Sunday, August 4, 2013

Kemuncak kewartawanan Umno, bohong jadi benar.



KUALA LUMPUR: Kewartawanan Malaysia dalam negara Umno BN mencapai ‘kemuncak’ baru di peringkat antarabangsa apabila pembohongan menjadi kebenaran dan khayalan sebagai kenyataan.

Bagi Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang, akhbar harian milik Umno, Utusan Malaysia, menjadi contoh bagi “transformasi” kewartawanan Malaysia kelmarin apabila ruangan komentar rasminya, “Bisik-Bisik”, yang ditulis oleh Awang Selamat, iaitu nama samaran bagi pusat perang saraf Umno-Utusan, telah melancarkan satu lagi serangan terhadap DAP yang telah meminta Pendaftar Pertubuhan menyatakan sebab mengapa ia memutuskan untuk mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti.

Kata Awang Selamat: "Awang teringat desakan orang politik termasuk bekas orang DAP sendiri yang mahukan DAP mengadakan semula pemilihan CEC ekoran dakwaam berlaku penyelewengan dan manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan". Lim berkata, pembohongan tentang 547 perwakilan hantu di Kongres DAP di Pulau Pinang Disember lalu, dengan dakwaan lebih mengarut bahawa semua 547 perwakilan hantu itu datang dari Pulau Pinang, adalah salah satu kepalsuan paling jelek pernah direka oleh wartawan-wartawan yang menjadi soldadu perang saraf Umno/BN. Mereka tidak memerlukan walau pun secebis bukti.

“Para propagandis Umno BN ini berharap kepalsuan itu boleh diterima oleh rakyat Malaysia dengan cara menerapkan doktrin Goebble, menteri propaganda Nazi, yang menyatakan bahawa jika pembohongan diulang seribu kali, ia akan menjadi satu fakta,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, DAP dan rakyat Malaysia berhak untuk tahu sama ada pembohongan tentang ‘547 perwakilan hantu DAP’ di Kongres DAP di Pulau Pinang Disember lalu adalah salah satu sebab mengapa Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan mengeluarkan arahan kepada DAP untuk mengadakan pemilihan semula CEC dan, jika bukan, apakah sebab RoS mengeluarkan arahan sedemikian.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menjelaskan, DAP bersedia mengadakan semula pemilihan CEC jika Ketua Pengarah ROS boleh memberikan sebab yang munasabah dan bukannya berasaskan pembohongan dan kepalsuan yang direka oleh Skuad Perang Saraf Goebbel Umno BN, terutama oleh cawangannya di Utusan Malaysia.

Jenayah Berat: Tambah anggota polis belum tentu selesai kes.



KUALA LUMPUR - Meningkatkan bilangan anggota polis dan mempertimbangkan pembelian peralatan baru seperti litar kamera tertutup (CCTV) sahaja, tidak akan menyelesaikan kes jenayah berat membabitkan senjata api di negara ini.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata ini kerana keutamaan terlebih dahulu harus diberi kepada usaha memperketatkan pengawasan di sempadan.

"Kita lihat bajet untuk menambahkan bilangan anggota polis dan kemudahan anggota-anggota itu banyak diberikan oleh kerajaan sebelum ini, namun jenayah berat seperti tembak-menembak tetap juga berlaku.

"Ia menunjukkan ada ruang yang perlu diperbaiki dan sebagai contoh pembelian senjata api dari negara jiran bagaimana ia boleh lolos ke negara ini...kita kena fikir juga bagi mempertingkatkan usaha membanteras," katanya kepada pemberita sebagai mengulas kejadian tembak yang sering dilapor kebelakangan ini termasuk melibatkan individu berprofil tinggi.


Isnin lepas lepas, Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi maut manakala isterinya cedera ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di ibu negara.

Kejadian itu berlaku dua hari selepas aktivis antijenayah yang juga Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan cedera ditembak di persimpangan berdekatan Taman Awana Indah, Jempol, Negeri Sembilan.

Mohd Azmi berkata seperti negara luar, polis di negara ini juga perlu mengamalkan konsep 'deterence' (cegah lintang) kerana kaedah konvensional yang dipraktikkan mereka dalam mencegah jenayah kini tidak lagi berkesan memerangi isu itu.

"Di Malaysia, polisi polis untuk membendung kes tembak tidak begitu proaktif, mereka seharusnya lebih matang dan berfikir ke arah 'deterence' kerana deterence ialah konsep yang boleh menakutkan penjenayah," katanya.

KPRU : Penguatkuasaan ‘Cacat’ Punca Jenayah Berat Berleluasa tembak.



SHAH ALAM, : Peningkatan kes jenayah berat mutakhir ini adalah akibat kecacatan proses penguatkuasaan undang-undang dan proses kehakiman negara ini, tegas Badan Pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU).
Justeru, KPRU menyaran pihak berkuasa agar mengkaji semula dan memperbaikkan kelemahan proses penguatkuasaan undang-undang yang merangkumi proses siasatan, pengumpulan bukti, pendakwaan dan juga perbicaraan kehakiman.
“Didapati bahawa sejumlah 31 kes serangan atau pembunuhan melibatkan senjata api telah berlaku dalam tempoh empat bulan yang singkat dari April hingga Julai tahun 2013 ini.
“Di mana seramai 43 orang telah dipermangsakan, antaranya 22 nyawa telah diragut manakala 21 orang mengalami kecederaan.
“Dan dalam bulan Julai sahaja telah pun memperlihatkan sebanyak 14 kes tembak-bunuh,” kata KPRU dalam kenyataan medianya.

Jelas PKRU, kajian yang dijalankan Penang Institute menunjukkan bahawa dalam tempoh empat bulan pertama 2013 sahaja telah memperlihatkan bilangan kes tembak-bunuh yang jauh lebih banyak daripada 2012 dengan mencatat sebanyak 38 kes.
Katanya, ia menunjukkan di mana dua kejadian tembak-bunuh berlaku dalam tempoh seminggu secara purata.
“Dengan mengambil kira kedua-dua kajian KPRU dan Penang Institute, adalah jelas bahawa kes tembak-bunuh berlaku dengan begitu konsisitennya sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini tanpa berhenti, secara purata dua kes seminggu.
“Kekerapan yang setinggi ini sejurus mencetuskan kebimbangan dan ketakutan di kalangan masyarakat,” jelas badan pemikir itu.
Ujar KPRU lagi, kerajaan digesa untuk memberi tumpuan kepada peningkatan taraf penyiasatan polis dan bukan menggubal undang-undang pencegahan yang baru untuk menyelesaikan masalah jenayah yang serius di Malaysia.
“Pengagihan tenaga polis yang tidak seimbang merupakan faktor kegagalan pihak polis dalam menyelesaikan kemelut peningkatan gejala jenayah yang semakin serius dalam negara ini,” kata KPRU.

Tembak! Tembak! Tembak! & Tembak!



DUDUK menyaksikan laporan Buletin Utama TV3 pada jam 8 malam Isnin, 29 Julai sangat menganggu perasaaan dan jiwa.
Berita yang disiarkan silih berganti dengan kes pembunuhan dan tembakan. Buat seketika terasa seakan-akan kita sedang bermastautin dalam sebuah negara yang kacau bilau dengan jenayah tembak dan bunuh.

Ini sangatlah menakutkan dan membimbangkan lebih-lebih lagi untuk kita semua rakyat kebanyakkan. Kita berada di atas jalan raya boleh dikatakan saban hari. Dan setiap kali kita berhenti di persimpangan lampu isyarat kita tidak tahu malah resah sama ada motosikal yang tiba-tiba berhenti di sebelah kereta kita itu adalah penjenayah atau siapa.
Begitu juga kalau kita singgah makan di restoran. Kita juga khuatir sama ada penjenayah akan menyerang restoran itu atau tidak.
Ini semua jarang-jarang kedengaran suatu ketika dahulu tetapi sekarang, menembak mangsa di perhentian lampu isyarat atau restoran telah menjadi fenomena harian.
Setiap hari ada sahaja orang yang mati kena tembak di persimpangan lampu isyarat dan restoran. Kadang-kadang dalam sehari ada sehingga tiga kes mati kena tembak di persimpangan lampu isyarat atau di pekarangan restoran.
Kita semua berada di dalam tekanan apatah lagi pihak polis ekoran kejadian ini semua. Kesemua kejadian tembakan ini memberi indikasi yang senjata api kini bukan lagi menjadi hak eksklusif pihak berkuasa seperti polis tetapi juga para penjenayah dan pembunuh upahan.
Sejak kes timbalan ketua pengarah kastam mati ditembak (juga di persimpangan lampu isyarat) 26 April lalu, tidak ada seorang pun lagi pembunuh upahan ini yang berjaya ditahan polis.
Ini kerana jenayah seperti ini sukar dikesan dan dijejaki kerana mereka tembak dan lari dengan memakai topi keledar penutup muka sepenuhnya. Motosikal yang mereka naiki juga menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Ia adalah satu modus operandi yang mudah dan berkesan. Hanya memerlukan keberanian dan jiwa yang nekad untuk bertindak.
Memandangkan kerja membunuh cara ini adalah suatu tindakan yang mudah maka ia menjadi satu trend di kalangan penjenayah dan pembunuh upahan. Ini menjadikan kita semua pengguna jalan raya sentiasa berada di dalam kebimbangan dan ketakutan.
Kita tidak tahu siapakah musuh di dalam selimut yang mungkin akan bertindak ke atas kita mengguna pakai cara mudah ini untuk membalas dendam.
Kita juga bimbang mungkin kita akan menjadi mangsa pembunuhan rambang kerana berada di tempat dan masa yang salah.
Ramai yang menuding jari ke arah pemansuhan Akta Darurat, Akta Kediaman Terhad, Ordinan Darurat dan sebahagian daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri dan lain-lain akta yang berkaitan dengannya yang sekaligus menyaksikan bagaimana para tahanan tanpa bicara yang ditahan di bawah akta-akta ini semua dibebaskan tanpa syarat sebagai punca bermaharajalelanya kejadian tembak dan bunuh ini.
Bagaimanapun ramai juga khususnya para pejuang hak asasi kemanusiaan yang tidak setuju dan menyalahkan kelemahan pihak polis sebagai punca.
Maka itu, timbul satu pertanyaan, apakah langkah perlu dan segera yang harus diambil untuk mengekang gejala ini daripada terus menjadi satu ancaman kepada rakyat dan juga negara.
Berikut adalah beberapa cadangan yang boleh difikirkan bersama;
> Pasukan petugas khas yang dibentuk oleh pihak berkuasa untuk menangani isu ini perlu mencari punca bagaimanakah senjata api begitu mudah diperolehi oleh para penjenayah pada masa ini dan cuba membentuk satu tindakan operasi untuk mencari dan menjejaki puncanya sehingga ke akar umbi.
> Tidak syak lagi pintu masuk negara di sempadan adalah laluan utama penyeludupan senjata api dan langkah-langkah segera dan serius harus diambil untuk memperketatkan kawalan dan satu mekanisma harus dibentuk untuk membanteras aktiviti penyeludupan senjata ke negara kita.
> Satu referandum mungkin diperlukan untuk mengutip dan mengambil pandangan keseluruhan rakyat Malaysia apakah Akta Darurat perlu dikembalikan demi menjamin dan menjaga keselamatan majoriti warganegara.
> Keanggotaan pasukan polis mungkin perlu diperkukuhkan.
> Unit risikan pasukan polis perlu dipertingkatkan dan
> Kongsi gelap dan jenayah terancang perlu diberi perhatian khusus oleh pasukan polis, diburu dan dijejaki sehingga tertumpas kesemuanya.
Dalam dunia di mana jumlah manusia menjadi semakin ramai dan bertambah, indeks jenayah juga akan turut naik secara semulajadi dan natural. Tetapi jika ia tidak diimbangi dengan kekuatan pasukan keselamatan maka yang akan bermaharajalela nanti ialah para mafia dan penjenayah, gangster dan kongsi gelap.
Yang akan sengsara dan hidup di dalam ketakutan ialah rakyat jelata seperti kita semua.

