MIMPI SENJA: hahahaha lawak malam ini ... Polis minta rasuah pada anggota SPRM:
10 January 2011 22:47
Filed Under: POLIS, SPRM |0 comment
Dua Anggota Polis Cedera Ketika Ditangkap Oleh SPRM
GEORGE TOWN: Dua anggota polis mengalami kecederaan ringan ketika cuba melarikan diri daripada ditangkap oleh pegawai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di Persiaran Gurney, di sini, Isnin.
Dalam kejadian pukul 1.30 tengah hari itu, kedua-dua anggota polis itu berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan dengan pegawai SPRM di tempat kejadian.
Menurut sumber, SPRM sebelum itu menerima aduan dari orang awam mengenai kegiatan dua anggota polis itu meminta rasuah daripada pesalah trafik di kawasan itu.
Katanya, dua anggota SPRM kemudian bergegas ke kawasan itu dan menyamar sebagai orang awam dan melakukan kesalahan trafik di hadapan anggota polis terbabit sebelum mereka ditahan dan diminta rasuah sebanyak RM800.
Setelah kedua-dua anggota SPRM itu memberi rasuah seperti yang diminta, dua anggota SPRM lain menyerbu dan menangkap anggota polis terbabit, katanya.
Sumber itu berkata, kedua-dua anggota polis itu kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan pesakit luar sebelum ditahan mengikut Seksyen 17 (A) Akta SPRM.
Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Latifah Md Yatim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan enggan mengulas lanjut. - BERNAMA"
Monday, January 10, 2011
'Pukul' jurugambar: NUJ desak polis tak keterlaluan
'Pukul' jurugambar: NUJ desak polis tak keterlaluan - Malaysiakini:
Jan 10, 11 6:15pm
Kongsi
25
Ekoran insiden seorang jurugambar dipukul polis, Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) mendesak pihak berkuasa tidak keterlaluan menjalankan tugasnya terhadap pengamal media yang turut menjalankan tanggungjawab sama.
Mengulas insiden terhadap jurugambar Bernama semalam, Presiden NUJ Hata Wahari (kanan) berkata, Hairul Nizam Baharin hanya menjalankan tanggungjawabnya kepada pembaca.
'Jurugambar itu hanya menjalankan tugas profesionalnya dan tiada sebab polis bantuan meminta Hairul menyatakan identitinya memangkang tempat itu bukan kawasan larangan,' kata Hata.
Semalam, Hairul, 37, membuat laporan polis terhadap beberapa polis bantuan yang didakwanya memukul, menggari serta mengugutnya berhampiran Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS), di Kuala Lumpur.
Hairul dilaporkan berkata beliau diperlakukan sedemikian selepas menjalankan tugas mengambil gambar di persekitaran terminal tersebut kira-kira-kira pukul 11.30 pagi.
Dalam satu kenyataan hari ini, sambil menyatakan kekesalannya terhadap tindakan 'ganas' itu, Hata menyifatkan tanggakan itu dibuat secara salah apabila digari, dibawa ke balai polis tetapi kemudian dilepaskan.
'Ini jelas menunjukkan Hairul Nizam tidak melakukan sebagarang kesalahan atau menceroboh,' kata Hata yang yang juga wartawan kanan di akhbar Utusan Malaysia."
Jan 10, 11 6:15pm
Kongsi
25
Ekoran insiden seorang jurugambar dipukul polis, Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) mendesak pihak berkuasa tidak keterlaluan menjalankan tugasnya terhadap pengamal media yang turut menjalankan tanggungjawab sama.
Mengulas insiden terhadap jurugambar Bernama semalam, Presiden NUJ Hata Wahari (kanan) berkata, Hairul Nizam Baharin hanya menjalankan tanggungjawabnya kepada pembaca.
'Jurugambar itu hanya menjalankan tugas profesionalnya dan tiada sebab polis bantuan meminta Hairul menyatakan identitinya memangkang tempat itu bukan kawasan larangan,' kata Hata.
Semalam, Hairul, 37, membuat laporan polis terhadap beberapa polis bantuan yang didakwanya memukul, menggari serta mengugutnya berhampiran Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS), di Kuala Lumpur.
Hairul dilaporkan berkata beliau diperlakukan sedemikian selepas menjalankan tugas mengambil gambar di persekitaran terminal tersebut kira-kira-kira pukul 11.30 pagi.
Dalam satu kenyataan hari ini, sambil menyatakan kekesalannya terhadap tindakan 'ganas' itu, Hata menyifatkan tanggakan itu dibuat secara salah apabila digari, dibawa ke balai polis tetapi kemudian dilepaskan.
'Ini jelas menunjukkan Hairul Nizam tidak melakukan sebagarang kesalahan atau menceroboh,' kata Hata yang yang juga wartawan kanan di akhbar Utusan Malaysia."
