Wednesday, September 15, 2010

Elak beri "peluru politik" kepada pembangkang - Salleh


15/09/2010 7:14pm

KOTA KINABALU 15 Sept - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, adalah tidak wajar bagi Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi membuat kritikan terhadap kerajaan secara terbuka kerana ia boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap kerajaan.
Beliau berkata, Mohd. Fuad sepatutnya menggunakan saluran kerajaan termasuk menghubungi Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan bagi mendapatkan penjelasan berhubung sesuatu isu yang membabitkan agensi di bawah kementerian itu.
"Sebagai anggota pentadbiran kerajaan yang memerintah, saya rasa Mohd. Fuad mempunyai banyak saluran yang boleh digunakan termasuk saluran parti UMNO.
"Apabila kita mengkritik kerajaan secara terbuka di media, kita seolah-olah mendedahkan sesuatu isu itu kepada umum, sekaligus tindakan itu mungkin akan memberi "peluru politik" kepada pihak lain terutama pembangkang untuk menghentam kerajaan...inilah yang kita elakkan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Salleh yang juga Penasihat Sains kepada Ketua Menteri Sabah berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mohd. Puad pada Isnin yang disiarkan sebuah akhbar yang mendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) gagal mengambil tindakan tegas terhadap media alternatif dan blog yang didakwanya kini bebas menyalurkan agenda membenci kerajaan, selain membangkitkan provokasi di dalam negara.
Beliau yang memegang jawatan berstatus menteri negeri itu berharap budaya menghentam sesama sendiri terutama yang membabitkan kementerian lain dalam pentadbiran negara dapat dihentikan demi kebaikan bersama. - Bernama

Puad pertahankan pendirian kritik keberkesanan SKMM


15/09/2010 8:11pm

KUALA LUMPUR 15 Sept - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi mempertahankan pendiriannya mengkritik keberkesanan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam bertindak ke atas portal berita The Malaysian Insider walaupun tindakan beliau itu dianggap tidak wajar oleh sesetengah pihak.
Mohd. Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata, pendapat beberapa ahli akademik semalam yang meminta beliau menggunakan saluran lain selain media untuk memberi teguran terhadap SKMM tidak seharusnya berlaku kerana beliau hanya cuba menjaga imej kerajaan.
"Sepatutnya mereka (ahli akademik) dapat melihat niat saya adalah memastikan portal berita (The Malaysian Insider) tidak terus memutar belit fakta dan menimbulkan provokasi yang boleh menggugat kestabilan negara.
"Jangan bersikap "double standard" dengan kenyataan saya kerana saya selaku pemimpin kampung dan ahli MT UMNO berhak melakukan tindakan demikian bagi memastikan imej kerajaan terjaga di samping memastikan SKMM terus relevan," kata beliau ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata demikian ketika memberi respon kepada pandangan beberapa ahli akademik semalam yang merasakan beliau seharusnya menggunakan saluran lain selain media untuk mengkritik SKMM yang bernaung di bawah kementerian lain.
Ahli-ahli akademik berkenaan berpendapat tindakan Mohd. Puad menegur kelewatan SKMM bertindak ke atas The Malaysian Insider tidak wajar kerana beliau merupakan anggota kementerian.
Bagaimanapun, Mohd. Puad juga berkata Menteri (Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri, Dr. Rais Yatim) sendiri mengakui melalui media, SKMM memerlukan pendekatan lebih agresif dalam menangani kes-kes berkaitan alam siber kerana ia memerlukan lebih daripada bukti fizikal semata-mata.
"Walaupun SKMM di bawah kementerian, tetapi badan tersebut merupakan suruhanjaya bebas...dan seringkali SKMM dicemuh banyak pihak dalam menangani kes-kes hasutan sebelum ini seperti laman web provokasi, isu Namewee dan sebagainya.
"Jadi bagi saya, tidak timbul isu saya pertikaikan urusan kementerian lain kerana apa yang saya lakukan adalah ke arah menjaga imej kerajaan dari tercalar dan ke arah perjuangan yang membina," katanya. - Bernama

Pembunuhan Susilawati: Ulasan Tuan Guru Menteri Besar Kelantan

1. Saya mengucapkan takizah kepada keluarga Allahyarham Datuk Sosialawati Lawiya, jutawan kosmetik yang telah dibunuh dengan kejam bersama pemandu, pegawai bank dan peguamnya. Dari jauh, saya harapkan supaya keluarga mereka semua dapat bersabar dengan ujian Allah SWT ini ditambah pula ia berlaku pada saat umat Islam sedang bersedia menyambut Hari Raya Idulfitiri.

2. Sesungguhnya, tidak ada sesiapa yang boleh menerima perbuatan seorang manusia boleh membunuh orang lain kerana nyawa seorang manusia itu tidak dimiliki oleh sesiapa pun hatta dirinya sendiri. Justeru, Islam melarang membunuh diri kerana nyawa bukan milik manusia. Perbuatan sekejam ini berpunca daripada tidak wujudnya rasa malu dan aib di hati pembunuh. Sedangkan perasaan malu dan aib inilah yang merupakan jentera keselamatan yang boleh mengawal diri manusia daripada melakukan perkara-perkara yang mendatangkan mudharat samada kepada diri atau orang lain. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Apabila kamu tidak malu, buatlah apa yang kamu kehendaki” – hadis riwayat Imam Bukhari.