Potong Air Ketika Ramadhan: Tengku Adnan tidak berperikemanusiaan, kata Nurul Izzah.



Nurul Izzah Anwar hari ini menyelar Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atas kenyataannya yang tidak berperikemanusiaan untuk memotong bekalan air dan elektrik penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kuala Lumpur bagi memastikan mereka membuat bayaran bil yang tertunggak.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menggesa Tengku Adnan tidak gopoh dan meneliti polisi bekas Menteri Wilayah Persekutuan sebelum ini Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin supaya penyewa PPR diberi kelonggaran menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri pada minggu hadapan.
Katanya, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib sudah berjanji semalam bayaran ansuran walaupun seminima RM10 akan diterima oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kunci meter air mereka akan dibuka.
“Tindakan sedemikian tidak berperikemanusiaan kerana tidak mengambil kira penundaan pemotongan oleh DBKL sejak 2010 hingga 2012. Jika DBKL sejak awal melakukan penguncian, penyewa tidak akan terbeban dengan hutang sehingga RM20,000.
“Justeru bila sampai ke tahap ini DBKL dilihat tidak bertanggungjawab. Bagaimana mungkin kita mahu memaksa orang dalam masa yang begitu singkat untuk mengubah budaya hidup mereka,” katanya semasa dihubungi The Malaysian Insider.
Semalam, agensi berita nasional, Bernama melaporkan Tengku Adnan semasa menghadiri majlis penyerahan surat tawaran penyewaan rumah PPR di Kampung Pasir berkata jika penduduk PPR tidak mahu membayar bil tertunggak, DBKL akan mengambil tindakan memotong bekalan air dan sekiranya perlu memotong bekalan elektrik bagi memastikan penduduk membayar apa yang telah mereka gunakan.

Katanya, tindakan DBKL mengunci meter air di kawasan PPR pada Julai lalu adalah mengikut undang-undang dan tiada kaitan dengan politik serta dakwaan itu hanyalah mainan pembangkang yang sengaja menggunakan isu itu untuk menarik perhatian rakyat dengan menuduh kerajaan sebagai tidak adil, sedangkan kerajaan mengenakan sewa rumah yang murah iaitu RM124.50 sebulan selain subsidi tambahan RM250.
Ahmad Phesal telah memberi kebenaran kepada penduduk PPR Muhibbah di Cheras untuk membayar ansuran RM10 terlebih dahulu bagi membuka meter air mereka selepas mencapai persetujuan bersama Nurul Izzah di ibu pejabat DBKL semalam.

Kalau tidak kena gayanya DAP akan jadi macam UMNO (lama).



DAP sedang menghadapi keadaan yang tidak ada siapa yang tahu kenapa mereka berada di dalam situasi yang sedang mereka alami sekarang ini. Hanya kepada pelaku kesalahan dan yang terlibat diantara mereka dalam DAP sendiri serta pihak penguasa pertubuhan serta mereka yang sengaja mewujudkan keadaan ini untuik kepentingan peribadi beberapa orang pemimpin dalam parti itu.
Sekarang berlaku peperangan secara terbuka diantara pihak RoS dan parti itu dan nampak juga ada di dalam DAP yang tidak terkejut dengan keadaan ini berlaku kerana mereka sudah percaya DAP seperti parti lain juga adalah pertubuhan politik yang lain juga. DAP juga ada perebutan kuasa diantara mereka yang memimpin dan parti itu juga mempunyai jiwa seperti manusia yang lain yang mempunyai budaya yang sama seperti rakyat Malaysia yang lain.
Apatah sebelum pilihanraya lalu kita telah nampak jelas yang DAP amat berkeyakinan akan berjaya menguasai Putrajaya dengan rakan-rakan kongsi mereka yang lain dalam Pakatan Rakyat. Parti ini juga telah menampakkan kemahuan untuk berkuasa buat kali pertamanya selepas pilihanraya 13 yang lalu sehingga parti ini telah melakukan kesilapan dan kesalahan moral yang agak ketara juga.
Kita tidak dapat lari dari mempersoalkan kenapa ada kesilapan dalam pengiraan undi pada 15 Disember 2012 dan tanpa pengetahuan ramai semasa itu berlaku pembetulan dalam pengiraan undi itu setelah berminggu-minggu pemilihan itu berlaku. Ada yang kalah telah menjadi menang dan yang menang telah menjadi calon kalah dan di sinilah mulanya keadaan sekarang bermula.
Siapa yang melakukan perubahan dan pembetulan itu, dan siapakah yang menjadi saksi tentang kesilapan dan seterusnya membetulkan kembali senarai mereka yang menang itu? Adakah ia dibetulkan oleh CEC sendiri atau siapa?. Apabila aduan dilakukan oleh ahli-ahli yang tidak berpuas hati, maka ia menjadi isu dan penyiasatan terhadap pemilihan itu mula dilakukan oleh RoS, badan penguasa kepada semua pertubuhan yang terdaftar dinegara ini.
DAP telah diminta memberikan keterangan dan penjelasan. Apa penerangan dan penjelasan itu tidak ada siapa yang tahu, hanya DAP dan Pendaftar Pertubuhan sahaja yang tahu isi perbincangan diantara mereka. Hasilnya sekarang RoS telah meminta DAP melakukan pemilihan semula dan DAP bertindak menunjukkan sikap ‘defiance’ mereka terhadap arahan itu dan mempersoalkan undang-undang mana yang dipakai oleh RoS untuk mengarahkan mereka melakukan pemilihan sekali lagi.
Disinilah mula tahap yang lebih tinggi dan krisis ini mula menjadi besar dan menjadi tumpuan ramai sehinggakan saya sendiri menerima banyak email bertanyakan apa yang terjadi seolah-olah saya ini adalah seorang yang tahu hal sebenar di dalam parti itu. Walaupun saya telah memohon untuk menjadi ahli parti itu diatas desakan dua orang ahli dalam CEC sekarang secara tergesa-gesa tetapi setelah saya menghantar permohonan pada 8hb Januari 2012 itu sampai kehari ini saya tidak tersenarai sebagai ahli parti itu.
Pimpinan cawangan yang saya memohon untuk menjadi ahli itu memberitahu saya yang nama saya masih belum tersenarai sebagai ahli dan ada kebenarannya kerana sampai sekarang ini saya belum pun menerima walaupun satu notis untuk menghadiri mesyuarat agung tahunan cawangan itu.
Sehingga ke hari ini ada beberapa orang ahli cawangan itu bertanyakan soalan ini kepada saya, tetapi saya memilih untuk berdiam diri kerana banyak lagi waktu untuk memberikan jawapan sebenarnya nanti. Saya pasti suatu hari nanti akan tiba masa dan waktunya untuk sesiapa yang ingin mengetahuinya untuk memahami keadaan sebenarnya dalam isu ini memahami permainan sebenar yang berlaku di dalam DAP itu. Buat masa ini elok di diamkan sahaja isu ini kerana DAP sedang menghadapi krisis yang lebih besar sekarang ini dalam isu pemilihan sekali lagi yang diarahkan oleh RoS itu.
Bagi pandangan ramai termasuk diri saya sememangnya DAP wajar melakukan pemilihan sekali lagi kerana pembetulan itu tidak siapa yang tahu cara bagaimana ia telah dilakukan. Disamping itu telah ramai yang mempersoalkan
Sekarang timbul persoalan samada benar apa yang diperkatakan dimana-mana yang DAP tidak mahu melakukan pemilihan sekali lagi untuk mempastikan parti itu dibatalkan pendaftarannya supaya parti DAP yang baru ditubuhkan. Dengan menubuhkan parti baru maka mereka yang sedang berkuasa sekarang boleh menubuhkan jawatankuasa protem yang baru. Dengan cara itu mereka yang berkuasa dalam DAP sekarang berjaya mengenepikan ahli-ahli yang tidak sebulu dengan pimpinan sekarang.
Maka tidak hairan kenapa Ketua Pengarah RoS telah memberi amaran kepada DAP yang parti itu jangan harap akan dibenarkan menubuhkan parti baru itu. Apabila Ketua Pengarah RoS membuat kenyataan secara spontan pimpinan tertinggi DAP telah membidas Ketua Pengarah pendaftar pertubuhan seolah-olah lubang mereka telah bocor dan diketahui umum.
Jika pendaftaran DAP dibatalkan ia merupakan cara yang terbaik untuk pimpinan yang berkuasa sekarang untuk menyusun semula keahlian yang mereka rasakan sesuai dengan kehendak kumpulan pimpinan yang ada sekarang ini.
Mengadakan semula pemilihan yang moralnya sepatutnya dilakukan itu, ia akan memberikan risiko yang tinggi kepada mereka yang sudah terpilih sekarang ini kerana umum mengetahui yang ramai dikalangan perwakilan yang sepatutnya hadir dalam pemilihan pada 15hb Januari yang lepas mempunyai kecenderungan untuk membeikan sokongan kepada kumpulan yang lain dalam parti itu.
Jika ia benar-benar berlaku maka parti ini bolehlah berjabat tangan dengan UMNO yang telah melakukan semua ini pada tahun 1988 dahulu. Jika betullah tuduhan setengah diantara mereka dalam DAP ini yang pada hakikatnya pimpinan sekarang lebih suka untuk pendaftarannya di batalkan maka ia patut belajar dengan sungguh-sungguh dengan UMNO kerana UMNO sudah berpengalaman mengelirukan ahli-ahlinya dengan menubuhkan parti baru dengan menggunakan nama lamanya.
Walau bagaimana pun saya berharap tidak bertindak sedemikian kerana melalui pengalaman yang dilalui oleh UMNO ahli-ahli parti akan berpecah dan tidak akan memberikan apa-apa faedah kepada perjuangan yang sering dilaungkan oleh parti itu selama ini.
Tetapi kalau itu niat dan kemahuan kepimpinan DAP yang ada sekarang maka nyatalah yang parti ini hanyalah ibarat ‘kuali mengata buntut belanga hitam’ sahaja.

