Fakta Bukan Tolol mcm UMNO..!!
Militan Sulu yang berjaya ditahan oleh pihak polis sebagaimana dalam Siaran Media yang aku share semalam...adalah pemegang dual kewarganegaraan.. mereka pendatang yang diberi IC oleh rejim Celaka UMNO untuk memastikan hak kaum Kadazan, Dusun. Murut, Rungus. Kedayan, Iranun, Lundayeh, Bisaya.. etc..dinafikan.. sehingga etnik asal Sabah merempat di negara sendiri......tapi yang anihnya... etnik2 ni masih menjilat bontot pemimpin UMNO yg menipu mereka dan memperlekehkan kebajikan mereka... Korang sudah hilang maruah kah bah..?? Militan Sulu diberi hak mengundi.. tapi mereka menjadi petualang bumi Sabah itu senri... ni nama militan yg ditangkap dan disahkan pengundi di Kunak.... |
Thursday, June 26, 2014
Militan Sulu diberi hak mengundi..
72 terjemahan al-Quran di Masjidil Haram
26 Jun 2014
MAKKAH - ARAB SAUDI. Kerajaan Arab Saudi membangunkan sistem teknologi yang membolehkan pengguna telefon pintar memuat turun perisian al-Quran di Masjidil Haram.
Wakil Presiden Hal Ehwal Masjidil Haram, Ali Hamid Al Nafji memaklumkan al-Quran dengan terjemahan 72 bahasa asing tersebut kini boleh dimuat turun dengan mudah oleh jemaah.
Menurut Ali Hamid, mereka juga telah menambah 4,000 rak untuk menempatkan 950,000 al-Quran di dalam Masjidil Haram.
Sementara itu, pihak berkuasa dilaporkan sedang membuat persiapan akhir untuk menangani kemasukan ratusan ribuan jemaah umrah menjelang Ramadan.
"Sebanyak 2,000 kamera pengawasan ditempatkan di beberapa lokasi strategik di dalam Masjidil Haram dan kawasan sekitar Makkah," kata jurucakap polis.
Dipetik Arab News, polis trafik juga mengeluarkan arahan melarang kenderaan masuk kawasan sekitar Masjidil Haram bagi mengelakkan kesesakan.
Makan nasi kandar boleh positif dadah
2014/06/26 - 05:03:09
Kuala Lumpur: Peminat nasi kandar diminta berhati-hati memakan makanan popular dari Utara Semenanjung itu kerana ujian air kencing ke atas mereka yang memakannya boleh positif dadah.
Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Selangor, Alias Jaafar, berkata ujian dilakukan anggotanya sendiri mendapati kandungan bahan rempah yang digunakan seperti kaskas menyebabkan kandungan air kencing menjadi positif seperti mengambil najis dadah.
“Pegawai kami sudah uji dengan makan nasi kandar. Lima orang yang buat ujian air kencing semuanya positif selepas makan. Oleh itu kena hati-hati, takut lepas makan, naik kereta ada sekatan jalan raya, tak pasal-pasal kita masuk lokap pula.
Tujuh pegawai kanan terbabit rombakan
2014/06/26 - 04:55:39
Kuala Lumpur: Beberapa rombakan besar membabitkan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijangka dilakukan dalam masa terdekat susulan persaraan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah.
Sumber Bukit Aman memberitahu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohmad Salleh dijangka menggantikan Hadi Ho yang akan menamatkan perkhidmatannya hujung bulan ini, sekali gus dinaikkan pangkat daripada Senior Deputi Komisioner kepada Komisioner.
Kekosongan ditinggalkan Mohmad pula dijangka diisi Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Tajudin Md Isa dengan pangkat Senior Deputi Komisioner.
Bertukar ke Bukit Aman
Perubahan itu turut membabitkan jawatan Pesuruhjaya Polis Sabah apabila penyandang jawatan berkenaan, Datuk Hamza Taib dijangka bertukar ke Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah JSJK.
Jawatannya di Sabah pula bakal diambil alih oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.
Ketua Polis Kelantan yang baharu dijangka disandang Datuk Mazlan Lazim yang kini timbalan kepada Jalaludin, manakala Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten Komisioner Omar Mammah akan ditukarkan ke jawatan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dasar/Sumber, Bukit Aman.
