Monday, January 28, 2013

TG Nik Aziz sambut harilahir di rumah Karpal Singh



Harakahdaily, 27 Jan 2013

JELUTONG: Bagi menyatakan kesatuan dan hubungan erat dalam Pakatan Rakyat, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengunjungi pengerusi DAP Karpal Singh di Pulau Pinang.

TG Nik Aziz tiba di kediaman Karpal pada kira-kira jam 3 petang dan meluangkan masa selama 20 minit di kawasan yang meriah dengan sambutan Thaipusam, di Jalan Scotland, lapor wartawan Malaysiakini di Pulau Pinang, Sosan Loone.

Tuan Guru Nik Aziz dalam rangka lawatan ke Pulau Pinang untuk memenuhi beberapa program anjuran PAS di negeri itu.

Dalam kunjungan itu, Nik Aziz turut memotong kek yang disediakan Karpal sebagai tanda ulangtahun kelahirannya ke-82, sambil disaksikan pemimpin DAP, PAS dan PKR.

Karpal yang gembira dengan kehadiran Nik Aziz itu berkata beliau terkejut kerana pemimpin PAS itu tiba 30 minit lebih awal.

"Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku.

"Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," katanya.

Nik Aziz-Karpal birthday cake gesture gives new life to PR unity



Harakahdaily, 28 January 2013

Jan 27: At a time when Barisan Nasional media - most notably MCA's The Star - have been giving unusually good coverage of the criticisms by DAP chairman Karpal Singh over the hudud law plan by the state government in Kelantan led by Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, the sight of the duo wishing each other well shows that attempts at pitting the veteran political leaders against each other have failed.

The PAS Murshidul Am today paid a courtesy call to the Bukit Gelugor member of parliament's residence as part of the former's visit to Penang.

Karpal, who was at home with other family members, presented a birthday cake to Nik Aziz, who recently turned 82.

According to news portal Malaysiakini, Nik Aziz spent some 20 minutes at Karpal's house in Jalan Scotland, where traffic had snarled due to Thaipusam celebrations.

The portal also quoted Karpal as recalling his friendship with Nik Aziz, which goes back to the 1970s when they were seated next to each other as MPs in the Dewan Rakyat. Nik Aziz was then the PAS MP for Pengkalan Chepa, a seat he held up to 1986.

An elated Karpal told Malaysiakini that Nik Aziz had arrived thirty minutes earlier than scheduled.

"I was still bathing but rushed down to meet him. He was fit and jovial. I am really happy to see him. His presence sends a strong message that our unity is as strong as ever, despite all that happened," he added.

The political alliance between DAP and PAS in Pakatan Rakyat has often been exploited by BN's race-based parties namely UMNO and MCA. While UMNO claims that PAS 'sold-out' its Islamic principles to DAP, MCA leaders have been trying to woo Chinese support by insisting that DAP was being used by PAS to establish an Islamic state.

Israel risau senjata kimia Syria jatuh ke tangan Hizbullah


Baitulmaqdis: Naib Perdana Menteri Israel semalam berkata, rejim Zionis itu akan melancarkan serangan sekiranya ada tanda-tanda menunjukkan kemungkinan senjata kimia Syria jatuh ke pihak lain.

Silvan Shalom mengesahkan laporan media bahawa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu minggu lalu berbincang dengan ketua keselamatan rejim berkenaan mengenai perang saudara di Syria dan kedudukan senjata kimia negara itu.


Mesyuarat itu yang diadakan Rabu lalu, tidak diumumkan dan dilihat sebagai luar biasa kerana ia diadakan ketika undi pilihan raya Israel masih dikira.

“Sekiranya pejuang Hizbullah di Lubnan atau penentang yang memerangi askar yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad memperoleh senjata kimia Syria, ia sudah pasti mengubah secara dramatik keupayaan kumpulan berkenaan. Perkembangan itu memerlukan pendekatan berbeza, termasuk operasi pencegahan,” kata Shalom.


Pegawai kanan tentera Israel sebelum ini berkata, rancangan melancarkan serangan terhadap Syria sudah disiapkan. “Konsep itu, secara prinsipnya, ialah senjata kimia itu tidak boleh bertukar tangan Sebaik kami mengetahui ia berlaku, kami perlu membuat keputusan,” kata Shalom ketika diwawancara oleh Radio Israel.


