Tuesday, March 13, 2012

Nik Aziz: 'Pihak bunuh Dirang lebih kejam dari binatang'



MOHD ZAILANI ABD RAHMAN
13 Mac 2012
Nurul Nadirah Abdullah
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan individu yang melakukan pembunuhan terhadap Nurul Nadirah Abdullah,5, atau yang dikenali sebagai Dirang, lebih kejam daripada binatang.
“Lembu pun tak bunuh semasa sendiri, tetapi manusia sanggup melakukan, mungkin budak itu hendak bagi tahu kejahatan yang dilakukan, sebab itu dia dibunuh,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan orang kurang upaya (OKU) Peringkat Kebangsaan, di Hotel Raudah di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pembunuhan adik Dirang selepas polis mengesahkan serpihan rangka manusia ditemui di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, sama dengan sampel ibunya, Roselyn Alan, 25.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, jenayah yang berlaku dalam negara sejak kebelakangan ini termasuk kes bunuh dan zina berpunca dari sikap sesetengah masyarakat yang tidak pentingkan agama dalam kehidupan.
Malah lebih memburukkan keadaan, katanya, Kerajaan Pusat tidak memberikan keutamaan Islam sebagai asas pentadbiran sekali gus menyebabkan gejala sosial terus berleluasa.
“Punca kejadian adalah kerana tidak ada takwa kepada ALLAH SWT, ia adalah jentera untuk menyekat keganasan nafsu, benda begini bukan sekarang sahaja berlaku malah zaman Jahiliah lagi, tetapi jika ingat kita ingat azab kubur, ia tidak berlaku,” katanya.
Ditanya sama ada undang-undang yang ada kini tidak berjaya menghalang jenayah, Nik Abdul Aziz berkata, undang-undang saja tidak cukup untuk menghalang perkara negatif, sebaliknya penekanan agama perlu diterapkan dalam kehidupan.
Dalam pada itu, beliau  menasihatkan golongan OKU tidak merendah diri kerana ganjaran yang besar menanti di sisi ALLAH SWT jika kekurangan yang ada dihadapi dengan reda dan tabah.

Siasatan kes bunuh Dirang siap waktu terdekat




13 Mac 2012
Siasatan kes bunuh Dirang siap waktu terdekat
PASIR GUDANG - Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata polis sedang berusaha menyiapkan kertas siasatan kes bunuh dan bakar kanak-kanak malang Nurul Nadhirah Abdullah, 5, secepat mungkin bagi membolehkan suspek kes itu dihadapkan ke mahkamah dengan segera.

Beliau berkata, polis sedang menunggu beberapa lagi laporan daripada Jabatan Kimia untuk menyiapkan kertas siasatan itu sebelum dikemukakan kepada pihak Pendakwa Raya untuk tindakan.

"Saya telah pun mengarahkan timbalan saya Datuk Ismail Yatim yang mempengerusikan pasukan khas bagi menyiasat kes ini untuk siapkan kertas siasatan secepat mungkin," katanya kepada pemberita ketika mengunjungi keluarga Nurul Nadhirah atau lebih dikenali sebagai Dirang di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam Pasir Gudang di sini hari ini.

Sambil menyifatkan individu yang terlibat dalam kes bunuh dan bakar kanak-kanak itu sebagai penjenayah kejam, berhati binatang dan tidak berperikemanusian menyiksa insan kerdil yang tidak berdosa, beliau menegaskan suspek yang terlibat akan dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin.

Katanya tiga daripada empat suspek termasuk seorang wanita berumur 30 hingga 40 tahun itu didapati positif dadah jenis metamphetamine dan ice manakala dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau bagi kesalahan dadah dan curi.

Dalam kunjungan yang turut disertai oleh isterinya, Datin Bibi Zakiah Meraslam itu, Mohd Mokhtar turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa atas kejadian tragis dan menyayat hati itu.
 Beliau berkata kejadian itu harus dijadikan iktibar dan masyarakat digesa supaya mengawasi anak-anak supaya tidak terdedah kepada ancaman keselamatan.

"Saya juga minta masyarakat berwaspada jika terlihat karektor mencurigakan," katanya.

Mengenai panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan yang diterima oleh ibu mangsa, Roselyn Alan, 25 daripada seorang wanita tidak dikenali dari Kelantan semalam, Mohd Mokhtar berkata pihaknya telah berhubung dengan polis negeri itu bagi membantu menyiasat kes tersebut.

"Kita minta bantuan polis Kelantan untuk cekup individu itu, kesan dia dan bawak dia ke Johor," katanya.

Roselyn sebelum ini dilaporkan menerima panggilan telefon dan SMS daripada seorang yang tidak dikenali mengugut untuk membunuh Dirang jika tidak dibayar wang tebusan sebanyak RM30,000.