Politik menantu dan politik anak hantu.



Presiden PAS, Haji Hadi Awang tidak pernah tercemar kedudukan dan wibawanya sebelum ini. Tetapi kini kerana menantunya, Zaharudin Muhamad yang juga Ahli Majlis Syura Pas yang didakwa mempunyai pengaruh serta sering campur tangan dalam urusan parti, titik-titik hitam seakan mulai muncul membayangi kepimpinannya.
Ini mungkin sesuatu yang tidak dijangka oleh Haji Hadi sendiri, namun kini orang sudah bercakap macam-macam mengenai kepimpinannya. Semuanya kerana terlihat adanya pengaruh menantu dalam kepimpinannya sejak kebelakangan ini walaupun di zaman mudanya, Haji Hadi adalah pemimpin digeruni dan disanjung tinggi.
Isu ini bermula dengan pertelingkahan beberapa kerusi antara PAS, PKR dan PSM dalam pilihanraya lalu. Di DUN Kota Damansara, Zaharudin dikatakan mempengaruhi Haji Hadi menandatangai surat watikah kepada calon PAS meskipun dipersetujui bahawa kerusi itu ditandingi oleh calon PSM yang menggunakan lambang PKR.
Disebabkan hal itu, kerusi Kota Damansara yang sebelumnya milik PR melalui calonnya, Dr Nasir berubah tangan kepada BN. BN seperti menang percuma kerana berlaku pertandingan tiga penjuru di DUN itu.
Di beberapa kerusi DUN di Terengganu yang berlaku pertindihan kerusi antara PAS dengan PKR dan kemudian timbul isu pil kuda dan sebagainya yang dibangkitkan oleh Haji Hadi sebagai alasan mengapa PAS turut meletakkan calonnya, juga dikaitkan dengan pengaruh Zaharudin terhadap bapa mertuanya itu.
Dalam isu Kota Damansara, Zaharudin juga berlaga angin dengan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mempertahankan konsep pengagihan kerusi yang dipersetujui sebelum ini. Pertelingkahan itu berlarutan sehingga sekarang apabila Zaharudin masih mempertahankan hujahnya bahawa tindakan PAS meletakkan calon bukan penyebab calon BN menang di kerusi itu. Beliau memberikan alasan pengundi Kota Damansara adalah "educated" dengan turut mengambil kira latar belakang calon dan sebagainya sebagai asas untuk mengundi dan bukan semata-mata kerana berlakunya pertandingan tiga penjuru.

Sebenarnya adalah menyedihkan mengapa isu mengenai Karl Max, pil kuda dan sebagainya hanya ditimbulkan di saat-saat akhir menjelang hari penamaan calon sehingga akhirnya menggugat persepakatan dalam PR dan menyebabkan bukan saja kekalahan di beberapa kerusi bahkan juga menyebabkan rakyat terus memilih BN kerana BN dilihat lebih berjaya mengurus masalah serta perbezaan dengan lebih baik berbanding PR.
Terbaru, Zaharudin yang dikenali dengan Din Ayam juga membangkitkan adanya golongan yang mahu menjatuhkan Haji Hadi sebagai Presiden PAS dan ini segera dikaitkan dengan usahanya untuk mengekalkan kepimpinan ulama dalam PAS dan cuba mengurangkan pengaruh golongan profesional yang berjiwa Islam yang mulai mengambil tempat dalam parti itu.
Zaharudin turut dikaitkan dengan beberapa tokoh berpendidikan agama dalam parti itu yang ingin ditonjolkannya seperti Nasharuddin Tantawi, Nik Abduh dan sebagainya. Pengaruh golongan profesional yang mulai melebar dalam PAS dikatakan ingin disekat pengaruhnya kerana Zaharudin ingin PAS kekal dengan identiti lamanya.
Tindakannya itu bagaimanapun menyebabkan seorang ahli seumur hidup Pas mengemukakan aduan kepada jawatankuasa disiplin parti kerana mendakwa Zaharudin membuat dakwaan tidak berasas dan menimbulkan ketidaktenteraman kepada parti.
Sejauh mana campur tangan dan pengaruh Zaharudin kepada bapa mertuanya sukar dipastikan. Golongan dalam PAS juga berbelah bagi mengenainya tetapi dengan caranya mempertahankan calon PAS bertanding di Kota Damansara sekurang-kurangnya menunjukkan peranannya itu tidak boleh dinafikan.
Walau apa pun peranan dan campur tangan Zaharudin sebagai menantu kepada Haji Hadi, keadaan ini mengingatkan rakyat kepada Khairy Jamaluddin atau KJ di era kepimpinan Pak Lah dahulu. Beliau juga sering didakwa campur tangan dan mempunyai pengaruh kepada kepimpinan Pak Lah sehingga akhirnya ia menjadi isu utama kepada Mahathir untuk menjatuhkan Pak Lah.
Walaupun KJ kini sudah boleh berdiri sendiri dalam politik tanpa dibayangi lagi oleh Pak Lah tetapi kewujudan "eleman budak-budak Tingkat 4" yang dikaitkan dengan KJ dan kaitannya dengan kejatuhan Pak Lah adalah suatu sejarah yang tidak boleh dinafikan dan ia akan kekal menjadi rujukan sampai bila-bila.
Eleman menantu juga pernah menggerhanai kepimpinan Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan apabila menantunya, Ariffahmi Abdul Rahman dilantik sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Pelbagai isu dan persepsi cuba dibangkitkan mengenai kedudukan beliau itu dengan tujuan untuk mencemarkan kepimpinan Nik Aziz, termasuk mengenai amalan kronisme dan nepotisme.
Mujurlah Ariffahmi cepat digugurkan daripada kedudukannya sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Jika tidak, mungkin hingga sekarang, Nik Aziz turut dikaitkan dengan pelbagai isu mengenai peranan dan pengaruh menantunya. Hanya setelah menantunya tiada lagi berdekatan dengan jawatan Menteri Besar yang disandang oleh Nik Aziz, barulah Nik Aziz agak kurang menjadi bahan pertikaian mengenai wibawa dan ketelusan kepimpinannya.
Di dalam Umno sekarang pula, isu menantu Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin turut menjadi percakapan ramai. Walaupun menantu Muhyiddin ini tidak terlibat dalam politik dan mempengaruhi perjalanan politik bapa mertuanya tetapi penglibatannya dalam beberapa kontrak kerajaan tetap menjadi isu.
Menantu Muhyiddin dikaitkan dengan pembekalan mesin biometrik untuk pemutihan pekerja asing di mana bapa mertuanya adalah Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing. Dalam isu BestariNet kepada sekolah seluruh negara, menantu Muhyiddin itu turut dikaitkan dengan konglomerat YTL yang memperolehi kontrak itu.
Sedikit-sebanyak imej Muhyiddin sekarang turut tercemar adalah kerana penglibatan menantunya dalam perniagaan yang ada kaitan dengan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan.
Apa pun peranan menantu dalam perjalanan politik bapa mertua masing-masing di Malaysia ini, ia sebenarnya lebih banyak mengundang masalah berbanding mendatangkan kebaikan. Apa yang pernah dialami oleh Pak Lah dan Nik Aziz serta apa yang sedang dihadapi oleh Haji Hadi dan Muhyiddin, menyerlahkan hakikat itu.
Daripada anak menantu, peranan mereka sering bertukar menjadi "anak hantu", dibenci oleh sesetengah orang dan menimbulkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.
Walaupun menurut kata Ketua Pemuda PAS, Nasharuddin Tantawi bahawa penglibatan menantu ini bukan sesuatu yang asing dan berlaku sejak zaman Rasulullah lagi tetapi tetapi barangkali menantu pemimpin di zaman itu berbeza dengan menantu zaman sekarang dari segi kecintaan kepada dunia dan kuasa.
Sebab itulah banyak menantu di zaman Nabi dan di awal perkembangan Islam dahulu dilihat lebih berjaya membantu menyemarakkan lagi obor perjuangan bapa mertua masing-masing berbanding menantu-menantu orang berkuasa di zaman sekarang ini kerana mereka hanya fokus kepada perjuangan semata-mata. Tidak pernah pula terdengar karenah menantu di zaman Nabi yang berlebih-lebihan sehingga menimbulkan kebencian pengikut.
Peranan menantu yang mendatangkan masalah bukan saja berlaku dalam politik tetapi juga dalam kehidupan seharian, terutama jika mertuanya kaya raya serta berada. Sudah banyak kisah menantu bertukar menjadi anak hantu ini menjadi santapan telinga sejak dulu sehinggalah sekarang tetapi nampaknya ia terus juga berlaku.
Bapa mertua sering malu alah dengan menantu kerana terlalu sayang kepada menantu yang menjaga anak perempuannya dengan baik. Lebih-lebih lagi bila ada cucu, sayang mertua kepada menantu naik berlipat kali ganda. Jika mertua ada kuasa atau kaya raya, keadaan ini sering diambil kesempatan oleh menantu sama ada mengaut faedah atau menonjolkan diri.
Kegagalan bapa mertua mengawal menantu dan memberi muka secara berlebih-lebihan adalah antara punca timbulnya masalah ini. Seringkali mertua menyayangi menantu melebihi kasih sayang kepada parti dan organisasi yang sedang dipimpinnya.
Menantu kepada orang-orang berkuasa pula, seharusnya menyedari kedudukan mereka sebagai menantu bukanlah suatu keistimewaan. Mereka mungkin hanya istimewa dalam keluarga tapi bukan dalam organisasi atau parti. Mereka sepatutnya kekal mencintai dan hanya berkahwin dengan anak pemimpin berkenaan saja bukannya turut mengahwini jawatan bapa mertua masing-masing.

