Monday, June 18, 2012

Air ngan garam pun takut ha.ha.ha.

TERBARU!!! Bekas Timbalan Menteri Pelajaran sertai PAS

PASPB: TERBARU!!! Bekas Timbalan Menteri Pelajaran sertai PAS:

TERBARU!!! Bekas Timbalan Menteri Pelajaran sertai PAS

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhBIDuDQ6plxPIqbiJOTYIUT9cM7ZCBCvBKXxZ9wc3UE300RB-rSsTqevUeY0SWvSndFfnjrd1Zw2pxXK93SSfcZ8KplsoA09nHwNshK4N4tN3mr-vUS_1OrU4jv5pgImF2yCUnHOB3QLMe/s320/salleh+jafaruddin.jpegKUALA LUMPUR, 18 Jun: Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Salleh Jafaruddin secara rasmi menyertai PAS hari ini.

Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Presiden sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut sambil disaksikan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid.
 

Salleh berkata, beliau menyertai PAS atas pilihan sendiri dan yakin dengan petunjuk Allah selepas melakukan solat istikharah.
 

"Selepas bermesyuarat dengan ahli Parlimen PAS bulan lepas, saya terus berfikir, istikharah minta petunjuk dari Allah.
 

"Kalau PAS ini baik untuk saya, baik untuk perjuangan keluarga, agama dan negara saya minta Allah tunjukkan.
 

"Mungkin hidayah atau petunjuk yang diilhami daripada istikharah itulah yang membuatkan saya buat keputusan untuk masuk PAS," kata beliau ketika ditemui selepas itu.
 

Salleh, 68 pernah menjadi Adun dan ahli Parlimen Sarawak dan pernah bertanding sebagai calon Bebas menentang Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di kerusi DUN Balingian pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, tahun lalu.
 

Salleh yang berketurunan Melanau dari Oya, merupakan dua pupu Taib.
 

Beliau merupakan anak emas Tun Rahman Yaakob ketika menjadi ketua menteri dan gabenor dalam tahun 70-an dan 80-an itu, turut bersama Rahman dalam insiden Ming Court 1987 untuk menjatuhkan Taib.
 

Kini, Salleh giat melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah secara persendirian di Sarawak dan membuka beberapa sekolah tahfiz.
 

"Saya ada aktiviti dakwah untuk menyebarkan syiar Islam secara persendirian di Sarawak sebab kedudukan saya sebagai pembangkang, sukar saya nak mendapatkan laluan ataupun kemudahan daripada kerajaan.
 

"Bahkan saya nak mengadakan sekolah tahfiz 19 tahun lalu guru-guru agama datang dari Indonesia saya terpaksa hantar ke Sabah," katanya.
 

Tambahnya lagi, selepas mengenali PAS dengan lebih dekat, beliau yakin dengan perjuangan PAS membawa Islam.
 

Penyertaan beliau ke dalam PAS menambahkan lagi bilangan tokoh-tokoh pentadbir dan teknokrat yang bersama-sama dalam perjuangan Islam.

Polis serbu pejabat khidmat DUN dan parlimen Nizar berkaitan isu WWW1

 Angota polis menyemak PC di pejabat ADUN Pasir Panjang

Hari ini sekumpulan anggota polis dari kontinjen Johor telah membawa waran geledah keatas Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pasir Panjang, Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang ,Pejabat Pas Perak serta kediaman rumah Dato Sri Nizar yang diketuai oleh ASP Tan Yang Siong dari IPD Johor Baharu bersama dengan Inspektor Fazurah dari bahagian Forensik Komputer. kesemua komputer di perjabat tersebut diambil untuk siasatan kes .
Menurut sumber laporan , serbuan ini adalah disebab satu laporan yang dibuat oleh UMNO Bahagian Pulai mengenai isu nombor plate kereta WWW 1..
Satu persoalan yang bermain difikiran penulis kalau benar dengan alasan aduan dari pihak Umno membawa kepada waran ini amatlah malangnya senario politik Malaysia  sekarang ini. Kenapa  bergitu banyak laporan dari Pemuda Pas mengenai kebiadapan akhbar kosmo yang mempersenda harga nombor WWW1 tetapi hingga kini tiada susulan dari pihak berwajib keatas report ini.
Kalau bergini senarionya hanya dengan kertas undi yang akan memberi ruang keadilan kepada semua ,ayuh semua dengan keazaman kita tumbangkan Umno /Bn pada Pru 13 nanti

Surat waran geledah..