Polis semalam mengesahkan mayat rentung yang ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai dekat sini pada Khamis lalu sebagai Nurul Nadhirah setelah mendapat keputusan hasil ujian asid Deoksiribonukleik (DNA) daripada Jabatan Kimia.

Nurul Nadhirah atau lebih dikenali sebagai Dirang hilang pada 1 Mac lalu ketika keluar membeli mee segera dan telur di kedai runcit di kawasan kediamannya. - Bernama

Perlukah kita terus hidup dalam ketakutan?







بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kita dikejutkan lagi. Satu lagi kekejaman terhadap kanak2 berlaku - betul2 di hadapan mata kita.

Nurul Nadirah Abdullah, 5, yang dilaporkan hilang sejak 1 Mac sewaktu membeli mi segera ditemui rentung di sebuat ladang kelapa sawit di NusaJaya, Johor. Aku dah agak apakah reaksi umum - "kejam", "tidak berhati perut" dan pelbagai lagi kata2 makian dan kejian selaku manifestasi rasa marah terhadap pihak yg melakukan kekejaman ini. Tak kurang pula yg menyalahkan sang ibu atau bapa kerana tergamak membiarkan anak sekecil itu pergi ke kedai seorg diri.

Soalnya, ibu bapa mana tak sayang anak? Apakah adil hendak menyalahkan ibu bapa itu 100%? Pernah tak terfikir bahawa kemungkinannya ini bukanlah kali pertama Nurul pergi ke kedai seorg diri utk membeli barangan sama ada atas kemahuannya atau "mak mintak tolong beli barang", dan selama ini tidak ada apa2 yg berlaku?

Aku teringat lagi satu ketika dulu masa aku kecik - seawal umur 4 tahun aku dah belajar pergi ke kedai seorg diri utk membeli "cikedis". Tidak ada sedikt riak takut langsung dalam diri aku masa tu mahupun dalam diri mak aku sebab kami tahu, ini cuma rutin. Penduduk di sekitar kawasan perumahan mengenali aku dan mak aku jadi mereka turut bertindak sebagai "watchdog" yg mengawasi dari jauh pergerakan anak2 jiran mereka - sambil memerhati dengan tajam akan kehadiran org yg tidak dikenali yakni org luar.

Apakah wujud perasaan security seperti itu lagi sekarang ni?

Seperti yg kita maklum, ini bukanlah kes pertama. Nurin Jazlin Jazimin, Sharlinie Mohd Nashar dan Nurul Huda Abdul Ghani semuanya menjadi mangsa ketika mereka buat perkara rutin mereka di kawasan perumahan masing2. Nurin Jazlin diculik ketika dia pergi ke pasar bersama keluarganya. Shalinie diculik ketika sedang bermain di padang permainan. Nurul Huda pula seperti kes Nurul Nadirah. Lain situasi, lain senario, natijahnya sama. Nak salahkan mak bapak lagi ke?

Kita kena akui, masyarakat kita sekarang ini terlalu nafsi2. Kadang2 tu, jiran sebelah rumah pun kita tak kenal - let alone nak mengenali anak2 depa. Lalu sebelah mata pun tak perasan. Kadang2, siap kita bergaduh dengan sorg lelaki di tengah pusat bandar KL sebab lelaki itu potong line kita sewaktu tengah jem teruk, hanya utk kita mengetahui kemudiannya bahawa lelaki itu hanya duduk seberang rumah kita!

Tidak ada lagi suara2 concern masyarakat bila melihat kanak2 kecil berjalan seorg diri. Tidak ada lagi soalan "Boboy, nak pegi mana tuu?" dan seumpamanya. Masing2 hanya bo layan buat hal masing2. Kehadiran org luar yg tak dikenali pun tidak diendahkan. Berapa banyak kes kecurian berlaku di kawasan perumahan lantaran jiran2 tak mengenalpasti dan mengecami org luar yg mencurigakan. Nak kenalpasti mcm mana - MUKA JIRAN PUN DEPA TAK KENAL!

Sepatutnya masyarakat lebih peka. Kenali jiran tetangga dan rapatilah depa. Kenali anak2 depa dan santuni depa. Walaupun kita sibuk dengan urusan duniawi kita, tapi tanggungjawab sosial kita terhadap masyarakat esp jiran tetangga kita jangan dilupakan.

Bagaimana hendak memupuk kembali semangat kejiranan seperti ini? Tak lain tak bukan, kembali kepada ajaran Islam. Imarahkanlah surau atau masjid. Kenali para jemaah di situ sebab depa semua jiran2 kita. Jangan bila waktu solat je kita sakan tengok TV lagi. Waktu Isya' dah masuk tapi kita still sakan tengok berita penipu dengan khusyu'. Waktu cuti pula banyak dihabiskan dengan mengimarahkan shopping complex dan sebagainya berbanding mengimarahkan surau dan masjid. Macam mana nak kenal masyarakat kalu mcm tu?