Mesir kerajaan haram yang ketiga.



Sudah lebih sebulan Mesir diperintah oleh kerajaan haram dan menjadikannya yang ketiga di rantau itu.

Yang pertama ialah Israel yang ditegakkan atas sebahagian besar bumi Palestin sejak tahun 1948 oleh Britain, Perancis dan Amerika. Yang kedua ialah kerajaan Palestin yang Tebing Barat yang dirampas Fatah dari Hamas di luar pilihan raya atas restu Amerika dan Israel.

Dan yang ketiga ialah yang di Mesir yang dirampas oleh tentera dipercayai atas arahan Israel dan direstui oleh Amerika.

Tentang Israel itu semua tahu ia tidak ditegakkan oleh orang Yahudi. Ia ditegakkan oleh kuasa barat - Eropah dan Amerika – orang yang dipanggil rakyat zaman kerajaan Melaka dulu sebagai Benggali Putih. Tentera Benggali Putih ini dari India dan lain-lain memerangi rakyat Palestin dan menyerahkan pemerinah kepada Yahudi.

Palestin baru yang dibentuk oleh dunia yang dikuasai oleh Benggali Putih dan diterima oleh Fatah pimpinan Yasser Arafat terdiri dari Tebing Barat dan Ghaza, dalam pilihan raya umumnya yang terakhir dimenangi oleh Hamas selepas kematian Arafat.

Penerimaan semua Benggali Putih terhadap kerajaan Hamas itu sama dengan penerimaan mereka terhadap kerajaan demokrasi pertama Mesir pimpinan Presiden Mursi yang disokong oleh Ikhwanul Muslimin.

Kerajaan-kerajaan Benggali Putih – Amerika dan Eropah - yang membiayai kerajaan Palestin Kecil itu menghentikan semua bantuan kepada kerajaan sah Hamas dan akhirnya mereka memperalatkan Fatah merampas kuasa tetapi gagal masuk ke Gaza. Selepas itu Tebing Barat menjadi kerajaan dan suara Palestin yang tidak sah.


Sekarang Mesir selepas tumbangnya era tentera dan Hosni Mubarak diperintah secara sah oleh Presiden Mursi yang disokong oleh Ikhwanul Muslimin. Benggali Pituh gembira kerajaan kuku besi tentera dan Mubarak ditumbangkan tetapi kecewa apabila rakyat Mesir memilih kerajaan demokrasi pro Islam.

Dalam kerajaan, Dr Mursi terkontang-kanting di tengah tentera, polis dan kaki tangan kerajaan peninggalan Mubarak. Tidak banyak yang dapat dibuatnya justeru kerenah orang pro Mubarak yang menjadi musuh dalam selimut kepadanya. Satu yang baik dari kerajaannya ialah memberi laluan bebas dan kemudian bagi rakyat Palastin mendapat bekalan melalui secara terang dan sebaliknya. Semua urusan adalah sah dan halal.

Benggali Putih dan Israel yang kenal lama dengan tentera upahannya di Mesir menggalakkan tunjuk perasaan anti Mursi sehebat yang ditunjukkan kepada Mubarak dulu. Tentera tidak buat apa-apa untuk menahannya dan dengan alasan rakyat menolak Mursi tentera, setuju mengkhianati kerajaan lalu merampas kuasa.

Kerja pertama yang dibuat oleh kerajaan haram itu ialah menutup dan mmbinasakan saluran rasmi bantuan kepada Ghaza.

Membanu Palestin adalah tanggungjawah wajib Mesir dan semua orang Islam dan Arab di mana-mana. Yang benci kepada Palestin, Islam dan Arab itu ialah Yaudi/Israel dan sekalian Benggali Putih. Jika tentera dan kerajaan haram Mesir mengira Mursi mengkhianati demokrasi Mesir yang baru itu mengapa mereka robohkan terowong laluan mudah antara Gaza dan Mesir?

Orang Palestin Ghaza tidak ada apa-apa kesalahan kepada rakyat dan kerajaan Mesir sejak dulu, mengapa mereka jadi mangsa pertama kerajaan haram Mesir?

Ia adalah bukti kerajaan haram Mesir itu bukan sekadar mengkhianati Mursi, ia mengkhianati demokrasi yang baru tumbuh, menghianati bangsa Mesir dan Arab dan Islam termasuk orang Palestin yang ditindas itu.

Tentera boleh menentang Mursi kerana dia manusia yang ada salah silap. Tetapi sebenarnya mereka khianat kepada Allah, yang selama-lamanya disukai oleh Yahudi dan agama yang dianuti oleh Benggali Putih.

Mesir: PAS, gerakan Islam sokong bantahan aman.



MARANG: PAS bersama dengan gerakan Islam dunia menyokong resolusi perbincangan di Istanbul, Turki baru-baru ini bagi meneruskan bantahan secara aman oleh rakyat di Mesir.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata mengikut resolusi yang dibuat oleh parti-parti gerakan Islam bersetuju bantahan secara aman diteruskan di Mesir.

“Perkembangan politik di Mesir, mengikut resolusi yang telah diambil oleh parti-parti (gerakan) Islam yang mengadakan perbincangan di Istanbul (Turki), ialah supaya bantahan secara aman diteruskan, kerana bantahan secara aman inilah yang paling sesuai dan munasabah kepada umat Islam sesama umat Islam dalam menghadapi dalaman mereka walau pun sangat mencabar.

“Berbeza dengan kita menghadapi serangan dari musuh yang datang menceroboh negara. Itu memaksakan kita berdepan dengan senjata, ada pun membetulkan pemikiran umat yang telah lama tenggelam dalam pemikiran sehingga terpengaruh dengan ideologi sekularisma, yang menyebabkan mereka menganut pelbagai teori yang asing dari Islam kerana kejahilan mereka, sama ada kerajaan atau pun rakyat,” tegasnya ketika ditemui Harakahdaily di kediamannya, semalam.

Justeru, katanya dengan bantahan secara aman itu boleh menyedarkan rakyat hingga membawa satu gelombang yang positif di peringkat nasional Mesir dan antarabangsa.

Menurutnya, seluruh dunia kini melahirkan rasa simpati kepada Presiden Dr Muhammad Morsi yang dipecat dengan cara pembohongan serta penipuan yang terang dan nyata.

Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang yakin dan percaya kerajaan bersifat ‘kuku besi’ Mesir tidak akan dapat bertahan dengan gelombang rakyat.

“Dengan sebab itu, bantahan aman untuk menyedarkan rakyat adalah cara yang terbaik. Inilah yang sedang berlaku di Mesir sekarang ini dan kita mendapat kesan yang sangat positif, bukan sahaja di peringkat nasional Mesir tapi juga di peringkat antarabangsa.

“Apabila kesatuan Eropah dan negara-negara Barat, Kesatuan Afrika secara terbuka menyatakan simpati mereka dengan Presiden Dr Muhammad Morsi yang dipecat dengan cara yang bohong, menipu dengan terang dan nyata,” jelasnya.

Bahkan, kata beliau, ada kalangan media di barat yang menulis artikel secara terbuka agar barat menerima pendekatan demokrasi yang telah dipilih oleh parti-parti Islam.

Menurutnya, pemilihan demokrasi adalah sesuai dengan Islam dan bukan strategi politik semata-mata kerana damai adalah perkara yang pertama dalam Islam.

“Apa yang dilakukan oleh tentera rejim di Mesir adalah secara rampasan kuasa yang berselindung di sebalik tokoh-tokoh awam. Ini (rampasan) satu pencabulan terhadap demokrasi dan mereka tidak boleh bertahan dengan penipuan.

“Dengan sebab itu, bertindak secara damai, bersabar adalah pendekatan yang terbaik. Ini yang diambil oleh gerakan Islam (Ikhwan) di Mesir sehingga mendapat simpati semua pihak,” ujarnya.

Polarisasi di Mesir sekarang paling ketara sejak autokrat yang disokong Amerika Syarikat Hosni Mubarak digulingkan pada 2011, sekali gus bermulanya peralihan politik penuh pergolakan.

Dr Muhammad Morsi menjadi pemimpin pertama Mesir yang dipilih secara demokratik oleh rakyat pada Jun 2012 tetapi menghadapi tentangan dari pelbagai pihak.

