Wednesday, October 17, 2012

syria

A Syrian family crossing the Orontes river ( Asi river) to the Turkish side of the border.

pantai tersembunyi

Hidden Beach on Marieta Islands, off the coast of Puerto Vallarta, Mexico!

www.sun-gazing.com

Photographer : Thomas porty

Kisah Penyanyi Rock Memasuki Islam



Cat Stevens yang bertukar menjadi Yusof Islam, masuk Islam kerana sebuah buku “Terjemahan Al-Qur’an”, yang diterjemahkan oleh A. Yusof Ali.

Abang Cat Stevens adalah seorang paderi yang cukup kuat Kristiannya. Tiba-tiba abangnya masuk Islam. Pada mulanya Cat Stevens terkejut, dia terfikir bagaimanakah seorang paderi boleh masuk Islam. Akhirnya dia menyimpulkan b
ahawa abangnya jenis orang gila, sekejap kuat agama Kristian, kemudian menjadi penganut agama Islam pula.

Cats Stevens terus menjalani hidupnya sebagai seorang penyanyi, sibuk dengan pertunjukan pentas sana sini. Pada satu hari, ketika hari jadinya, abangnya yang telah masuk Islam datang ke rumahnya ketika Cat Stevens sedang mengadakan parti hari jadinya. Abangnya mengucapkan selamat hari jadi dan terus menghadiahkan satu bungkusan dan berkata “Benda ini benda suci, tolong letakkan di tempat suci dan jangan kamu hina.” Dia pun ambil dan letakkannya di meja bilik tidurnya.

Setelah habis pesta hari jadinya ketika dia mahu tidur, dia teringat dengan bungkusan yang diberikan oleh abangnya. Apabila dia buka bungkusan tersebut, itulah pertama kali dia terlihat sebuah buku dengan perkataan di kulitnya THE HOLY QU’RAN (Kitab Suci Al-Qur’an). Apabila dia melihat sahaja kitab itu dia terasa sesuatu yang ganjil dalam hatinya.

“Aku buka buku dan aku cuba baca maknanya yang terdapat dalam Bahasa Inggeris, dari satu perkataan ke satu perkataan, dari satu ayat ke satu ayat, aku baca! Baca! Baca! Aku terasa satu macam dalam diriku. Aku tak tahu bagaimana nak gambarkannya tetapi aku memang rasa satu macam. Bermula dari situ, ke mana saja aku pergi, baik ke pertunjukkan pentas atau latihan muzik atau ke mana saja, aku bawa buku itu, aku bawa dalam beg pakaianku. Apabila selesai pertunjukkan pentas, balik ke hotel aku akan sambung baca. Begitulah dari semasa ke semasa.”

Akhirnya Cat Stevens memasuki agama Islam dan menjadi penganut agama yang begitu taat sehingga dia menjadi pendakwah Islam pula sehingga sekarang ini. Namanya Cat Stevens juga ditukar kepada Yusof Islam.

Begitulah keadaannya apabila seseorang itu memahami Islam sebelum masuk Islam. Dia memahami setiap seelok-belok dan hukum Islam serta hati sanubarinya benar-benar yakin dengan Islam, barulah dia masuk Islam. Apabila sudah yakin, imannya tidak bergoyang.

Baca quran dalam koma

Seorang pemuda yang bertugas sebagai Imam telah mengalami kemalangan lalu koma. Namun satu kejadian yang luar biasa telah berlaku apabila pemuda itu tiba-tiba membaca al-quran ketika sedang koma.
Remaja Jordan yang bertugas sebagai imam mengalami kecederaan dalam satu kemalangan, membaca Al-Quran Al-Karim dalam keadaan yang tidak sedarkan diri setelah keluar daripada bilik pembedahan. Subhanallah,
 apa jua kelakuan atau perkataan yang kita gerakkan semasa kita sedar diri, Allah SWT akan gerakkan secara automatik apabila kita dalam keadaan tidak sedar.
Inilah maksud kata-kata Imam Al-Ghazali yang mengatakan ” apa sahaja perbuatan kita di dunia adalah gambaran perbuatan kita di alam Akhirat nanti “. Betapa malunya kita dihadapan Allah SWT apabila kita berkelakuan tidak senonoh dihadapan Allah SWT di Akhirat nanti.


