Thursday, June 23, 2011

Zakiah Anas Lantik Peguam Syarie Wakil Hakam

PETALING JAYA: Personaliti TV3, Zakiah Anas pada Rabu, melantik seorang peguam syarie untuk mewakilinya dalam jawatan kuasa hakam (penimbangtara) kedua bagi mencari jalan penyelesaian masalah perkahwinannya.

Pada prosiding sebutan di Mahkamah Rendah Syariah di sini, Zakiah melantik peguam syarie Roshdan Sujak Rafie manakala suaminya, Mohamad Yusof @ Mohamed Yusof Taib akan diwakili oleh Imam Masjid Kampung Johan Setia, Wangsa Maju, Tuan Mohd Zamani Tuan Ahmad.

Pelantikan hakam itu dibuat di hadapan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad pada prosiding yang dijalankan secara tertutup dan laporan hakam itu akan dibentangkan pada 25 Julai ini.

Zakiah hadir di mahkamah bersama empat anggota keluarganya dan diwakili oleh peguam syarie Abdullah Anuar Sahri manakala Mohamad Yusof tidak diwakili peguam.

Ini merupakan lantikan hakam kali kedua, selepas jawatan kuasa hakam pertama dilantik pada 11 April lalu.

Semasa membentangkan laporan hakam di mahkamah sama pada 16 Mei lalu, wakil kepada Zakiah, Muhammed Shouib Awalludin yang merupakan bekas kadi membuat kesimpulan menasihatkan Mohamad Yusof untuk menceraikan isterinya dengan lafaz talak satu.

Bagaimanapun, Mohamad Yusof nekad tidak mahu menceraikan isterinya dan masih berhasrat untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina sejak 18 tahun lalu atas alasan masih sayangkan Zakiah.

Wakil hakam kepada Mohamad Yusof, iaitu seorang imam masjid, Mohd Azizi Mohd Yaakob semasa itu memberitahu, lelaki tersebut ingin menyelamatkan Zakiah yang kian hanyut dengan memberi perumpamaan seperti `sampan yang hanyut dalam lautan luas’ kerana meninggalkan rumah tanpa izinnya.

Sebelum jawatan kuasa hakam, Jawatan Kuasa Pendamai juga gagal untuk mendamaikan dan memujuk agar pasangan tersebut boleh kembali sebagai suami isteri.

Keretakan rumah tangga pasangan tersebut bermula sejak tahun 2009 apabila Zakiah, 45, memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Dia kemudiannya meminda permohonan itu sebanyak dua kali, iaitu kepada fasakh dan taklik sebelum menarik semula permohonan pada 1 September 2009.

Serentak dengan penarikan itu, Mohamad Yusod, 49, menarik semula permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkannya.

Pada Januari 2010, Zakiah sekali lagi memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik yang berlanjutan sehingga kini.

Zakiah dan Mohamad Yusof dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aiman Muzammil, 17, dan Amir Muzhaffar, 15 tahun.

mStar Online : Zakiah Anas Lantik Peguam Syarie Wakil Hakam

Taib nafi dakwaan

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menafikan sekeras-kerasnya beliau memiliki akaun Bank Swiss, aset mahupun pelaburan di Switzerland seperti didakwa sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Dana Burno Manser (BMF) sebelum ini.

“Satu pertuduhan dibuat sebuah laman web dianggap tidak beretika. Baru-baru ini, Switzerland mahu menjalankan siasatan ke atas sumber aset saya di negara terbabit.


“Sejak BMF membuat pertuduhan itu, semua pihak terutama pembangkang mengambil kesempatan untuk memanipulasi isu berkenaan.

“Dakwaan dibuat BMF secara jelas palsu dan terbukti hanya untuk menjejaskan kerjaya politik saya berdasarkan rekod BMF yang kerap menyerang Sarawak sejak dulu lagi.


“BMF mempunyai rekod lampau membuat pelbagai dakwaan dan tuduhan palsu dengan mendakwa kerajaan negeri memotong sehingga 90 peratus hutan hujan, sedangkan pakar perhutanan tempatan dan antara bangsa mengesahkan 70 peratus hutan kita masih dilindungi.


“Berikutan itu, dakwaan palsu BMF mengenai aset saya di Switzerland adalah usaha berterusan pihak itu yang mahu memburukkan nama Kerajaan Sarawak dan pemimpinnya,” katanya ketika berucap pada Persidangan Penggal Pertama DUN Sarawak Kali Ke-17, semalam.

Abdul Taib yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balingian berkata, perkara berkenaan sudah dibawa kepada pengetahuan Presiden Switzerland bulan lalu melalui surat dan memaklumkan dakwaan dilemparkan adalah tidak berasas.

“Di dalam surat berkenaan, saya meminta beliau mengesahkan sama ada terdapat arahan BMF kepada Lembaga Penyelia Pasaran Kewangan Switzerland (FINMA) supaya menyiasat saya dengan pelbagai dakwaan.

“Saya juga sudah meminta dakwaan itu diserahkan kepada saya supaya tindakan undang-undang sesuai boleh diambil,” katanya.

myMetro | Taib nafi dakwaan

Galak lelaki pilih ibu tunggal

KOTA BHARU: “Jika sesiapa termasuk wakil rakyat nak kahwin dengan ibu tunggal, itu satu kebaikan dan digalakkan kerana dapat membela nasib mereka,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar.

Malah, katanya, Kerajaan Kelantan bersedia memberikan insentif kepada suami yang berpoligami di negeri ini, tidak kira siapa pasangan dikahwini sama ada anak dara atau ibu tunggal.

Wan Ubaidah berkata demikian mengulas cadangan pemberian insentif itu yang dikemukakan Ahmad Baihaki Atiqullah (Pas-Pasir Tumboh) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, kelmarin.

Bagaimanapun, kata Wan Ubaidah, cadangan itu akan dibincangkan terlebih dulu di peringkat Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri yang dipengerusikannya.


“Kami sambut baik dan sedia menimbangkan cadangan (pemberian insentif bagi suami berpoligami) itu di negeri ini.

myMetro | Galak lelaki pilih ibu tunggal

Agong terima laporan Suruhanjaya



CHENG YUEN (kiri) menyerahkan laporan Suruhanjaya menyiasat kematian Beng Hock kepada Tuanku Mizan di Istana Terengganu, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Laporan penuh Suruhanjaya untuk menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock (gambar) setebal 124 muka surat telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pukul 10.30 pagi semalam.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya, Tan Sri James Foong Cheng Yuen yang juga Hakim Mahkamah Persekutuan, laporan itu diserahkan dua hari lebih awal dari tarikh yang ditetapkan iaitu pada 24 Jun ini.

“Dengan itu, Tuanku berhak memutuskan sama ada hendak mendedahkan hasil siasatan atau tidak,” katanya di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini semalam.

Dalam masa sama, satu salinan laporan berkenaan juga telah diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tambahnya, keputusan sebulat suara telah dicapai oleh ahli panel suruhanjaya dan laporan itu selesai pada 15 Jun lalu selepas mereka meneliti 19,200 muka surat bukti keterangan dan 256 barang kes.

Laporan itu juga dibuat selepas mengambil kira 750 muka surat hujahan Majlis Peguam Negara, pegawai pengendali prosiding termasuk cadangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta 1,000 muka surat dokumen autoriti.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Kosmo! Online - Negara