Sunday, May 25, 2014

Ramkarpal menang majoriti 37,659 undi


HARAKAHDAILY | .

GERORGE TOWN: Ramkarpal Singih, calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor dengan majoriti 37,659 undi.
Beliau memperolehi 41,242 undi manakala tiga lagi calon lain hilang depaosit.
Calon PCM, Datuk Huan Cheng Guan mendapat 3,583 undi sementara dua calon Bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar (799) dan Abu Backer Sidek (225), undi rosak pula 539.
Keputusan itu diumumkan oleh Pengurus Pilihan raya Kecil Parlimen Bukit Gelugor Kapten (B) Anwar Yahaya di Dewan Sri Pinang.
Sebanyak 46,099 pengundi atau 56.04 peratus daripada keseluruhan 82,431 pemilih mengundi di 17 pusat mengundi sebaik sahaja proses pengundian tamat jam 5 petang tadi.

"Sejak bila rampas harta Melayu jadi pejuang Melayu?”


Anwar: Kami tak pernah pun serang Parlimen 
mk - 25 May 2014
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menghadapi sebarang kenyataan yang tidak digemari tidak harus menggunakan keganasan, seperti serangan yang berlaku terhadap pejabat DAP dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.
“Pertahan serangan pada DUN, kalau itu jadi ukuran, berapa kali kita (Pakatan Rakyat) harus serang Parlimen Malaysia kerana sikap dan kenyataan biadab Umno dan menteri? 
“Tetapi kita tidak boleh lakukan begitu,” kata ketua pembangkang, seperti dilaporkan KiniTV.
Mengulas reaksi terhadap Anggota DUN (ADUN) Seri Delima daripada DAP RSN Rayer yang menggelarkan pemimpin Umno celaka, Anwar berkata, Umno sepatutnya membawa usul terhadapnya di Parlimen.
Anwar juga menolak kenyataan yang seoalah-olah mewajarkan protes itu atas alasan Rayer “biadap”.
Katnaya, walau apa pun, kedaulatan undang-undang harus dipertahan dan menteri dalam negeri harus menjamin keselamatan semua pihak.
Katanya, beliau sendiri pernah menerima pelbagai kutukan dan kejian tetapi tidak pernah bertindak ganas.
“Orang maki saya, boleh saya terajang orang Umno (kerana marah)? Tak boleh,” katanya.
Anwar juga tidak nampak kenapa kenyataan Rayer itu dianggap sama seperti menghina orang Melayu.
“Melayu Melayulah, Umno Umnolah. Sejak bila rampas harta Melayu jadi pejuang Melayu?”  soalnya kembali.
Beliau bagaimana enggan mengulas sama ada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin harus meletakkan jawatan ekoran tindakan anggota pergerakan itu.

Junta tentera Thai jamin layanan VIP


  • Askar memaklumkan beberapa larangan ketika rampasan kuasa dilaksanakan.Askar memaklumkan beberapa larangan ketika rampasan kuasa dilaksanakan.

BANGKOK - THAILAND.- Junta tentera Thailand memberi jaminan bahawa mereka yang sekarang ditahan berikutan rampasan kuasa pada Khamis termasuk bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawara, diberi layanan baik walaupun tidak menyatakan di mana dan berapa lama mereka ditahan.
"Bekas perdana menteri diberi layan sebagai VIP. Kami perlu pemahaman yang lebih, kami perlu memberi penjelasan untuk mewujudkan suasana yang positif," kata Kolonel Weerachon Sukondhapatipak kepada pemberita di Majlis Kebangsaan bagi Keamanan dan Ketenteraman (NCPO) di kelab Tentera hari ini.
Timbalan jurucakap NCPO itu berkata mereka yang berada dalam tahanan tentera tidak berkomunikasi dan menambah:"Kami mahu mereka menjadi diri mereka sendiri".   