Pergawai Polis menunjuk surat waran
 



jangan lupa juga kepada saudara kita di Myanmar

Disamping kita mengingati dan membantu rakyat Syria yang ditindas sekarang, jangan lupa juga kepada saudara kita di Myanmar. Terbaru, mereka juga ditindas dan dibunuh oleh puak Buddha dan juga pemerintah kerana umat Islam Rohingya merupakan minoriti di sana.

Oleh yang demikian, admin menerima maklumat bahawa pihak NGO MAPIM akan mengetuai penyerahan Memorandum Badan Bertindak Rakyat Malaysia Selamatkan Umat Islam Rohingya di kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur pada 15 hb Jun 2012 selepas solat Jumaat (esok). Acara akan bermula dengan perarakan dari Masjid Tabung Haji Kuala Lumpur.

MAPIM juga akan bersama komuniti Rohingya di Malaysia untuk mengadakan majlis Solat Hajat di Masjid Negara Kuala Lumpur pada 17 hb Jun 2012 selepas solat zohor. Semua masyarakat Islam dijemput untuk solat zohor di Masjid Negara pada hari itu .

Penderitaan etnik Rohingya yang diiktiraf oleh PBB sebagai antara etnik yang paling tertindas di dunia amat memerlukan sokongan dan pembelaan dari seluruh umat Islam di seluruh dunia .

Sesungguhnya muslim itu bersaudara, ayuh nyatakan solidariti kita kepada mereka semua. Disamping kita doakan kejayaan rakyat Syria, jangan lupakan juga mereka di dalam doa kita semua.

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti page ini : https://www.facebook.com/KamiBersamaUmatIslamRohigya?ref=tck

Persatuan Mahasiswi Kuliah Syariah Universiti Dimasyq mengutuk penyembelihan yang berlaku di Haulah dan juga siri-siri kezaliman yang berlaku di Syria.

Persatuan Mahasiswi Kuliah Syariah Universiti Dimasyq mengutuk penyembelihan yang berlaku di Haulah dan juga siri-siri kezaliman yang berlaku di Syria.

Mereka menyatakan bahawa akan sentiasa bersama-sama dengan kebangkitan rakyat Syria sehingga ketitisan darah terakhir. Mereka juga mempersoalkan tindakan para pemimpin dan ulama Islam yang masih diam membisu melihat saudara mereka dibunuh tanpa hak.

Mereka juga menyatakan keyakinan mereka bahawa bibik kemenangan semakin hampir. Seungguhnya Allah pasti bersama orang-orang yang mempertahankan agama-Nya dan menghinakan golongan yang zalim (rejim Basyar).

Dalam ucapan wakil mereka memuji dan mendoakan Tentera Bebas Syria yang kini masih tetap berjuang memelihara kami (rakyat Syria) walaupun dalam keadaan serba kekurangan. Teruskan berjuang, sesungguhnya kami sentiasa berada dibelakang kamu (Tentera Bebas Syria).

Diakhir ucapan, mereka melaungkan ucapan "kami menyahut seruan-Mu ya Allah" dan "Kami tiada yang lain melainkan-Mu ya Allah"

Pautan video penuh : http://www.youtube.com/watch?v=Ga7EaiDWTMU

cuba renungi tulisan ringkas ini

Kepada yang berpendapat sedemikian, cuba renungi tulisan ringkas ini :

1) Tentera Bebas Syria mendapat bantuan daripada US/Barat.