Dalam wawancara berasingan dengan Radio Tentera, Menteri Pertahanan Awam, Avi Dichter berkata, Syria kini di ambang keruntuhan.

Apabila ditanya sama ada rejim Zionis itu melihatnya sebagai ancaman, Dichter berkata: “Tidak, belum lagi. Saya berpendapat, sekiranya perkembangan yang berlaku mengancam kita, Israel akan mengetahui mengenainya.” Perancis, antara penyokong kuat kumpulan penentang Syria berkata minggu lalu, tidak ada tanda-tanda Bashar akan digulingkan memandangkan usaha antarabangsa menangani krisis itu terus buntu. Di medan tempur, konflik berkenaan juga tidak menunjukkan sebarang perkembangan baru. - Reuters

Sarkozy: Tembok Jericho perlu diroboh



Davos: Bekas Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy (gambar) berkata semalam, tembok Jericho yang mengelilingi Israel perlu dirobohkan untuk membuka jalan kepada pembentukan sebuah negara Palestin.

“Israel bertindak mengepung dirinya dengan tembok Jericho. Adalah perlu supaya tembok itu diruntuhkan bagi menyelamatkannya,” kata Sarkozy seperti yang dilapor oleh akhbar Israel, Maariv.


Bekas pemimpin Perancis itu berkata demikian pada majlis pungutan derma untuk United Israel Appeal, acara sampingan yang diadakan sempena Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.

Beliau yang menjadi presiden dari 2007 hingga 2012 berkata, kegagalan Israel untuk meletakkan asas bagi pembentukan sebuah negara Palestin merdeka akan membawa kepada bencana.


Beliau dilapor menerima RM606,000 untuk menghadiri majlis berkenaan.


Kenyataannya mencetuskan kemarahan golongan kaya pro-Israel yang turut hadir dan mereka mengancam menarik balik sumbangan masing-masing sebagai membantah ucapan Sarkozy. Bekas presiden itu meninggalkan dewan sebaik saja selesai berucap.

Disember lalu, pegawai Israel mengumumkan rancangan membina kira-kira 6,500 rumah untuk pendatang Yahudi di tanah Palestin. Rancangan itu memusnahkan harapan untuk melihat kejayaan rundingan bagi penyelesaian isu Palestin. - Agensi

Waktu Jin dan syaitan berkeliaran

"Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:" Apabila petang hari menjelang malam tiba, tahanlah (di dalam rumah) anak-anak kecil kamu, kerana pada saat itu syaitan berkeliaran. Apabila permulaan malam sudah tiba, diamkanlah anak-anak kalian di dalam rumah, tutuplah pintu-pintu (termasuk tingkap) kalian dengan terlebih dahulu menyebut nama Allah kerana syaitan tidak akan dapat membuka pintu yang dikunci dengan menyebut nama Allah sebelum ini, dan ikatlah kendi-kendi air kamu (qirab adalah jama dari qurbah yakni tempat air yang diperbuat dari kulit dan di hujungnya biasa diikat dengan tali untuk menghalang kotoran masuk) sambil menyebut nama Allah, tutuplah bekas-bekas atau wadah-wadah kalian sambil menyebut nama Allah meskipun hanya ditutup dengan sesuatu alakadarnya dan matikanlah lampu-lampu kalian (apabila tidur), "(HR. Bukhari Muslim).

Dalam hadis di atas Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam menganjurkan lima hal ketika petang hari menjelang malam tiba.

1. menyuruh masuk dan diam anak-anak,

2. menutup pintu, kerana dengan demikian, syaitan tidak akan mengganggu kanak-kanak tersebut juga syaitan tidak akan dapat masuk ke dalam rumah yang sudah dikunci dengan menyebut nama Allah sebelum ini.

3. mengikat (menutup) tempat air.

4. menutup bekas dan bekas-bekas, kerana syaitan juga tidak akan dapat membuka tempat air dan bijana yang disebutkan nama Allah sebelumnya, dan matikanlah lampu apabila menjelang tidur.