Bila kita dah mengimarahkan masjid dan surau, secara tak langsung kita akan mendalami agama. Bila itu terjadi, kita akan lebih menyantuni jiran tetangga kita tak kira sama ada muslim ataupun tidak. BIla kita mengenali jiran kita, menyantuni depa, kenal anak2 depa dan depa pun kenal anak2 kita, pastinya masyarakat kejiranan itu akan lebih prihatin terhadap apa jua yg berlaku di persekitaran itu. Anak2 kita takkan terbiar tanpa pengawasan lagi.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan jirannya."

Rasulullah s.a.w bersabda lagi, "Apakah perihalnya dengan orang2 yg tidak mengajar (ilmu) terhadap jiran mereka, tidaklah mereka itu faham dan mengambil pengajaran. Demi Allah, jiran2 hendaklah mengajar org2 sekeliling mereka dengan ilmu dan peringatan, menyuruh mereka dengan perkara makruf dan menegah mereka dari perbuatan mungkar."

Secara ultimasinya, kita hendaklah berusaha dengan keras agar undang2 Islam ditegakkan. Ternyata, undang2 sedia ada tidak mampu untuk mengekang jenayah seperti ini dari terus berleluasa. Pihak berkuasa seperti polis juga hendaklah selalu melakukan pemantauan dengan ikhlas dan janganlah sekadar meronda kawasan perumahan semata2 untuk mencari budak2 kampung yg tunggang motosikal tak pakai helmet atau yg tak mempunyai lesen untuk mendapatkan duit kopi. Tanggungjawab anda adalah menjaga keamanan bukan kutip duit kopi.

Kemasukan warga asing secara tidak tekawal juga memainkan isu. Kawallah kemasukan depa. Jangan muakan depa dengan pemberian taraf warganegara dan sebagainya. Terbukti sudah, peningkatan kadar jenayah di negara kita bernatijahkan daripada peningkatan populasi warga asing di negara ni.

Secara keseluruhan, semua pihak perlu memainkan peranan. Adalah tidak adil utk semata2 menyalahkan mak bapak walaupun sememangnya depa perlu lebih berhati2 dan tidak cuai dalam mengawal anak2 depa. Apapun, aku rindukan situasi dulu dimana aku boleh bermain2 dengan gembira tanpa perlu risau diculik, dan aku harapkan akan datang kerisauan itu tidak timbul bila anak aku pulak bermain2 di padang permainan seperti aku suatu masa dahulu.

Cuma, apakah mampu untuk aku hidup tanpa ketakutan itu?

http://al-hajari.blogspot.com/2012/03/perlukah-kita-terus-hidup-dalam.html

Didakwa pecah amanah RM49.7j

Utusan Malaysia Online - Berita Utama:




Shahrizat Abdul Jalil bersama Wan Shahinur Izmir hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam, untuk memberi sokongan moral kepada Mohamad Salleh Ismail (gambar kanan) yang didakwa atas tuduhan pecah amanah melibatkan RM 49.7 juta, tiga tahun lalu. - utusan/Mohd. Azim Abd. Rahman