Ulasan : Sebenarnya semenjak awal kebangkitan, kenyataan rasmi TBS menyatakan bahawa mereka tidak mendapat bantuan ketenteraan daripada mana-mana kuasa. Bahkan mereka juga tidak mahu menerima bantuan tentera daripada mana-mana kuasa terutamanya Barat.

Akan tetapi mereka menerima banyak bantuan secara persendirian daripada mujahidin luar yang masuk ke Syria melalui sempadan Turki-Syria. Dan senjata yang mereka perolehi adalah hasil rampasan senjata tentera rejim dan diperolehi daripada tentera-tentera Syria yang berpaling tadah.

2) Negara Malaysia masih aman dan tidak menerima nasib seperti di Syria.

Ulasan : Ya, perlu untuk bersyukur negara Malaysia tidak menerima nasib seperti Syria. Jangan dilupa bahawa umat Islam di Malaysia walaupun tidak diserang dengan senjata, akan tetapi kita diserang dengan serangan pemikiran dan hiburan yang akhirnya akan membunuh cakna dan prihatin terhadap nasib saudara se-Islam. 

Muda-mudi pula dibiarkan rosak dan jika demikian negara kita tidak akan aman dari azab Allah. Jangan pernah rasa selesa.

3) Apa yang berlaku di Syria adalah peperangan saudara.

Ulasan : Pemerintah rejim Basyar adalah penganut Syiah Nusairi yang merupakan minoriti di Syria. Ijma' Ulama' Sunni telah megeluarkan fatwa bahawa mereka telah terkeluar daripada ahlul kiblat (keluar Islam). 

Hal ini kerana, amalan dan aqidah mereka terkeluar daripada Ahlul Sunnah wal Jamaah dan mereka menggangap Sunni sebagai golongan Nasibi (halal darah untuk dibunuh).

Oleh kerana itulah, rejim Basyar dibantu oleh Syiah yang lain seperti Iran, Hizbul Lat, Tentera Mehdi Iraq dan beberapa kuasa lagi untuk berhadapan dengan Sunni di Syria.


Nota : Apa lagi perkara yang masih tidak jelas dan terbuku di dalam hati anda semua berkenaan apa yang berlaku di Syria?

[Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria]

Basyar Asad telah memberi amaran yang keras kepada rakyat Syria terutamanya Tentera Bebas Syria agar meletakkan senjata dan menyerah diri.

Islammemo.cc melaporkan bahawa Basyar Asad telah memberi amaran yang keras kepada rakyat Syria terutamanya Tentera Bebas Syria agar meletakkan senjata dan menyerah diri.

Basyar dalam nada yang tegas memberi tempoh sehingga 24 jam kepada rakyat agar menyerah diri ataupun mereka akan bertindak dengan lebih agresif.

Sumber menyebut, tindakan yang diambil oleh Basyar tersebut adalah kerana kini semakin ramai bantuan mujahidin dari luar Syria yang menyelinap masuk ke Syria untuk membantu Tentera Bebas Syria. 

Dan terbaru ada ura-ura laporan menyebut bahawa Jordan dan Turki sedang melakukan persiapan ketenteraan untuk memasuki Syria membantu kebangkitan rakyat. Walaupun berita itu masih belum disahihkan, tetapi ia jelas merungsingkan Basyar.

Teruskan doa kita semua agar Allah memberi kemenangan kepada rakyat Syria dan menggagalkan segala perancangan jahat rejim Basyar dan sekutunya.

PENJELASAN

PENJELASAN 

Kami menerima pelbagai persoalan daripada rakyat Malaysia yang prihatin terhadap isu yang berlaku di Syria tentang satu artikel yang disiarkan di dalam Malaysiakini bertajuk "Perangkap anti-Asad Amerika Jerat Pemuda PAS".

Antara petikan artikel tersebut ialah :

1) "...Tinggallah Syria menjadi batu penghalang kepada cita-cita untuk menguasai Timur Tengah dan menjamin keselamatan Israel. Bashar Al-Assad tegak berdiri melawan Amerika Syarikat dan Israel yang mahu mewujudkan New World Order..."

