Friday, September 2, 2011

Cincin RM24 juta: Utusan guna propaganda Hitler tutup kemewahan Rosmah

KUALA LUMPUR: Utusan Malaysia meniru corak propaganda Hitler bagi menyebar maklumat berita palsu demi menutup kecurangan pimpinan Umno atau ahli keluarga mereka, kata Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor, Ahmad Anwar Asyraf.
Pada kenyataan media, beliau menganggap Utusan meniru pendekatan Joseph Goebbels, seorang Menteri Propaganda Hitler yang terkenal dengan prinsip ‘The Big Lie’.
“Apakah Utusan pengkagum Joseph Goebbels? Prinsip The Big Lie ialah sesuatu fitnah diulang berkali-kali, akhirnya akan dipercayai rakyat jelata?

“Seolah-olah hilang jati diri dalam membentuk fikrah rakyat, khususnya orang Melayu. Lihatlah berapa banyak orang kampung ditipu Utusan Malaysia, katanya.
Beliau merujuk isu Datin Seri Rosmah Mansor membeli cincin RM24 juta, beliau berkata, akhbar kawalan Umno itu membuat laporan menggesa SAMM membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Sedangkan SAMM sudah membuat aduan kepada SPRM pada 13 Julai 2011 tetapi disenyapkan Utusan Malaysia,” katanya.
Bahkan, beliau berkata, Utusan umpama ‘pencuri di siang hari’ apabila melenyapkan berita tuntutan siasatan ke atas Rosmah berkaitan sumber kewangan untuk membeli cincin berkenaan.
Pada 30 Ogos lalu, Utusan melapor kenyataan Anuar Shaari yang mencabar Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shahrin supaya membuat kenyataan bersumpah berhubung pembelian cincin itu.
“Mustahil Utusan tak tahu Chegubard sudah buat laporan kepada SPRM. Utusan tanpa segan silu terus sebar berita tidak benar semata-mata mahu menutup pekung pimpinan pemerintah.
Pada 16 April lalu, Badrul Hisham mendedahkan maklumat berkaitan cincin berlian dikenali sebagai ‘Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond’ dibawa melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Mengikut Chegubard, bukti pembelian cincin diperolehi melalui skrin sistem maklumat Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang tertera nama Rosmah sebagai pengimport.
Padanan yang dibuat SAMM mendapati kebanyakan perhiasan Rosmah adalah dari Jacob & Co, syarikat sama yang ditempah untuk menyiapkan cincin berkenaan.

Mat Indera dapat tauliah agama dari kerajaan Johor

Datuk Abu Bakar Chik 
KUALA TERENGGANU, 2 Sept: Mat Indera adalah seorang guru agama yang mendapat tauliah agama dari kerajaan negeri Johor, kata AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik (gambar).

"Umno dan penjajah yang tuduh Mad Indera komunis," kata beliau ketika bercakap kepada kira-kira 500 perantau Terengganu yang pulang beraya di kampung semalam.

Beliau mengulas serangan Umno dan medianya yang bertubi-tubi terhadap timbalan presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang mancadangkan agar sejarah negara dikaji semula.

Ini berikutan dari dakwaan bahawa Umno melakarkan sejarah negara berdasarkan kepentingannya tetapi bukan cerita yang sebenar.

Mohamad Sabu berkata, isu serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950 telah diceritakan Umno sebagai penjahat menyerang hero iaitu polis yang mempertahankan balai itu.

Ia menjadi satu kepercayaan ramai apabila Jins Samsudin membuat filem Bukit Kepong pula berdasarkan persepsi itu.

Antara yang menyerangnya adalah kumpulan yang dipimpin oleh Mat Indera di samping komunis yang juga melawan penjajah British ketika itu.

Polis ketika itu adalah bertugas dengan penjajah Inggeris yang menjajah Tanah Melayu pada waktu itu.

Antara pihak yang menentang Inggeris adalah pejuang Islam yang dipelopori oleh Abu Bakar Al Bakir, kumpulan Nasionalis Melayu pimpin Ahmad Boestaman dan juga komunis.

Namun kesemua mereka tidak menjadi hero yang memperjuangkan kemerdekaan dan melawab bagi pengkisah sejarah negara yang dipimpin Umno tetapi yang menjadi hero adalah Datuk Onn Jaffar dan Tunku Abdul Rahman.

Padahal Datuk Onn adalah menteri besar yang dilantik Inggeris untuk mentadbir Johor. Tunku Abdul Rahman pula adalah pegawai British.

Seminar sejarah


Akibat salah faham ini, Abu Bakar Chik yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat berkata, pihaknya akan menganjurkan satu seminar khas bagi mengkaji balik sejarah ini.

"Kita akan adakan seminar untuk mengkaji balik sejarah ini, antaranya kes Mat Indera yang akan kita kaji semula.

"Kita akan kaji dan nilai siapa pejuang kemerdekaan sebenarnya," kata beliau dalam majlis itu.

Bagi beliau, apa yang cuba dikatakan oleh Mohamad Sabu adalah meminta rakyat negara ini mengkaji semula sejarah yang ditulis selama ini oleh kerajaan Umno untuk kepentingan politik parti itu.
HARAKAHDAILY

