Sunday, November 1, 2015

Tun M punca kontroversi 1MDB

 Arul Kanda Kandasamy

KUALA LUMPUR - Isu yang melibatkan syarikat milik kerajaan 1MDB menjadi semakin hangat apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mula membangkitkan isu ’kehilangan’ wang RM42 bilion daripada syarikat itu.
Presiden dan Pengarah Kumpulan Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berkata, kritikan yang dilontarkan oleh Dr Mahathir mencetuskan kontroversi terhadap syarikatnya sehingga menarik minat banyak pihak.

“Persepsi mula wujud apabila pembangkang mula membangkitkan isu dalam 1MDB, (tetapi) selepas pembangkang dilihat gagal isu terbesar apabila Dr Mahathir mula menuduh RM42 bilion hilang.

“Selepas Dr Mahathir dan mereka yang sebelum ini menyokong kerajaan memulakan kritikan, perkara ini mula menjadi sangat kontroversi,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: ‎1MDB tidak 'bisu', 72 kenyataan media dikeluarkan]

Menurut Arul Kanda, isu 1MDB telah dibangkitkan oleh pemimpin pembangkang khususnya Tony Pua sejak tahun 2010 lagi tetapi kurang mendapat perhatian.

Ketika ditanya mengenai kritikan keras pemimpin politik pembangkang dan juga kerajaan berhubung isu 1MDB yang dianggap menjadi liabiliti pada kerajaan, Arul Kanda menegaskan bahawa  yang beliau bukannya ahli politik sebaliknya golongan profesional jadi tidak sesuai untuk beliau menjadi perkara itu.

“Saya bukan seorang ahli politik. Perkara yang melibatkan politik harus diajukan kepada ahli-ahli politik,” katanya.

Selain Dr Mahathir, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin antara individu yang lantang mengkritik kerajaan dalam isu 1MDB.

[ARTIKEL BERKAITANHarap isu 1MDB selesai dalam tempoh 6 bulan]

Mengulas mengenai isu yang dibangkitkan Bank Negara, Arul Kanda turut memberitahu yang pihaknya berpegang kepada kenyataan yang dikeluarkan Peguam Negara sebelum ini bahawa 1MDB bebas daripada siasatan.

Kisah seram di kawasan R&R Ajil


RAIHAM MOHD SANUSI, NURUL ZAILA MOHD TAHIR, NOOR HAYATI MAMAT
Kisah seram di kawasan R&R Ajil

1 NOVEMBER 2015
Kisah seram di kawasan R&R Ajil Kawasan Bukit Belah inilah didakwa pengguna terserempak lembaga hitam melintas.


SEORANG pengguna, Ahmad Aziz Jaafar, 37 berkata, dia pernah mengalami gangguan ketika menggunakan LPT2 tetapi tidak mengendahkannya.

Insiden seram juga berlaku kepada rakannya sendiri di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ajil di awal lebuh raya berkenaan dibuka.

“Pernah berlaku ketika saya dalam perjalanan untuk mengambil kawan yang keretanya rosak di LPT2 apabila diganggu dengan siulan menakutkan.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 pagi dan ketika saya memandu terdengar siulan di tempat duduk belakang membuatkan saya seriau," katanya.

Menurutnya, bagi menghilangkan bunyi itu, dia memasang radio dengan kuat dan membaca ayat-ayat suci al-Quran di dalam hatinya.

Apabila tiba di kawasan terang, dia memberhentikan kereta dan memeriksa di bahagian belakang tetapi tiada apa-apa.

Ahmad Aziz turun menceritakan satu lagi insiden menyeramkan iaitu ketika dia bersama rakan berhenti di R&R Ajil.

Menurutnya, ketika itu rakannya menaiki kenderaan bersama isterinya, manakala dia memandu bersendirian.

“Ketika di R&R Ajil, saya nampak isteri kawan saya turun untuk ke tandas dan setelah selesai dia naik semula ke kenderaan dan kami bergerak ke rumah masing-masing.

“Apabila tiba di rumah rakan di Jerangau Barat, saya keluar dari kereta, manakala isterinya tidak berganjak dari tempat duduknya.

“Bagaimanapun, dia mendapat panggilan telefon daripada isterinya dan walaupun agak pelik dia mengangkat dan apa yang mengejutkan si isteri sebenarnya masih berada di R&R Ajil.