"Mereka tidak perlu menjawab apa-apa soalan dan berbuat apa-apa selain mempunyai masa untuk relaks dan berfikir mengenai keadaan," kata beliau.
Di bawah undang-undang tentera, seseorang boleh ditahan tanpa tuduhan selama tidak melebih seminggu, dan kebanyakan mereka yang ditahan mempunyai hubungan rapat dengan abang Yingluck iaitu bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra yang kini tinggal dalam buangan.
Junta tentera juga memperkukuhkan cengkaman kuasa dengan membubarkan Senat dan meletakkan kuasa perundangan di bawahnya, menurut pengumuman hari ini.
Sementara itu, protes antirampasan kuasa berlaku sejak semalam dengan laporan menyebut sekurang-kurangnya lima penunjuk perasaan ditahan di bahagian tengah Bangkok, pusat perniagaan malam tadi.
Banyak lagi protes diadakan hari ini bagi membantah rampasan kuasa dan mendesak pilihan raya segera diadakan.
Kolonel Wintai Suwaree, jurucakap NCPO berkata, setakat ini, pihak tentera belum mengambil tindakan undang-undang terhadap penunjuk perasaan antirampasan kuasa kerana mengutamakan kompromi dengan berunding dengan penunjuk perasaan.
Pagi tadi, kira-kira 200 penunjuk perasaan berkumpul untuk membantah rampasan kuasa di hadapan gedung beli-belah di bahagian utara Bangkok, dan pada sebelah tengah hari, mereka berpindah ke monumen Kemenangan.
"Kembalikan kuasa kepada rakyat, kami mahu kebebasan dan pilihan raya, kami tidak mahu rampasan kuasa", teriak mereka.
Junta tentera juga membenarkan saluran televisyen menyiarkan semula rancangan biasa kecuali bagi saluran berita antarabangsa seperti CNN yang terus dikenakan sekatan.
Rampasan kuasa itu sudah tentu memberi kesan kepada ekonomi Thailand terutama sektor pelancongan yang menyasarkan untuk menarik 27 juta pelancong tahun ini.
Perintah berkurang dari pukul 10 malam hingga 5 pagi yang dikenakan di Bangkok telahpun menjejaskan aktiviti malam di ibu negara itu.
Bagaimanapun, beribu-ribu pesawah berasa lega kerana Panglima Tentera Jen Prayuth Chan-ocha mengumumkan bahawa dana telah disediakan untuk membuat pembayaran kepada mereka dan yakin pembayaran boleh dibuat dalam masa 20 hari. - Bernama

Tentera tahan Yingluck


  • Pasukan keselamatan menghalang protes dari memasuki ibu negara Bangkok, semalam.Pasukan keselamatan menghalang protes dari memasuki ibu negara Bangkok, semalam.

BANGKOK - THAILAND. Bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra dan beberapa ahli keluarganya ditahan tujuh hari, menurut jurucakap tentera, semalam.

Kolonel Winthai Suvaree memaklumkan, tempoh tahanan itu mungkin dilanjutkan bergantung kepada penglibatan mereka dalam krisis politik di negara itu.

Bagaimanapun, junta tentera enggan mendedahkan lokasi tahanan ditempatkan.

"Kesemua mereka ditahan mengikut undang-undang tentera dan berada dalam keadaan baik," katanya kepada AFP.

Difahamkan, tentera juga tidak memberi butiran sama ada kesemua tahanan akan didakwa sepanjang tempoh tersebut.

Sehingga kini, media gagal mendapat pengesahan sama ada rampasan kuasa itu mendapat perkenan Raja Bhumibol Adulyadej.

Kelmarin, Yingluck bersama pemimpin parti Puea Thai dan kerajaan sementara dipanggil untuk berbincang mengenai konflik yang sedang melanda negara itu selepas tentera merampas kuasa, Khamis lalu.

Dalam perkembangan lain, pasukan keselamatan bertindak menghalang protes disertai kira-kira 50 penunjuk perasaan di kawasan kejiranan di utara ibu negara.

"Kami bukan penyokong Baju Merah. Kami hanya mahu kerajaan demokrasi dan bukan yang dipimpin junta tentera seperti pada masa ini," kata seorang penunjuk perasaan.

Halangan hudud akan berakhir


  • Nik Abdul AzizNik Abdul Aziz

KOTA BHARU - Muryidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin halangan terhadap pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan akan berakhir sedikit demi sedikit tidak lama lagi.