Rombakan berkenaan dijangka berkuat kuasa pertengahan Julai ini.
Cantik & Makmur
Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan Xing Xing, yang bermaksud makmur dan Liang Liang yang bermakna cantik, sebagai nama tempatan bagi panda gergasi jantan Fu Wa dan betina Feng Yi yang dipinjamkan oleh China.
Perdana Menteri berkata, nama itu dipilih berdasarkan ‘Pertandingan Menamakan Pasangan Giant Panda’ anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 2012.
“Kita tahu pasangan panda gergasi ini ada nama China tapi kita cadang memberi nama Malaysia terutama bila mereka akan berada di sini untuk tempoh 10 tahun akan datang.
“Saya harap pasangan panda ini tidak keliru sebab mereka sekarang ada dua nama iaitu nama China dan nama Malaysia,” seloroh Najib ketika berucap merasmikan Pusat Konservasi Panda Gergasi dan sambutan ulang tahun ke-50 Zoo Negara di Hulu Klang, dekat sini, semalam.
“Saya harap pasangan panda ini tidak keliru sebab mereka sekarang ada dua nama iaitu nama China dan nama Malaysia,” seloroh Najib ketika berucap merasmikan Pusat Konservasi Panda Gergasi dan sambutan ulang tahun ke-50 Zoo Negara di Hulu Klang, dekat sini, semalam.
PANDA betina, Liang Liang.
Turut hadir, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Menurutnya, pasangan panda itu perlu diberi dengan nama yang lebih menggambarkan identiti tempatan bagi menarik minat orang ramai menyaksikan haiwan itu dan mengunjungi Zoo Negara.
Pasangan panda gergasi yang menjadi simbol hubungan diplomatik 40 tahun antara Malaysia dan China itu tiba di negara ini pada 21 Mei lalu dan akan berada di sini untuk sedekad menerusi Program Penjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi.
Melalui program perjanjian ditandatangani pada 2012 itu, Malaysia berpeluang menjalankan penyelidikan konservasi panda gergasi selain dapat membangun dan melatih kepakaran tempatan.
Kedua-dua haiwan masing-masing berusia tujuh tahun itu dikuarantin kira-kira sebulan di tempat khas yang siap dibina di Zoo Negara.
Najib menarik perhatian bahawa projek konservasi panda itu adalah kerjasama dua hala antara Malaysia dan China dan ia merupakan penghormatan buat Malaysia selain mencerminkan hubungan erat kedua-dua negara.
“Saya difahamkan sehingga kini, China menghantar hanya 23 ekor panda ke 14 buah negara sahaja. Justeru, sudah pasti penghantaran ini menjadi simbol persahabatan yang kukuh bagi kedua-dua negara sejak zaman dahulu lagi,” katanya.
Mengenai pembinaan pusat konservasi panda gergasi itu yang menelan belanja RM25 juta, Najib berkata, ia wajar memandangkan jumlah perdagangan antara Malaysia dan China yang berjumlah AS$200 juta pada 1974 meningkat kepada lebih AS$106 bilion tahun lalu.
Abang Ngah memang hebat!
Oleh Asmah Rusman
Puchong: “Saya bersyukur dan tidak sangka Abang Ngah (Muhammad Naqiuddin Rashid) begitu bertanggungjawab dan sanggup mendukung dan menyelamatkan adiknya,” kata Karniyurtini Ishak, 35, ibu kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dan bayi empat bulan yang dilarikan penjenayah bersama keretanya pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa, Naqiuddin dan Muhammad Thaqiff itu dilarikan seorang penjenayah ketika ibu mereka sedang menghantar dua lagi anaknya berusia tiga dan tujuh tahun ke rumah pengasuh di Taman Puchong Perdana, di sini.
“Ketika kereta itu lesap dari pandangan, saya hanya mampu menangis dan benar-benar buntu memikirkan nasib dua anak yang berada di dalam kereta itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Putra Perdana di sini.
Menurutnya, dia tidak menyangka Naqiuddin begitu berani dan sanggup mengambil risiko walaupun perwatakannya pendiam.
