Monday, April 15, 2013
6 PESANAN BUAT ISTERI
1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena
duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat.
2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman
Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh
yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.
3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak
mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium
Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya
tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."
4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.
Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.
5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari
syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air
masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan
kepada Allah swt atas wanita tersebut.
6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah
di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk
solat dia sendiri.
Pakar diari hati : Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan.

NAMA DIA RA'AD YANG BERFAHAMAN SYIAH
PENIPU BESAR INI JUMPA MAHATHIR,NAJIB,ANWAR,NIK AZIZ UNTUK DAPAT PENGARUH.DIA BUKAN ULAMAK.DIA NI DAH PERNAH KENA BUANG DARI DARUL QURAN BEBERAPA TAHUN YANG LEPAS..TETIBE MUNCUL DENGAN MEMBAWA GELARAN HABIB DAN AL-JAILANI..NAMA DIA RA'AD YANG BERFAHAMAN SYIAH..SILA DAPATKAN MAKLUMAT DARI ANA ATAUPUN PELAJAR2 DARUL QURAN YANG PERNAH BERSAMA DENGANNYA..:-)
Buku baru Zunar, edisi PRU, tajuk INI-KARTUN-LAH!
Buku baru Zunar, edisi PRU, tajuk INI-KARTUN-LAH! Pre-order sekarang di link inihttp://www.zunar.my/shop/ cartoon-books/ ini-kartun-lah/
atau cal/sms 016 6859963
atau cal/sms 016 6859963
Air percuma antara tawaran PR kepada rakyat Johor
Harakahdaily, | 15 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat Johor kelmarin melancarkan manifesto antara lain menawarkan 10 meter padu air percuma kepada pengguna domestik negeri itu jika diberi mandat mentadbir negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.
Manifesto yang dimuatkan dalam buku setebal 24 muka surat itu juga turut menawarkan pengurangan cukai harta bagi kediaman kos rendah dan sederhana serta penurunan kadar cukai tanah.
Manifesto bertemakan Johor Maju dan Berkebajikan itu dilancarkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sebuah hotel di sini.
Turut hadir, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr. Mahfodz Mohamed, Pengerusi DAP Johor Dr. Boo Cheng Hau dan Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng.
Selain itu, turut ditawarkan Skim Takaful Warga Emas sebanyak RM2,500 dengan wang tersebut diberikan kepada waris warga emas yang meninggal dunia.
Bagi anak yang dilahirkan di Johor pula mereka akan diberikan bayaran RM100 dan apabila mencapai usia 18 tahun, mereka akan mendapat bayaran RM1,500.
Tawaran lain yang dikemukakan ialah bantuan RM1,000 untuk anak kelahiran Johor yang layak melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dan menyediakan Tabung Anak Muda Sejahtera bagi program pembangunan belia niaga.
Pakatan juga komited untuk mewujudkan 40,000 peluang pekerjaan dalam masa dua tahun kepada rakyat negeri ini termasuk mewujudkan projek Ladang Sejahtera.
Gaji minima RM1,100 sebulan untuk kakitangan kerajaan negeri juga akan diperkenalkan, serta menghapuskan kompaun letak kereta tertunggak serta perkhidmatan WiFi percuma di bandar utama.
Tempoh perkhidmatan jawatan Menteri Besar dua penggal akan diperkenalkan dengan mengutamakan aspek keadilan, integriti dan akauntabiliti.
Selain itu, polisi Satu Keluarga Satu Rumah, mewujudkan tabung untuk ibu tunggal dan ibu tinggal dengan menyediakan bantuan modal pusingan dan menawarkan RM1,000 bagi setiap pasangan yang menyertai majlis perkahwinan berkelompok bagi semua kaum.http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/18297-air-percuma-antara-tawaran-pr-kepada-rakyat-johor

Rafizi Pulak Saman Papa Gomo
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mahu menyaman pemblog kontroversi, Papa Gomo atas alasan telah memfitnah beliau, kononnya pernah dipecat oleh Petronas.
Menurut Rafizi, beliau telah mengarahkan peguamnya, Razlan Jalaluddin untuk mengemukakan surat tuntutan terhadap Papa Gomo secepat mungkin untuk memulakan proses undang-undang.
"Saya percaya Papa Gomo akan mencari pelbagai alasan untuk tidak menerima surat tuntutan tersebut termasuk menafikan Wan Muhanad Azri Wan Deris sebagai Papa Gomo.
"Malah tindakan mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh juga adalah helah beliau untuk meletakkan orang lain yang akan mengaku sebagai dirinya bagi mengelak tindakan saman ini," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.
Penjelasan Rafizi boleh dibaca melalui blognya :http://rafiziramli.com/2013/04/perletakan-jawatan-petronas/