ULASAN : Jika diselak sejarah, tidak pernah satu peluru pun yang pernah dihalakan oleh Syria era Basyar kepada Israel walaupun mereka berada berdekatan dengan Israel. Bahkan semasa era Hafiz Asad, Bukit Golan (yang berada disempadan Syria) telah diserahkan kepada Israel dengan percuma dan perkara tersebut menimbulkan kemarahan rakyat dan para ulama' di Syria. 

Jadi bagaimana mungkin Syria boleh dikatakan sebagai penghalang kepada Israel dan Barat? Itu baru satu situasi.

2) "..Oleh kerana gagal mewujudkan kebangkitan rakyat Syria melawan Assad seperti di Mesir dan Tunisia, Amerika Syarikat-Israel menaja kumpulan pemberontak bersenjata..."

ULASAN : Ini merupakan tuduhan yang sangat berat dan tidak berasas kepada Tentera Bebas Syria. Hal ini kerana, sudah banyak kenyataan dan pendedahan yang kami bawakan bahawa tidak ada satu pun bantuan yang TBS terima daripada mana-mana kuasa tentera.

Untuk makluman, kami sentiasa berhubung dengan beberapa pasukan TBS untuk mendapat maklumat terkini dan mereka menyebut bahawa mereka juga tidak sesekali bersedia menerima campur tangan kuasa luar. Akan tetapi mereka hanya mendapat bantuan mujahidin luar yang masuk secara individu ke dalam Syria membantu TBS.

3) "....Kita harus bertanya, jika benar rakyat Syria bangkit melawan pemerintahan Bashar Al-Assad, mengapa tidak terjadi demonstrasi besar-besaran seperti di Tunisia dan Mesir? Mengapa pula kebangkitan rakyat Syria dengan menggunakan senjata? Jika tidak ada tajaan kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Israel, kumpulan pemberontak tidak akan mampu mempunyai bekalan senjata canggih...."

ULASAN : Pada awal kebangkitan rakyat Syria, memang mereka melakukan perhimpunan secara besar-besaran untuk mendesak rejim Basyar berundur. Akan tetapi, rejim Basyar menggunakan kekerasan kepada rakyat yang bangkit dengan menggunakan pihak Syabbih (tali barut yang berpakaian biasa) dan juga tentera untuk menembak dan membunuh rakyat.

Oleh yang demikian, dalam Islam mengajar umatnya untuk mempertahankan dirinya apabila diserang. Bahkan juga Ijma' Ulama' Dunia dan juga Rabithah Ulama' Syria telah mengeluarkan fatwa bahawa wajib membunuh Basyar ekoran beberapa tindakan ganas yang dilakukan oleh mereka membunuh dan menyembelih rakyat awam.

Logikkah apabila kita dibunuh dan disembelih, kita berdiam diri tanpa mengambil inisiatif untuk mempertahankan diri? Oleh kerana itulah, pada pertengahan kebangkitan mereka, mereka menubuhkan Tentera Bebas Syria untuk melindungi dan menyahut seruan jihad melawan rejim Basyar.

4) "...Syria sekutu rapat Iran di Timur Tengah. Apabila Syria dapat dikuasai, dengan mudah Hamas dan Hezbollah dihapuskan sekali gus melemahkan Iran..."

ULASAN : Iran bukanlah ancaman buat AS, tapi sebenarnya sekutu yang paling dipercayai di Timur Tengah. AS-Israel tidak akan sampai bila-bila pun menyerang Iran walaupun terang-terangan mereka membangun senjata nuklear. Kerana apa? Kerana Iran sebenarnya sekutu rapat AS (walaupun ditonjolkan sebagai anti-AS).

Cuba bawakan kepada kami sudah berapa operasi yang dilakukan oleh Iran mahupun Hizbullah untuk menghalau Israel daripada bumi Palestin? Dan HAMAS pula telah menukarkan pusat operasinya yang pada awalnya berada di Syria ke tempat lain ekoran tidak bersetuju terhadap tindakan ganas yang diambil oleh rejim Basyar terhadap rakyatnya.