Isu komunis cuba alih perhatian rakyat – Mat Sabu


M Faqih 

KOTA BHARU, 2 Sept: Mohamad Sabu menyifatkan isu komunis sengaja ditimbulkan bagi mengalih pandangan rakyat terhadap kepincangan pengurusan pilihan raya dan kenaikan harga barangan keperluan sekarang.
Timbalan Presiden PAS berkata, isu tersebut sengaja ditimbulkan akhbar milik Umno bagi menutup kelemahan pemerintah.
“Pemimpin Umno dilihat merasa gusar dan panik apabila sejarah perjuangan kemerdekaan mulai diketahui rakyat khususnya generasi muda.
“Perjuangan menuntut kemerdekaan bukan hanya dimiliki dan dipelopori pemimpin Umno sahaja,” katanya pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Kelantan di sini, petang ini. Hadir sama Setiausaha Perhubungan PAS Negeri, Zulkifli Mamat.
Baru-baru ini dalam laporan muka hadapan sebuah akhbar milik Umno mendakwa Mohamad Sabu menganggap Mat Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis sebagai hero sebenar.
Kenyataan itu dipetik ucapan Timbalan Presiden PAS itu dalam satu ceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu.
Mohamad berkata, Mat Indera diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan seperti pernah disiarkan dalam Berita Harian pada 13 Ogos 2010.
Menurutnya juga laporan disiarkan Utusan Malaysia berkaitan ucapannya di Pulau Pinang jelas cuba mengelirukan fakta sebenar.
”Ini kerana semua orang sudah tahu ketika zaman penjajah, sesiapa sahaja yang menentang British akan dianggap sebagai pengkhianat.
”Sama seperti Tok Janggut yang bangkit melawan Inggeris bagi menuntut kemerdekaan dianggap sebagai penderhaka, sedangkan mereka pejuang sebenar menuntut kemerdekaan,” ujarnya.
Ditanya pemberita apakah beliau juga menganggap Rashid Maidin juga sebagai pejuang apabila masih menentang kerajaan selepas kemerdekaan dicapai, katanya cara itu tidak betul.
”Saya tidak setuju selepas negara mencapai kemerdekaan masih ada yang melawan kerajaan seperti melawan British,” tambahnya.
Kata beliau peristiwa Bukit Kepong ada anggota polis yang terkorban merupakan satu fakta sejarah terhadap apa yang berlaku.
Begitu juga katanya dalam peristiwa Memali ada empat anggota polis yang terkorban.
”Cuma dalam setiap peristiwa yang berlaku hanya pemimpin Umno yang selamat. Begitu juga dalam kes Memali pihak yang mengarahkan serbuan iaitu pemimpin Umno masih lagi selamat,” katanya.
Mohamad juga menyifatkan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya sebagai mendewakan fahaman komunis sebagai amat keterlaluan dan menjijikkan.
Kata beliau segala tomohan tersebut tidak lebih bagi memburukkan beliau dan PAS.
”Tuntutan Bersih 2.0 terhadap lapan perkara telah membongkar penyelewengan daftar pemilih dan lain-lain kepincangan. SPR dan kerajaan BN sedang berada di kandang orang salah menurut pandangan rakyat,” ujarnya.
Beliau menjelaskan juga perayaan sambutan ulangtahun kemerdekaan negara sekarang tidak lebih sebagai merayakan pemimpin negara dan bukannya tokoh pejuang kemerdekaan sebenar.
Katanya apabila ada fakta menyebut penglibatan tokoh lain ketika menuntut kemerdekaan negara, pemimpin Umno mulai menjadi gelabah.
”Maka tidak hairanlah semangat menyambut kemerdekaan sudah mulai luntur di Malaysia sekarang. Kita boleh lihat sendiri berapa buah kenderaan atau rumah yang sanggup memasang Jalur Gemilang.
”Berlainan dengan apa yang berlaku di Indonesia semangat rakyat begitu tinggi ketika perayaan ulangtahun kemerdekaan mereka,” katanya.
Beliau juga menjelaskan sedia berbincang dengan sesiapa sahaja mengenai sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan bagi membolehkan generasi muda mendapat maklumat lebih tepat.
Zulkifli yang juga Adun Pulai Chondong pula berkata, generasi muda sekarang mulai tahu tokoh-tokoh yang benar-benar terbabit dalam perjuangan menuntut kemerdekaan negara.
Menurutnya pendedahan itu dibimbangi pemimpin Umno kerana sebelum ini setiap kali sambutan ulangtahun kemerdekaan hanya pemimpin negara yang diketengahkan, sedangkan pejuang sebenar disisihkan.
HARAKAHDAILY

Mohamad Sabu tak sebut komunis


Kenyataan Media Pakatan Rakyat   

Winston Churchill pernah berkata bahawa "sejarah ditulis oleh pihak yang menang". Di Malaysia, bukan sahaja sejarah malah berita semasa juga ditulis mengikut skrip mereka yang berkuasa. Beberapa hari kebelakangan ini, media milik BN telah menyerang Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu secara berterusan sebagai seorang simpatisan komunis. Mereka telah memfitnahnya sebagai mengagung-agungkan pengganas komunis yang menyerang polis di dalam tragedi Bukit Kepong.
Kedua-dua dakwaan ini adalah tidak benar sama sekali. Kami percaya Saudara Mohamad Sabu tidak berkata demikian dan secara tegas mengutuk putar-belit yang tidak bertanggungjawab oleh pimpinan dan media UMNO. Pertama sekali, Mohamad Sabu tidak sekali-kali menyebut tentang komunis ataupun PKM. Kedua, usahanya untuk menarik perhatian terhadap sejarah sebenar yang luas telah diputarbelitkan.
Justeru kami menegaskan bahawa kami tidak mempersoalkan sebab mengapa Mohamad Sabu cuba menimbulkan persoalan terhadap naratif sejarah negara. Tetapi kami secara serius mempersoalkan laporan cuai dan berniat jahat Utusan Malaysia, yang sekali lagi menggunakan hujah palsu dan tipu helah dengan niat yang jahat.
Kami juga mempersoalkan naratif sejarah yang ditulis oleh 'pihak yang menang', yang dalam kes ini ditulis oleh Kerajaan UMNO-BN dan perkakas propaganda mereka. Dalam hal ini, kami ingin memberikan kritikan tegas terhadap usaha sistematik berdekad-dekad lamanya untuk 'memalsukan' sejarah Malaysia, agar hanya sumbangan UMNO dan sekutu mereka yang diiktiraf sementara sumbangan jelas dari nasionalis Malaysia dan pejuang kemerdekaan yang lain dipadamkan.
Apa sudah jadi kepada tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Mohamed (Pak Sako) dan ramai lagi?
Bagaimana dengan pertubuhan dan gerakan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)? Mereka merupakan peneraju sebenar aktivisme politik Melayu. Kita juga mempunyai Perlembagaan Rakyat yang terhasil 10 tahun sebelum Merdeka oleh Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA).
Usaha PUTERA-AMCJA ini bukan sahaja bersejarah dari segi usaha mereka, malah merekalah pakatan politik pelbagai kaum pertama negara.
Harus diingat perjuangan kemerdekaan bukanlah usaha Perikatan semata-mata. Perjuangan murni ini berlangsung di pelbagai medan dan lapangan, dipimpin pelbagai tokoh dan menerusi pelbagai cara. Bukankah pengorbanan tokoh-tokoh menentang penjajah seperti Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Tok Ku Paloh dan ramai lagi juga mesti disertakan?
Tetapi pemimpin UMNO tidak mampu menerima kepelbagaian ini. Sejarah yang ditulis UMNO ialah hanyalah satu versi yang tiada ruang untuk berbeza pandangan.
Hakikatnya, jika kita membaca sejarah Malaysia menerusi tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin, Boestamam, Pak Sako dan lain-lain lagi, kita akan mendapati kisah aktivisme sosial, pejuangan kebangsaan, anti-kolonialisme dan kemudian ketakutan institusi dan penindasan yang menyaksikan mereka dan ramai lagi ditangkap dan ditahan di bawah ISA oleh Kerajaan Perikatan / BN setelah difitnah, antara lain, menjadi talibarut komunis.
Buku-buku sejarah kita bukan sahaja kehilangan satu atau dua bab, tetapi satu sejarah yang selari tetapi telah berjaya dipadamkan daripada rekod rasmi negara.
Jelas sekali lagi bahawa UMNO mempunyai kepentingan untuk mengekalkan versi sejarah mereka memandangkan ini menjadi asas kepada pemimpin serta kekuasaan mereka, malah menutup tipuhelah mereka untuk menindas pihak lawan dan penentangan sah setelah lima dekad berkuasa.
Sekali lagi kami menegaskan bahawa Mohamad Sabu tidak salah dalam usaha mempersoalkan persepsi yang wujud tentang sejarah negara. Yang menjadi kesalahan ialah hakikat bahawa rakyat Malaysia telah dimanipulasi sekian lama oleh perkakas propaganda Kerajaan UMNO-BN.
Dr Dzulkefly Ahmad, PAS
Nik Nazmi Nik Ahmad, KEADILAN
Liew Chin Tong, DAP
2 September 2011

