Sunday, August 24, 2014

Perwakilan negeri bidas pemimpin PKR

SABTU, 23 OGOS 2014 @ 3:06 PM
SEBAHAGIAN perwakilan yang hadir pada Kongres Tahunan PKR Ke-10 di sini, hari ini.
 
SHAH ALAM: Seorang perwakilan PKR Pahang hari ini membidas seorang pemimpin parti itu berikutan kegagalan menunjukkan sikap disiplin terhadap anggotanya.

Tanpa menyatakan nama pemimpin itu, jurucakapnya yang juga Timbalan Pengerusi PKR Pahang, Ahmad Nizam Hamid turut meminta supaya pemimpin berkenaan bermuhasabah diri.

"Jangan minta saja ahli di bawah ini berdisiplin, yang atas juga kena. Kena muhasabah juga," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden sempena Kongres Tahunan PKR Ke-10 di sini, sebentar tadi.

Ahmad turut menggariskan tiga masalah yang kini dihadapi parti itu iaitu kemerosotan kewibawaan parti, kelemahan disiplin dan kasih sayang antara ahli, dan krisis keperibadian.

Sementara itu, wakil wanita PKR, Sivamalar Genapathy, ketika membahaskan ucapan sama pula mengakui parti itu masih lagi gagal menarik sokongan pengundi wanita.

Sehubungan itu, beliau yang juga Naib Ketua Wanita Pusat PKR menuntut supaya parti melakukan anjakan luar biasa dengan berusaha mengalih pandangan mereka untuk tidak terus menyokong Barisan Nasional (BN).

Misteri di sebalik 'projek sakit' berpagar zink


KHAIRIL ABDUL RAHIM | .

MARAN: ‘Projek sakit’ Akademi Usahawan Tani Kampung Awah, dekat sini, yang pernah ditegur oleh PAS Pahang dua tahun lalu, semalam sekali lagi didedahkan misterinya yang berpagar dengan zink setinggi 20 kaki.

Misteri tersebut ialah rupa-rupanya bangunan dalaman yang mendapat kritikan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011, sedang dirobohkan dan akan dibina bangunan baru.

Pusat latihan yang sepatutnya digunakan untuk kursus-kursus keusahawan tani itu mulai dibina pada tahun 2005 dengan menelan kos sekitar RM9 juta, tetapi banyak bahagian di dalamnya tidak boleh digunakan kerana tidak mengikut spesifikasi.

Berdasarkan laporan audit, terdapat beberapa kelemahan dalam perancangan dan pelaksanan projek melibatkan konkrit bangunan asrama dan blok pentadbirannya.

Dalam program Cakna Rakyat PAS Pahang, media diberitahu kerajaan dipercayai telah mengeluarkan tender baru untuk meruntuh bangunan sedia ada dan membina yang baru, berdasarkan pemasangan zink di sekeliling kawasan tersebut.

“Sepatutnya kontraktor terdahululah yang perlu dipertanggungjawabkan, kenapa perlu tender projek lain. Justeru PAS Pahang merasakan berlaku penyelewengan, kedua pembaziran wang rakyat dan yang ketiga menyusahkan bakal usahawan tani yang sepatutnya mendapat manfaat.

“Dalam suasana muram hari ini dengan rakyat disuruh berjimat, di pihak kerajaan pula berlaku pembaziran dengan jutaan ringgit lagi wang rakyat digunakan,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Md Jusoh Darus.

Hadir sama Ketua Penerangan PAS Pahang Suhaimi Saad, Bendahari Musaniff Abdul Rahman, Yang Dipertua PAS Maran Hasenan Harun dan Adun Kuala Semantan Syed Hamid Mohamad.

“Pembaziran terus berlaku, wang rakyat sekali lagi digunakan untuk menampung kecuaian pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Dengan ini PAS menuntut satu siasatan telus demi hak dan kebaikan rakyat,” katanya. - HARAKAHDAILY 23/8/2014

SOP JAIPk: Kilang roti kotor, tulang babi dalam kolam ikan


HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kesedaran Pengguna Perak (Penyedar) peka dengan sensitiviti masyarakat terutamanya umat Islam mengenai produk permakanan yang dijamin halal dan bersih.

