Thursday, June 10, 2010

Hilang ingatan

KUALA TERENGGANU: “Hati bapa mana tidak sedih melihat anak perempuan hilang ingatan dan berkelakuan ganjil walaupun pelbagai usaha serta banyak wang dihabiskan untuk mengubati penyakitnya tetapi sehingga kini masih buntu.
“Lebih menyedihkan apabila pihak sepatutnya bertanggungjawab, langsung tidak bertanya khabar jauh sekali menjenguk, jika diikutkan hati hendak saja saya memarahi mereka,” kata Wan Othman Muda, 64, bapa kepada Wan Zharifah, 18, yang didakwa hilang ingatan serta berkelakuan ganjil selepas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Batu Jong, Kuala Krai, Kelantan.
Menurut pesara kerajaan dari Kampung Laut, dekat sini, sebelum ini anak keempat daripada lima adik beradik itu seorang ceria dan tidak pernah meninggalkan sembahyang, namun selepas mengikuti latihan selama lima minggu di Batu Jong, dia tiba-tiba berubah menjadi pendiam serta berkelakuan ganjil.

Katanya, anaknya juga seolah-olah hilang ingatan apabila tidak mengingati sebarang bacaan ayat al-Quran termasuk mengucap syahadah sehingga memaksa ahli keluarga mengajarnya semula.

“Pelik melihat kelakuan ganjilnya itu, apa tidaknya, tabiatnya yang gemar menadah air kencingnya sendiri serta melumurkan air liur di muka membuktikan ada yang tidak kena dengan dia. Apabila ditegah menadah air kencingnya, dia akan memberi alasan untuk mengubati penyakitnya.

“Tidak cukup berkelakuan pelik seperti itu, Wan Zharifah juga suka duduk bersila seperti patung selama berjam-jam jika ia tidak ditegah dan kebiasaannya kelakuan pelik itu dilakukannya sebaik saja azan Asar berkumandang,” katanya ketika ditemui, semalam.

Wan Othman berkata, lebih membimbangkan apabila anaknya itu tidak lalu makan sehingga dipaksa selain gagal mengurus diri sendiri seperti biasa dan jika ditanya kenapa berkelakuan begitu, dia hanya mendiamkan diri.

“Sudah buntu memikirkan kaedah terbaik untuk merawatnya, tetapi sehingga kini masih gagal. Paling menyedihkan apabila PLKN yang sebelum itu berjanji bertanggungjawab atas kejadian menimpa pelatihnya langsung tidak bertanya khabar.

“Bayangkan, ketika anak menyedari dirinya sakit, dia sendiri yang menghubungi saya dan meminta mengambilnya di kem sebelum diberi cuti seminggu. Saya yang uzur dan mengalami masalah penglihatan terpaksa meminta bantuan saudara mengambilnya di sana,” katanya.

Sementara itu, isterinya, Fatimah Mamat, 49, berkata sudah 25 hari anaknya berkelakuan begitu walaupun pelbagai kaedah perubatan tradisional digunakan merawatnya dan lebih membingungkan dirinya pemeriksaan doktor mendapati anaknya tidak mengalami penyakit.

“Risau melihat keadaannya itu, lebih-lebih lagi tanda akan sembuh masih belum kelihatan sebaliknya bertambah teruk dan saya kini tertanya-tanya apa peranan PLKN dalam menangani kes sebegini.

“Apabila anak saya tidak mendaftarkan diri di kem ditetapkan mereka akan bertindak menyaman kami kerana gagal mengikuti PLKN, tetapi apabila musibah berlaku, pihak berwajib bersikap lepas tangan,” katanya.

Intipati RMK-10

Kerajaan akan menubuhkan Dana Pemudah Cara RM20 bilion untuk memacu
pelaburan swasta dalam bidang strategik nasional.
*Dana Pemudah Cara untuk membiayai projek-projek kewangan dengan kos modal minimum atau pelaburan RM100 juta.
*Kerajaan akan melaksanakan gelombang baharu penswastaan dan melupuskan aset-aset dan tidak kompetitif.

*Kerajaan akan melaksana pembidaan kompetitif untuk lebuh raya bertol dan loji tenaga. *Malaysia akan merangsang keluaran industri miyak sawit kepada KDNK kepada RM21.9 bilion, dengan RM69.3 bilion dalam pendapatan eksport.

*Memajukan Kelompok Industri Minyak Sawit ke tapak bersepadu bagi menggalakkan aktiviti hiliran seperti biofuel, oleokimia, biobaja, makanan khusus dan produk biomass, nutraseutikal dan farmaseutikal.

*Sebelas sektor sebagai Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA) dikenal pasti. Ia termasuk minyak dan gas. minyak sawit dan produk berkaitan, perkhidmatan kewangan, peruncitan dan pemborongan, pelancongan, teknologi maklumat dan komunikasi, pendidikan, elektrik dan elektronik serta perkhidmatan perniagaan.

