Friday, June 14, 2013

Himpunan 505 tetap diteruskan

Mohamad Sabu
Mohamad Sabu

SHAH ALAM - Himpunan Blackout 505 tetap diteruskan meskipun Ahli Parlimen pakatan pembangkang akan mengangkat sumpah di Dewan Rakyat, 24 Jun ini.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, himpunan tersebut tidak akan dibatalkan dan tiada kaitan dengan proses mengangkat sumpah kerana agenda utama himpunan tersebut adalah isu-isu berkaitan penyelewengan yang berlaku sewaktu PRU13.

"Saya yakin, isu-isu seperti dakwat kekal yang tidak kekal, penipuan, akses media dan banyak lagi akan terus diangkat dalam siri himpunan ini.

"Ahli Parlimen akan menjalankan tugas yang diamanahkan seperti biasa. Begitu juga himpunan akan berjalan seperti dirancang," katanya.

Katanya, lokasi himpunan masih sama dan tiada pertukaran lokasi setakat ini.

"Saya pasti, himpunan di Padang Merbok akan mendapat kehadiran yang di luar jangkaan dan percaya himpunan kali ini akan dihadiri lebih ramai berbanding sebelum ini," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard menyifatkan himpunan tersebut tidak mengganggu proses angkat sumpah Ahli Parlimen.

"Selain itu, ia lebih ke arah menyeru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedia ada meletak jawatan. Kita akan terus memberitahu rakyat bahawa PRU13 dicemari dengan pelbagai penipuan," katanya.

Tambang bas raya bakal naik

Syed Hamid AlbarSyed Hamid Albar
SERI KEMBANGAN - Kerajaan sedang mempertimbangkan kenaikan tambang bas sempena musim perayaan ini seperti diminta syarikat pengusaha bas ekspres di negara ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Datuk Seri Syed Hamid Syed Jaafar Albar berkata, kerajaan masih kaji permintaan itu dan belum memutuskan nilai yang akan dinaikkan.

“Setiap tahun pada musim perayaan memang terdapat surcaj 10 peratus yang dikenakan pada tambang kerana perjalanan pada musim perayaan ada bezanya, iaitu bas penuh semasa pergi dan kosong bila balik.

Jadi, ini yang perlu diambil kira,” katanya selepas merasmikan Ekspo Antarabangsa Bas, Trak dan Komponen Malaysia 2013 di Seri Kembangan, semalam.

Beliau berpendapat, syarikat pengusaha bas ekspres tidak sepatutnya buat permintaan begitu dengan sewenang-wenangnya tetapi mengakui kerajaan faham dengan apa yang diperlukan oleh industri pengangkutan awam komersial itu.

“Sebelum buat keputusan, kita perlu melihat kepentingan orang awam agar (keputusan dibuat) lebih seimbang,” katanya.

Dr M: Jangan beri muka kepada pembangkang

Mahathir bin MohamadTun Dr Mahathir bin Mohamad
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan kerajaan supaya tidak lagi berlembut dan memberi muka kepada pembangkang yang berterusan memperlekeh sistem demokrasi negara.

"Kita perlu keras sikit jangan bagi muka sangatlah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam sempena Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2013 di sini, hari ini.

Beliau berkata sikap pembangkang yang pada mulanya bersungguh-sungguh mahu mengiktiraf pilihan rakyat bertukar sekelip mata apabila mereka  gagal memperoleh sokongan majoriti rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas.
"Mereka hendak iktiraf pilihan rakyat tapi sekarang hendak jatuhkan kerajaan. Bila sistem demokrasi dilaksana mereka tolak sisitem itu. Bagi mereka demonstrasi jalanan adalah demokrasi," katanya.

LID 2013, yang berlangsung selama enam hari sejak Ahad lepas, disertai enam negara iaitu Namibia, Uganda, Kenya, Nigeria, Lesotho and Botswana.

Sementara itu, dalam ucapannya bertajuk 'Transforming A Nation: The Malaysian Experience", Dr Mahathir berkata pelaksanaan dan penyelarasan  yang betul oleh Kerajaan Malaysia telah memberi manfaat kepada rakyat dan ekonomi negara.
Beliau berkata, inisiatif kerajaan menerusi Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) telah mempertingkatkan daya   saing dan peluang ekonomi Malaysia.

"Ketika waktu saya, saya telah mengarahkan semua menteri turun ke akar umbi bagi memastikan semua perancangan dilakukan dengan sewajarnya,"  katanya.

Dr Mahathir berkata strategi kerajaan juga termasuk menyediakan insentif kepada syarikat tempatan dan percutian bebas cukai kepada pelabur untuk menggalakkan lebih banyak kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI).
"Apabila kita (Malaysia) mempunyai lebih banyak aliran masuk FDI dan kadar guna tenaga meningkat, FDI juga merangsang ekonomi kita," katanya. - Bernama

Subhanallah

Sape nampak " kalimah " yang mulia itu sila LIKES cepat2 !

Katakanlah " SubhanAllah "

Remaja cari ibu kandung

Remaja cari ibu kandungSiti Fatimah (kiri) sentiasa memberi semangat kepada Nur Amira Syafika yang berusaha menjejaki ibu kandungnya.
TUMPAT – “Saya ingin sekali melihat wajah ibu kandung saya yang terpisah sejak 11 tahun lalu,” demikian rintih seorang remaja Nur Amira Syafika Ab Shahrifalaki, 14, yang terpisah dengan ibu kandungnya ketika berumur tiga tahun.

Nur Amira Syafika berkata, dia tidak ingat apa-apa cerita sedih di zaman kanak-kanaknya itu tetapi berdasarkan cerita dari ibu saudaranya, Siti Fatimah Mohd Yusof, 55, ibunya dikenali sebagai Zanariah berasal dari Teluk Intan, Perak.

“Saya ingin jumpa ibu, pertemuan ini amat penting kerana melibatkan masa depan saya,” katanya.