Menurutnya, apabila ikhtiar manusia terhadap sesuatu perkara itu sampai pada kemuncak, ALLAH SWT akan memberikan jalan keluar untuk mendapatkan penyelesaian.

“Masalah hudud masalah terakhir, tak ada dah (selepas ini), hudud tetap berjalan tanpa ada halangan, Nabi Muhammad hidup tak ada perkara yang jadi halangan, ada sahaja jalan penyelesaian,” katanya ketika berucap sempena penutup Seminar Pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan di Pusat Tarbiah Islamiyah Kelantan di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Nik Abdul Aziz berkata, situasi semasa jelas menggambarkan halangan dihadapi Pas Kelantan dalam usaha melaksanakan hudud berjaya diselesaikan walaupun tidak secara menyeluruh.

“Sekarang ramai dalam kalangan masyarakat Cina minat mengetahui hudud. Jika Umno tak mahu tak apa, tak boleh buat apa, halangan dari kanan, cari jalan ke kiri, sebaliknya,” katanya.

kaki pancing

Pengemis 100 tahun dirai

Pengemis 100 tahun dirai
DOBRI Dobrev mengemis di luar sebuah gereja di tengah Sofia, 
Bulgaria. Sofia: Seorang pengemis berusia 100 tahun yang sentiasa berpakaian lusuh, diraikan sebagai insan suci di Bulgaria, simbol kebaikan di negara yang dilanda kemiskinan dan rasuah itu.

Selama 20 tahun, Dobri Dobrev mengemis di jalan raya di Sofia, mengumpulkan beribu-ribu euro dan menyerahkan semua wang yang diperoleh kepada Gereja Ortodok Bulgaria.Ia menjadikan beliau sebagai penderma persendirian terbesar gereja kubah emas Alexander Nevski tetapi masih mengekalkangaya hidup serba kekurangan.


Tidak kedekut

“Ambillah sedikit roti, ia diberikan Tuhan!” kata orang tua berjanggut putih itu, menawarkan orang ramai dengan roti yang diberikan kepadanya ketika penderma memberikan duit syiling dalam cawan plastik dan tunduk untuk mencium tangannya. 

OKU jadi jutawan sekelip mata

OKU jadi jutawan sekelip mata
VINOD bersama bintang terkenal Bollywood, Salman Khan dalam program India’s Got Talent, musim kedua pada 2010. 
New Delhi: Vinod Thakur, jejaka kelainan upaya (OKU) yang masyhur dan menjadi jutawan sekelip mata selepas menyertai program realiti televisyen India, berkata tarian membantunya bertemu cinta, kekayaan dan kebahagiaan.

Pertama kali kelibatnya di pentas, dia dilihat duduk bersilang kaki di atas lantai, beberapa saat kemudian, dengan menggunakan dua lengannya yang kuat dia berdiri di atas tangannya. Baharulah penonton menyedari, penari berusia 23 tahun ini rupanya tidak mempunyai kaki. “Saya masih tak percaya kehidupan saya kini,” kata warga Delhi itu selepas persembahan mengagumkan di ibu negara India. “Memang gila. Tak lama dulu, nak simpan Rs1,000 (RM18) pun susah. Sekarang saya seorang jutawan.” katanya yang kini memiliki rumah dua tingkat, berkahwin dengan cinta sejati, Raksha Rathore, 19, dan merantau ke seluruh dunia. 

Telefon bimbit empat Adun DAP digodam


  • Chong Eng, Boon Poh, Rayer (kiri, hadapan) menunjukkan SMS berbaur perkauman disebarkan menggunakan nombor telefon bimbit mereka
Chong Eng, Boon Poh, Rayer (kiri, hadapan) menunjukkan SMS berbaur perkauman disebarkan menggunakan nombor telefon bimbit mereka

GEORGETOWN - Telefon bimbit empat Adun DAP digodam untuk menyebarkan SMS berbaur perkauman.