5. matikan lampu sebelum tidur kerana dengan demikian, kita akan terhindar dari bahaya kebakaran yang seringkali dilakukan syaitan. Syaitan seringkali bermaksud untuk membakar rumah dan penghuninya dengan jalan menyerupai seekor tikus lalu memecahkan tempat lampu tersebut sehingga api boleh menjalar. Untuk itu Rasulullah menganjurkan agar lampu dimatikan sebelum tidur. Hal ini sebagaimana dijelaskan dalam hadis berikut:

"Ibnu Abbas berkata:" Suatu hari seekor tikus datang menyeret kain yang dipintal kemudian dilemparkan ke hadapan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam yang sedang duduk di atas tikar. Kemudian kain dipintal yang dibawa tikus tadi terbakar seperti sebesar wang dirham. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam Kemudian bersabda: "Apabila kamu tidur, matikanlah lampunya, kerana syaitan seringkali wujud seekor tikus yang membawa sesuatu (yang mudah dibakar) yang ditujukkan ke lampu tersebut sehingga dapat membakar kamu," (HR. Abu Daud dengan sanad shahih ).

Dalam hadis lain juga dikatakan:

"Dari Jabir, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:" Janganlah kamu melepaskan binatang kesayangan dan anak-anak kamu ketika matahari terbenam sehingga hitam legammnya petang hari betul-betul hilang, kerana syaitan-syaitan berkeliaran ketika matahari terbenam sampai saat dimana hitam legamnya petang hilang (sampai waktu malam tiba) "(HR. Muslim).

Mengapa syaitan berkeliaran pada waktu menjelang malam? Menurut Ibn al-Jauzi, kerana gerak geri syaitan pada waktu malam jauh lebih cergas dan kuat dari pada waktu siang. Kerana waktu gelap bagi syaitan adalah waktu yang lebih fresh dan lebih menguatkannya, di samping memang kegelapan dan warna hitam adalah kesukaan syaitan. Kerana itulah, dalam salah satu hadis Rasulullah SAW mengatakan: "Anjing hitam itu adalah syaitan".-Detik Islam

Tidak Zionis yahudi.. tidak pula Syiah Assad.. Mereka sama-sama menggunakan bom fosfor putih dan bom cluster untuk membantai ratusan ribu orang Islam.

Tidak Zionis yahudi.. tidak pula Syiah Assad.. Mereka sama-sama menggunakan bom fosfor putih dan bom cluster untuk membantai ratusan ribu orang Islam.. 

Lalu apa reaksi Dunia? meski bom fosfor putih dan bom cluster sudah dilarang penggunaannya dalam hukum Internasional, selama yang diserang adalah orang-orang Islam maka Amerika dan PBB tidak akan pernah mengambil tindakan. 

Hasbunallah wa ni'mal wakil..
"Cukuplah Allah sebagai sebaik-baik Pelindung kami" -JKK UNK

syiah Hunter "Givara



syiah Hunter "Givara", Givara adalah wanita Palestina yang bergabung dalam barisan mujahidin Syria(FSA). Ia adalah sniper wanita yang paling dikenal dikalangan mujahidin FSA dalam membunuh banyak tentara Assad.

# kalaulah admin dapat zaujah yg sehebat mujahidah ni..aminn :)

TAHUKAH ANDA ?

TAHUKAH ANDA ? bahawa pada 14 Mei 1948 David Ben-Gurion telah mengisytiharkan wujudnya Negara Israel yang merdeka lalu diiktiraf oleh Soviet Union dan Amerika Syarikat. 

Ikhwan Muslimin telah mengadakan mesyuarat dan mereka telah mendesak Mesir dan negara-negara Arab lain supaya mengisytihar jihad terhadap Israel serta menggunakan apa sahaja cara yang mungkin untuk menyelamatkan Palestin daripada kehancuran. Ekoran dari itu berlaku Perang Arab-Israel1948.

Ikhwan Muslimin telah menghantar 10,000 mujahidin, kemudian diikuti beberapa Negara Arab yang lain antaranya Mesir, Syria, Iraq, Jordan,Lubnan dan beberapa Negara arab lagi sehingga jumlah mereka seramai 47500 orang.

Mujahidin yang dihantar Ikhwan Muslimin berjuang di barisan hadapan dengan semangat jihad yang kental yang ditanam oleh Imam Hasan Al Banna. Mereka berjuang dengan gagah berani sehingga setiap kali pertempuran mereka beroleh kemenangan. Mereka terus mara sehingga sampai ke pinggir Tel Aviv.