Sejak tentera menggulingkan Dr Morsi, pemimpin kumpulan Islamis pada 3 Julai lalu, pemimpin-pemimpin gerakan Ikhwanul Muslimin dituduh menghasut keganasan.

PAS ingatkan Melayu, BR1M bukan bukti kemampuan kewangan negara.



Komuniti Melayu, Islam di negara ini disarankan untuk tidak menilai pemberian kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebagai kayu pengukur kepada keupayaan kewangan negara kerana mereka adalah bangsa yang akan terjejas jika berlaku kejatuhan ekonomi, kata PAS.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) menegaskan, Melayu selaku kaum majoriti di negara ini lebih melihat kepada bantuan dan "gula-gula" pilihan raya sebagai kayu pengukur ekonomi negara sedangkan Malaysia kini berada di paras bahaya daripada struktur ekonomi berdasarkan kajian agensi penilaian global, Fitch Ratings.
"Ini bukan ukuran kekuatan ekonomi negara, dan orang Melayu-Islam perlu sedar segalanya memerlukan sumber untuk membayarnya," kata Tuan Ibrahim, dalam satu kenyataannya lewat malam tadi merujuk kepada BR1M dan bantuan kerajaan BN menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13), baru-baru ini.
"Kesihatan ekonomi negara juga perlu dilihat dari sudut hutang negara, yang kini menghadapi tahap maksima 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), defisit belanjawan yang semakin meruncing dan kejatuhan nilai Ringgit secara mendadak," katanya.
Rabu lalu, Fitch Ratings dalam penilaiannya melihat unjuran kredit Malaysia berubah daripada stabil kepada negatif berikutan kemungkinan kelemahan kewangan awam selepas PRU13.
Penilaian berkenaan muncul selepas ringgit Malaysia jatuh ke paras terendah berbanding dolar Amerika untuk tempoh tiga tahun dan tempoh 15 tahun terendah berbanding dolar Singapura menjadikan dagangan import lebih mahal sementara nilai eksport lebih rendah meskipun jumlah eksport menurun.

"Jangan hanya cepat melenting terhadap isu perkauman dan agama, tatkala isu ekonomi yang bakal menjejaskan beberapa keturunan bangsa tidak diendahkan," katanya.
Pemimpin PAS itu berkata, dengan pelbagai janji yang ditabur oleh BN ketika PRU13, rakyat Malaysia, terutama orang Melayu beragama Islam perlu fokus pada belanjawan 2014.
"Daripada segi usaha kerajaan untuk mendapatkan sumber untuk menanggung perbelanjaannya, mengurangkan hutang dan mengawal defisit daripada pemberian ‘menarik’ kerajaan untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada keadaan ekonomi yang semakin meruncing," katanya.
Orang Melayu, Islam juga, katanya, harus mendalami isu ekonomi dan seterusnya menerajui dan menjiwai isu ekonomi negara, kerana jika tidak, kerajaan akan terus acuh tidak acuh dalam menjawab isu berkaitan ekonomi dan kewangan negara kerana tiada tekanan daripada golongan majoriti dalam negara.
"Jangan mendidik rakyat untuk menilai ekonomi dan kewangan negara dari segi pemberian kerajaan dan tingginya nilai komposit Bursa Saham Kuala Lumpur untuk menjaga persepsi baik pada kerajaan," katanya memberi amaran kepada kerajaan.
Analisis Fitch mendedahkan kewangan awam Malaysia adalah petunjuk kelemahan nilai. Hutang kerajaan meningkat kepada 53.3 peratus dalam KDNK pada penghujung 2012 daripada 51.6 peratus pada hujung 2011 dan 39.8 peratus pada hujung 2008.
“Defisit bajet umum kerajaan (data Fitch) meluas kepada 4.7 peratus KDNK pada 2012 daripada 3.8 peratus pada 2011 dengan 19 peratus meningkat dalam perbelanjaan awam sebelum tahun pilihan raya,” kata kenyataan analisis Fitch.
Namun Fitch percaya adalah sukar bagi Putrajaya untuk mencapai interim 3 peratus sasaran defisit kerajaan persekutuan pada 2015 tanpa sebarang pengenalan baru.
Ia turut melihat liabiliti luar jangka Putrajaya dan jaminan hutang meningkat kepada 15.2 peratus daripada KDNK menjelang hujung 2012 daripada 9 peratus hujung 2008 kerana penglibatan syarikat milik kerajaan negeri dalam program pelaburan kerajaan.
“Untung fiskal Malaysia rendah pada 24.7 peratus nilai KDNK terhadap julat median ‘A’ dengan 32.8 peratus. Fitch merujuk dua kelemahan bajet: penggantungan perolehan sumber petroleum dan peningkatan perbelanjaan subsidi.
Fitch turut menjangkakan pendapatan perbelanjaan petroleum menyumbang 33.7 peratus pendapatan kerajaan pada 2012.
Agensi penilai itu berkata: "Kita percaya kurangnya peningkatan struktur bajet berkait rapat dengan persiapan pilihan raya umum yang menyebabkan kerajaan lambat membuat pembaharuan. Situasi juga berkisar dengan Pemilihan Umno yang dijangka pada 5 Oktober."
Malah, kerajaan juga jelasnya menangguhkan rasionalisasi subsidinya selepas mengurangkan subsidi minyak pada Disember 2010.
“Ini membimbangkan terhadap fiskal 2012 dan 2013 yang dapat membantu mengurangkan beban kewangan awam,” katanya.
Badan itu merujuk meskipun subsidi dijangka menurun, ia boleh diperbaiki untuk 18 peratus bagi pendapatan 2013 (+21.3 peratus pada 2012) yang masih tidak stabil.
Awal tahun 2000, subsidi hanya 2.9 hingga 7.8 peratus daripada pendapatan negara ketika 2000-2004, berbanding purata 18 peratus setahun pada 2008.
“Kami menjangka kerajaan menyambung pembaharuan fiskal apabila pemilihan Umno tamat. Ini melihatkan kerajaan komited mengatasi defisit bajet melalui pembaharuan fiskal termasuk rasionalisasi subsidi dan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi meluaskan sumber cukai kerajaan,” katanya.

Hina Islam: Apa kurangnya dengan pemimpin Umno@BN.



KUALA LUMPUR: Tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilihat menuduh orang bukan Islam terlibat dalam video jurulatih anjing boleh mencetuskan kekecohan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Ia ternyata boleh mencetuskan emosi kebencian dan sakit hati di kalangan orang-orang Islam terhadap orang-orang bukan Islam dan akhirnya akan tercetus kekecohan.

"Adakah Timbalan Perdana Menteri mahu bertanggungjawab jika kenyataannya yang ternyata bersifat hasutan itu mencetuskan tindakan bersifat fizikal orang-orang Islam ke atas orang-orang bukan Islam?" beliau mempersoalkan.

Bagaimanapun, kata Mahfuz, beliau yakin Muhyiddin tidak akan diambil tindakan atas kenyataannya yang bersifat hasutan itu.

"Sekali lagi rakyat boleh melihat bahawa pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno semakin yakin bahawa mereka kebal undang-undang.

"Sebab itulah kita mendengar ada pemimpin Umno yang tumbuk, tampar dan sepak orang sesuka hati, para penyokong Umno menyerang ceramah-ceramah, baling selipar dalam masjid malah berapa banyak kita lihat kenyataan pemimpin Umno yang menghina Islam," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Beliau juga kesal dengan sikap Muhyiddin yang secara borong dan gelojoh menuduh orang lain menghina Islam sedangkan para pemimpin Umno sendiri ramai yang menghina Islam.

"Sehingga sekarang pun, tetap tersebar di kalangan rakyat kenyataan-kenyataan para pemimpin Umno yang menghina Allah dan Islam melalui penghinaan mereka terhadap undang-undang Islam.

"Para pemimpin Umno patut bertanya diri sendiri, sebelum pihak mereka membuat pelbagai kenyataan yang menghina Islam, adakah orang-orang seperti Presiden MCA atau blogger lucah yang baru-baru ini ditangkap berani memperlekeh dan mempersendakan agama Islam?" Mahfuz mempersoalkan lagi.

Siasatan lanjut ke atas Maznah untuk jaga air muka TPM, kata peguam.



Latheefa Koya dalam satu sidang akhbar semalam. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 3 Ogos, 2013.Latheefa Koya dalam satu sidang akhbar semalam. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 3 Ogos, 2013.Penyiasatan lanjut yang dilakukan terhadap pelatih anjing Muslim, Maznah Mohd Yusof atau lebih dikenali sebagai Chetz adalah satu bentuk penyalahgunaan kuasa dan bertujuan menjaga air muka Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata peguamnya Latheefa Koya.
Menurut Latheefa, Maznah tidak seharusnya dirujuk semula ke Majistret dan dikenakan bon di bawah Seksyen 118 yang tidak pernah berlaku bagi orang yang dianggap suspek kerana perintah itu hanya terpakai ke atas saksi atau pengadu.
Katanya, bon yang bertindak seperti akujanji ke atas saksi itu jika diingkari boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000.
“Proses penyiasatan ini amat meragukan kerana selepas Maznah mengemukakan laporan polis segala butiran peribadinya seperti jumlah gaji, tempat tinggal, bilangan adik beradik dan lain-lain tersebar di laman sosial Facebook.
“Siapa lagi yang harus dipersalahkan? Polis tidak sewajarnya melakukan hal seperti ini,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat PKR semalam.