"Kejadian pembatalan status halal terhadap sebuah kilang roti di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh kerana kotor dan pendedahan ujian Deoxyribonucleic acid (DNA) ke atas sampel tulang haiwan yang ditemui dari sebuah kolam ternakan ikan patin di Jalan Ipoh Batu Gajah yang telah disahkan tulang babi amat mengejutkan," ujar Pengerusi Penyedar, Asmuni Awi dalam satu kenyataan.

Katanya, kedua-dua kejadian tersebut sungguh mencemaskan apabila isu produk makanan halal yang disahkan oleh agensi yang terlibat seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kini dipersoalkan.

Bagi Penyedar, kata beliau ianya juga secara langsung akan memberikan kesan kepada pengusaha kecil yang lain seperti pengusaha-pengusaha kecil kilang roti dan juga pengusaha-pengusaha kolam ikan patin.

Malah, ujar Asmuni ianya turut memberikan kesan juga kepada pemborong dan peniaga-peniaga gerai kecil kerana pengguna telah mulai meraguinya.

Menurutnya, isu pertikaian kesahihan produk atau kelulusan halal yang diperolehi kepada pengusaha hanya berlaku setelah terdapat laporan tentang kemusykilan status halal yang diberikan ataupun sebelum kelulusan baru atau kelulusan semula setiap permohonan daripada pengusaha.

"Ini memberikan gambaran ketidak cekapan atau tidak bersifat proaktifnya agensi yang diberikan tanggungjawab besar ini kerana ianya amat menitikberatkan isu permakanan halal terutamanya yang beragama Islam," katanya lagi.

Justeru, tegasnya Penyedar mendesak agar agensi peringkat negeri terutamanya seperti Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) yang diberikan tanggungjawab dalam urusan ini agar lebih meneliti prosedur operasi standard (SOP) sedia ada bagi mengelak keraguan setiap produk permakanan yang telah diberikan status halal selama ini.

Katanya, diakui penglibatan agensi kerajaan lain yang terlibat seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bahagian kesihatan dan Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna perlu berkerjasama dengan lebih erat dan bertindak dengan lebih pantas lagi.

"Perlu diambil perhatian kelemahan dan ketidakcekapan dalam bertindak adalah menjadi faktor isu berbangkit tentang status produk halal yang berada di pasaran," katanya.

Beliau menambah, kurangnya pemantauan dan keboleh percayaan terhadap status halal sesuatu produk kadang-kadang berlaku kerana penetapan 'standard' dan kelayakan uji kaji yang telah dilakukan oleh agensi yang sepatutnya diberikan kuasa untuk mengkaji sesuatu permakanan tersebut.

Ini, ujarnya kerana bidang kuasa yang terdapat antara agensi tersebut terdapat kelemahan atau tidak memenuhi sesuatu keperluan semasa.

Bagi Penyedar, ujar beliau perkara yang boleh dilakukan oleh JAIPk sebagai contoh perlu menyenaraikan produk-produk halal yang telah diberikan statusnya dan usaha penambahan kakitangan bagi tujuan siasatan, penguatkuasaan serta pemantauan perlu diberikan perhatian dengan segera.

"JAIPk perlu mengembalikan kepercayaan pengguna terutamanya masyarakat beragama Islam akan status permakanan halal yang telah diberikan kelulusan selama ini.

"Ianya amat perlu bagi mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat selama ini atas produk halal yang digunakan oleh mereka di luar sana," katanya. - HARAKAHDAILY 23/8/2014

Tiga lagi jenazah mangsa MH17 tiba hari ini


Kiri Ghafar, Ng Shi Ing


KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tiga jenazah mangsa nahas pesawat MH17 dijangka tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 8.30 pagi hari ini.
Mereka adalah jenazah Penyelia Kru Kabin MH17, Mohd. Ghafar Abu Bakar, 54, dan pensyarah Universiti Malaysia Sabah, Ng Shi Ing, 33, manakala identiti jenazah ketiga tidak didedahkan atas permintaan keluarga.
“Dua jenazah itu akan melalui istiadat penghormatan seperti kumpulan pertama semalam (kelmarin,” katanya di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0824&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3BGHuVVPm 
Hakcipta terpelihara 

Fasa kedua jejak bangkai MH370 di dasar laut


Oleh Baharom Bakar

Kuala Berang: Di sebalik kesedihan negara dan ahli keluarga mangsa tragedi MH17, usaha pencarian pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak Mac lalu tetap diteruskan kerajaan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata, usaha pencarian pesawat penerbangan MH370 fasa kedua yang akan bermula minggu depan akan teralih kepada pengesanan bangkai pesawat di dasar laut.