*Satu kawasan geografi -- Kuala Lumpur -- juga dikenal pasti sebagai NKEA; *Industri minyak dan gas akan menyumbang kira-kira 20 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang dan mencecah RM81.9 bilion atau 11.1 peratus kepada KDNK; *Pelaburan dalam industri petrokimia ditetapkan sebanyak RM11.3 bilion setahun dan eksport mencecah RM27.7 bilion pada 2015; *200 jenama Malaysia yang diperakui di peringkat antarabangsa akan dihasilkan menjelang 2015; *Penubuhan Institut Eksport Malaysia untuk menjana 4,000 eksport baharu; *Eksport kasar akan meningkat sekali ganda kepada RM2.19 trilion pada 2015 berbanding RM1.16 trilion pada 2009; *Malaysia akan menyasarkan peraturan perdagangan bebas (FTA) dengan Kesatuan Eropah, Usaha sama Strategik Transpasifik, Asean+3 dan beberapa pasaran membangun; *Penswastaan dan usaha sama awam-swasta akan ditingkatkan dengan 52 projek dianggarkan bernilai RM62.7 bilion; *Strategi baharu untuk mengukuhkan penswastaan dan usaha sama awam-swasta; *Sektor kewangan dan insurans akan berkembang 8.3 peratus dan menyumbang 12.7 peratus kepada KDNK.

*Pelan tindakan baharu sektor kewangan untuk melaksanakan strategi-strategi bagi menggerakkan sektor kewangan Malaysia; *Perdagangan pengedaran akan mencatat pertumbuhan 8.3 peratus setahun dan menyumbang 15.1 peratus kepada KDNK pada 2015; *Perusahaan Kecil dan sederhana (PKS) dikecualikan daripada peraturan perniagaan yang mahal; *Kerajaan akan mewujudkan 2,000 perniagaan PKS baharu oleh pelajar dan graduan; *Kerajaan akan meningkatkan Program Internship Universiti dengan penuntut universiti yang memiliki kemahiran khusus akan disediakan perniagaan untuk tempoh tertentua; *1-InnoCERT akan diperkenal untuk mengesahkan PKS pada asas pencapaian inovasi dan pengkomersilan; *Lima ratus PKS disasar memperoleh sijil I-InnoCERT menjelang 2015.

*SME Corp Malaysia akan menambah pejabat lapangan dengan pusat-pusat perniagaan di semua negeri; *Platform maklumat dagangan berpusat secara dalam talian disediakan untuk meningkatkan akses kepada peluang-peluang perniagaan di luar negara; *RM7 bilion Skim Jaminan Modal Kerja akan diperkenalkan semula; *Sekurang-kurangnya 16,000 PKS akan meningkatkan perniagaan dan memperbaiki penarafan bintang menerusi sistem Penarafan Kompetitif PKS untuk peningkatan (SCORE); *Kerajaan memperuntukkan RM500 juta untuk Dana Inovasi Mudharabah (MIF); *Kerajaan akan menubuhkan Dana Pertumbuhan Perniagaan bernilai RM150 dengan peruntukan RM150 juta untuk merapatkan jurang antara inovasi dan pengkomersilan produk berteknologi tinggi; *Satu pelaburan teknologi baharu akan diwujudkan untuk mengurus dana; *Syarikat pelaburan akan diwujudkan bagi mengendali dana dan pemindahan pelaburan dari Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia dan Khazanah Nasional; *Industri ICT akan untuk menyumbang 10.2 peratus kepada KDNK menjelang 2015; *Perkhidmatan pengkomputeran "awam" akan dimajukan bagi menyediakan PKS dengan aplikasi perisian kritikal; *Peluang-peluang dalam aplikasi automasi, digital dan multimedia akan diteruskan; *Pengkhususan ke atas semikonduktor, sistem tertanam, optoelektonik, frekuensi radio dan tanpa wayar akan digalakkan; *Industri perkhidmatan perniagaan akan menyumbang 3.3 peratus kepada KDNK menjelang 2015.

