Tuesday, February 19, 2013

Kanak-kanak jadi mangsa bom Assad

The first recieved photos from the shelling on Aleppo with ballistic missiles, tonight!

ceramah siap ada cabutan bertuah ...adoyaiiiii

Kahkahkahkahkah....x ble blah....ceramah siap ada cabutan bertuah ...adoyaiiiii 

TEKANAN PADA UMNO/BN MAKIN HARI MAKIN HEBAT...

..
Tidak pernah berlaku dalam sejarah politik negara apabila bekas- bekas pegawai tinggi tentera kini menyatakan sokongan terbuka terhadap Pakatan Rakyat.
Ia ternyata memberi tamparan hebat kepada Umno Barisan Nasional yang semakin hilang sokongan ketika bahang kempen pilihan raya umum 13 mula dirasai.
Mereka adalah Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, yang juga bekas Panglima Angkata Tentera Darat Malaysia, Briged Jeneral Datuk Abdul hadi Abdul Khatab dan Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat).

Keempat-empat mereka semalam memberikan ucapan penuh semangat di hadapan lebih 3,000 rakyat di Ceramah Perdana Jelajah Merdeka Rakyat, Taman Rekreasi, Keramat Wangsa.

Turut hadir dan memberikan pidato, Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Antara isu yang ditimbulkan bekas-bekas pegawai tinggi tentera terbabit adalah penyelewengan dalam pembelian senjata melalui tender rundingan terus seperti disuarakan Abdul Ghafir Abdul Hamid.
Beliau turut mempersoalkan RM75 bilion peruntukan untuk tentera yang lesap sejak mula berkhidmat dalam pasukan itu sehingga bersara pada 2005.
Abdul Hadi dalam ucapannya pula mengajak 250,000 bekas pesara tentera melakukan perubahan dengan menumbangkan Umno BN pada PRU 13 akan datang.
Beliau turut memetik penyelewengan dalam pembelian kapal selam Scorpene dan mencabar Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan dalang kehilangan enjit pesawat TUDM pada 2007.
Perkara sama turut disuarakan Imran Abd hamid yang mengakui tahu tentang selok belok penyelwengan kewangan yang berlaku dalam tentera laut setelah 37 tahun berkhidmat bersama pasukan itu. —

14 Hari Tamat : Kerajaan Negeri Umum Langkah Seterusnya Ambilalih Industri Air.



Dua minggu lepas, Kerajaan Negeri telah menghantar surat tawaran harga untuk mengambilalih empat syarikat konsensi yang mengurus perkhidmatan air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dan tempoh tawaran telah tamat hari ini.

Di bawah sesuatu perjanjian pada 2004, perkhidmatan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diswastakan dan diuruskan oleh Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash), dan Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abass).

Ketiga-tiga syarikat diatas mengurus loji rawatan air manakala Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dipertanggungjawabkan untuk mengurus pengedaran air terawat.

Walaubagaimanapun, penerimaan tawaran tertakluk kepada kata putus Kerajaan Persekutuan.

Minggu lepas, Kerajaan Negeri berkata ia akan memohon semakan kehakiman sekiranya Kerajaan Persekutuan enggan memberi kerjasama dengan meluluskan pengambilalihan tersebut.

Hari ini Abdul Khalid berkata, sekiranya tawaran harga kepada empat syarikat konsensi ditolak, pihaknya akan membawa perkara itu ke badan timbang tara antarabangsa.

Pengumuman tentang langkah-langkah tersebut akan dibuat selepas majlis mesyuarat kerajaan negeri Rabu ini
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

P/S : Rakyat boleh menilai sendiri apa itu isu air di Selangor.. Kerajaan Persekutuan terus bisu..

Rakan Sepejuang Kita Respect BRO....kalau macai nampak gambar ni mesti kata edit...hahahaha...

Kerajaan UMNO Boros...kita mampu mengubahnya

 

Kesian kat lembu UMNO



Salam semua...

Mak Long hang cukup berkenan ngan budak Ezam neh... kalau boleh menantu dia pun nak cari muka macam Ezam, kiut dia kata... Tapi tu duluuuu... Zaman Ezam cakap keluaq api, zaman Ezam dokong reformasi.

Tapi la ni dak dah malah Mak Long hang cukup kesian pulak kat Ezam... Lembik macam tak cukup karan, sengau macam terlebih belacan. Mak Long hang kata Umno nih penaya dia betoi-betoi laa... sampai makam terpaksa tebaikan kulit muka demi sesuap nasik dari ayaq tangan Umno.

Sejak Ezam mula melutut balik kat Umno, maruah dia sebagai hero zaman reformasi dah berkuboq sebenaqnya, jauh terpelanting dalam longkang yang berdanok... Dia hanya sorang lagi pencacai belaan bawah ketiak Najib dan suaminya... Tapi tentu dia berbangga gila, nama dia sebarih dengan dua anak Ali... Hassan Ali ngan Ibrahim Ali... hehe...

Pak Long konfiden gila, Umno dah silap besaq masa depa buat pelaburan offer Ezam ngan gaji Senator tuh... Tak berbaloi langsung dengan apa yang Umno dapat. Debat taik kucing dia mengkalu setakat menyalak sorang-sorang ataih lori ikan.

Baru-baru neh - 15 Feb 2013, depa buat lagi "DEBAT" RAKYAT kat Padang Rekreasi Rakan Muda, Taman Seri Andalas. Kononnya debat hebat antara Ezam ngan Hassan "Jom Tolak Pakatan", tup-tup... Hassan tak mai tinggai la Ezam sengsorang. Dia la pencadang, dia la pembangkang... boddo sungguh Pak Long tengok.

Kesian betoi kat budak Ezam neh kan...??

Teringat Pak Long kata-kata sempoi dari Saidina Ali Abi Talib:
Teman manusia yang sebenaqnya adalah akai dan musuhnya yang paling celaka adalah jahil...

Wassalam...

Polis berat sebelah

 15 Februari 2013, sekitar jam 11 pagi, seramai 50 orang mahasiswa Gerakan Mahasiswa PRU 13 (GM13) menuju ke Sungai Miang, DUN Peramu Jaya untuk menjalankan aktiviti ziarah mesra bersama penduduk di sana dan aktiviti edaran Surat Harapan Mahasiswa.Namun, kami telah dihalang oleh penduduk kampung dengan sekatan jalan raya dan pihak kami tidak dibenarkan daripada memasuki kawasan Sungai Miang. Walaupun rundingan telah dibuat beberapa kali, namun mereka tetap berkeras untuk tidak membenarkan pihak kami daripada memasuki kawasan Sungai Miang.

Oleh demikian, pihak kami akur dengan keputusan itu untuk beredar secara damai.Sekitar jam 2 petang selepas solat Jumaat, kami telah mengedarkan risalah kepada masyarakat di Masjid Ketapang, Masjid Kg Padang Polo dan Masjid Besar Pekan Lama.

Kami dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk mengedar Surat Harapan Mahasiswa dan risalah mahasiswa ke tiga masjid tersebut.Tiada sebarang provokasi dan kekacauan yang berlaku, malah masyarakat di masjid tersebut menerima dengan baik risalah yang kami edarkan dan mereka turut memberi kata-kata semangat kepada kami semua.

Edaran risalah berjalan dengan lancar di semua masjid tersebut.Selepas itu, sekitar jam 3 petang, kami berkumpul berpusat di Masjid Besar Pekan Lama untuk terus menuju ke bangunan Mara,berhadapan dengan Pasar besar bandar Pekan.Kami dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk mengedar risalah mahasiswa dan Surat Harapan Mahasiswa kepada penduduk setempat.Salah satu kumpulan kami yang terdiri daripada Adam Adli, Mohd Bukhairy, Shukri Kamarudin dan beberapa yang lain telah ditahan oleh beberapa individu yang tidak dikenali yang dilihat datang dari Bangunan Umno bahagian Pekan dan salah seorang daripada mereka memakai baju yang tertera ‘Pejabat Ahli Parlimen Pekan’ dan berlogo 1Malaysia.

Risalah kami telah dirampas, lalu mereka terus membakar risalah yang dirampas itu dan mereka meninggikan suara kepada kami.Mereka juga menarik serta mencekik Adam Adli secara kasar.Kami tidak diberi ruang untuk menerangkan idea dan agenda kami, malah telefon bimbit dan kamera kami turut cuba dirampas ketika kami ingin merakamkan kejadian yang berlaku. Kami terus ditengking dan dihalau oleh mereka dengan kata-kata, “Jangan hina PM kami!!”Kemudian kami semua berkumpul dihadapan bangunan kedai yang berdekatan dengan Pasar Besar Pekan. Dua orang mahasiswa iaitu Mohd Alif Asyraf dari UPSI dan Ahmad Saufi dari KUIS telah dirampas dompetnya.