British, Amerika Syarikat dan sekutunya yang menyokong Israel berasa bimbang jika Negara haram yahudi itu dikalahkan tentera Arab. Mereka mendesak kedutaan masing-masing yang berada di Mesir mendesak Perdana Menteri Mesir Nuqrasyi Pasya supaya menarik pasukan tenteranya dan bertindak ke atas Ikhwan Muslimin yang kononnya pertubuhan itu sedang merancang hendak merampas kuasa.

Perdana Menteri Mesir memanggil pulang tentera Mesir dan tentera al-Ikhwan yang berjuang di Palestin. Kepulangan mereka bukan disambut sebagai pahlawan tetapi mereka ditangkap, dipenjarakan malah ramai yang dibunuh.

Pada 10 Jun 1948 diadakan gencatan senjata. Tetapi itu hanya helah Israel untuk memusnahkan tentera Arab. Apabila tentera Mesir dan Mujahidin Ikhwan Muslimin pulang maka tentera Arab yang lain berasa lemah semangat untuk berperang.

Gencatan senjata itu hanya helah Israel dan sekutunya. Semasa gencatan senjata Israel menerima senjata dari Amerika, Britain dan sekutunya. Kemudian Israel menyerang semula lalu mengalahkan pasukan Arab.

Hasan Al Banna dibunuh kerana menghantar 10 ribu pejuang ke Palestin dan berjaya menyatukan Negara Arab supaya menentang Israel. Mereka tidak mahu wujud tokoh yang mengikut jejak Salahuddin Al Ayubi yang berjaya menyatukan Negara Arab sebelum menakluk Jerusalem.

wallahua'lam ...

edit/hilight by : https://www.facebook.com/salmanalfarisy3000
 

KISAH CINTA DUA PEJUANG SYRIA..



Dua orang pejuang jihad Syria ini iaitu Mahmoud Al-Halabi dan isterinya Nour Al-Hasan merupakan antara pasangan yang sama-sama berjuang di medan jihad menentang rejim Basyar.

Sebelum berkahwin, Mahmoud Al-Halabi pernah menjadi pemandu kepada salah seorang isteri menteri Syria. Manakala Nour Al-Hasan pula sebelum ini bekerja sebagai pendandan rambut di sebuah saloon wanita di wilayah Halab.

Mahmoud kini merupakan mujahidin barisan hadapan di Hayyu Sheikh Saed. Beliau sebelum ini pernah dipaksa keluar daripada Syria dan bersama-sama mujahidin di Libya. Disana beliau banyak mempelajari skill peperangan dengan mujahidin Libya.

Beliau kemudiaanya pulang ke Syria untuk bersama-sama kebangkitan rakyat Syria menjatuhkan Basyar Asad. Manakala Nour Al-Hasan pula sebelum ini merupakan anak kepada salah seorang pimpinan Parti Baath.

Nour pernah membuat satu akaun Facebook yang tidak dikenali dan menjadi aktivis sosial media. Beliau juga menggerakkan protes dan menyebarkan berita berkenaan kebangkitan rakyat untuk menjatuhkan rejim.

Selepas ayah dan abang Nour mengetahui berkenaan berita tersebut, Nour dibelasah sehingga cedera teruk dan terpaksa dibawa ke hospital. Berita tentang beliau menjadi perbualan ke seluruh kota, dan Mahmoud mengetahui tentang berita tersebut.

Nour dan Mahmoud menyertai gerak kerja protes menjatuhkan rejim dan kemudiaanya menyertai pasukan mujahidin mengangkat senjata menghadapi tentera rejim.

Mereka menyertai Briged Jabhah An-Nusrah dan merupakan mujahidin barisan hadapan dalam menghadapi rejim. Nour menjadi sniper yang handal setelah diajar oleh Mahmoud berkenaan penggunaan senjata dan sebagainya.

Mahmoud dan Nour berkahwin pada Julai 2012 dan menjadi pasangan suami isteri yang tangkas di barisan hadapan mujahidin menentang tentera rejim.