Sementara itu, Siti Fatimah berkata, untuk menjejaki Zanariah  semakin sukar apabila ayah kandung Nur Amira Syafika yang juga adiknya, Shahrifalaki Mohd Yusof, 50, meninggal dunia dua tahun lalu.

“Yang merisaukan saya sekarang ini, Nur Amira Syafika masih belum ada Mykad kerana semua dokumen pengenalan dirinya  dalam simpanan ibunya yang terpisah 11 tahun lalu,” katanya ketika ditemui di tempat anaknya bekerja, restoran di Pasir pekan, di sini.

Katanya, setelah kematian adiknya itu, Nur Amira Syafika dalam jagaannya dan juga adiknya Balqisma, 38, di Kampung Anak Keranji, Slow Machang, Pasir Mas.

“Kami tiada alamat Zanariah kerana dia sering berpindah randah, kami juga tiada gambar Zanariah untuk dijejaki.

“Sebelum ini Zanariah bersama arwah adik saya menetap di Kuala Lumpur, bagaimana pun selepas mereka bercerai, arwah adik saya membawa pulang Nur Amira Syafika ke Pasir Mas,” katanya yang memaklumkan Zanariah isteri ketiga arwah adiknya.

Siti Fatimah berkata, Nur Amira Syafika mempunyai seorang adik lelaki berusia 12 tahun, mungkin dia dijaga oleh Zanariah dan Zanariah pernah menetap di Kampung Anak Keranji diawal perkahwinannya itu sebelum ke Kuala Lumpur.

Menurutnya, selagi ibu kandung Nur Amira Syafika tidak dapat dijejaki, selagi itulah anak saudaranya itu tidak dapat memohon Mykad.

“Saya risau masa depan Nur Amira Syafika yang kini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bunut Susu, Pasir Mas kerana tahun depan dia akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR),” katanya.

Sesiapa yang mengenali ibu Nur Amira Syafika atau mempunyai maklumat mengenai mereka boleh menghubungi di talian 013-9300230.

Georgia tutup dua pangkalan tentera

Georgia tutup dua pangkalan tenteraMayat askar Georgia dibawa pulang dengan pesawat tentera.
TBILISI - Menteri Pertahanan Georgia, Irakli Alasania berkata, dua pangkalan tenteranya di Afghanistan bakal ditutup, selepas 10 askarnya terbunuh dalam tempoh sebulan akibat serangan militan.

Bagaimanapun, Alasania berkata, kerajaan masih belum memutuskan sama ada akan mengurangkan jumlah anggotanya yang ditempatkan di Afghanistan.

"Ini adalah sumbangan yang dilakukan Georgia kepada misi antarabangsa menentang keganasan dan memastikan keselamatan global," katanya.

Minggu lalu, Alasania dilaporkan terpaksa memendekkan lawatan rasminya ke Brussels dan bergegas ke Afghanistan selepas tujuh askarnya yang berkhidmat untuk Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (Isaf) terbunuh.

Media tempatan melaporkan dalam Press TV, tujuh askar yang terbunuh itu berlaku selepas sekumpulan militan meletupkan sebuah trak dipenuhi bahan letupan di pangkalan tentera dalam daerah Nawzad, wilayah Helmand.

Setakat ini, seramai 1,545 anggota askar Georgia ditempatkan di dua pangkalan tentera di Afghanistan.

Astro catat hasil RM1.1 bilion


Rohana
Rohana
ASTRO Malaysia Holdings Bhd (Astro) catat peningkatanhasil 14 peratus kepada RM1.1 bilion untuk suku pertama berakhir 30 April 2013, berbanding RM986 juta pada tempoh sama tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan berkata, peningkatan itu didorong bilangan pelanggan televisyen berbayar dan televisyen satelit tanpa langgananNjoi yang lebih tinggi serta peningkatan hasil purata setiap pelanggan dan hasil pengiklanan.

Astro turut mencatat pertambahan bilangan pelanggan sebanyak 15 peratus kepada 3.58 juta orang, sekali gus menembusi 53 peratus kediaman televisyen di Malaysia.

“Kami bermula dengan baik tahun kewangan ini dengan terus giat melaksanakan usaha strategik utama kami.

"Pendapatan bersih Astro sebanyak RM114 juta pada suku ini adalah seperti yang dirancangkan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pelancaran pakej kandungan tambahan berfokus seperti Pek Nilai dan Pek Chakravarthy menunjukkan Astro menyediakan produk sesuai dengan kehendak pelanggan berbeza.

Pada suku tahun kewanganini, pelanggan televisyen berbayar Astro meningkat 40,000 kepada 3.32 juta sementara pelanggan Njoi bertambah 55,000 kepada 264,000.

Pelanggan Astro B.yond meningkat kepada 2.18 juta dan daripada jumlah itu, 1.4 juta menggunakan Definisi Tinggi atau HD.

