Tuesday, September 25, 2012

Taib tarik balik saman fitnah terhadap dua pemimpin PKR



WARTAWAN SINAR HARIAN
25 September 2012
Tan Sri Abdul Taib Mahmud
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud
KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menarik balik saman fitnah beliau terhadap dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mereka memohon maaf kerana menyebabkan reputasi beliau tercemar dan diaibkan.

Hakim Datuk David Wong Dak Wah membenarkan permohonan Taib untuk menarik balik saman terhadap Timbalan Pengerusi (Komunikasi) PKR Sarawak Wan Zainal Abidin Wan Senusi dan Naib Presidennya See Chee How, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Batu Lintang, selepas mendengar hujahan pihak plaintif dan defendan.

Saman itu, berkaitan risalah yang diterbitkan pada 11 April, 2007, oleh kedua-dua mereka berhubung artikel dalam akhbar, menyatakan Taib mengawal perdagangan kayu balak di Sarawak dan beliau telah menyalahgunakan kedudukannya dengan secara rasuah untuk memperoleh atau menerima bayaran sebanyak RM32 juta sebagai balasan membenarkan syarikat-syarikat perkapalan menjalankan perniagaan dengan lancar, ditarik balik tanpa kos.

Mereka menerbitkan dan mengedarkan risalah dan artikel itu kepada orang awam termasuk pengunjung, pejalan kaki dan pengguna jalan raya di kompleks beli-belah Electra House di sini, pasar terbuka dan kawasan kejiranan berdekatan.

Dalam permohonan maaf mereka, Wan Zainal Abidin dan See mengakui artikel dan kenyataan yang dibuat mereka adalah tidak benar dan tidak berasas.

Artikel itu diterbitkan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Mandarin dan disertakan dengan gambar Taib, telah mencemarkan reputasi beliau sebagai seorang individu, ahli politik dan Ketua Menteri Sarawak, di samping mengaibkan beliau. - Bernama

Kes PKFZ: Ada maklumat tidak betul, kata Liong Sik




25 September 2012
Tun Dr Ling Liong Sik
Tun Dr Ling Liong Sik
KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik yang didakwa menipu kerajaan Malaysia hari ini bersetuju bahawa surat yang dihantarnya kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) mengandungi isi kandungan yang salah.
Dr Ling, 68, berkata surat bertarikh 29 Jun 2002 yang disediakan oleh bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Abdul Rahman Mohd Noor itu mengandungi kadar faedah dan ia berdasarkan keputusan mesyuarat yang diadakan sebelum itu.
Beliau turut mengakui hanya menandatangani surat tersebut tanpa mengetahui kandungannya kerana mempercayai pegawai terbabit.
Ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah ketika pemeriksaan balas tidakkah beliau menyoal kakitangannya dan meneliti terlebih dahulu, Dr Ling berkata: "Jika anda tidak percayakan (pegawai) anda akan mempunyai terlalu banyak kerja untuk dilakukan setiap hari.
"Siapa kata saya tidak pernah tanya? Mereka melaporkan kepada saya setiap hari, ia (projek) berjalan lancar."
Dr Ling bagaimanapun tidak bersetuju bahawa beliau telah menipu Dr Mahathir dan sengaja menghantar surat tersebut walaupun mengetahui ianya mengandungi maklumat yang salah.
Surat bertajuk 'Cadangan Pengambilan Balik Tanah di Pulau Indah" itu ada menyatakan tentang rundingan dengan Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) berdasarkan kaedah 'sedia membeli dan sedia menjual' yang menetapkan kadar pembelian tanah sebanyak RM25 sekaki persegi (skp) dan kadar faedah 7.5 peratus setahun.
Ia juga menyatakan bahawa nilaian tersebut telah dipersetujui oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).
Turut dilampiran bersama surat tersebut ialah harga keseluruhan tanah seluas 999.5 ekar berjumlah RM1.088 bilion.
Dr Ling, didakwa menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 sekaki persegi (skp) iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu JPPH, dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah.
Beliau juga didakwa atas dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.
Dr Ling didakwa melakukan semua kesalahan itu di tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 25 Sept dan 6 Nov 2002.
Terdahulu, Dr Ling memberitahu bahawa pegawai kanannya telah mengadakan mesyuarat bersama KDSB tanpa pengetahuannya dan tidak mengetahui hasil rundingan.
Pada prosiding lalu, pegawai JPPH memberi keterangan bahawa nilaian terhadap tanah itu adalah sebanyak RM21 skp dan kadar faedah sebanyak 6 peratus.
Selain itu, Dr Ling turut memberitahu bahawa beliau tidak mengetahui jumlah sebenar pembayaran pembelian tanah kerana ia diuruskan oleh Kementerian Kewangan.
Ditanya sama ada beliau sengaja tidak mendedahkan jumlah faedah sebanyak 7.5 peratus kepada Kabinet dan jumlah keseluruhan melebihi RM1.088 bilion, Dr Ling berkata: "Tidak bersetuju."
Beliau juga tidak mengetahui sebarang pengeluaran bon untuk pembelian tanah serta tidak ambil tahu tentang urusan pembelian kerana tugasnya hanya perlu memastikan ia diperoleh secepat mungkin.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi bersambung esok.- Bernama