Ia membabitkan Adun Perai dan juga Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy, Adun Sungai Puyu, Phee Boon Poh,  Adun Padang Lalang, Chong Eng dan Adun Seri Delima, RSN Rayer.

Berikutan itu, mereka membuat laporan polis hari ini.

Ramasamy dalam laporan polis pagi semalam berkata, nombor telefonnya digunakan untuk menghantar SMS berbunyi 'Ingat pengundi Sg Gelugor/Kg Melayu gerai kamu akan dirobohkan selepas PRK!!!'.

Boon Poh yang membuat laporan dua hari lalu, mendakwa nombor telefonnya itu menghantar SMS berbunyi 'MCA dan (dah) menyerah kalah, Gerakan Pulau Pinang bila lagi? Lepas ini kita akan jadikan P.Pinang sebagai Singapore,'.

Rayer membuat laporan pada malam semalam manakala Chong Eng pagi tadi.

Ramasamy dan Chong Eng membuat laporan di Balai Polis Bukit Mertajam manakala Boon Poh di Balai Polis Lebuh Pantai dan Rayer di Balai Polis Jelutong.

Hadi: Tak tahu hudud, jangan cakap


  • Hadi AwangHadi Awang

KOTA BHARU - Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan supaya mana-mana pihak yang tidak mengetahui tentang hukum hudud supaya berhenti bercakap mengenainya kerana ia boleh menjejas orang lain yang sememangnya tidak memahami undang-undang Islam itu.

Beliau berkata mereka perlu sama sekali berhenti bercakap soal hukum itu kerana bimbang ia boleh mencelarukan lagi keadaan sedia ada.

"Ini bukan sahaja menimbukan kekeliruan malah ia merosakkan... Kalau tak tahu jangan cakap sepatutnya... Saya tak tuju kepada sesiapa.

 "Mereka cakap pasal hukum hudud dan tak tahu apa... pada hal hukum hudud merupakan salah satu dari undang-undang jenayah," katanya kepada pemberita selepas Seminar Pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini, hari ini.

 Turut hadir Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

  Semalam, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata umat Islam perlu berhati-hati mengeluarkan pendapat mengenai hudud kerana dikhuatiri jika tersilap lafaz ia boleh menjejaskan akidah dan syahadah mereka. 

 Pada 11 Mei Pas telah membuat pusingan-U apabila mengambil keputusan menangguhkan rancangan mereka untuk membentangkan rang undang-undang itu dalam sidang Dewan Rakyat.
  
Pas juga telah bersetuju dengan cadangan penubuhan satu jawatankuasa teknikal antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri Kelantan untuk meneliti semula pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 Kelantan.

 Selain itu, Abdul Hadi berkata Pas akan mengadakan sesi dialog bagi memberikan penerangan mengenai pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di negeri Kelantan itu.

 "Pas akan anjur dialog...sebenarnya dulu dah ada dialog dan kami bertanggungjawab memberikan penerangan supaya mereka faham mengenai hukum hudud ini," katanya. - Bernama

Dyana: Politik samseng tiada tempat di Malaysia


  • Dyana Sofya - Foto Sinar Harian oleh YUSRIZAL YUSOFFDyana Sofya - Foto Sinar Harian oleh YUSRIZAL YUSOFF

TELUK INTAN - Calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, 27, menegaskan bahawa amalan politik samseng seharusnya ditolak oleh semua rakyat Malaysia.

Jelas Dyana Sofya, ini kerana  amalan politik samseng tidak mencerminkan kematangan dalam berpolitik.

"Saya beberapa kali di kacau oleh samseng politik ketika berkempen.

"Ada yang guna motor untuk kacau kempen saya,ada yang pasang muzik kuat-kuat ketika saya sampaikan ceramah.

"Entahlah saya pun tidak tahu, benci sangat mereka dengan saya, tetapi bagi saya janganlah guna taktik samseng dalam berpolitik.

"Oleh itu, satu sahaja pesanan saya, amalan politik samseng tiada tempat di Malaysia, kerana rakyat akan melihat dan menilai, kalau mengamalkan budaya samseng, kelak rakyat tolak kamu," katanya ketika menyampaikan ceramah di Padang Anson semalam.

