Wednesday, December 18, 2013

Ulama yang saleh. Ulama yang berani mengatakan yang benar

“Ulama yang saleh. Ulama yang berani mengatakan yang benar, walaupun dunia menjadi lawannya. Ulama yang berani menegakkan yang hak walaupun lehernya akan putus. Perangainya lain benar. Dia laksana orang yang sombong apabila berhadapan dengan penguasa dunia. Tetapi dia sangat merendahkan diri apabila berhadapan dengan orang yang lemah.”

BUYA HAMKA
(Pandangan Hidup Muslim, m/s: 211-212)
 —

TIDAK ADA ALASAN UNTUK MENINGGALKAN SOLAT



Dia dilahirkan pada tahun 1892, sekarang umurnya 121 tahun. Masih mampu bersolat cara biasa dan berpuasa.

"Oleh yang demikian, hendaklah kamu sujud kepada Allah (yang telah menurunkan Al-Quran itu), dan beribadatlah kamu kepadaNya (dengan sepenuh-penuh tauhid)" ~ An-Najm, Ayat 62
 

Yaman larang serangan pesawat tanpa pemandu


Yaman larang serangan pesawat tanpa pemandu17 Disember 2013

Yaman larang serangan pesawat tanpa pemandu Undang-undang melarang serangan pesawat tanpa pemandu di Yaman diluluskan Parlimen, kelmarin.

SANAA - YAMAN. Parlimen Yaman meluluskan undang-undang melarang serangan pesawat tanpa pemandu di negara itu.

Agensi berita Saba melaporkan keputusan tersebut dibuat sebagai langkah untuk melindungi penduduk di negara terbabit dari sebarang pencerobohan asing.

Sebelum ini, tentera Amerika Syarikat (AS) menggunakan pesawat tanpa pemandu itu kononnya untuk menyokong kempen menentang kumpulan Al-Qaeda yang beroperasi di Yaman.

Bagaimanapun, serangan yang telah meragut 17 nyawa orang awam di Rada pada minggu lalu telah mencetuskan kemarahan banyak pihak dan penggunaan pesawat tanpa pemandu tersebut turut dikecam kumpulan aktivis.

Dalam satu kenyataan, laporan dipetik dari AFP, Amnesty International mendakwa insiden itu jelas menunjukkan dalang di sebalik serangan tersebut seperti mahu melepas tangan walaupun ia melibatkan kematian orang tidak berdosa.

Susulan daripada itu, Pengarah Amnesty di Timur Tengah dan Afrika Utara, Philip Luther bertindak menggesa pihak yang bertanggungjawab supaya tampil memberi penjelasan berhubung 'kesilapan' tersebut. 

Kenaikan tol dan elektrik: TWU minta kerajaan timbang semula


2013/12/18
KUALA LUMPUR: Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia (TWU) meminta kerajaan mempertimbang semula keputusan menaikkan kadar tol lebuh raya dan tarif elektrik yang dijadual berjalan serentak bermula Januari depan.

Setiausaha Agung (TWU) Tan Sri Zainal Rampak berkata kerajaan boleh menangguh sementara kenaikan itu bagi membolehkan perbincangan semula diadakan dengan syarikat konsesi memandangkan kutipan diperoleh bertambah setiap tahun.


"Perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya merupakan satu persetujuan, jadi atas faktor itu kerajaan boleh berunding semula berhubung terma perjanjian," katanya di sini hari ini.

Zainal, yang juga bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berkata kenaikan kadar tol dan elektrik secara serentak merupakan kejutan buat rakyat berpendapatan rendah kerana caj baru itu menjejas perbelanjaan harian mereka.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata kadar baharu tol ialah untuk projek lebuh raya baharu dan pemegang konsesinya perlu membuat kaji selidik terlebih dahulu sebelum menetapkan kadar itu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Seri Azman Mohd pula menyatakan tarif elektrik baharu itu adalah sebahagian daripada program rasionalisasi subsidi kerajaan untuk pengukuhan fiskal dan ia perlu untuk kebaikan jangka panjang ekonomi negara. - BERNAMA