Anwar umum calon PKR Parlimen dan DUN Selangor
KUALA LUMPUR: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan senarai calon parti yang akan bertanding di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), pada Majlis Pengisytiharan Calon Keadilan Negeri Selangor di Keramat AU2, Hulu Kelang, di sini.
Berikut adalah senarai penuh calon:
Parlimen:
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali - Gombak
Manivanam Govindasamy - Kapar
Abdullah Sani - Kuala Langat
Sivarasa Rasiah - Subang
Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Wong Chen - Kelana Jaya
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli - Pandan
Zuraida Kamaruddin - Ampang
William Leong - Selayang
Khalid Jaafa - Hulu Selangor
Dr Aziz Bari - Sabak Bernam
Dewan Undangan Negeri (DUN):
Kota Damansara - akan dimaklumkan esok
Tan Sri Khalid Ibrahim - Pelabuhan Klang
Nik Nazmi Nik Ahmad - Seri Setia
Borhan Aman Shah - Dengkil
Suhaimi Shafiei - Seri Muda
Dr Xavier Jayakumar - Seri Andalas
Dr Daroyah Alwi - Sementa
Rodziah Ismail - Batu Tiga
Dr Yaakop Sapari - Kota Anggerik
Elizabeth Wong - Bukit Lanjan
Haniza Talha - Taman Medan
Hamidi A Hassan - Semenyih
Amir Shaari - Batu Caves
Gan Pei Nei - Rawang
Tengku Marziah Tengku Sulaiman - Kuang
Ramachandran - DUN Batang Kali
Dr Idris Ahmad - Ijok
Manickavasagam - Bukit Malawati
Yahya Sahari - Permatang
Mohamed Azmin Ali - Bukit Antarabangsa
Ayah curang pada ibu
Saya remaja berusia belasan tahun dalam dilema bagi mencari jawapan mengenai sikap ayah yang berubah sejak kebelakangan ini.
Saya dapati, setiap malam ayah akan menghantar mesej melalui telefon bimbitnya. Mulanya saya percaya ayah melakukannya atas dasar kerja, namun akhirnya saya dapati ia adalah mesej kepada perempuan lain.
Saya cukup terkejut dan rasa tergamam melihat kandungan mesej itu yang jelas sangat mesra. Rasa sakit hati lebih memuncak kerana tahu ayah curang pada ibu.
Kerana itu saya mula membenci ayah dan merasakan semua lelaki begitu. Ayah seorang pemimpin dan sepatutnya menunjukkan contoh yang baik.
Ibu saya seorang guru dan dia sangat baik serta lemah lembut. Dia melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di sebuah institusi pengajian tinggi awam.
Saya tahu ibu terbeban dengan segala tanggungjawab, tapi pada masa sama tidak sanggup ayah terus membohongi ibu.
Malah, saya takut menerima kemungkinan ayah akan berkahwin lagi. Ayah memang baik tapi bila tembelangnya pecah, saya tidak percaya lagi padanya.
ANAK BIMBANG,
Johor.
Pola keluarga yang bahagia kini adik lihat terancam akibat tingkah laku ayah yang kerap menghantar mesej melalui telefon bimbitnya. Bentuk ancaman ini memberi kesan kepada adik serta ibu. Seboleh-bolehnya adik ingin mengekalkan pola keluarga sedia ada kerana merasa selesa dengannya. Sebagai anak, sememangnya adik akan merasa sedih jika perkahwinan ibu bapa tidak bahagia.
Oleh kerana setiap orang ingin disayangi dan menyayangi, ayah adik menggunakan medium telefon bimbit untuk memenuhi perasaan kasih sayangnya.
Berhubungan melalui telefon kini dilihat antara cara mudah untuk memenuhi keinginan sayang antara dua insan. Ini menerangkan mengapa ayah berhubung mesra dengan wanita lain, iaitu ingin memenuhi keinginan untuk disayangi dan dipunyai.
Sejauh mana seriusnya hubungan mereka masih lagi menjadi tanda tanya kerana apa yang adik ketahui hanya melalui kata-kata sayang antara mereka.
Tindakan ayah tidak melambangkan tingkah laku semua lelaki. Merasa takut kepada satu tingkah laku akan menjerat adik dalam perasaan tidak keruan.
Soal curang berlaku kepada lelaki atau perempuan juga tanpa mengira jawatan sama ada seorang pemimpin atau tidak. Membenci hampir semua lelaki kerana perbuatan ayah yang adik lihat sebagai curang tidak membantu membina emosi dan pemikiran positif.
Sebagai ketua keluarga dan pemimpin, ayah mempunyai ciri-ciri baik seperti suka menolong dan memberi nafkah kepada keluarga. Sama-samalah kita harapkan ciri ini tidak akan berubah.
Apa yang berlaku antara ayah dan ibu adalah urusan rumah tangga mereka. Ibu boleh berbincang dengan ayah mengenai perkara ini agar mereka dapat menyelesaikan masalah berdua. Selalunya, seorang isteri dapat membaca hati dan mengagak tingkah laku curang suaminya.
Sebagai anak, sewajarnya adik inginkan perkahwinan mereka bahagia. Adik boleh mendoakan kebahagiaan perkahwinan mereka dan terus menjalankan tugas adik sebagai anak dengan baik. Tumpukan perhatian adik kepada pelajaran dan sentiasa berdoa akan kebahagiaan perkahwinan ibu dan ayah.
Perbicaraan Mubarak kecoh, hakim tarik diri
15 April 2013
KAHERAH - Perbicaraan semula bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Hosni Mubarak bertukar tegang dan kecoh apabila hakim bertindak menarik diri, kelmarin.
Hakim Mostafa Hassan Abdallah membuat pengumuman penarikan diri sebaik perbicaraan semula berlangsung di Akademi Polis pinggir Kaherah.
Sejurus pengumuman itu, satu kekecohan berlaku di luar kamar mahkamah membabitkan puluhan anti-Mubarak menjerit dan sebagai tanda tidak berpuas hati.
Tegas peguam sivil, kesemua yang hadir pada perbicaraan semula Mubarak menginginkan bekas presiden itu dijatuhi hukuman mati.
Sementara itu, bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Habib al-Adly dan bekas ketua keselamatan Mubarak, dituduh berkomplot untuk membunuh penunjuk perasaan yang melancarkan protes menggulingkannya pada 2011.
Mubarak, al-Adly dan empat pegawai kanannya dituduh terlibat dalam pembunuhan lebih 800 penunjuk perasaan pada hari ke-18 kebangkitan rakyat Mesir.
Bekas Presiden Mesir itu dipenjarakan sejak Jun lalu sekali gus menjadi pemimpin pertama menyebabkan kebangkitan rakyat dan muncul sebagai pemimpin tunggal dibicarakan secara individu, menurut laporan Al-Jazeera.