KUALA LUMPUR 12 Mac - Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan pecah amanah melibatkan wang RM49.7 juta dan dua tuduhan melanggar Akta Syarikat 1965, tiga tahun lalu.
Mohamad Salleh, 64, kelihatan tenang semasa membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim S.M. Komathy Suppiah di dalam mahkamah yang penuh sesak dengan petugas media, pekerja syarikat tersebut dan ahli keluarga tertuduh termasuk isterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Mohamad Salleh yang berpakaian kot hitam dan bertali leher coklat sebelum itu tiba di bangunan mahkamah kira-kira pukul 1.30 petang dan disusuli oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu bersama anak lelaki mereka, Wan Shahinur Izmir serta ahli keluarga yang lain.
Mengikut pertuduhan pertama, beliau didakwa menyalahgunakan RM9,758,140 milik NFCorp melalui empat keping cek untuk membiayai sebahagian daripada harga pembelian dua unit kondominium One Menerung, Parcel B1-1 dan B1-2, Blok B, Bangsar di sini antara 1 dan 4 Disember 2009.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Islamic Bank Bhd., 138, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail di sini untuk syarikat milik keluarga tertuduh, National Meat & Livestock Corporation Sdn. Bhd.
Beliau juga didakwa menyalahgunakan RM40 juta milik NFCorp dengan memindahkan wang tersebut melalui sekeping cek dari bank yang sama ke dalam akaun Malayan Banking Bhd. cawangan Solaris, Mont Kiara milik National Meat & Livestock Corporation Sdn. Bhd. bagi kegunaan syarikat itu.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Islamic Bank Bhd. beralamat sama antara 6 Mei dan 16 November 2009.
Bagi kedua-dua tuduhan tersebut, beliau didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan dan denda.
Mohamad Salleh turut didakwa atas dua tuduhan mengikut Akta Syarikat 1965 kerana melakukan kedua-dua transaksi tersebut tanpa kebenaran mesyuarat agung NFCorp pada tarikh dan tempat yang sama.
Bagi kedua-dua tuduhan itu, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 132 akta tersebut yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda RM30,000.
Peguam Badrul Munir Bukhari yang hadir bagi pihak peguam utama, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah mewakili Mohamad Salleh memohon jaminan RM50,000 bagi setiap tuduhan atas alasan anak guamnya telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang siasatan.
Menurut beliau, kesemua harta dan aset milik NFCorp telah dibekukan oleh Bank Negara Malaysia menyebabkan tiada risiko untuk harta-harta itu dibawa ke tempat lain atau disalah guna oleh tertuduh.
''Anak guam saya hadir ke mahkamah hari ini dengan tujuan membersihkan namanya dan begitu juga dengan keluarga beliau yang berada di belakang (galeri awam),'' ujarnya.
Tertuduh turut diwakili oleh tiga peguam lain iaitu Datuk Ahmad Redza Abdullah, Wan Azmir Wan Majid dan W. Sheelan Samuagam.
Timbalan Pendakwa Raya, Dzulkifli Ahmad yang tidak membantah mengenai jumlah jaminan tersebut turut mencadangkan supaya tertuduh menyerahkan pasport miliknya kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Komathy kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin RM500,000 bagi kesemua tuduhan dengan seorang penjamin dan syarat tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Wan Shahinur Izmir, 32, tampil sebagai penjamin bapanya.
Sebutan kes ditetapkan pada 13 April ini.
NFCorp menjadi isu hangat ekoran Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lalu yang menyatakan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang mana NFCorp adalah syarikat yang mengendalikan projek ternakan lembu di bawah pusat itu telah gagal memenuhi matlamat penubuhannya.
Ia disusuli dengan dakwaan pembangkang bahawa berlaku penyelewengan dalam pengurusan dana syarikat yang dikendalikan oleh suami Shahrizat tersebut.
Shahrizat semalam mengumumkan keputusannya untuk berundur daripada jawatannya sebagai menteri pada 8 April ini.

'via Blog this'

MB Perak bantu mangsa mengucap

MB Perak bantu mangsa mengucap - Semasa - Sinar Harian:
MB Perak bantu mangsa mengucap
SEMANGGOL - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sempat membantu salah seorang mangsa kemalangan, Saidon Riduan, 65, mengucap dua kalimah syahadah ketika turut membantu di lokasi kejadian.

Zambry kebetulan melalui kawasan kemalangan di Kilometer 5 Jalan Kuala Gula, Simpang Empat Semanggol semasa pulang dari Majlis Bersama Rakyat di Kuala Kurau, dekat sini.

Saksi kejadian, Azlan Che Lob berkata, Zambry merupakan antara individu paling awal tiba di tempat kejadian, turut membantu menenangkan mangsa kemalangan.

Katanya, kemalangan yang dipercayai berlaku lewat petang kelmarin itu melibatkan dua kenderaan pa­cuan empat roda, membabitkan tiga kematian.

Menceritakan kembali kejadian, Azlan berkata, Saidon bersama isterinya, Fatimah Abdul Kadir, 64, yang maut di tempat kejadian dipercayai baru pulang daripada memancing di Kuala Gula, dekat sini.

“Situasi paling menyedihkan ketika mangsa sedang dibantu mengucap dua kalimah syahadah oleh Menteri Besar, isterinya sudah meninggal dan saya sempat melihat ikan sepat yang mereka pancing berada dalam kenderaan dinaiki.
“Sejurus sebelum menghembuskan nafas terakhir, mangsa sempat memandang sayu kepada arwah isterinya yang meninggal lebih awal dalam kejadian berkenaan,” katanya.

Menurutnya, seorang lagi mangsa, Tan Eng Choo @ Tan Ah Ba, 70, yang memandu sebuah lagi kenderaan berada dalam keadaan nazak dan dikejarkan ke Hospital Taiping untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

“Saidon hanya bersama isterinya dalam kenderaan terbabit, sementara seorang lagi mangsa menaiki kenderaan bersama empat penumpang lain, termasuk dua kanak-kanak yang turut mengalami kecederaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi semalam, mengesahkan kejadian dan memaklumkan Eng Choo disahkan meninggal dunia akibat kecederaan dalaman pada jam 10.10 malam kelmarin, selepas menerima rawatan di Hospital Taiping.

