Wednesday, May 25, 2011

OKU berbasikal jelajah 164 negara



PADANG BESAR – Kecacatan pada bahagian kaki bukannya halangan kepada seorang kurang upaya (OKU) dari Thailand meneruskan misi berbasikal menjelajah 164 negara secara solo.

Oatchatharit Panyaphichaiyut, 37, yang dilahirkan dengan kaki kanan lebih kecil dari kaki kiri akan meneruskan misi berbasikal mengelilingi dunia dalam tempoh enam tahun.

Dia yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah hotel di Thailand berkata, selain menjelajah negara luar, tujuan utama dia membuat kayuhan itu adalah mengutip dana membantu mangsa perang di negaranya.

Menurutnya, kayuhan bermula dari Bangkok seterusnya ke Hadyai, Malaysia dan ke Singapura sebelum bertolak ke negara lain.

“Saya akan berbasikal secara solo menjelajah 164 negara dalam tempoh enam tahun bagi membantu mengutip dana untuk mangsa yang terlibat dalam perang di Thailand.

“Mengikut perancangan, setiap hari saya akan mengayuh basikal sejauh 100 kilometer dan akan menyambung semula kayuhan pada keesokan harinya.

“Sumber kewangan ini diperoleh dari jualan produk dan barangan Thailand yang dijual melalui laman web e-bay.com dan bantuan yang disalurkan oleh kelab dan persatuan basikal di Bangkok dan Hatyai,” katanya melalui jurubahasa Pin Endin Klap ketika ditemui di Kompleks Bebas Cukai Padang Besar, semalam.

Ketibaan Oatchatharit di pintu masuk Malaysia itu disambut Persatuan Warga Emas Parlimen Padang Besar yang diketuai Walad Ahmad, kira-kira jam 11.30 pagi, semalam.
SH

Ahli MHP kutuk skandal video

ISTANBUL 24 Mei - Seramai 17 pemimpin cawangan Parti Pergerakan Nasionalis (MHP) di Baskale, Van mengutuk skandal rakaman video lucah yang menyebabkan 10 pemimpin tertinggi parti itu meletakkan jawatan mereka.

Ketua cawangan parti tersebut, Omer Bozkurt (gambar) berkata, mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti yang tidak pernah memberikan sokongan.

''Kami meletakkan jawatan kami kerana sudah hilang kepercayaan ke atas kepimpinan parti.

''Saya bersama 16 anggota lembaga eksekutif tempatan lain sudah memaklumkan keputusan kami kepada Lembaga Pilihan Raya Daerah semalam,'' katanya di sini semalam..

Sementara itu, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mendakwa wujud satu 'pergerakan sulit dalaman' yang menjadi mendalangi 'operasi membentuk semula' pentadbiran Parti Pergerakan Nasionalis (MHP).

Beliau yang juga ketua parti pemerintah, Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP) bagaimanapun tidak mengulas lebih lanjut mengenai kumpulan yang dirujuknya itu.

"Mereka cuba untuk membentuk semula MHP dengan cara yang kotor iaitu menggunakan skandal video seks.

"Ini adalah satu tindakan yang tidak baik dan berbahaya kepada politik negara ini dan saya minta MHP menamatkan kerjasama dengan Parti Republik Rakyat (CHP) untuk membantu anggota kumpulan ini," katanya di Bursa semalam.

Erdogan turut menggesa pentadbiran dan akar umbi MHP menyokong AKP dalam memerangi kumpulan pergerakan sulit ini.

"Pasukan keselamatan, kumpulan perisikan dan badan kehakiman akan berusaha menghapuskan komplot kotor ini, tetapi saya harap pemimpin dan penyokong MHP akan turut menyokong usaha ini sebelum ia terlambat.

Seramai 10 pemimpin kanan MHPu meletakkan jawatan ekoran skandal video peras ugut dan seks, Sabtu lalu. - AGENSI

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Wanita jual dara anak RM30,000


myMetro | Wanita jual dara anak RM30,000: "

SALT LAKE CITY: Seorang wanita di bandar raya ini didakwa menawarkan dara anak perempuannya berusia 13 tahun kepada seorang lelaki dengan bayaran AS$10,000 (RM30,000).