Semoga Allah SWT memberi semangat kepada kita semua untuk melakukan ibadat dan menjauhkan kita semua daripada melakukan kejahatan, agar kita berkelakuan dan berkata-kata dengan perkataan terbaik dihadapan Allah SWT nanti, Amin Ya Rabbal Alamin.

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=4ukR5k64wlg
 

Ahli Fizik Masuk Islam Kaji Matahari Terbit Dari Barat



Perkembangan Islam di Ukraine yang pesat menyaksikan hampir setiap dua minggu terdapat rakyat asal Ukraine samada lelaki atau wanita memeluk agama Islam di Pusat Islam Kyiv. Tetapi kejadian berikut ada kelainan apabila pusat tersebut didatangi oleh saintis Ukraine bernama Dimitry Boliakov. Beliau seorang saintis muda yang tekun dalam kajian b
idang fiziknya. Beliau memasuki masjid di pusat tersebut ditemani bersama seorang ahli yang aktif di pusat tersebut.
Selepas Imam menyampaikan kuliah biasanya di masjid tersebut dan kemudiannya diikuti dengan majlis lafaz syahadah oleh saudara Dimitry. Apakah kelainan perisytiharan syahadah kali ini berbanding dengan yang lain sebelumnya. Ketika inilah Dimitry mula menjelaskan perjalanannya menuju keimanan terhadap Islam. Dia menyatakan kemasukannya didalam Islam ialah hasil dari kajian sains terutamanya dalam fizik yang menjadi pengkhususannya. Sidang jemaah dengan penuh khusyuk dan tanda tanya bagaimana kajian fizik yang beliau jalankan dapat membawanya memeluk Islam.
http://3.bp.blogspot.com/-w25PSo4RWbc/UDmPjbMl7AI/AAAAAAAAAOs/BbLWUwWghes/s1600/Dimitriv.jpeg
Dimitry mula menerangkan bahawa ia menjalankan kajiannya bersama sepasukan saintis yang berwibawa dalam bidang kajian Vacuum Physics dibawah kelolaan Prof Nikolay Kosinikov yang merupakan pelopor dalam bidang tersebut. Dia menyatakan mereka membuat ujikaji terhadap sebuah globe bagi mengesahkan teori terbaru yang menjelaskan tentang putaran bumi dipaksinya, dan mereka berjaya mengukuhkan teori itu.
Akan tetapi Dimitry mengetahui terdapat riwayat dalam sebuah hadis dari nabi saw yang diketahui umat Islam, bahkan termasuk dalam asas akidah mereka. Hadis ini mengukuhkan lagi tentang kajian yang telah dibuatnya. Dimitri merasa yakin bahwa pengetahuan seperti ini, yang terdapat lebih dari 1.400 tahun yang lalu hanya mungkin didapati dari Tuhan yang mencipta alam ini sendiri.
Teori yang dikemukan oleh Prof. Kosinov merupakan teori yang paling baru dalam menjelaskan fenomena perputaran bumi pada paksinya. Kumpulan pengkaji ini menyediakan sebuah sampel berupa globe yang diisi penuh dengan cairan dari logam, kemudiannya mengenakannya dengan medan magnet yang terhasil dari electrode akibat caj dua elektronik. Iaitu proses aliran arus letrik DC melalui electrode yang menghasilkan medan magnet kemudiaanya menyebabkan globe diisi cairan logam itu berputar pada paksinya. Fenomena ini dinamakan “electo-magno-dynamic phenomenon”. Gerak ini pada asanya menjadi aktivitas perputaran bumi pada paksinya.