3. Selain itu, saya menggesa kepada pihak pimpinan negara untuk sentiasa menghebahkan peringatan agar rakyat bertaqwa dan gerun kepada Allah SWT. Perlu diingatkan sentiasa agar rakyat merasa gerun dengan azab kubur dan siksa api neraka. Tanpa peringatan-peringatan seperti ini, tidak ada penghalang yang boleh mendinding manusia dari melakukan jenayah. Hasilnya, kita mendengar kes-kes pembunuhan kejam berlaku sepanjang masa tanpa mengira bangsa dan agama.

4. Sayang sekali apabila tugas memperingatkan manusia agar bertaqwa kepada Allah SWT ini hanya diserahkan kepada imam dan lebai sahaja. Seolah-olah persoalan iman dan taqwa ini hanya boleh disebut di mimbar masjid. Inilah benih yang dituai oleh sekular sekian lama dan kini menampakkan hasilnya. Masyarakat diulit dengan demokrasi yang tidak pernah menyebut persoalan iman di dalam sukatan pengajiannya. Apabila iman tidak diperkenalkan, lahirlah generasi kepimpinan yang langsung tidak pernah tertarik untuk mengajak rakyat untuk beriman. Natijahnya, terbentuklah suasana yang kita saksikan pada hari ini.

5. Jauh berbeza dengan Rasulullah SAW sebagai Perdana Menteri pertama negara Islam Madinah. Baginda mengulang sebut peringatan agar beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT di dalam setiap ucapannya kepada rakyat. Iman selaku kembar siam kepada Islam itulah penghalang yang paling teguh daripada melakukan jenayah. Pemimpin negara ini adalah orang Islam, justeru individu yang sangat perlu dicontohi ketika memimpin ialah Rasulullah SAW.

6. Saya yakin, jika inilah yang dititikberatkan oleh kepimpinan negara, insya-allah akan berputik rasa gerun dan takut kepada Allah SWT di hati rakyat. Bukan gerun dan takut kepada undang-undang yang dibuat oleh manusia sahaja. Keberkatan dan pencegahan yang datangnya daripada Allah SWT inilah yang akan menjamin kesejahteraan manusia tidak mengira agama apa yang dianuti.

Salam takziah dari saya.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
6 Syawwal 1431H / 15 September 2010
Pejabat Menteri Besar Kelantan.
http://www.perisik-rakyat.com/2010/09/pembunuhan-susilawati-ulasan-tuan-guru.html

Jeffery: Tuan rumah Hari M'sia negeri paling mundur

Sabah yang bakal menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia esok terus merupakan negeri yang serba serbi mundur dari segi pembangunan infrastruktur walaupun telah 47 tahun mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia pada 1963, lapor TV Selangor.

dr jeffery gopari kitinganPimpinan PKR Sabah, Jeffery Kitingan memetik buku Rancangan Malaysia Ke-9 yang melaporkan Sabah sebagai negeri yang paling mundur dan termiskin di Malaysia.

"Kalau kita lihat perbandingan antara negeri -negeri, Sabah nombor 14, dari segi pencapaian pembangunan," katanya kepada TV Selangor di Shah Alam, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan timbalan menteri pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri yang menyatakan, masyarakat luar bandar di Sabah harus bersyukur kerana penyertaan Sabah dalam Persekutuan Malaysia 47 tahun yang lalu adalah suatu keputusan kepimpinan terdahulu yang tidak sia-sia.

Beliau dipetik berkata transformasi secara umum telah banyak berlaku di luar bandar khususnya daripada segi pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam walaupun tidak dapat dinafikan masih ada sedikit lompang.

NONEAbdul Rahim membuat kenyataan itu apabila diminta mengulas mengenai penganjuran Hari Malaysia yang pertama kalinya dalam sejarah dianjurkan di Malaysia Timur iaitu di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.

Jeffery mengakui wujud pembangunan di Sabah tetapi ternyata ia tidak seimbang antara satu wilayah dengan wilayah lain tetapi secara keseluruhan, banyak kawasan belum menerima kemudahan yang memadai.

“Ada pembangunan, tetapi tidak seimbang. Ada yang belum ada jalan raya, belum ada elektrik, air bersih. Tapi kebanyakan, belum ada," katanya.

Lantaran itu, Jeffery kecewa dengan pencapaian berkenaan dan menuntut kepada pimpinan negeri dan pusat, kedua-duanya diterajui Umno Barisan Nasional (BN) supaya lebih prihatin dengan nasib yang menimpa masyarakat luar bandar di Malaysia Timur.

tanjung aru sabah squatters colony 170306"Sebanyak 24 peratus penduduk Sabah digelar sebagai rakyat miskin.

Sepatutnya selepas 47 tahun kita merdeka dan menubuhkan Malaysia, perkara ini sudah selesai. Sekurang-kurangnya setara di peringkat kebangsaan iaitu kurang daripada 6 peratus. Ini bererti kita jauh ketinggalan," katanya
http://www.malaysiakini.com/news/142739

Dihantui dosa silam jadi hamba pil kuda

KUALA LUMPUR: “Disebabkan ketagih pil kuda, saya sanggup bertindak memukul teman wanita dengan batang kayu sehingga berdarah. Walaupun sudah insaf, rasa kesal tidak boleh lenyap dalam diri saya, malah dosa itu sentiasa menghantui hidup saya hingga kini,” kata Sham (bukan nama sebenar) yang menjadi mangsa ketagihan pil kuda.
Beliau yang berusia 22 tahun itu mengakui ketagihan pil kuda menyebabkan dia panas baran sehingga sanggup mengugut ahli keluarga, termasuk memukul teman wanitanya sekiranya permintaannya tidak dipenuhi, terutama ketika dia memerlukan wang mendapatkan bekalan bahan terlarang itu.
Menceritakan detik hitam itu, Sham yang tidak bekerja berkata dia terjebak dalam kancah penagihan itu selepas ditawarkan sebiji pil oleh rakannya.

