Thursday, May 29, 2014

Keadaan di Thailand bertambah baik


  • thailand

BANGKOK- THAILAND. Keadaan politik Thailand yang semakin tenang mendorong junta tentera membebaskan lebih banyak bekas anggota Kabinet daripada tahanan dan sedang menimbang untuk memendekkan atau menarik balik perintah berkurung.

Kol. Werachon Sukondhapatipak, timbalan jurucakap Majlis Keamanan dan Ketenteraman Awam Kebangsaan, berkata perintah berkurung mungkin ditarik balik atau tempohnya dipendekkan di wilayah aman dan kawasan pelancongan.

"Kami tidak pasti bila akan menimbangnya, minggu depan atau mungkin sebelum minggu depan, ia bergantung pada keadaaan," katanya.

Werachon berkata beliau juga akan cuba menunda kepada minggu depan majlis untuk memberi penerangan kepada media asing di Kelab Pewarta Asing Thailand tentang rampasan kuasa yang berlaku di negara ini setelah membatalkan majlis itu
yang sepatutnya diadakan pada pukul 6 petang ini.

Perintah berkurung mendorong banyak pelancong beralih ke tempat lain dan menyebabkan banyak bilik hotel di Bangkok kosong serta menjejaskan pendapatan mereka yang bergantung pada kegiatan pelancongan.

Antara yang dibebaskan ialah Niwatthamrong Boonsongpaisarn, bekas Pemangku Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan sebelum tentera mengambil alih kuasa dan membubarkan Kabinet.

Tahanan lain yang turut dibebaskan ialah Surapong Tovichakchaikul, bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar, Chartchart Sittipunt, bekas Menteri Pengangkutan dan bekas menteri serta anggota Pheu Thai Party dan bekas anggota Parlimen pembangkang Tankun Jit-Issara.

Pemimpin utama Kumpulan Baju Merah termasuk Jatuporn Prompan, Nattawut Saikue, Thida Thawornset, Weng Tojirakarn dan Weerakarn Musikkapong dibebaskan semalam. - Bernama

Raja Nazrin Shah ditabal Sultan Perak yang baharu


HARAKAHDAILY | .
IPOH: Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah diisytiharkan sebagai Sultan Perak yang baharu ekoran kemangkatan Sultan Azlan Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah semalam.

Pengisytiharan perlantikan itu diumumkan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin pada istiadat yang diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar kira-kira jam 3.15 petang tadi.
Ia kemudian diikuti oleh pengakuan sumpah Raja Nazrin bahawa baginda akan memerintah dengan adil berdasarkan hukum Allah.
Raja Nazrin, 58, kini dikenali sebagai Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Istiadat ini dijalankan sebelum istiadat pengebumian jenazah Sultan Azlan Shah yang dijadual selepas Asar nanti.

Perlantikan Raja Nazrin menjadikan baginda adalah Sultan Perak yang ke 35.

Istiadat perlantikan dan pengisytiharan itu turut disiar secara langsung oleh beberapa stesyen televisyen negara. - HARAKAHDAILY 29/5/2014

Adam Corrie Mahu TV3 Henti Sebar Fitnah

Pelakon Adam Corrie meminta stesen televisyen TV3 berhenti dari memfitnahnya dengan mengatakan dirinya merupakan seorang ahli parti PAS sehingga dia telah digam oleh stesen televisyen berkenaan.


Adam Corrie

"Saya mula menyedari tentang hal ini tahun lalu. Pada waktu itu, saya telah ditawarkan untuk memegang watak utama dalam sebuah telemovie berjudul "Zikir Tanpa Bibir".

"Setelah telemovie itu siap sepenuhnya, produsernya ada berjumpa dengan pihak TV3 untuk mendapatkan hak penyiaran.

"Namun, sejurus mereka mendengar nama saya, telemovie tersebut ditolak mentah-mentah. Mereka memberikan alasan bahawa saya merupakan ahli PAS," katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

Tambah Adam yang memeluk Islam pada 13 Julai 2007 lagi, selepas telemovienya ditolak mentah-mentah oleh TV3, malah program ilmu berjudul "Muhammad Ku" yang turut menampilkannya dalam dua episod turut dipotong dan digantikan dengan orang lain.

"Baru-baru ini saya telah dijemput untuk menghadiri rakaman program ilmu berjudul "Muhammad Ku". Namun setelah merakamkan sebanyak dua episod, produser rancangan itu menghubungi saya dan memberitahu, khidmat saya tidak diperlukan lagi.

