Showing posts with label hosni mubarak. Show all posts
Showing posts with label hosni mubarak. Show all posts

Thursday, August 4, 2011

Hosni Mubarak dibicarakan



Hosni Mubarak berbaring dalam kandang tertuduh mahkamah khas di Akademi Polis Kaherah dalam gambar yang dipetik dari video, semalam. – REUTERS


KAHERAH 3 Ogos – Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dan dua anak lelakinya mengaku ‘tidak bersalah’ apabila mereka dihadapkan ke mahkamah hari ini atas tuduhan rasuah dan terlibat dalam pembunuhan penunjuk perasaan.
Perbicaraan bersejarah terhadap bekas Presiden itu bermula di sini beberapa bulan selepas pemerintahan beliau selama 30 tahun berakhir dalam pemberontakan rakyat.
“Saya menafikan sama sekali semua tuduhan itu,” kata Mubarak di kandangan tertuduh.
Beliau yang kelihatan pucat dan berpakaian serba putih terbaring di atas pengusung yang diletakkan di dalam kandang tertuduh di bilik mahkamah yang didirikan di Akademi Polis Kaherah, sementara dua anak lelakinya, Alaa dan Gamal berdiri di sisinya.
Kedua-dua mereka juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan membunuh penunjuk perasaan antirejim semasa pemberontakan rakyat itu.
Bekas Menteri Dalam Negeri, Habib al-Adly dan enam timbalannya turut dihadapkan ke mahkamah dalam kes yang sama.
Mubarak dilihat bercakap dengan Alaa dan Gamal yang nampak tenang sepanjang perbicaraan yang disiarkan secara langsung di televisyen Mesir.
Kemunculan bekas Presiden itu adalah yang pertama di khalayak ramai sejak beliau disingkirkan pada 11 Februari lalu.
Hakim Mahkamah Jenayah Kaherah, Ahmed Refaat berkata, perbicaraan ditangguhkan pada 15 Ogos ini dan sesiapa yang dilihat mengganggu prosiding akan diusir.
Kesemua defendan tersebut dituduh menggelapkan wang kerajaan berjumlah berjuta-juta dolar dan mengarahkan pembunuhan penunjuk perasaan semasa pemberontakan 25 Januari yang membawa kepada kejatuhan Mubarak.
Lebih 1,000 anggota polis dan askar berkawal di sekitar kompleks itu dan memeriksa kira-kira 600 peguam dan wartawan yang hadir.
Mubarak sebelum itu dibawa ke Kaherah dengan pesawat dari pusat peranginan Sharm el-Sheikh di mana beliau ditahan di sebuah hospital.
Berpuluh-puluh penyokong setia Mubarak bertempur dengan penentang beliau di luar mahkamah, dengan membaling batu ke arah satu sama lain, sebelum segera dileraikan oleh pasukan keselamatan. – AFPutusan

Thursday, June 2, 2011

Mubarak, dua anak dibicara Ogos ini


KAHERAH: Bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak yang digulingkan berikutan bantahan rakyat serta dua anak lelakinya, Alaa dan Gamal akan dihadapkan ke mahkamah Ogos ini atas tuduhan membunuh penunjuk perasaan yang boleh membawa hukuman mati.


Mubarak yang digulingkan 11 Mac lalu, sebelum ini disoal siasat berhubung kes rasuah dan peranan beliau dalam tindakan keras ke atas penunjuk perasaan yang menyebabkan 840 orang terbunuh.
Alaa dan Gamal akan dibicara bersama Mubarak dan seorang lagi tertuduh, ahli perniagaan Hussein Salem yang rapat dengan keluarga itu. – Reuters
Berita Harian Online | Mubarak, dua anak dibicara Ogos ini

Thursday, April 14, 2011

Hosni, 2 anak ditahan


KAHERAH: Pendakwa raya Mesir semalam mengumumkan menahan Hosni Mubarak selama 15 hari bagi membolehkan bekas presiden itu disiasat atas dakwaan rasuah, salah guna kuasa dan membunuh penunjuk perasaan.
Pengumuman itu adalah perkembangan dramatik terkini terhadap pemimpin diktator Mesir itu dan dibuat beberapa jam selepas dia dimasukkan ke hospital di Sharm el-Sheikh kerana masalah jantung.

Sejak disingkirkan pada 11 Februari lalu, rakyat menuntut pihak berkuasa menyiasat salah laku Hosni serta kebanyakan menterinya.

Penahanan itu diumumkan pejabat pendakwa raya dalam Facebook.

Selain rasuah, Hosni, 82, juga disiasat atas penyelewengan dana awam dan salah guna kuasa untuk kepentingan peribadi.

Dalam pengumuman berasingan beberapa jam sebelumnya, pendakwa raya menyatakan dua anak lelaki Hosni disoal siasat dan ditahan.

“Pendakwa raya mengarahkan penahanan Hosni dan anaknya, Gamal dan Alaa, selama 15 hari untuk siasatan,” kata pengumuman terbaru itu.