HARAKAHDAILY

Kesesakan kritikal



KOTA BHARU - Untuk perjalanan sejauh lima kilometer anda memerlukan masa tidak kurang dari setengah jam! Sama ada percaya atau tidak, itu senario yang berlaku di jalan-jalan utama di Kelantan apabila tiba musim perayaan.

Senario ini sudah menjadi kebiasaan, namun sejak kebelakangan ini, peningkatan mendadak jumlah masuk kenderaan luar ke negeri ini menyebabkan ‘orang kampung” sendiri mula rimas.

Tidak kira jalan kampung mahupun jalan persekutuan, keadaan sesak dengan deretan kenderaan mula menerjah kampung.

Paling teruk, kesesakan berlaku beberapa tempat sepajang jalan Kota Bharu- Kuala Krai khususnya di persimpangan Ketereh.

Dikatakan sebelum ini, kira-kira 60,000 anak Kelantan yang berada di luar negeri pulang ke kampung halaman sempena musim perayaan namun dijangka pada kali ia meningkat kepada 80,000.

Dalam masa yang sama, lebih 20,000 kenderaan memasuki Kelantan melalui pintu utama ke negeri dan ia tidak termasuk kenderaan yang sedia.

Malah, perkara ini diakui sendiri oleh Menteri Perdagangan Antarbangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohammad yang mengesahkan beliau sendiri terpaksa mengambil masa tiga jam berkereta dari Bachok ke Jeli.

Persoalannya apakah persediaan pihak berwajib dalam menangani isu ini,? Adakah kita hanya mampu melihat dan berseronok melihat kebanjiran luar biasa kenderaan ke Kelantan tanpa kawalan.

Mungkin sekarang kita mampu lagi menerima kesesakan itu, tetapi bayangkan apa yang berlaku 10 tahun akan datang jika langkah segera tidak diambil. Saban tahun peningkatan kenderaan luar dan berlaku, lebih-lebih lagi rata-rata dari masyarakat mampu memiliki kenderaan sendiri.

Langkah Kerajaan Negeri yang mahu membina Lebuh Raya Kuala Krai-Kota Bharu sepertimana yang diumumkan oleh Exconya, Datuk Husam Musa baru-baru ini seharusnya dipuji, namun ia bukan satu-satu langkah yang boleh menyelesaikan masalah tersebut.

Banyak lagi jalan di negeri ini yang perlu dinaik taraf dan diperbesarkan, bukan sahaja untuk kegunaan semasa musim perayaan bahkan di waktu hari kebiasaan.

Tidak perlu menuding jari siapa yang bertanggungjawab sama ada negeri ataupun pusat, jika kedua-dua pihak merasakan ia keperluan atau kewajipan pihak masing-masing, ia mesti dilaksanakan kerana rakyat Kelantan juga pembayar cukai jalan!!SH

Al Wuzara mesti diambil tindakan tegas

1. Menghina Islam adalah satu perbuatan jenayah terkutuk. Selain daripada hujjah sebagai satu mekanisme menghadapi pelbagai pihak situasi yang keliru mengenai Islam, tindakan undang - undang juga sangat diperlukan terutama kepada mereka yang bertindak keterlaluan menghina dan mempersendakan agama Islam.