Ayah Kandung Steve Jobs (pengasan Apple ) Seorang Muslim Keturunan Syria

Ayah Kandung Steve Jobs Seorang Muslim Keturunan Suriah
Abdulfattah John Jandali, ayah kandung Steve Jobs.
TRIBUNNEWS.COM - Tak banyak yang tahu kehidupan pendiri Apple, Steve Jobs. Meski dikenal sebagai seorang inovator dan orang paling berpengaruh di dunia teknologi, kehidupan lelaki kelahiran 24 Februari ini jarang diutak-atik.
Namun, The Sun, harian   Inggeris, membuka kisah mengenai kehidupan Jobs setelah mewawancarai ayah kandungnya bernama Abdulfattah John Jandali, seorang Muslim keturunan Suriah yang berimigrasi ke Amerika Syarikat (AS). Ia dilahirkan di luar ikatan pernikahan dari seorang ibu bernama Joanne Schieble.
Kerana dilahirkan diluar pernikahan dan dianggap boleh membuat malu komuniti mereka, maka Steve Jobs kemudian diberi kepada   pasangan Paul dan Clara Jobs sebagai anak angkat . Dibesarkan oleh pasangan ini, Jobs tidak pernah melakukan kontak dengan ayah kandungnya.
Pada Ogos  lalu, Jandali yang merupakan pemilik sebuah kasino dan juga profesor di bidang ilmu politik mengaku ingin bertemu dengan anaknya namun terlalu malu untuk melakukan pendekatan kerana takut Jobs mengira dirinya akan mengincar wangnya.
"Saya berharap tidak terlalu terlambat untuk melakukan kontak lagi," kata Jandali pada Ogos lalu sembari menambahkan mungkin hanya minum secangkir kopi.
"Ini mungkin kedengarannya aneh namun saya tidak bersedia meskipun kami sama-sama sudah sekarat hanya untuk mengangkat telepon untuk dia," katanya.
"Steve akan melakukan apa yang orang Suriah lakukan dan tak ingin ia berpikir jika saya mengincar kekayaannya. Saya punya wang sendiri," ujarnya.

PANTANG MAUT SEBELUM AJAL!!!...SEORANG WARGA EMAS MANGSA ROMPAKAN, DITETAK HAMPIR PUTUS LEHER MASIH HIDUP!!!!


Menurut mangsa rompakan seorang warga emas, Laud Adau, 68, Suku Kedayan, dari Kampung Kesusuk, Sapok Sipitang, Sabah, ketika kejadian dia sedang tidur seorang diri di rumahnya, tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali terus menetak mangsa menggunakan tombak sabit sebanyak 2 kali di bahagian leher dan tengkuk.

Masa kejadian keadaan agak gelap dan mangsa tidak nampak penyerangnya. Menurut Laud, penyerang beliau mungkin berbangsa bugis dan merupakan pekerja kebun sawit berdasarkan kepada senjata yg digunakan.

Penyamun tersebut telah berjaya melarikan beg dompet milik mangsa berisi wang tunai RM1,000.

Nasib Laud agak baik bila orang awam, Kadir Aisha yang kebetulan lalu dikawasan rumah mangsa untuk menebas telah terdengar bunyi berdengus seperti orang meminta tolong daripada rumah mangsa.

Menurut Kadir, beliau lihat Laud telah terbaring di beranda rumah dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah dan terus membawa mangsa ke hospital Sipitang.Kedaan mangsa sekarang menurut doktor adalah stabil dan mangsa akan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut. http://omakkau.blogspot.com/2013/06/pantang-maut-sebelum-ajalseorang-warga.html

Gambar Antena Menara Umno Penang runtuh Dua maut, lapan cedera parah

http://batuvskayu.blogspot.com/

 
Pulau Pinang  : Sebanyak 21 kejadian ribut dilaporkan melanda beberapa kawasan di seluruh negeri ini menyebabkan dua maut dan sekurang-kurangnya lapan orang cedera parah.

Mereka yang maut dikenali sebagai Jahir Hussain Sulaiman, 40, pembantu pemandu lori yang dihempap pemancar tiang telekomunikasi di Jalan Macalister dan Wong Tze Chow, 33, maut akibat dihempap sebatang pokok di jalan berhampiran Empangan Air Itam.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya mendapat laporan berkenaan kejadian ribut tersebut kira-kira pukul 6.45 petang.

Katanya, melalui laporan diterima, lapan kejadian berlaku di sekitar Timur Laut, dua di Seberang Perai Tengah, 10 di Seberang Perai Utara dan satu di bahagian barat daya.

“Bagaimanapun, kejadian yang paling teruk adalah di Jalan Macalister yang menyebabkan sebuah pemancar telekomunikasi jatuh dari atas sebuah bangunan dan menghempap beberapa kenderaan,’’ katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Dalam kejadian lewat petang itu, sebuah pemancar telekomunikasi setinggi hampir 20 meter yang terletak di atas Menara UMNO jatuh.

Sebanyak tujuh buah kenderaan rosak teruk akibat dihempap pemancar tersebut selain sebatang paip bawah tanah di jalan berkenaan juga pecah.

Hentakan tiang pemancar ke atas jalan raya turut menyebabkan terbentuk sebuah kawah air kecil.

Abdul Rahim dalam pada itu menambah, pihaknya meminta orang ramai agar tidak bimbang dan panik dengan kejadian berkenaan dan polis telah mengerahkan semua anggota termasuk di daerah-daerah untuk turun padang bagi memantau perkembangan kejadian.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Ismail Mohd. Zain memberitahu, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada kira-kira pukul 6.55 petang mengenai kejadian di Jalan Macalister.

“Apabila tiba, sebuah pemancar telekomunikasi dilihat telah jatuh di atas jalan raya dan menghempap tujuh buah kereta serta sebuah lori. Kita sedang melakukan pembersihan dan punca kejadian dipercayai akibat angin kuat," ujarnya. UM




Antena Menara Umno Pulau Pinang runtuh
Antena Menara Umno Pulau Pinang runtuh
Antena Menara Umno Pulau Pinang runtuh
Antena Menara Umno Pulau Pinang runtuh
Antena Menara Umno Pulau Pinang runtuh

Thailand kian hilang sabar


Kuala Lumpur: Thailand semalam berkata, ia semakin hilang sabar terhadap keganasan berterusan di selatan negara itu.

Ketua Majlis Keselamatan kebangsaan, Paradorn Pattanatabut memberitahu wartawan pada pusingan ketiga sidang damai dengan kumpulan pejuang wilayah itu, beliau memerlukan ‘maklumat konkrit’ mengenai keganasan yang sudah meragut lebih 5,500 nyawa sejak 10 tahun lalu.
“Ia bagi membolehkan saya menjawab kepada rakyat Thai. Agenda kami ialah mengurangkan keganasan khususnya dalam bentuk jangka waktu atau dalam bentuk kawasan.