“Apabila saya cuba, memang rasa sangat ‘best’…saya boleh layan kepala hingga saya rasa tidak boleh hidup tanpa makan pil ini. Tujuh tahun saya menghambakan diri pada benda haram ini hingga lupa pada tanggungjawab sebagai pelajar dan anak yang perlu menghormati ibu bapa. “Pada mulanya, pil itu diberi rakan baik saya yang berusia 20-an dan disangka pil penahan sakit lalu terus menelannya.

“Saya makan lima pil kuda itu setiap hari dan selama tujuh tahun, duit gaji saya dihabiskan membeli pil kuda ini berharga RM30 sebiji,” kata remaja yang juga anak keempat daripada tujuh beradik itu. Selepas mencuba, dia terus gian sehingga mengambilnya setiap hari. Oleh kerana pil itu mahal, dia menyamun pelajar sekolah bagi mendapatkan wang membelinya.

Apa yang mengejutkan, Sham sanggup ke negara jiran mendapatkan bekalan pil terbabit yang nyata lebih murah dan senang didapati.

“Lepas layan pil kuda itu, saya menikmati aktiviti seks dengan wanita di sana sehingga saya ketagih dan ke sana setiap minggu,” katanya.

Sham turut mengakui mempunyai teman wanita berusia 20-an dan kerap melakukan hubungan seks dengannya sehingga ke hotel bajet melampiaskan nafsu.

“Teman wanita saya tahu mengenai aktiviti haram saya, tetapi dia tidak pernah kisah, malah dia menyuruh saya makan pil kuda itu bagi membangkitkan nafsu ketika seks, walaupun pelbagai onar saya lakukan seperti memukul dan menerajangnya, dia tidak pernah meninggalkan saya,” katanya. Sham berkata, teman wanitanya itu yang bekerja sebagai jurujual di sebuah kedai di pantai timur sering memberinya wang untuk membeli pil berkenaan.

“Disebabkan itu, saya begitu sayang kepadanya kerana dia sering memberi wang untuk membeli barang terlarang itu. “Satu hari saya dipelawa seorang rakan menjadi pembekal pil berkenaan untuk pasaran di kampung, saya bersetuju dan mencubanya selama sebulan.

Menurutnya, dia memperoleh pendapatan lebih RM8,000 sebulan hanya dengan menjual 400 biji pil kuda itu kepada pelajar sekolah.

Tak payah pencenlah kerja sampai tua

Mahu pencen usia 60 tahun





KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menaikkan umur persaraan daripada 58 kepada 60 tahun bagi 1.2 juta penjawat awam di Malaysia supaya seragam dengan amalan negara lain di rantau ini.
Presidennya, Omar Osman berkata sehingga kini, Malaysia masih ketinggalan di belakang negara jiran yang mempunyai umur persaraan antara 60 dan 62 tahun.
Beliau berkata, sehubungan itu, Cuepacs berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, akan meluluskan cadangan itu dan mengumumkannya ketika pembentangan Bajet 2011 bulan depan.

“Kami telah meminta supaya umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun sejak beberapa tahun lepas, dan pada 2006, kami menyerahkan satu memorandum berhubung perkara itu, namun kerajaan hanya bersetuju menaikkannya sehingga 58 tahun.

“Justeru, kami harap kerajaan boleh mempertimbangkannya kerana ia satu opsyen dan bukan wajib, seperti juga apabila umur persaraan dinaikkan daripada 56 kepada 58 tahun, ia satu opsyen, bukannya automatik,” katanya kepada Bernama dalam satu temubual.

Kerajaan juga, katanya, perlu memastikan bahawa umur persaraan di Malaysia seragam dengan apa yang diamalkan di negara jiran seperti Brunei, Singapura, Thailand dan Indonesia.

Umur persaraan bagi Thailand, Brunei dan Indonesia ialah 60 tahun, manakala di Singapura 62 tahun.

Kali terakhir isu mengenai umur persaraan dibangkitkan di negara ini pada 2008, iaitu sebelum ia dinaikkan kepada 58 tahun.

Omar berkata, baru-baru ini, pemain industri perbankan tempatan bersetuju menaikkan umur persaraan pekerjanya dan ini membuktikan rakyat Malaysia masih mampu menyumbang kepada ekonomi negara meskipun umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun.

“Graduan baru atau mereka yang masih mempunyai tahun perkhidmatan yang panjang sebagai penjawat awam tidak perlu bimbang. Kita perlu bersikap terbuka kerana ia satu opsyen dan bukannya wajib,” katanya.

Beliau berkata, ini kerana kepakaran serta pengalaman penjawat awam masih diperlukan, dan dengan menaikkan umur persaraan, ia mampu memberi pilihan kepada mereka yang berpengalaman untuk terus berkhidmat kepada negara.
“Kami tidak pasti jika kerajaan akan menerima cadangan ini, namun kami berharap ia akan dipertimbang dan diputuskan secepat mungkin,” katanya. - Bernama.

Kenal pasti calon Tengku Mahkota

KOTA BHARU: Selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 berkuat kuasa kelmarin, Tuanku Muhammad Faris Petra, kini dalam proses mengenal pasti calon paling layak sebagai Tengku Mahkota Kelantan disandang baginda sebelum ini.
Ahli Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Shukri Mohamad berkata, sekurang-kurangnya tempoh tiga bulan diperlukan untuk mengisi kekosongan jawatan itu dan Istana Kelantan sedang menimbang perkara itu.
“Setakat hari ini belum ada Tengku Mahkota baru dilantik tetapi tentulah Institusi Diraja Kelantan tidak boleh berfungsi dengan baik tanpa Tengku Mahkota. Pihak kami memerlukan tiga bulan seperti Majlis Pertabalan.