Meteka dengan jumlah hampir 100 orang telah mengepung, memaki dan menjerit di hadapan kami, mendesak kami untuk terus balik ke Kuala Lumpur dan mengeluarkan kata-kata kesat seperti “Ini tempat PM kami, kami akan jaga dan kawal tempat ini. Korang semua boleh berambus!”.Selepas itu, beberapa orang mahasiswi, antaranya Fatehah Ahmad dari UPM dan Noor Afifah Jamaludin dari UM telah ditarik tudung dan baju mereka oleh samseng tersebut untuk merampas risalah yang ada pada tangan mereka.

Kehadiran dua orang anggota polis, tidak mampu membuat apa-apa. Ekhsan Bukharee dari Unisel dan Sheikh Omar dari UniKL turut dikasari dengan ditumbuk di bahagian kepala dan di tendang di kaki oleh beberapa orang samseng yang dilihat datang secara berkumpulan dari Bangunan Umno Bahagian Pekan yang berada berhampiran dari tempat kejadian.

Salah seorang daripada mereka juga telah mengarahkan kami untuk membuka salah sebuah kereta siswa yang telah diekori mereka dan mereka telah merampas dua buah kotak risalah serta Surat Harapan Mahasiswa dan semua risalah serta surat tersebut telah dibakar oleh mereka.Kami terus didesak untuk keluar dari Parlimen Pekan dan mereka terus nekad untuk mendesak kami keluar dari Pekan pada hari ini juga. “Aku tak nak tengok kau kat Pekan ni lagi, berambus bodoh!” kata salah seorang dari mereka.

Selepas dikepung oleh samseng-samseng itu selama hampir dua jam, maka kami terus bergegas ke tempat penginapan sambil diekori oleh mereka.Sejurus tiba di tempat penginapan di Madrasah al Husna, Bandar Pekan, tempat penginapan kami terus dikepung oleh mereka dengan anggaran 10 buah kereta dan jalan keluar-masuk ke kawasan tersebut juga telah disekat dan mereka tetap menginginkan kami untuk keluar dari Pekan pada waktu itu juga.

Selepas kami melakukan perbincangan bersama masyarakat setempat yang banyak membantu kami selama kami berada di Pekan, kami mengambil keputusan untuk terus balik ke Kuala Lumpur kerana khuatirkan keselamatan siswa-siswa yang telah diserang oleh samseng selama empat hari berturut-turut selama kami berada di Parlimen Pekan dan mengambil langkah berjaga-jaga kerana khuatir sesuatu yang lebih buruk akan berlaku kerana samseng-samseng yang menyerang kami telah memberi amaran untuk melakukan sesuatu yang lebih buruk jika kami tidak keluar dari kawasan Parlimen Pekan.

Kami bertolak balik ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas persiaran dan dua buah kereta mahasiswa sambil diiringi oleh dua buah kereta peronda polis dan hampir 10 buah kereta penduduk setempat pada sekitar jam 10 malam.

Rakyat sendiri dibunuh digantung,orang luar dibebas



Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar kumpulan warga asing bersenjata yang dikepung pihak berkuasa di Lahad Datu, Sabah ditangani dengan keras seperti tindakan ke atas kumpulan al-Maunah dalam insiden tahun 2000 di Sauk, Perak.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim memberi alasan, situasi yang berlaku di Kampung Tandou, Lahad Datu itu tidak banyak berbeza dengan peristiwa di Bukit Jenalik itu.

"Jika kes Sauk boleh diklasifikasi sebagai 'melancarkan atau cuba melancarkan perang ke atas Yang Di-Pertuan Aong atau Yang Di-Pertua Negeri', yang merupakan kesalahan ke atas Negara, maka rakyat boleh menuntut agar undang-undang sama dikenakan ke atas penceroboh Sulu ini.

"Jika rakyat kita sendiri terlibat dalam insiden Sauk boleh dilucutkan senjata atau dibunuh oleh pasukan keselamatan dan kemudiannnya didakwa di mahkamah dan beberapa orang daripadanya dihukum gantung, maka rakyat berhak untuk menyuarakan kemarahan mereka sekiranya perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak) yang menjadi menteri pertahanan semasa insiden Sauk, menangani penceroboh ini dengan tindakan ringan," katanya.

Katanya, peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, yang bertindak sebagai ketua pendakwa dalam perbicaraan kes melibatkan kumpulan al-Maunah, seharusnya menasihati Yang Di-Pertuan Agong dan perdana menteri berhubung peruntukan undang-undang dalam menangangi kumpulan di Lahad Datu.

Tambahnya, Abdul Gani "pasti dapat mengingati ramuan untuk membuktikan kes yang berlaku di kampung halamannya".

Beliau juga memberi amaran bahawa golongan yang cuba mengeksploitasi insiden Lahad Datu untuk kepentingan politik Najib tidak akan berjaya berbuat demikian.

"Sekiranya tindakan yang diambil ke atas penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datuk kurang berat berbanding tindakan ke atas rakyat kita sendiri dalam insiden Sauk, maka tindakan berkenaan akan dianggap memalukan, khianat, dan pengecut oleh perdana menteri," katanya lagi dalam satu tulisan hari ini.

-malaysiakini.

"PAS Sanggup Bubar Jika Umno Ikut Islam"



Itulah ungkapan yang pernah keluar dari mulut Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat suatu ketika dulu.. 

Ini membuktikan betapa "ikhlas dan jujurnya" Tok Guru dalam menegakkan Islam sebenar yang lebih adil untuk semua..

Namun Umno ini sudah jauh tersimpang dari ajaran Islam yang sebenar, terlalu sukar untuk diselamatkan lagi..

Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau sanggup mencadangkan agar PAS dibubarkan sekiranya Umno benar-benar mengikuti landasan Islam.

"Sudah berkali-kali saya sebutkan kepada pemimpin Umno agar tinggalkan perjuangan kebangsaan dan terimalah perjuangan Islam. Kalau hari ini Umno berbuat demikian, maka hari ini juga saya sanggup bubar PAS untuk sama-sama berjuang Islam dengan Umno."

"Namun sampai sekarang mereka tidak sanggup mengubah dasar parti Umno itu kepada dasar Islam! Di manakah duduknya roh Islam dalam Umno? Saya tanyakan persoalan ini untuk dijawab oleh seluruh umat Malaysia."

Sementara itu kelmarin Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din pula berkata sudah lebih 50 tahun Umno diberi amanah menjadi kerajaan di Malaysia, Umno gagal melaksanakan Islam yang sebenar di Malaysia.

Kisah Mahasiswa Yang Ditarik Tudung Oleh Samseng Umno



Walaupun masih terkejut dan sedikit trauma dengan apa yang berlaku sewaktu bersama Gerakan Mahasiswa PRU13 - GM13 di Pekan, saya tetap berasa terpanggil untuk memperbetulkan beberapa kenyataan yang dibuat dalam akhbar online. http://www.malaysiakini.com/news/221493

1. Saya tidak pernah sama sekali mengedarkan risalah anti-BN, saya malahan hanya menyerahkan surat harapan dari mahasiswa kepada rakyat. Saya kurang senang bilamana didakwa menghasut masyarakat kerana apa yang dilakukan hanyalah berbincang secara ilmiah dan berhujah bersenjatakan idea dan fakta.

2. Saya dikatakan menangis dan ketakutan. Artikel ini tidak sebegitu lengkap sebenarnya sekiranya ia digunakan untuk menggambarkan keseluruhan peristiwa yang berlaku ketika itu. Saya hanya mengeluarkan air mata apabila saya ditengking dan dimalukan di dalam pasaraya tersebut. Saya malahan hampir dicederakan oleh samseng berkenaan apabila beliau menghayun bakul barang dengan sekuat hati kepada saya. Namun alhamdulillah, tindakan itu dihentikan oleh seorang lelaki baik hati yang berani. 

Namun sebab yang paling utama penyebab air mata saya jatuh adalah apabila beliau mula menarik tangan dan tudung saya. Bagi saya itu adalah aurat dan maruah saya yang paling berharga. Kegeraman saya memuncak dan ia dimanifestasikan dengan jeritan untuk menghalang perbuatan mereka serta tangisan tanda sebak juga geram.

3. Kesimpulannya, saya tidak ke sana untuk menghasut. kami hanya bawa idea dan fakta. Ayuh berhujah dengan bijak dan matang.

Saya juga ingin menyatakan dengan tegas bahawa kenyataan saya ini tidak terkandung unsur fitnah. Terlalu banyak manusia yang menjadi saksi peristiwa ini tidak kira pelanggan, pekerja, orang ramai malah mungkin CCTV di pasaraya tersebut. Apa yang tinggal hanyalah keberanian mereka untuk tampil menyatakan kebenaran.