"Tambah produser itu lagi, babak yang melibatkan penampilan saya telah dipotong dan digantikan dengan orang lain."

Dalam pada itu, Adam meminta pihak TV3 yang mendakwa dirinya seorang ahli PAS untuk tampil berikan bukti.

"Jika benar saya merupakan ahli PAS, buktikan. Saya terkilan kerana ada antara selebriti yang secara terang-terangan terlibat dengan parti tersebut tetapi masih dibenarkan muncul dalam drama pada slot waktu perdana."http://www.sentiasapanas.com/2014/05/adam-corrie-mahu-tv3-henti-sebar-fitnah.html

Akaun ASB Di Bekukan Selepas Anda Meninggal!

Masih ramai pelabur ASB yang tak tahu perkara yang akan saya tu

lis di bawah. Jadi saya berpendapat elok jika dapat saya kongsikan bersama masyarakat bumiputera kita.

ASB

Ramai di antara kita mempunyai pelaburan saham ASB, tak kiralah sama ada secara pelaburan terus mahupun secara pinjaman atau lebih popular ASB Loan. Walau macam mana sekalipunmethod pelaburan ASB yang anda lakukan, ada satu perkara yang anda perlu ketahui iaitu..

Simpanan dan pelaburan anda di ASB akan dibekukan selepas kematian anda. Ya! Segala simpanan dan pelaburan anda di ASB dibekukan sejurus anda meninggal dunia (Akta Probate 1959).
Untuk makluman anda juga, tiada penamaan pada simpanan dan pelaburan anda di ASB kecuali jika anda telah melaksanakan pengisytiharan amanah (produk baru ASB).

Dan saya percaya rata-rata pelabur ASB tidak membuat pengisytiharan amanah kerana sebab berikut:
  1. Caj pengurusan yang dikenakan ASNB untuk pengisytiharan amanah
  2. Pelabur sendiri tak pernah tahu & tak mahu ambil tahu hal ini
  3. Pelabur rasa belum nak mati lagi untuk penamaan dan tak pernah rancang masa akan datang

Lihat screenshot laman web ASB atau klik [SINI] kalau masih tak percaya selagi tak baca. Saya petik ambil part yang penting sahaja, nak penuh boleh teruskan di laman ASB.

ASB-Linta-Darat

Bagi saya, tiada guna kalau ketika hidup kita bersusah payah, ikat perut untuk menyimpan duit kalau akhirnya lepas meninggal kesemua duit tersebut DIBEKUKAN macam tu aja.

Nak jadi pelabur, jadilah pelabur yang cerdik. Untuk apa anda sumbangkan simpanan anda ke dalam kumpulan wang tak dituntut sedangkan ahli keluarga yang masih hidup terpaksa catu makan minum selepas anda meninggal dunia kerana kedaifan anda mengurus simpanan dan pelaburan anda ketika hidup. Nak letak penama pun berkira-kira, akhirnya duit tu tak kemana.

Bila saja berlaku kematian pada pemilik akaun ASB, dengan serta merta pelaburan ASB akan dibekukan, duit dalam ASB bukan terus dapat pada anak, pada pasangan mahupun ibu bapa yang masih hidup.

Tak kira la dalam ASB tu ada RM 100,000 mahupun RM10 sekali pun.

Beku tetap beku. That's the rule.

Bila duit dah beku, keluarga atau waris yang menuntut perlu dapatkan Surat Tadbir Pusaka bagi membolehkan pengeluaran duit ASB si mati dilakukan.

Prosedur-Rumit-ASB

Jika selama ini berpendapat bahawa keluarga anda terima semua simpanan anda setelah anda dapat title 'arwah', anda SILAP BESAR!

Sebaliknya keluarga anda menderita. Kenapa? Duit anda dahlah dibekukan. Bagi yang buat pelaburan secara ASB loan lagi la naya. Mana tak nayanya, anda ingat bank hapuskan hutang loan ASB macam tu saja kalau meninggal dunia?

Siapa nak tanggung hutang tu? Siapa lagi kalau bukan waris anda. Sebab tu ada bank yang bijak, dia kenakan caj insuran secara monthly basis ke dalam pembiayaan ASB loan anda supaya bila anda meninggal dunia, hutang tu dapat ditebus melalui insuran. Bank adalah organisasi yang tak akan buat bisnes yang tak memberi keuntungan pada mereka, ingat tu!