Katanya, tumpuan pencarian pesawat penerbangan MH370 yang hilang bukan saja ditumpukan di Lautan Hindi, sebaliknya di tiga lokasi yang akan diputuskan minggu depan.

“Saya bersama Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin diberi mandat kerajaan ke Australia bagi membincangkan kaedah terbaru pencarian MH370.

“Ketika berada di negara itu, rombongan akan ke Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC) serta pejabat Biro Keselamatan dan Pengangkutan Australia (ATSB) untuk mendengar taklimat terkini tumpuan pencarian MH370 akan dilakukan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri peringkat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Perumahan Kampung Tok Randok, dekat sini, semalam.

Jailani yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan, Komunikasi dan Media misi berkenaan berkata, usaha pencarian MH370 fasa kedua akan dilakukan di tiga lokasi dan tumpuan pencarian akan dilakukan di dasar laut.

“Jika pencarian fasa pertama, usaha pengesanan hanya dilakukan melalui udara dan permukaan air, tapi kerajaan bersetuju dengan cadangan JACC dan ATSB supaya tumpuan fasa kedua dilakukan di dasar laut,” katanya yang enggan mengumumkan tiga lokasi pencarian yang baru akan dilakukan.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/24

Pesawat terkini


Alor Setar: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memperkukuhkan Pusat Latihan Terbang (PLTB) 1 di Kepala Batas, di sini, dengan menambah lima pesawat Pilatus PC7 Mk II bagi melahirkan lebih ramai juruterbang berkaliber pada masa depan.
Pertambahan pesawat latihan baru yang dipertingkatkan berkenaan bagi menampung 43 pesawat Pilatus PC7 sedia ada dan dijangka mula digunakan menjelang penghujung 2015.
Panglima Tentera Udara Tan Sri Rodzali Daud berkata, pihaknya menerima peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk menambah lima lagi Pilatus PC7 Mk II sebagai pesawat latihan terkini dan tercanggih bagi melahirkan juruterbang baru.

Menurutnya, lima pesawat baru itu dijangka akan diterima selewat-lewatnya Disember 2015 sebagai penambahan kepada pesawat latihan sedia ada di PLTB1.
Foto
RODZALI (kanan) merasmikan Majlis Ulang Tahun No 1 Flying Training Centre (1FTC) 1964-2014 di Lapangan Terbang Kolej Tentera Udara, Kepala Batas, semalam.

“Kita tiada masalah berkaitan isu pesawat, sebaliknya berdepan kekangan berikutan kawasan latihan terhad di Alor Setar, menyebabkan lebih banyak latihan untuk juruterbang baru dilakukan di sekitar Pulau Langkawi.

“Ini kerana aspek keselamatan adalah faktor penting dalam melatih juruterbang baru kerana PLTB1 yang berjaya melahirkan 1,200 juruterbang, terutama untuk TUDM, turut melatih jurulatih berbanding dihantar ke luar negara sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada sambutan jubli emas sempena ulang tahun ke-50 PLTB1 di Kolej Tentera Udara (KTU) di Kepala Batas, di sini, semalam.

Hadir sama bekas Panglima Tentera Udara Tan Sri Sulaiman Sujak dan bekas Pegawai Memerintah Pertama PLTB1 (1963-1966) John F Woodard.

Pada majlis sama, Woodard turut dianugerahi Pingat Jasa Malaysia (PJM). Selain itu, turut diadakan ialah pelancaran Buku Jubli Emas PLTB 1 dan pertunjukan udara oleh pesawat pejuang Sukhoi SU30MKM.

Sementara itu, Rodzali berkata, pihaknya juga dalam perancangan menggantikan khidmat helikopter Alouette yang berkhidmat sejak 52 tahun lalu dengan helikopter baru bagi melatih juruterbang.