Sementara menggulas mengenai tawaran Menteri Multimedia dan Komunikasi Datuk Shabery Chik kepada penduduk Teluk Intan sekiranya memilih calon BN Datuk Mah Siew Keong penduduk akan menikmati kemudahan Wifi, Dyana berkata itu sememangnya menjadi tanggunjawab menteri tersebut.

"Undi Gerakan dapat Wifi, tidak kisah Wifi itu memang kerja kamu, itu hak rakyat," katanya.

PRK Parlimen Teluk Intan yang akan berlangsung pada 31 Mei ini bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Dyana dengan calon BN Mah.

Ianya  diadakan berikutan wakil rakyatnya dariDAP Seah Leong Peng, 48, meninggal dunia akibat kanser di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), 1 Mei lepas.

Saintis dakwa 'ping' bukan dari MH370


AFP
SEORANG anggota tentera, Matthew Tranter-EDwards melutut di depan Bluefin-21 di atas kapal Ocean Shield di dermaga Pangkalan Armada Barat, Perth pada 5 Mei lalu.


SYDNEY - Beberapa saintis dasar laut menyatakan empat isyarat berdesing atau 'ping' yang dikesan menerusi peralatan pinger milik tentera Amerika Syarikat (AS) bukan datang dari kotak hitam sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang di selatan Lautan Hindi, lapor akhbar The Courier Mail semalam.
Menurut para saintis itu, signal yang dikesan itu juga mengandungi frekuensi yang silap dan ia datang dari sumber buatan manusia yang sebelum ini tidak dapat dikesan di dalam lautan tersebut.
"Sejurus selepas menyaksikan perbezaan jarak empat 'ping' dan frekuensi tersebut, saya mengetahui ia bukan milik pesawat itu," kata salah seorang saintis tersebut.
Menurut saintis tersebut, pengakuan mereka itu disokong dengan kegagalan kenderaan dalam laut autonomi yang dikenali sebagai Bluefin-21 menemui sebarang serpihan pesawat berkenaan.
Peralatan Bluefin-21 itu boleh menyelam pada kedalaman sehingga 4,500 meter dan diletakkan di atas kapal Ocean Shield milik Australia.
Ia akan digantikan dengan sebuah kenderaan dalam air yang baharu apabila kapal tersebut kembali ke Perth, Australia pada minggu depan.
Para saintis itu juga menyatakan, 'ping' yang berfrekuensi 33.3 kilohertz yang dikesan itu amat berbeza dengan gelombang 37.5 kilohertz yang dikeluarkan kotak hitam tersebut.
Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing, China pada 8 Mac lalu.
Ketika hilang, pesawat tersebut sepatutnya menghubungi sebuah menara kawalan trafik udara di bandar Ho Chi Minh, Vietnam.
Pesawat itu dilaporkan berpatah balik ke utara Semenanjung Malaysia dan berdasarkan data satelit, kerajaan Malaysia merumuskan, ia hilang di selatan Lautan Hindi.
Kerja-kerja mencari pesawat itu yang melibatkan kapal China dan Australia kemudian dilakukan di selatan Lautan Hindi. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0525&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz32g30L8IP 
Hakcipta terpelihara 

AS gantung bantuan ketenteraan Thailand


WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) kelmarin menggantung bantuan ketenteraan kepada Thailand yang bernilai AS$3.5 juta (RM11.24 juta).
Tindakan itu dilakukan selepas pihak tentera melakukan rampasan kuasa dengan menggulingkan Perdana Menteri sementara, Niwattumrong Boonsongpaisan.
Jurucakap Jabatan Negara AS, Marie Harf berkata, Washington turut mengkaji semula bantuan lain kepada Thailand.
"Kami telah pun menggantung kira-kira AS$3.5 juta dalam bentuk dana dan latihan kepada tentera Thai," katanya kepada pemberita.
Harf juga berkata, pihaknya sedang mengkaji peruntukan untuk badan-badan antarabangsa termasuk pakatan ASEAN yang disertai Thailand bagi mengetahui jumlah wang yang disalurkan ke negara itu.
Menurutnya, AS mendesak pemulihan pemerintahan awam dilakukan dengan segera di Thailand. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0525&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz32g1vqtSL 
Hakcipta terpelihara 

Junta tentera Thai bubarkan Senat



SEJUMLAH penunjuk perasaan yang menentang rampasan kuasa berarak ketika anggota-anggota polis dan askar membuat sekatan di sebatang jalan raya di Bangkok semalam.