Apabila harta simpanan sudah dibekukan, waris anda perlu mendapatkan Surat Tadbir Pusaka, kena kumpul waris-waris yang masih hidup yang lain untuk pengagihan baki pelaburan.

Kebiasaannya proses ini memakan masa berbulan lamanya, malah ada yang memakan masa bertahun-tahun namun masih tak selesai tuntutan harta si mati bergantung kepada kes.

Dan disini, pengurus surat tadbir pusaka akan caj 4% untuk uruskan harta yang nak diagihkan. Kalau 4% daripada RM100,000, dah berjumlah RM4,000 (boleh buat upah haji 2x).

Andai kata ada pertelingkahan dalam urusan agihan, maka makin panjang masa akan diambil untuk duit pelaburan yang telah dibekukan sampai kepada keluarga kita terutama sekali anak, pasangan dan ibu bapa.

Prosedur-Rumit-ASB [2]

Maka tak hairan la kenapa sehingga kini masih terdapat RM40 bilion harta umat Islam yang telah meninggal dunia dibekukan.

Kenapa boleh timbul pertelingkahan?

Kerana pembahagian adalah berdasarkan faraid. Termasuk pelaburan ASB si mati.

Jika anda sebagai isteri yang baru kematian suami, dengan andaian jumlah pelaburan arwah suami RM100,000, anda hanya layak terima 1 bahagian sahaja (rujuk kalkulator faraid dan tertakluk kepada bilangan ahli keluarga waris yang masih hidup yang layak menerima harta faraid).

Prosedur-Rumit-ASB [3]

Setelah ditolak agihan mengikut faraid, si balu mungkin menerima beberapa ribu ringgit dari jumlah RM100,000. Jadi jika ada menyimpan dengan jumlah besar dalam ASB, tercapaikah hasrat anda untuk anda agihkan duit tersebut terus ke anak, pasangan atau ibu bapa anda dengan jumlah yang anda sendiri tentukan untuk mereka?

Saya tidak mempertikaikan pembahagian harta secara faraid, jauh sekali untuk menolak hukum faraid. Tetapi di sini saya ingin memberi tahu kepada semua pelabur ASB bahawa terdapat alternatif agihan simpanan ASB selepas meninggal dunia iaitu melalui pengisytiharan amanah dan konsep hibah (hadiah).

Jadi, anda sebagai pelabur ASB boleh terus menamakan keluarga anda untuk menerima jumlah hibah jika anda meninggal dunia nanti tanpa perlu agihan faraid. Cara ini lebih baik untuk anda pastikan waris anda yang mana perlu menerima duit yang telah anda laburkan dan mengelakkan berlakunya perselisihan keluarga setelah anda meninggal dunia nanti.

Pemegang amanah asnb

Maklumat lanjut kunjungi mana-mana cawangan ASB terdekat anda untuk maklumat lanjut.

Namun, jika anda ragu-ragu tentang ke mana arah simpanan ASB anda setelah meninggal dunia, sila berhubung terus dengan pejabat ASB dan pilihlah HIBAH amanah untuk kesenangan keluarga anda nanti.

Perbandingan Simpanan ASB dan Takaful

Jangan bekukan harta anda setelah kematian anda nanti. Kesian anak-anak, pasangan dan ibu bapa.

Sumber: Tengoktvonline.blogspot.com

Alahai Abu Backer Sidek...


  • Mohd Iskandar (kanan) ketika menghadiri sidang media Abu Backer Sidek.Mohd Iskandar (kanan) ketika menghadiri sidang media Abu Backer Sidek.

SAYA dah benci semua ini, saya nak balik Kuala Lumpur, saya nak pi Madinah. Kilang saya ada banyak, berniaga lagi bagus," antara kata yang diungkapkan calon Bebas PRK Bukit Gelugor, Abu Backer Sidek Mohamad Zan ketika melahirkan rasa sedih dengan media kerana kurang memberi liputan kepadanya sepanjang tempoh berkempen.

Dalam sidang media yang diadakan kira-kira 45 minit di lobi sebuah hotel pada 19 Mei lalu, Abu Backer Sidek yang juga seorang peguam, mengalirkan air mata kerana kecewa perjuangannya tidak diberi perhatian media.

Namun saya menafikan sekeras-kerasnya perkara itu kerana sejak hari penamaan calon lagi saya diarahkan oleh ketua untuk mengikuti segala aktiviti dan kempen dijalankan olehnya.
Tidak kira panas dan hujan, saya tetap akur dengan arahan ketua yang mahu liputan berita dari setiap calon kerana mahu memberikan laporan yang seimbang kepada pembaca.