“Mungkin Tengku Mahkota akan diumumkan pada hari Majlis Pertabalan dan cara pelantikan mengikut Perlembagaan Negeri. Dalam keadaan sekarang, Kelantan memang memerlukan Tengku Mahkota. Pihak Istana Kelantan sedang memerhatikan perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama sekumpulan wartawan media cetak dan elektronik sebaik selesai menyembah maklum daripada Tuanku Muhammad Faris Petra untuk bertemu wakil media di Istana Balai Besar, di sini, semalam.

Menurutnya, Istana Kelantan selama ini mengamalkan sikap berhati-hati dengan media kerana pertelagahan yang berlaku adalah pertelagahan keluarga dan enggan melayan kenyataan memihak kepada sebelah pihak.

“Itu bukan cara kami, sebab itu kalau ada apa-apa kenyataan sebelah pihak, kami jarang memberi maklum balas sebab tidak mahu Institusi Sultan dijadikan bahan laga seperti rakyat biasa. Sebab itu tiada komen dan pertikaian ini dalam satu bumbung.

“Kami cuba jaga itu supaya tidak jadi bahan ketawa. Sekarang era baru dan saya mengambil sikap berdepan dengan media atas berita yang positif dan membangun. Kami tidak layan benda yang negatif,” katanya.

Mengulas lanjut berkaitan satu kenyataan dikeluarkan Malaysiakini yang merujuk kepada kenyataan media dibuat seorang peguam dari firma guaman Tetuan Rashid Zulkifli yang mendakwa firmanya mewakili Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.

“Pelantikan Tetuan Rashid Zulkifli sebagai peguam Sultan Ismail Petra masih lagi dipertikaikan dan sedang dicabar. Isu pelantikan atau perwakilan Tetuan Rashid Zulkifli adalah satu perkara akan diputuskan Mahkamah Persekutuan.

“Tetuan Rashid Zulkifli gagal mengemukakan apa-apa keterangan perubatan membuktikan Sultan Ismail Petra mempunyai keupayaan diperlukan untuk mengarahkan firma itu bertindak bagi pihak baginda berhubung prosiding di Mahkamah Persekutuan,” katanya.
Katanya, Tetuan Rashid Zulkifli juga gagal mendedahkan apa-apa keterangan perubatan menunjukkan Sultan Ismail Petra mempunyai keupayaan untuk memahami kandungan petisyen dan afidavit didakwa difailkan di Mahkamah Persekutuan.

Pejabat Sultan buat 2 laporan

KOTA BHARU: Pejabat Sultan Kelantan membuat dua laporan polis berhubung kenyataan Tengku Merjan Sultan Yahya Petra dan Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra yang disiarkan media mengenai pemasyhuran Pemangku Raja, Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai cubaan rampasan kuasa dan satu penderhakaan.
Laporan polis pertama dibuat Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berhubung kenyataan kekanda sulung Tuanku Ismail Petra menerusi artikel akhbar Utusan Malaysia bertajuk ‘Penyingkiran Tuanku Ismail’ dan akhbar The Star bertajuk ‘MB: What proclamation’, kelmarin.
Sebaik selesai membuat laporan pertama pada jam 4 petang, laporan kedua dibuat seorang pegawai tadbir istana berusia 40 tahun terhadap kenyataan Tengku Muhammad Fakhry Petra yang disiarkan akhbar Mingguan Malaysia bertajuk ‘Istana Kelantan menyalahi undang-undang’.

Pegawai terbabit yang enggan mendedahkan namanya turut membuat laporan berhubung kenyataan Tengku Muhammad Fakhry Petra yang disiarkan akhbar Kosmo bertajuk ‘Tiada surat jemputan ke istana’ dan kedua-dua artikel berkenaan disiarkan pada 12 September lalu.

Abdul Halim berkata, tindakan membuat laporan polis itu dilakukan bagi membolehkan polis menyiasat kenyataan Tengku Merjan dan Tengku Muhammad Fakhry Petra yang dilihat seolah-olah pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai tidak sah.

“Berita disiarkan akhbar kelmarin melalui kenyataan dibuat Tengku Merjan dengan menyatakan wujud perkara luar biasa, tidak mengikut perlembagaan dan seolah-olah pemasyhuran Tuanku tidak sah.

“Ini kerana ia bertentangan dengan kehendak perlembagaan sedangkan perkara itu jelas. Sebab itu, kita mahu polis membuat siasatan,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu di sini, semalam.

Mengulas lanjut berhubung laporannya, beliau berkata, antara lain dinyatakan Tengku Merjan sebarang tindakan menyingkirkan Sultan di luar daripada cara ditetapkan Perlembagaan negeri adalah satu kudeta dan boleh dikategorikan sebagai penderhakaan mengikut Kanun Keseksaan.

“Pemasyhuran pelantikan Tengku Muhammad Faris Petra dibuat mengikut peruntukan Perkara 23A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Kedua) dan ia bukan satu tindakan penyingkiran.

“Tuduhan Tengku Merjan itu menggambarkan Majlis Penasihat Raja, Majlis Perajaan Negeri dan semua yang terbabit dengan pindaan Perlembagaan Negeri dan perisytiharan pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sudah melakukan satu penderhakaan,” katanya dalam laporan itu.

Katanya, tuduhan itu satu yang begitu berat dan fitnah sengaja diadakan. Perbuatan memfitnah adalah satu kesalahan jenayah mengikut Kanun Keseksaan.
Berkaitan laporan kedua pula, Tengku Muhammad Fakhry Petra antara lain berkata usaha memasyhurkan Tengku Muhammad Faris Petra adalah satu penderhakaan dan menyalahi undang-undang.