Isu hudu: Guan Eng dakwa Nasha tidak konsisten



JAMILAH HAMZAH
25 September 2012
Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng
KUALA LUMPUR - DAP menyatakan isu hudud yang diperjuangkan oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa tidak konsisten sebelum dan selepas beliau tidak lagi memegang jawatan itu.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata ketika Nasharudin menjadi Timbalan Presiden Pas, beliau akur dengan pendirian DAP yang tidak memasukkan hudud dalam dasar Pakatan Rakyat (PR).
Menurutnya, pendirian bekas Timbalan Presiden Pas itu yang memperjuangkan hudud timbul selepas beliau tidak lagi memegang jawatan itu.
"Kita rasa pelik sedikit, sebelum ini semasa beliau jadi Timbalan Presiden Pas, beliau tidak ada masalah dengan pendirian DAP.
"Tapi bila beliau sudah tidak lagi pegang jawatan itu, beliau mula gesa kita untuk terima hudud dan mengapa sekarang ada pula masalah dengan pendirian kita mengenai hudud, dan kita kena bersikap konsisten," katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.
Semalam, DAP dikatakan sebulat suara menolak hudud.
Guan Eng menegaskan hukum hudud bukan dasar pakatan pembangkang.
"Dalam pakatan pembangkang, mana-mana parti boleh mempunyai pandangan yang berbeza tetapi hudud tidak berbangkit langsung sebagai dasar kita dan perkara itu jelas.
"Namun, kerjasama ini berdasarkan platform sama yang telah digariskan dengan jelas sekali," katanya.
Justeru Nasharudin menggesa DAP supaya memohon maaf diatas kenyataan yang dikeluarkan oleh parti itu.
Dalam pada itu, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, pendirian mengenai hukum hudud itu adalah konsisten dan tidak mempunyai sebarang perubahan.
Tambahnya, Nasharudin sepatutnya menanyakan pendirian hudud itu kepada Umno.

14 militan dihukum gantung




         
ISMAILA: Mahkamah di sini semalam menjatuhkan hukuman gantung terhadap 14 militan dan penjara seumur hidup ke atas empat yang lain kerana menyerang tentera dan polis di Semenanjung Sinai, tahun lalu.

Mereka adalah anggota kumpulan dikenali sebagai Tawheed dan Jihad, didakwa membunuh tiga anggota polis, seorang tentera dan seorang awam dalam serangan pada Jun dan Julai 2011.


Lapan daripada 14 yang menerima hukuman mati itu tidak hadir, kata sumber mahkamah.

Seorang defendan yang hadir menjerit mengecam Presiden Mohamed Mursi dengan menuduhnya kafir. - Reuters

Parti tak terbabit tawar hadiah bunuh penerbit filem




         
PESHAWAR: Sebuah parti politik Pakistan semalam bertindak menjauhkan diri daripada tindakan seorang menterinya yang menawarkan hadian untuk membunuh penerbit filem anti-Islam.

Parti Nasional Awami (ANP), sebuah daripada parti yang membentuk kerajaan Pakistan berkata, ia menolak tindakan Menteri Kereta Api, Ghulam Ahmed Bilour yang menawarkan hadiah AS$100,000 (RM307,000) kepada sesiapa yang dapat membunuh penerbit filem Innocence of Muslims itu.
Ghulam turut mempelawa pejuang Taliban dan Al-Qaeda untuk menyertai ‘misi mulia’ itu dan berkata sekiranya diberi peluang, dia sendiri akan membunuh penerbit filem itu yang telah menyebabkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

Jurucakap ANP, Senator Zahid Khan berkata: “Kami menolak kenyataan yang dibuat oleh Ghulam itu kerana kami percaya kepada keamanan dan ANP dikenali kerana itu.


“Tindakan Ghulam adalah di luar jangkaan kami.”


Katanya, rundingan mengenai perkara ini masih diteruskan tetapi mereka terhalang kerana ketua parti, Asfandyar Wali Khan kini berada di Amerika Syarikat untuk mengambil bahagian dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. - AFP

4 cedera dalam letupan bom

NARATHIWAT: Dua pengarah sekolah dan dua anggota tentera cedera apabila sebutir bom yang diletak oleh anggota kumpulan pemisah di astaka sebuah sekolah meletup di daerah Bajoh, di sini, semalam.
Semua mangsa luka terkena serpihan di badan mereka dan dihantar ke Hospital Bajoh.

Siasatan awal polis mendapati pengarah dan anggota tentera itu berbincang untuk mengadakan mesyuarat pengarah sekolah di kawasan itu apabila bom itu meletup.

Kumpulan pemisah dipercayai menyembunyikan bom itu di astaka sekolah dan meletupkannya apabila melihat kumpulan berkenaan duduk di situ. - The Nation

Iran sudah sedia berdepan serangan

NEW YORK: Iran tidak mengambil berat ancaman serangan Israel, tetapi bersedia mempertahankan diri.
Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad yang menghadiri Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, memberitahu wartawan: “Secara asasnya, kami tidak mengambil serius ancaman Zionis.
“Kami bersedia untuk mempertahankan negara kami. Walaupun kami bersedia sepenuhnya, kami tidak menganggap ia sebagai ancaman serius.”

Beliau turut menyelar sikap Amerika Syarikat berhubung isu nuklearnya.


“Isu nuklear itu bukan masalah tetapi pendekatan Amerika Syarikat terhadap Iran itu yang penting,” kata Mahmoud.

Ketua Pengawal Revolusi Islam Iran, Brigadier Jeneral Amir Ali Hajizadeh sebelum ini berkata, Iran mungkin melancarkan serangan awal terhadap Israel apabila mereka yakin Israel bersedia untuk menyerang Republik Islam itu.