Dipercayai Hosni akan terus berada di hospital sepanjang tempoh penahanan itu.

Akaun Facebook itu dibuka sebagai cara Kementerian Keadilan berhubung dengan keluarga mangsa pembunuhan dan keganasan sepanjang tempoh 18 hari protes menggulingkan Hosni pertengahan Februari lalu.

Di sebalik siasatan itu, hubungan tentera - yang mentadbir Mesir sejak Hosni disingkirkan - dan penunjuk perasaan menjadi buruk sejak beberapa minggu lalu.

Menurut penunjuk perasaan, siasatan lembap dijalankan. Mereka juga mengecam tentera kerana berbaik-baik dengan rejim lama serta lewat mengheret Hosni untuk dibicarakan ketika beratus-ratus orang awam ditahan di penjara kerana menunjuk perasaan bulan lalu.

Sesetengah mereka dibicarakan di mahkamah tentera. - AP

Wednesday, February 9, 2011

Kekayaan keluarga Mubarak cecah RM212b






KAHERAH - Kekayaan keluarga Presiden Mesir, Hosni Mubarak boleh mencecah AS$70 bilion (RM212 bilion), di mana kebanyakan kekayaannya berada dalam Bank Britain dan Switzerland atau terikat dengan hartanah di London, New York, Los Angeles dan sepanjang pantai Laut Merah, menurut analisis Timur Tengah, kelmarin.

Selepas 30 tahun memerintah, Mubarak mempunyai akses kepada transaksi pelaburan yang membawa pulang keuntungan ratusan juta pound.

Agensi akhbar Arab, Al Khabar melaporkan, Mubarak mempunyai harta di Manhattan, New York dan Beverly Hills, California.

Profesor fakulti politik sains Universiti Princeton, Amaney Jamal berkata, anggaran kekayaan yang dimiliki Mubarak setanding dengan kekayaan pemimpin besar di negara Teluk yang lain.

"Keuntungan yang dikaut kebanyakannya daripada khidmatnya dalam tentera dan kerajaan di kumpul untuk kekayaan peribadinya. Berlaku banyak kes rasuah dalam rejim ini.

"Ini adalah corak diktator Timur Tengah supaya keyaan mereka tidak diambil ketika berlaku peralihan kuasa," katanya.

Laporan Al Khabar menunjukkan beberapa syarikat besar negara Barat yang bekerjasama dengan Mubarak, menghasilkan pendapatan sekitar AS$15 juta (RM46 juta) setahun.
SH

Thursday, January 27, 2011

Kisah si tua dari Mesir





beritaislamglobal.blogspot.com
Protes berlangsung di jalan-jalan Kaherah. Mereka menyatakan 25 Januari, sebagasi hari 'Revolusi'. Mereka ingin menjatuhkan Hosni Mubarak yang sudah berkuasa lebih dari 30 tahun. Mubarak yang sudah 'tua' itu, nampaknya tetap mendapatkan jaminan dan dukungan AS.

Setiausaha Negara AS, Hillary Rodham Clinton, menyatakan, bahwa Mesir tetap stabil. Inilah bahasa yang diucapkan oleh orang kedua AS, yang nampaknya tetap mendukung Hosni Mubarak. Kejatuhan Mubarak akan menyebabkan terjadi 'tsunami' politik di seluruh Timur Tengah. Mubarak merupakan sekutu utama Israel dan AS. Selama beberapa dekad, posisi Mesir sebenarnya untuk menjadi 'penjaga' kepentingan Israel dan AS di Timur Tengah. Mesir menjadi alat Israel dan AS menghadapi kekuatan Islam, yang akan mengancam kepentingan kedua negara itu.

Mesir bukan Tunisia. Mesir memiliki jumlah penduduk 80 juta. Secara geopolitiknya sangat strategik. Negara yang bilangan penduduknya terbesar di Timur Tengah. Bila Mubarak runtuh, maka seluruh kawasan Timur Tengah akan berubah. Mesir menjadi taruhan bagi kepentingan Barat di kawasan itu.

Persoalannya siapa yang akan menggantikan Mubarak? Adakah regim baru yang dapat menerima kepentingan Israel dan Barat? Ini persoalan utama. Israel dan AS akan menjaga regim yang sudah 'tua' ini, sampai menemui pengganti, yang diyakini dapat menjaga kepentingannya di kawasan itu. Israel dan Barat sekali-kali tidak akan membiarkan Mesir jatuh ketangan kelompok Islamis. Setidak-tidaknya Israel dan AS akan mencari tokoh-tokoh dan kelompok yang moderat, dan dapat menerima kepentingan mereka.

Organisasi pembangkang terbesar di sepanjang sejarah politik Mesir adalah Ikhwanul Muslimin. Kelompok ini lahir tahun 1928, yang didirikan oleh Hasan al-Banna, dan sekarang telah berkembang di seluruh dunia.