Namun, cukuplah bagi kita membenci perbuatan bukan tuan punya badan.
Saya tetap mendoakan agar mereka sedar bahawa perbuatan mereka itu sebenarnya telah mengguris hati dan maruah saya sebagai wanita Islam. Hijab adalah maruah saya. 

*Nor Fatehah Ahmad. S.U MPP UPM

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/02/kisah-mahasiswa-yang-ditarik-tudung.html#ixzz2L82sO9xv

Kejamnya Assad menyerang rakyatnya sendiri


Lelaki ini kehilangan seluruh ahli keluarganya dalam serangan maslam tadi keatas kejiiranan gunung Badro
dengan missile scud.Tiada perkataan yang dapat menggambarkan keperitan
yang dialami oleh rakyat Syria.

Umno oh Umno

Tengok gambar pun dah tau macam mana perangai sebenar wanita2 Umno ni... takde sifat sopan santun dan perasaan malu sebagai wanita islam langsung

Memang kejam orang Penang

Memang kejam orang Penang. Dah dihidangkan dengan hiburan bertaraf dunia bernilai RM2 juta pun diorang tak mengenang budi. Apa lah sangat sekadar menyebut 'yes' untuk mengambil hati orang yang membayar RM2 juta untuk menghiburkan orang Penang. Tengok apa kesan daripada perkataan 'NO' yang mereka nyatakan sebagai membalas pertanyaan Perdana Menteri. Semua pemimpin berasa Sambutan Tahun Baru Cina tahun 2013 sebagai menyedihkan. Semuanya gara-gara orang Penang...

wakaka

adios 

Surat Jemputan Debat dari YB Nurul Izzah kepada Dato Nong Chik



Surat Jemputan Debat dari YB Nurul Izzah kepada Dato Nong Chik. Kita tunggu apa jawapan beliau. Rasanya sama kot macam ketua dia.

slogan yang paling bangang..

Kerana Sokong Pakatan Rakyat, Bekas Jeneral Di Tuduh Dalang Enjin Jet Hilang


HULU KELANG 17 FEB: Seorang bekas jeneral angkatan tentera udara yang sekarang aktif di dalam PKR difitnah sebagai dalang di dalam kes kecurian enjin jet lima tahun dahulu.

Dipercayai fitnah terhadap Briged Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Al- Khatab dilakukan bagi menakutkan dan mencalar reputasinya supaya beliau berhenti daripada mendedahkan penyelewangan yang berlaku di dalam institusi ketenteraan.

Fitnah tersebut disebarkan melalui risalah pada siri ceramah Jelajah Merdeka Rakyat bersama bekas pegawai tinggi tentera yang lain dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Rekreasi, AU3 Keramat, malam tadi.Risalah tersebut cuba mengaitkan Abdul Hadi dalam skandal dua enjin F-SE jet Northrop yang dicuri dari sebuah pengkalan udara tentera pada tahun 2007.

Kedua-dua enjin tersebut didakwa dijual di pasaran gelap untuk sebuah syarikat di negara Uruguay.“Masa nak datang sini, saya dapat satu risalah fitnah mengenai ketenteraan yang disebar, jangan cuba cabar kesabaran saya, saya tidak gentar dan takut.

”Abdul Hadi mencabar Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya mendedahkan dalang sebenar dalam skandal kehilangan enjin jet F-SE pada tahun 2007 lalu.Beliau juga menuntut penjelasan daripada Panglima Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengenai skandal itu.

"Saya nak beritahu Zahid Hamidi, saya nak tanya kepimpinan angkatan tentera yang ada sekarang, saya nak tanya bekas Panglima Angkatan Tentera yang dah bersara.“Dia bertanggungjawab, saya nak cabar dia, kalau dia berani, jangan permainkan orang, kalau saya takut saya tidak berani berdiri dihadapan ini, cabar saya dimana-mana,” tegasnya.

Sehingga kini mahkamah tidak dapat memberi apa-apa keputusan mengenai kehilangan enjin jet tersebut, kata Abdul Hadi yang merupakan Pengerusi Majlis Rundingan Keselamatan PKR.“Kes seperti Scorpene, pembelian helikopter dan banyak lagi sehingga hari ini tidak ada jawapannya, masa depan negara dan generasi akan datang bergantung pada PRU-13,” katanya dihadapan hampir 4,000 hadirin.

Ceramah itu turut disertai mantan Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, mantan Pengarah KAGAT, Briged Jeneral (B) Datuk Najmi Abdul Hamid, dan Laksamana Pertama (B) TLDM, Imran Abdul Hamid.

Ada ke ulama nak masuk Umno. bak kata Dr Asri .. Ulama masuk Umno Hanyut

Lagi pembongkaran !!! juara isu kalimah ALLAH Umno BN.



Dengan mengupah budak-budak UMNO berlakon sebagai ahli PAS, mereka menganjurkan demonstrasi di seluruh negara kononnya 'ahli akar umbi PAS' menentang orang kafir guna kalimah Allah. Modus operandinya sama... kutuk Guan Eng, Karpal pijak gambar mereka dan kaitkan PAS kononnya tunduk pada kehendak DAP.

Itulah satu-satu isu yang digunakan BN untuk pertahankan kuasa di Putrajaya dengan mengharapkan undi 70 peratus undi Melayu berpihak kepada mereka, setelah 90 peratus undi Cina berpihak kepada Pakatan.

Dari awal isu kalimah Allah adalah isu yang diputarbelitkan. Prinsip PAS sangat jelas BUKAN ISLAM BERHAK GUNA KALIMAH ALLAH TAPI TAK BOLEH DISALAHGUNAKAN DAN GOD TIDAK BOLEH DITERJEMAHKAN KEPADA ALLAH SEBAB TAK MENEPATI MAKSUD.

UMNO, Perkasa dan Jati putarbelit macam mana pun isu tu... PAS tak pernah lari dari prinsip tersebut sejak dulu, kini dan selamanya. Yang berdolak dalik ialah UMNO... sekejap kata orang kafir tak boleh guna kalimah Allah tapi depa juga yang benarkan orang kafir nyanyikan lagi Kedah "Allah Selamat Sultan...." Depa kata Bible tak boleh guna kalimah Allah tapi benarkan Bible Indonesia diimport walau tahu Bible Indonesia sebut kalimah Allah.

Berita dari Kem Tentera yang cuba digelapkan oleh media tunggangan UMNO..


Lumut - Ketika harta Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) digunakan sewenang-wenangnya untuk mengkayakan kroni, seorang isteri anggota maut akibat kerosakan lif di dalam kem mereka.

Isteri seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berumur 38 tahun itu dilaporkan meninggal dunia tengah malam tadi setelah koma dua hari.

Mangsa meninggalkan seorang anak yang berusia lima tahun dan mangsa juga dilaporkan sedang mengandung tujuh bulan.

Beliau koma selepas lif yang dinaikinya di rumah kelamin kem TLDM Lumut tiba-tiba tidak berfungsi dan jatuh dari tingkat lima.

Isteri malang itu koma sejak itu dan dimasukkan ke Hospital Manjung sebelum meninggal tengah malam tadi.

- Mangsa (suri rumah separuh masa) dilaporkan kritikal disebabkan lif putus dari tingkat 5 sekitar pukul 3 petang (hari Khamis)

- Berlaku pendarahan dalaman yang teruk. Koma.

- Tulang rusuk dan tangan patah kerana mangsa jatuh terduduk.

- Otak mangsa pula tidak berfungsi.

- Hantar hospital Manjung. Akhirnya kena tahan ICU selama 12 jam di mana mangsa yang tidak stabil pada masa itu dan kritikal. 100% bergantung pada alat bantuan pernafasan dan ubat untuk menggerakkan jantungnya.

P/S : Duit berbillion dihabiskan untuk beli bermacam-macam peralatan yang mahal tapi kebajikan angkatan tentera tak dijaga..macam mana kabel lif boleh putus...pikirlah sendiri...Takziah kepada keluarga mangsa dan Al-fatihah kepada mangsa...

Laporan Audit 2011 : Kelantan lebih cemerlang berbanding Melaka di bawah BN

Kisah 2 orang cina

KISAH BENAR..

umno tidak berani angkat muka dengan MCA kerana perangai mereka lebih kurang saja..memusuhi Islam! 
DAP pula dimusuhi kerana mereka lebih lunak kepada Islam berbanding melayu umno!

kesimpulan..cina yang berkawan dengan PAS lebih memahami dan hormati Islam berbanding melayu umno yang berkawan dengan MCA..KURANG AJAR DAN SENTIASA MENINDAS GERAKAN ISLAM!

what say you..Setuju?