*Kerajaan akan meminda perundangan bagi memudahkan komitmen pada peringkat dua hala, serantau, dan pelbagai hala, dalam meliberalisasikan industri serta mewujudkan peluang-peluang baharu perniagaan; *Kerajaan akan menggalakkan proses pertumbuhan dan pengeluaran berasaskan inovasi yang menggunakan teknologi ladang moden dan ICT termasuk Projek Perdana Pertanian berasaskan ICT; *Kerajaan akan menubuhkan konsortium dan koperasi pertanian; *Reformasi kawal selia akan memberi tumpuan terhadap mewujudkan struktur untuk mengasingkan pembuat dasar daripada kawal selia dan akauntabiliti yang lebih jelas dan mewujudkan struktur dalam menangani bidang kuasa yang bertindih; *Pelaburan baharu kerajaan akan digunakan untuk meningkatkan dan memudahkan pengkhususan, terutama menerusi pelaburan semula dengan industri dari segi latihan kemahiran, penyelidikan dan pembangunan dan membolehkan infrastruktur; *Proses penyepaduan infrastruktur ICT kerajaan dianggarkan menelan belanja RM650 juta; *Ekonomi negara akan berkembang enam peratus dalam RMK-10 (2011-2015); *Peruntukan RM230 bilion dalam RMK-10, seperti RMK-9. Daripada jumlah itu, 55 peratus atau RM126.5 bilion diperuntukkan untuk sektor ekonomi, RM69 bilion untuk sektor sosial, RM23 bilion untuk sektor keselamatan dan RM11.5 bilion untuk pentadbiran am; *Pelaburan swasta akan berkembang 12.8 peratus setahun dan menyumbang 13.9 peratus kepada KDNK pada 2015; *Pekerjaan akan berkembang 2.4 peratus setahun untuk mencapai 13.2 juta pekerjaan; *Pendapatan perkapital negara akan meningkat kepada US$15,000 (RM50,000) pada 2015 berbanding US$7,000 (RM23,345) pada masa ini; *Penggunaan swasta berkembang 7.7 peratus setahun, menyumbang 58 peratus kepada KDNK pada 2015 berbanding 53.6 peratus pada 2010; *Lebihan dagangan RM142.2 bilion dijangkakan pada 2015; *Imbangan bayaran yang memihak, dengan lebihan akaun 10.5 peratus pendapatan kasar negara (GNI) pada 2015; *Defisit keseluruhan kerajaan akan dikurangkan kepada 2.8 peratus pada 2015 berbanding 5.3 peratus KDNK pada 2010; *Hutang kerajaan persekutuan susut kepada 49.9 per KDNK pada 2015 berbanding 52.9 peratus pada 2010; *Kerajaan akan mengurangkan defisit bajet kepada 5.3 peratus pada 2010 daripada 7.0 peratus tahun lepas; *Liberalisasi selanjutnya bagi kesemua 128 perkhidmatan subsektor dilaksanakan bagi membolekan sekurang-kurangnya 70 peratus pemilikan ekuiti Asean menjelang 2015; *Sektor perkhidmatan akan berkembang 7.2 peratus setahun, menyumbang 61 peratus kepada KDNK pada 2015. Kira-kira RM44.6 bilion dalam pelaburan baharu diperlukan untuk sektor perkhidmatan mencapau sasaran sumbangan kepada KDNK dengan peningkatan daripada sumbangan FDI; *Malaysia akan muncul sebagai 10 negara utama dalam melaksanakan perniagaan menjelang akhir tempoh RMK-10; *Subsidi dan kawalan harga akan dirasionalisasikan secara berperingkat-peringkat bagi menangani gangguan pasaran. Subsidi kini bersamaan 4.7 peratus kepada KDNK atau kira-kira RM12,900 isi rumah setahun; *Subsidi semasa kepada pengeluar akan dialihkan kepada insentif berasaskan produktiviti. Sebagai contoh, insentif dalam industri perikanan bagi menambah pendaratan ikan; *Kawalan harga yang ditujukan terus kepada industri dan pengguna akan dimansuhkan bagi mencerminkan harg apasaran; *Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA) akan meliputi minyak dan gas, minyak sawit dan produk berkaitan, perkhidmatan kewangan, peruncitan dan pemborongan, pelancongan, teknologi maklumat dan komunikasi, pendidikan, elektik dan elektronik, perkhidmatan perniagaan, penjagaan kesihatan swasta, pertanian dan Greater Kuala Lumpur; *Industri minyak dan gas bukan sahaja memajukan perkhidmatan medan minyak dan peralatan, malah logistik; *Kerajaan akan meningkatkan akses pasaran antarabangsa, meningkatkan latihan kemahiran dengan usaha sama industri dan meningkatkan hubungan dalam industri hiliran bagi mengoptimum sumber, kemudahan dan perkhidmatan; *Kerajaan akan meningkatkan peluang dalam aktiviti perniagaan logistik dan maritim selain mengukuhkan perkhidmatan profesional yang berkaitan serta mewujudkan juara antarabangsa; *Mempromosi Malaysia sebagai hab global untuk minyak sawit dan destinasi pilihan pelaburan asing dalam bidang seperti produk berasaskan oleokimia, kemudahan pukal dan penyelidikan serta pembangunan; *Kerajaan akan merangka formula baharu dalam pelan tindakan kewangan bagi menggalakkan sektor kewangan serta menangani isu-isu struktural dalam industri insurans am menerusi penyepaduan dan rasionalisasi; *Industri pelancongan akan menyumbang RM115 bilion kepada KDNK dengan dua juta pekerjaan diwujudkan pada 2015; *Dalam ICT, MSC Malaysia akan mengenal pasti dan menyokong bidang khusus dalam perisian dan e-penyelesaian, multimedia kreatif, perkhidmatan perkongsian dan penyumberan luar dan e-perniagaan; *Kerajaan akan memberi tumpuan terhadap pemboleh utama pembangunan elektrik dan elektronik (E&E), seperti meningkatkan bakat sedia ada dan membekalkan bakat perlu, mengukuhkan ekosistem R7D, meningkatkan asas vendor domestik serta mewujdukan infrastruktur; *Perkhidmatan perniagaan akan menyumbang 3.3 peratus kepada KDNK menjelang 2015; *Perolehan daripada perjalanan penjagaan kesihatan akan meningkat 10 peratus setahun; *Dalam pertanian, tumpuan khusus akan diberikan terhadap aktiviti bernilai tinggi, termasuk penternakan burung walit, akuakultur, herba dan rempah, bagi meningkatkan sumbangan sektor kepada KDNK kepada KDNK kepada 2.0 peratus menjelang 2015; *Jaminan makanan akan distrategikan bagi memastikan kesediaan, akses dan mampu beli makanan, terutama beras, untuk orang ramai; *Memastikan Greater Kuala Lumpur sebagai bandar raya bertaraf dunia, mewujudkan Wilayah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur sebagai pusat kewangan global untuk kewangan Islam dan mengubah pengangkutan awam bandar. -Bernama