Tambahan pula mereka bergerak secara terancang dan sememangnya berniat jahat terhadap Islam dan ummatnya.
2. Saya merujuk penegasan ini kepada kes penghinaan terhadap Allah, Rasul dan agama Islam yang dilakukan oleh "Makcik Hajjah Sitt Al - Wuzara" melalui laman blognya. Ianya telah mendapat liputan luas seluruh dunia malah banyak pihak telah creat pelbagai laman sosial khas untuk berdepan dengan penghinaan yang melampau ini.
3. Tidak perlu saya butirkan di sini apakah bentuk penghinaan yang dilakukan oleh Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara ini. Semua pihak boleh merujuk kepada blognya. Saya yakin perkara ini juga telah sampai ke pengetahuan pihak berkuasa agama negara kita. Cuma, yang masih dinanti ialah tindakan berkesan dari pihak berkuasa bagi menangani jenayah ini.
4. Siasatan rapi juga mesti dilakukan terhadap pendedahan identiti yang telah dilakukan dan jika ia suatu pendedahan yang benar, pihak berkuasa agama mesti mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit yang telah menghina agama Allah swt dan telah mencederakan perasaan ribuan juta ummat Islam di seluruh dunia khasnya ummat Islam di negara ini.
5. Saya mewakili Dewan Pemuda Pas Malaysia juga mengharapkan satu pendakwaan dikenakan ke atas individu tersebut oleh pihak berkuasa agama seperti JAKIM bagi mewakili seluruh ummat Islam negara ini. Individu Makcik Hajjah Sitt Al - Wuzara yang didedahkan sebagai Adlin binti Abd Jalil perlu disiasat dan diadili segera sebelum ianya mencetus kemarahan ummat Islam.
6. Kami tegaskan bahawa perkara ini serius dan sekali - kali tidak boleh dipandang ringan apalagi untuk berlepas tangan. Isu ini sudah berlalu terlalu lama dan ummat Islam tidak boleh bersabar lagi. Selaku pihak berkuasa, tindakan segera mesti diambil dan kami menunggu dalam tempoh 10 hari daripada sekarang untuk sebarang tindakan positif dari pihak berkuasa agama terhadap isu ini.
7. Kami kesal apabila mutaakhir ini rakyat hanya dimomokkan dengan bahaya komunis yang kononnya cuba dihidupkan kembali sedang komunis hanyalah "hantu" dan igauan yang sengaja dicipta dan dihidupkan untuk mengalih tumpuan kepada isu dan bahaya sebenar yang sedang dihadapi oleh rakyat khasnya ummat Islam di negara ini.
8. Bukanlah komunis itu tidak bahaya, tetapi negara kita telah aman dan bebas dari ancaman komunis. Malah saya juga yakin, tiada siapa khasnya dari kalangan ummat Islam yang mahu mwnghidupkan semula fahaman komunisme terutama di zaman ini. Sebaliknya apa yang berlaku ialah rakyat bangkit berjuang untuk menegakkan Islam dan menuntut pemulihan sistem demokrasi.
9. Tanpa tindakan berkesan dan positif dari pihak berkuasa agama terhadap kes penghinaan terhadap agama Islam yang dilakukan oleh Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara, Dewan Pemuda Pas Malaysia memberikan komitmen untuk menggerak dan memimpin kebangkitan Sejuta Ummat sehinggalah individu terbabit diambil tindakan dan mereka yang menjadi dalang atau pihak yang melindungi kegiatannya turut diambil tindakan tegas.
10. Saya juga menyeru kepada seluruh ummat Islam agar mempersiapkan diri dengan ilmu Islam yang mantap agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah dan propaganda yang cuba untuk meruntuhkan aqidah Islam.

Para alim ulama' mesti bersatu dan bangkit mempertahankan aqidah ummat Islam serta memberikan penjelasan serta kemukakan hujjah mendepani kekeliruan yang sengaja ditimbulkan terhadap ajaran Islam.
Akhirnya saya menasihati diri saya sendiri, seluruh ummat Islam, pemimpin dan ulama' mereka, agar jangan sekali - kali leka dan asyik diselimuti kedinginan penghawa dingin dibilik seminar atau pejabat masing - masing.
Jangan alpa dengan persoalan - persoalan remeh yang hanya membincangkan soal doa mesti tadah tangan atau tidak? solat subuh kena baca qunut atau tidak? Jangan hanya memikirkan soal kepentingan politik dan percaturannya sehingga isu melibatkan aqidah ummat Islam ini tidak lagi menjadi keutamaan dalam perjuangan mereka .

Jangan hanya kerana memikirkan soal survival kuasa sehingga memejamkan mata terhadap isu yang melibatkan masa depan aqidah ummat Islam.
Ingatlah, amanah utama selaku ummat Islam, pemimpin dan ulama' mereka ialah memelihara dan menegakkan Islam serta mengurus kehidupan [ekonomi, politik dan sosial] di dunia ini berdasarkan agama yang diwahyukan oleh Tuhan Yang Maha Mencipta.

Justeru itu, laksanakan amanah tersebut sebelum kita semua dihitung nilai oleh Allah Rabbul Jalil di akhirat kelak.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia

Wikileaks: 'Apa cara pun' Anwar akan didapati salah

Berdasarkan penilaian bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus menjadi ancaman kepada Umno sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan datang, ketua pembangkang itu akan didapati bersalah kerana meliwat - hukuman keduanya dalam tempoh 10 tahun.

azlanPerkara itu didedahkan oleh kabel diplomatik Amerika Syarikat yang dibocorkan oleh portal Wikileaks yang juga melaporkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin utama Umno memutuskan segala padah dan kos politik bagi mendakwa Anwar "boleh diterima". Mereka juga mahu perkara berkenaan diteruskan secara agresif di dalam dan juga di luar mahkamah.

Menurut nota diplomatik 2009 yang diklasifikasikan sebagai sulit oleh Mark D Clark, kaunselor politik di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, matlamat utama mereka adalah bagi memenjarakan Anwar semula dan menyingkirkannya secara tetap dari politik.

azlan"Walaupun mengakui perkara itu adalah semata-mata tindakan penguatkuasaan undang-undang, kerajaan berpendapat tekanan politik adalah diperlukan, dan sanggup menerima risiko reputasi dalam proses berkenaan supaya akhirnya mencapai keputusan bersalah selepas drama berprofil tinggi berbulan-bulan di mahkamah," kata kabel, yang telah dihantar kepada Jabatan Negara Amerika di Washington dua tahun lalu oleh Duta James R Keith.

"Mahkamah akan membicarakan dan menolak rayuan Anwar pada kadar yang segera sebelum menjelang pilihan raya umum negara pada tahun 2012 atau 2013," kata kabel itu.