Cinta mereka bukan hanya sekadar melafazkan kata-kata cinta di bibir, tetapi dibuktikan dengan kesediaan untuk sanggup bersama di medan juang. Semoga Allah memelihara mereka berdua.

Dipetik dari : http://www.facebook.com/Malaysia.Syria (Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria)

Tidak Akan Hancur 10 Golongan Mayat Ini

 Pusara Syuhada - Afghanistan
Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun ‘UMUR AKHIRAT’ dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya sahabat kepada Rasulullah SAW : “Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?” Maka jawabnya Rasulullah saw, “Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU’. “Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah SAW bahawa Sepuluh Golongan yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:

TIDAK AKAN HANCUR 10 GOLONGAN MAYAT INI

Segala Nabi
Orang Yang Berperang Kerana Allah (Jihad)
Orang Alim (Ahli ulama’ Yang Diredhai oleh Allah)
Orang Yang Mati Shahid (mati ketika berperang menegakkan Islam)
Orang yang Menanggung Al-Quran (Orang yang Menghafal ayat-ayat Al-Quran)
Raja Yang Adil
Tukang Azan (Bilal yang azan selama 12 tahun harus masuk Syurga)
Orang yang mati Ketika Nifas (orang yang mati bersalin)-> Kelebihan para Ibu
Orang yang dibunuh dengan zalim
Orang yang mati Hari Jumaat @ malamnya (jumaat)
Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.” (Surah Ali Imran 3:185)

Sekalung Fatihah buatmu wahai para Syuhada’
Sesungguhnya amerika, yahudi dan sekutunya adalah musuh Islam sebenar dari kalangan manusia...
Ya Allah bantulah kami umat Islam yang benar-benar menyembah MU...
Amin Ya Rabbal Alamin Insya Allah ...

hilight by : https://www.facebook.com/salmanalfarisy3000
 —

syria

Polis lepas gas pemedih mata surai penunjuk perasaan



Penunjuk perasaan yang menentang Presiden Mesir, Mohamed Mursi bertempiaran lari selepas polis anti rusuhan melepaskan gas pemedih mata berdekatan Dataran Tahrir, kelmarin. - REUTERS
KAHERAH 27 Jan. - Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah berpuluh-puluh penunjuk perasaan bagi menyuraikan demonstrasi jalanan di sini hari ini, yang memasuki hari keempat dan menyaksikan sekurang- kurangnya 41 orang maut.
Demonstrasi tersebut menambah lagi cabaran politik yang dihadapi Presiden, Mohamed Mursi dalam mentadbir negara ini.
Di sebuah jambatan berdekatan Dataran Tahrir di sini, polis melepaskan gas pemedih mata ke arah golongan belia untuk mengundurkan semula mereka ke arah dataran yang menjadi pusat kebangkitan rakyat dan menggulingkan bekas Presiden, Hosni Mubarak tersebut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130128/lu_04/Polis-lepas-gas-pemedih-mata-surai-penunjuk-perasaan#ixzz2JEDcaYua
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Iran cadang bentuk tentera Islam

TEHERAN 27 Jan. - Menteri Pertahanan Iran semalam mencadangkan pembentukan sebuah organisasi ketenteraan bersama yang dianggotai oleh negara-negara Islam, lapor Press TV.
''Kami telah mencadangkan penubuhan sebuah pertubuhan tentera yang dianggotai pasukan bersenjata dari negara-negara Islam dalam usaha mempertahankan hak-hak mereka yang tertindas termasuk di Palestin,'' kata Brigadier Jeneral Ahmad Vahidi.
Katanya, negara-negara Islam tidak perlu menjadi kuasa tentera kelas ketiga sebaliknya berubah menjadi kuasa tentera utama dan tidak membenarkan sebarang penceroboh berfikir untuk menyerang negara Islam.
Dalam ucapannya juga, Ahmad turut menyifatkan Israel sebagai 'musuh paling teruk' bagi negara-negara Islam dan mencadangkan negara Islam bersatu-padu menentangnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130128/lu_05/Iran-cadang-bentuk-tentera-Islam#ixzz2JEDTiBir
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mali: Tentera tingkatkan kemaraan