Israel dan Amerika Syarikat menuduh Iran cuba mendapatkan senjata atom menerusi program nuklearnya. - AFP

Tabiat merokok remaja sukar dikikis

BERLIN 24 Sept. - Remaja yang mula berjinak-jinak dengan rokok sebenarnya memperbodohkan diri sendiri sekiranya mereka menganggap boleh menghentikan tabiat itu dengan mudah.
Satu kajian oleh Universiti California di San Francisco mendedahkan bahawa pengambilan dua batang rokok sehari sudah cukup membuatkan remaja berumur antara 13 dan 17 tahun untuk ketagih kepada nikotin.
''Ibu bapa perlu menjelaskan tentang bahaya merokok kepada anak masing-masing pada usia mereka masih di peringkat sekolah rendah lagi,'' nasihat Matthias Brockstedt, kaunselor Persatuan Profesional Pakar Perubatan Belia dan Kanak-Kanak Jerman.
Untuk itu, katanya, ibu bapa boleh membantu anak remaja masing-masing dengan mengukuhkan keyakinan diri mereka dan memberikan panduan bagaimana untuk berkata 'tidak' kepada rokok.
Alam dewasa adalah sukar digambarkan bagi remaja, oleh itu mereka sendiri perlu memainkan peranan supaya menjauhi rokok sekiranya menyedari akan kesan pengambilan nikotin.
Pengambilan nikotin mengakibatkan nafas berbau, jari dan gigi menjadi kuning, warna kulit menjadi pudar, pakaian berbau busuk, sukar bernafas dan prestasi sukan yang berkurangan.
''Hakikatnya ialah perokok berisiko tinggi mendapat penyakit seperti barah, serangan jantung, strok dan penyakit arteri kaki.
''Ini kerana, remaja akan berfikir kesan buruk akibat rokok hanya terjadi kepada orang lain dan bukan di kalangan keluarga terdekat,'' kata Brockstedt.
Sebaik-baiknya, ibu bapa perlu menjadi contoh dengan tidak merokok dan sekiranya mereka merokok, tabiat itu seharusnya dilakukan di luar rumah.
Ibu bapa yang merokok juga perlu mengingatkan anak-anak bahawa mereka menyesal kerana memulakan tabiat merokok. - DPA

Ahmadinejad kutuk filem anti-Islam



NEW YORK 24 Sept. - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad mengutuk filem anti-Islam yang mencetuskan rusuhan anti-Amerika Syarikat (AS) di seluruh dunia Islam.
Bagaimanapun, beliau juga meminta semua pihak bertenang ekoran kejadian itu.
‘‘Pada asasnya, kami mengutuk semua tindakan provokatif, menghina agama dan penganutnya.
‘‘Menghina Nabi Muhammad perbuatan teruk. Ini tiada kena-mengena dengan kebebasan dan kebebasan bersuara. Ini kelemahan dan penyalahgunaan kebebasan dan dalam kebanyakan keadaan ia adalah satu jenayah,’’ katanya kepada saluran televisyen, CNN, semalam.
Beliau berkata, ia tidak sepatutnya berlaku dan berharap ahli politik tidak akan bertindak menghina mana-mana tokoh agama.
Dalam pada itu, kira-kira 300 penganut Islam di Filipina hari ini mengadakan demonstrasi di luar Kedutaan AS di Manila bagi menggesa filem tersebut diharamkan.
Di Athens, polis Greek menggunakan gas pemedih mata dan penyembur lada bagi menyurai tunjuk perasaan di luar Kedutaan AS, semalam. - AFP

Ahli perniagaan mengaku sewakan jet



KUALA LUMPUR 24 Sept. - Seorang ahli perniagaan, Datuk Mohd. Taufik Omar mengaku menyewakan sebuah jet eksekutif milik syarikatnya kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun enggan mengulas berhubung kos sewaan jet tersebut.
Beliau yang merupakan Pengerusi TJets Sdn. Bhd. juga menolak dakwaan memiliki jet tersebut.
Begitupun, beliau mengesahkan syarikatnya bertanggungjawab menguruskan jet yang digunakan oleh Anwar selama dua hari ke Labuan, Sabah.
"Kami hanya menguruskan jet ini untuk seseorang. Ia adalah sebuah jet peribadi, maka, saya rasa perkara berkaitan jet ini juga peribadi," katanya kepada The Starhari ini.
Diminta menjelaskan sama ada beliau pemilik jet eksekutif tersebut, Mohd. Taufik hanya berkata:
"Adakah saya begitu kaya? Saya hanya seorang Melayu yang cuba cari makan dalam bidang penerbangan.''
Beliau mengulas kenyataan seorang penulis blog John F. Seademon yang mendakwa Mohd. Taufik yang menyewakan jet tersebut kepada Anwar.
Naib Presiden PKR, Tian Chua pada laman Twitternya memuat turun gambar jet eksekutif yang diberi nama Dassault Falcon itu pada 15 September lalu.
Anwar sebelum itu dalam reaksinya ada menyebut seorang ahli perniagaan yang memiliki jet itu, namun tidak menyatakan identitinya.
Mohd. Taufik juga merupakan Presiden Judo Malaysia selain pengerusi LD Sports Sdn. Bhd., Kenangan Nilam Sdn. Bhd., Asiana Inspirasi Sdn. Bhd., KN Capital Sdn. Bhd, dan T Corp Labuan.
Beliau juga merupakan pengarah Health Solutions (SE Asia) Sdn. Bhd., CltlTower Sdn. Bhd., Aliran Modern Sdn. Bhd, dan Vasseti Berhad.