Gerakan ini hampir dengan politik, dan terus berkembang sebagai sebuah gerakan. Tahun 2005 Ikhwan menyertai pilihanraya umum melalui calon bebas dan mendapatkan 20 peratus atau 88 kerusi di parlimen. Tetapi, pada pilihanraya umum tahun 2010 yang lalu, Ikhwan gagal memperolehi walau satu pun kerusi, akibat disekat oleh Mubarak.

Mubarak tidak menginginkan kekuatan pembangkang di Mesir ini terus berkembang. Mubarak hanya memberikan 3 peratus kerusi parlimen Mesir kepada pembangkang. Ini sememangnya tidak memberi apa-apa makna. National Democratic Party (NDP), parti Mubarak yang menang secara mutlak dalam pilihanraya umum parlimen yang lalu, dan menguasai parlimen seluruhnya. Kemenangan NDP sudah di rancang, supaya transisi kekuasaan yang akan dijalankan Mubarak dapat berjalan dengan lancar. Pembangkang mesti disekat, supaya perubahan politik dapat dijalankan sesuai dengan senarionya.

Washington, melalui Hillary pula, berkata bahawa Mesir berada dalam keadaan stabil selama 30 tahun. Tetapi, Mesir dibawah kendalian regim diktator, yang menolak demokrasi, dan menggunakan institusi ketenteraannya, seperti tentera, polis, dan badan perisikan menamatkan riwayat lawan-lawan politiknya.

Mubarak sudahpun membina sebuah empayar kekuasaan, sementara parlimen hanyalah sebuah institusi yang tidak memiliki fungsi apa-apa. Keadaan seperti ini sudah menjadi kebiasaan di seluruh dunia Arab di mana kekuasaan itu seolah-olah seperti perniagaan peribadi. Parti pemerintah menjadi parti tunggal dan berkuasa mutlak. Undang-undang dijadikan alat kekuasaan untuk menyekat lawan-lawan politiknya. Jadi, kestabilan politik yang diciptakan Mubarak hanyalah bayang-bayang. Demokrasi yang sejati adalah sebuah kekuasaan yang bersumber dari rakyat melalui pemilihan yang jujur, bebas, dan tanpa campur-tangan. Di Mesir semua itu sudah tidak ada lagi.

AS dan Barat telah melakukan sikap 'double standard' dengan membiarkan regim-regim diktator yang datang bukan dari pilihan rakyat. Ini hanya akan menimbulkan ancaman terhadap kestabilan yang boleh meletus pada bila-bila masa. Tidak ada jaminan yang pasti tentang situasi dan masa depan Mesir yang sekarang ini menghadapi situasi yang mirip seperti Tunisia.

Pemimpin Mesir itu sudah terlambat untuk memenuhi aspirasi rakyatnya yang sekarang ini berada di jalan-jalan meluahkan kemarahan mereka. Gerakan ini terus kecewa di tengah situasi yang semakin tidak menentu, sementara Mubarak nampaknya masih begitu yakin dapat menghadapi segala-galanya.

Kejatuhan Mubarak dari kekuasaannya dijangka mempunyai kesan domino, yang secara asasnya akan mengubah seluruh kepentingan Israel dan AS di Timur Tengah kerana selama ini Mubarak dilihat sebagai tokoh utama dalam politik untuk membendung kebangkitan Islam.



Selama ini Mesir telah digunakan secara efektif bagi menghadapi Hamas di Gaza oleh Israel. Mubarak bersama dengan Raja Abdullah juga digunakan untuk menghadapi ancaman nuklear Iran. Mubarak juga digunakan oleh Israel dan AS menghadapi perubahan politik di Iraq, dan Lubnan, yang sangat menimbulkan kebimbangan Israel dan AS. Jatuhnya kabinet Hariri, dan sekarang digantikan seorang tokoh baru, yang lebih pro Hisbullah, sangat mengancam keamanan Israel. Sekarang Lubnan sudah berada di dalam cengkaman Hisbullah.

Israel dan AS ingin mencari pengganti Mubarak yang dapat diajak berdialog dan berunding, dan tidak membahayakan kepentingannya. Mohammad el- Baradei (gambar bawah), yang pernah mengepalai pasukan IAEA, sekarang ini berada dikalangan pembangkang, dan mula melakukan serangan terhadap Mubarak secara berdepan. Mungkin el Baradei ini akan menjadi alternatif yang dapat di terima Barat, khususnya Israel dan AS.



Tentera pula mula bersikap neutral menghadapi situasi di Mesir, dan tidak ingin melakukan konfrontasi secara total dengan gerakan pembangkang yang sekarang terus berlangsung di Mesir yang ingin menjatuhkan regim diktator. Israel dan AS sudah mula menyusun strategi menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku.

Bekas perwira angkatan tentera udara yang sudah berkuasa selama tiga dekad ini, sekalipun masih mempunyai keyakinan diri, sudah ditinggalkan anaknya Gamal (gambar bawah), yang lari bersama dengan keluarganya ke London. Mubarak sudah tiada lagi pilihan untuk menggantikan kekuasaan dari dinasti keturunannya. Ia menghadapi hari-hari terakhir kekuasaannya. (m/nk)



Berita Islam Global: Kisah si tua dari Mesir