Trak-trak yang membawa tentera Perancis tiba di kem utama di Savare pada 25 Januari lalu. Tentera Perancis dan Mali berjaya menawan kubu kuat kumpulan pemberontak di pekan Gao, semalam selepas menguasai pekan Hombori beberapa hari sebelum ini. - AFP
BAMAKO 27 Jan. - Tentera Perancis hari ini meningkatkan kemaraan mereka ke atas kawasan yang dikuasai militan di Mali ketika Amerika Syarikat (AS) bersetuju untuk menyediakan kemudahan mengisi minyak kepada angkatan tentera udara Perancis.
Perdana Menteri Perancis, Jean- Marc Ayrault berkata, selepas menguasai semula Gao semalam, tentera negara itu mula meningkatkan kemaraan mereka ke Timbuktu, sebuah lagi bandar utama di kawasan padang pasir di utara Mali yang 'ditawan' militan yang dikaitkan dengan al-Qaeda selama 10 bulan.
Penguasaan semula Gao, bandar yang padat dengan penduduk di utara Mali diumumkan oleh Kementerian Pertahanan Perancis dan disahkan oleh sumber keselamatan Mali.
Ayrault berkata, tentera kini berada di sekitar Gao dan sedang menghampiri Timbuktu, pusat pengajian Islam sejak berabad lamanya.
''Pasukan bersenjata daripada pelbagai negara Afrika turut serta dalam operasi ini bagi membantu pengambil alihan dan kerajaan Mali memulakan proses penstabilan politik,'' katanya.
Keputusan Washington untuk meningkatkan peranannya dalam konflik itu dengan membantu mengisi minyak pesawat pejuang Perancis adalah rangsangan penting terhadap kempen tersebut.
Serangan udara Perancis berjaya memaksa militan berundur dari kubu kuat mereka di utara sekali gus memudahkan serangan dari darat.
Sementara itu, seorang sumber keselamatan di Gao ketika dihubungi AFP berkata, kontinjen pertama tentera Mali, Chad dan Niger telah sampai di Gao bagi membantu tentera Perancis mengukuhkan kedudukan di situ selepas tiba dari negara masing-masing. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130128/lu_03/Mali-Tentera-tingkatkan-kemaraan#ixzz2JEDLSyQK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

10 polis maut serangan di timur laut Afghanistan

KABUL 27 Jan. - Sekurang-kurangnya 10 anggota polis terbunuh dan 18 lagi cedera, kebanyakannya orang awam, dalam satu serangan berani mati yang berlaku di kawasan tumpuan ramai di timur laut Afghanistan, semalam.
Jurucakap polis Kunduz, Sayed Sarwar Hussani berkata, ketua polis bahagian antipengganas dan ketua polis trafik merupakan antara mangsa yang terbunuh dalam serangan terbabit.
"Seramai 18 orang turut cedera, 13 daripadanya orang awam dan lima lagi anggota polis," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130127/lu_07/10-polis-maut-serangan-di-timur-laut-Afghanistan#ixzz2JECfnjeX
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Cubaan rampasan kuasa, 94 suspek dibicarakan

ABU DHABI 28 Jan. - Sebanyak 94 orang akan dibicarakan di sebuah mahkamah Emeriyah Arab Bersatu (UAE) atas dakwaan cuba melakukan rampasan kuasa di negara ini.
Agensi berita WAM yang memetik kenyataan Peguam Negara, Salim Saeed Kubaish berkata, kesemua defendan dituduh menubuhkan kumpulan pelampau agama dan melakukan perancangan rahsia untuk rampasan kuasa pada tahun lalu.
Katanya, suspek turut dituduh mendapat bantuan daripada beberapa tokoh luar negara dan antarabangsa serta pertubuhan asing dengan tujuan untuk memburuk-burukkan imej negara ini.
“Mereka memberi maklumat salah tentang negara ini dengan harapan mendapat sokongan antarabangsa untuk mendesak kerajaan dan melemahkan hubungan luar negara," jelasnya. - dpa


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130128/lu_08/Cubaan-rampasan-kuasa-94-suspek-dibicarakan#ixzz2JEAxGiYQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

syria

#Syria: I miss my country, can I visit it, can I see my people again?
Syrian Turkish borders.

syria

#Syria: Kamishlo: To UN >_______<

syria

#Homs: Jobar : Martyr Hero Mohamed Al Omar, Rest In Peace.