MACAI UMNO DITANGKAP...CANTAS TIANG BENDERA ....!!!

Sepandai-pandai tangan mencantas akhirnya tertangkap jua....Ini ajar dia...hang cantas hang buang hang ambik balik....kikikiki...KANTOI ! MACAI UMNO DITANGKAP...CANTAS TIANG BENDERA ....!!!

Macai Umno Ini dipaksa kutip semula bendera PAS yg mereka cantas tiangnya setelah diserbu lebih 40 penyokong PAS yg tahu mengenai perbuatan itu....setajam parang cincang bendera Pas akhir macai kena berendam dalam Ban Kuda jua!

Lokasi:Ban Kuda Bagan Serai...

saya tidak pernah bertemu dengan mana-mana orang Islam sebelum saya memeluk Islam

"Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah bertemu dengan mana-mana orang Islam sebelum saya memeluk Islam..."

"Saya hanya membaca al-Quran dan menyedari bahawa tidak seorang pun yang sempurna. Islam adalah sempurna, dan jika kita meniru kelakuan Nabi (Sallallahu alaihi wa sallam), kita akan berjaya..."

- Yusuf Islam (Cat Steven)
 

Baiah cerai isteri tidak wujud



18 Februari 2013

KANGAR - Pas Perlis menafikan wujud sumpah taat setia atau baiah dalam parti itu sehingga sanggup menceraikan isteri dengan talak tiga, sekiranya pemimpin dan ahli lompat parti.

Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin berkata, baiah seperti itu tidak wujud dalam Pas, sebaliknya disalah erti pihak luar.

“Kita tidak buat baiah seperti itu. Yang ada hanya baiah untuk berpegang kepada perjuangan Islam,” katanya.

Menurutnya, baiah dalam Pas berteraskan ketaatan kepada Islam dan kesetiaan kepada pemimpin yang memperjuangkan Islam, semua kepimpinan dan ahli membuat janji itu (baiah) untuk tidak meninggalkan perjuangan.

“Jika individu itu keluar parti bermakna dia mungkir janji. Yang kita tekankan ialah apabila berjanji hendaklah tunaikan, sebab janji itu bukan benda yang lara,” katanya.

Hashim berkata, jika ahli Pas berhasrat keluar parti, individu itu hendaklah menanggung sendiri dosa memungkiri janji itu.

“Dia mungkir janji, itu antara dia dengan ALLAH SWT. Janji ini macam ikrar sahaja, biar ALLAH SWT yang tentukan,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir mendakwa terdapat ahli dan pemimpin Pas tidak dapat menyertai Umno menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana sumpah baiah dilafazkan itu.

Katanya, sumpah itu sebagai jaminan ahli Pas tidak meninggalkan parti dan menyertai parti lain. Jika mereka berdegil dan tetap meneruskan hasrat itu, maka sumpah tersebut akan terjatuh seumpama mereka menceraikan isteri mereka dengan talak tiga.

Dianaktirikan Oleh Kerajaan Pusat . Kerajaan Pusat yg 'suka' membantu melayu .

 Dianaktirikan Oleh Kerajaan Pusat .
Kerajaan Pusat yg 'suka' membantu melayu .

90% rakyat kelantan adalah melayu Islam ...

Jenayah perang di Syria masuki fasa 'luar kawalan'



GENEVA 18 Feb. - Jenayah perang melibatkan pihak tentera dan pemberontak di Syria sudah memasuki fasa di 'luar kawalan' dan semakin radikal, sehingga meningkatkan konflik antara puak, menurut laporan sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hari ini.
Suruhanjaya Antarabangsa Kebebasan yang dilantik PBB dalam laporannya berkata, konflik meruncing di Syria boleh dilihat daripada segi jumlah mangsa yang terlibat sepanjang konflik berlaku.
"Keadaan itu melanggar hak asasi manusia, melibatkan jenayah perang dan perang terhadap kemanusiaan," kata suruhanjaya itu dalam laporan tersebut.
Badan itu turut memberi amaran, kemusnahan dinamik akibat perang saudara di Syria, bukan hanya memberi kesan kepada penduduk, namun menghancurkan jaringan sosial di negara itu, meletakkan generasi akan datang dalam keadaan tidak menentu serta mengancam keamanan dan keselamatan kepada keseluruhan Syria.
Suruhanjaya yang ditubuhkan pada 2011 oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB itu turut dianggotai bekas pendakwa raya jenayah terkenal, Carla del Ponte.
Angka penuh kematian di Syria sukar untuk dinyatakan dengan tepat sejak konflik tercetus pada 2011, namun PBB menganggarkan jumlah korban melebihi 70,000 orang.
Dalam laporan pada Ogos lalu yang dibuat berdasarkan kepada lebih 1,000 wawancara dengan mangsa dan pihak kerajaan, kebanyakan responden menyalahkan kedua-dua belah pihak, meski pun menganggap pemberontak bukan punca utama.
Dalam laporan terkini berdasarkan wawancara dengan kira-kira 450 responden pula, kebanyakan mereka menyatakan keadaan terkini di Syria lebih teruk kerana ia ibarat keganasan di luar kawalan.
"Situasi hak asasi manusia di Syria berterusan merosot. Konflik itu menyebabkan pertelagahan puak meningkat, dengan setiap pihak mula bersikap lebih radikal dan ganas," kata laporan itu.
Laporan itu juga berkata, tentera dan militia melakukan jenayah terhadap kemanusiaan termasuk membunuh, mendera, merogol dan perlakuan-perlakuan lain yang tidak berperikemanusiaan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130219/lu_02/Jenayah-perang-di-Syria-masuki-fasa-luar-kawalan#ixzz2LKK79czu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Operasi tentera perangi Taliban, 21 militan terbunuh



KABUL 19 Feb. - Seramai 21 militan Taliban terbunuh dan 21 lagi ditahan dalam operasi ketenteraan yang dilancarkan di seluruh Afghanistan sepanjang tempoh 24 jam lalu.
Kementerian Dalam Negeri dalam kenyataannya berkata, operasi tersebut dijalankan oleh Polis Kebangsaan Afghanistan dengan bantuan tentera bersekutu yang diketuai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) untuk memerangi militan di sembilan wilayah di negara ini.
Lima militan turut dilaporkan cedera dalam operasi berkenaan. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130219/lu_05/Operasi-tentera-perangi-Taliban-21-militan-terbunuh#ixzz2LKLtmheP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

50 serangan bom di Pattani



Anggota skuad pemusnah bom Thailand memeriksa lokasi letupan bom disyaki dilakukan puak pemisah dekat Menara Jam di pekan Pattani, kelmarin. - AFP
BANGKOK 18 Feb. - Sebanyak 50 serangan bom terancang dan kejadian membakar bangunan dilaporkan di Pattani, semalam.
Akhbar Bangkok Post melaporkan kejadian turut melibatkan serangan bom di luar restoran di Pattani pada tengah hari semalam yang menyebabkan tiga sukarelawan pertahanan terbunuh dan berpuluh orang lagi cedera.
Pihak berkuasa berkata, kejadian tersebut merupakan sebahagian daripada serangan terancang oleh puak pemisah di daerah Muang dan Yaring di Pattani bermula pukul 6 petang semalam.
Pihak berkuasa percaya serangan puak pemisah itu bertujuan mencetuskan huru-hara dengan meletupkan bom di beberapa lokasi.
Polis berkata, dua bom yang setiap satu seberat 10 kilogram dan disembunyikan di dalam bekas pemadam api, ditempatkan di luar restoran tersebut, namun hanya sebutir yang meletup.
Sejam kemudian, sebutir bom lagi ditemui berdekatan sebuah pasar raya, yang rosak akibat terbakar, namun bom itu berjaya dimatikan.
Pasar raya tersebut rosak dalam kebakaran, 12 jam sebelum bom tersebut ditemui, dipercayai akibat letupan bom.
Sebutir lagi bahan letupan ditemui di sebuah kedai di Jalan Udom Vithi pada kira-kira pukul 6.40 petang kelmarin dan dijangka diletupkan pada tengah malam.
Bahan letupan seterusnya iaitu bom seberat 50 kilogram yang ditempatkan dalam sebuah motosikal turut berjaya ditemui dan dimatikan.
Polis berjaya mengumpul cap jari daripada bom tersebut dan sedang menjalankan siasatan.
Sementara itu, sebuah balai sukarelawan pertahanan, sebuah menara telefon dan kamera litar tertutup musnah dibakar dalam tiga serangan di Yarang pagi semalam. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130219/lu_01/50-serangan-bom-di-Pattani#ixzz2LKLjG9PY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saintis Rusia sahkan serpihan batu meteorit