“Hari ini, kami perlu mendapatkan fakta jelas mengenai keganasan itu,” kata Paradorn, ketua perunding Thai ke sidang berkenaan sebelum rundingan bermula.


Rundingan damai itu yang dilancarkan pada 28 Mac lalu setakat ini gagal mengekang keganasan.


Pihak berkuasa Thai baru-baru ini mencadangkan idea menyerahkan kuasa membuat keputusan kepada penduduk tempatan.

Bagaimanapun, Paradorn berkata, keputusan mengenainya tidak mungkin dicapai dalam rundingan pusingan kali ini yang akan memberi tumpuan kepada keganasan.

Selepas dua pusingan rundingan damai sejak Mac lalu, pertumpahan darah setiap hari mencetuskan persoalan sejauh mana pemimpin pejuang menguasai anggota militan yang radikal.

Bagaimanapun, seorang wakil Thai menyuarakan keyakinan, semalam mereka yang menyertai rundingan damai itu mewakili semua kumpulan pejuang.

“Semua kumpulan kinibersama. Mereka berunding dengan kami,” kata Timbalan Setiausaha Tetap Pertahanan, Nipat Thonglek. - AFP

Polis Turki berjaya kawal Dataran Taksim


Penunjuk perasaan bertempiaran menyelamatkan diri selepas pasukan polis antirusuhan Turki melepaskan berpuluh-puluh gas pemedih mata di Dataran Taksim bagi menyuraikan tunjuk perasaan di dataran itu, kelmarin. - AFP
ISTANBUL 12 Jun - Pasukan polis antirusuhan Turki berjaya mengawal sepenuhnya Dataran Taksim, hari ini selepas semalaman bertempur dengan kumpulan penunjuk perasaan yang menguasai kawasan berkenaan selama hampir dua minggu.
Menjelang subuh, Dataran Taksim yang dipenuhi serpihan penghadang jalan, kelihatan lapang dan beberapa buah teksi mula melalui kawasan itu buat kali pertama sejak bantahan terhadap Perdana Menteri Tayyip Erdogan tercetus hampir dua minggu lalu.
Namun, beratus-ratus penunjuk perasaan masih berkhemah di Taman Gezi berhampiran dataran terbabit.
Pertempuran yang berlaku malam semalam merupakan yang terburuk sejak demonstrasi itu bermula.
Pasukan polis antirusuhan melepaskan gas pemedih mata ke arah beribu-ribu penunjuk perasaan yang berkumpul di Dataran Taksim, termasuk sekumpulan orang berpakaian pejabat yang turut menyertai tunjuk perasaan selepas waktu kerja dan beberapa keluarga yang membawa anak masing-masing.
Kumpulan demonstrasi berkenaan berpecah ke jalan-jalan kecil di sekitar dataran, namun sekumpulan penunjuk perasaan tegar kembali dekat kawasan itu untuk membakar unggun api dan membaling batu ke arah kenderaan meriam air polis.
Situasi itu memaksa polis melepaskan gas pemedih mata beberapa kali sehingga keadaan reda.
Datuk Bandar Istanbul, Huseyin Avni Mutlu berkata, pihaknya akan berusaha membersihkan kawasan Dataran Taksim sebelum ia dibuka semula kepada orang awam. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130613/lu_03/Polis-Turki-berjaya-kawal-Dataran-Taksim#ixzz2W8bqTPWs
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Arab Saudi potong kuota jemaah haji Indonesia


Pemandangan dari udara kerja-kerja pembesaran Masjidil Haram di Mekah yang bermula pada tahun lalu. - AGENSI
JAKARTA 12 Jun - Kerajaan Arab Saudi akan memotong kuota jemaah haji Indonesia sebanyak 42,000 orang bagi tahun ini berikutan ruang ibadah yang terhad disebabkan proses pembesaran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Madinah.
Kouta 42,000 orang itu merupakan potongan sebanyak 20 peratus daripada jumlah 211,000 jemaah Indonesia pada setiap tahun untuk mengerjakan haji.
Duta Besar Arab Saudi ke Indonesia, Musthafa bin Ibrahim al-Mubarak dalam satu kenyataan kepada akhbar Republika berkata, pengurangan kouta berkenaan tidak hanya terhad kepada Indonesia sahaja.
"Ia juga berlaku untuk semua negara. Ia (pemotongan) bersifat umum," katanya seperti dilaporkan akhbar berkenaan.
Penjaga kedua-dua masjid agung itu, kata Musthafa, berpendapat dasar memotong jumlah jemaah haji adalah bagi memastikan kesemua jemaah haji dari seluruh dunia dapat beribadat dengan selesa.
Langkah itu, menurut Musthafa, turut melibatkan kouta jemaah yang ingin mengerjakan umrah.
Kerajaan Arab Saudi juga, katanya, tidak dapat memastikan sampai bila pengurangan kouta berkenaan akan dilaksanakan, kerana kerja-kerja membesarkan kedua-dua masjid itu mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan, bermula tahun lalu.
Kerajaan Arab Saudi, selama ini menetapkan jumlah jemaah yang dibenarkan mengerjakan rukun Islam kelima itu ditetapkan kepada 1,000 orang bagi setiap 1 juta penduduk Islam di sesebuah negara.
Kerajaan negara itu juga sudah berkali-kali menolak permintaan Indonesia yang meminta tambahan kouta haji bagi penduduk Islam negara ini. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130613/lu_02/Arab-Saudi-potong-kuota-jemaah-haji-Indonesia#ixzz2W8barCdL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Gerila Mao serang kereta api