3 beradik gagal ke sekolah
KUANTAN 9 Jan. - Tiga beradik ini terpaksa melupakan hasrat untuk menikmati alam persekolahan bersama rakan sebaya berikutan kesempitan hidup yang dihadapi keluarga mereka.
Lebih malang, ketiga-tiga beradik tersebut, S. Devagaran, 13, S. Mohan, 9, dan S. Nanthakumal, 7, yang tinggal di Taman Cenderawasih di sini, tidak mempunyai sijil kelahiran.
Ibu mereka, K. Santhi, 43, berkata, dengan pendapatan suaminya, V. Sangaran, 43, yang bekerja sebagai buruh sebanyak RM600 sebulan, ia tidak mencukupi untuk menampung persekolahan anak-anak mereka.
Menurut Santhi, dia yang mempunyai 10 anak berusia antara sembilan bulan hingga 19 tahun itu terpaksa menyerahkan dua daripada mereka kepada saudara lain untuk dipelihara.
"Anak sulung dan kedua terpaksa berhenti sekolah dan bekerja untuk menambah pendapatan isi rumah kerana pendapatan suami sememangnya tidak mencukupi untuk membayar sewa dan keperluan harian," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan kelengkapan peralatan persekolahan kepada keluarganya di Pusat Khidmat Rakyat di Bangunan MCA, di sini hari ini.
Penyerahan itu dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Chang Hong Seong.
Hadir sama, Ketua Wanita MIC Bahagian Kuantan, M. Saresa.
Santhi berkata, dia runsing memikirkan masa depan anak-anaknya apabila ketiga-tiganya tidak mempunyai sijil kelahiran.
Dia juga bimbang terhadap nasib keluarganya berikutan kegagalan membayar sewa rumah yang tertunggak sejak dua bulan lalu.
Tambahnya, dia berterima kasih kepada semua pihak yang berusaha membantu menyelesaikan masalah keluarganya dan berharap dengan bantuan yang diberikan, anak-anaknya dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.
Sementara itu, Hong Seong yang ditemui berjanji akan menyelesaikan masalah pembayaran sewa rumah keluarga tersebut yang tertunggak selama dua bulan.
"Saya akan memohon bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meringankan beban yang ditanggung keluarga berkenaan," katanya
Saresa berkata, bagi mengelakkan sebarang masalah pada masa akan datang, pihaknya akan membantu keluarga tersebut dengan menguruskan pendaftaran sijil kelahiran kesemua anak Santhi secepat mungkin."Kami sentiasa prihatin dan membantu setiap mereka yang memerlukan pertolongan dan sedaya upaya memberi sebarang bentuk bantuan bagi membela nasib golongan seperti ini," katanya.Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri
Pengantin kena histeria
RAWAT...Mohd Zamri (hadapan) merawat pengantin perempuan (tengah) yang disampuk sewaktu mengadakan sesi bergambar dalam majlis perkahwinan yang diadakan Jumaat lalu. |
MASJID TANAH: Orang ramai yang menyaksikan sesi bergambar pada majlis perkahwinan dua beradik perempuan di sebuah kampung dekat sini, gempar apabila seorang daripada pengantin berkenaan tiba-tiba rebah sebelum diserang histeria.
Kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari Jumaat lalu, di pekarangan rumah pasangan pengantin terbabit apabila si kakak berusia 25 tahun terjatuh ketika saudara-mara dan orang ramai menyaksikan majlis yang diadakan sehari sebelum persandingan sebenar.
Saksi kejadian, Abdul Rahman Murad, 37, berkata, sebelum kejadian dia melihat pengantin perempuan berkenaan berkelakuan aneh apabila menangis dan kemudian tersenyum sebelum rebah ke belakang ketika sesi bergambar sedang berlangsung di bawah khemah pengantin.
Menurutnya, ketika itu barulah dia menyedari punca tingkah laku pelik pengantin perempuan berkenaan kerana berulang kali menangis dan tersenyum tanpa sebab, sekali gus menyebabkan orang ramai yang menyaksikan keadaan itu kehairanan.
“Kira-kira 10 minit kemudian, saya lihat dia rebah ke lantai tanpa sempat disambut pengapit pengantin dalam keadaan mata terbeliak dan memandang tajam ke atas menjadikan suasana bertukar kelam-kabut.
“Pengantin itu dipapah masuk ke rumah oleh orang ramai untuk ditenangkan, namun tiba-tiba berlaku keanehan apabila dia menjerit sekuat hati sehingga boleh didengar di dapur sebelum mengilai panjang.
“Dia (pengantin perempuan) meronta untuk cuba melepaskan diri menyebabkan lima lelaki berada di belakang dapur dikerah membantu menghalangnya,” katanya.