Gerakan HAMAS mengakui telah menasihati rejim Syria agar tidak mengasari rakyat pada awal kebangkitan, tetapi ia tidak diendahkan oleh rejim tersebut seperti yang dinyatakan oleh jurucakap rasmi pergerakan tersebut, Sami Abu Zuhri.

Sebelum itu juga, Ketua Biro Politiknya Khaled Mash'al menolak untuk bertemu dengan Basyar walaupun diatur oleh Ketua Perisikan negara itu. Wajar disebutkan, pendirian HAMAS juga jelas apabila menolak untuk menandatangani kenyataan beberapa kumpulan Palestin yang menyokong Basyar dan menolak menyertai himpunan menyokong Basyar yang diadakan di khemah-khemah pelarian Palestin sebelum daripada ini.

5) "..Jangan kerana terlalu ekstrim dengan mahzab Sunnah Wal Jamaah, kita terpengaruh dengan agenda Amerika Syarikat-Israel untuk mewujudkan new world order..."

ULASAN : Kenyataan penulis ini sangat diragui. Ahli Sunnah wal Jamaah bukan Mazhab, tetapi pegangan dan i'tiqad. Isu ini bukan pertembungan mazhab beraliran dan yang bertopengkan agama, tetapi ia pertembungan antara Iman dan kufur. Bagaimana boleh tentera pro Bashar memaksa rakyat Syria sujud dan menyatakan kalimah kufur "laillahaila bashar".

Kami juga sudah menyiarkan banyak artikel berkenaan pegangan dan aqidah Syiah Nusairiyyah. Antaranya boleh rujuk pautan ini : http://goo.gl/0gXof

-----

Nasihat kami :

1. Dapatkan maklumat daripada sumber primer untuk memahami situasi yang berlaku.
2. Rujuk juga tulisan-tulisan berbahasa Arab untuk tahu situasi sebenar. Kalau rujuk tulisan dari Barat semata-mata, tidak menggambarkan keadaan sebenar, dan bias.
3. Teruskan gerak kerja kita untuk membantu kebangkitan rakyat Syria dengan doa, sumbangan dan sebaran maklumat kita.
4. Hati-hati dengan anasir-anasir Syiah yang cuba mengelirukan isu yang berlaku di Syria.
5. Tunjukkan sokongan kita kepada mana-mana pihak mahupun NGO yang ingin membantu rakyat Syria.
6. Jika ada sebarang persoalan ataupun kemusykilan, boleh inbox kepada kami. Insya-Allah kami akan cuba jelaskan.

Teruskan doa kita, insya-Allah semoga Allah merahmati kita semua.

gugurnya seorang Komander Briged el-Farouq wilayah Dar'a

Gambar ini menunjukkan gugurnya seorang Komander Briged el-Farouq wilayah Dar'a, Lt Abdel Rahman yang banyak berjasa kepada rakyat Syria dalam melawan tentera rejim Basyar.

Beliau gugur syahid semalam (15/6/2012) akibat ditembak oleh tentera rejim dan merupakan di antara ribuan tentera Syria yang berpaling tadah dan menyertai Tentera Bebas Syria pada awal kebangkitan rakyat Syria.

Sebelum ini beliau pernah menyertai Briged Dar'a Islam, Briged Jazirah Arab dan juga Briged Suqur Lajah.

Semoga Allah merahmati beliau dan menempatkan beliau bersama para anbiya' dan solihin. Al-Fatihah.

Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi, Ketua Kesatuan Ulama' Dunia pada khutbahnya semalam di Doha, sekali lagi menyatakan sokongan beliau terhadap kebangkitan rakyat di Syria.

Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi, Ketua Kesatuan Ulama' Dunia pada khutbahnya semalam di Doha, sekali lagi menyatakan sokongan beliau terhadap kebangkitan rakyat di Syria.

Beliau juga mengecam keras sebilangan ulama'-ulama' yang masih berdiam diri dan menyokong kezaliman demi kezaliman yang dilakukan oleh rejim Basyar.