Beliau turut memaklumkan, Saidon dan Fatimah berasal dari Ipoh dan semua jenazah mangsa telah dituntut keluarga masing-masing untuk dikebumikan.

'via Blog this'

Dakwaan komplot ketua kongsi gelap, Musa mahu saman

Dakwaan komplot ketua kongsi gelap, Musa mahu saman - Nasional - Sinar Harian:
Tan Sri Musa Hassan
SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya mendapati laporan terkini kes membabitkan beliau dan ketua kongsi gelap Johor, Goh Cheng Poh lima tahun lalu dimanipulasikan.

Menurutnya, kes itu telah lama selesai malah beliau­ bersama Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail termasuk Ketua Jabatan Sia­satan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Ramli Yusuff disiasat dan dibebaskan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang kini dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Isu ini sudah selesai dan kami ‘bersih’. Mengapa pula sekarang ada yang mahu timbulkan cerita ini lagi?

“Kita akan kaji laporan itu, jika ada maklumat ditulis tidak betul, baru diambil tindakan undang-undang,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut portal berita Malaysiakini, mereka kini memiliki dokumen yang mendedahkan bagaimana maklumat dibekalkan pemberi maklumat sehingga membawa penangkapan Goh Cheng Poh atau dikenali Tengku Goh pada 2007.
Kejadian bermula apabila Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Johari Baharum mengarahkan Ramli menyiasat Tengku Goh.

Ramli kemudian mengarahkan enam pegawainya untuk menyiasat dan ketika menjalankan tugas, mereka mendapati Musa terbabit dalam kes berkenaan.

Menurut portal itu, enam pegawai polis itu kemudiannya dijadikan mangsa­ dan didakwa memalsukan bukti terhadap Tengku Goh yang didakwa terlibat perjudian dan pengubahan wang haram. Bagaimanapun, mereka dibebaskan pertengahan tahun lalu.

'via Blog this'

Undur sekadar tindakan separuh jalan

Undur sekadar tindakan separuh jalan: Guan Eng - Politik - Sinar Harian:
Lim Guan Eng
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan pengundurannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 8 April ini, perlu melepaskan semua jawatannya termasuk sebagai Ketua Wanita Umno dan Ketua Wanita Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, jawatan itu perlu dilepaskan, sekiranya Shahrizat benar-benar membuktikan keikhlasannya.

Guan Eng mempersoalkan tindakan Shahrizat yang hanya mahu melepaskan jawatan dalam kerajaan, namun masih ingin terus kekal dalam politik.

“Beliau perlu meletakkan semuanya, termasuk Ketua Wanita Umno. Sepatutnya sama ada berundur bagi semua jawatan ataupun tidak letak jawatan.

“Tapi dengan hanya letak jawatan sebagai menteri tetapi tidak dalam politik menunjukkan ia sekadar berundur separuh jalan,” katanya, semalam.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, Shahrizat sepatutnya tidak berundur daripada kedudukannya sekarang jika beliau tidak terlibat dalam skandal tersebut.

“Kalau tak buat salah, jadi mengapa perlu undur? Jangan undur langsunglah. Tetapi jika rasa ada sesuatu tidak kena, dia patut letak jawatan secara keseluruhan. Malah kalau nak letak jawatan, patut buat sekarang. Kenapa tunggu sehingga 8 April?,” katanya.

'via Blog this'

5 sahabat didakwa cuba bunuh remaja

5 sahabat didakwa cuba bunuh remaja - Semasa - Sinar Harian:
bakar
‎SELAYANG - Lima sahabat termasuk dua beradik dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan cubaan membunuh seorang remaja, yang tubuhnya melecur 80 peratus, di ladang kelapa sawit di Sungai Tengi Gedangsa, Hulu Selangor akhir bulan lalu.
Mohd Nazrul Md Noor, 25, dan adiknya, Mohd Nazrin, 22, serta tiga rakan mereka, Mohamad Nor Akmal Tarmezi, 22; Muhammad Ammar Ashman Jamil, 21 dan Mohamad Firdaus Mohamad Sururi, 21, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin.
Mereka didakwa cuba membunuh Muhammad Shahirudin Mohd Shauki, 20 dengan cara membakar mangsa menggunakan minyak petrol di Jalan Kampung Sepakat Mukim Sungai Tengi Gedangsa, jam 5.45 pagi, 26 Februari lalu.
Polis Selangor sebelum ini telah menahan enam lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian itu.
Kesemua mereka didapati mengenali satu sama lain dan motif mereka membakar Muhammad Syahirudin Mohd Shauki, 19, dari Kota Damansara disyaki akibat dendam.   
Pendakwaan terhadap mereka dikendali Timbalan Pendakwa Raya Ridha Abdah Subri mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Ridha memohon mahkamah tidak membenarkan ikat jamin terhadap semua tertuduh dengan alasan kecederaan mangsa yang serius.