KDN nafi polis manipulasi kadar indeks jenayah



KUALA LUMPUR 25 Sept. - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menolak tuduhan pihak tertentu kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) memanipulasi kadar indeks jenayah dengan mengklasifikasikan jenayah indeks kepada jenayah bukan indeks.
Beliau berkata ini kerana statistik dengan jelas menunjukkan jumlah kes yang diklasifikasikan di bawah jenayah indeks adalah lebih besar berbanding jenayah bukan indeks.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Hee Loy Sian (DAP-Petaling Jaya Selatan) di Parlimen hari ini, yang hendak tahu adakah benar PDRM memanipulasi indeks jenayah dan juga jumlah kes yang diklasifikasikan di bawah jenayah indeks dan jenayah bukan indeks dari tahun 2007 hingga 2011.
Hishammuddin berkata dari Januari hingga Ogos tahun ini, sebanyak 108,886 kes jenayah dilaporkan iaitu 101,313 merupakan jenayah indeks dan 7,573 jenayah bukan indeks.
"Pada tahun lepas jumlah besar kes jenayah ialah 229,997; 2010 (252,844), 200

Anak hilang kirim surat, penantian enam tahun terjawab



SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
25 September 2012
Anak hilang kirim surat, penantian enam tahun terjawab
Gambar terbaru Munirah dan anak lelaki yang dikatakan berusia tiga bulan turut dikirim kepada keluarga.
Anak hilang kirim surat, penantian enam tahun terjawab
Abdul Hamid menunjukkan surat yang diterima dari Pulau Adonara, Flores Timur, Indonesia kepada Tajul (kanan) yang berkunjung ke rumahnya kelmarin.
SUNGAI PETANI - “Alhamdulillah penantian kami selama enam tahun akhirnya terjawab apabila Munirah mengirimkan sepucuk surat menjelaskan kedudukannya kini berada di Indonesia dalam keadaan selamat,” demikian luahan Abdul Hamid Mat, 50, dari Kampung Nelayan Tanjung Dawai.

Munirah anak ketiga dari lima beradik yang dipercayai hilang sejak enam tahun lalu dipercayai terikut pengaruh teman lelakinya.
Abdul Hamid berkata, sepanjang tempoh itu keluarganya tidak henti-henti mendoakan agar anaknya, Munirah dipanjangkan umur dan sentiasa berharap dapat berjumpanya suatu hari nanti walaupun tiada sebarang berita selepas menghantar satu khidmat pesanan ringkas pada 2007 mengatakan dia berada di Batam, Indonesia.

Bagaimanapun, surat yang diterimanya bertarikh 8 Ogos lalu dengan setem Indonesia tiga hari lalu menjawab persoalannya selama ini.

“Kami bersyukur dan percaya kandungan isi surat ditulis oleh anak yang paling dirindu keluarga.
“Dalam surat itu ada menjelaskan dia sudah berkahwin dan memiliki seorang bayi lelaki berusia tiga bulan selain meminta maaf dengan tindakan berkenaan. Dia juga ada mengirimkan gambar terbaru dan bayinya.

“Muni juga ada memberitahu bahawa dia memerlukan wang untuk pulang ke Malaysia dan meminta keluarga mengirimkan duit melalui Bank Rakyat Indonesia (BRI), selain memerlukan Mykad yang berada dalam simpanan keluarga dihantar melalui pos ke alamat di Pulau Adonara, Flores Timur, Indonesia.
“Kami ada cuba hubungi nombor telefon yang diberikan namun ia tidak diaktifkan dan akaun nombor yang diminta untuk memasukkan duit pula menggunakan nama individu lain,” katanya.

Abdul Hamid berkata, keluarga bagaimanapun khuatir dengan keadaan itu kerana bimbang sekiranya Munirah dikawal pihak tertentu.
Kisah kehilangan Munirah juga pernah disiarkan Sinar Harian 10 Julai tahun lalu.
Terdahulu, ibunya, Robeah Hamid, 50, berkata, dalam kejadian April 2006, Munirah yang ketika itu berusia 16 tahun dan masih bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Badong, Singkir, keluar dari rumah jam 6.30 pagi.
“Namun, sejak hari itu, dia tidak pernah pulang ke rumah sehinggalah sekarang,” katanya.

Difahamkan, pada hari kejadian, keluarga dimaklumkan pihak sekolah, Munirah langsung tidak masuk ke kelas.

Laporan polis berhubung kejadian dibuat keluarga selepas menyedari kehilangannya.

Keluarga yang bimbang dengan keadaan Munirah merayu mana-mana pihak yang boleh membantu menyelamatkan anak mereka dari terus berada dalam kesusahan.
Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, pihaknya akan berhubung dengan Kelab Putera 1Malaysia yang berpengalaman mengendalikan kes berkenaan.

“Saya akan menghantar surat kepada Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Rahim untuk tindakan selanjutnya yang boleh membantu keluarga ini,” katanya.

Kelab Putera 1Malaysia sering membantu rakyat negara ini yang dilaporkan terkandas di Indonesia dan beberapa negara lain.

Militan Solo lebih kreatif




25 September 2012
Pihak berkuasa menemui pelbagai peralatan untuk menghasilkan bom buatan sendiri semasa serbuan.
Pihak berkuasa menemui pelbagai peralatan untuk menghasilkan bom buatan sendiri semasa serbuan.
SOLO - Pangkalan kumpulan militan Solo yang diserbu pasukan antipengganas, Sabtu lalu, dikatakan lebih kreatif kerana melakukan pengubahsuaian dengan menggabungkan bahan letupan bersama beberapa bahan lain.

"Kami menemui pelbagai peralatan untuk menghasilkan bom buatan sendiri termasuk 20 botol bahan kimia, alat elektronik, 13 topi peledak dan puluhan periuk nasi," kata jurucakap polis, Boy Rafli Amar.