“Tuduhan Tengku Muhammad Fakhry Petra itu menggambarkan bahawa Majlis Penasihat Raja, Majlis Perajaan Negeri dan semua orang yang terbabit dengan pindaan Perlembagaan Negeri dan perisytiharan pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sudah melakukan satu penderhakaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan terbabit dan siasatan sedang dijalankan.

Suami setia di sisi isteri terlantar di hospital

KUALA LUMPUR: Seorang suami sanggup tidak meninggalkan isterinya yang terlantar di Hospital Sungai Buloh bagi memastikan keadaan orang tersayang itu sentiasa berada dalam keadaan terjaga.


 KASIH SUAMI...Zainuddin sentiasa berada di sisi isteri tersayang 
di Hospital Sungai Buloh.
KASIH SUAMI...Zainuddin sentiasa berada di sisi isteri tersayang di Hospital Sungai Buloh.

Kehidupan keluarganya yang dulu ceria kini bertukar duka apabila isteri tercinta yang juga seorang guru di sebuah Sekolah Pendidikan Khas di sekitar Kuala Selangor diserang penyakit ganjil sejak awal tahun ini.Zainuddin Suyot, 50, berkata isterinya mula menghidap penyakit misteri sejak awal tahun ini yang mana pada mulanya menunjukkan tanda seperti tidak lalu makan dan mudah pitam sebelum keadaannya menjadi lebih serius.
Menurutnya, isteri tersayang yang dulu seorang yang aktif dan ceria dengan sesiapa saja berubah menjadi lemah dan tidak berdaya.
Katanya, atas dasar kasihnya sebagai seorang suami, dia tidak pernah berputus asa untuk membawa isteri tersayang berubat di merata tempat dan hospital bagi mendapatkan rawatan.

“Pelbagai usaha saya jalankan, termasuk rawatan hospital dan tradisional semata-mata bagi memastikan dia sihat seperti dulu,” katanya ketika ditemui di Hospital Sungai Buloh, baru-baru ini.
Katanya, setiap hari dia akan menjalankan rutinnya membersihkan isteri tersayang dan memastikan keadaan isterinya yang kini terlantar tidak sedarkan diri berada dalam keadaan terjaga dan rapi.
Katanya, pada pertengahan Julai lalu, keadaan isterinya menjadi lebih kritikal dan terpaksa dibawa ke Hospital Sungai Buloh.
“Menurut doktor, isteri saya menghidap penyakit paru-paru dijangkiti kuman selain mempunyai ketumbuhan di kepala dan keadaan itu amat membimbangkan kami sekeluarga.
“Hampir dua bulan dia tidak sedarkan diri, sebagai suami saya tidak pernah berputus asa kerana dia memerlukan saya untuk memberikan kekuatan kepadanya untuk melawan penyakit yang ditanggungnya sekarang,” katanya.

Zainuddin berkata, hospital kini menjadi rumah keduanya dan kedatangan Ramadan dan Syawal tahun ini disambut dalam keadaan sederhana kerana perkara lebih diutamakan adalah untuk melihat isterinya sihat seperti sedia kala.

Katanya, kini isterinya mula menunjukkan tindak balas positif kerana sudah membuka mata dan keadaan berkenaan membuatkan hatinya amat gembira.
“Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan saya ketika ini apabila melihat dia beransur sihat walaupun masih memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Katanya, isterinya adalah segala-galanya dan setiap saat dia akan berusaha untuk berada di sisi orang tercinta itu bagi memberi kekuatan dan semangat untuk melawan penyakit dihidapi.

Sekolah Harapan bagi pelajar hamil dibuka Jumaat ini

MELAKA: Sekolah khas untuk pelajar hamil yang dibiayai oleh kerajaan negeri di Jasin akan dibuka bermula Jumaat ini untuk menempatkan mereka yang secara sukarela mahu ke situ.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, sekolah itu yang dikenali sebagai 'sekolah harapan', berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bekas pejabat Syarikat Air Melaka (SAM).
Buat permulaan, katanya, sekolah itu yang turut menyediakan kemudahan tempat tinggal, akan dikendalikan oleh seorang penyelia dan tiga pengajar lain.

"Kita sudah lantik guru JAIM yang berpengalaman bagi mengajar di sekolah itu yang boleh memuatkan maksimum 40 pelajar," katanya kepada pemberita di kediamannya, Seri Bendahara, di sini hari ini.

Mohd Ali berkata, setakat ini, belum ada pelajar hamil yang menghubungi JAIM untuk memasuki sekolah itu dan bagi yang berminat boleh memohon dengan identiti mereka dirahsiakan.

"Kita berniat baik dengan menubuhkan sekolah ini bagi menbolehkan remaja yang terlanjur meneruskan persekolahan sehingga mereka bersalin dan tamat edah sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya.

Beliau berkata, sukatan mata pelajaran yang diajar bergantung kepada tahap semasa persekolahan pelajar itu.-Bernama

Pakatan rakam junjung tahniah



SHAH ALAM - Persatuan Anak-anak Kelantan Darul Naim Malaysia (Pakatan) mewakili anak Kelantan di perantau:an merakamkan setinggi-tinggi junjung tahniah di atas pengisytiharan Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru, kelmarin. 

:Presidennya, Datuk Dr Noordin Ab Razak berkata, mereka berbangga berpayung di bawah naungan Tuanku dan yakin dengan keprihatinan Tuanku terhadap rakyat jelata di seluruh negeri. 