"Mangsa tidak sedarkan diri sejak 26 Februari lalu (hari kejadian) dan kini beliau kritikal.

"Mangsa kini berada di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh," katanya.

Bagaimanapun semua mereka merayu dibenarkan ikat jamin malah seorang daripadanya nafi mengenali mangsa.

Mahkamah tidak membenarkan mereka diikat jamin dan menetapkan 10 April depan untuk sebutan laporan perubatan dan lantikan peguam.

'via Blog this'

Nelayan Malaysia pulang ke tanah air hari ini dari Medan

Nelayan Malaysia pulang ke tanah air hari ini dari Medan - Nasional - Sinar Harian:JAKARTA -- Ibrahim @ Awang Pa Deraman, nelayan Malaysia yang dapat menghirup udara segar sejak Sabtu lalu setelah dipenjarakan selama tiga tahun setengah di Medan, Sumatera Utara, akan pulang ke tanah air petang ini.

Konsul Jeneral Malaysia di Medan, Norlin Othman, berkata Ibrahim akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia Medan dengan penerbangan AirAsia pada 5.55 petang waktu tempatan, dan dijadual tiba di Terminal
Penerbangan Murah (LCCT), Sepang pada 7.55 malam waktu Malaysia.

"Semua urusan dokumen perjalanan beliau telah dapat diselesaikan dan pihak kami telah membantu membelikan tiket penerbangan beliau melalui sumbangan Pemuda Umno Bachok.

"Petugas kami sudah pergi menemui Ibrahim di Depot Imigresen Medan pagi ini membawa pakaian beliau dan akan juga mengiringi beliau ke lapangan terbang petang ini," kata Norlin ketika dihubungi Bernama dari sini, Selasa.

Konsul Jeneral Malaysia itu berkata ketibaan Ibrahim di LCCT dijangka disambut isterinya Zaiton  Haron serta adik lelaki beliau.

Ibrahim, 58, yang berasal dari Bachok, Kelantan, telah dihukum penjara tiga tahun enam bulan oleh sebuah mahkamah di Medan pada 2009 dan denda Rp2 bilion (RM700,000) atau tambahan enam bulan penjara lagi, setelah dapati bersalah menangkap ikan 20 kg di wilayah Indonesia di tengah-tengah perairan Selat Melaka pada 25 Jan 2009.

Pembebasan beliau adalah lebih awal daripada tempoh hukuman selama empat tahun yang sepatutnya beliau jalani, setelah Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Medan berusaha mendapatkan kelulusan remisi (pengurangan masa tahanan) terhadap hukuman itu daripada pihak berkuasa Indonesia.

Norlin berkata sepanjang tempoh Ibrahim menjalani hukuman penjara, pihak Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Medan sering melawat beliau.

"Pihak kami sentiasa membantu rakyat Malaysia yang menghadapi masalah di sini, sekiranya ada pihak-pihak yang ingin turut membantu, sila selaraskan bantuan-bantuan itu dengan pihak kami," katanya. - Bernama
'via Blog this'

Kamal Hisham mohon jaminan keselamatan

Kamal Hisham mohon jaminan keselamatan - Nasional - Sinar Harian:
Kamal Hisham mohon jaminan keselamatan
SHAH ALAM - Seorang peguam, Kamal Hisham Jaafar memohon pihak keselamatan negara ini memberi jaminan keselamatan untuk pulang ke tanah air bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes melibatkan dirinya.

Menurutnya, sejak menerima ugutan bunuh pada September tahun lalu, Kamal Hisham takut untuk pulang dan bermastautin di Dubai bersama keluarganya.

“Saya ada menerima beberapa ugutan bunuh. Saya bersedia berkongsi maklumat ini dengan polis untuk membantu siasatan.

“Saya ingin pulang ke Malaysia untuk memberi keterangan dan membuat laporan polis, tetapi ugutan bunuh membuatkan saya tiada pilihan selain menyelamatkan­ diri dan keluarga.

“Saya berharap kerajaan dan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dapat memberi perhatian serius kepada perkara ini. Saya ingin­ membersihkan na­ma saya kerana telah terlalu banyak tuduhan palsu dan tohmahan dibuat kepada saya,” katanya menerusi kenyataan­, semalam.

Kamal Hisham juga sudah menulis surat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai ugutan bunuh diterima dan memohon agar semua kes berkaitan dirinya dikendalikan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Terdahulu, Kamal Hisham didakwa di menyeleweng wang RM 660,000­ milik sebuah syarikat berpangkalan di Johor, Southern Ads Sdn Bhd.