Realitinya di alam ini, daya matahari merupakan “kekuatan penggerak” yang melahirkan medan magnet yang mendorong bumi untuk berputar pada paksinya. Kemudian gerak putaran bumi ini samada cepat atau lambatnya seiring dengan daya kekuatan daya matahari. Atas dasar ini pula bergantung kedudukan arah kutub utara dan juga kearah manakah kedudukan tersebut.
Telah didapati bahawa kutub magnet bumi hingga tahun 1970 bergerak dengan kecepatan tidak lebih dari 10 km dalam setahun, akan tetapi pada tahun-tahun terakhir ini kecepatan tersebut bertambah hingga 40 km dalam setahun.
Bahkan pada tahun 2001 kutub magnet bumi bergeser dari tempatnya hingga mencapai jarak 200 km dalam sekali gerak. Ini berarti bumi dengan pengaruh daya magnet tersebut mengakibatkan dua kutub magnet bergantian tempat. Artinya bahwa “gerak” perputaran bumi akan mengarah pada arah yang berlawanan. Ketika itu matahari akan terbit (keluar) dari Barat.
Ilmu pengetahuan dan maklumat seperti ini tidak didapati Dimitry dalam buku-buku atau didengar dari manapun, akan tetapi ia memperoleh kesimpulan tersebut dari hasil kajian dan uikaji makmal yang dijalankan. Ketika dia meneliti berbagai-bagai kitab agama lain, ia tidak mendapatkan satupun petunjuk kepada maklumat tersebut selain dari Islam.
Ia mendapati maklumat tersebut dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah saw bersabda,” “Tidak akan terjadi kiamat sehingga matahari terbit dari tempat terbenamnya, apabila ia telah terbit dari barat dan semua manusia melihat hal itu maka semua mereka akan beriman, dan itulah waktu yang tidak ada gunanya iman seseorang yang belum pernah beriman sebelum itu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah. Dan riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Ibn Majah)
Matahari terbit dari Barat akan terjadi selama satu hari saja, kemudian tertutuplah pintu taubat. Setelah itu, gerakanmatahari pun akan kembali seperti sebelumnya terbit dari timur sampai terjadinya kiamat. Saintis NASA juga mengesahkan fenomena ini seperti dalam artikel dibawah.
http://2.bp.blogspot.com/-LXnUJmE7nyo/UDmfOWGRGsI/AAAAAAAAAPE/nyWDNK8Au6c/s320/nasa-sign.jpeg
Dari Ibn ‘Abbas, “Maka Ubai bin Ka’ab berkata: “Maka bagaimana jadinya matahari dan manusia setelah itu?” Rasulullah menjawab: “Matahari akan tetap menyinarkan cahayanya dan akan terbit sebagaimana terbit sebelumnya, dan orang-orang akan menghadapi (tugas-tugas) dunia mereka, apabila kuda seorang laki-laki melahirkan anaknya, maka ia tidak akan dapat menunggang kuda tersebut sampai terjadinya kiamat.” (Fathul Baari, Kitaburriqaq, Juz 11, Thulu’issyamsi Min Maghribiha).
Sumber;
http://thequranmiracles.canalblog.com/archives/embracing_islam/p10-0.html
 