Lepas geram bakar masjid



Oleh Hayati Ibrahim

2010/06/10
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SEPANG: Akibat kecewa apabila mengetahui bekas isterinya akan berkahwin, seorang lelaki bertindak nekad membakar sebuah masjid di Kampung Limau Manis, dekat sini, malam kelmarin.

HANGUS...Samsudin menunjukkan ruang sembahyang utama masjid yang dibakar, kelmarin.
HANGUS...Samsudin menunjukkan ruang sembahyang utama masjid yang dibakar, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam kelmarin, lelaki berusia 30-an yang dipercayai mabuk bertindak demikian semata-mata untuk melepaskan geram.

Kejadian itu menyebabkan keseluruhan ruang sembahyang utama Masjid Jamiurrahmah terbakar.

Lelaki itu dipercayai menggunakan petrol untuk memulakan kebakaran sebelum tidur di ruang sembahyang utama tanpa menghiraukan keselamatan diri.

Imam masjid berkenaan, Samsudin Mat Daud, berkata kejadian itu disedari selepas ternampak api dan asap dari masjid berkenaan sebelum meninjau untuk mengetahui apa yang berlaku.

“Saya cuba buka pintu utama, tetapi ia dikunci dari dalam. Kemudian saya cuba masuk menerusi pintu belakang dan mendapati seorang lelaki sedang tidur nyenyak berhampiran pintu di ruang sembahyang utama.
“Ketika itu, api marak. Saya tidak berani mendekati lelaki itu kerana bimbang dia mempunyai senjata.

“Saya ke kedai makan berhampiran untuk meminta pertolongan penduduk sebelum bergegas semula ke masjid untuk memadamkan api,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam. 

Guru maut jatuh dalam tangki najis

SUNGAI BULOH: Seorang adik sayu apabila terpaksa menyaksikan kakaknya terkapai-kapai sambil meminta pertolongan selepas terjatuh dalam sebuah tangki najis sedalam 1.6 meter yang tidak digunakan lagi di rumah mereka, di Sungai Pelong di sini, semalam.
Lebih menyedihkan apabila Azmun Abdul Karim, 45, mendakwa terpaksa menyaksikan kakaknya, Azlinah Abdul Karim, 47, menghembuskan nafas terakhir dalam tangki najis berkenaan. Malah, katanya, usahanya untuk membantu mengeluarkan kakaknya daripada tangki berkenaan juga gagal. Semuanya bermula kira-kira jam 11.40 pagi, apabila mangsa yang bekerja sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Menengah Kebangsaan Rahman Putra mengemas kawasan rumahnya. Azmun berkata, Azlinah yang keletihan duduk atas penutup bekas tangki najis berkenaan. “Ketika itu, saya memasak di dapur sebelum dikejutkan dentuman kuat di belakang rumah. “Saya memanggil nama kakak, namun tidak bersahut sebelum bergegas ke belakang rumah untuk melihat apa yang terjadi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, malam tadi. Azmun berkata, dia melihat Azlinah terjatuh dalam tangki najis yang sudah tidak digunakan lebih 10 tahun sambil menjerit meminta pertolongan. “Saya cuba membantunya untuk keluar, namun gagal. Saya buntu selepas beberapa kali mencuba dan memanggil jiran untuk membantu Azlinah,” katanya.
Katanya, beberapa jiran cuba membantu mengeluarkan Azlinah, namun gagal sebelum mereka menghubungi pihak berkuasa dan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mengeluarkannya.