:“Ini terbukti dengan program-program kebajikan seperti pengurniaan zakat kepada orang-orang miskin yang terdapat di seluruh jajahan di negeri Kelantan. 

:“Kami sebagai rakyat jelata, amat yakin Tuanku dapat memaju dan memakmurkan lagi negeri Kelantan dengan sokongan padu daripada kerajaan, pegawai-pegawai dan juga rakyat sekalian,” katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian, semalam. 

:Menurutnya, Pakatan mendoakan kesejahteraan Tuanku dan akan membantu mengangkat kembali taraf Kesultanan Kelantan. 

:“Kami menyeru semua anak Kelantan memberi kesetiaan sepenuhnya kepada Duli Tuanku agar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan,” katanya.

Kekurangan bukti punca SKMM gagal



JELEBU - Kekurangan bukti dan ketiadaan pakar forensik komputer antara perkara yang menyebabkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) gagal membawa beberapa kes penghinaan dan hasutan yang berlaku dalam laman web ke mahkamah.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, soal pokok untuk pendakwaan ialah bukti yang kukuh dan mencukupi. 

“Apabila disiasat, kebanyakan bukti telah dipadamkan dan gagal dikesan,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Aidilfitri di sini, semalam. 

Oleh yang demikian, Rais berkata, langkah SMKM menubuhkan pasukan khas, antara lain adalah untuk mendalami ilmu forensik komputer yang mampu mendapatkan semula maklumat, walaupun maklumat pada cakera keras komputer sudah dipadamkan. 

“Dengan pengetahuan forensik komputer, maka kita lebih mudah untuk berhadapan dengan Facebook, Twitter dan cara mereka menggunakan sesuatu alamat di bawah laman web biasa,” katanya. 

Katanya, kerajaan amat serius untuk menyelamatkan negara ini daripada pelbagai perkembangan negatif yang disebarkan dalam internet seperti penghinaan yang pernah dibuat oleh Wee Meng Chee atau Namewee terhadap lagu Negaraku dan Tenaga Nasional Berhad. 

Beliau memaklumkan terdapat 13 kes penghinaan dan hasutan terhadap perkauman di negara ini, telah diserahkan ke Jabatan Peguam Negara untuk tindakan. : - Bernama

Hentikan SMS, komen perkauman



SHAH ALAM – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mahu segala komen di internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS) berkaitan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya yang berbaur perkauman, dihentikan segera. 

Menurut Ahmad, sejarah kes jenayah kejam yang berlaku di negara ini melibatkan pelbagai kaum dan agama dan bukannya tertumpu pada satu kaum sahaja. 

“Saya dimaklumkan terdapat beberapa SMS yang berbaur perkauman sedang disebarkan berhubung kes Sosilawati. 

“Kita minta dihentikan perkara ini kerana penjenayah adalah ‘buta warna’ dan tidak melihat kepada faktor kaum. Sebaliknya wang, harta dan sifat tamak yang menjadi motif mereka melakukan perbuatan jenayah,” katanya. 

Ahmad berkata, penjenayah terlibat juga telah menjejaskan keharmonian masyarakat pelbagai kaum yang cintakan keamanan. 

“Penjenayah melanggar ajaran agama yang mengharamkan segala bentuk kezaliman. 

“Mereka juga bertindak di luar batasan perikemanusiaan dan bersifat kebinatangan,” katanya. 

Sementara itu, Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad menyifatkan pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain sebagai kejadian di luar kewarasan manusia kerana sanggup bertindak kejam. 

“Saya sangat sedih dengan apa yang menimpa Sosilawati dan rakan-rakannya kerana beliau seorang yang baik dan banyak membantu saya semasa menjadi Ketua Puteri UMNO,” katanya.

Gelaran ayah bonda ditarik



ISTANA Mahkota, Kubang Kerian merupakan tempat Sultan Ismail Petra bersemayam.


KOTA BHARU – Sehari selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra semalam bertindak menarik balik gelaran ‘Tuanku’ daripada ayahanda baginda, Sultan Ismail Petra.
Turut ditarik balik ialah gelaran ‘Tengku’ yang diberikan kepada bondanya, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.
Anggota Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Mohd. Shukri Mohamed berkata, penarikan kedua-dua gelaran itu dibuat kerana ia hanya diberikan kepada Sultan dan Raja Perempuan.
TUANKU ISMAIL PETRA


Bagaimanapun, kata beliau, tindakan tersebut tidak menjejaskan segala kemudahan yang diterima oleh Sultan Ismail Petra sepanjang memerintah Kelantan selama ini.
“Penggunaan gelaran ini termaktub dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan negeri, namun apa-apa keputusan bagi menetapkan gelaran untuk ayahanda dan bonda baginda selepas ini adalah terserah kepada Sultan Kelantan,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Penurunan kadar jenayah boleh dicapai – Hishammuddin


15/09/2010 1:14pm

PUTRAJAYA 15 Sept. - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yakin matlamat untuk menurunkan kadar jenayah secara keseluruhan sebanyak lima peratus dan jenayah jalanan sebanyak 20 peratus menjelang Disember ini akan tercapai.
Beliau berkata, laporan yang dikeluarkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) mengenai penurunan kadar jenayah, meneguhkan keyakinan semua pihak untuk mencapai matlamat tersebut.
"Pencapaian bagi menurunkan indeks jenayah keseluruhan dari Januari hingga Ogos lalu sebanyak 16.24 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu dan penurunan signifikan 37 peratus jenayah jalanan dalam tempoh sama adalah kesan daripada pelbagai langkah dan pendekatan luar kotak yang dicetuskan di bawah inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kehadiran anggota polis yang lebih ramai, skim rondaan sukarela di samping penugasan semula 6,791 personel polis ke barisan depan dan 3,814 anggota awam mengendali tugas meja memberi impak besar dalam membanteras jenayah.
"Semuanya adalah hasil daripada kerjasama, komitmen dan kebijaksanaan hasil kajian dan perbincangan yang mendalam antara PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan dibantu oleh agensi-agensi yang berteraskan konsep kesukarelawanan seperti Angkatan Relawan Rakyat (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM),” katanya. – Bernama