Setakat ini, Unit Antikeganasan Polis Kebangsaan (Densus 88) berjaya menahan 10 suspek pengganas sejak minggu lalu, dan menyerbu puluhan kediaman yang menyimpan bom buatan sendiri dipercayai milik kumpulan militan yang  merancang untuk melancarkan serangan berani mati di negara itu.

"Lapan suspek yang ditahan baru-baru ini adalah daripada Solo, Jawa Tengah dan seorang daripada barat Kalimantan," kata Boy.

Menurutnya, suspek ke-10, Joko Parkit ditahan kelmarin, adalah adik kepada Eko Joko Supriyanto yang ditembak mati oleh polis semasa operasi besar-besaran mengesan militan paling dikehendaki di Asia Tenggara, Nordin M Atas pada 2009. - Jakarta Globe

Tiga tahun tiada pengadang



WARTAWAN SINAR HARIAN
25 September 2012
Tiga tahun tiada pengadang
Keadaan jambatan yang tiada besi penghadang menunggu masa untuk roboh.
KAMPUNG SEBERANG JAYA, LUBOK BULUH - Keadaan jambatan besi dibina 10 tahun lepas bukan hanya uzur, malah merisaukan penduduk yang mendakwa hakisan tebing semakin kritikal serta tiadanya besi pengadang.

Penduduk, Maisarah Abdul Rahman, 25, berkata, hakisan berlaku sejak Mei lalu kini semakin kuat tanpa sebarang tindakan sepatutnya.

Menurutnya, kes tersebut sudah dimaklumkan kepada kepimpinan peringkat kampung namun jawapannya tetap sama masih tiada perubahan.

“Sudah tiga tahun jambatan itu tiada besi pengadang dan ini sangat bahaya kerana ramai kanak-kanak ke sekolah menggunakan basikal.

“Saya hendak lalu dengan kereta pun tidak sanggup, dan ada yang letak kenderaan di kampung luar di rumah saudara mara,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Maisarah berkata, keadaan semakin membimbangkan jika jambatan tersebut tidak dibaik pulih sebelum musim banjir.

Katanya, jika banjir air akan naik sehingga paras bahu atas jambatan tersebut.

“Bayangkan kalau penduduk lalu tanpa pengadang besi ketika banjir nanti, mungkin ada yang akan tergelincir.

“Mungkin hendak tunggu ada yang jatuh dahulu baru hendak bertindak,” katanya.

Susulan filem hina Nabi, Iran sekat YouTube, Google




25 September 2012
Google sasar tarik 50,000 PKS
$entry.content.caption.value
TEHERAN - Iran menyekat YouTube dan pemiliknya Google sejak hujung minggu lalu ekoran penyiaran filem menghina Nabi Muhammad SAW, yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia sejak awal bulan ini.
Kedua-duanya disekat atas "pemintaan ramai", kata agensi berita separa rasmi Iran, Mehr semalam.
"Google dan YouTube terus membawa klip filem yang menghina kepercayaan masyarakat kami," kata agensi itu dipetik CNN.
Kamran Saghafi dari Majlis Tertinggi Internet di Iran memberi amaran kepada rakyat negara itu agar tidak akses YouTube dan Google.
"Pengguna Internet harus secara sukarela berhenti daripada menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan ini dan tidak harus cuba sama sekali untuk berhubung, meskipun hanya cuba untuk melihat sama ada boleh berjaya atau tidak," lapor Mehr memetik Kamran.
Katanya, majlis tersebut tidak terlibat dalam keputusan menghalang penyedia perkhidmatan Internet terbesar itu tetapi tindakan itu adalah sahih dan dibenarkan.
Mehr melaporkan bahawa keputusan itu diambil oleh Menteri Teknologi yang bertanggungjawab atas soal menapis Internet.
Minggu lalu, Kementerian Luar Pakistan menggesa Amerika Syarikat mengeluarkan filem kontroversial itu dari YouTube.

Presiden Pro-Mahasiswa Nasional diserang awal pagi



RAZIATUL HANUM A. RAJAK
25 September 2012
 Presiden Pro-Mahasiswa Nasional diserang
Edikoup menunjukkan kecederaan dialami di bahagian muka akibat diserang sekumpulan lelaki, awal pagi tadi. - Foto ihsan
SHAH ALAM - Presiden Pro-Mahasiswa Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto mendakwa diserang lima lelaki tidak dikenali awal pagi tadi ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Seksyen 17, Petaling Jaya.

Menurut Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, Syis Abd Kadir, Edikoup yang diserang kira-kira jam 4 pagi, sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

"Laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Seksyen 17 dan sekarang dia sedang dirawat.

"Kejadian ini memang tidak dijangka tetapi kami yakin ia bukan kerja pelajar. Ini kerja orang luar," katanya kepada Sinar Harian Online.

Katanya, Edikoup yang juga mahasiswa di UM pernah menerima dua ugutan sebelum ini, namun tidak terfikir ugutan tersebut membawa kepada kejadian awal pagi ini.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan kejadian ini ada hubungan dengan pilihan raya kampus yang berlangsung hari ini, berikutan sebelum ini Edikoup pernah membuat pendedahan terhadap media berkaitan salah seorang calon yang dipercayai ada kaitan dengan sebuah badan politik.

"Sebelum ini Edikoup sudah diugut dua kali dan perkara ini kami serahkan kepada polis untuk siasat. Kami tidak mahu menuduh," katanya.