Kerana Sebiji Epal


Seorang lelaki yang soleh bernama Tsabit bin Ibrahim sedang berjalan di pinggiran kota Kufah. Tiba-tiba dia melihat sebiji epal jatuh keluar pagar sebuah kebun buah-buahan. Melihat epal yang merah ranum itu tergeletak di tanah membuatkan Tsabit menelan air liurnya, tambah pula cuaca yang panas dan tengah kehausan. Maka tanpa berfikir panjang dipungut dan lalu dia makan buah epal
 yang lazat itu, akan tetapi baru setengahnya dimakan dia teringat bahawa buah itu bukan miliknya dan dia belum mendapat izin pemiliknya. Maka ia segera pergi kedalam kebun buah-buahan itu hendak menemui pemiliknya agar meminta dihalalkan buah yang telah dimakannya.

Di kebun itu dia bertemu dengan seorang lelaki. Maka langsung saja dia berkata, "Aku sudah makan setengah dari buah epal ini. Aku berharap anda menghalalkannya". Orang itu menjawab, "Aku bukan pemilik kebun ini. Aku Khadamnya yang ditugaskan menjaga dan mengurus kebunnya". Dengan nada menyesal Tsabit bertanya lagi, "Dimana rumah pemiliknya? Aku akan menemuinya dan minta agar dihalalkan epal yang telah aku makan ini." Pengurus kebun itu memberitahu, "Apabila engkau ingin pergi kesana maka engkau harus menempuh perjalan sehari semalam". Tsabit bin Ibrahim bertekad akan pergi menemui pemilik kebun itu. Katanya kepada orang tua itu, "Tidak mengapa. Aku akan tetap pergi menemuinya, meskipun rumahnya jauh. Aku telah memakan epal yang tidak halal bagiku kerana tanpa izin pemiliknya. Bukankah Rasulullah s.a.w. sudah memperingatkan kita melalui sabdanya: "Siapa yang tubuhnya tumbuh dari yang haram, maka ia lebih layak menjadi umpan api neraka" Tsabit pergi juga ke rumah pemilik kebun itu, dan setiba di sana dia langsung mengetuk pintu. Setelah si pemilik rumah membukakan pintu, Tsabit langsung memberi salam dengan sopan, seraya berkata," Wahai tuan yang pemurah, saya sudah terlanjur makan setengah dari buah epal tuan yang jatuh ke luar kebun tuan. Kerana itu mahukah tuan menghalalkan apa yang sudah ku makan itu?"
Lelaki tua yang ada dihadapan Tsabit mengamatinya dengan cermat. Lalu dia berkata tiba-tiba, "Tidak, aku tidak boleh menghalalkannya kecuali dengan satu syarat." Tsabit merasa khawatir dengan syarat itu kerana takut ia tidak dapat memenuhinya. Maka segera ia bertanya, "Apa syarat itu tuan?" Orang itu menjawab, "Engkau harus mengawini putriku !"Tsabit bin Ibrahim tidak memahami apa maksud dan tujuan lelaki itu, maka dia berkata, "Apakah kerana hanya aku makan setengah buah epalmu yang keluar dari kebunmu, aku harus mengawini putrimu?" Tetapi pemilik kebun itu tidak mempedulikan pertanyaan Tsabit. Ia malah menambahkan, katanya, "Sebelum pernikahan dimulai engkau harus tahu dulu kekurangan-kekurangan putriku itu. Dia seorang yang buta, bisu, dan tuli. Lebih dari itu ia juga seorang yang lumpuh!"
Tsabit amat terkejut dengan keterangan si pemilik kebun. Dia berfikir dalam hatinya, apakah perempuan seperti itu patut dia persunting sebagai isteri gara-gara setengah buah epal yang tidak dihalalkan kepadanya? Kemudian pemilik kebun itu menyatakan lagi, "Selain syarat itu aku tidak boleh menghalalkan apa yang telah kau makan !" Namun Tsabit kemudian menjawab dengan mantap, "Aku akan menerima pinangannya dan perkahwinanya. Aku telah bertekad akan mengadakan transaksi dengan Allah Rabbul 'alamin. Untuk itu aku akan memenuhi kewajiban-kewajiban dan hak-hakku kepadanya kerana aku amat berharap Allah selalu meredhaiku dan mudah-mudahan aku dapat meningkatkan kebaikan-kebaikanku di sisi Allah Ta'ala".