Wanita itu didakwa, semalam di Mahkamah Daerah Utah dengan dua tuduhan penderaan seksual serta dua lagi tuduhan eksploitasi seksual. Stesen televisyen KTVX saluran 4 melaporkan mahkamah mendakwa, dia membuat tawaran itu selepas lelaki berkenaan meminta untuk melakukan seks oral bersama kanak-kanak terbabit. Polis berkata, wanita itu dan anaknya akan memperagakan pakaian dalam untuk lelaki terbabit. Tawaran itu diketahui teman lelaki wanita berkenaan yang menemui beberapa mesej pesanan ringkas membincangkan mengenai hal itu di telefon bimbitnya. - AP"

Tuduhan digugur lepas dijel 30 tahun

myMetro | Tuduhan digugur lepas dijel 30 tahun: "TOKYO: Mahkamah Jepun, semalam memerintahkan dua lelaki yang dipenjarakan hampir tiga dekad dibebaskan selepas mendapati mereka ssebenarnya tidak bersalah dalam kejadian rompak dan bunuh pada 1967.

Dua lelaki itu, Shoji Sakurai dan Takao Sugiyama, kedua-duanya kini berusia 64 tahun, dibebaskan daripada tuduhan membunuh tukang kayu berusia 62 tahun di Tone, Ibaraki di timur laut negara itu. Kedua-dua lelaki itu ditahan pada 1967 dan dihukum penjara seumur hidup pada 1970 dan dibebaskan dengan parol pada 1996.


Ketika perbicaraan asal yang dilakukan di Mahkamah Tinggi Tokyo pada 1973 dan Mahkamah Agung pada 1978, dua lelaki itu mengaku tidak bersalah dan berkata, polis memaksa mereka untuk mengaku bersalah. - AFP"

MILF bantu tentera selamat mangsa culik

MANILA: Kumpulan pemisah Islam di Filipina bekerjasama dengan tentera negara itu untuk menyelamatkan seorang ahli perniagaan wanita yang ditahan sekumpulan penculik di selatan negara itu, semalam.
Dalam satu kenyataan, Ketua Perunding Kerajaan, Marvic Leonen menyifatkan kerjasama itu sebagai satu keyakinan baru dalam rundingan damai antara kerajaan dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang mempunyai 12,000 pejuang.

“Usaha menyelamat ahli perniagaan, Angelina Suken Chew adalah perkembangan positif dalam proses damai.
“Kerjasama berkenaan dijalankan sejak 10 hari lalu,” kata Leonen.

Chew diculik oleh sekumpulan lima lelaki bersenjata dari rumahnya di Maguindanao sebelum dibawa ke kawasan yang dikuasai MILF.

Sumber polis dan tentera berkata, penculik berkenaan menuntut wang tebusan berjumlah 20 juta peso (RM1.4 juta) untuk membebaskan Angelina, ahli perniagaan tempatan yang kaya. - AFP
myMetro | MILF bantu tentera selamat mangsa culik

Osama tidak rancang serangan

WASHINGTON: Tiada bukti khusus atau ancaman besar ditemui daripada barangan yang dirampas dari tempat persembunyian Osama bin Laden di Pakistan.
Pegawai antikeganasan barat berkata demikian, sekali gus meningkatkan persoalan sama ada Osama benar-benar menguasai al-Qaeda.

Pembantu Presiden Barack Obama sebelum ini berkata, bukti yang dirampas selepas serbuan dan pembunuhan Osama oleh tentera Amerika Syarikat di Abbottabad menunjukkan Osama, meskipun hidup terpencil selama beberapa tahun, masih mengekalkan hubungan ‘operasi’ dengan elemen al-Qaeda di medan pertempuran.
Tetapi penganalisis yang rapat dengan siasatan terbaru barangan milik Osama, dipercayai terdiri daripada sejumlah besar data elektronik, berkata, meskipun Osama terbabit dalam memberi semangat dan dorongan, tidak ada bukti menunjukkan beliau terlibat dengan sebarang rancangan untuk melancarkan serangan.