BANGKOK - Junta tentera Thailand semalam mengharamkan Dewan Senat menyebabkan kuasa untuk membuat semua undang-undang kini terletak pada tangan jeneral-jeneral tentera.
"Dewan Senat dibubarkan. Tanggungjawab untuk membuat sebarang undang-undang yang memerlukan kelulusan Parlimen dan Dewan Senat akan dibuat oleh pemimpin tentera," kata satu pengumuman di televisyen.
Dewan Senat mempunyai 150 anggota dengan separuh daripadanya dipilih pengundi menerusi pilihan raya.
Pengumuman tentang pembubaran itu dibuat Jurucakap Majlis Mengekalkan Keamanan dan Ketenteraman Awam Negara (NPOMC), Kolonel Winthai Suwaree.
Pembubaran itu sekali gus menamatkan spekulasi bahawa dewan tersebut akan memilih Perdana Menteri baharu.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Prayuth Chan-ocha yang mengisytiharkan rampasan kuasa pada Khamis lalu kini memegang jawatan Pemangku Perdana Menteri.
Sejak memegang jawatan itu, Prayuth telah memanggil 190 ahli politik dan akademik untuk melaporkan diri kepada pihak berkuasa.
Antara yang menyerah diri adalah bekas Perdana Menteri sementara, Niwattumrong Boonsongpaisan yang disingkirkan menerusi rampasan kuasa.
Niwattumrong sebelum ini menjadi Perdana Menteri menggantikan Yingluck Shinawatra yang disingkirkan menerusi Mahkamah Perlembagaan selepas beliau didapati bersalah menukarkan seorang pegawai tinggi kerajaan.
Yingluck merupakan adik kepada bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra yang digulingkan tentera pada tahun 2006.
Turut berada dalam senarai 190 orang yang ditahan itu ialah ketua penunjuk perasaan, Suthep Thaugsuban yang mengetuai tunjuk perasaan antikerajaan selama tujuh bulan di Bangkok.
Yingluck turut ditahan selama seminggu di sebuah pangkalan tentera sejak Jumaat lalu.
Menurut Penolong Jurucakap Tentera Thailand, Kolonel Weerachon Sukondhapatipak, semua pemimpin dilayan dengan baik dan mereka ditahan supaya satu kompromi politik dapat dicapai.
"Ia merupakan satu usaha untuk setiap orang yang terlibat dalam konflik itu bertenang dan mempunyai masa untuk berfikir (mencapai kompromi politik," katanya. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0525&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz32g0Rk3Hl 
Hakcipta terpelihara 