Azmun berkata, klira-kira 30 minit kemudian, sebuah jentera bersama beberapa anggota tiba sebelum membawa mangsa keluar, namun ketika itu Azlinah sudah tidak bernyawa.

Menurutnya, dia melihat perubahan pada wajah kakaknya itu, namun masih berdoa Azlinah selamat.

Katanya, kakaknya itu dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB) sebelum doktor mengesahkannya meninggal dunia. Dia berkata, jenayah disembahyangkan di rumah mereka sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 20, Kuang di sini, selepas Zuhur. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Abd Razak Elias, mengesahkan kejadian berkenaan, namun kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Belum dapat apa-apa



TAWAI – Penderitaan seorang kanak-kanak, Mohd Thoyip Basori, 4, yang mengidap komplikasi jantung berlubang, ketebalan tidak sama pada bahagian berlubang dan salur injap darah sempit masih tidak mendapat perhatian daripada mana-mana pihak.

Bapanya, Basori Amran berkata, sehingga kini anaknya masih lagi belum menjalani rawatan pembedahan jantung berikutan tidak mampu menampung kos rawatannya yang mencecah RM18,000.

Menurutnya, walaupun penderitaan anaknya pernah tersiar dalam media, namun mereka masih belum menerima bantuan kecuali daripada Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

"Anak saya akan menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) pada Jun ini sekiranya pihak IJN menghubungi kami, kalau tidak ia akan ditunda pada September nanti,” katanya ketika ditemui di kediamannya di kampung Tawai, semalam.

Basori berkata, akibat penyakit itu, anaknya menghadapi masalah kekuningan di bahagian mata dan cepat letih.

"Tanda-tanda seperti lebam pada bibir dan bawah kuku yang muncul ketika Thoyip kepenatan juga lebih ketara berbanding Disember tahun lalu," katanya.

Menurutnya, dia juga pernah berjumpa dengan Yang Berhormat (YB) Shamsul untuk memaklumkan penyakit yang ditanggung anaknya.
"Selepas itu, YB Shamsul minta saya menyerahkan semua dokumen berkenaan penyakit anak saya.

"Saya difahamkan, YB Shamsul akan cuba berhubung a terus dengan pihak IJN bagi membantu urusan itu," katanya.
Manakala, isterinya, Siti Hasnah Din berkata, anaknya juga mula hilang selera makan.

Sementara itu, Shamsul ketika dihubungi semalam mengatakan masalah itu dalam tindakan.

Tujuh maut lepas militan serang 60 trak dekat Islamabad


HANGUS SEMUANYA: Trak-trak ini dibakar oleh anggota militan di depot dekat Islamabad, Pakistan, semalam. -- Foto AP

10 Jun 2010

LUAR NEGARA




ISLAMABAD: Lelaki bersenjata menyerang sehingga 60 trak membawa bekalan bagi tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di Afghanistan, berhampiran Islamabad, lewat kelmarin.
Serangan itu menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan enam orang cedera.Ini kali pertama serangan serupa itu dilancarkan di kawasan berhampiran ibu negara Pakistan itu.Sebelum ini, kumpulan pengganas Taleban sering menyerang trak yang membawa bekalan untuk tentera asing yang diketuai Amerika Syarikat di kawasan barat laut dan barat daya Pakistan dekat sempadan Afghanistan itu.Namun, serangan berhampiran Islamabad itu belum pernah berlaku.Menurut polis, antara 10 dengan 12 lelaki bersenjata dipercayai membakar trak yang diletak di sebuah depot di Tarnol.'Serangan itu berlaku sekitar 11.35 malam (waktu tempatan) dan kami masih menyiasat bagaimana serangan ini boleh berlaku.'Para penyerang memasuki depot ini dan mula melepaskan tembakan secara rambang,' kata ketua balai polis Tarnol, Encik Shah Nawaz.Menurut Encik Nawaz, selain daripada 60 trak yang hangus terbakar, lagi 80 kenderaan Nato turut mengalami sedikit kerosakan.Serangan itu mencetuskan kebimbangan mengenai keganasan yang semakin meningkat di Pakistan, dengan kumpulan Taleban terus melancarkan serangan bom dan serangan nekad di serata negara.Lewat bulan lalu, anggota militan yang menyokong Taleban telah membunuh lebih 80 orang dalam serangan berani ke atas golongan Ahmadiyya di bandar timur Lahore.Tentera Amerika Syarikat menghantar 75 peratus daripada bekalan bagi perang di Afghanistan melalui Pakistan.Bekalan itu termasuk 40 peratus daripada bekalan minyak untuk askar-askarnya. -- AFP, Reuters.

