Monday, February 2, 2015

Pemisah Ukraine kerah 100,000 pejuang perangi tentera Kiev

DONETSK: Pemimpin kumpulan pemisah timur Ukraine yang pro-Russia di Donetsk, hari ini menegaskan akan mengerahkan lebih 100,000 pejuangnya dalam memerangi tentera kerajaan Kiev.
"Kita akan menggerakkan secara besar-besaran pejuang pemisah Republik Rakyat Donetsk dalam masa 10 hari, kami merancang mengerahkan sehingga 100,000 orang," kata Alexandre Zakhartchenko kepada agensi berita dikuasai pemisah, DAN.
Pertelingkahan terus meletus di timur Ukraine sejak beberapa minggu lalu dan harapan untuk mengurangkan krisis semakin sukar selepas gencatan senjata kedua-dua pihak sebelum ini berakhir Sabtu lalu. - AFP

Sudan Selatan, pemberontak setuju gencatan senjata

ADDIS ABABA: Presiden Sudan Selatan, Salva Kiir dan pemimpin pemberontak, Riek Machar lewat malam tadi menandatangani perjanjian bagi menamatkan perang saudara selama lebih 13 tahun yang meragut ribuan nyawa.
"Gencatan senjata secara sepenuhnya di Sudan Selatan dijadual pagi ini," kata Seyoum Mesfin, perunding dari Pihak Berkuasa Antara Kerajaan Mengenai Pembangunan (IGAD).
Beliau memberitahu pemberita di ibu negara Ethiopia, Addis Ababa di mana gencatan senjata ditandatangani.
Kedua-dua pemimpin sebelum ini memeterai sekurang-kurangnya enam gencatan senjata sejak perang tercetus Disember 2013. - AFP

Mak dah tak larat

Agensi
Hangzhou: Kepayahan melahirkan bayi lumrah dihadapi seorang ibu, namun lain pula situasi yang berlaku di hospital di Wenling, timur China.
Seorang bidan tiba-tiba pengsan dipercayai selepas lapan jam tanpa henti membantu melahirkan 11 bayi di Hospital First People sebelum senja semalam, lapor media.
Kejadian berpunca apabila Xu tidak henti-henti melakukan tugasnya dari pukul 12 pagi hingga 8.30 (waktu Malaysia) dengan lapan proses kelahiran biasa dan tiga pembedahan selain membantu seorang wanita yang kehilangan darah sebelum pengsan akibat hipoglisemia - kenaikan gula dalam darah.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Februari 2015 @ 6:21 AM


XU cuba diselamatkan selepas pengsan sebaik melaksanakan tugasnya sebagai bidan di Hospital First People.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27934#sthash.fHruguNG.dpuf

Pengemis tak kisah jadi bahan pameran

Malmo, Sweden: Melakukan apa saja demi wang, begitulah kisah dua pengemis Roma yang sanggup duduk dan berdiri sambil membungkam berhadapan dengan cawan kertas di galeri seni Malmo.
Pengemis pasangan suami isteri itu dilihat berpakaian nipis dan tidak dibenarkan menuturkan sepatah perkataan apabila pelawat mendekati mereka di Malmo Konsthall, satu daripada pusat pameran seni paling besar.
Sebelum itu, Luca Lacatus dan Marcella Cheresi, mengemis di tepi jalan, namun kejadian itu disedari penganjur projek Malmo.
Sebaik terlihat Lacatus dan Marcella, dia berhasrat menggunakan mereka dalam pameran yang bertujuan menggalakkan rakyat Sweeden lebih peka terhadap ketidaksamaan dalam negara yang bakal dihujani pendatang asing tahun ini.
Namun projek itu itu menimbulkan kekecohan selepas dianggap melampau hingga galeri itu dikritik kerana dianggap memanipulasi kemiskinan.
Artis Ioana Cojocariu yang juga aktivis kumpulan hak asasi pendatang di Kesatuan Eropah memberitahu media dia mempunyai harapan yang tinggi, tetapi apabila memasuki bilik itu dia berasa seperti melihat pameran etnologi dengan badan kulit hitam diganti mayat orang miskin.
“Saya berasa artis berniat baik, namun jelas terdapat kesilapan,” katanya.
Pegawai media projek itu, Erika Li Lundqvist berkata: “Isu ini sensitif jadi tidak hairan jika menerima kritikan hebat.
“Namun saya agak kecewa ramai kritik yang menyelar pameran ini sebenarnya tidak datang sendiri melihatnya,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Februari 2015 @ 6:22 AM