MOSCOW 18 Feb. - Sepasukan saintis daripada Akademi Sains Rusia mengesahkan serpihan batu luar biasa yang ditemui di kawasan pergunungan Ural, tengah Rusia, sebagai meteorit, yang jatuh baru-baru ini.
Agensi berita RIA Novosti, hari ini melaporkan, saintis yang melakukan ujian kimia ke atas serpihan batu tersebut, semalam merumuskan bahawa batu itu berasal dari angkasa lepas.
"Kami mengesahkan serpihan yang ditemui ketika ekspedisi di Tasik Chebarkul adalah meteorit," lapor akhbar itu memetik kenyataan seorang daripada pasukan penyelidik, Viktor Grokhovsky.
Beliau berkata, batu itu terbentuk daripada besi metalik, chrysolite dan sulfite.
Serpihan besar batu angkasa yang melintasi bandar Chelyabinsk, tengah Rusia pada Jumaat lalu, itu dikatakan menyamai kekuatan 30 butir bom nuklear yang digugurkan di bandar Hiroshima ketika Perang Dunia Kedua.
Ia bersepai berpuluh-puluh kilometer di atas Bumi, namun serpihannya dipercayai terhumban ke beberapa tempat di wilayah perindustrian itu.
Tujahan meteor itu menghasilkan gelombang kuat yang memecahkan tingkap kaca lebih 5,000 bangunan di wilayah tengah Rusia dan juga mencederakan lebih 1,200 penduduk tempatan.
Fenomena aneh itu menarik minat ramai sehingga ada pihak menawarkan kira-kira 300,000 ruble (RM30,000) untuk mendapatkan bahagian asli batu angkasa itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130219/lu_04/Saintis-Rusia-sahkan-serpihan-batu-meteorit#ixzz2LKKmxdbC
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Brahimi ajak kerajaan Syria-pembangkang runding di PBB


Lakhdar Brahimi
Lakhdar Brahimi
KAHERAH - Lakhdar Brahimi semalam mencadangkan rundingan antara pembangkang Syria dan "delegasi boleh diterima" di pihak kerajaan negara itu diadakan bagi menyelesaikan konflik yang sudah berlanjutan hampir dua tahun.

Duta Khas bersama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)-Liga Arab ini berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat di ibu pejabat Liga Arab.

Katanya, perundingan boleh diadakan di premis PBB.

Bagaimanapun beliau tidak memberi lokasi spesifik bagi rundingan yang dimaksudkan.

“Saya percaya jika dialog ini diadakan di PBB, sekurang-kurangnya antara pembangkang dan delegasi boleh diterima oleh kerajaan Syria, mereka mampu mencari jalan keluar bagi mereda konflik,” katanya.

Pembangkang Syria pimpinan Moaz Alkhatib sebelum ini ditawar untuk mengadakan sesi dialog dengan Timbalan Presiden Bashar al- Assad, Farouq al-Shara mengenai peralihan politik.

Dianggarkan kira-kira 70,000 maut sejak berlakunya pemberontakan menentang kepimpinan Presiden, Bashar al-Assad pada Mac 2011.

Mesir dilanda gelombang protes anti-Mursi



Mesir dilanda gelombang protes anti-Mursi
Mesir dilanda gelombang protes anti-Mursi
SELEPAS revolusi kebangkitan rakyat kira-kira dua tahun lalu, Mesir dikatakan sudah mengalami perubahan walaupun negara itu masih dibayangi pemerintahan bekas Presiden Hosni Mubarak selama tiga dekad.

Sebagai contoh, kira-kira dua minggu lepas ketika di satu persidangan di Kaherah, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas tersasul memanggil Presiden Mohammed Mursi sebagai Hosni sebelum beliau segera membetulkan kesilapan itu.

Perjuangan rakyat menerusi protes besar-besaran selama 18 hari untuk menuntut hak mereka menyaksikan Mubarak digulingkan pada 11 Februari 2011.

Pengunduran beliau dilihat memberi harapan baru kepada rakyat Mesir untuk menjalani kehidupan lebih baik di bawah pemerintahan pemimpin baru.

Pada masa ini, segelintir rakyat merasakan pakej ikrar Mursi yang dijanjikan beliau ketika kempen pilihan raya presiden pada tahun lalu masih gagal ditepati hingga kini walaupun pemimpin itu cuba sedaya upaya untuk memuaskan hati semua pihak.

Seorang wanita yang enggan dikenali  menyertai gelombang protes baru di Dataran Tahrir turut menyuarakan kekecewaannya.

“Tidak ada apa yang berubah selepas negara ini bertukar kepimpinan. Presiden Mursi tidak melakukan sebarang perubahan untuk kami,” katanya.

Masih di takuk lama

Pada sambutan ulang tahun ke-2 revolusi kebangkitan rakyat di negara itu baru-baru ini, Dataran Tahrir kekal menjadi titik tumpuan protes penduduk.

Protes yang tercetus sejak November lalu dikatakan sekali lagi berpunca akibat rasa tidak puas hati penduduk.

Rakyat juga mendakwa kepimpinan Mursi lebih memberi tumpuan kepada kepentingan Ikhwanul Muslimin dan kegagalan untuk beliau merealisasikan matlamat revolusi.

Ahli politik sosiologi, Said Sadek dari Universiti Amerika di Kaherah menyatakan bahawa beliau percaya bahawa situasi di Mesir akan menjadi lebih buruk sebelum bertukar ke fasa lebih baik berdasarkan rentetan sejarah sebelum ini.

“Kita perlu sentiasa ingat bahawa selepas era revolusi, presiden dan sesebuah kerajaan termasuk keselamatan, negara itu akan menjadi lemah,” jelasnya.

Pencapaian Mursi yang baru menyandang jawatan Presiden kira-kira lapan bulan tidak boleh secara terus dibandingkan dengan rejim Mubarak berusia lebih 30 tahun.

Sejak beberapa minggu lalu, kebanyakan golongan muda di Mesir menyertai tunjuk perasaan bertujuan untuk menagih janji Mursi.

Mereka semakin hilang sabar kerana banyak kekurangan melibatkan infrastruktur dan kemudahan yang masih berada di takuk lama hingga kini.

Kebanyakan rakyat terutamanya golongan belia juga tidak pernah putus asa membawa harapan dua tahun lalu untuk mendapat pendidikan, penjagaan kesihatan dan peluang pekerjaan lebih baik di bawah pemerintahan presiden pertama yang dipilih secara demokrasi.

Pengaruh Ikhwanul Muslimin makin kuat

Dalam tempoh 24 bulan ini, negara itu dilihat telah berpecah kepada tiga cabang: tentera dan penyokong rejim Mubarak; Ikhwanul Muslimin; aktivis liberal dan sekular.

Menjelang akhir tahun lalu, pengaruh Ikhwanul Muslimin dilaporkan semakin kukuh di Mesir selepas Mursi menyingkirkan pemerintah tentera beberapa bulan selepas beliau dilantik sebagai presiden.
Kedudukan Mursi sebagai pemimpin tertinggi telah memberi banyak kelebihan kepada Ikhwanul Muslimin yang turut diberi kepercayaan memegang portfolio penting di negara tersebut.
Proses peralihan untuk membawa negara itu kepada pemerintahan bercorak demokrasi juga dikatakan makin sukar selepas banyak pihak mula mempersoalkan kredibiliti pemimpin itu yang didakwa hanya berusaha menonjolkan dirinya sebagai pemimpin berkarisma di rantau Arab.
Selain itu, ada pihak mempertikaikan beliau menggunakan dasar luar untuk meraih populariti berbanding mengotakan janjinya kepada rakyat.

81 maut, 200 cedera pasar dibom



81 maut, 200 cedera pasar dibom
Operasi pengecaman mayat dilakukan selepas serangan bom berlaku di pasar Hazara, Quetta, Pakistan.
QUETTA - Sekurang-kurangnya 81 orang terbunuh termasuk wanita dan kanak-kanak manakala 200 yang lain cedera parah selepas terkena letupan bom yang disasarkan pada puak Syiah di pasar yang sesak di barat daya Pakistan, semalam.

Pegawai Kanan Polis Quetta, Wazir Khan Nasir berkata, bom yang diletakkan di dalam tangki air itu memusnahkan sebuah pasar di bandar Hazara, wilayah yang dikuasai puak Syiah di pinggir bandar Quetta.

“Beberapa rumah dan kedai musnah. Dianggarkan 100 kilogram bahan letupan digunakan dalam serangan itu,” katanya.

Menurutnya, kumpulan militan Lashkar-e-Jhangvi mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.

Seorang aktivis, Haider Changezi berkata, penyelamat dan sukarelawan masih teragak-agak untuk menghampiri kawasan kejadian kerana khuatir masih terdapat ledakan bom.