Apabila ditanya adakah Maznah boleh didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, beliau berkata: “Atas kesalahan apa Maznah boleh didakwa? Adakah kerana dia memegang anjing dalam video berkenaan atau menggunakan takbir raya sebagai bunyi latar video itu?”.
Katanya, perkara ini tidak menjadi isu di luar negara dan kerajaan dilihat partisan dan mengadakan pendakwaan terpilih apabila terus membiarkan mereka yang bersalah di pihak kerajaan untuk tidak didakwa.
Semalam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memutuskan Maznah menghina agama Islam melalui videonya yang tersebar luas di YouTube.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Jakim akan memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membuat tindakan susulan.
Muhyiddin dalam kenyataannya pada awal minggu ini berkata perkara yang berlaku di negara ini, bukan Islam memperlekeh agama Islam menunjukkan tiada persefahaman mendalam dalam masyarakat kerana tiada orang Islam mempersendakan agama bukan Islam seperti Kristian, Hindu dan sebagainya.
Penasihat DAP Lim Kit Siang pula menggesa Muhyiddin memohon maaf atas kenyataan tidak berasas dan tanpa fakta berkaitan isu pelatih anjing menghina Islam.
Katanya, Muhyiddin harus berbuat demikian kerana kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk semua kaum dan bukan hanya mewakili satu kaum.
Lim berkata, semua pihak termasuk Kabinet, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) perlu berganding bahu dalam pembentukan negara bangsa bagi mengelakkan polarisasi agama dalam negara ini.
Maznah mencetuskan kontroversi apabila video yang memaparkan aksinya tiga tahun lalu menyambut Aidilfitri bersama tiga ekor anjing dimuat naik ke dalam YouTube pada Isnin.
Video itu menunjukkan Maznah membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar berhampiran pekarangan masjid dengan suara latar takbir raya.
Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan Maznah memakai baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya seolah-olah mengambil wuduk sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.
Video itu juga menyiarkan kata-kata: "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga ekor anjing)."
Video itu turut memuatkan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada Chetz sekeluarga" dengan gambar lelaki duduk bersama tiga ekor ekor anjing di atas sofa.
Video Maznah dan anjingnya itu berusia tiga tahun.

Penyokong Mursi Bersedia Untuk Mati: Bunuh Kami & Minum Darah Kami Yang Berwana-warni.



Penyokong Mursi kini ikrar sedia mati 

Kerajaan Mesir yang disokong tentera pada Khamis memberi amaran kepada penyokong presiden Mohamed Mursi yang digulingkan supaya meninggalkan kem tunjuk perasaan di Kaherah, dengan menjanjikan jalan keluar selamat tanpa pertempuran. 

Rayuan itu dibuat oleh jurucakap kementerian dalam negeri Hany Abdel Latif dalam saluran televisyen negara selepas kerajaan pada Rabu memberi amaran bertindak menamatkan tunjuk perasaan dua minggu oleh ribuan penyokong Mursi.

Sejak tentera menggulingkan Mursi, pemimpin kumpulan Islamis pada 3 Julai, pemimpin-pemimpin gerakan Ikhwanul Muslimin dituduh menghasut keganasan.

Amaran terkini dikeluarkan berhubung kemungkinan berlakunya pertumpahan darah akibat ketegangan berterusan.

Latif berkata, jika penunjuk perasaan meninggalkan tapak bantahan mereka secara aman, mereka akan menjamin keselamatan kumpulan itu. Tiada tarikh akhir ditetapkan.

"Tiada tarikh tepat (ditetapkan). Kami akan terus melihat keadaan di lapangan," kata Latif kepada Reuters.

Sehingga Khamis, penunjuk perasaan tidak menghiraukan kenyataan itu dan bersedia untuk kemungkinan terburuk.

Di kem Rabaa al-Adawiya, sampah sarap dibersihkan bagi memudahkan laluan ambulans. Pasir-pasir ditimbun di sekitar kawasan untuk menimbus kanister gas pemedih mata yang mungkin dilepaskan.

Di balik benteng pasir, batu-batu juga dikumpulkan untuk dijadikan senjata jika perlu.

"Kami sudah bersedia. Kami bersedia untuk mati demi legitimasi. Serangan boleh berlaku pada bila-bila mata sahaja," kata Mohamed Saqr, aktivis Ikhwan yang mengawal laluan masuk tempat perkhemahan di masjid di Kaherah Utara.

Polarisasi di Mesir sekarang paling ketara sejak autokrat yang disokong Amerika Syarikat Hosni Mubarak digulingkan pada 2011, sekali gus bermulanya peralihan politik penuh pergolakan.

Mursi menjadi pemimpin pertama Mesir yang dipilih secara demokratik oleh rakyat pada Jun 2012 tetapi menghadapi tentangan kemudiannya apabila gagal menyelesaikan masalah sosial dan ekonomi yang sentiasa menjadi ketakutan di negara itu.

Tentera kepung penyokong Morsi di Raba'ah.



MESIR: Menjelang pagi ini para penyokong legitimasi yang berhimpun di Medan Raba'ah dikejutkan dengan kehadiran pasukan tentera Mesir (Amnu Markazi) yang mahu mengepung mereka.

TV Al-Quds melaporkan, kira-kira jam 5 pagi waktu tempatan, pihak tentera sudah berkumpul di Jalan Abbas Aqqad dengan beberapa buah kereta kebal dan kereta perisai siap sedia untuk menggempur.

Kehadiran pasukan tentera itu membuatkan kawasan-tengah Medan Raba'ah lengang kerana peserta himpunan mula berkumpul di setiap pintu utama masuk ke Rabiatul Adawiyah bagi berhadapan dengan ancaman serangan yang bakal berlaku.

Sejak sebulan menduduki Medan Raba'ah, para penyokong Dr Muhammad Morsi telah membina tembok pasir di sekeliling dataran tersebut dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan para peserta himpunan.

Sebelum ini berlaku beberapa siri serangan dari pihak polis Mesir dan kumpulan samseng upahan sehingga menyebabkan ratusan peserta himpunan di sini terkorban dan ribuan lagi cedera.

Difahamkan, pasukan tentera yang lengkap dengan kereta kebal pagi tadi kemudiannya berundur selepas para penyokong Morsi bertegas tidak mahu berganjak.

Kepungan hari ini dibuat selang beberapa hari selepas kenyataan kerajaan sementara yang memberi mandat penuh kepada Menteri Pertahanan Jeneral Abdul Fatah Al-Sisi untuk bertindak menyuraikan peserta himpunan di Raba'ah.

Dalam pada itu, salah seorang warga Mesir yang dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang untuk berangkat ke Arab Saudi bagi melaksanakan ibadah umrah dilaporkan telah berpatah balik.

Keputusan serta-merta itu dibuat beliau selepas mendengar berita medan Raba'ah dikepung oleh pihak tentera awal pagi ini.

Beliau yang dalam pakaian ihram kemudian terus ke medan Raba'ah dan bergabung dengan kumpulan penyokong Morsi di sini untuk bersama-sama mereka.

Benjy ceraikan isteri kali kedua


BENJY @ Khaeryll Benjamin Ibrahim dan Safiya Stephanie Kar-Leng Lee hadir dalam perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah, Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 1 Ogos - Setelah bercerai dan rujuk semula lima tahun lalu, pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy hari ini melafaz cerai talak satu sekali lagi terhadap isterinya, Safiya Stephanie Kar-Leng Lee di Mahkamah Rendah Syariah di sini.
Lafaz itu dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Khairul Azwadi Mohamed Noor setelah beliau membenarkan permohonan Safiya yang telah difailkan pada 11 Julai lalu.
Safiya, 30, diwakili peguam syarie, Hazirah Othman memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 47(3) Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Benjy, 35, memberitahu mahkamah anak guamnya bersetuju dengan permohonan untuk berpisah secara baik itu.
Berdasarkan fakta kes yang dibentangkan Hafizah, pasangan itu yang dikurniakan seorang anak lelaki berusia tujuh tahun, Firdauz Juan Benjamin, telah tinggal berasingan sejak 2010.
Mereka yang bernikah pada 9 Februari 2004 pernah bercerai dengan talak satu pada 7 Julai 2008 namun rujuk semula pada hari yang sama.
Sebelum Benjy yang merupakan anak pelakon, Azean Irdawaty, melafazkan talak, Khairul Azwadi menasihatkan pasangan itu agar tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap anak mereka.
"Mahkamah tidak boleh paksa kamu tinggal bersama kerana takut kamu tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri namun kamu mempunyai anak.
"Selepas ini kamu akan membawa haluan masing-masing namun jangan beri tekanan kepada anak," katanya yang kemudian mengarahkan pasangan itu bersalaman.
Pasangan berkenaan bersalaman kira-kira lima minit sambil Benjy memperkatakan sesuatu kepada Safiya yang dilihat mengangguk-angguk kepala.
Wanita itu turut mencium tangan Benjy yang kemudian mencium dahi Safiya.
Mahkamah mengesahkan lafaz talak satu buat kali kedua itu dan mengarahkan Safiya menjalani tempoh idah sebanyak tiga kali suci.
Sementara itu, di luar mahkamah Benjy memberitahu para pemberita, keputusan untuk bercerai secara baik itu dibuat setelah mereka tidak lagi sehaluan.
"Masing-masing sudah buat hal sendiri namun kami masih berkawan kerana kami mempunyai anak malah penjagaan anak dibuat secara bersama," katanya.
Menurut pelakon yang sedang menghadapi tuduhan memiliki dadah jenis syabu, anaknya kini dipelihara oleh Safiya tetapi akan berada dalam jagaannya setiap hujung minggu.
"Tiada masalah berhubung hak penjagaan anak kerana kami telah ada persetujuan malah Hari Raya Aidilfitri ini saya akan beraya dengan anak saya kerana kami menetap di Kuala Lumpur," ujarnya.
Sepanjang prosiding hari ini, Benjy ditemani bapanya, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130802/ma_01/Benjy-ceraikan-isteri-kali-kedua#ixzz2b0mXlXm8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

[Perkembangan di Mesir]

[Perkembangan di Mesir]

Allah telah takdirkan perkara ini berlaku dalam bulan Ramadhan. Namun ia bermula sebelum Ramadhan lagi.

