama mataf, kawasan tawaf, dijangka dibuka untuk kegunaan jemaah pada Ramadan ini.
Lokasi itu diperiksa Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais, kelmarin.
“Aras pertama dan bawah sudah siap 100 peratus dan kini boleh digunakan jemaah, malah dilengkapi lif serta tangga automatik. Sementara itu, aras kedua pula sudah siap 80 peratus,” katanya, semalam.
Fasa kedua membabitkan bahagian timur mataf dan merangkumi Bab al-Fatah hingga Bab al-Umrah. Kerja-kerja dijalankan 24 jam sehari di bawah seliaan pegawai kanan syarikat Saudi Binladin Group.
Fasa kedua membabitkan bahagian timur mataf dan merangkumi Bab al-Fatah hingga Bab al-Umrah. Kerja-kerja dijalankan 24 jam sehari di bawah seliaan pegawai kanan syarikat Saudi Binladin Group.
KAWASAN mataf ketika masih dalam pembinaan November tahun lalu.
Ia dijangka merangkumi kawasan 25,000 meter persegi, iaitu hampir dua kali ganda saiz fasa pertama dan dapat menampung sehingga 75,000 jemaah sejam, kata seorang pegawai kanan.
Laluan lama turut dirobohkan dan dibina semula untuk memudahkan pergerakan jemaah di kawasan mataf.
Kerja-kerja pengubahsuaian itu akan dihentikan selama hampir empat bulan bagi memberi laluan kepada jumlah jemaah yang akan meningkat bermula Ramadan sehingga musim haji.
Kapasiti kawasan mataf dianggarkan dapat ditingkatkan dari 50,000 jemaah sejam kepada 130,000 orang selepas siap kelak. Projek Peluasan Raja Abdullah yang bernilai lebih SR100 bilion (RM85.6 bilion) bertujuan menambah kapasiti masjid berkenaan untuk menampung sehingga lebih dua juta jemaah. - AFP
Tiga bebas, 10 kekal sabitan perhimpunan haram
TAIPING 26 Jun - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuan 10 daripada 13 individu bagi mengetepikan sabitan berhubung kesalahan merusuh serta terlibat dengan perhimpunan haram di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, lima tahun lalu.
Walau bagaimanapun, Hakim Datuk Ahmad Nasfy Yasin dalam penghakimannya membatalkan hukuman penjara dua tahun dan hanya mengekalkan denda RM5,000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen terhadap 10 perayu terbabit.
"Selepas mengambil kira latar belakang perayu, mahkamah mendapati keputusan yang dibuat sebelum ini adalah tidak sewajarnya.
"Oleh itu, mahkamah memutuskan hukuman penjara dua tahun yang dihadapi perayu-perayu dibatalkan tetapi denda RM5,000 dikekalkan. Bagi tiga individu yang dibebaskan pula, sekiranya telah membayar denda, perlulah dipulangkan (wang denda)," kata beliau.
Sepuluh perayu yang dikekalkan sabitan bersalah ialah Bad Latif Mansor, 48, Suhana Abdullah, 50; Mohd. Faiz Mohd. Arshad, 27; Zulhaizam Zulkifli, 30; Isha Riduan Ishak, 60; Adi Hilmee Mohd. Nasir, 45; Mohamad Nazeer Hameed, 48; Khairul Azmi Hassan Basri, 49; Mohd. Hasri Ismail, 40; dan Mohamed Ismail S.M. Abdul Kadir, 48.
Tiga perayu yang dilepas dan dibebaskan pula ialah Idris Mohd. Thaib, 47, Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 39, dan Yusoff Jaafar, 49.
Dalam penghakimannya, Hakim Ahmad Nasfy berkata, tiga individu itu dilepas dan dibebaskan setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie dan pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah.
"Bagi bakinya pula, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Oleh itu, mereka didapati bersalah," kata beliau.
Hakim Ahmad Nasfy membuat keputusan tersebut selepas mendengar rayuan untuk mengetepikan hukuman penjara dua tahun serta denda RM5,000 terhadap kesemua 13 perayu berkenaan yang diputuskan Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada 13 September tahun lalu.
Kesemua mereka didakwa menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang iaitu menentang satu proses perundangan upacara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak di bawah Perkara XV1(2)(a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.
Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut selepas solat Jumaat, 6 Februari 2009 di Jalan Istana, Bukit Chandan di Kuala Kangsar.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd. Daud manakala kesemua tertuduh diwakili empat peguam yang diketuai oleh Aminuddin Zulkipli.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140627/ma_01/Tiga-bebas-10-kekal-sabitan-perhimpunan-haram#ixzz35t5jYjTi
© Utusan Melayu (M) Bhd
Malaysiakini mahu hakim dengar kes saman fitnah oleh Najib
KUALA LUMPUR 27 Jun - Penerbit Malaysiakini dan dua editor kanannya telah memohon supaya seorang hakim Mahkamah Tinggi mendengar kes saman fitnah yang difailkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Kerjanya, Datuk Ab. Rauf Yusoh terhadap mereka berhubung penerbitan dua artikel.
Dalam permohonan tersebut, Mkini Dotcom Sdn. Bhd.; Ketua Editor Malaysiakini, Steven Gan; dan Ketua Pengarangnya, Fathi Aris Omar, meminta Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Wira Kamaludin Md. Said menarik diri daripada mendengar saman fitnah itu atas alasan bahaya berat sebelah yang nyata.
Saman tersebut ditetapkan untuk pendengaran di hadapan Kamaludin.
Ketiga-tiga defendan tersebut berkata, Pesuruhjaya Kehakiman dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara.
Mereka berkata, Pesuruhjaya Kehakiman tidak menikmati jaminan tempoh penugasan, selain tidak ada jaminan bahawa mereka akan dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi.
Oleh itu, mereka menuntut Kamaludin menarik diri daripada mendengar saman tersebut dan kes itu didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi.
Peguam Ashok Kandiah, yang mewakili pihak defendan, memberitahu media bahawa permohonan itu difailkan Selasa lalu. Salinan permohonan disediakan kepada media hari ini.
Beliau berkata, mahkamah telah menetapkan 8 Julai ini untuk pengurusan kes bagi permohonan tersebut di hadapan timbalan pendaftar.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai permohonan itu, peguam Raihanah Ashriqin Ariffin, yang mewakili Najib dan Ab. Raud berkata, beliau akan mendapatkan arahan anak guamnya sama ada untuk membantah permohonan tersebut.
Pada 30 Mei lalu, Najib, selaku plaintif kedua memfailkan saman tersebut atas kapasiti peribadi manakala Ab. Rauf sebagai plaintif pertama bagi pihak UMNO.
Pihak plaintif mendakwa defendan telah melapor, mengeluar dan membenarkan penerbitan dua artikel bertajuk A case of the PM reaping what he sows dan How much will Najib spend to keep Terengganu? di bawah ruangan Yoursay di laman portal berkenaan, www.malaysiakini.com pada 14 Mei lalu.
Dalam ruangan itu, pihak defendan sendiri atau ejen atau pembantu mereka telah mengumpul komen-komen daripada pelanggan atau pengguna laman portal itu dan kemudian menggabungkan komen-komen yang terpilih sebagai satu artikel, yang secara jelas telah memfitnah pihak plaintif dan diterbitkan semula di laman portal tersebut.
Artikel bertajuk `A case of the PM reaping what he sows' berkaitan dengan dasar-dasar kerajaan dan hudud manakala artikel `How much will Najib spend to keep Terengganu?' adalah mengenai krisis politik di Terengganu yang berlaku pada Mei lalu.
Najib dan Ab. Rauf mendakwa pihak defendan dengan sengaja membenarkan penerbitan artikel-artikel itu walaupun mengetahui tuduhan mereka tidak berasas dan perkara yang tidak benar.
Najib mendakwa, perkataan-perkataan fitnah itu telah mencemarkan reputasinya sebagai ahli politik, selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri.
Kedua-dua plaintif juga mendakwa komen-komen dalam artikel-artikel tersebut tersirat sindiran untuk menunjukkan bahawa UMNO tidak cekap sebagai badan politik dan tulang belakang kerajaan Barisan Nasional (BN).
Mereka mendakwa perkataan fitnah telah juga direka untuk mencerminkan UMNO sebagai menyalahgunakan kuasa demi kepentingan parti dan ia sebuah parti yang tidak demokratik dan sengaja dicipta situasi yang tidak diingini.
Akibat daripada penerbitan tersebut, pihak plaintif mendakwa, reputasi mereka telah terjejas dengan teruk apabila UMNO dikecam terutama dalam media sosial dan media massa.
Berikutan itu, pihak plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi keterlaluan, faedah, kos dan perintah injunksi bagi menghalang pihak defendan, pembantu atau ejen mereka daripada berbicara lebih lanjut atau menerbitkan atau menyebabkan penerbitan artikel-artikel itu atau seakan-akan dengannya.