“Helikopter Alouette kini dalam proses ditukar ganti dengan helikopter baru dalam tempoh terdekat juga,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/24

Jokowi mungkin guna Kijang


Jakarta: Bakal Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) semalam berkata, menyatakan dia masih belum memutuskan mengenai kereta rasmi yang akan digunakan selepas mengangkat sumpah menjadi ketua kerajaan republik itu tidak lama lagi.

Buat masa sekarang, Jokowi menggunakan Mercedes Benz sedan hitam ketika menjalankan urusan rasmi.
Namun, kata ahli politik Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan itu, ada kemungkinan dia menggunakan kenderaan Kijang saja selepas ini.

“Saya akan mengkaji kemungkinan itu. Kini tempoh percubaan dan jika sesuai, saja tidak keberatan menggunakan Kijang sebagai kenderaan bertugas,” katanya.


Kijang adalah antara kenderaan paling banyak digunakan di Indonesia.




Kata Jokowi, dia perlu mengambil kira aspek keselamatan pada kenderaan yang digunakan nanti.

Mengenai kereta Mercedes Benz yang digunakan kini, Jokowi berkata, ia kalis peluru.-Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/24

Ibu bapa rantai anak ditahan


Tukang kayu, Alejandro Hernandez, 44, dan Beatriz Enriquez, 34, mengaku merantai kaki Alvar, 10, selepas mendapati anak mereka sukar dikawal. 
Hernandez berkata, tindakan itu bukanlah bermakna mereka kejam atau tidak berperikemanusiaan.

“Sebaliknya kami terpaksa kerana Alvar sukar dikawal. “Dia menimbulkan masalah di sekolah dan di rumah,” katanya.
Foto
KEADAAN kaki Alvar selepas dirantai ibu bapanya.

Menurut Hernandez tiada cara lain dapat difikirkan bagi mengawal kenakalan Alvar.

Katanya, dia dan Beatriz tetap menyayangi Alvar dan tidak mahu budak terbabit menghadapi masalah kerana kenakalannya. 

Beatriz pula berkata, apa yang mereka buat adalah demi kebaikan Alvar.

Media semalam melaporkan, polis dimaklumkan mengenai perkara itu selepas seorang pelanggan Hernandez melihat budak terbabit dirantai di kediamannya.

Pegawai kebajikan menempatkan Alvar bersama empat lagi adiknya dalam jagaan pusat kebajikan, manakala dua abangnya tinggal bersama saudara mereka.- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/24

Rakaman ubat rindu


Dia yang ditemui di Hotel Novotel, di sini, semalam berkata, rakaman suara adiknya sepanjang lebih seminit itu perbualan terakhir antara Firdaus dengan menara kawalan di Lapangan Terbang Schiphol, di sini, ketika pesawat MH17 berlepas ke Malaysia pada 17 Julai lalu. 
Menurutnya, rakaman suara yang turut tersebar melalui laman YouTube itu kerap diulang dengar ibunya saban hari sejak nahas itu berlaku. 

“Suara Firdaus bagaikan menjadi pengubat rindunya. Kemanjaan adik selama ini menyebabkan ibu sukar mempercayai apa yang berlaku. Kerap ibu menangis sedih ketika makan. Dia masih rindukan Firdaus,” katanya sebak.
Foto
MUHAMMAD Faris

Menurutnya, dia dan dua kakaknya mengambil keputusan datang ke Amsterdam bagi mengetahui perkembangan yang berlaku terhadap jenazah adiknya.

“Kami dimaklumkan, jenazah adik tidak dapat dihantar pulang bersama kumpulan 20 jenazah pertama Khamis lalu berikutan perlu melalui bedah siasat. 

“Keadaan mayatnya yang sempurna membolehkan bedah siasat dilakukan pihak forensik bagi mencari bukti dan punca nahas pesawat MH17. Ada kemungkinan jenazah adik saya dibawa pulang ke tanah air bersama dua mangsa lain hari ini (semalam),” katanya. 

Katanya, jenazah adiknya akan dikebumi bersebelahan kubur ayah di Tanah Perkuburan Islam Daerah Hilir Perak, Jalan Sultan Abdullah, Teluk Intan, Perak. 


Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/24