Apa yang berlaku di mesir adalah hasil perancangan orang-orang yang zalim. Allah telah sebut 16 kali dalam Al Quran Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

Mereka (As Sisi dan sekutu) telah lakukan pelbagai kesilapan. Pertamanya mereka telah memilih waktu yang salah. Mereka kira Ramadhan akan melemahkan penyokong Mursi kerana keletihan berpuasa namun sebaliknya yang berlaku mereka semakin teguh. Mereka gerun dengan keteguhan ikhwah akhawat kita tua dan muda. Mereka sangka selepas 5-10 hari mereka akan surut tetapi mereka tetap teguh. Apabila dibawakan pistol dan senjata api mereka bawa Al-Quran dan dada mereka sebagai perisai - ayuh bunuhlah kami! Apabila seorang terbunuh mereka bukannya takut bahkan lebih ramai yang rela untuk mati.

Jumlah demonstran di Medan Rabiatul Adawiyah seramai 3 juta orang. Kalau tidak kerana perancangan rabbani bagaimana mungkin mentadbir 3 juta orang? Ada yang nak makan,ada yang nak buang air dan ada yang nak tidur. Negara-negara teluk pun jumlah rakyatnya hanya 4 juta orang. Ukhuwah dan perpaduan ini menimbulkan kegerunan pada musuh. Mereka solat dengan seorang imam dan berdoa dengan qunut yang sama. Mereka datang sekeluarga. Kata si ayah jika mati kami sanggup mati sekeluarga!

Ikhwah akhawat kita boleh membahagi-bahagikan walaupun hanya sebiji tamar. Mereka boleh hidup bersama, mereka menghubungi sahabat yang berada di Masjidilharam,"Kami berada di Medan Rabiatul Adawiyah namun roh kami seolah-olah berada di tanah haram". Memang tak dapat nak samakan Medan Rabiatul Adawiyah dengan tanah haram tetapi roh ukhuwah itu dapat dirasakan dan terasa nikmatnya.

Terdapat satu lagi Medan namanya Medan Nahdhah yang tidak ada masjid cuma ada zoo, taman bunga dan kebun buah-buahan kerana menjaga sempadan di situ. Sehingga timbul persoalan bolehkah kami beri'tikaf di Medan Rabiatul Adawiyah kerana ia bukan Masjid? Jawapannya tidak boleh! Lalu mereka bertanya habis tu di mana kami nak iktikaf? Berkatalah para ulamak "Bergembiralah kerana i'tikaf itu sunat tetapi menjaga sempadan itu wajib. Kamu melakukan perkara wajib maka kedudukannya lebih istimewa daripada i'tikaf". 

Situasi telah memberikan mereka semangat yang tinggi sehingga mereka saling membantu. Makanan cukup dan ubatan cukup. Hingga terdapat begitu ramai orang yang memberikan infaq. Ada hospital sementara yang apabila ada yang mahu infaq ubat-ubatan ditolak kerana sudah ada banyak ubatan. Inilah hospital yang paling besar. 

Ada yang datang dari kampung membawa 5 ekor lembu dan kata mahu sembelih untuk diedarkan dagingnya sebagai makanan. Allah tidak akan sia-siakan hak bagi orang yang memiliki prinsip. Maka ingatlah saudara kamu dan berdoalah untuk mereka sebelum kamu beriftar.

Sebenarnya kita tidak perlu bimbang dengan ikhwah akhawat di medan Rabiatul Adawiyah kerana mereka berada dalam suasana rabbaniah yang tinggi.

Ini bukan sekadar isu Mesir tetapi isu umat. Saifuddin Qutuz telah keluar dari mesir untuk memerangi Mongol. Salahuddin Al Ayyubi telah keluar dari Mesir ke Medan Hittin dan seterusnya menawan Palestin. Maka Mesir juga akan jadi pencetus kemenangan Palestin seterusnya.

Di malaysia ada imam yang berdoa dalam bahasa Melayu: "Ya Allah bantulah Dr Mursi dan jatuhkanlah As Sisi sedangkan dia tidak kenal mereka berdua. Ini adalah barakah daripada dakwah ini.

Catatan perkongsian oleh Syeikh Mohamad Hamed El Ewa
26 Ramadhan 1434
4 Ogos 2013
IIUM
Allah telah takdirkan perkara ini berlaku dalam bulan Ramadhan. Namun ia bermula sebelum Ramadhan lagi.

Apa yang berlaku di mesir adalah hasil perancangan orang-orang yang zalim. Allah telah sebut 16 kali dalam Al Quran Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

Mereka (As Sisi dan sekutu) telah lakukan pelbagai kesilapan. Pertamanya mereka telah memilih waktu yang salah. Mereka kira Ramadhan akan melemahkan penyokong Mursi kerana keletihan berpuasa namun sebaliknya yang berlaku mereka semakin teguh. Mereka gerun dengan keteguhan ikhwah akhawat kita tua dan muda. Mereka sangka selepas 5-10 hari mereka akan surut tetapi mereka tetap teguh. Apabila dibawakan pistol dan senjata api mereka bawa Al-Quran dan dada mereka sebagai perisai - ayuh bunuhlah kami! Apabila seorang terbunuh mereka bukannya takut bahkan lebih ramai yang rela untuk mati.

Jumlah demonstran di Medan Rabiatul Adawiyah seramai 3 juta orang. Kalau tidak kerana perancangan rabbani bagaimana mungkin mentadbir 3 juta orang? Ada yang nak makan,ada yang nak buang air dan ada yang nak tidur. Negara-negara teluk pun jumlah rakyatnya hanya 4 juta orang. Ukhuwah dan perpaduan ini menimbulkan kegerunan pada musuh. Mereka solat dengan seorang imam dan berdoa dengan qunut yang sama. Mereka datang sekeluarga. Kata si ayah jika mati kami sanggup mati sekeluarga!

Ikhwah akhawat kita boleh membahagi-bahagikan walaupun hanya sebiji tamar. Mereka boleh hidup bersama, mereka menghubungi sahabat yang berada di Masjidilharam,"Kami berada di Medan Rabiatul Adawiyah namun roh kami seolah-olah berada di tanah haram". Memang tak dapat nak samakan Medan Rabiatul Adawiyah dengan tanah haram tetapi roh ukhuwah itu dapat dirasakan dan terasa nikmatnya.

Terdapat satu lagi Medan namanya Medan Nahdhah yang tidak ada masjid cuma ada zoo, taman bunga dan kebun buah-buahan kerana menjaga sempadan di situ. Sehingga timbul persoalan bolehkah kami beri'tikaf di Medan Rabiatul Adawiyah kerana ia bukan Masjid? Jawapannya tidak boleh! Lalu mereka bertanya habis tu di mana kami nak iktikaf? Berkatalah para ulamak "Bergembiralah kerana i'tikaf itu sunat tetapi menjaga sempadan itu wajib. Kamu melakukan perkara wajib maka kedudukannya lebih istimewa daripada i'tikaf".

Situasi telah memberikan mereka semangat yang tinggi sehingga mereka saling membantu. Makanan cukup dan ubatan cukup. Hingga terdapat begitu ramai orang yang memberikan infaq. Ada hospital sementara yang apabila ada yang mahu infaq ubat-ubatan ditolak kerana sudah ada banyak ubatan. Inilah hospital yang paling besar.

Ada yang datang dari kampung membawa 5 ekor lembu dan kata mahu sembelih untuk diedarkan dagingnya sebagai makanan. Allah tidak akan sia-siakan hak bagi orang yang memiliki prinsip. Maka ingatlah saudara kamu dan berdoalah untuk mereka sebelum kamu beriftar.

Sebenarnya kita tidak perlu bimbang dengan ikhwah akhawat di medan Rabiatul Adawiyah kerana mereka berada dalam suasana rabbaniah yang tinggi.

Ini bukan sekadar isu Mesir tetapi isu umat. Saifuddin Qutuz telah keluar dari mesir untuk memerangi Mongol. Salahuddin Al Ayyubi telah keluar dari Mesir ke Medan Hittin dan seterusnya menawan Palestin. Maka Mesir juga akan jadi pencetus kemenangan Palestin seterusnya.

Di malaysia ada imam yang berdoa dalam bahasa Melayu: "Ya Allah bantulah Dr Mursi dan jatuhkanlah As Sisi sedangkan dia tidak kenal mereka berdua. Ini adalah barakah daripada dakwah ini.

Catatan perkongsian oleh Syeikh Mohamad Hamed El Ewa
26 Ramadhan 1434
4 Ogos 2013
IIUM

Rosnah Mohd. Noor meninggal dunia


ALLAHYARHAM ROSNAH MOHD. NOOR.
KUALA LUMPUR 4 Ogos - Pelakon tahun 1980-an Rosnah Mohd. Noor meninggal dunia kerana menghidap penyakit barah tulang pada usia 54 tahun di Wad Onkologi, Hospital Kuala Lumpur kira-kira pada pukul 2.30 petang tadi.
Menurut adik Allahyarham, Mohd. Azhar Mohd. Noor, 48, pelakon yang merupakan anak ketiga dalam sembilan beradik itu pada mulanya hanya menghidap kanser payu dara sahaja sebelum merebak ke barah tulang.
"Allahyarham disahkan menghidap barah payu dara kira-kira setahun yang lepas. Tetapi penyakitnya itu merebak dengan cepat dan menjadi barah tulang pula sehingga ke tahap empat iaitu yang paling serius.
"Penyakit itu semakin kronik dan adik saya meninggal dunia pukul 2.30 petang tadi di sisi anaknya iaitu Wan Shamira Puteri Octavia, 22, dan Wan Shahera Puteri Apreena, 20," katanya kepada Utusan Online hari ini.
Rosnah Mohd Noor pernah memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-5 melalui filem Di Ambang Kasih. Allahyarham juga pernah membintangi filem Di Ambang Kasih pada 1984 dan Hantu Siang pada 1986. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130804/hi_01/Rosnah-Mohd-Noor-meninggal-dunia#ixzz2b0if6iQt
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Menteri UMNO sokong Syiah