Menurut Keith, senario itu berlaku semasa bulan-bulan awal kes itu dibicarakan terutamanya menjelang tarikh September 2008, di mana Anwar sepatutnya mengambil alih Putrajaya, tetapi kesannya berkurangan sejak itu.

Kabel yang bertajuk 'Perbicaraan liwat II Anwar Ibrahim' memberi tiga senario berhubung bagaimana kes itu akan berakhir.

Dalam senario berkenaan, Kedutaan Amerika mengandaikan bahawa Najib akan berperanan sebagai "suara pemutus" berhubung keputusan perbicaraan, walaupun beliau juga perlu mendapatkan pendapat dan pandangan golongan elit Umno yang lain.

Dalam senario pertama, kerajaan akan memastikan dalam “apa cara sekalipun” Anwar akan didapati bersalah.

azlanSenario kedua pula menurut Keith, kerajaan akan meneruskan pendakwaan tetapi tidak memberi tekanan yang sewajarnya untuk mendapatkan keputusan bersalah.

Ini akan berlaku sekiranya kerajaan percaya bahawa bukti-bukti yang dikemukakan semasa prosiding mahkamah itu sendiri cukup telah merosakkan maruah atau reputasi Anwar sehingga tidak mampu menjejaskan kredibiliti Najib, kata Keith.
MALAYSIAKINI

[Baca berita penuh]

Amerika: Al-Qaeda semakin lemah

Kumpulan alami 'tamparan besar' lepas ketua kedua mati di Pakistan dalam serangan udara CIA
WASHINGTON: Ketua antipengganasan Rumah Putih, Encik John Brennan, berkata kumpulan Al-Qaeda 'semakin lemah' selepas kematian ketua keduanya di Pakistan.
Beliau memberitahu agensi berita The Associated Press (AP) semalam bahawa 'ia satu tamparan besar', dalam ulasan rasmi pertama Rumah Putih sejak Atiyah Abd al-Rahman dilaporkan terbunuh dalam satu serangan udara Agensi Risik Pusat (CIA) di kawasan puak di Pakistan minggu lalu.'Al-Qaeda seperti dalam keadaan lemah dan menerima pukulan bertubi-tubi ke tubuh dan kepalanya,' ujarnya.Encik Brennan berkata beliau sedang menyampaikan kepada rakan-rakan sejawatannya di Pakistan pesanan bahawa 'ini waktunya untuk tidak melangkah ke belakang dan membiarkan mereka pulih'.Islamabad meningkatkan bantahan terhadap serangan-serangan udara Amerika sejak satu serangan kumpulan komando khasnya membunuh ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden, Mei lalu.Meskipun terdapat pergeseran itu, Encik Brennan berkata hubungan dengan Pakistan bertambah baik.Dalam satu wawancara agak meluas, Encik Brennan berkata beliau percaya tindakan agresif Amerika terhadap militan dari Pakistan hingga Yaman sebab utama mengapa pihak risikan Amerika tidak mengesan sebarang rancangan pengganasan aktif menjelang ulang tahun ke-10 serangan pengganas pada 11 September 2001 di Amerika.Beliau menyifatkan hubungan antipengganasan Amerika dengan Pakistan, Yaman dan Iraq sebagai model tentang cara Amerika akan memerangi Al-Qaeda pada masa depan - dengan tempuran dilakukan oleh negara- negara hos berkenaan.Menurutnya, Amerika sedang melihat ke arah membentuk model sama di Afghanistan sedang askar-askar Amerika berundur di sana dan, sebagaimana di Iraq dan Yaman, sebilangan kecil pasukan operasi risikan dan khas dikekalkan bagi bekerjasama dengan rakan-rakan sejawatan mereka dengan menyediakan latihan, peralatan dan perkongsian maklumat risikan untuk mengesan sasaran dan memberi tekanan terhadap mereka.'Jika mereka bimbang tentang keselamatan mereka... mereka a mempunyai sedikit masa bagi merancang,' kata Encik Brennan mengenai militan itu.'Mereka akan sentiasa melihat di belakang atau ke udara atau ke mana saja, dan ia benar-benar boleh menjejas rentak operasi dan keupayaan mereka menjalankan serangan,' katanya, sambil merujuk kepada pembunuhan Atiyah sebagai satu contoh bagaimana tekanan Amerika melemahkan rangkaian kumpulan pengganas.Encik Brennan berkata kunci menghalang munculnya seorang lagi Atiyah ialah dengan sentiasa memberi tekanan ke atas semua tempat Al-Qaeda beroperasi. -- AP.

Bayi Merdeka Raya


IPOH: Biasanya bayi Tahun Baru dapat perhatian istimewa sebab tarikh lahir serentak dengan tahun baru.
Bagaimanapun tiga bayi ini lebih istimewa. Mereka adalah antara bayi pertama yang dilahirkan di Hospital Pantai Puteri, di sini, sedang Malaysia menyambut Hari Kemerdekaannya dan Hari Raya kedua, kelmarin.Sambutan rasmi Hari Kemerdekaan ke-54 yang biasanya diadakan pada 31 Ogos setiap tahun, kali ini akan ditunda pada 16 September, serentak dengan Hari Malaysia.Ini kerana selain menghayati erti kemerdekaan, sambutan pada 16 September ini turut menyaksikan seluruh rakyat meraikan ulang tahun penubuhan persekutuan Malaysia yang disertai Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura. -- Foto NEW STRAITS TIMES

Ribuan warga Iran menetap di Malaysia

Dikatakan cuba hindari kepimpinan rejim Teheran
KUALA LUMPUR: Beribu-ribu rakyat Iran kini tinggal di Malaysia untuk menghindari kepimpinan keras rejim Teheran dan mula melihat negara itu sebagai 'utopia' bagi mereka.