'via Blog this'

Lebih baik Shahrizat lepas semua jawatan

Lebih baik Shahrizat lepas semua jawatan - Politik - Sinar Harian:
Lebih baik Shahrizat lepas semua jawatan
SHAH ALAM - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil perlu profesional dengan melepaskan kesemua jawatannya bukan hanya tidak mahu disambung sebagai ahli Dewan Negara.

Penganalisis Politik, Prof Dr Ahmad Attory Hussien berkata, beliau disarankan berbuat demikian demi kepentingan negara, parti dan rakyat.

“Karier politiknya telah berakhir. Lebih baik beliau melepaskan semua jawatannya kerana selama ini beliau dilihat sebagai liabiliti kepada Barisan Nasional (BN) dan Umno,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman keputusan Shahrizat berundur sebagai menteri apabila tempoh pelantikannya sebagai Senator tamat pada 8 April ini.

Menurutnya, Shahrizat menjadi mangsa kes mengaitkan suaminya iaitu, Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFCorp), Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail yang dikaitkan dengan isu Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Beliau berkata, Wanita Umno amnya, perlu menjelaskan kepada rakyat mengenai isu itu.

“Lebih baik beliau melepaskan semua jawatannya meskipun Wanita Umno mengakui kredibiliti beliau.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga dilihat cuba mengekalkan Shahrizat, tetapi rakyat tidak mahu beliau berada dalam Kabinet dan parti lagi,” katanya.

Sementara itu, pemerhati politik, Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz menyifatkan tindakan Shahrizat itu adalah langkah terbaik dan menunjukkan beliau bertanggungjawab sebagai ahli politik.

Bagaimanapun, lebih baik sekiranya beliau melepaskan semua jawatannya kerana isu NFC berkait dengan dirinya dan ia perlu diselesaikan terlebih dahulu.

“Kita bimbang, jawatan dalam parti beri implikasi tidak baik kepada parti. Terpulanglah kepadanya kerana wujud perbezaan di antara jawatan menteri dan dalam parti.

“Secara umumnya dalam parti pemilihan dilakukan oleh ahli-ahli parti manakala jawatan menteri itu berkhidmat dan bertanggungjawab kepada rakyat dan negara,” katanya.

Ditanya mengenai karier Shahrizat akan berakhir disebabkan isu NFC, Shamrahayu menegaskan hidup dan mati di dalam politik akan berlaku banyak kali kepada ahli politik.

“Sekiranya gagal dalam pilihan raya tetapi ‘hidup’ dalam Umno, mereka akan diberikan jawatan menteri. Kekuatan dalam politik memberikan mereka peluang untuk terus berada dalam arena politik.

“Tindakan Shahrizat adalah terbaik dan menunjukkan beliau berpolitik bukan untuk kepentingan peribadi,” katanya.

'via Blog this'

Lagi Pendedahan Penyelewengan UMNO terhadap Rakyat?

 - Oleh:Hafiz Yatim  


Maklumat baru kini diperolehi bagi memperjelaskan kes luar biasa yang didakwa membabitkan bekas polis paling berkuasa di negara ini, seorang peguam negara dan juga tokoh kongsi gelap lima tahun lalu.

Dokumen yang mendedahkan bagaimana maklumat yang dibekalkan oleh beberapa pemberi maklumat sehingga tertangkapnya ‘ketua’ kongsi gelap Johor Goh Cheng Poh atau juga dikenali sebagai Tengku Goh pada 2007 kini dimiliki oleh Malaysiakini.

Dokumen yang sama itu digunakan bagi memalitkan enam pegawai polis yang menyiasat kes itu.

Pemberi maklumat itu kemudiannya membuat kenyataan bersumpah bahawa mereka dipksa menukar maklumat asal oleh pasukan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang kemudiannya dinaikkan taraf menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2009.

Sebaliknya, enam pegawai polis dijadikan mangsa dan didakwa memalsukan bukti terhadap Tengku Goh yang didakwa terbabit dalam perjudian dan pengubahan wang haram. Mereka bagaimanapun akhirnya dibebaskan, yang terakhir adalah pada pertengahan 2011.

Mimpi ngeri pegawai polis selama empat tahun itu bermula apabila mereka atas arahan Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Seri Johari Baharum, mula menyiasat Tengku Goh (Untuk peranannya dalam skandal ini, Johari sendiri pernah dituduh mengamalkan rasuah dan juga disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah.)

Johari (kanan) kemudian mengarahakan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Ramli Yusuff, yang sebelum ini adalah Ketua Polis Pahang untuk menjalankan siasatan dan bertindak.