“Kami yakin jumlah kematian akan meningkat kerana serangan berlaku di kawasan padat dengan orang awam dan banyak lagi mayat belum ditemui,” katanya.

Bulan lalu, kejadian sama berlaku di kawasan itu dengan mengorbankan 90 orang awam.

Sementara itu, Perdana Menteri Raja Pervaiz Ashraf berkata, kerajaan bertekad melawan habis-habisan terhadap dalang serangan bom berkenaan.

“Mereka ialah pengecut kerana tidak berani untuk bersemuka dengan kami dan kami yakin penyerang akan diburu dan dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya. - Reuters

Lagi risalah anti-Pyongyang dilancar



Lagi risalah anti-Pyongyang dilancar
Ribuan belon membawa risalah propaganda dilancarkan di sempadan barat Korea Selatan, kelmarin.
IMJINGAK - Kumpulan pembelot Korea Utara di Seoul mengedarkan lebih 200,000 risalah anti-Pyongyang di Imjingak, sempena hari kelahiran mendiang Kim Jong-il.
Risalah itu diikat bersama belon dan wang 1 won (RM0.20).
Sebelum ini, Korea Selatan sering melakukan provokasi propaganda ke atas Pyongyang sebagai tindak balas terhadap ujian nuklear negara itu.
Susulan itu, Korea Utara pernah mengancam untuk mengambil tindakan ketenteraan ke atas Seoul. - AFP

Lelaki ditahan sebar dakyah Kristian



Lelaki ditahan sebar dakyah Kristian
Pihak keselamatan melakukan pemeriksaan terhadap orang awam selepas mengetahui terdapat penyebaran agama Kristian di Benghazi.
BENGHAZI - Empat individu warga asing disyaki sebagai mubaligh Kristian ditahan kerana cuba menyebarkan ajaran agama itu di wilayah Benghazi, Libya.
Pegawai keselamatan negara, Hussein Hameid berkata, mereka  adalah warga Mesir, Afrika Selatan, Korea dan Sweden.
"Empat lelaki ditahan ketika sedang mencetak buku dan risalah tentang agama tersebut," katanya.
Menurutnya, kesemua individu itu menggunakan visa perjalanan Amerika Syarikat untuk memasuki negara tersebut sejak beberapa bulan lalu.
"Aktiviti mereka ini menyalahi undang-undang kerana majoriti penduduk Libya adalah beragama Islam. Tindakan mereka ini boleh menjejaskan keselamatan negara," katanya.
Beliau berkata, kesemua lelaki itu akan diserahkan kepada pihak berkuasa perisikan Libya selepas siasatan dilakukan. - Reuters

Kami sokong Najib sebagai ketua pembangkang Malaysia

Barang Kennedy dilelong 5 dekad selepas mati ditembak



CAMBRIDGE - Jaket kulit bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), John F. Kennedy, yang dipakai ketika menggunakan pesawat Air Force One, dijual pada harga AS$570,000 (RM1.77 juta) semalam dalam acara lelongan, hampir 50 tahun selepas beliau ditembak mati.

Jaket itu pada mulanya dijangka mampu mencecah harga AS$20,000 (RM62,000) hingga AS$40,000 (RM124,000) atau mungkin lebih.

Jaket itu merupakan ribuan barangan lain yang dilelong termasuk surat, gambar dan buku yang diambil  dari almari peribadinya dan kabinet fail di kediaman David Powers, yang meninggal dunia pada tahun 1998.

Menurut pentaksir lelongan, Dan Meader, barangan peribadi itu dijumpai oleh ahli keluarga bekas presiden itu dan mereka bersedia untuk menjualnya.

Lelongan itu merupakan salah satu kesan peribadi bekas presiden itu yang mencerminkan kuasa dinasti Kennedy dan keluarganya.

Antara yang berharga ialah berpuluh-puluh pucuk surat daripada isterinya, Jackie Kennedy dan buku-buku yang pernah ditulis presiden.

Lelongan bermula pagi semalam dan berlanjutan sehingga  malam.

Barangan lain yang turut dilelong semalam ialah jadual yang disimpan dan didokumenkan secara terperinci menjelang hari kematian presiden itu.

Beliau dibunuh pada 22 November 1963.

Pen yang Kennedy gunakan semasa menandatangani perintah penahanan kerja semasa krisis Cuba juga antara barangan yang dilelong.

Correa menang pusingan pertama Pilihan Raya Presiden


Rafael Correa
Rafael Correa
QUITO - Presiden Ecuador, Rafael Correa mengisytiharkan kemenangannya bagi pusingan pertama Pilihan Raya Presiden.

Kemenangan itu diraikan bersama ribuan penyokongnya di Quito, Amerika Selatan.

“Kami di sini berkhidmat untuk anda. Tiada apa untuk kami, semua demi anda. Rakyat berhak hidup secara aman dan bebas,” katanya kepada orang ramai di Istana Presiden, semalam

Pengumuman itu dilakukan sejurus undian ditutup dalam pilihan raya yang sememangnya dijangka memberi kemenangan mudah kepadanya.

Correa memperoleh 60 peratus undian berhadapan pencabarnya Guillermo Lasso.

Bagi pusingan kedua, Correa memerlukan kemenangan 50 peratus undi sah atau 40 peratus untuk terus berada pada kedudukan selesa sekali gus mengekalkan kedudukannya itu. - AFP

Tak kebuloq

Mahathir: Pas tak mampu laksana hudud dengan adil



Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana Malaysia (PGPF) kelihatan begitu beremosi ketika berucap - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan cara pelaksanaan hukum hudud yang dicadangkan oleh Pas tidak
mampu dilaksanakan dengan adil.
Beliau berkata, ini adalah kerana ia tidak mengikut tuntutan Islam berikutan tidak mengenakan hukuman yang sama bagi kesalahan yang sama bagi semua pihak.
"Secara terbuka dia (Pas) buat kenyataan kata orang Islam sahaja yang akan kena (hukum hudud), orang bukan Islam tak kena...kerana takut orang bukan Islam marah dan tak undi mereka.
"Bila hukum, hukumlah dengan adil. Yang ditekankan dalam al-Quran berkali-kali, adalah jangan kita zalim. Jadi bila hukum disebabkan kepentingan
politik, duniawi, itu bukan Islam. Sebab itu kita tolak hukum mereka, kita pegang hukum Allah," katanya semasa berucap pada Majlis Bersama Negarawan Ulung anjuran Felda di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.
Dr Mahathir berkata Malaysia selama ini cuba bersikap adil dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam menjatuhkan hukuman, dan tidak menuduh secara
membuta tuli.
"Kita pegang kepada hukum hudud Islam tetapi laksanakan secara adil supaya sesiapa saja yang buat jenayah yang sama, kita kena hukum yang sama. Tak boleh lain," katanya.
Beliau menegaskan, selain saksi, Islam juga membenarkan bukti-bukti lain dikemukakan untuk menyokong pertuduhan yang dibuat.
"Kalau tiada saksi yang cukup, adakah kita nak kata bahawa seseorang itu tak kena rogol? Padahal kita tahu apa terjadi pada dia. Tak boleh," tegasnya.
Mahathir berkata, atas sifat tidak adil yang diamalkan Pas itulah menyebabkan mereka dengan mudah melabel mana-mana pihak sebagai kafir tanpa bukti yang sewajarnya. - Bernama

35 daripada 140 pelarian Rohingya ditahan

TELUK BAHANG - Seramai 35 dari 140 pelarian Rohingya yang mendarat di pantai Teluk Kampi dalam kawasan Taman Negara Teluk Bahang ditahan dalam operasi pihak penguatkuasa, hari ini.

Mereka yang ditahan itu terdiri daripada kanak-kanak dan orang dewasa berusia antara satu dan 70-an.

Kumpulan pelarian itu mendarat di pantai Teluk Kampi tengah malam tadi apabila bot yang mereka naiki bocor.

Berikutan pendaratan pelarian itu, operasi Taman Negara Teluk Bahang ditutup sementara sehingga baki pelarian Rohingya itu ditemui.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya DSP Lai Fah Hin mengesahkan penahanan itu dan memberitahu pihaknya masih meneruskan usaha mengesan baki pelarian itu.

Kesemua tahanan ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya untuk pemeriksaan kesihatan dan siasatan lanjut. - Bernama

Paip minyak utama Iraq kena bom



Puluhan maut dalam siri letupan kereta di tiga kawasan puak Sunnah di Baghdad, Iraq.
Puluhan maut dalam siri letupan kereta di tiga kawasan puak Sunnah di Baghdad, Iraq.
BAGHDAD - Rangkaian paip minyak dari loji penapisan terbesar di wilayah utara Iraq lumpuh akibat di bom, semalam.