Dalam sidang media itu, selain melahirkan rasa kekesalannya terhadap media, Abu Backer Sidek juga mengungkapkan perkataan ‘media ini perlu diajar’ dan perkataan itu sedikit membuatkan saya rasa terkilan kerana beliau langsung tidak menghargai sumbangan yang kami beri sebelum itu membuat liputan aktiviti dan kempennya.

Malah, sehari sebelum kejadian itu, saya baru sahaja menyiapkan wawancara khas bersamanya yang menceritakan mengenai dirinya yang sebelum ini mungkin tidak dikenali oleh masyarakat Pulau Pinang khasnya penduduk Bukit Gelugor.

Ikutkan hati mahu sahaja saya menarik balik artikel berkenaan dan meminta restu ketua supaya tidak menyiarkannya.

Namun apabila mengenangkan konsep Sinar Harian yang telus dan tulus, saya terpaksa mengetepikan rasa sakit hati terhadap calon Bebas yang berusia 46 tahun itu.

Dalam sidang media itu juga, saya melemparkan soalan sama ada beliau bersedia diboikot oleh media disebabkan kenyataan ‘media ini perlu diajar’ yang diungkapkan olehnya.

Abu Backer Sidek yang dilihat tidak senang dengan soalan itu menjawab tidak kisah kerana stesen televisyen luar negara sedang menunggunya.

Kenyataannya itu juga tidak disenangi beberapa wartawan lain dan kami bersepakat untuk memboikotnya dengan tidak memberi liputan.

Namun keesokan hari lain pula yang terjadi, Abu Backer Sidek dilihat terbaring bawah kenderaan rasmi Ketua Menteri di hadapan Dun selepas hasratnya bertemu Lim Guan Eng tidak kesampaian.

Tiada istilah boikot lagi kerana apa yang berlaku mempunyai nilai berita dan mahu atau tidak, kejadian itu mesti dilaporkan. Akhirnya ia dilaporkan muka hadapan Sinar Harian pada 21 Mei lalu.

Akibat kejadian itu, Abu Backer Sidek dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang sebelum dipindahkan ke sebuah hospital swasta. Walaupun perasaan sakit hati masih membara dalam diri namun saya bersimpati dengan apa yang berlaku.

Walaupun masih lagi dalam mood boikot, namun terpaksa akur dengan arahan ketua yang mahu saya membuat liputan mengenai keadaan Abu Backer Sidek yang terlantar di hospital.

Kebetulan, pada hari berkenaan saya menerima mesej dalam aplikasi Whatsapp yang dihantar oleh pengikut calon Bebas berkenaan yang memberitahu Abu Backer Sidek akan membuat sidang media di hospital pada jam 2.30 petang.

Tidak mahu terlepas sidang media itu, saya bergegas 30 minit awal ke hospital berkenaan. Sebaik tiba saya menghubungi beliau untuk mengetahui lokasi sidang media namun tidak dijawab.

Saya turut menghantar mesej dalam aplikasi Whatsapp namun tidak juga dibalas. Sehingga jam 3 petang, saya tunggu di lobi hospital berkenaan namun langsung tiada maklum balas.

Iman saya sekali lagi diuji, kerana geram dengan apa yang berlaku. Saya meluahkan rasa kecewa dalam kumpulan Whatsapp yang dibuat khas oleh calon Bebas itu kerana peranan kami sebagai media langsung tidak dihormati dan dihargai.

Saya bertekad untuk memboikotnya dan sudah tidak mahu lagi ambil tahu mengenainya.

Dua hari terlantar di hospital, Abu Backer Sidek dibenarkan keluar selepas disahkan tidak mengalami kecederaan serius. Walaupun belum sihat sepenuhnya namun beliau dilihat mahu meneruskan kempen yang pada masa itu hanya berbaki dua hari sahaja lagi. Beliau dilihat menggunakan tongkat untuk berjalan selain tidak mampu berdiri terlalu lama.

Pada Jumaat lalu, saya diarahkan untuk membuat liputan kempen seorang lagi calon Bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar namun dalam masa yang sama menerima mesej yang mengatakan Abu Backer Sidek akan berkempen menggunakan karavan selain membawa seekor kuda di pekarangan Masjid Bandar Baharu Air Itam.