Ramli kemudian mengumpulkan lebih kurang enam pegawainya untuk menyiasat dan semasa menjalankan tugas, mereka mendapati ketua mereka, Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Johor yang kemudiannya dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 2006 juga ada kaitan dan terbabit dengan kes berkenaaan.

Siasatan JSJK mendapati bahawa meskipun Musa ketika berkhidmat di Johor - telah menututp pusat perjudian haram dan melumpuhkan sindiket pinjaman wang haram di selatan negeri itu, beliau pada masa yang sama membantu "menyusunkan semula" beberapa sindiket berkenaan yang beroperasi di bawah “sistem payung" dikawal oleh Tengku Goh.

Berbekalkan maklumat daripada pemberi maklumat, JSJK telah menangkap Tengku Goh dan beliau dihantar ke Jeli, Kelantan dan diletakkan di bawah tahanan kediaman terhad.

Bagaimanapun kes semakin pelik.

Peguam Negara Tan Sri Tan Sri Abdul Gani Patail (kiri) campur tangan dan beliau didakwa menggunakan BPR untuk mengakses fail sulit (digelar "Cicero") dalam kes itu.

Adalah difahamkan bahawa tiada sesiapa, termasuk Ketua Polis Negara mahupun Peguam Negara dibenarkan untuk mempunyai akses kepada fail 'Cicero' apabila seorang pegawai telah diamanahkan mengendalikan kes berkenaan.

Tindakan menggunakan BPR untuk campur tangan dalam kes itu mencetuskan rasa tidak puas hati di JSJK kerana ini adalah campur tangan terang-terangan dalam kerja-kerja polis.

Namun, JSJK tetap diarahkan supaya menyerahkan fail sulit berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara, dan hasilnya kertas Cicero berada di tangan BPR.

Berdasarkan maklumat dari fail sulit itu, BPR memburu pemberi maklumat yang maklumatnya digunakan sehingga tertangkapnya Tengku Goh.

BPR kemudiannya menggunakan ugutan, taktik menakut-nakutkan dan menyoal-siasat pemberi maklumat itu berhari-hari sehingga mereka menukar kenyataan sebelum ini.



Sumber:malaysiakini.com

Selamat Pengantin Baru kepada Dato Malek Noor dan pasangannya

An-Tantuya



“Apabila perempuan Cina itu melihat saya mengeluarkan sepucuk pistol, dia merayu supaya dilepaskannya kerana dia sedang mengandung. Azilah (pegawai pemerintah kepada Sirul) menarik perempuan itu dan [menghumbannya] ke atas tanah.
Saya segera menembak pada bahagian kiri mukanya (pipi). Kemudian Azilah menanggalkan pakaian perempuan itu dan memasukkan pakaian yang ditanggal itu ke dalam sebuah plastik hitam.

Azilah mendapati tangan perempuan itu masih bergerak. Dia memerintahkan saya untuk menembak sekali lagi, dan saya melakukannya”, ujar Sirul.
Ini adalah merupakan pengesahan yang pertama identiti pembunuh Altantuya. ” Kemudian kami mengusung mayatnya ke dalam hutan, Azilah membalut bahan letupan di sekeliling kaki, abdomen dan kepala perempuan itu dan kemudian kami meletupkannya.”

~ demikianlah statment 2 org pegawai khas Najib yg tidak langsung mengenali An-Tantuya dan cuma patuh arahan bosnya sahaja.

Malek Noor kini bergelar suami

Kosmo! Online - Negara:




MALEK dan isterinya, Wan Asma bergambar bersama anak-anak selepas majlis pernikahan mereka di Pusat Dagangan Kelantan, Kota Bharu semalam.



KOTA BHARU – Bekas juara bina badan Asia dan pemegang gelaran Mr. Universe sebanyak dua kali, Datuk Malek Noor, 56, selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Dr. Wan Asma Wan Ismail, 52, semalam.
Majlis akad nikah secara sederhana pada pukul 11 pagi itu diadakan di penthouse milik Wan Asma di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini. Ia dihadiri keluarga dan rakan terdekat.
Malek sah menjadi suami Wan Asma dengan sekali lafaz ketika dinikahkan oleh bapa Wan Asma, Wan Ismail Wan Ahmad, 86.
Pasangan itu mengenakan persalinan sedondon berwarna putih gading dan membawa lima dulang hantaran berbalas tujuh serta senaskhah al-Quran sebagai mas kahwin.
“Ini adalah jodoh yang dikurniakan Tuhan. Pada tarikh yang sama (12 Mac) tahun lepas, saya berdoa di hadapan Kaabah supaya dikurniakan seorang isteri.
“Alhamdulillah, pada tahun ini, pada tarikh yang sama, saya dikurniakan seorang isteri. Ini adalah isteri pertama saya dan yang terakhir,” ujarnya.

'via Blog this'