PATNA, India 13 Jun - Gerila Mao melepaskan tembakan ke arah kereta api penumpang di negeri Bihar di timur India, hari ini, menyebabkan seorang anggota polis dan dua penumpang terkorban.
Kira-kira 100 gerila bertindak memaksa kereta api itu berhenti, ketika ia dalam perjalanan dari bandar Dhanbad ke Patna, ibu negeri Bihar sebelum melepaskan tembakan, kata pegawai kanan polis, Amitabh Das kepada AFP.
"Tiga terkorban termasuk seorang konstabel polis, manakala tiga lagi cedera dalam serangan itu," kata Das ketika dihubungi melalui telefon dari tempat kejadian.
Selepas serangan hendap tersebut, kereta api itu ditunda ke stesen berdekatan di mana para doktor dibawa untuk merawat mereka yang cedera.
Kerajaan menyifatkan gerila Mao sebagai ancaman dalam negeri paling serius, terlibat dalam perang selama beberapa dekad di tengah dan timur negeri itu bagi menggulingkan kerajaan tempatan dan nasional. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130614/lu_06/Gerila-Mao-serang-kereta-api#ixzz2W8bAgvXk
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Budak berjaya masuki Turki dengan pasport mainan


Emily Harris menunjukkan pasport mainannya yang membolehkan dia melepasi imigresen Turki, baru-baru ini. - AGENSI
LONDON 13 Jun - Seorang kanak-kanak Britain dilaporkan berjaya memasuki Turki dengan hanya menggunakan pasport mainan miliknya.
Para pegawai imigresen di lapangan terbang Antalya didakwa melepaskan Emily Harris, 9, dari Cwmbran, South Wales selepas mengenakan stem kastam ke atas pasport mainan dengan gambar kuda bertanduk atau unikorn berwarna merah jambu.
Dalam kejadian tersebut, ibu bapa kanak-kanak itu tersalah memberi pasport ketika menunggu giliran di kaunter imigresen selepas mendarat di Turki untuk bercuti selama seminggu.
Ibu kanak-kanak terbabit, Nicky, 43, berkata, dia tidak sedar tersalah memberi pasport tersebut sehinggalah hendak menyimpan semula dokumen perjalanan itu.
“Ketika itu saya menjadi panik kerana merasakan ada pegawai akan datang mengejar kami, tetapi tiada apa-apa yang berlaku.
“Pasport itu tidak kelihatan asli kerana ada gambar patung beruang berwarna emas di bahagian kulit depan selain berbeza saiz dengan pasport saya dan suami saya, Allen,’’ katanya.
Wanita itu berkata, pasport mainan tersebut pula tertera gambar kuda bertanduk berwarna merah jambu.
“Apa yang membimbangkan kami sebagai ibu bapa, kejadian itu menunjukkan mudahnya seorang kanak-kanak diseludup keluar ke negara lain,’’ katanya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130614/lu_05/Budak-berjaya-masuki-Turki-dengan-pasport-mainan#ixzz2W8avHd9A
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kerajaan Thai hilang sabar


Gambar bertarikh 30 Mei lalu, menunjukkan anggota tentera Thailand memeriksa mayat dipercayai anggota pemisah di dalam sebuah longkang di wilayah Yala, selatan Thai. - Reuters
KUALA LUMPUR 13 Jun - Thailand semakin 'hilang sabar' dengan insiden keganasan yang berterusan di selatan negara itu, yang didakwa didalangi kumpulan pemisah, ketika rundingan damai pusingan ketiga antara kerajaan dan kumpulan pemisah disambung di sini, hari ini.
Ketua Majlis Keselamatan Nasional Thai, Paradorn Pattanatabut berkata, kerajaan memerlukan 'penyelesaian' terhadap keganasan, yang telah meragut lebih 5,500 nyawa sejak sedekad lalu, supaya beliau boleh menjawab pertanyaan rakyat.
"Agenda kami adalah untuk mengurangkan keganasan pada satu jangka waktu atau kawasan. Hari ini kami memerlukan jawapan jelas berhubung fakta-fakta (punca) peningkatan keganasan, baru-baru ini,'' katanya yang mengetuai panel perunding kerajaan, sebelum rundingan itu dimulakan.
Rundingan damai yang bermula sejak 28 Mac lalu itu, setakat ini gagal menamatkan keganasan yang berlaku hampir setiap hari di Yala, Pattani dan Narathiwat, tiga wilayah bersempadan dengan Malaysia itu.
Pihak berkuasa Thai mengemukakan idea untuk menyerahkan kuasa terhad kepada wakil rakyat tempatan bagi menguruskan wilayah yang majoriti penduduknya terdiri daripada penganut Islam.
Bagaimanapun, Paradorn berkata, isu tersebut mungkin tidak dibangkitkan pada rundingan kali ini, yang didominasi isu keganasan berterusan.
Lima kakitangan keselamatan Thai terbunuh dalam serangan dua minggu lalu, yang didakwa oleh kerajaan didalangi puak pemisah yang ingin mengganggu rundingan damai berkenaan.
Walaupun dua pusingan rundingan damai telah diadakan sejak Mac lalu, keganasan yang berlaku meningkatkan persoalan sejauh mana pemimpin pemisah mempunyai kuasa untuk mengawal puak pemisah radikal.
Bagaimanapun, seorang pegawai delegasi Thailand melahirkan keyakinan bahawa mereka adalah 'perwakilan sebenar semua kumpulan di selatan negara itu'.
"Setiap kumpulan pemisah kini bergabung. Mereka berbincang dengan kami,'' kata Timbalan Setiausaha Tetap untuk Pertahanan, Nipat Thonglek. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130614/lu_01/Kerajaan-Thai-hilang-sabar#ixzz2W8ZurmI9
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kerajaan Arab Saudi musnahkan patung kuda