Beliau menyeru para ulama' dan juga rakyat agar berada bersama-sama Tentera Bebas Syria dalam melawan rejim Basyar sehingga mencapai kemenangan.

Semoga Allah memberi kemenangan kepada rakyat Syria. Insya-Allah.

Dua sahabat baik yang bertanggungjawab menghirup darah Umat Islam Sunni di Syria.

Dua sahabat baik yang bertanggungjawab menghirup darah Umat Islam Sunni di Syria.

Darah anak-anak kecil di Haoula, jasad-jasad wanita yang dirogol, lelaki-lelaki tua yang disembelih dan dibunuh, siapakah yang mahu menebus darah dan maruah mereka semua? 

Kita semua akan ditanya dihadapan Allah kelak terhadap pencabulan darah umat Islam tanpa hak ini. Adakah kita mampu menjawabnya kelak?

Kepada yang masih menjadikan mereka ini sebagai idola, kami hanya mampu berdoa agar kalian semua dibukakan hati oleh Allah supaya dapat melihat kebenaran yang sebenar.

BN datang hanya 4 tahun sekali naik "HELIKOPTER"

HAhahahahah!

BAGUS! Papan tanda yang di jumpai di SINI di kawasan PEDALAMAN Sabah di mana kaki-kaki PENIPU BN datang hanya 4 tahun sekali naik "HELIKOPTER" utk tunjuk batang hidung mereka waktu nak dekat Pilihanraya Umum SAHAJA!

Waktu2 lain PEDULI APA dia? Jambatan Gantung rosak ker... Jalanraya masih tak ada ker...bekalan elektrik dan air masih tak ada ker...

PEDULI APA wakil2 rakyat TAK BERGUNA BN di Sabah ni?

Dia ingat dia boleh buat cara lama, datang naik helicopter, bawak berkotak-kotak Tin Arak, bikin parti ber "ARAMAITI" bersama orang-orang kampung, hadiah T-Shirt, baju-baju dan kain, buat majlis makan, beri ucapan dan seperti dulu-dulu orang akan UNDI mereka?

SEKALI DUA boleh lah beb, tapi kalau lebih dari tu...TOLONGlah...orang pun bukan "SEBODOH" para pemimpin & penyokong UMNGOK/BN hari ini yang pentingkan "PERUT SENDIRI SAHAJA" daripada keperluan RAKYAT!

-w.i.w.c
 

gambar ini membuktikannya

Penduduk Kampung berhampiran Teluk Rubiah ada mengadu pengeluaran balak dari tapak kilang Vale berlaku pada sebelah malam yang berkemungkinan untuk mengabui mata masyarakat tempatan, gambar ini membuktikannya.

Gambar ini diambil dari sumber warga manjung di group I ♥ MANJUNG (Link:https://www.facebook.com/photo.php?fbid=454258954592901&set=o.339172113754&type=1&theater)

Blogging tentang jalan rosak akibat laluan kenderaan berat di - http://manjongmari.blogspot.com/2012/06/terima-kasih-zambry-kilang-besi-vale.html
 — 

Sultan Brunie dah mula nak laksanakan hukum ALLAH


Sultan Brunie dah mula nak laksanakan hukum ALLAH,kenapa malaysia ni payah sangat nak laksanakan? oooiiiiiii UMNO ,!!! hampa nak pegang tampuk pemerintahan berapa lama?!!!!!! 100 tahun? 200 tahun? 300 tahun? atau sampai kiamat? lagi hampa memerintah lama lagi tu hampa merapu bnyak..brunie baru 17 tahun merdeka dah boleh nak laksanakan hudud,negara yg pelbgai kaum juga..sebenaqnya atas kuasa pemerintahan..tapi bila hampa memerintah hampa lupa ISLAM.HAMPA NAK APA LGI UMNO?DUIT RAKYAT HAMPA SAPU..BUAT KERJA TAK JUJUR!!! AKU MARAH NI!!!! OIIIIIIIII UMNOOOOO!!!!!!!
 


menteri bahlol..

Reward tu..