Lima beradik tidak akan dipisahkan


Anak-anak Allahyarham Mohd. Jefri Mohd. Zain dan Noorsalawati Ibrahim dari kiri, Fatin Adlina, Norsyamini, Nur Auni Safia, Mohd. Aidil dan Mohd. Haikal di Kampung Rahmat, Changkat Sulaiman, Sungkai, Perak, semalam. - MINGGUAN/HANAFI KHAMIS
TANJUNG MALIM 24 Mei - Wajah sayu lima beradik yang kematian ibu bapa mereka dalam nahas ngeri di ibu negara semalam cukup meruntun hati sesiapa sahaja yang menyaksikannya.
Mungkin anak bongsu pasangan itu yang baru berusia tiga tahun, Nur Auni Safia tidak mengerti apa-apa namun kakak dan abangnya sudah faham bahawa mereka kini tiada lagi tempat bermanja dan kasih sayang.
Ahli keluarga dan saudara mara terdekat yang mengunjungi rumah keluarga pasangan itu, Allahyarham Jefri Mohd. Zain, 46, dan Noorsalawati Ibrahim, 40, di Kampung Rahmat, Changkat Sulaiman, Sungkai dekat sini hari ini tidak dapat menahan sebak setiap kali menatap wajah kelima-lima anak mereka yang bergelar yatim piatu dalam sekelip mata.
Bagi memastikan hubungan lima beradik itu tidak terputus, ahli keluarga mangsa yang kini menjadi waris kanak-kanak itu bertekad untuk tidak memisahkan kesemua mereka.
Waris Allahyarham menyifatkan, walau apa cara sekali pun, mereka akan menjaga adik beradik berkenaan supaya dapat membesar bersama-sama.
Zainah Mohd. Zain, 44, adik kepada Allahyarham Jefri berkata, dia tidak rela melihat anak-anak arwah abangnya dipisahkan seperti dihantar ke rumah anak yatim atau rumah kebajikan.
Katanya, mereka akan berbincang untuk menentukan siapa yang akan menjaga adik-beradik itu, juga sama ada terus tinggal di Cheras atau berpindah ke kampung asal keluarga mereka di Sungkai.
"Buat masa ini kami belum membuat keputusan siapa yang akan menjaga mereka. Selepas selesai majlis kenduri dan tahlil arwah abang saya, baru kami akan berbincang mengenainya.
"Kami juga perlu berbincang dengan keluarga arwah kakak ipar saya yang tinggal di Tanjung Malim. Mungkin kelima-lima mereka akan terus menetap di Cheras kerana arwah bapa mereka sudah pun memiliki rumah di sana, lagipun mereka bersekolah di sana," katanya ketika ditemui di Kampung Rahmat hari ini.
Allahyarham Jefri, seorang juruteknik syarikat swasta bersama Noorsalawati maut setelah digilis sebuah lori yang membawa muatan pasir dalam nahas ngeri di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur semalam.
Selain Nur Auni Safia, pasangan suami isteri itu meninggalkan empat lagi anak iaitu Mohd. Haikal, 16; Fatin Adlina, 14; Mohd. Aidil, 10, dan Norshamini, 4.
Jenazah pasangan suami isteri itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rahmat selepas solat Isyak semalam.
Zainah memberitahu, arwah abangnya adalah anak sulung daripada tujuh beradik dan merupakan seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga dan adik beradiknya.
Menurutnya, hubungan arwah abangnya yang mesra dengan panggilan 'Yob' dengan adik-beradik begitu erat apatah lagi rumah mereka di Cheras terletak berdekatan.
"Hubungan saya dengan anak-anak arwah abang saya juga begitu erat. Saya tidak tergamak untuk memisahkan mereka. Mereka begitu rapat terutama Norshamini dan Nor Auni Safia yang tidak boleh berenggang.
"Selepas ketiadaan abang sulung kami, saya sebagai anak yang paling tua daripada enam beradik yang masih tinggal akan menjadi pengganti kepada arwah dalam urusan keluarga kami," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140525/dn_03/Lima-beradik-tidak-akan-dipisahkan#ixzz32fzgfUVq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pertempuran berterusan di timur Ukraine