PM tentang sekeras-kerasnya perlakuan puak pelampau


15/09/2010 2:43pm

KUALA LUMPUR 15 Sept. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menentang sekeras-kerasnya perlakuan puak-puak pelampau yang terdiri daripada kumpulan atau individu yang mempercayai kepada pandangan dan tindakan radikal terhadap pihak lain.
"Saya berasa sungguh sedih apabila di sebalik tinggal dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan merdeka lebih dari 50 tahun, masih ada di kalangan kita ini yang tidak boleh bertoleransi.
"Apatah lagi menerima kebaikan masyarakat yang berbeza-beza ini,” katanya di dalam entri terbaru bertajuk “Perjuangan Kita Terhadap Faham Pelampau” dalam blognya www.1malaysia.com.my di sini.
Najib berkata, kesedihan yang beliau rasakan itu adalah disebabkan golongan itu menolak cara hidup masyarakat di negara ini yang berbeza-beza serta menolak gagasan 1Malaysia.
Beliau berkata, ketika negara menyambut satu peristiwa penting dalam sejarah Malaysia esok (pembentukan Malaysia pada 16 September, 1963), terlalu banyak yang perlu dibanggakan kerana Malaysia kini sebuah negara yang sedang membangun dan cemerlang dalam banyak bidang seperti pelancongan, perbankan dan kewangan, hab halal, perubatan dan banyak lagi.
"Sebagai rakyat Malaysia, kita mampu berperanan mengekang faham pelampau di tanah air kita dengan mendidik diri kita sendiri dan menyertai dialog yang sempurna dari segi pemikiran dan rasional.
"Maka kefahaman yang lebih mendalam mampu dicapai antara dua pihak yang berpandangan berbeza. Kita mesti memupuk kebijaksanaan kita untuk lebih terbuka kepada pandangan dan idea yang berbeza,” katanya.
Najib berkata, rakyat Malaysia mesti melatih diri untuk mengaplikasikan diplomasi dalam interaksi harian dengan orang lain dan perlu menerima 1Malaysia sebagai falsafah dalam menyelesaikan konflik kerana ia tentu akan memanfaatkan rakyat sebagai satu bangsa. – Bernama

Siasatan kes pembunuhan sosilawati perlu diutamakan


15/09/2010 12:36pm

KUALA LUMPUR 15 Sept. – Puteri UMNO hari ini meminta siasatan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya diberi keutamaan supaya semua tertuduh dapat dihadapkan ke mahkamah dengan segera.
Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, bukan saja jenayah yang dilakukan tertuduh ke atas semua mangsa itu begitu kejam malah suspek utama sebelum ini dipercayai pernah terlibat dalam beberapa kes bunuh.
Justeru, pihak Peguam Negara diminta menyegerakan pendakwaan terhadap semua tertuduh dan memohon tarikh awal perbicaraan kes ditetapkan secepatnya bagi memastikan mereka yang bersalah akan menerima hukuman setimpal, katanya.
"Puteri UMNO turut merakamkan rasa sedih dan simpati serta mengutuk jenayah tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh kumpulan penjenayah tersebut yang dipercayai didalangi seorang peguam bergelar Datuk,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Sosilawati bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.
Pada Ahad, Polis mengesahkan keempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat di Kuala Langat.
Rosnah berkata, dengan menyegerakan siasatan dapat mengelakkan ”justice delays justice denied” di pihak keluarga semua mangsa yang terpaksa menanggung penderitaan mental kerana kehilangan orang tersayang dalam keadaan menyayat hati.
Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, Rosnah berkata, Puteri UMNO juga mengucapkan tahniah kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana kecekapan mereka dalam mengendalikan kes ini. – Bernama

Buntu tiada MyKad

Oleh NASRI JAMALUDIN

mohdnasri.jamaludin@koasmo.com.my





LEE YIN menunjukkan sijil kelahiran pada sidang akhbar

di Taman Pelangi, Johor Bahru semalam.



--------------------------------------------------------------------------------





JOHOR BAHRU - Seorang pelajar, Bowee On Lee Yin, 14, buntu memikirkan dirinya yang masih belum mendapat MyKad sedangkan keluarganya telah membuat permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri sejak dua tahun lalu.



Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tebrau di sini itu turut hairan kerana masalah tersebut berlaku kepada dirinya sahaja manakala abang dan kakaknya berjaya memiliki MyKad seawal usia mereka 12 tahun.



Keluarganya juga telah menetap di negara ini sejak 20 tahun lalu.



Lee Yin berkata, apa yang membimbangkan ialah ketiadaan kad pengenalan menyukarkan dia mendaftarkan diri untuk menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun depan.



"Saya sangat susah hati. Segala prosedur untuk mendapatkan MyKad telah dibuat sejak dua tahun lalu namun sehingga kini tiada sebarang maklum balas.



"Kalaulah disebabkan ibu saya warganegara Singapura, permohonan saya ditolak kenapa pula abang dan kakak saya boleh mendapat MyKad. Terbukti saya dan mereka ada pertalian darah," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Penyelam temui zink pelapik mayat

PASUKAN penyelam menemui sebilah senjata tajam di Sungai Kanchong Laut di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting semalam. Gambar kecil: Polis membawa seorang suspek ke Subang Jaya dan menemui kunci kereta dipercayai milik Sosilawati.