RIYADH 13 Jun - Kerajaan Arab Saudi kelmarin mengeluarkan arahan untuk memusnahkan beberapa patung kuda yang dibina di sebuah bulatan di barat daya negara ini selepas ulama tertinggi menyifatkan pembinaan patung sebagai perbuatan berdosa.
Laman web berita, Jazantoday.org melaporkan, pihak majlis perbandaran Abu Arish di Jazan yang terletak bersempadan dengan Yemen, telah diarahkan untuk memusnahkan patung berkenaan.
Arahan itu dikeluarkan selepas Mufti Besar Abdulaziz al-Shaikh menghantar sepucuk surat kepada Datuk Bandar Jazan bagi meminta supaya patung itu dimusnahkan kerana ia merupakan dosa besar dan dilarang di bawah undang-undang Islam. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130613/lu_06/Kerajaan-Arab-Saudi-musnahkan-patung-kuda#ixzz2W8aJJjqX
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ikan bengalan digilai walaupun harga mencecah RM130 sekilogram

RUDIS (kanan) dan anaknya, Petrus menunjukkan ikan bengalan (atas) dan ikan labang yang ditangkap di Sungai Rajang ketika ditemui di Belaga kelmarin.


BELAGA – Ikan air tawar, bengalan kini menjadi kegilaan ramai ekoran rasa isinya yang enak walaupun harga ikan liar itu dijual sehingga mencecah RM130 sekilogram.
Bengalan atau nama saintifiknya, Puntioplites Bulu atau turut dipanggil tenggalan, merupakan spesies ikan air tawar yang mempunyai nilai pasaran tinggi.
Menurut seorang nelayan, Rudis Tugang, 44, walaupun harga ikan itu tidak setanding dengan harga ikan empurau yang dianggap raja Sungai Sarawak dan ikan semah, keenakan isi bengalan dianggap antara yang terbaik.
“Isinya lembut, padat dan lazat, manakala proses memburunya yang sukar telah membuatkan harga ikan ini sangat mahal sehingga mencecah RM130 sekilogram.
“Bengalan hidup di air bersih dan sungai besar seperti Sungai Rajang,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0614&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2W8Xhz2uu 
Hakcipta terpelihara 

INSIDEN RUNTUHAN MENARA ANTENA BANGUNAN UMNO P.PINANG.


Kenyataan Media DPPN P.Pinang;


1. Dewan Pemuda PAS P.Pinang melahirkan kekesalan atas insiden runtuhan menara antena yang terletak di atas bangunan UMNO P.Pinang lewat petang tadi, yang kebetulan berlaku dalam tempoh seminggu selepas tragedi runtuhan Jambatan Kedua P.Pinang.

2. Kejadian yang berlaku akibat ribut kuat ini menunjukkan bahawa bangunan milik UMNO P.Pinang yg mendapat keuntungan hasil sewaan kpd beberapa pihak ini sudah begitu uzur & tidak terjamin keselamatannya.

DPPN P.Pinang mendesak supaya UMNO P.Pinang segera mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk menyiasat & memberi jaminan akan keselamatan bangunan ini.

Penghuni bangunan UMNO ini juga dicadangkan mengosongkan premis masing-masing hinggalah ianya benar-benar terjamin selamat.

3. UMNO P.Pinang juga wajib mengambil tanggungjawab membayar ganti rugi & pampasan sewajarnya kepada kenderaan-kenderaan yang rosak teruk ditimpa menara antena tersebut & orang awam yang tercedera, tidak hanya sekadar mendoakan kesembuhan mereka sahaja seperti petikan respon Ketua Pemuda UMNO P.Pinang Shaikh Hussin berdasarkan laporan portal berita Malaysiakini.

4. DPPN P.Pinang juga menggesa agar Majlis Agama Islam Negeri P.Pinang (MAINPP) yang sekian lama menyewa di bangunan tersebut agar berpindah sepenuhnya ke premis lain yang lebih selamat, terjamin, luas & selesa.

Inilah masanya MAINPP yang merupakan institusi Agama Islam tertinggi di P.Pinang mempunyai kompleksnya yang tersendiri tanpa perlu menyewa lagi kepada UMNO P.Pinang yang turut menunggu masa untuk 'runtuh'.

Takziah buat UMNO P.Pinang.

AFNAN HAMIMI BIN DATO' TAIB AZAMUDDEN
Setiausaha DPPN P.Pinang
merangkap
Ahli Majlis Agama Islam Negeri P.Pinang.

13 Jun 2013

Basikal lama jadi aksesori fesyen

SEPASANG lampu tidur diperbuat daripada lampu basikal dipamerkan di bengkel The Upcycle di Delft, Belanda pada 17 Mei lalu.- AFP


DELFT - Dua usahawan Belanda menemui cara unik meraih keuntungan daripada beribu-ribu basikal lama yang ditinggalkan di Belanda dengan menukarnya menjadi barangan fesyen dan perabut.
Pelajar seni reka industri, Lodewijk Bosman, 25, dan Hidde van der Straaten, 28, menubuhkan jenama The Upcycle di bandar universiti Delft di sini pada Januari 2012.
Belanda mempunyai lebih banyak basikal iaitu 18 juta berbanding penduduk negara itu seramai 17 juta orang. Sekitar sejuta basikal baharu dibeli setiap tahun.
Mereka membeli basikal terpakai untuk ditukarkan menjadi pelbagai barangan seperti lampu tidur, gelang tangan, tali pinggang dan bangku.
Lampu tidur itu yang diperbuat daripada lampu basikal lama dijual pada harga 88 euro (RM370), sekali gus mendatangkan keuntungan lumayan.
Rantai tangan yang diperbuat daripada rantai basikal berharga 10 euro (RM42) manakala tali pinggang getah tayar basikal dijual 30 euro (RM126).
Produk tersebut mula dijual melalui laman web firma berkenaan pada Februari lalu dengan barangan tersebut kini mempunyai permintaan meluas di seluruh dunia.
"Separuh daripada pelanggan kami merupakan orang tempatan dengan sebahagian lagi terdiri daripada pelanggan dari luar negara," kata Straaten.
Mereka kini berharap untuk menjual produk The Upcycle di kedai-kedai cenderamata di seluruh negara tersebut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0614&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2W8Usm5ud 
Hakcipta terpelihara 