Vanidah Imran: Isu jatuh talak hanya salah faham



WARTAWAN SINAR HARIAN
25 September 2012
Vanidah Imran
Vanidah Imran dan Rashidi
Aktres, Vanidah Imram menganggap lafaz cerai yang berlaku di dalam filem Untuk Tiga Hari, hanyalah salah faham dan mohon tidak memanjangkan isu tersebut.
Vanidah yang mesra di sapa Vee turut meminta masyarakat menonton filem tersebut terlebih dahulu sebelum meletakan apa-apa spekulasi terhadap rumah tangganya.

"Saya minta maaf kerana tidak dapat memberi komen panjang mengenai perkara ini. Bagi mereka yang kurang jelas mengenai isu lafaz talak ini, seeloknya menonton filem ini terlebih dahulu," katanya yang mengulas nasihat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria seperti dilaporkan sebuah akhbar semalam yang menggesa dia dan Rashidi hadir ke Jabatan Agama Islam berikutan lafaz
cerai yang diungkapkan dalam filem tersebut.

Menerusi filem Untuk Tiga Hari, Vanidah dan Rashidi masing-masing menjayakan watak Ujie dan Affin yang terpaksa membuat keputusan berkahwin untuk tiga hari dengan pasangan masing-masing kerana tidak mahu menghampakan keluarga, walaupun saling mencintai.

Affin (Rashidi) berkahwin dengan Juwita (Ayu Raudhah) manakala Ujie (Vanidah) berkahwin dengan Armi (Afdlin Shauki yang juga sutradara filem ini).

Bagaimanapun, pada hari ketiga Ujie mengambil keputusan untuk meneruskan perkahwinannya dengan Armi dan menganggap soal jodoh bukan soal yang boleh di buat main-main manakala Affin tetap menceraikan Juwita dengan talak tiga pada hari ketiga perkahwinan mereka.
Bagi yang mahu mengetahui keseluruhan filem yang diadaptasi dari novel berjudul sama karya Ahdiat Akasya masih sempat menonton filem ini yang masih ditayangkan di pawagam.

Aktres filem anti-Islam fail kes baru




25 September 2012
Cindy Lee Garcia
Cindy Lee Garcia
LOS ANGELES - Seorang aktres filem anti-Islam mahu memfailkan kes baru ke atas penerbit Innocence of Muslims di mahkamah persekutuan.

Cris Armenta, peguam Cindy Lee Garcia berkata, "hari ini kami akan menggugurkan kes di mahkamah peringkat negeri, tetapi kami akan memfailkan (kes baru) di mahkamah persekutuan."

"Anak guam saya ada tuntutan berkenaan hak cipta. Kami mahu tuntut perkara itu," katanya lagi.

Kesnya ke atas Google telah ditolak minggu lalu. Dia juga membawa kes ke atas penerbitnya.
Garcia menuduh penerbit filem itu, Nakoula Basseley Nakoula yang dipercayai turut menggunakan nama Sam Bacile, telah memperdayakannya sedangkan pada awalnya dia beranggapan bahawa hanya berlakon dalam filem berkisar cerita padang pasir.
"Tiada sebutan langsung berkenaan dengan nama 'Mohammed' ketika penggambaran atau dalam jalan cerita.
"Berdasarkan pengetahuan Garcia, tiada rujukan dibuat berkenaan dengan agama atau kandungan seksual," kata dokumen yang difailkan di Mahkamah Persekutuan Los Angeles.
Tuntutan yang difailkan juga mendakwa Nakoula, Google dan YouTube telah mencerobohi privasi, amalan bisnes tidak adil, dan menggunakan Garcia tanpa kebenaran dan mengakibatkan tekanan emosi yang disengajakan.
Peguam Nakoula enggan mengulas kes yang difailkan.

Selangor 'sangat gembira' jika perjanjian batal



WARTAWAN SINAR HARIAN
25 September 2012
Dr Xavier Jayakumar
Dr Xavier Jayakumar
SHAH ALAM – Kerajaan Negeri ‘sangat gembira’ sekiranya Kerajaan Negeri Pahang mahu membatalkan perjanjian bekalan air mentah ke negeri ini jika pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 tidak diteruskan.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, beliau percaya perkara itu juga menggembirakan rakyat negeri ini kerana secara tidak langsung Kerajaan Negeri tidak perlu membayar kira-kira RM80 juta setahun royalti air mentah kepada Kerajaan Negeri Pahang.

Katanya, Kerajaan Negeri menyambut baik hasrat Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob itu.

“Kalau dia (Adnan) nak batalkan kita gembira dengan keputusan itu kerana kita tidak perlu bayar RM80 juta setahun.

“Tetapi, dia perlu nyatakan secara bertulis perkara ini dan bukannya setakat cakap di media atau sebagainya,” katanya mengulas kenyataan Adnan bahawa pihaknya akan membatalkan perjanjian bekalan air mentah ke Selangor.

Xavier berkata, tiada masalah sekiranya Pahang mahu membatalkan perjanjian bekalan air mentah ke negeri ini kerana bekalan air mentah di Selangor mencukupi.

Sebelum ini, perjanjian itu ditandatangani antara Kerajaan Negeri Pahang dan Selangor yang ketika itu diwakili Dr Mohamad Khir Toyo pada kadar harga 10 sen bagi setiap meter padu dengan kuantiti 1.6 juta meter padu sehari.

Malah, Adnan juga mengugut jika Kerajaan Negeri tidak meneruskan Langat 2 pada masa sekarang dan ingin menyambungnya pada masa hadapan, harganya akan dinaikkan kepada RM1 bagi setiap meter padu.

Xavier berkata, beliau difahamkan pembinaan terowong siap 60 peratus dan Adnan perlu menjawab perkara itu kepada Kerajaan Pusat.