Betulkah Pengerusi SPR tak terlibat politik?

Apa punya fatwa..

inikah yg dikatakan golongan ulamak

judi takde dalam Quran

'Koleksi statement's Chua Soi Lek

'Koleksi statement's Chua Soi Lek ikut KEPALA OTAK dia sendiri yang mempamerkan sikap prejudis, ugutan, permusuhan dan penghinaan terhadap agama Islam. Dakwaan polis sudah dibuat sebelum ini ,tapi TIADA tindakan diambil oleh polis + tiada permohonan maaf dari beliau. Jelas UMNO/BN ibarat kuda tunggangan MCA

1. Mengaitkan negara Islam sebagai negara teokratik

• (The) Prime Minister and other Umno stalwarts are fully aware of
MCA’s stand on turning this country into a theocratic Islamic state

Sumber: The Star

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2011%2F5%2F2%2Fnation%2F8592015&sec=nation%29. ]

2. Mencerca dan menghina ajaran Islam yang melarang perempuan dan lelaki berlainan muhrim dari bersentuhan apabila mengkritik tindakan calon PAS di Pilihanraya Kecil DUN Tenang , Cikgu Normala Sudirman yang tidak bersalam dengan lelaki dan juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang memakai sarung tangan apabila bersalam dengan lelaki sehingga Mufti Harussani meminta Soi Lek meminta maaf kepada seluruh wanita Islam

Sumber: Perkasa

http://www.pribumiperkasa.com/?p=4348 ]

3. Memprovokasi dan menyindir sambutan Aidil Adha dengan menggambarkan seolah-olah pihak berkuasa tempatan di Kelantan memaksa supaya kedai-kedai di tutup pada Hari Raya.

• Becoz of hari raya haji all shops seem to be closed for celebration or
by directive from local authority? It's quiet in Kota Bahru

Sumber: Twitter Chua Soi Lek

http://twitter.com/drchuaSL/status/4812810856955904 ]

4. Menghasut masyarakat bukan Islam lainnya untuk membenci hudud

• Hudud law will cause the nation to backslide and scare away investors
( Hukum hudud akan menjadikan negara ini mundur dan menakutkan
pelabur asing )

Sumber: The Star

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2011%2F10%2F29%2Fnation%2F9796479&sec=nation ]

5. Mengaitkan Islam sebagai punca banyak negara yang mempunyai majoriti rakyat beragama Islam menjadi negara tidak demokratik, mundur, tidak mencapai taraf pembangunan global, dipaliti rasuah dan lain-lain lagi

Sumber: Malaysian Chinese Association ( MCA )

http://www.mca.org.my/en/talking-points-at-the-mca-kedah-agm-on-what-to-expect-if-pas-rules-malaysia%C2%A0/ ]

6. MCA akan keluar daripada BN jika Umno melaksanakan hukum Hudud

• I hereby reiterate the stand taken by MCA as announced by party
President Datuk Seri Dr Chua Soi Lek i.e. if UMNO implements Hudud
law, MCA will quit Barisan Nasional

Sumber: Malaysian Chinese Association ( MCA )

http://www.mca.org.my/en/mca-will-not-budge-from-position-against-hudud-will-quit-bn-if-umno-implements-hudud-mca-youth-to-terengganu-mb/ ]

KAFIR GANTI "ISLAM" DIDALAM BN

KAFIR GANTI "ISLAM" DIDALAM BN:
TUAN UMNO ZAHID HAMIDI KATA: HUKUM HUDUD TIDAK SESUAI DALAM MASYARAKAT MAJMUK.
TUAN MCA CHUA KONGKEK KATA: MCA SEDIA KELUAR BN JIKA HUKUM HUDUD DILAKSANAKAN.
TUAN BESAR UMNO NAJIB PLAK KATA: HUKUM HUDUD TIDAK AKAN DILAKSANAKAN DI MALAYSIA.

otak letak kt ponggong....

apa ke halnya cartoon pun takut ker???

hukum karma

tergolek dog

Jual plate

.alHANTUya

PanMah..