Mayat seorang pengawal keselamatan kebangsaan Ukraine terbaring di jalan raya selepas dia terbunuh dalam pertempuran dengan kumpulan pemisah pro-Rusia di Kampung Karlivka, Donetsk, timur Ukraine, kelmarin . - AP
KIEV 24 Mei - Kumpulan pemisah pro-Rusia dan militia Ukraine bertempur di timur negara ini, semalam menyebabkan tujuh orang terbunuh, sekali gus meningkatkan lagi ketegangan menjelang pilihan raya Presiden Ukraine, esok.
Pemimpin Barat pro-Ukraine berharap pilihan raya tersebut akan memulihkan keamanan di tanah bekas Kesatuan Soviet itu yang terjejas akibat bantahan yang menggulingkan bekas Presiden, Viktor Yanukovich, selain aktiviti pemisah pro-Rusia yang menawan Crime dan beberapa lagi wilayah di timur negara ini.
Pihak berkuasa Ukraine, sebelum ini berjanji untuk menggantung operasi antipemisah pada hari pengundian, tetapi pertempuran yang berlaku di pusat pemeriksaan di bandar Donetsk semalam, menunjukkan keganasan mungkin berlanjutan dan boleh menjejaskan proses pilihan raya.
Keganasan terbaharu itu berlaku sehari selepas 18 askar Ukraine terbunuh dalam pertempuran di Volnovakha, apabila kumpulan pemisah menyerang secara mengejut sebuah pos kawalan tentera.
Sementara itu, Presiden Rusia, Vladimir Putin memberi jaminan akan menghormati keputusan pilihan raya Presiden Ukraine yang berlangsung esok, tetapi memberi amaran bahawa Ukraine boleh terjerumus dalam perang saudara ekoran keganasan yang dicetuskan oleh kumpulan pemisah.
Putin turut meredakan ketegangan apabila mengarahkan kira-kira 40,000 tentera Rusia di sepanjang sempadan Ukraine berundur dari situ.
"Moscow memahami kehendak rakyat Ukraine yang mahu melihat krisis di negara mereka berakhir dan saya memberi jaminan pilihan mereka akan dihormati.
"Saya bekerjasama dengan kerajaan Ukraine dan akan melakukan perkara yang sama dengan kerajaan baharu yang bakal dilantik," katanya. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140525/lu_03/Pertempuran-berterusan-di-timur-Ukraine#ixzz32fvHT4wZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Nasib Yingluck tidak diketahui


Penduduk yang menganjurkan bantahan anti-rampasan kuasa mempamerkan kad yang menyatakan bantahan mereka semasa mengadakan tunjuk perasaan di pinggir Bangkok, kelmarin. - AFP
BANGKOK 24 Mei - Nasib bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra dan berpuluh-puluh pemimpin kerajaan serta politik masih menjadi teka-teki, sejak mereka ditahan oleh pihak tentera, semalam selepas mereka menghadap kerajaan junta, ketika 21 orang penunjuk perasaan ditahan kerana merancang mengadakan bantahan antirampasan kuasa.
Sumber Parti Pheu Thai mengesahkan Yingluck bersama-sama berpuluh-puluh pemimpin kerajaan dan ketua-ketua parti, aktivis dan kumpulan-kumpulan lain ditahan di sebuah kemudahan tentera.
Bagaimanapun sumber berkenaan tidak pasti lokasi Yingluck ditahan kerana pihak tentera merampas telefon bimbit beliau dan pembantunya.
Jurucakap tentera Thailand, Kolonel Winthai Suvaree berkata, pemimpin-pemimpin kerajaan yang disingkirkan dan beberapa ahli politik mungkin ditahan selama seminggu.
"Tempoh mereka ditahan bergantung sejauh mana penglibatan mereka dalam krisis politik di negara ini," katanya.
Kenyataan beliau itu sekali gus mencetuskan persoalan sama ada semua individu yang ditahan itu akan disiasat oleh pihak tentera.
Sementara itu, timbalan jurucakap tentera, Kolonel Weerachon Sukondhapatipak berkata, tindakan menahan Yingluck, anggota Kabinet dan ketua penunjuk perasaan antikerajaan bertujuan untuk memberi masa kepada mereka untuk berfikir.
Namun, Sukondhapatipak tidak menjelaskan lebih lanjut tentang maksud sebenar di sebalik kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, seramai 21 orang ditahan oleh pihak tentera di timur laut Thailand selepas merancang mengadakan tunjuk perasaan antirampasan kuasa.
Menurut kenyataan tentera, kira-kira 200 askar menyerbu sebuah pangsapuri di Khon Kaen, 350 kilometer di timur laut Bangkok, sebelum menahan kesemua suspek yang mengakui bertindak demikian atas arahan pemimpin Barisan Hadapan Demokrasi Menentang Pemerintahan Diktator atau Kumpulan Baju Merah.
Turut dirampas dua bom tangan dan dua silinder gas. - Agensi/AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140525/lu_01/Nasib-Yingluck-tidak-diketahui#ixzz32fuV7Bkv
© Utusan Melayu (M) Bhd