Kena tikam depan rumah




KETUA Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin melihat kesan darah (dalam bulatan) pada kereta Norizan yang parah selepas ditikam di Taman Dagang, Ampang Jaya semalam.


AMPANG JAYA - Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kepong, Datuk Norizan Ali cedera parah selepas ditikam dengan senjata tajam oleh dua lelaki disyaki warga asing di hadapan rumahnya di Jalan 2/4, Taman Dagang di sini semalam.
Kejadian pukul 3.30 pagi itu berlaku ketika Norizan, 41, yang juga ahli perniagaan baru pulang dari menonton perlawanan bola sepak Liga Perdana England bersama rakan-rakan di sebuah restoran, kira-kira 1.5 kilometer dari rumahnya.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, mangsa diserang oleh suspek tersebut selepas keluar dari kereta jenis Mercedes Benz dan berlaku pergelutan berdasarkan kesan di tempat kejadian.
Katanya, selepas ditikam, mangsa sempat melarikan diri menuju ke rumahnya untuk meminta bantuan keluarganya sebelum pengsan.
"Jarak antara kereta dan rumahnya kira-kira 20 meter. Suspek mengambil peluang itu untuk menyerang mangsa tetapi kereta, telefon bimbit dan cincin mangsa tidak dilarikan.
NORIZAN kini dirawat di Hospital Ampang.


"Selain perut, mangsa juga cedera di jari tangan akibat tikaman itu. Ada saksi nampak beberapa buah kereta beredar selepas kejadian namun kita akan menjalankan siasatan lanjut termasuk mengambil keterangan mangsa bagi mengetahui motif kejadian," katanya.
Norizan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Ampang selepas menjalani pembedahan.
Menurut Tun Hisan, kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera ketika menyamun.
Sementara itu, isteri mangsa, Datin Roslinda Kamaruddin, 38, berkata, dia terkejut apabila mendengar pintu rumah diketuk bertalu-talu diiringi jeritan meminta tolong.
"Sebaik dibuka, saya terperanjat apabila mendapati suami terbaring berlumuran darah sebelum meminta tolong jiran untuk memanggil ambulans dan polis," ceritanya ketika ditemui.
Dalam pada itu, jiran mangsa, Azim Shaharbudin, 24, pula memberitahu, dia terus keluar rumah selepas terdengar jeritan yang pada mulanya disangka pergaduhan keluarga.
"Ketika itu saya sedang menonton perlawanan bola sepak sebelum terdengar suara lelaki minta tolong. Selepas didekati, saya lihat keluarga Datuk Norizan panik dengan mangsa memegang perut yang berlumuran darah," katanya.
Tambahnya, beberapa minit kemudian, polis tiba di rumah mangsa dan ahli politik itu sempat memberitahu yang dia diserang selepas pulang menonton perlawanan bola sepak.

Pilu dengar anak meraung



MAIZATUL memasukkan sebatang lilin ke dalam dubur Anas di rumah mereka di Jitra, Kedah semalam sambil disaksikan bapanya, Salehuddin.


JITRA - Sukar dibayangkan betapa sakitnya seorang budak berusia dua tahun apabila sebatang lilin perlu dimasukkan ke dalam duburnya dua kali sehari.
Namun itulah yang dilakukan ke atas Muhammad Anas Miqhael Salehuddin (gambar kecil) oleh ibunya bertujuan untuk memastikan dubur anaknya itu yang dibuat melalui pembedahan pada 12 September lalu tidak tertutup.
Anak kecil itu perlu melalui proses tersebut sehingga satu lagi pembedahan ke atas duburnya itu dilakukan di Hospital Sultanah Bahiyah di sini pada 25 Oktober depan.
Ibunya, Maizatul Shahida Jalil, 29, berkata, walaupun dia tidak sanggup mendengar jeritan anaknya setiap kali lilin tersebut dimasukkan sedalam empat sentimeter, dia terpaksa juga melakukannya bagi memastikan dubur anaknya itu tidak tertutup.
Katanya, proses memasukkan pelbagai saiz lilin yang dibekalkan oleh hospital ke dalam dubur anaknya perlu dilakukan setiap hari sehingga pembedahan akan datang dilakukan.
"Hati saya terhiris setiap kali mahu memasukkan lilin ke dalam lubang dubur Anas kerana dia akan menjerit kesakitan.
"Namun saya terpaksa lakukannya juga demi kebaikannya. Jika boleh biarlah saya yang merasai kesakitan itu kerana dia masih kecil," katanya ketika ditemui pemberita di Taman Cermai di sini semalam.
Bagaimanapun penggunaan losen pelembap memudahkan proses memasukkan lilin ke dalam duburnya anaknya itu.
Kosmo! pada 10 September lalu melaporkan Muhammad Anas yang tidak mempunyai saluran najis dan lubang dubur, saluran makanan dan karung testis akan menjalani pembedahan ketiga tidak lama lagi.
Anak bongsu daripada empat beradik itu sudah bertarung nyawa bagi menjalani pembedahan di perut untuk memasukkan saluran bagi penyusuan melalui tiub getah dan mengeluarkan saluran najis hanya enam jam selepas dilahirkan pada tahun 2010
Ketika berusia lapan bulan iaitu pada April 2011, dia telah menjalani pembedahan kedua bagi menyambung saluran pemakanan dari kerongkong ke dalam perut.
Langkah itu bertujuan membolehkan kanak-kanak malang itu mengambil makanan menerusi saluran normal iaitu mulut.
Pada 25 Oktober depan, dia dijadual menjalani pembedahan keempat iaitu memasukkan usus ke dalam perut dan membuat karung testis.
Kata Maizatul Shahida, selepas pembedahan sebelum ini, anaknya kembali aktif namun mengalami demam sejak beberapa hari lalu menyebabkan berat badannya turun dari sembilan kilogram (kg) kepada 8.7 kg selain hilang selera makan.
"Saya terpaksa memasukkan tiub getah ke dalam lubang hidungnya untuk memasukkan susu dan satu lagi tiub ke dalam mulut bagi mengeluarkan kahak.
"Minuman susu tidak mencukupi kerana saya juga perlu memaksanya makan untuk mengaktifkan saluran pemakanannya agar tidak sempit," katanya.