Bagi saya, apa yang cuba dilakukan Abu Backer Sidek itu menarik dan saya memilih untuk melihat kempennya dan mengabaikan arahan ketua supaya membuat liputan kempen Mohamed Nabi Bux.

Namun ternyata pilihan saya itu salah, saya terpaksa menunggu hampir dua jam mendengar ceramah Abu Backer Sidek sebelum memanggil saya dan beberapa wartawan lain untuk sidang media.

Saya sekali lagi mengetepikan rasa sakit hati dan hanya bertanyakan apa yang perlu sahaja untuk dijadikan bahan berita. Selesai sidang media, saya bergegas balik ke pejabat.
Walaupun perasaan marah dengannya masih ada namun saya tetap menyiapkan laporan tanpa mencampuri perasaan emosi yang agak kurang stabil ketika itu.

Namun hati saya sedikit sejuk apabila saya membuka aplikasi Whatsapp dan menerima mesej dari Abu Backer Sidek.

‘Saya minta maaf dengan salah faham yang berlaku sebelum ini. Sebenarnya saya sayangkan semua media’. Mesej yang dihantar Abu Backer Sidek dalam kumpulan Whatsapp itu terus melenyapkan semua rasa sakit hati saya terhadapnya.

Pada hemat saya, mungkin dia tertekan sebelum ini dan tidak dapat berfikir panjang sehingga mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya kepada pengamal media.

Abu Backer Sidek terus menjalankan kempennya. Menggunakan karavan, teksi dan kuda untuk menjelajah seluruh kawasan Bukit Gelugor.

Setiap perkembangan aktivitinya dikemas kini dalam kumpulan Whatsapp namun pada petang Sabtu, Abu Backer Sidek yang lebih dikenali sebagai calon kontroversi dalam kebanyakan pengamal media sekali lagi membuat kejutan dengan mengumumkan mahu menarik diri.

Alasannya, kesal dengan layanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selain mendakwa semua permohonannya untuk mengadakan ceramah tidak mendapat permit.

Malah beliau juga dilaporkan mahu membawa ahli keluarga dan penyokongnya ke Langkawi untuk bercuti sedangkan keesokannya adalah hari pengundian.

Kelibat Abu Backer Sidek langsung tidak kelihatan semasa hari pengundian malah cubaan saya menghubunginya melalui telefon juga gagal apabila dimatikan.

Khabarnya, beliau dimasukkan semula ke hospital pada malam sebelum hari pengundian. Entah tidak tahu yang mana satu betul.

Mungkin Abu Backer Sidek dah kembali ke Madinah untuk meninjau kilang kurmanya di sana atau berada di Kuala Lumpur bagi menyambung kerja di firma guaman.

Tidak kira di mana pun Abu Backer Sidek kini berada, saya harap beliau pulih sepenuhnya atas kecederaan yang dialami sebelum ini. Kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kerana beliau berjaya memperoleh 225 undi pada PRK Parlimen Bukit Gelugor.

Walaupun banyak kontroversi yang dicipta Abu Backer Sidek sepanjang dua minggu tempoh berkempen namun kehadirannya sedikit menceriakan suasana PRK Parlimen Bukit Gelugor.

Rakan-rakan pernah berkata, kalau Abu Backer Sidek tak ada, pasti pilihan raya kali ini amat bosan.

Hospital kena bom


Pattani: Sepuluh orang cedera dengan tiga daripadanya parah, manakala lebih 50 kenderaan rosak apabila sebutir bom meletup di kawasan parkir Hospital Khok Pho semalam.

Bom itu dipercayai dipasang pada sebuah motosikal sebelum meletup kira-kira jam 9.30 pagi menyebabkan berlaku kebakaran di kawasan berkenaan.

Jurucakap hospital berkata, mangsa yang cedera ialah seorang tentera, tiga sukarelawan keselamatan dan enam orang awam.



Katanya, serangan bom semalam adalah yang pertama berlaku di hospital milik kerajaan di kawasan berkenaan.

“Pasukan perubatan dari Hospital Pattani dan Hospital Nong Chik diarah ke Khok Pho bagi membantu petugas sedia ada,” katanya.


Sementara itu, di Yala seorang ketua kampung ditembak mati di depan orang ramai yang memenuhi pasar di Yaha, Yala.