Kelakar betul

WWW1

Akhirnya, WWW1 menjadi milik Sultan Johor hasil bidaan sbyk setengah juta....

alangkah banyaknya manusia yang menyukakan yang buruk

Sabda Nabi s.a.w dalam hadis al-Imam Muslim: “Ruh-ruh itu adalah tentera yang dihimpunkan; apa yang mereka kenal, maka mereka berpadu. Apa yang mereka tidak kenal, maka mereka bertentangan”. 
..demikianlah ruh manusia dan tabiatnya..jika ruh kita baik lalu sukakan perkataan yang baik dan bencikan maki-hamun kita tidak akan cenderung kepada mereka yang mempunyai sikap demikian..jika ruh kita buruk lalu sukakan perkataan yang buruk dan jelek maka kita akan cenderung ke arah orang yang memiliki akhlak yang demikian juga..ukurlah di mana tahap kita..alangkah banyaknya manusia yang menyukakan yang buruk sekalipun kadang-kala syaitan menghiasinya dengan nama agama..

Rachid Nekkaz

INI ADALAH Rachid Nekkaz, ahli perniagaan Perancis yang mengumumkan dia akan MEMBAYAR segala DENDA bagi wanita yang didakwa kerana memakai NIQAB - bukan sahaja di Perancis tetapi "dalam apa-apa jua negara di dunia yang melarang wanita daripada berbuat demikian"...

Terlantar mata bernanah

Foto
KEENA...terlantar dua bulan

KUALA LUMPUR: “Saya menderita dua bulan hingga terlantar di atas katil sampai mata bernanah dan mengeluarkan darah. Kemudian satu benjol sebesar telur ayam timbul di pipi kanan,” kata bekas peserta Mentor musim ketiga, Suriana Ab Wahab atau Keena ketika menceritakan pengalaman hitamnya dipercayai disantau tiga kali sepanjang tiga tahun bergelar artis.

Penyanyi berusia 25 tahun itu menyatakan pertama kali dia terkena buatan orang dua minggu selepas program realiti TV itu berakhir menyebabkan berat badannya turun secara mendadak dan hilang selera makan.

Foto
ELLY...terlangkah beras misteri
 






Keadaan kesihatan dirinya bertambah teruk selepas mengalami muntah-muntah, termasuk muntah jarum berkarat hingga terlantar di atas katil selama dua bulan.
Enam bulan selepas itu, dia sekali lagi terkena santau yang turut mempunyai tanda perubahan diri seperti demam dan datang bulan berpanjangan.


“Pernah masa itu ketika saya memandu kereta, fikiran melayang dan hampir terbabit dengan kemalangan. Selepas berubat dengan pakar perubatan Islam, saya sihat semula.

“Namun, saya tidak sangka ia kembali berulang dua bulan lalu, tetapi kali ini saya tanpa sedar bercakap dalam bahasa Jawa. Ketika itu, badan saya begitu lemah dan sering keletihan.

Digantung pengajian

PASIR GUDANG: Kementerian Pengajian Tinggi menyerahkan kepada Universiti Malaya (UM) untuk mengambil tindakan terhadap penuntutnya yang didakwa menghina Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata beliau difahamkan pelajar itu, Haziq Abdullah Abdul Aziz, kini digantung pengajian kerana terbabit dalam Demonstrasi Mansuh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) pada 14 April lalu. “Sebagai penuntut, dia patut sensitif dan patut tahu suasana persekitaran negara dan sebagainya...terpulang kepada universiti (untuk ambil tindakan),” katanya selepas Majlis Penyerahan Borang Notis 5A kepada 75 penduduk Kampung Pasir Gudang Baru, di sini, semalam. Haziq dipercayai mempertikai tindakan Sultan Johor, yang murka terhadap bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin berhubung isu pembidaan nombor plet kenderaan WWW1, di laman sosial Twitter miliknya pada 15 Jun lalu. Pengajian penuntut tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Undang-undang itu digantung satu semester mulai September ini. - Bernama