AS pertahan intip e-mel rakyat


BEBERAPA penduduk berhimpun di New York untuk menyatakan sokongan mereka kepada Edward Snowden pada Isnin lalu. - AFP


WASHINGTON – Pengarah Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) bertegas mempertahankan program intipan rahsia, PRISM kelmarin sebagai alat berkesan untuk melindungi keselamatan Amerika Syarikat (AS).
Bercakap kepada Kongres di sini kelmarin, Jeneral Keith Alexander berkata, intipan rahsia yang dilakukan telah membantu pihaknya menghalang berpuluh-puluh serangan pengganas ke atas AS.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung komplot-komplot serangan itu.
Dalam keterangan pertama tentang operasi rahsia itu kepada Kongres selepas PRISM dibocorkan oleh bekas ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA), Edward Snowden, Alexander juga memberitahu, rakyat perlu dimaklumkan secara meluas dan lebih terperinci berhubung perkara tersebut.
Kenyataan tersebut dibuat bagi meredakan kebimbangan orang ramai berhubung dakwaan PRISM menceroboh hak peribadi dan kebebasan mereka.
“Saya berpendapat, penting untuk kita memperbetulkan perkara ini. Saya mahu rakyat AS tahu bahawa kita cuba untuk telus mengenai program ini dan melindungi kebebasan serta privasi orang awam,” kata Alexander.
“Namun pada masa yang sama, kami perlu melindungi keselamatan negara ini,” tambahnya.
Beliau memberitahu demikian di hadapan sebuah panel Senat di sini kelmarin.
Dalam pada itu, beberapa ribu kilometer dari sini, Snowden yang melarikan diri ke Hong Kong selepas membocorkan beberapa dokumen tentang PRISM berkata, dia akan menentang sebarang percubaan AS untuk mengekstradisinya.
Ketika ini, pihak berkuasa AS dalam proses menyiapkan siasatan ke atas Snowden tetapi masih belum mendakwa lelaki berusia 29 tahun tersebut.
“Saya berada di Hong Kong bukan untuk melarikan diri daripada dihadapkan ke muka pengadilan. Saya di sini untuk mendedahkan perbuatan jenayah,” katanya.
Dia menyatakan demikian dalam satu wawancara bersama akhbar South China Morning Post.
Mengulas lanjut tentang program PRISM, Alexander berkata, semua langkah yang dilaksanakan oleh pemerintah adalah berlandaskan undang- undang yang diluluskan oleh Kongres.
Tambahan pula katanya, perkembangan program tersebut turut dipantau oleh mahkamah AS.
Jelasnya, PRISM merangkumi “operasi untuk menggagalkan atau menyumbang kepada kegagalan serangan pengganas”.
Beliau berjanji akan memberikan maklumat tambahan kepada Jawatankuasa Perisikan Senat dalam satu mesyuarat tertutup semalam.
Pengarah NSA itu juga telah mendedahkan maklumat berhubung kejayaan PRISM menggagalkan dua serangan ke atas AS, setiap satu di New York dan Chicago.
Namun, beliau memberikan amaran bahawa pendedahan operasi PRISM oleh Snowden telah menjejaskan keberkesanan program intipan rahsia itu.
Justeru katanya, AS dan sekutu-sekutunya kini kurang selamat berbanding dua minggu lalu sebelum PRISM dibocorkan.
“Sebahagian operasi PRISM kekal sebagai maklumat sulit dan ia perlu terus begitu kerana jika kita mendedahkan kepada pengganas setiap cara yang dilakukan untuk menjejaki mereka, mereka akan melepasi kawalan keselamatan AS dan orang ramai akan mati,” katanya.
Tambah Alexander, beliau amat bimbang berhubung Snowden yang memiliki akses rangkaian-rangkaian utama NSA.
Ujarnya, Snowden cuma seorang pentadbir sistem komputer yang diberikan kebenaran untuk menguruskan sistem rangkaian NSA dan hanya boleh mengakses sebahagian sistem tersebut.
Pengarah berkenaan disoal secara terperinci oleh beberapa senator AS berhubung jumlah data yang telah dikumpulkan oleh NSA menerusi PRISM.
Program tersebut digunakan untuk menghimpun berjuta-juta rakaman perbualan telefon dan mengawasi aktiviti orang ramai di internet.
Setakat ini, PRISM mendapat sokongan daripada anggota-anggota Dewan Perwakilan dan panel Perisikan Senat serta beberapa pemimpin AS.
Menurut mereka, program kontroversi itu perlu dalam usaha memerangi keganasan.
Namun, wakil-wakil rakyat AS yang masih samar tentang operasi rahsia tersebut menyuarakan kebimbangan dan kerisauan mereka.
Senator Mike Johanns meminta Pengarah NSA tersebut menerangkan sama ada pemerintah boleh mengetahui apa yang dicari oleh seseorang individu semasa menggunakan Google atau melihat isi e-mel yang dihantar olehnya.
Jelas Alexander, sebaik sahaja identiti individu terbabit dikesan, kes tersebut akan dirujuk kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
“Pihak FBI akan menentukan berhubung apa lagi yang perlu dilakukan tentang individu berkenaan. Perkara itu diserahkan kepada mereka,” kata Alexander.
“Justeru, saya boleh katakan, jawapan kepada soalan saya tadi adalah ya,” kata Johanss.
“Ya, anda boleh melihatnya. Anda boleh mendapatkan perintah mahkamah untuk berbuat demikian,” jelas Alexander.
Sebelum ini, para pemimpin Kongres dan anggota jawatankuasa perisikan telah beberapa kali diberikan taklimat tentang PRISM manakala Kongres pula telah merombak undang-undang berkaitan program intipan itu lebih dua kali.
Namun, pendedahan Snowden tentang keupayaan PRISM yang begitu meluas melibatkan segenap elemen komunikasi maklumat mengejutkan orang ramai dan wakil rakyat AS.
Dalam satu wawancara dengan akhbar Guardian yang disiarkan pada Ahad lalu, Snowden berkata, PRISM membolehkan NSA mengintip apa sahaja komunikasi manusia.
“Jika saya mahu melihat kandungan e-mel anda atau mendengar panggilan telefon isteri anda, saya hanya perlu memintasnya dengan PRISM.
“Saya juga boleh mengintip e-mel, kata laluan, rekod panggilan telefon dan maklumat kad kredit anda,” tambahnya.
Menurut Snowden kesedaran bahawa PRIM telah menyalahi prinsip kebebasan dan hak peribadi rakyat AS telah mendorongnya untuk membocorkan program rahsia itu.
“Saya tidak mahu tinggal dalam masyarakat yang melakukan perkara keji ini, saya tidak mahu tinggal dalam dunia yang mana perbuatan dan percakapan saya dirakamkan. Saya tidak boleh menyokong program seperti ini,” ujarnya.
Snowden melarikan diri ke Hong Kong lebih tiga minggu lalu, sekali gus meninggalkan kehidupan selesa di Hawaii, gaji AS$200,000 (RM618,700), seorang teman wanita, kerjaya yang stabil dan keluarga yang menyayanginya. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0614&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2W8U61mt9 
Hakcipta terpelihara 