Banyaknya hutang bila nak habis bayar?


Hutang k'jaan pusat RM405.1b
Jun 10, 10 1:48pm
Jumlah hutang kerajaan Persekutuan dijangka berjumlah RM405.1 bilion atau 52. 9 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2010.

Kira-kira 96 peratus daripada jumlah hutang berkenaan dibiayai melalui sumber dalam negeri.

Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri berkata kerajaan mensasarkan untuk mengurangkan defisit fiskal kepada 5.3 peratus pada 2010 berbanding tujuh peratus pada 2009.

"Kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskal kepada tahap yang mampan dan memastikan akaun semasa kerajaan sentiasa berada dalam lebihan," demikian menurut EPU dalam Laporan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang dikeluarkan hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan RMK-10 di Dewan Rakyat hari ini.

Ia berkata bahawa usaha bagi mengukuhkan kedudukan fiskal yang dilaksanakan sejak 2000 telah menambah baik kedudukan fiskal kerajaan Persekutuan, yang mana defisit keseluruhan telah mengecil kepada 3.2 peratus pada 2007 daripada 5.5 peratus pada 2000.

Bagaimanapun, defisit fiskal telah meningkat kepada 4.8 peratus pada 2008 dan tujuh peratus pada 2009 kesan daripada kelembapan ekonomi dunia.

Dalam tempoh tiga tahun pertama Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)(2006-2008), EPU berkata hasil kerajaan Persekutuan mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 14.6 peratus setahun, yang disumbangkan terutamanya oleh kutipan cukai pendapatan korporat dan individu yang lebih tinggi berikutan prestasi ekonomi yang memberangsangkan.

Tetapi kelembapan ekonomi dunia pada 2009 telah memberi kesan kepada kutipan hasil yang dijangka menokok hanya tiga peratus setahun dalam tempoh RMK-9, katanya.

Sehubungan itu, hasil kerajaan Persekutuan dianggar meningkat sebanyak 8.6 peratus setahun semasa tempoh RMK-9 (2006-2010), dengan hasil berkaitan minyak menyumbang kira-kira 40 peratus daripada jumlah hasil pada 2010.

Perbelanjaan mengurus meningkat pada kadar 16.2 peratus setahun dalam tempoh tiga tahun pertama RMK-9 berikutan peningkatan ketara subsidi minyak dan makanan serta emolumen ekoran pelarasan gaji penjawat awam.

Pelaksanaan dua pakej rangsangan berjumlah RM67 bilion sebagai langkah kitaran balas pada 2009 dan 2010 turut menyumbang kepada perbelanjaan yang lebih tinggi.

EPU berkata dalam tempoh RMK-9, inflasi dijangka kekal rendah pada kadar purata 2.8 peratus setahun hasil daripada pelaksanaan dasar kewangan yang menyokong dan langkah pentadbiran untuk membendung inflasi meskipun harga minyak dan produk makanan global meningkat tinggi pada 2008.

Sebahagian besar pertumbuhan ekonomi dalam tempoh RMK-9 telah disumbang oleh permintaan dalam negeri. Dalam tempoh 2006-2008, permintaan dalam negeri meningkat 7.7 peratus setahun tetapi dijangka menyederhana dengan ketara kepada 2.5 peratus setahun dalam tempoh 2009-2010, terutamanya disebabkan penguncupan KDNK sebanyak 0.5 peratus pada tahun 2009.

Pertumbuhan domestik diterajui oleh penggunaan swasta yang berkembang sebanyak 6.5 peratus setahun berikutan harga komoditi yang lebih tinggi, pasaran guna tenaga yang berdaya tahan dan kemudahan pembiayaan kewangan yang lebih baik.

Bagi prestasi mengikut sektor, semua sektor kecuali perlombongan dan kuari mencatatkan pertumbuhan positif yang diterajui oleh sektor perkhidmatan.

Keseluruhan eksport negara juga telah berkembang pada kadar 3.2 peratus setahun, kecuali eksport produk elektrik dan elektronik yang menyumbang 59.1 peratus daripada jumlah eksport pembuatan, merosot sebanyak 0.1 peratus setahun.

- Bernama

saman jangan tak saman


Dr Hasan saman RM20 juta terhadap Zahid dan 3 lagi
Jun 10, 10 7:33pm
Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali memfailkan saman fitnah berjumlah RM20 juta terhadap Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan tiga lain kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Bukit Sentosa, Hulu Selangor, pada April lalu.

Selain Ahmad Zahid, turut dinamakan sebagai defendan ialah Utusan Melayu (M) Sdn Bhd, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Datuk Zainal Abidin Sakom dan portal suratkhabar elektronik Agenda Daily Dot Com Sdn Bhd.