PASANGAN suami isteri Lacatus dan Marcella sebagai subjek dalam pameran seni di galeri seni Malmo.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27939#sthash.AD12nKTE.dpuf

Daerah Skid Row dikenali ibu kota gelandangan



DUA sukarelawan membuat bancian golongan gelandangan di Skid Row, Los Anegles pada 29 Januari lalu. - Afp


LOS ANGELES, California – Dae­rah Skid Row di sini mendapat jolokan ibu kota gelandangan Amerika Syarikat (AS) kerana memiliki bilangan penduduk tanpa tempat tinggal yang begitu ramai.
Bancian terakhir pada tahun 2013 menyatakan bandar raya ini dihuni seramai 39,500 orang gelandangan.
Bilangan mereka melonjak kepada 60,000 orang jika mengambil kira penduduk yang berkhemah dan me­numpang kediaman orang lain.
Menurut anggaran terbaharu, terdapat kira-kira 3,000 orang yang tidur di kaki lima jalan raya sekitar daerah itu pada setiap malam
Mereka membuat tempat tidur menggunakan kadbod, fabrik atau plastik dan tidur berdekatan satu sama lain.
“Kami mengira seramai 24 orang gelandangan di sebatang jalan di Skid Row,” kata seorang sukarelawan bancian, Harry Batt baru-baru ini.
“Kami bernasib baik kerana tidak melihat kanak-kanak atau mereka yang berusia bawah 18 tahun,” tambahnya.
Dalam pada itu, isu orang gelandangan turut mendapat perhatian Setiausaha Hal Ehwal Veteran AS, Robert McDonald.
Kehadiran beliau di Skid Row membayangkan kesungguhan Presiden Barack Obama untuk mengatasi masalah itu.
“Daripada sejumlah 630,000 gelandangan di AS, hampir 50,000 daripada mereka ialah veteran tentera,” menurutnya. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3QaOZAKge 
Hakcipta terpelihara 

Bukan Gollum tapi beruang



Seekor binatang aneh berkuku panjang dan tajam ditemui pekerja di ladang kelapa sawit di Jalan Bintangor-Sibu Jumaat lalu.


KUCHING – Seekor makhluk pelik menyerupai watak Gollum dalam filem Lord of The Rings yang ditemui di sebuah kawasan ladang kelapa sawit di Bintangor, Sibu dekat sini Jumaat lalu disahkan pakar merupakan seekor beruang matahari.
Bekas Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Anthony Sebastian berkata, beruang matahari atau nama saintifiknya Ursus Malayanus itu dipercayai baru berusia sekitar setahun, namun sedang sakit.
Katanya, beruang matahari tersebut kemungkinan sakit akibat sejenis penyakit yang dihidapinya ataupun terkena racun.
“Namun, setakat ini, saya tidak boleh ulas lanjut mengenai tahap kesihatan beruang itu sehingga ia ditemui semula.
“Apa yang pasti, beruang itu masih muda iaitu berusia kira-kira setahun. Lebih menyedihkan, ia sedang sakit dan memerlukan rawatan segera,” katanya yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Majlis Pengawasan Perhutanan Antarabangsa.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3QaOI5euz 
Hakcipta terpelihara 

Jackie Chan tidak sombong


MOHD. Kazim duduk bersebelahan Jackie Chan sewaktu istiadat pengurniaan gelaran Datuk di Istana Negara semalam.


KUALA LUMPUR – Pelakon Hong Kong yang juga bintang popular Hollywood, Jackie Chan dikurniakan darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan semalam.
Beliau merupakan salah seorang daripada 356 individu yang menerima pelbagai darjah kebesaran daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada majlis yang berlangsung di Istana Negara di sini.
Selain beliau, penceramah agama terkenal, Mohd. Kazim Elias atau Ustaz Kazim turut menerima gelaran Datuk manakala Presiden Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia, Datuk Nelson Kwok Teng Toong, menerima Darjah Seri Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri.
Hadir dengan memakai sut hitam dan lengkap bersongkok, Jackie atau nama sebenarnya Chan Kong Sang, 61, kelihatan pandai menyesuaikan diri pada majlis berkenaan malah tidak kekok untuk bermesra dengan penerima anugerah yang lain.
Bagi Mohd. Kazim, 43, Jackie seorang yang mudah mesra dan tidak sombong.
“Pada majlis pagi tadi (semalam), saya duduk bersebelahan beliau dan saya menegurnya dahulu sambil me­ngucapkan tahniah kerana mendapat anugerah tersebut. Kami duduk dari pukul 8.45 hingga 10.30 pagi dan ba­nyak perkara yang dibualkan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3Qa74EGW0 
Hakcipta terpelihara