“Apabila dilihat di dalam kereta, makhluk yang menyerupai isteri sudah tiada dan barulah dia menyedari yang berada di sebelahnya itu bukanlah isterinya," katanya.

Ahmad Aziz berkata, cerita-cerita mistik memang banyak diperkatakan termasuk ada yang mendakwa nampak lembaga hitam yang besar di atas jejambat.

Menurutnya, memang perkara mistik tidak boleh diketepikan tetapi dia percaya kebanyakan kes kemalangan maut yang berlaku adalah disebabkan kecuaian sendiri.

“Sebagai pengguna kita perlu lebih berhati-hati dan memandu mengikut had laju supaya tidak berlakunya kemalangan meragut nyawa,” katanya.

Lembaga besar di sempadan Ajil-Bukit Besi

Seorang penarik kereta atau “Call Man”, Shamsudian Salleh, 43 berkata, kerjanya sebagai tukang tarik kereta yang mengalami kerosakan akibat kemalangan membuatkannya sentiasa berada di LPT2 dan pelbagai faktor sebenarnya boleh menyumbang kepada kemalangan.

Kisah-kisah mistik yang diperkatakan oleh orang ramai juga bukan perkara asing baginya walaupun tidak pernah mengalaminya sendiri.

Menurutnya, paling banyak tiga kes kemalangan berlaku dalam sehari tetapi kadang-kadang ada juga dalam seminggu tiada kemalangan.

“Antara kisah makhluk halus yang popular di kawasan ini ialah kehadiran lembaga besar di sempadan Ajil dan Bukit Besi.

“Satu lagi gangguan mahkluk berambut panjang dan berpakaian serba putih di sekitar Jerangau dan laluan itu memang berlaku kemalangan.

“Ada juga rakan yang kemalangan selepas terlihat lembaga hitam melintas.

“Bagaimanapun, saya percaya kemalangan yang berlaku disebabkan pelbagai faktor termasuk kehadiran binatang peliharaan seperti lembu dan binatang liar seperti badak, beruang dan tapir,” katanya.

Kubur lama dipindahkan

Biarpun laporan pihak berkuasa menyatakan punca utama berlakunya kemalangan di LPT2 disebabkan kecuaian pengguna, namun isu gangguan makhluk halus tetap menjadi perbualan hangat pengguna serta penduduk.

Malah, ada yang mempercayai unsur-unsur mistik  turut menjadi penyebab pusara di lebuh raya memandangkan satu demi satu kemalangan maut  terus berlaku apatah lagi tragedi berdarah itu terjadi di lokasi kilometer yang hampir sama.

Tragedi meragut lima nyawa termasuk empat daripadanya rentung di Kilometer (KM) 386 pada 24 Mei lalu begitu meninggalkan kesan di hati, selain insiden maut melibatkan seorang peronda LPT, Razali Ishak,44, pada 27 Jun 2014 di KM 415.1.

Kedua-dua kes tersebut turut menjadi viral di laman sosial sehingga ada yang mengaitkan kejadian kemalangan maut melibatkan peronda LPT mempunyai kaitan dengan usur mistik ekoran adanya ‘seseorang’ dalam sekeping gambar diambil orang awam di lokasi kejadian.

Bagi warga emas dari Kampung Peroh, Che Nik Che Wil,71, cerita ada sesuatu yang melintas sehingga dikatakan punca pemandu terbabas antara kisah sering didengarinya dan rata-rata ia berlaku di kawasan hampir sama termasuk satu lokasi dipanggil Bukit Belah.

“Pakcik tidak pernah alaminya tetapi sering dengar cerita sama beberapa kali iaitu ada benda melintas lalu menyebabkan pemandu terbabas atau kemalangan. Dikatakan juga adanya kubur lama tetapi telah dipindahkan sebelum projek pembinaan LPT2 dimulakan dulu.

“Ketika kerja-kerja pembinaan dilakukan dahulu juga pakcik dengar cerita ada beberapa orang  pekerja meninggal dunia kerana tragedi termasuk kenderaan terbalik. Malah, sewaktu lebuh raya belum dibuka ia telah meragut nyawa seorang penunggang motosikal.

“Daripada cerita didengar, penunggang motosikal itu berasal daripada Felda Jerangau Barat. Mayatnya hanya dijumpai sebelah petang oleh penternak lembu, ketika itu darah yang mengalir telah pun kering. Pakcik difahamkan dia terbabas,” ujarnya.