19 terbunuh letupan bom di Somalia
MOGADISHU 15 April - Seramai 19 orang terbunuh di tengah bandar Somalia semalam dalam kejadian letupan bom yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan militan yang mempunyai kaitan dengan militan al-Qaeda.
Kejadian letupan tersebut berlaku di luar bangunan Mahkamah Tinggi selepas bangunan tersebut diserbu oleh sekumpulan lelaki bersenjata.
"Kira-kira tujuh lelaki yang berpakaian seragam tentera memasuki bangunan tersebut sebelum bom tersebut meletup. kami sangkakan mereka tentera kerajaan," kata saksi, Aden Sabdow yang bekerja di pejabat daerah.
Katanya lagi, selepas kesemua lelaki memasuki bangunan itu satu letupan kuat berlaku. - REUTERS
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130415/lu_02/19-terbunuh-letupan-bom-di-Somalia#ixzz2QUFEy5gI
© Utusan Melayu (M) Bhd
PEYOKONG MCA BANTAH TINDAKAN UMNO MERAMPAS KERUSI MCA SEWENANG-WENANGNYA
PEYOKONG MCA BANTAH TINDAKAN UMNO MERAMPAS KERUSI MCA SEWENANG-WENANGNYA. BANTAHAN DJANGKAKAN SEMAKIN HANGAT MENJELANG PENGUMUMAN CALON OLEH NAJIB HARI SELASA NI (16 APRIL 2013).
MCA dah bersuara.. UMNO diam membisu.. Sepakat lah sangat eh? Kenapa x keluar berita kat TV? Kalau boleh TV3suku interview le sekali dan tayangkan pada umum.. Maklum la, pengundi BN nak gak tau apa cerita sebenar...
Ni baru kat Serdang, belum Johor lagik.. Bila dah diambang kejatuhan, macam2 yg UMNO buat sampai kawan sebantal sendiri mengamuk! Kah kah kaaaaaaaaaaaaaahh!!

AS komited bantu Jepun hadapi ancaman Pyongyang
TOKYO - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry semalam memberitahu Jepun bahawa AS akan melindungi negara itu daripada serangan Korea Utara.
Beliau membuat kenyataan itu selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Jepun, Fumio Kishida di sini.
Beberapa pelancar peluru berpandu Patriot telah diletakkan di Kementerian Pertahanan Jepun di sini sebagai persediaan untuk menghadapi serangan daripada rejim Pyongyang.
"Pihak AS komited sepenuhnya untuk mempertahankan Jepun," kata Kerry pada sidang akhbar bersama Koshida di sini.
Kenyataan Kerry tersebut dibuat selepas agensi berita Korean Central News Agency menyatakan pada Jumaat lalu bahawa sebarang percubaan Jepun untuk menembak jatuh peluru berpandu milik Korea Utara akan menyebabkan negara matahari terbit itu akan menjadi sasaran serangan nuklear.
Kerry kini dalam lawatannya ke Asia selama 10 hari.
Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe akan mengadakan pertemuan dengan Kerry pada hari ini.
Terdapat spekulasi bahawa Korea Utara akan melancarkan sebuah peluru berpandu pada hari ini.
"Kerajaan akan melakukan yang paling terbaik untuk melindungi nyawa dan keselamatan rakyat Jepun," kata Abe kepada pemberita di Iwo To semasa beliau menghadiri majlis memperingati askar-askar Jepun yang terkorban dalam peperangan.
Korea Utara sebelum ini mengancam untuk melancarkan perang nuklear ke atas Korea Selatan dan Jepun selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengadakan sekatan barang mewah ke negara itu pada bulan lalu. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0415&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2QTkYdjkV
Hakcipta terpelihara
Subscribe to:
Posts (Atom)