Hasan, selaku plantif, memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Shah Alam pada pukul 12.30 tengah hari ini melalui firma guaman Tetuan Nazri Saad.

Dalam pernyataan tuntutannya, beliau mendakwa pada 24 April lepas Utusan Melayu melalui kenyataan Ahmad Zahid telah menghasilkan empat artikel berunsur fitnah di dalam akhbar Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia Online bertajuk "Keghairahan Politik Terbawa Sehingga Ke Khutbah Jumaat", "Hassan Ali Salah Guna Masjid", "Pembangkang Ingkari Sultan" dan "Pemimpin Pas Ingkar Perintah Sultan".

Beliau juga mendakwa pada tarikh yang sama, Agenda Daily Dot Com melalui kenyataan Zainal Abidin telah menghasilkan artikel berunsur fitnah bertajuk "Laporan Polis Terhadap Nik Aziz dan Hassan Ali" dan Zainal Abidin didakwa turut mengeluarkan kenyataan secara lisan berunsur fitnah di dalam siaran Berita RTM pada tarikh yang sama.

Hasan mendakwa artikel berkenaan secara langsung merujuk kepada beliau dan membawa maksud antara lain bahawa beliau ialah seorang yang tidak jujur, tidak boleh dipercayai, tidak layak untuk memberi khutbah, telah menggunakan masjid untuk kepentingan politik dan seorang penderhaka terhadap titah Sultan.

Hasan, yang juga exco kerajaan Selangor, mendakwa tindakan kesemua defendan itu mempunyai niat untuk merosakkan reputasi dan kedudukan politik serta jawatan beliau dalam parti.

Selain menuntut ganti rugi RM10 juta daripada Ahmad Zahid dan Utusan Malaysia serta RM10 juta lagi dari Zainal Abidin dan Agenda Daily Dot Com, plaintif turut menuntut ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang akan ditafsirkan mahkamah, faedah, kos serta laion-lain relif yang difikirkan sesuai.

Plantif juga turut memohon injunksi bagi menghalang defendan atau ejennya daripada melafazkan atau menerbitkan kata-kata yang memfitnahnya.

Hasan juga merupakan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Gombak Setia.

- Bernama

Tahanan ISA dapat gantirugi RM3.3 juta


Jun 10, 10 4:50pm
Mahkamah Tinggi di Putrajaya memerintahkan agar RM3.3 juta dibayar kepada bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana ditahan menyalahi undang-undang atas dakwaaan terbabit dengan pengeluaran permit dan pasport palsu kepada pekerja asing.

Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus berkata mahkamah bersetuju dengan plaintif seorang ahli perniagaan Badrul Zaman P.S. Mohamed (kanan) bahawa penahanannya di bawah ISA 1994, menyalahi undang-undang dan tidak mengikut perlembagaan. 
Mohd Hishamudin dalam penghakimannya berkata mahkamah telah mempertimbangkan kos kecederaan terhadap reputasi plaintif dengan memerintahkan untuk membayar tuntutan ganti rugi am dan teladan dengan kos kepada beliau.

Beliau berkata setelah membaca dengan teliti autoriti itu, satu gantirugi sebanyak RM20,00 sehari adalah adil dan saksama untuk dibayar kepadanya dengan mengambilkira fakta plaintif yang dialami semasa dalam tahanan.

Katanya dengan mengambilkira 300 hari dalam tahanan, plaintif hendaklah dibayar RM6 juta, bagaimanapun mahkamah memutuskan untuk memberikan diskaun 50 peratus kepada defendan yang mahkamah fikirkan adalah adil dan munasabah.

Mohd Hishamudin yang kini adalah Hakim Mahkamah Rayuan, juga memerintahkan agar gantirugi teladan RM300,000 diberikan atas dua alasan, pertama kerana penahanan menyalahi undang-undang dan tidak mengikut perlembagaan, kedua perintah penahanan terhadap plaintif dilanjutkan selepas pencegahan penahanan pada awalnya selama dua tahun.

Badrul Zaman memfailkan saman itu pada 30 November 1994, menamakan superitenden Pusat Tahanan Kamunting sebagai defenan pertama, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia.

Dalam saman itu, plaintif menyatakan bahawa beliau tidak mencabar kesahihan perintah penahanan pertama mengikut Seksyen 8(1) ISA pada 12 September 1991 di mana beliau ditahan selama dua tahun.

Bagaimanapun, beliau mencabar perintah tempoh lanjutan penahanan itu yang dikeluarkan timbalan menteri untuk tempoh dua tahun lagi berkuatkuasa 14 September 1993.