Kelmarin, majalah Time melaporkan Malaysia adalah salah satu daripada tiga negara yang memberi visa dengan mudah kepada golongan itu.Dua negara lain ialah Turkey dan Turkmenistan.Buat masa ini, sekitar 60,000 rakyat Iran yang belajar, bekerja atau menunggu mendapatkan visa di sini.Malah, terdapat juga sejumlah kelab yang mengkhususkan satu hari dalam seminggu dengan nama 'Malam Iran' - menyajikan deejay dan muzik Iran


.'Rakyat Iran ada pegangan dalam 2,000 bisnes di Malaysia dan memiliki 15,000 tempat di universiti di Malaysia. Kedatangan pelancong dari Iran meningkat 14.3 peratus kepada 116,000 orang tahun lalu,' lapor Time.Bagaimanapun, laporan itu berkata rakyat Iran tidak bebas daripada halangan dan kekangan.Ramai rakyat Iran, termasuk Encik Ali Manafi, seorang pengendali kanan sebuah radio yang meninggalkan negaranya baru-baru ini, menyifatkan mereka juga 'letih' dengan peraturan-peraturan agama


.'Aspek spiritual adalah (soal) peribadi seseorang. Di sini ada begitu banyak masjid dan imam. Hanya beberapa sahaja mengalu-alukan Muslim Syiah,


' katanya.Aktivis Iran juga berhadapan dengan layanan kasar ekoran protes politik mereka.Lima pemimpin pelajar Iran pernah ditahan kerana membawa lilin memperingati penunjuk-penunjuk perasaan yang terbunuh di Iran.Bagaimanapun, kebanyakan aktivis berkata mereka menjauhkan diri daripada perhimpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu, yang berlangsung pada ulang tahun ke-12 salah satu protes terbesar di Iran.Beberapa rakyat Iran memberitahu majalah Time, penduduk tempatan juga memandang serong ke atas mereka.Ini antara lain disebabkan oleh penangkapan 15 warga Iran berhubung kes menyeludup masuk dadah tahun lalu dan beberapa yang lain menyusul.Bilangan rakyat Iran yang ditangkap berhubung isu dadah meningkat sejak itu.Seramai 138 orang ditahan sejak Januari hingga Oktober lalu berbanding 16 orang pada keseluruhan 2009


.'Rakyat Iran berfikiran erong, mereka datang ke sini untuk minum dan membawa dadah,' keluh seorang pemandu teksi Melayu yang dipetik Time.'Sudah pasti prejudis wujud di kedua-dua pihak,' tulis Time. -- Agensi.





Kerajaan Australia malu

SYDNEY 1 Sept. – Kerajaan Australia hari ini cuba menyelamatkan dasarnya berhubung pencari suaka politik ke negara ini selepas Mahkamah Tinggi semalam membatalkan rancangan Canberra untuk menghantar ‘orang hanyut’ ke Malaysia.
Kerajaan kini perlu bersiap sedia untuk menghadapi lonjakan kemasukan orang hanyut yang dijangka mengeksploitasi keputusan mahkamah itu.
Perjanjian pertukaran pendatang antara Australia dengan Malaysia yang dibatalkan itu dirancang sebagai strategi utama Canberra untuk menyekat kemasukan beribu-ribu orang hanyut yang tiba di negara ini setiap tahun.
Keputusan mahkamah itu menandakan kekalahan memalukan bagi Perdana Menteri, Julia Gillard dan kerajaan Buruh pimpinannya yang telah memaparkan perjanjian tersebut sebagai strategi berkesan untuk membanteras kegiatan penyeludupan manusia.
“Kami akan mengkaji keputusan Mahkamah Tinggi ini tetapi tiada satu pun yang akan melemahkan tekad kami untuk menggagalkan model perniagaan penyeludup manusia,” kata Gillard dalam kenyataan ringkas mengenai isu itu.
Kabinet beliau dijangka bermesyuarat malam ini untuk membincangkan langkah berikutnya.
Mahkamah Tinggi semalam mendapati, mengikut undang-undang Australia, kerajaan tidak boleh menghantar pencari suaka untuk diproses di sebuah negara lain kecuali negara berkenaan berkewajipan memberi perlindungan sewajarnya kepada mereka.
Malaysia tidak menandatangani konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai pelarian dan pertubuhan hak asasi manusia telah menuduh Australia mengabaikan kewajipannya kepada pencari suaka dengan mahu menempatkan mereka di sebuah negara lain tanpa perlindungan sewajarnya.
Keputusan mahkamah itu boleh membawa implikasi lebih luas bagi pemprosesan pendatang di luar pesisir, termasuk rancangan Canberra untuk menghantar pencari suaka ke Papua New Guinea dan kemungkinan membuka semula sebuah pusat tahanan di pulau Nauru di Pasifik.
Penyeludup manusia dipercayai sudah bersedia untuk mengeksploitasi keputusan mahkamah itu, dan laporan beberapa akhbar tempatan menyebut, bot-bot bersiap sedia untuk berlepas dari Indonesia menuju ke Australia dalam beberapa hari akan datang.
“Lonjakan kemasukan orang hanyut akan berlaku dalam empat hingga lapan hari akan datang,” lapor akhbar Daily Telegraph dengan memetik sumber tentera laut.
Akhbar The Australia memetik pelarian di Malaysia sebagai meramalkan gelombang bot-bot orang hanyut akan berlepas dalam masa beberapa hari lagi. – Agensi, utusan

Tiga askar terbunuh dalam insiden berbalas tembakan

ISLAMABAD 1 Sept - Tiga askar Pakistan terbunuh dan seorang anggota tentera India tercedera dalam insiden berbalas tembakan di sempadan wilayah Kashmir.
Menurut pihak berkuasa, kedua-dua pihak menuduh satu sama lain yang memulakan pertempuran itu di seluruh sempadan de facto berhampiran banjaran Himalaya.
“Ini merupakan kejadian maut pertama dalam tempoh tiga bulan ini,” katanya.
Tambahnya, kejadian itu berlaku ekoran langkah-langkah tentatif diplomatik yang sedang diambil bagi proses perdamaian antara India dan Pakistan yang berperang dalam menuntut wilayah Kashmir.
“Insiden ini hanya berlaku sekali-sekala di seluruh sempadan atau dikenali sebagai Garisan Kawalan (LOC) dan kedua-dua pihak biasanya menuduh sesama mereka memulakan serangan,” ujarnya. – AFP

Kaji akta hina monarki

BANGKOK: Lebih 100 ahli akademik antarabangsa menggesa Thailand mengkaji semula undang-undang ketat negara itu terhadap kesalahan menghina anggota monarki dengan alasan ia menyalahi hak asasi manusia.
Dalam surat terbuka kepada Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra, mereka turut menggesa kerajaan mengkaji semula kes pesalah yang disabitkan dengan kesalahan menderhaka dan membebaskan dengan ikat jamin mereka yang masih dibicarakan di mahkamah atas kesalahan sama. Di bawah undang-undang Thailand, mereka yang didapati bersalah menghina raja, permaisuri, pewaris atau pemangku raja berdepan dengan hukuman 15 tahun penjara bagi setiap kesalahan. Bilangan kes menderhaka kepada raja semakin meningkat sejak 2005.