Waspada dengan acara Khazanah Trans 7!!!



Mereka telah mencerca para mujahidin, termasuk ustadz Abu bakar Ba'asyir dan Syaikh Usamah bin Ladin dan para pejuang Islam lainnya yang dimuliakan oleh Allah ta'ala sebagai "TERORIS KHAWARIJ" tanpa bukti. Ketahuilah, bahwa mereka dibalik Khazanah Trans 7 (salafi maz'um), mereka lah yang merupakan Khawarij sesungguhnya, bahkan lebih parah lagi, karena menggabungkan sifat terburuk dari Khawarij dan Murji'ah.

==============================
::: KHOWARIJ terhadap para da'i dan mujahidin, MURJI-AH terhadap para thogut :::

Muncul suatu kelompok yang membawa nama sunnah dan salaf (padahal sunnah dan salaf berlepas diri/berbaro' dari mereka). Mereka bukanlah khowarij secara mutlak, dan bukan pula murji-ah secara mutlak, akan tetapi mereka adalah campuran antara ini dan itu.

Terhadap para da'i dan orang orang yang berselisih dengan mereka dari kalangan ahlul qiblah dan tauhid, mereka bersikap khowarij, keras, kasar, tidak menerima ketergelinciran mereka, tidak mengakui ta'wil dan udzur mereka.!!!

Walau hanya perselisihan sedikit, atau bahkan tanpa perselisihan sekalipun, secara hak ataupun tidak, mereka menuduh orang yang bertauhid yang tidak sependapat dengan mereka dengan fasik, sesat, bid'ah dan bisa jadi malah dikafirkan.! Mereka tidak bersifat waro' dalam hal ini. Menebar kerusuhan, fitnah, memecah belah barisan menjadi beberapa barisan, memecah jama'ah menjadi beberapa jama'ah, memecah hizb menjadi beberapa hizb, ini semua mereka lakukan atas nama salaf dan salafiyah, serta atas nama memberantas hizbiyah.!!!

Adapun terhadap para thogut thogut pemerintah dan para pendurhaka, mereka bersikap murji-ah, pengasih, sopan, menerima ketergelincirannya, atau bahkan kekafiran kekafirannya, walau sampai dipaksa paksakan.

Mereka menjadikan para thogut sebagai waliyul amri yang wajib untuk diatati, wajib loyal dan menolong mereka. Juga memata matai orang orang yang menentang dan memusuhi thogut untuk kepentingan thogut.!!

Mereka menerima ta'wil pemerintah pada masalah masalah yang tidak dibenarkan ta'wil di dalamnya oleh syar'i ataupun oleh akal.
Mereka menggambarkan kejelekan kejelekan thogut di mata masyarakat sebagai kebaikan kebaikan. Dan bahkan kejelekan kejelekan thogut, walaupun besar dan bermacam macam, itu semua adalah kufrun duuna kufrin (kekafiran yang tidak membuat pelakunya menjadi kafir). Kejelekan tersebut adalah masih di bawah masyi-ah Allah. Dengan dusta mereka mengatakan: "Sebagaimana kata Ibnu Abbas.!!!"

Mereka menulis buku buku penguat, di dalamnya mereka membela bela para thogut yang zalim, juga membela bela kekafiran dan kebatilannya. Sebaliknya, di dalamnya mereka mensifati dengan sifat dan sebutan terjelek terhadap para ulama tauhid dan sunnah serta jihad, baik yang masih hidup ataupun
yang telah meninggal.

Mereka marah kalau pemerintah marah. Mereka ridho kalau pemerintah ridho. Fatwa fatwa mereka berputar bersama pemerintah dan kepentingan pemerintah, bukan bersama al haq. Oleh karena itu, engkau akan mendapati mereka dekat dengan pintu dan istana raja, mendapatkan pemberian, hadiah dan
potongan roti.!!

Mereka dengan sifat sifat ini adalah orang yang aneh dan unik. Belum pernah dikenal oleh sejarah dahulu. Mereka mengumpulkan sifat sifat terjelek dari khowarij dan sifat terjelek dari murji-ah ghulat.!!

Mereka sungguh adalah bencana zaman ini, tidak ada yang mengetahui kadarnya selain Allah. Perkara dan kesesatan mereka telah menjadi kabur di mata banyak orang. Walaa haula walaa quwwata illa billaah.

Abu Basir At Thorthusi