Plaintif mencabar kesahihan di mana beliau hanya menjalani tahanan itu dengan arahan perintah tahanan tanpa kenyataan bertulis perintah tahanan
tersebut dan fakta dakwaan berdasarkan perintah tahanan berkenaan.

Pada 1994, Badrul Zaman memfailkan satu writ habeas corpus di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan mahkamah berkenaan membenarkan permohonannya dan membebaskannya.

Mahkamah itu memutuskan bahawa penahanan yang dilanjutkan itu adalah menyalahi undang-undang dan tidak mengikut perlembagaan atas alasan tidak ada pematuhan dengan peruntukan ISA.

Ketika ditemui Badrul Zaman berkata beliau gembira dengan keputusan itu setelah menunggu hampir 16 tahun untuk mendapatkan keadilan bagi membersihkan reputasinya.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan Isnan Ishak berkata beliau akan merujuk keputusan ini kepada Pejabat Peguam Negara sebelum memfailkan rayuan. Peguam M. Manoharan mewakili Badrul Zaman.

- Bernama

Keperluan asas disekat

BAITULMAQDIS: Kumpulan hak asasi manusia Israel mendakwa tentera rejim Zionis menghalang barangan keperluan asas seperti cuka, ketumbar dan barangan permainan daripada memasuki Gaza, semalam.
Laporan Pusat Perundangan Gisha untuk Gerakan Pembebasan itu yang diumum sempena sekatan tahun ketiga ke atas Gaza mendakwa Israel hanya membenarkan 97 jenis barangan masuk ke wilayah itu berbanding lebih 4,000 produk sebelum Jun 2007.
Situasi itu berbeza dengan pusat beli-belah Israel yang menjual antara 10,000 hingga 15,000 jenis produk.

Israel mendakwa sekatan ke atas Gaza bermula Jun 2006 dan diperketat selepas Hamas menguasai wilayah itu pada 2007 perlu dilaksana bagi menghalang gerakan kumpulan pejuang Palestin itu. Rejim Zionis turut mendakwa 1.5 juta penduduk Gaza memiliki keperluan secukupnya.

Namun laporan Gisha mendedahkan Israel menyekat barangan yang tidak berkaitan dengan ketenteraan seperti halia, kertas dan peralatan muzik.

“Israel haramkan marjerin untuk kegunaan industri diimport Gaza tapi membenarkan pakej kecil barangan itu yang diguna untuk penduduk.

“Rejim Zionis turut mengharamkan getah, gam dan nailon diguna untuk menghasilkan lampin pakai buang diimport kilang di Gaza tapi membenarkan lampin keluaran syarikat Israel diimport ke wilayah itu,” ulas Gisha.

Hanya 2,300 trak membawa barang dibenar masuk ke Gaza berbanding 10,400 sebelum sekatan dan 30,000 trak masuk ke Manhattan yang memiliki penduduk seramai Gaza setiap bulan.

Gisha turut melaporkan, hanya 259 trak dibenar keluar daripada Gaza sejak Jun 2007 berbanding purata 70 trak setiap hari sebelum sekatan dilaksana.

Jumlah itu jauh berbeza dengan pengeluaran syarikat makanan Israel, Tnuva yang menghantar 400 trak barangan keluarannya setiap hari.

Sekatan itu turut menghalang usaha pembangunan semula kemusnahan yang dilakukan Israel ketika melancarkan serangan 22 hari ke atas Gaza hingga hujung Januari 2009. - AFP

Ada juga arak haram arak halal

Dua ditahan ketika sibuk bancuh arak haram

SEREMBAN: Tindakan saman yang pernah diambil pihak berkuasa sebelum ini langsung tidak diendahkan dua lelaki termasuk seorang warga India untuk bergiat aktif semula memproses dan menjual minuman keras di sekitar Jempol, dekat sini.
Kedegilan mereka bagaimanapun mengundang padah apabila dicekup dalam serbuan berasingan di daerah berkenaan iaitu sekitar Kampung Melor dan Ladang Air Hitam, Jumaat lalu.
Ops Bersepadu itu disertai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol diketuai Asisten Superintendan Mohd Yazed Mohd Serah dengan kerjasama Kastam Diraja Malaysia (KDRM) , Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Imigresen, Jabatan Kesihatan dan Majlis Daerah Jempol (MDJ).

Sumber polis berkata, kedua-dua suspek berusia 45 dan 46 tahun itu ditahan selepas mendapati mereka memproses dan menjual minuman keras haram.

“Siasatan mendapati warga India terbabit ialah pembantu dan pembuat arak dan kami (polis) turut menemui beberapa tong air berisi arak di dalam rumah termasuk kenderaan suspek.

“KDRM merampas alat membuat arak termasuk pengetuk, pisau, sabit, bekas mengisi peralatan dan kayu pengasah,” katanya di sini, semalam.