Saksi berkata, dua lelaki mengekori mangsa sebelum seorang daripadanya menembak ketua kampung terbabit di kepala menggunakan pistol.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/29

Abby dapat cerai SMS


Kuala Lumpur: Spekulasi pergolakan rumah tangga Abby Abadi terungkai apabila pelakon itu mengesahkan perbicaraan kes cerai dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar akan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini, kira-kira jam 9 pagi ini.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, yang dihubungi berkata, bagaimanapun dia tidak dapat mengulas lanjut dan berharap agar proses itu berjalan dengan lancar.

“Maafkan saya. Esok (hari ini) insya-Allah ya,” katanya secara ringkas menerusi mesej WhatsApp di sini, petang semalam.
Abby dan Farhan bernikah pada 9 Julai tahun lalu di selatan Thailand selepas dua minggu berkenalan.

Difahamkan, Abby sudah memfailkan perceraiannya di mahkamah sama pada minggu lalu.

Sumber turut mendakwa lafaz cerai antara mereka sudah berlaku menerusi mesej SMS, baru-baru ini dan perbicaraan pagi ini adalah bagi mengesahkan lafaz yang sudah disebut itu.
Foto
ABBY dan Farhan ketika detik bahagia baru berkahwin tahun lalu.
Terdahulu, konflik dalaman perkahwinan Abby dengan Farhan, 24, mula diperkatakan berikutan status Instagram miliknya pada 17 Mei lalu yang meminta agar peminat mendoakan keadaan rumah tangganya.

Menerusi laporan Harian Metro pada 23 Mei lalu, Abby tidak mahu mengulas lanjut ketika ditanya mengenai kesahihan masalah itu.
Katanya, dia tidak mempunyai apa-apa untuk dikongsikan sehingga tiba waktu yang sesuai untuk mendedahkan perkara itu.

Sebelum berkahwin dengan Farhan, Abby pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga anak.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/29

Facebook disangka ditutup di Thailand



BEBERAPA penunjuk perasaan bertempur dengan polis pencegah rusuhan bagi membantah rampasan kuasa tentera di Monumen Kemenangan di Bangkok, Thailand semalam.- AP


BANGKOK - Pengguna-pengguna Facebook di Thailand cemas semalam apabila mereka tiba-tiba gagal mengakses laman jaringan sosial popular tersebut.
Bagaimanapun, junta tentera segera menafikan bahawa pihaknya telah melakukan sekatan.
"Penting: Facebook telah ditutup," kata seorang pengguna yang menulis di laman sosial Twitter.
"Sudah pasti tindakan itu ibarat membunuh diri. Seluruh negara akan memprotes," ujar seorang pengguna lain.
Namun, beberapa minit kemudian sejumlah pengguna meraikan dengan gembira: "Facebook kini kembali!"
Mengulas situasi tersebut, junta tentera yang merampas kuasa pada 22 Mei lalu memberitahu, pihaknya tidak menutup laman sosial tersebut.
"Kami tidak mengarahkan atau menutup Facebook. Ia bukan dasar kami," kata jurucakap tentera, Kolonel Winthai Suvaree.
"Facebook mengalami kegagalan teknikal yang tidak serius manakala Kementerian Teknologi Maklumat dan Komunikasi sedang berusaha menyelesaikan masalah tersebut," tambahnya.
Sebelum ini, junta tentera turut mengganggu siaran harian televisyen untuk memberi jaminan kepada rakyat bahawa Facebook tidak akan ditutup ekoran rampasan kuasa tersebut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0529&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz333UaNd00 
Hakcipta terpelihara 

Tentera AS undur dari Afghanistan 2016


WASHINGTON 28 Mei - Amerika Syarikat (AS) akan mengundurkan sepenuh tenteranya dari Afghanistan pada akhir 2016, bagi menamatkan perang yang paling lama membabitkan negara ini, menurut Presiden, Barack Obama, semalam.
Obama turut mengesahkan, seramai 32,000 anggota tenteranya akan dibawa pulang dan hanya 9,800 anggota tentera akan kekal di Afghanistan pada awal 2015 sebelum sebahagian besar daripada mereka pulang pada akhir 2016.
Bilangan anggota tentera AS akan dikurangkan dan hanya diperlukan untuk bantuan keselamatan ke atas Kedutaan.
"Kami sedang menamatkan tugas yang kami mulakan," kata beliau berhubung penglibatan AS dalam konflik di Afghanistan bagi menyingkirkan militan Taliban serta memburu ketua al-Qaeda, Osama Laden selepas kejadian serangan 11 September 2001. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140529/lu_08/Tentera-AS-undur-dari-Afghanistan-2016#ixzz333MAG1BM
© Utusan Melayu (M) Bhd