“Saya tidak dengar mengenai sebarang ancaman besar,” kata Peter Bergen, pakar antikeganasan di Yayasan New American yang pernah menemuramah Osama.

“Jika benar ada maklumat mengenai ancaman, pihak berkuasa Amerika sudah pasti mengeluarkan amaran mengenai kemungkinan serangan seperti yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara tahun lalu,” katanya.
Seorang pegawai perisikan Amerika mengesahkan kepada Reuters bahawa tidak ada maklumat mengenai sebarang rancangan serangan atau ancaman terkini yang ditemui setakat ini daripada barangan yang dirampas selepas pembunuhan Osama. — Reuters.
myMetro | Osama tidak rancang serangan

Obama tak mampu lindung Israel: Mahmoud

myMetro | Obama tak mampu lindung Israel: Mahmoud: "


TEHERAN: Presiden Iran semalam menyifatkan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sebagai ‘bidak’ yang tidak mampu menyelamatkan Israel. “Anda hanya bidak yang diarah melakukan satu misi untuk menyelamatkan Amerika dan rejim Zionis.

“Tetapi sudah pasti anda tidak akan dapat melakukannya,” kata Mahmoud Ahmadinejad ketika berucap menerusi televisyen Iran.


“Dengan tentangan rakyat Iran, lelaki ini (Obama) yang berkuasa menerusi penipuan akan meninggalkan arena politik dengan keadaan lebih memalukan berbanding orang sebelumnya,” katanya, merujuk kepada bekas Presiden George W Bush.

“Sejak sekian lama mereka mahu mewujudkan dua negara di bumi Palestin. Satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi untuk penjajah. Mereka mahukan orang di rantau ini mengiktiraf rejim Zionis. Rancangan jahat ini akan gagal,” katanya. - AFP"

Minta bedah siasat kedua


SHAH ALAM: Permohonan seorang ibu agar bedah siasat kedua dilakukan ke atas mayat anak lelakinya yang ditembak polis di Dengkil, dekat sini, pada 13 Mei lalu, akan didengar di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.


Peguam N Surendran yang mewakili Salmah Mohamed Shariff, 41, berkata tarikh itu ditetapkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, Khairul Nizam Abu Bakar selepas kes itu disebut di hadapannya dalam satu prosiding pengurusan kes, semalam.
Surendran ketika ditemui di luar mahkamah, berkata anak guamnya memfailkan notis usul berkenaan pada 19 Mei lalu, bagi memohon supaya bedah siasat kedua dilakukan ke atas mayat Mohamad Johari Abu Bakar, 17, yang kini berada di Hospital Serdang, untuk mengetahui kecederaan sebenar anaknya.
Dalam permohonan itu, Salmah meminta bedah siasat itu dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dengan serta-merta untuk mengetahui punca kematiannya mengikut Seksyen 328 Kanun Tatacara Jenayah.

Selain itu, Salmah juga menuntut supaya semua laporan bedah siasat dan dokumen berkaitan bedah siasat yang dilakukan di PPUM dan Hospital Serdang, diserahkan kepada peguam yang mewakilinya pada masa munasabah yang ditetapkan mahkamah.

Pada 13 Mei lalu, seorang remaja yang dipercayai terbabit dengan geng samun kenderaan mewah, mati ditembak dalam kejadian berbalas tembakan dengan sepasukan anggota polis tidak jauh dari sebuah hotel bajet di Cyber Valley, Dengkil.

Ketika kejadian, remaja itu baru saja keluar dari hotel berkenaan sebelum memasuki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang diletakkan di belakang hotel.
Mohamad Johari, anak ketiga daripada tujuh beradik itu dilaporkan tidak lagi bersekolah sejak kematian bapanya pada 2009.
Berita Harian Online | Minta bedah siasat kedua