Pihak muzium tidak tahu urus kasut Imelda



AP
GAMBAR yang dirakamkan pada 19 September lalu menunjukkan sejumlah kasut yang pernah dipakai Imelda di Muzium Nasional Filipina.


MANILA - Beberapa pegawai muzium Filipina menyatakan, mereka tidak pasti apa yang hendak dilakukan dengan sejumlah besar pakaian dan kasut peninggalan bekas Wanita Pertama, Imelda Marcos (gambar) dan suaminya, Ferdinand Marcos yang pernah menjadi presiden.
Marcos digulingkan ekoran kebangkitan rakyat Filipina pada tahun 1986.
Menurut pegawai muzium, beberapa koleksi pakaian dan kasut itu berada dalam keadaan terbiar sejak lebih dua dekad lalu.
Muzium Nasional Filipina memberitahu, pihaknya menimbang untuk mempamerkan beberapa gaun Imelda tetapi tidak dapat membuat keputusan segera ekoran isu Marcos masih dianggap sensitif di negara berkenaan.
Pada masa yang sama, muzium tersebut mengesahkan laporan agensi berita AP bahawa sebahagian pakaian dan kasut milik Imelda rosak dalam hujan monsun pada bulan lalu.
Beberapa pegawai muzium berkata, sebahagian gaun dan kasut koleksi legenda Imelda rosak kerana berada dalam keadaan terbiar, hujan dan dimakan anai-anai. - AP

Jeneral Iran : Perang terhadap Syi'ah Suriah adalah perang terhadap Syi'ah Iran

DAMASKUS - Perang terhadap Suriah adalah perang terhadap Iran, ujar pejabat militer Iran pada Jumat (21/9/2012) seperti yang dilansir ILNA.
Komentar oleh Major Jeneral Hassan Feiruzabady mengikuti pernyataan Presiden rezim Suriah, Bashar al-Assad dalam pertemuannyta dengan Menteri Luar Negeri Iran, Ali Akbar Salehi di Damaskus pada awal mingg ini.  "Suriah bukan hanya target, tapi target adalah mengakhiri sumbu seluruh perlawanan," ujar Assad kepada Salehi.
Oposisi Suriah sering menuduh Teheran mendukung rezim Suriah dengan senjata.  Beberapa hari terakhir dunia menyaksikan beberapa pernyataan oleh pejabat Iran bahwa Iran turut campur tangan di Suriah.
Anngota Dewan Keamanan PBB dari Barat mengecam Iran pada Khamis (20/9) karena menyediakan senjata untuk membantu Assad menghancurkan pemberontakan yang telah berlangsung selama lebih dari 18 bulan. (Arrahmah.com)

Ahmadinejad tak Masalah Anaknya Nikah dengan Yahudi

TEHERAN (Salam-online):Presiden Iran Mahmud Ahmadinejad tak masalah jika anaknya menikah dengan Yahudi. Ahmadinejad sendiri diyakini berdarah Yahudi.
“Saya harus melihat dulu seperti apa lelaki atau perempuan Yahudi itu,” kata Ahmadinejad dalam wawancara khusus dengan stasiun televisi CNNdalam program ‘Piers Morgan Tonight’, Senin (24/9/2012).
Dia menambahkan perasaan cinta antara dua insan harus diterima.
Dia mengungkapkan banyak orang Yahudi tinggal di Iran dan hubungan dengan etnis lain berlangsung mulus. Bahkan, dia menambahkan, sejumlah Muslim menikahi orang Kristen atau Yahudi. “Kami tidak mempunyai persoalan mengenai itu,” ujarnya.
Surat kabar the Daily Telegraph mengungkapkan sebetulnya nama keluarga Ahmadinejad adalah Saburjian yang berarti tukang tenun. Nama ini turunan dari kata “Sabur”, yakni kerudung yang biasa digunakan kaum Yahudi saat berdoa di sinagoge saban Sabtu atau hari suci lain. Selendang ini biasa dipakai saat ritual pada pagi, sore, dan malam.
Versi lain menyebutkan nama asli keluarganya adalah Sabbaghan atau tukang pengering pakaian. Secara tradisi di Iran, kedua nama ini merujuk pada profesi yang digeluti warga non-Muslim. Bukan sebuah kebetulan di kota kelahiran Ahmadinejad, Aradan, terdapat komunitas Yahudi yang menetap di sana sejak abad ke-3 sebelum Masehi.
Ahmadinejad telah mengakui soal perubahan nama marga itu pada 1950-an. Pihak keluarga beralasan penggantian ini untuk menghindari diskriminasi ketika mereka pindah ke Ibu Kota Teheran.
Namun Ali Nurizadeh, pengamat dari Pusat Studi Arab dan Iran, mengatakan sikap anti-Israel Ahmadinejad lantaran ia ingin menyembunyikan kaitannya dengan Yahudi. “Tiap keluarga yang pindah agama mengambil identitas baru dengan mengecam agama lama mereka,” katanya. (merdeka/salam-online)