Muhyiddin tiba di Tehran hadiri pelantikan Presiden baharu Iran

TEHRAN 4 Ogos - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini hari ini untuk mewakili Malaysia pada majlis pelantikan presiden baharu Iran.
Beliau dijadual menyertai beberapa presiden, perdana menteri dan timbalan perdana menteri serta speaker parlimen pada majlis pelantikan imam beraliran sederhana Hassan Rouhani sebagai Presiden Iran yang ketujuh di Bangunan Parlimen di sini lewat hari ini.
Pesawat khas yang membawa Muhyiddin mendarat di Lapangan Terbang Mehrabad di sini kira-kira pukul 5 pagi waktu tempatan (8.30 pagi waktu Malaysia) selepas hampir lapan jam penerbangan dari Kuala Lumpur.
Ketibaan beliau yang diiringi isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan beberapa pegawai, disambut Duta Malaysia ke Iran Mohamad Sadik Kethergany dan pegawai kanan Iran.
Muhyiddin juga dijadual menghadiri majlis berbuka puasa di Saadabad Palace malam ini.
Dengan sokongan kempen yang dilihat menonjolkan ’kesederhanaan dan kebijaksanaan’, Rouhani, 64, menang pilihan raya presiden yang berlangsung pada 14 Jun lepas setelah meraih 50.7 peratus atau 18.6 juta undi daripada jumlah keseluruhan 36.7 juta undi.
Rouhani menggantikan Mahmoud Ahmadinejad yang merekodkan pelbagai dasar bercanggah sepanjang lapan tahun mentadbir. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130804/dn_21/Muhyiddin-tiba-di-Tehran-hadiri-pelantikan-Presiden-baharu-Iran#ixzz2b0g5SLod
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kalaulah bertelanjang itu simbol kemajuan nescaya sudah tentulah binatang lebih maju


Seorang muslimah yang mempunyai kelulusan Phd yang berhijab telah ditanya oleh para wartawan yang merasa hairan dengan pemakaian hijabnya tak memberi kesan terhadap tahap kecerdikannya kerana mereka menyangka berhijab adalah simbol kemunduran dan ketinggalan zaman, lalu dia menjawab dengan mudah dan bijaksana: " Manusia pada zaman permulaan dahulu hampir bertelanjang keadaan mereka dan setelah pemikiran mereka berkembang mengikut peredaran zaman mereka mula memakai baju, dan hijab yang saya pakai pada hari ini ialah kemuncak pemikiran dan kemajuan yang dicapai oleh manusia dan ia bukanlah kemunduran. Adapun bertelanjang ia adalah simbol kemunduran dan ketinggalan yang mengembalikan pemikiran manusia kepada zaman permulaan dahulu. Kalaulah bertelanjang itu simbol kemajuan nescaya sudah tentulah binatang lebih maju".
 — 

Gagalnya misi untuk gempur Raba'ah.

Mereka ini antara "pasukan sukarelawan" yang berkawal di setiap pintu masuk ke Raba'ah..walaupun hanya memakai topi keselamatan dan memegang kayu tetapi mereka tetap teguh di tempat masing-masing walau apa jua keadaan sekalipun.

Pagi ini, sewaktu umat Islam di dataran Raba'ah sedang solat Subuh, mereka dikejutkan dengan kedatangan sepasukan polis dengan kerjasama tentera cuba menceroboh dataran Raba'ah. Ketika itu, mereka berada di rakaat kedua yang menyebabkan imam, Dr.Jamal Abdul Sattar, timbalan Menteri Wakaf yang mengimami solat terpaksa menamatkan solat dengan segera. 

Beberapa buah kereta perisai polis dilihat bergerak dari Jalan Thoiran dan Yusuf 'Abbas. Kemaraan mereka terhenti apabila berpuluh-puluh pemuda mula menjadi benteng barisan hadapan dengan menyerahkan dada masing-masing untuk ditembusi peluru seperti apa yang terjadi kepada teman-teman mereka yang syahid sebelum ini. 

Menurut laporan Ikhwanonline seperti yang diceritakan oleh saksi kejadian, ketika ini berlaku pertikaman lidah antara anggota polis dengan tentera yang bertugas lalu menyebabkan mereka terpaksa berundur. 

Tidak dapat dipastikan apakah motif pihak keselamatan yang sering menjadikan waktu Subuh sebagai waktu operasi mereka..Tragedi solat Subuh pagi 8 Julai, serangan waktu Sahur di depan Kubur Anwar Sadat pada 27 Julai dan hari ini semuanya bermula pada waktu Subuh. 

Percubaan pasukan keselamatan yang tiba di hadapan pintu masuk ke dataran Raba'ah pagi ini mempunyai beberapa matlamat khusus:

1) Menangkap beberapa pimpinan utama yang berada di dalam dataran seperti Dr.Sofwat Hijazi dan Dr.Mohammed Beltaji seperti yang terkandung dalam perintah dari Pejabat Peguam Negara sebelum ini.

2) Menggagalkan liputan beberapa buah televisyen yang menyiarkan "live" dari Raba'ah iaitu "A-Jazeera", "Al-Quds", "Al-Magharibah" dan beberapa tv yang lain. Liputan tv ini secara langsung setiap hari di Raba'ah menyebabkan kerajaan kudeta hari ini kurang berpuas hati yang menyebabkan nama dataran Raba'ah kini dikenali dunia. 

Umat Islam di Raba'ah kemudian sujud syukur selepas beredar pasukan polis ini. Gagalnya misi untuk gempur Raba'ah.

Credit to Ustaz @[100003570231650:2048:Abdul Malik II]
Mereka ini antara "pasukan sukarelawan" yang berkawal di setiap pintu masuk ke Raba'ah..walaupun hanya memakai topi keselamatan dan memegang kayu tetapi mereka tetap teguh di tempat masing-masing walau apa jua keadaan sekalipun.

Pagi ini, sewaktu umat Islam di dataran Raba'ah sedang solat Subuh, mereka dikejutkan dengan kedatangan sepasukan polis dengan kerjasama tentera cuba menceroboh dataran Raba'ah. Ketika itu, mereka berada di rakaat kedua yang menyebabkan imam, Dr.Jamal Abdul Sattar, timbalan Menteri Wakaf yang mengimami solat terpaksa menamatkan solat dengan segera.

Beberapa buah kereta perisai polis dilihat bergerak dari Jalan Thoiran dan Yusuf 'Abbas. Kemaraan mereka terhenti apabila berpuluh-puluh pemuda mula menjadi benteng barisan hadapan dengan menyerahkan dada masing-masing untuk ditembusi peluru seperti apa yang terjadi kepada teman-teman mereka yang syahid sebelum ini.

Menurut laporan Ikhwanonline seperti yang diceritakan oleh saksi kejadian, ketika ini berlaku pertikaman lidah antara anggota polis dengan tentera yang bertugas lalu menyebabkan mereka terpaksa berundur.

Tidak dapat dipastikan apakah motif pihak keselamatan yang sering menjadikan waktu Subuh sebagai waktu operasi mereka..Tragedi solat Subuh pagi 8 Julai, serangan waktu Sahur di depan Kubur Anwar Sadat pada 27 Julai dan hari ini semuanya bermula pada waktu Subuh.

Percubaan pasukan keselamatan yang tiba di hadapan pintu masuk ke dataran Raba'ah pagi ini mempunyai beberapa matlamat khusus:

1) Menangkap beberapa pimpinan utama yang berada di dalam dataran seperti Dr.Sofwat Hijazi dan Dr.Mohammed Beltaji seperti yang terkandung dalam perintah dari Pejabat Peguam Negara sebelum ini.

2) Menggagalkan liputan beberapa buah televisyen yang menyiarkan "live" dari Raba'ah iaitu "A-Jazeera", "Al-Quds", "Al-Magharibah" dan beberapa tv yang lain. Liputan tv ini secara langsung setiap hari di Raba'ah menyebabkan kerajaan kudeta hari ini kurang berpuas hati yang menyebabkan nama dataran Raba'ah kini dikenali dunia.

Umat Islam di Raba'ah kemudian sujud syukur selepas beredar pasukan polis ini. Gagalnya misi untuk gempur Raba'ah.

Credit to Ustaz Abdul Malik II


Gesa tunjuk perasaan baharu


PENYOKONG Mohammed Mursi duduk di luar Masjid Rabaa al-Adawiya, lokasi mereka mendirikan khemah dan mengadakan perhimpunan setiap hari bagi membantah penyingkiran bekas Presiden itu di Nasr City, Kaherah, kelmarin. - AGENSI
KAHERAH 2 Ogos - Penyokong bekas Presiden Mohamed Mursi, hari ini menggesa agar satu tunjuk perasaan besar-besaran diadakan selepas solat Jumaat, sekali gus menimbulkan kebimbangan tercetusnya sekali lagi pertumpahan darah di negara ini.
Gesaan tunjuk perasaan itu dibuat selepas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry menyifatkan bahawa tindakan tentera Mesir menggulingkan Mursi dibuat atas permintaan berjuta-juta penduduk Mesir.
Jurucakap kumpulan penyokong Mursi, Allaa Mostafa berkata, penunjuk perasaan akan meneruskan demonstrasi secara aman sambil menjanjikan tidak akan berlaku sebarang keganasan.
Penyokong Mursi menolak tawaran Kementerian Dalam Negeri Mesir, semalam untuk 'memberi jalan selamat' sekiranya mereka menghentikan tunjuk perasaan, terutamanya di sekitar Dataran Rabaa al-Adawiya dan Nahda, di Kaherah.
Akhbar Al-Ahram melaporkan, pasukan polis telah menyediakan perancangan untuk mengawal dan menghalang tunjuk perasaan tersebut.
Lebih 250 orang terbunuh sejak Mursi digulingkan pada 3 Julai lalu dalam beberapa siri tunjuk perasaan ganas di seluruh negara.
Sementara itu, wakil Kesatuan Eropah (EU) di Asia Barat, Bernardino Leon yang tiba di Kaherah, semalam dan Menteri Luar Jerman, Guido Westerwelle akan meneruskan usaha damai bagi mencari penyelesaian kepada konflik yang berlaku di negara ini. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130803/lu_02/Gesa-tunjuk-perasaan-baharu#ixzz2b06hUH53
© Utusan Melayu (M) Bhd