“Penyalahgunaan politik menyaksikan hak asasi manusia dicemari di Thailand,” kata Profesor Pengajian Asia di Universiti Chapel Hill di Carolina Utara, Amerika Syarikat, Kevin Hewison. “Penapisan laman sesawang, media dan dakwaan terhadap kesalahan tidak setia bermakna kekangan serius ke atas kebebasan,” katanya antara 112 ahli akademik yang menandatangani surat berkenaan. Yingluck, adik kepada bekas perdana menteri dalam buangan Thaksin Shianwatra, berkata selepas kemenangannya bulan lalu bahawa undang-undang terbabit tidak patut disalah gunakan, ekoran beberapa kes berprofil tinggi yang dikenakan ke atas penyokong abangnya.

Namun, sebagai tanda beliau tidak mahu mewujudkan konfrantasi secara langsung dengan golongan elit negara itu, kerajaan pimpinannya minggu lalu berikrar akan membentuk ‘bilik perang’ bagi membanteras segera hinaan secara dalam talian yang dilemparkan terhadap anggota monarki di Thailand. - AFP, hmetro

Zuma pertikai campur tangan Nato

OSLO: Afrika Selatan tidak bersetuju dengan campur tangan tentera Nato di Libya dan tidak mahu turut serta dalam persidangan di Paris, semalam yang bertujuan untuk membina semula negara yang musnah akibat perang itu, kata Presiden Jacob Zuma.
“Kami tidak gembira dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 1973 mengenai zon larangan terbang yang dikenakan bagi membenarkan serangan udara ke atas Libya,” kata Zuma dalam sidang akhbar ketika lawatannya ke Norway.

“Di sebalik PBB yang memimpin proses itu...Nato yang bertanggungajwab dalam proses itu, kami dapati ada negara tertentu dan terlalu ramai yang terbabit dalam proses pembinaan semula Libya. Keadaan itu mengetepikan semua pihak penting yang terlibat,” katanya. - AFP, hmetro

14 banduan Iraq larikan diri ikut terowong penjara

MOSUL: Seramai 14 banduan yang disabitkan dengan kesalahan keganasan melarikan diri dari penjara melalui sebuah terowong di bandar raya ini, di utara Iraq, semalam, kata pegawai keselamatan.
“Kira-kira 35 banduan cuba melarikan diri dari penjara al-Faisaliyah di tengah Mosul,” kata polis wilayah Nineveh, Kolonel Mohammed al-Juburi. Katanya, petugas keselamatan dapat menahan 21 banduan, tetapi 14 lagi dapat meloloskan diri.

Menurutnya, semua 35 banduan itu disabitkan dengan kesalahan keganasan, sambil menambah perintah berkurung sudah dikuatkuasakan di Mosul pada jam 8 pagi semalam ekoran kejadian itu. Jurucakap polis Nineveh, Kolonel Rahim al-Shammari, berkata banduan dapat melarikan diri melalui terowong di bawah penjara itu yang berukuran 50 meter panjang.

Sebelum itu, Mohammed berkata, tiada pertempuran di antara banduan dan polis berlaku ketika insiden itu. Namun, pegawai prubatan Hospital City, Dr Mohammed Salem, berkata hospital itu menerima dua banduan yang cedera akibat terkena peluru di kaki mereka. - AFP, hmetro

Pendaki Britian maut lepas ditimpa batu

LONDON: Seorang daripada pendaki ternama Britain terbunuh selepas ditimpa batu - yang jatuh tanpa sengaja angkara teman wanitanya, lapor kenyataan dalam inkues mengenai kematian pendaki itu, semalam.
Jonathan Woods, 36, mendaki setinggi 45.72 meter tebing berbatu di Bosherston, Pembroke, barat Wales, bersama teman wanitanya, Victoria Ashton ketika tragedi itu.

Dalam inkues dijalankan, Victoria dikatakan menendang kakinya ke permukaan tebing berbatu itu menyebabkan serpihan batu jatuh lalu menimpa teman lelakinya yang berada di bawah. Victoria, 30, menjerit ketika melihat Woods ditimpa batu itu ketika memandang ke bawah.

Woods - yang dikenali sebagai Woody jatuh dari ketinggian 21.3 meter selepas ditimpa batu berkenaan. - DM
hmetro   

Kembali miskin


BEDAH...duit simpanan hari tua dicuri anak
BEDAH...duit simpanan hari tua dicuri anak

JAH...pampasan tidak beri kebahagiaan
JAH...pampasan tidak beri kebahagiaan

SEREMBAN: Benarlah kata pepatah, seorang ibu mampu menjaga 10 anak, namun anak yang ramai belum tentu boleh menjaga ibu seorang. Itulah yang dialami bekas peneroka Felda Lyndon B Johnson (LBJ) di Labu, dekat sini, Bedah Ahmad (bukan nama sebenar), 80, yang ditinggalkan bersendirian di hujung usianya.
Biarpun dikurniakan lapan anak, 50 cucu dan 28 cicit, ia tidak menjamin kebahagiaan Bedah kerana tiada siapa sanggup menemaninya kecuali menantu sulung yang menjenguknya sekali-sekala.
Bedah yang tinggal bersendirian di rumah tinggalan arwah suami di Kampung LBJ, Labu, di sini, berkata, dia hanya mengharapkan belas ihsan jiran dan penduduk kampung terutama ketika sakit peningnya.