SYRIA


SYRIA # THE LAND OF MARTYRS

CHILDREN ARE THE PRIME TARGETS TO ASSADS KUFAR FORCES

mesir

Egyptian man holds the picture of the Lion, the Hero, Emir Khattab (Rahimahullah) outside the Russian Embassy in Cairo

Ramai selebriti calon pilihan raya Indonesia

pix_gal0Jakarta: Pilihan raya Indonesia tahun depan bakal menyaksikan ramai selebriti bertanding berikutan kecenderungan parti politik mengumpan golongan itu menyertai mereka dan bertanding sebagai calon dengan harapan akan menang.

Parti Persatuan Pembangunan (PPP) mengumumkan ia menyasarkan selebriti untuk menyertainya, sudah mengadakan perbincangan dengan sekurang-kurangnya lapan daripada mereka.
Jumaat lalu, Timbalan Ketua Setiausaha PPP, Arwani Thomafi, menamakan model tahun 1980-an, Okky Asokawati; bekas model yang menjadi usahawan, Ratih Sanggarwati; penyanyi 1980-an, Emilia Contessa; penyanyi utama kumpulan Ungu, Sigit ‘Pasha’ Purnomo Syamsuddin Said dan penyanyi dangdut, Nassar, sebagai bakal calon.



Hati-hati pilih selebriti 

Setiausaha Agung PPP, Mochammad Romahurmuziy, berkata partinya amat memilih selebriti yang ingin didekati. Mereka yang mempunyai imej buruk atau dianggap tidak cekap tidak akan mendapat undian.

Parti Mandat Negara (PAN), yang dikenali dengan ramai wakil rakyat selebriti, Isnin lalu berkata sekurang-kurangnya lima selebriti memohon untuk bertanding bagi pihak parti itu.

“Mereka yang mendaftar ialah Marissa Haque, Ikang Fawzi, Hengky Kurniawan, Lucky Hamzah dan Rafi Ahmad,” kata Setiausaha Agung PAN, Taufik Kurniawan.
Taufik berkata, partinya tidak mengutamakan selebriti dan mereka perlu melalui proses saringan ketat sama seperti calon bukan selebriti.

“Semuanya bergantung kepada prestasi politik mereka,” katanya.

Parti Golkar menjadi yang pertama merekrut selebriti untuk pilihan raya 2014.
Mei lalu, ia mengumumkan pelakon Desy Ratnasari, penyanyi Ari Lasso, Katon Bagaskara dan bekas ratu cantik, Artika Sari Devi, sebagai menjalani program latihan selama setahun bagi menyediakan mereka untuk bertanding merebut jawatan dalam Dewan Perwakilan. - AGENSI

31 maut rusuhan berdarah kerana bola sepak



PARA penyokong kelab bolasepak Al-Ahly merayakan keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap 21 peminat bola sepak di Kaherah kelmarin.


PORT SAID - Seramai 31 orang mati dalam rusuhan yang berlaku di sini akibat keputusan sebuah mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap 21 peminat bola sepak di Mesir, kata beberapa pegawai kesihatan semalam.
Sejumlah penduduk termasuk pemuda merusuh dan mengamuk kelmarin selepas Hakim Mahkamah Jenayah Kaherah, Sobhy Abdel Maguid membaca senarai nama 21 peminat yang dihukum mati.
Mereka dihukum mati selepas didapati bersalah kerana terlibat dalam rusuhan bola sepak yang berlaku di sebuah stadium bola sepak di Port Said yang mengakibatkan 74 orang terbunuh pada 1 Februari tahun lalu.
Rusuhan itu berlaku selepas kemenangan mengejut 3-1 kelab bola sepak tempatan, Al-Masry ke atas kelab terkenal dari Kaherah, Al-Ahly apabila peminat kelab Al-Masry yang bersenjatakan pisau dan kayu meluru ke padang stadium di sini untuk mengejar pemain dan peminat pasukan lawan.
Hakim itu juga mengumumkan hukuman terhadap 52 lagi defendan termasuk sembilan orang pegawai keselamatan akan diputuskan pada 9 Mac depan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0128&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2JDnXWJUL 
Hakcipta terpelihara