Jurucakap Kementerian Minyak Iraq, Assem Jihad berkata, pasukan teknikal kini giat membaiki rangkaian paip berkenaan sejurus serangan itu.

“Rangkaian paip terjejas adalah dari loji penapis Beiji ke Wilayah Ninevah. Ia mengambil masa beberapa hari untuk dipulihkan,” katanya.

Menurutnya, tiada laporan kecederaan diterima akibat daripada letupan bom itu.

Sementara itu,  kumpulan Al-Qaeda di Iraq mengaku bertanggungjawab terhadap letupan kelmarin yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 35 orang maut dalam siri letupan bom kereta yang berlaku secara berturut-turut di di bandar Sadr.

Jurucakap pemantau SITE berpangkalan di Washington berkata, kejadian itu berlaku disebabkan krisis politik.

“Sekutu Al-Qaeda Iraq  mendakwa bertanggungjawab selepas mengisytiharkan untuk tindakan membalas dendam terhadap kerajaan pimpinan Syiah, katanya.

Letupan semalam berlaku di kawasan perumahan Al-Amin di Husseiniya dan Kamaliya, kawasan luar bandar di timur Baghdad.

Ketika pertempuran puak semakin meningkat, puak Sunnah mengadakan demonstrasi setiap minggu terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Nouri al-Maliki yang merupakan anggota puak Syiah. - AFP

Keluarga malang


Lapan sekeluarga berdepan pelbagai dugaan berterusan apabila ketua keluarga terlantar akibat kemurungan sejak dua tahun lalu manakala isterinya pula mengalami strok sebelah badan hingga membataskan pergerakannya dan pada masa sama, kedua-dua warga emas itu perlu menanggung dua anak mereka yang bisu di rumah sewa mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Blok 42, Taman Cendana di sini.

Selain itu, tiga anak lain termasuk janda beranak dua turut tinggal di rumah berkenaan selepas bercerai dengan suami.


Difahamkan, kehidupan keluarga itu mula berubah apabila anak sulung, Mohd Farok Yunos, 46, meninggal dunia dua tahun lalu selepas menjadi mangsa kemalangan langgar lari di Masai.

Menceritakan keperitan hidupnya sekeluarga, warga emas Abibon Abu Kayur, 60-an, berkata, selepas Mohd Farok yang juga bisu meninggal dunia, keluarganya mula hilang punca pendapatan memandangkan anak sulungnya itu bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di Masai yang menanggung perbelanjaan keluarga.


Menurutnya, lebih menyedihkan, akibat tertekan selepas kehilangan anaknya itu, suaminya Yunos Ahmadin, 80, mengalami kemurungan hingga hanya mampu terlantar.


“Saya dan suami mempunyai tujuh anak dengan empat bisu termasuk Mohd Farok, Fauziah, 43; Ismail, 40, dan Laila, 26, manakala anak yang normal ialah Maznah, 39; Jamilah, 25, dan Mariam, 23. “Anak yang sudah berkahwin ialah Laila dan kini tinggal di Pontian; Mariam tinggal di Johor Bahru manakala Maznah tinggal bersama kami dan dua anaknya selepas bercerai dengan suami beberapa bulan lalu,” katanya.

Abibon berkata, keadaan suaminya semakin teruk memandangkan warga emas itu kemurungan hingga hilang selera makan dan badannya semakin susut.


Menurutnya, walaupun Jamilah tinggal bersama tetapi hanya bekerja sebagai sukarelawan RELA dan tidak mampu menanggung keluarga.

“Dua anak yang bisu tidak mampu bekerja termasuk Fauziah mengalami tiriod manakala Ismail mempunyai masalah psikiatri.


“Kini kami menanggung Maznah dan dua anaknya berusia satu setengah tahun dan enam tahun sejak dua bulan lalu,” katanya.


Katanya, keluarganya hanya memakan lauk ayam sekali sebulan ketika menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM600 termasuk bantuan warga emas untuk suami dan bantuan OKU untuk Fauziah dan Ismail.


Menurutnya, bantuan kewangan itu digunakan untuk membayar sewa rumah RM124, bil air dan elektrik serta perbelanjaan lain.


“Kami sering makan sayur-sayuran bersama nasi kerana mahu berjimat dan bersyukur Allah masih berikan saya kekuatan untuk melakukan kerja rumah termasuk menjaga suami yang terlantar biarpun saya pernah mengalami strok hingga tangan dan kaki kanan sukar digerakkan.


“Suami seperti patah harapan kerana pelbagai masalah hingga enggan mendapatkan rawatan di hospital biar pun keadaannya semakin buruk,” katanya.


Semalam, keluarga berkenaan menerima kunjungan Pegawai JKM Johor Bahru Manayi Ibrahim selain Pengurus Operasi Pasaraya Econsave Mas Imran Adam yang menyampaikan baucar beli-belah kepada keluarga berkenaan.

Puchong dilanda banjir kilat



Puchong: Hujan lebat berterusan selama kira-kira sejam menyebabkan Jalan TPP 1/10, Taman Perindustrian Puchong, di sini berhampiran pusat beli belah IOI Mall mengalami banjir kilat sehingga beberapa kenderaan yang melalui kawasan terbabit ditenggelami air, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, hujan lebat yang melanda kawasan terbabit menyebabkan paras air naik dengan mendadak sehingga berlaku kesesakan akibat kenderaan terperangkap.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.36 petang dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong bersama satu jentera bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, anggota bomba tiba di lokasi kejadian pada jam 6 petang dengan operasi menyelamat diketuai Komander Operasi Haswan Wasir bersama lapan anggota.


“Dalam kejadian itu, tiada mangsa yang terperangkap dalam kejadian banjir kilat yang berlaku.


“Hanya beberapa kenderaan yang terperangkap selepas kereta mereka gagal melalui kawasan banjir kilat,” katanya.

Kejadian itu turut menyebabkan pusat beli belah berkenaan terjejas apabila air memasuki tingkat bawah.

Lima maut di Peshawar



 0  0 Google +0  0  0 Cetak
Peshawar: Militan, termasuk pengebom berani mati, menyerang pejabat pegawai kanan Pakistan di Peshawar semalam menyebabkan lima orang maut.

Ketika kejadian, pegawai kanan politik bagi daerah Khyber Mutahir Zeb, sedang bermesyuarat di pejabatnya.


Bagaimanapun, Mutahir tidak cedera dalam serangan berkenaan. Khyber sebahagian daripada wilayah separa autonomi di sempadan Afghanistan dan menjadi sasaran utama operasi pasukan keselamatan memburu anggota Taliban. Sekurang-kurangnya lima maut apabila pengebom berani mati meletupkan dirinya berhampiran pintu masuk kompleks itu yang turut menempatkan sel tahanan militan. Jurucakap hospital berkata, selain lima terbunuh, tujuh lagi cedera parah. “Korban terdiri daripada empat anggota keselamatan dan seorang awam berusia 60 tahun,” katanya. Sesetengah pihak mengagak, serangan itu dilancarkan dalam usaha militan cuba membebaskan tahanan. - AFP Laporan tidak disahkan pula membayangkan, sesetengah tahanan mungkin terlepas. - AFP

Tawan pusat penting



Pejuang antikerajaan Syria menawan sebuah pusat pemeriksaan penting berhampiran lapangan terbang Aleppo, semalam ketika mereka terus berperang menguasai beberapa lapangan terbang di utara negara itu.
Pengarah Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia Rami Abdel Rahman berkata, pos pemeriksaan itu terletak beberapa ratus meter dari lapangan terbang tentera di Nayrab.

“Ia terletak di laluan menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo,” katanya. Menurut Rami, pejuang antikerajaan juga bertempur dengan tentera Syria di sepanjang laluan ke lapangan terbang berkenaan. Kemaraan semalam kejayaan terbaru dicapai kumpulan antikerajaan sejak menguasai pangkalan udara al-Jarrah, Hassel dan Pangkalan 80 di Aleppo.
Pada 12 Februari lalu, 12 pejuang antikerajaan melancarkan perang menguasai pangkalan udara utama dan lapangan terbang antarabangsa di wilayah Aleppo.

Langkah itu juga bertujuan merampas bekalan peluru dari gudang di situ. Ketika ini, pejuang masih cuba menawan lapangan terbang antarabangsa itu yang ditutup sejak 1 Januari lalu. Sementara itu, tentera Syria bersiap sedia melakukan “pembersihan” dalam tempoh 48 jam akan datang di kawasan strategik dikuasai pejuang antikerajaan.

Akhbar prokerajaan, Watan, melaporkan tentera kini difokuskan untuk
Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/19

Lima maut di Peshawar



Peshawar: Militan, termasuk pengebom berani mati, menyerang pejabat pegawai kanan Pakistan di Peshawar semalam menyebabkan lima orang maut.