Menurutnya, dia tidak menyangka Naqiuddin begitu berani dan sanggup mengambil risiko walaupun perwatakannya pendiam.
KARNIYURTINI dan Rashid bersama anak mereka melihat laporan Harian Metro, semalam.
“Semua orang yang mengenali Abang Ngah (Naqiuddin) bimbang dan risau memikirkan tindakannya bersama adik yang masih kecil.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Korea Utara larang tayang The Interview
PYONGYANG - Korea Utara memberi amaran bahawa penyiaran filem komedi terbaharu Amerika Syarikat (AS) tentang komplot untuk membunuh pemimpinnya, Kim Jon-un merupakan satu tindakan perang.
Seorang jurucakap Kementerian Korea Utara menyatakan semalam bahawa AS akan berdepan tindak balas yang tegas dan kejam sekiranya tidak menghalang penayangan filem itu.
Jurucakap berkenaan tidak menyebut nama filem tersebut tetapi beliau jelas merujuk kepada The Interview yang dibintangi oleh Seth Rogen dan James Franco.
"Penayangan filem itu akan dianggap sebagai tindakan berperang dan tidak boleh diterima," katanya.
Korea Utara kerap menyalahkan kerajaan asing berhubung kandungan negatif media mengenai negara komunis itu.
Pyongyang pernah memberi amaran kepada Seoul supaya menghalang akhbarnya daripada memperlekeh atau mengkritik kepimpinan Jong-un.
Beberapa selingan filem tersebut telah diterbitkan dengan ia dijadual ditayangkan di pawagam seluruh AS pada Oktober depan.
Bapa Jong-un iaitu mendiang Kim Jong-II merupakan seorang peminat filem. Beliau pernah mengarahkan penculikan pengarah dan penerbit Korea Selatan, Shin Sang-ok pada 1978.
Sang-ok menghabiskan masa beberapa tahun menerbitkan filem untuk Jong II sebelum berjaya melarikan diri. - AP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz35hGb0Z2Y
Hakcipta terpelihara
AS beku lebih banyak bantuan kepada Thai
WASHINGTON 25 Jun - Amerika Syarikat (AS) menggantung lebih banyak bantuan kepada Thailand ekoran tindakan tentera merampas kuasa bulan lalu dan mempertimbangkan untuk mengubah lokasi latihan utama ketenteraan di negara itu.
Pegawai Jabatan Negara AS, Scot Marciel berkata, sebanyak AS$4.7 juta (RM15.1 juta) bantuan berkaitan keselamatan kepada Bangkok telah disekat, hampir separuh daripada AS$10.5 juta (RM33.74 juta) dana yang disalurkan kepada sekutu lama Washington itu setiap tahun.
Katanya, AS telah membekukan bantuan sebanyak AS$3.5 juta (RM11.2 juta) sehari selepas tentera Thailand merampas kuasa pada 22 Mei lalu selain menggantung program latihan persenjataan yang dibiayai untuk polis Thailand.
"Washington juga mempertimbangkan untuk menukar lokasi latihan ketenteraan Cobra Gold, satu daripada latihan terbesar tentera AS di Asia yang dijalankan bersama Thailand sejak 1980 melibatkan kira-kira 13,000 anggota sekutu di rantau itu," ujarnya. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140626/lu_08/AS-beku-lebih-banyak-bantuan-kepada-Thai#ixzz35h8yJLSB
© Utusan Melayu (M) Bhd
"50 Ekar Tanah Di Sungai Petani Untuk Litar Lumba …"
Tonton "50 Ekar Tanah Di Sungai Petani Untuk Litar Lumba …" di YouTube - 50 Ekar Tanah Di Sungai Petani Untuk Litar Lumba …:http://youtu.be/4Tjx5Lj6LiU
Satu lagi janji PRU13 ditepati apabila YAB Dato' Seri Hj Mukhirz Tun Mahathir, MB Kedah mengumumkan pembinaan Litar Lumba diatas sebidang tanah berkeluasan 50 ekar di Sungai Petani
Pengumuman dilakukan YAB MB Kedah setelah selesai mempengerusikan mensyuarat EXCO di Wisma Darulaman petang tadi.
Subscribe to:
Posts (Atom)