Tinjauan: Majoriti siswi UK alami gangguan seks


Tinjuan: Majoriti siswi UK alami gangguan seks

31 OKTOBER 2015
Tinjuan: Majoriti siswi UK alami gangguan seks

LONDON - BRITAIN . Hampir semua siswi di Britain mengadu alami gangguan seks waktu malam, lapor akhbar The Independent.

Menurut The Independent aduan itu diperoleh selepas satu tinjauan yang dibuat menerusi 5,000 responden yang dipilih secara rawak.

"Daripada jumlah itu, 77 peratus berasa gangguan seks dalam budaya kelelakian muda, atau 'lad culture' menjalar di universiti-universiti negara itu. 


"Namun, hanya 44 peratus responden lelaki berpendapat gejala ini perlu dirisaukan," lapor akhbar itu memetik penerbitan kampus The Tab.

Menerusi tinjuan itu menunjukan bahawa  95 peratus daripada mereka (siswi)  'disentuh di bahagian badan yang tidak sewajarnya', termasuk diraba.

Dalam pada itu, kira-kira 25 peratus responden lelaki pula mengakui pernah meraba mahasiswi sewaktu bersantai dengan teman-teman pelajar. 


Tinjauan itu bertujuan mendapatkan maklum balas pelajar berhubung isu-isu budaya rogol, persetujuan bersama sebelum seks dan pornografi demi membalas dendam.

Menurut hasil tinjauan ini lagi, tidak mengejutkan seorang mahasiwa tahun tiga di Manchester yang menyifatkan 'lelaki selalu terfikir tidak apa' untuk menyentuh pelajar wanita sewaktu bersantai pada malam hari. 


Dapatan The Tab dikeluarkan tidak lama selepas kajian Kesatuan Pelajar Kebangsaan UK yang menunjukkan 61 peratus pelajar tahun pertama tidak tahu tatacara membuat aduan gangguan seks di kampus-kampus.

Mahkamah Timbang Tara ada kuasa



PEMANDANGAN pulau Spratly dari pulau Pagasa, Filipina kelihatan aktiviti pembinaan yang sedang dilakukan oleh China. - REUTERS


THE HAGUE, Belanda – Mahkamah Tribunal Antarabangsa memutuskan pihaknya mempunyai kuasa untuk mendengar kes yang dibawa oleh Filipina mengenai pulau Spratly yang menjadi pertikaian di Laut China Selatan.
Kerajaan Filipina dilihat bertegas terhadap Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Undang-Undang Laut sehingga menimbulkan Beijing.
Bagaimanapun, China menolak untuk menyertai prosiding itu ke­rana menganggap Mahkamah Timbang Tara PBB yang berusia lebih satu abad berpangkalan di sini itu tidak mempunyai bidang kuasa ke atas kes tersebut.
“Selepas mengkaji tuntutan yang dihantar oleh Filipina, mahkamah tribunal menolak hujah China bahawa pertikaian mengenai kedaulatan ke atas pulau di Laut China Selatan itu di luar bidang kuasa tribunal,” kata mahkamah itu dalam satu kenyataan.
China menegaskan pihaknya mempunyai hak kedaulatan hampir seluruh Laut China Selatan yang merupakan laluan air strategik kerana kebanyakan kapal yang membawa minyak di seluruh dunia menggunakan laluan tersebut.
Pertikaian perairan itu turut dituntut oleh Vietnam, Malaysia, Fili­pina, Taiwan dan Brunei sekali gus menjadi pentas perebutan untuk menguasai rantau itu.
Berikutan kawalan kapal tentera Filipina yang lemah, pada tahun 2012 China berjaya mengawal kawasan itu yang sememangnya kaya dengan sumber perikanan.
Kawasan berkenaan yang dikenali sebagai Scarborough Shoal terletak dalam lingkungan zon eksklusif ekonomi (EEZ) di Filipina.
Malah, China kini turut melaksanakan kerja-kerja penambakan secara besar-besaran di kawasan itu sekali gus menyebabkan Filipina bimbang China membina pulau buatan dengan menempatkan pos-pos tentera yang terletak hampir dengan Filipina.
Mahkamah tribunal yang ditubuhkan pada tahun 1899 itu akan memulakan pendengaran secara tertutup dengan keputusan dijangka diumumkan tahun depan. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3qCAe9vpV 
Hakcipta terpelihara