Ketika kejadian, pegawai kanan politik bagi daerah Khyber Mutahir Zeb, sedang bermesyuarat di pejabatnya.


Bagaimanapun, Mutahir tidak cedera dalam serangan berkenaan. Khyber sebahagian daripada wilayah separa autonomi di sempadan Afghanistan dan menjadi sasaran utama operasi pasukan keselamatan memburu anggota Taliban. Sekurang-kurangnya lima maut apabila pengebom berani mati meletupkan dirinya berhampiran pintu masuk kompleks itu yang turut menempatkan sel tahanan militan. Jurucakap hospital berkata, selain lima terbunuh, tujuh lagi cedera parah. “Korban terdiri daripada empat anggota keselamatan dan seorang awam berusia 60 tahun,” katanya. Sesetengah pihak mengagak, serangan itu dilancarkan dalam usaha militan cuba membebaskan tahanan. - AFP Laporan tidak disahkan pula membayangkan, sesetengah tahanan mungkin terlepas. - AFP

Imam kahwin menerusi Skype dipenjara



Dubai: Seorang imam dan seorang pelajar yang mendakwa berkahwin menerusi Skype, dipenjara setahun setiap seorang atas tuduhan menjalinkan hubungan tanpa ikatan perkahwinan.

Sebuah mahkamah Dubai mendapati imam warga Pakistan berusia 39 tahun itu dan pasangannya berumur 19 tahun bersalah mengadakan seks suka sama suka walaupun mereka mengaku tidak bersalah dan bertegas menyatakan perkahwinan mereka sah.


Mahkamah itu enggan menerima sijil akuan nikah mereka yang disahkan pihak berkuasa Pakistan.

Imam itu berada di Pakistan dengan beberapa saksi dan seorang jurunikah yang melangsungkan pernikahannya dengan pelajar itu yang berada di Dubai menerusi Skype tahun lalu.


Tiga bulan selepas perkahwinan itu, bapa wanita itu gadis itu membuat laporan polis, menuduh imam itu merogol anaknya.


Kedua-dua defendan berkenaan akan diusir ke negara asal mereka selepas menjalani hukuman penjara.

Pendakwa raya di Dubai bagaimanapun menolak tuduhan rogol ke atas imam itu, sebaliknya menuduh pasangan terbabit mengadakan seks tanpa bernikah.


“Ya Tuan, memang saya tiduri isteri saya. Kami sudah berkahwin.” kata imam itu kepada hakim.

Peguam imam berkenaan berkata pernikahan itu turut didaftarkan di kedutaan Emiriah Arab Bersatu di Islamabad sebelum dia berlepas ke Dubai untuk bersama-sama isterinya. Menurutnya, pernikahan melalui Skype tidak melanggar undang-undang Pakistan.


Peguam itu juga berkata, bapa wanita berkenaan membuat laporan polis kerana tidak mahu anaknya berkahwin dengan anak guamnya kerana dia miskin.


Ketika perbicaraan, si bapa mengaku mengetahui mengenai perkahwinan itu tetapi mendakwa anaknya telah disihir. -SG

‘Usah layan khabar angin’


Kerajaan mengesahkan sekumpulan lelaki yang menceroboh Tanjung Labian, Lahad Datu, Selasa lalu, bukan militan atau pengganas walaupun ada antara mereka bersenjata.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pihak tertentu diminta tidak mempolitikkan isu pencerobohan itu sehingga boleh menjejaskan proses pengusiran kumpulan berkenaan.


“Keadaan ini terkawal dan saya ingin menekankan bahawa apa yang dinyatakan boleh menjejaskan operasi kerana dalam dunia masa kini, maklumat boleh disebarkan dalam sekelip mata. Apa yang saya cakap jika tidak berhati-hati boleh digunakan pihak tidak bertanggungjawab, sekali gus menjejaskan operasi keselamatan.

“Ini sesuatu yang semua pihak perlu faham, turunkan ‘temperature’ (suhu), elak dipolemik, elak dipolitikkan isu ini, elak untuk takut-takutkan orang ramai kerana apa yang dinyatakan khususnya dalam laman sosial bukan situasi sebenar.


“Jadi jika dikatakan ada khabar angin mendakwa ada pengganas masuk ke Kota Kinabalu, saya boleh nyatakan ia tidak benar. Bagaimana saya boleh berada di Kota Kinabalu (jika ada pengganas). Kita tidak perlu melayan khabar angin yang tidak berasas,” katanya ketika sidang media di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini semalam.


Hadir sama Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rasid dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Terdahulu, Hishammuddin turut mendengar taklimat diberikan Hamza mengenai situasi terkini di Lahad Datu.


Beliau berkata, apa yang penting adalah menyelesaikan isu berkenaan tanpa berlakunya pertumpahan darah atau kehilangan nyawa.

“Apa yang penting sekarang bukan isu politik, kaum dan ia tiada kaitan dengan pendirian kedaulatan. Tetapi dalam konteks kita, ini adalah sesuatu yang boleh mengancam keselamatan negara.


“Kita perlu mengendalikan dengan lebih bijak tanpa berlaku pertumpahan darah dan kehilangan nyawa. Saya tahu maklumat sebenar dan apa digembar-gemburkan di luar sana adalah sesuatu perkara yang tiada asas langsung.


“Saya juga mengesahkan dalam konteks kedudukan keselamatan dan hak Sabah serta rakyat di sini, kita tidak akan berkompromi. Justeru, biarlah pihak berkuasa menjalankan tugas mereka,” katanya.


Ketika ditanya kononnya mereka tidak mahu berundur dan mendakwa Sabah milik mereka hingga sanggup berperang syahid seperti dilaporkan dalam laman video Youtube, Hishammuddin berharap majoriti rakyat Sabah tidak terikut-ikut dengan perkara itu.

Pemisah lancar 50 serangan

Anggota keselamatan menyiasat lokasi serangan bom di depan restoran Big Ben di Pattani. - Foto REUTERS
Anggota keselamatan menyiasat lokasi serangan bom di depan restoran Big Ben di Pattani. - Foto REUTERS Letupan, kebakaran dilakukan di selatan Thai dalam tempoh 48 jam

Pattani: Pemisah selatan Thailand memaksa pasukan keselamatan terus sibuk sejak kelmarin dengan melancarkan 50 serangan bom serentak dan kebakaran disengajakan dalam tempoh 48 jam.
Ia termasuk letupan bom di luar sebuah restoran di Pattani tengah hari kelmarin yang mengorbankan tiga sukarelawan pertahanan. Bom disembunyikan dalam timbunan pakaian di luar restoran itu. Berpuluh-puluh lagi cedera.


Ia sebahagian daripada serangan di daerah Muang dan Yaring di Pattani mulai jam 6 petang Sabtu hingga Ahad.

Pihak berkuasa percaya militan bertujuan mencetuskan kekacauan dengan meletupkan bom di pelbagai lokasi.

Serangan berlaku sejurus sebelum tengah hari di luar restoran tiga tingkat itu berhampiran menara jam di tengah bandar.

2 sukarelawan terbunuh
Dua sukarelawan pertahanan, Wirot Janthasiri dan Sukree Duereh, terbunuh serta-merta. Mangsa ketiga, Itthipol Ahsae, meninggal dunia di hospital. Letupan turut merosakkan sebuah kereta dan 10 motosikal.

Pihak berkuasa berkata, dua bom dijangka diletupkan. Satu meletup tetapi tidak berfungsi sepenuhnya. Kedua-dua bom, seberat 10 kilogram setiap satu, disembunyikan dalam alat pemadam kebakaran.

Kira-kira sejam kemudian, sebutir bom ditemui berhampiran pasar raya Diana dan berjaya dimusnahkan sebelum meletup.

Pasar raya itu, yang terletak di Jalan Udom Vithi, rosak 12 jam sebelum itu dalam kebakaran yang disebabkan letupan bom api. Tiada siapa cedera dalam kejadian itu.

Satu lagi bahan letupan ditemui pada jam 6.40 petang Sabtu lalu di luar kedai Paisal di lokasi sama. Ia dijangka diletupkan sejurus sebelum tengah malam.
Ia meletup kira-kira jam 7 malam berhampiran bar karaoke di Jalan Ramkomut, menyebabkan seorang cedera.

Bom ketiga, motosikal yang dipenuhi dengan 50 kilogram bom, berjaya dimatikan. Polis mengumpulkan cap jari untuk pemeriksaan.

Dua bom dimatikan di dua kedai sebelum pasar raya Diana dibakar. Ketika pasukan pemusnah bom bergelut memadamkan api, kebakaran berlaku di kedai peralatan elektrik empat tingkat. - AGENSI