--------------------------------------------------------------------------------





BANTING - Pasukan penyelam polis semalam menemui enam keping zink di dasar Sungai Kanchong Laut di Kampung Endah, Ladang Gadong, Tanjung Sepat disini yang dipercayai dijadikan sebagai pelapik untuk membakar mayat Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya.



Bahan bukti itu ditemui selepas tiga suspek yang dibawa ke sungai itu menunjukkan lokasi zink-zink tersebut dibuang selepas selesai membakar mayat Sosilawati dan rakan-rakannya.



Tiga lagi yang turut menjadi mangsa pembunuhan kejam bersama jutawan kosmetik itu ialah pemandu peribadinya, Kamarudin Shansudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.



Selain itu, di sungai sama polis menemui sebatang besi tajam dipercayai turut dijadikan senjata membunuh empat mangsa itu.



Besi sepanjang 60 sentimeter itu kebiasaannya digunakan untuk kerja-kerja mengangkat buah kelapa sawit yang dimasukkan ke dalam lori. Turut ditemui sejenis senjata berbentuk kerambit sepanjang 30 sentimeter.

Bunuh jiran untuk bayar hutang

DI rumah flat di Jalan Sutera Lama, Port Dickson inilah tempat Norliza dan anaknya mati dibunuh pada 3 September lalu.



--------------------------------------------------------------------------------







SEREMBAN - Polis merungkai kes pembunuhan seorang ustazah dan anaknya di rumah mereka di Port Dickson pada 2 September lalu yang dipercayai dilakukan oleh jiran mereka.



Jirannya itu, seorang lelaki berumur 34 tahun, dikatakan membunuh dan menyamun Norliza Ishak, 35, dan anak lelakinya Amirul Ayman Mohd. Yusof, 10, bagi mendapatkan wang untuk melangsaikan hutangnya.



Suspek yang telah 12 hari direman sejak 6 September lalu dijangka dihadapkan ke mahkamah hari ini atas tuduhan membunuh.



"Jiran mangsa dipercayai menghadapi masalah kewangan selepas tidak mendapat kontrak pemasangan paip gas sejak beberapa lama.



"Hasil samun terhadap mangsa kesemuanya berjumlah RM2,800. Suspek telah menggunakan untuk membuat bayaran hutang tertunggak seperti pembayaran rumah, kereta dan sebagainya," kata Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh.

Khairy kecam Kuan Yew hina Malaysia


KUALA LUMPUR 13 Sept. - Pergerakan Pemuda UMNO mengecam kenyataan tidak bertanggungjawab Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew yang menuduh Malaysia tidak berlaku adil serta menyisihkan kaum lain dalam temu bual dengan akhbar New York Times baru-baru ini.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, sebagai sebuah negara yang berjiran, Singapura sepatutnya menghormati perasaan rakyat Malaysia dan tidak sewenang-wenangnya mengkritik tanpa asas dan alasan yang kukuh.
"Saya mengecam kenyataan tersebut kerana bukan setakat menghina tetapi turut tidak mempunyai asas kukuh dalam menterjemahkan realiti kehidupan antara kaum di Malaysia," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurutnya, sistem yang diguna pakai di Singapura tidak sesuai digunapakai di Malaysia kerana menjurus ke arah meritokrasi yang hanya menguntungkan sesetengah pihak.
"Kita di sini menggunakan sistem berdasarkan pendapatan mengikut kaum dan bukannya secara terbuka yang akan menyebabkan negara menjadi tidak stabil dan musnah," tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Kuan Yew dalam akhbar itu pada 1 September lalu yang mengkritik sistem yang diamalkan di negara ini dan menuduh Malaysia tidak berlaku adil serta menyisihkan kaum lain.
Dalam temu bual itu juga, Kuan Yew berkata, Malaysia akan menjadi lebih baik jika tidak berpisah dengan Singapura kerana mereka kini telah mencapai tahap yang membanggakan dalam hubungan kaum.
Khairy yang menafikan dakwaan Kuan Yew itu berkata, sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi kaum dan agama, Malaysia tidak pernah mengamalkan diskriminasi sebaliknya mengiktiraf semua bangsa sebagai warganegara yang sah.
"Tidak pernah wujud istilah orang tumpangan di sini dan saya melihat kenyataan tersebut lebih untuk mewujudkan suasana tegang antara kaum di Malaysia," ujarnya.
Tambahnya, Malaysia juga mengamalkan dasar terbuka dengan mengiktiraf sekolah pelbagai jenis kerana mementingkan pendidikan tanpa menyisihkan bahasa ibunda.
"Keadaan kita di sini lebih baik dari di sana kerana di Singapura memang tidak ada sekolah Cina ataupun Tamil untuk mengajar tentang budaya dan bahasa mereka," katanya.
Ditanya mengenai sikap Kuan Yew yang sentiasa mengkritik Malaysia dalam media, Khairy berkata, bekas Perdana Menteri Singapura itu masih menyimpan perasaan tidak puas hati dengan keputusan Tunku Abdul Rahman menyingkirkan Singapura dari Malaysia pada 9 Ogos 1965.
Sebab itulah katanya, Kuan Yew sentiasa mencari jalan untuk merendah-rendahkan negara ini.
"Sebenarnya beliau iri hati dengan hasil bumi, tenaga kerja dan potensi ekonomi yang kita ada, tidak seperti di Singapura yang hanya mempunyai sebuah pulau yang sekadar seperti sekangkang kera," jelasnya.