Mereka turut menuntut suatu perintah supaya pihak defendan membuat permohonan maaf secara bertulis untuk disiarkan dalam akhbar serta kos. - BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140628/ma_04/iMalaysiakinii-mahu-hakim-dengar-kes-saman-fitnah-oleh-Najib#ixzz35t5bHi9Z
© Utusan Melayu (M) Bhd
Sham Kamikaze diarah bubar perkahwinan
KUALA LUMPUR 27 Jun - Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat dekat sini hari ini mengarahkan perkahwinan bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Sham dengan isterinya, Nurul Halimin Mohd. Salleh pada 16 Januari 2012 dibubarkan (faraq) berikutan pernikahan pasangan itu tidak sah dan terbatal.
Hakim Syarie, Kamarulzaman Ali memutuskan demikian setelah mendapati pernikahan itu telah dilakukan oleh wali hakim yang tidak bertauliah dari pejabat agama malah sijil pernikahan mereka telah disahkan palsu oleh Pejabat Agama Islam Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.
Sehubungan itu beliau memerintahkan pernikahan itu dibubarkan serta-merta dan persetubuhan antara pasangan itu bermula tarikh berkenaan adalah persetubuhan syubhah (kesamaran) manakala sijil pernikahan mereka dilupuskan.
Walau bagaimanapun Kamarulzaman menegaskan, anak pasangan itu, Aisy Danial yang dilahirkan pada 21 Januari lalu melalui persetubuhan syubhah itu adalah anak sah taraf yang bernasab kepada Sham sebagai bapa kandungnya.
Berdasarkan Seksyen 114 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003, setiap anak yang lahir melalui persetubuhan syubhah tetap dianggap sebagai anak sah taraf dan anak kandung kepada bapanya jika dilahirkan antara tempoh enam bulan hingga empat tahun qamariah dikira bermula persetubuhan itu berlaku, begitu juga hak anak berkenaan terhadap harta peninggalan bapanya.
Justeru kata beliau, pasangan itu perlu bernikah semula namun Nurul Halimin tidak perlu menunggu sehingga habis tempoh edah.
Sham atau Shamril Mohd. Salleh, 38, mengemukakan permohonan membubarkan pernikahannya dengan Nurul Halimin, 34, di mahkamah berkenaan pada awal Februari lalu setelah meragui prosedur pernikahannya dan turut memohon pengesahan taraf anaknya yang berusia lima bulan itu.
Sham mengemukakan permohonan itu mengikut Seksyen 62(2)(b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 melalui peguam syarie, Noorafizah Abdul Aziz yang mewakili pasangan tersebut.
Terdahulu dalam keputusannya, Kamarulzaman melahirkan rasa dukacita apabila pasangan itu menyerahkan urusan pernikahan yang disifatkan penting kepada pihak ketiga yang mungkin tidak mempunyai tauliah sehingga menimbulkan keraguan pengesahan nikah.
"Walaupun ia dilakukan di dalam masjid namun sepatutnya kamu menguruskan sendiri perkara ini setelah defendan (Nurul Halimin) tidak dapat mengesan bapanya untuk menjadi wali," ujar beliau.
Ketika ditanya mahkamah, Sham mengakui pernikahannya itu dijalankan oleh jurunikah yang turut memberitahu dia (jurunikah) adalah wali hakim.
Dia juga mengesahkan bahawa segala urusan pernikahan dilakukan oleh jurunikah itu yang merupakan rakannya dan pernikahan itu berlangsung di Masjid Padang Ibu, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.
Dalam pada itu, Sham yang ditemui para pemberita setelah prosiding itu selesai memberitahu, dia menyedari masalah tentang kesahihan pernikahannya ketika mendaftar kelahiran anaknya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Setelah mendapat tahu sijil pernikahan itu adalah palsu dan pernikahan itu tidak sah, saya telah memfailkan permohonan faraq nikah ini dan tujuan saya adalah untuk melindungi keluarga saya terutama jika saya meninggal dunia," katanya yang turut ditemani Nurul Halimin
Dia juga memberitahu akan menikah semula dengan Nurul Halimin secepat mungkin namun perlu menyelesaikan beberapa urusan mahkamah.
Sham juga menyifatkan perkara yang berlaku itu mempunyai banyak hikmah namun tidak pasti sama ada akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak ketiga yang menguruskan pernikahannya itu.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140628/ma_03/Sham-Kamikaze-diarah-bubar-perkahwinan#ixzz35t5FLyPS
© Utusan Melayu (M) Bhd
Subscribe to:
Posts (Atom)