Bagi mengelak keadaan lebih buruk, katanya, dia memanggil pengamal perubatan Islam dengan kebenaran keluarga pengantin berkenaan bagi membantu meredakan masalah dihadapi pengantin perempuan bekerja di kilang di Selangor.
Sementara itu, pengamal perubatan Islam, Mohd Zamri Bashir berkata, apabila tiba di rumah pengantin berkenaan kira-kira 20 minit kemudian, dia melihat perubahan pada wanita itu kerana tiba-tiba bangun, namun rebah semula sebelum pengsan.
Menurutnya, dia segera mengubati pengantin perempuan berkenaan dan mendakwa kemungkinan ada pihak tidak puas hati dengan mangsa lalu cuba mengganggu hari bahagianya.
“Pengantin itu dipercayai menjadi mangsa niat jahat seseorang yang sukakannya sebelum ini. Difahamkan wanita itu dulu pernah menolak pinangan orang.
“Selepas mengubatinya selama 45 minit, dia sedar daripada pengsan dan dipulihkan untuk meneruskan majlis persandingan,” katanya.
Bapa pengantin perempuan yang hanya dikenali sebagai Abd Kahar, 68, berkata, dia tidak menyangka kejadian itu berlaku terhadap anak perempuannya ketika sesi bergambar sambil disaksikan saudara-mara dan penduduk kampung.
Menurutnya, sebelum kejadian, anaknya sihat dan seperti biasa, bergurau dengan adiknya berusia 21 tahun yang turut sama bersanding pada hari itu.
“Saya pun tidak pasti sama ada ini perbuatan khianat kerana kami tiada bukti dan tidak mahu menuduh sesiapa. Namun, sebelum ini memang ada seorang pemuda berkenan dengan anak saya tetapi anak saya itu dirisik terlebih dahulu oleh suaminya sekarang,” katanya
myMetro | Pengantin kena histeria
Madonna mahu labur dalam kelab malam Tony Fernandez
Kosmo! Online - Dunia
LONDON - Penyanyi terkenal Madonna mengadakan pertemuan dengan taikun Malaysia, Datuk Seri Tony Fernandez pada Khamis lalu di Mayfair, London, lapor akhbar Daily Telegraph kelmarin.
Pertemuan itu dibuat bagi membincangkan kemungkinan Madonna, 52, melabur dalam rangkaian kelab malam milik Fernandez.
Akhbar Times of India melaporkan, Fernandez mengesahkan pertemuan itu tetapi enggan mengulas lanjut.
Fernandez, 46, merupakan pemegang saham majoriti dalam kumpulan kelab malam Aura selain pemilik syarikat tambang murah Air Asia.
Penyanyi lagu Hung Up itu pula merupakan pelanggan tetap kelab tersebut.
Kumpulan Aura memiliki beberapa pusat hiburan termasuk kelab malam Aura Mayfair di London.
Jika Madonna benar-benar terlibat dengan perniagaan kelab malam itu, dia akan menjadi saingan bekas suaminya, Guy Ritchie, 42, yang memiliki pub The Punchbowl.
"Madonna melihat ia (mahu menjadi pemilik saham itu) sebagai satu langkah semula jadi. Dia mempunyai rancangan yang besar," kata seorang pembantunya.
Sementara itu, Madonna dilihat keluar dengan seorang penari dari Perancis, Brahim Zaibat ke kelab malam tersebut.
Brahim yang berumur 24 tahun duduk bersama Madonna di ruang tempat duduk untuk orang kenamaan.
Penyanyi itu turut datang bersama dengan rombongannya yang terdiri daripada seorang deejay.
Seorang pengunjung berkata, Madonna kelihatan gembira semasa berbual dengan rakan-rakannya dan menari mengikut irama muzik. - Agensi
Baju Merah kembali lagi di Bangkok
Kosmo! Online - Dunia
BANGKOK - Lebih 30,000 penunjuk perasaan antikerajaan berhimpun di sini semalam dengan menyanyi dan memakai baju berwarna merah, kata polis.
Ia merupakan tunjuk perasaan terbesar selepas pihak tentera melakukan operasi menyuraikan mereka pada April tahun lalu yang menyebabkan lebih 90 orang terbunuh.
Menurut seorang pegawai polis, Piya Utayo, seramai 1,000 anggota pasukan keselamatan dikerah ke bandar raya itu untuk mengawal tunjuk perasaan itu.
Kumpulan Baju Merah yang merupakan penyokong bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra itu berikrar melakukan tunjuk perasaan dua kali sebulan untuk meminta pembebasan pemimpin-pemimpin mereka yang dipenjarakan selepas protes pada April lalu. - Agensi
Subscribe to:
Posts (Atom)