Showing posts with label Dr M. Show all posts
Showing posts with label Dr M. Show all posts

Wednesday, February 15, 2012

Dr M: Amerika, Israel mahu kerajaan sekarang ditukar


Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa Amerika Syarikat dan Israel berminat melihat kerajaan di Malaysia sekarang ditukar seperti yang berlaku di Asia Barat.

Menulis di blog chedet.cc, beliau berkata kerajaan yang ada sekarang tidak disenangi oleh Amerika kerana bersikap berkecuali, berbaik-baik dengan Cina dan Russia dan tidak menyokong sentimen Barat terhadap Iran dan beberapa negara lain.

NONE“Calon Amerika dan Israel untuk mendiri kerajaan boneka ialah Anwar Ibrahim. Sejak awal lagi mereka menjalin hubungan yang rapat dengan Anwar.

“Memang pun Malaysia menjadi calon untuk ‘regime change’ kerana Malaysia tidak mengiktiraf Israel dan mengkritik beberapa dasar Amerika Syarikat.

“Adalah menjadi harapan Amerika, apabila ‘regime change’ berjaya di Malaysia dan Anwar menjadi Perdana Menteri maka mungkin Malaysia akan ada hubungan diplomatik dengan Israel dan menjauhkan diri dari perjuangan Palestin.

“Dengan ini sebuah kerajaan boneka akan tertubuh di Malaysia yang akan sokong apa sahaja usaha Amerika untuk menakluk dunia,” kata Mahathir.

israel gaza offensive attack 090109 05Beliau mengulas kenyataan bekas timbalannya itu semasa ditemubual dengan majalah Wall Street Journalyang berkata beliau menyokong usaha "melindungi keselamatan negara Israel".

Pada masa yang sama, pada wawancara itu, Anwar turut menegaskan bahawa kepentingan sah rakyat Palestin juga mesti dilindungi.

Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel tetapi kerajaan mengakui bahawa mereka tidak boleh menghalang syarikat-syarikat swasta daripada berurus niaga dengan rejim itu.

Dr M: Dzaiddin buat tuduhan tidak berasas, fitnah

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas kenyataan bekas Ketua Hakim Tun Mohd Dzaiddin Abdullah yang menyatakan beliau menjadi punca kepada badan kehakiman negara tunduk kepada ahli politik, dan menegaskan, dakwaan itu merupakan satu fitnah terhadapnya.
Namun begitu, Dr Mahathir (gambar)berkata, beliau bagaimanapun tidak akan menyaman mereka kerana menurutnya, itu adalah perbuatan sia-sia.
“Itu suatu fitnah, kalau mereka nak, mereka boleh semak semula peruntukan itu, dan jelaskan bahagian mana yang menyatakan perkara itu.
“Tapi saya tidak akan saman mereka, itu tindakan sia-sia,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Perkim di sini.
Beliau turut menjelaskan, tuduhan-tuduhan itu tidak berasas dan sekiranya benar seperti dakwaan tersebut, beliau sudah pasti akan menukarkan jawatan ramai individu dalam badan guaman ketika zaman pemerintahannya itu.
“Tiada peruntukan seperti itu, dan kalau saya ada kuasa, saya akan tukar ramai orang kalau saya boleh buat demikian,” katanya lagi.
Mohd Dzaiddin Jumaat lalu dalam ucapan dasarnya meraikan ulang tahun Tunku Abdul Rahman dan Institute of Democracy and Economic Affairs (IDEAS) di Tunku Abdul Rahman Memorial berkata, pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 1980-an telah melemahkan sayap badan kehakiman.
“Akibat pindaan, kuasa kehakiman mahkamah-mahkamah telah dikurangkan dan mereka hanya mempunyai kuasa apabila diberikan Parlimen,” kata Mohd Dzaiddin, dan menambah bahawa “Parlimen lebih hebat daripada badan kehakiman”.
Menurut Mohd Dzaiddin, pada tahun 1988, Ketua Hakim Tun Mohamed Salleh Abas telah disingkirkan oleh perdana menteri ketika itu Dr Mahathir
Mohd Dzaiddin berkata kejadian itu adalah disebabkan perbezaan dalam pendapat antara Dr Mahathir dan Salleh atas peranan-peranan dua cabang kerajaan berkenaan.
Namun demikian,  Dr Mahathir menjelaskan, perkara itu bukan berlaku di atas kehendaknya, sebaliknya berdasarkan persetujuan daripada Agong ketika itu.
“Agong yang hendak Salleh Abas digugurkan, bukan atas kehendak saya,” katanya lagi.

Wednesday, January 18, 2012

Dr M bidas pihak pertikai hak Saiful



Oleh Nazura Ngah

2012/01/18

pix_gal0
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad membidas tindakan pihak yang mempertikaikan hak bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan untuk memohon Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan ketua pembangkang daripada tuduhan meliwat. 

“Apakah dalam negara ini mangsa yang kerdil tidak berhak kepada keadilan sehingga dia tidak boleh merayu untuk didengar oleh mahkamah lebih tinggi?,” kata bekas Perdana Menteri dalam entri terbaru di laman blognya, semalam.
Dr Mahathir berkata, apabila Anwar didapati tidak bersalah kerana tiada bukti kukuh untuk menyokong keterangan Mohd Saiful, hak mangsa untuk membuat rayuan dipertikaikan.
Katanya, sejarah kehakiman negara menunjukkan Anwar menang pertandingan membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah sejak empat tahun kes itu diadili. 

“Awal-awal lagi dituntut supaya hakim ditukar kerana kononnya berat sebelah. Dengan itu perbicaraan ditangguh sementara tuntutannya ditimbang oleh mahkamah. Masa berbulan-bulan berlalu kerana mahkamah terpaksa menentukan tarikh untuk mendengar rayuannya. 

“Selepas diputus yang hakim berkenaan boleh mendengar rayuannya, ada lagi rayuan dikemukakan. Jika keputusan dibuat baru-baru ini mendapati Anwar bersalah, percayalah beliau akan membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan. 

“Jika Mahkamah Rayuan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi, maka Anwar akan rayu kepada Mahkamah Persekutuan dan jika Mahkamah Persekutuan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, maka Anwar akan tuntut untuk kesnya dibawa kepada Mahkamah Khas,” katanya. 
Beliau juga turut mempersoalkan keistimewaan yang dimiliki pemimpin pembangkang untuk menentukan bahawa keadilan hanya akan berlaku jika mereka didapati tidak bersalah. 

“Apakah di negara ini keengganan pembesar pembangkang mengangkat sumpah bukan saja di masjid dengan menjunjung al-Quran, tetapi ketika dibicara dalam mahkamah biasa tidak mempunyai apa-apa makna terutama kepada orang Islam dan sumpah laknat oleh si kerdil juga tidak boleh diambilkira? 

“Atau apakah menjadi satu daripada perjuangan pakatan bahawa apa yang disarankan oleh Anwar dalam BBC bahawa undang-undang negara ini sudah lapuk dan perlu ditukar kepada kebebasan untuk meliwat mengikut liberalisme Barat?,” katanya.