“Walaupun menantu sulung ada mengajak tinggal sekali, nenek tidak sanggup duduk sebumbung dengan anak yang tidak mempedulikan ibunya. Mereka tidak pernah datang menjenguk kecuali jika perlukan duit.


“Ketika baru menerima pampasan RM1.5 juta daripada kerajaan 13 tahun lalu, semua anak pasti pulang setiap hujung minggu dan berkumpul tapi itu semua hanya tinggal kenangan sebaik duit dibahagikan sesama mereka,” katanya ketika dikunjungi Harian Metro di rumahnya., hmetro

Aziz dapat anak merdeka


PENGARAH terkenal, Aziz M Osman, 48, dan isteri, Puteri Salbainun Lokman, 22, cahaya mata mereka Puteri Nur Azzara yang lahir pada 11.17 malam 31 Ogos 2011 di mana Malaysia menyambut hari Kemerdekaan ke-54 di sini, hari ini. - Foto BERNAMA, bharian


KUALA LUMPUR: Bagi Faizul Harris Mohamad Kamal dan isteri, Norzainab Paee, kedua-duanya 38 tahun, sambutan Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan ke-54 tahun ini memberi kebahagiaan berganda kepada mereka kerana dikurniakan sepasang kembar perempuan.
Norzainab menangis kegembiraan sebaik memangku Kayla Fara dan Kaysha Zara, anak pertama pasangan itu selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga, di Pusat Perubatan Tropicana di sini, semalam.

“Ia perayaan tiga kali ganda bagi keluarga saya, kerana kelahirannya pada Hari Merdeka menandakan berakhirnya penantian kami selama 11 tahun. Mereka anugerah kami, hadiah daripada Allah,” kata Faizul kepada Bernama dalam nada emosi.

Norzainab yang berasal dari Kuching berkata beliau tidak menghadapi masalah ketika mengandung, membolehkannya menyempurnakan ibadah puasa.

Kedua-dua bayi kembar itu yang seberat 2.35 kilogram (kg) dan 1.59kg, dilahirkan melalui kaedah persenyawaan in vitro (IVF). Pusat perubatan itu menyambut bayi Hari Merdeka pertama seorang bayi lelaki seberat 3.9kg pada jam 10.30 pagi, semalam. “Dia anak pertama kami dan akan menamakannya Nicholas Yeow Tze E,” kata Agnes Yap Voon Kean, 34, dengan bangga.

Yap, seorang usahawan dari Perlis berkata, dia dijangka melahirkan anak pada 28 Ogos tetapi tidak menyangka bayinya lahir tiga hari kemudian.



Turut berkongsi kegembiraan, pelakon dan pengarah Aziz M Osman, 48, dan isteri, Puteri Salbainun Lokman, 22, yang menyambut kelahiran Puteri Nur Azahra di Pusat Perubatan Pantai.

“Ini bayi sempena Merdeka dan raya yang mempunyai semangat 1Malaysia,” kata Aziz mengenai bayi perempuannya, seberat 3.74kg yang lahir pada jam 11.17 malam.- Bernama, hmetro

11 bayi jadi anak angkat kerajaan Malaysia

NASIB 11 bayi dan kanak-kanak Somalia bakal berubah apabila mereka dijadikan anak angkat kerajaan Malaysia dan dibawa pulang ke Kuala Lumpur oleh pasukan misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia yang kini berada di negara itu sehingga Ahad depan.

Projek perintis dicadangkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang menerajui Badan Amal dan Tenaga Kebajikan Isteri-isteri Menteri (BAKTI) itu sebagai tanda simpati rakyat Malaysia terhadap nasib rakyat Somalia yang menderita akibat kebuluran dan perang saudara.
Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata pihaknya kini sedang berbincang dengan kerajaan Somalia dan berharap projek itu dapat direalisasikan.
“Kita kini masih pada peringkat perbincangan bagi mendapatkan persetujuan kerajaan Somalia dan jika mereka bersetuju, kita akan bawa pulang 11 bayi dan kanak-kanak berusia antara enam bulan hingga 11 tahun terlebih dulu.

“Untuk permulaan, kita akan cuba membawa pulang bayi dan kanak-kanak yang sudah menjadi yatim piatu, sihat dan bebas dari sebarang penyakit dan mereka ini akan dijadikan anak angkat di bawah projek Permata Negara,” katanya.

Terdahulu, pasukan misi bantuan diketuai Abdul Azeez menyampaikan bantuan makanan termasuk makanan ringan kepada 120 kanak-kanak dan 140 wanita bersama bayi mereka di Hospital Dar-ar Shifa yang turut dijadikan tempat perlindungan sementara.

Kebanyakan kanak-kanak yang berlindung di hospital itu adalah anak yatim piatu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia akibat peperangan dan kebuluran.
Ada di antara mereka terpisah daripada keluarga ketika perang dan kehidupan yang terlalu daif turut memaksa kanak-kanak itu merayau mencari makanan sendiri. bharian

Gibson bayar bekas kekasih RM2.24 juta

LOS ANGELES – Pelakon terkenal, Mel Gibson akan membayar sebanyak AS$750,000 (RM2.24 juta) kepada bekas kekasihnya yang merupakan seorang ahli muzik Rusia, Oksana Grigorieva.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Peter Lichtman kelmarin berhubung perbalahan melibatkan Gibson dengan bekas kekasihnya itu.
Gibson juga diarahkan supaya meneruskan bayaran pembelian sebuah rumah melibatkan jutaan dolar kepada bekas kekasihnya.
Pelakon itu turut diarahkan supaya memberikan bantuan kewangan kepada seorang anak perempuannya hasil hubungan mereka.
Hakim berkenaan menegaskan bahawa Grigorieva tidak dibenarkan untuk mengemukakan kes sivil ke atas aktor tersebut kerana perbalahan mereka sudah diselesaikan menerusi pembiayaan daripada Gibson.
Gibson dan Grigorieva juga tidak dibenarkan untuk bercakap atau menulis mengenai masalah hubungan mereka. – Agensi, kosmo