Maka pernikahan pun dilaksanakan. Pemilik kebun itu menghadirkan dua saksi yang akan menyaksikan akad nikah mereka. Sesudah perkahwinan selesai, Tsabit dipersilakan masuk menemui isterinya. Sewaktu Tsabit hendak masuk kamar pengantin, dia berfikir akan tetap mengucapkan salam walaupun isterinya tuli dan bisu, kerana bukankah malaikat Allah yang berkeliaran dalam rumahnya tentu tidak tuli dan bisu juga. Maka iapun mengucapkan salam, "Assalamualaikum..." Tak disangka sama sekali wanita yang ada dihadapannya dan kini resmi jadi isterinya itu menjawab salamnya dengan baik. Ketika Tsabit masuk hendak menghampiri wanita itu , dia mengulurkan tangan untuk menyambut tangannya. Sekali lagi Tsabit terkejut kerana wanita yang kini menjadi isterinya itu menyambut uluran tangannya. Tsabit sempat terhentak menyaksikan kenyataan ini. "Kata ayahnya dia wanita tuli dan bisu tetapi ternyata dia menyambut salamnya dengan baik. Jika demikian bererti wanita yang ada dihadapanku ini dapat mendengar dan tidak bisu. Ayahnya juga mengatakan bahawa dia buta dan lumpuh tetapi ternyata dia menyambut kedatanganku dengan ramah dan mengulurkan tangan dengan mesra pula", Kata Tsabit dalam hatinya.
Tsabit berfikir, mengapa ayahnya menyampaikan berita-berita yang bertentangan dengan yang sebenarnya? Setelah Tsabit duduk di samping isterinya, dia bertanya, "Ayahmu mengatakan kepadaku bahawa engkau buta. Mengapa?" Wanita itu kemudian berkata, "Ayahku benar, kerana aku tidak pernah melihat apa-apa yang diharamkan Allah". Tsabit bertanya lagi, "Ayahmu juga mengatakan bahawa engkau tuli, mengapa?" Wanita itu menjawab, "Ayahku benar, kerana aku tidak pernah mahu mendengar berita dan cerita orang yang tidak membuat redha Allah. Ayahku juga mengatakan kepadamu bahawa aku bisu dan lumpuh, bukan?" Tanya wanita itu kepada Tsabit yang kini sah menjadi suaminya. Tsabit mengangguk perlahan mengiyakan pertanyaan isterinya. Selanjutnya wanita itu berkata, "aku dikatakan bisu kerana dalam banyak hal aku hanya menggunakan lidahku untuk menyebut asma Allah Ta'ala saja. Aku juga dikatakan lumpuh kerana kakiku tidak pernah pergi ke tempat-tempat yang boleh menimbulkan kebencian Allah Ta'ala". Tsabit amat bahagia mendapatkan isteri yang ternyata amat soleh dan wanita yang memelihara dirinya. Dengan bangga ia berkata tentang isterinya, "Ketika kulihat wajahnya... SubhanAllah, dia bagaikan bulan purnama dimalam yang gelap". Tsabit dan isterinya yang salihah dan cantik itu hidup rukun dan berbahagia. Tidak lama kemudian mereka dikurniakan seorang putra yang ilmunya memancarkan hikmah ke seluruh penjuru dunia, Beliau adalah Al Imam Abu Hanifah An Nu'man bin Tsabit.
 —

Kisah Nabi Idris Melihat Syurga dan Neraka


Pada suatu hari, Nabi Idris AS mengajukan permintaannya kepada malaikat Izrael untuk melihat syurga dan neraka. Maka malaikat Izrael memohon izin kepada Allah, dibawanya Nabi Idris ke tempat yang ingin dilihatnya.

“Ya Nabi Allah, mengapa ingin melihat neraka? Bahkan para Malaikat pun takut melihatnya,” kata Izrael.

“Aku takut sekali kepada azab Allah itu. Tapi mudah-mudahan, iman aku menjadi tebal setelah melihatnya,” Nabi Idris AS menjelaskan alasannya.

Waktu mereka sampai berhampiran neraka, Nabi Idris AS jatuh pengsan. Penjaga neraka adalah malaikat yang sangat menakutkan. Ia menyeret dan menyiksa manusia-manusia yang derhaka kepada Allah semasa hidupnya. Nabi Idris AS tidak sanggup menyaksikan berbagai-bagai seksaan yang mengerikan. Api neraka berkobar dahsyat, bunyinya bergemuruh menakutkan, tak ada pemandangan yang lebih mengerikan dibanding tempat ini.

Nabi Idris AS meninggalkan tempat yang mengerikan itu. Kemudian Izrael membawa Nabi Idris AS ke syurga. “Assalamu’alaikum…” kata Izrael kepada Malaikat Riduan, Malaikat penjaga pintu surga yang sangat tampan. Wajah Malaikat Riduan berseri-seri di hiasi senyum ramah. Sikapnya amat sopan, dengan lemah lembut ia mempersilakan para penghuni syurga untuk memasuki tempat yang mulia itu.

Waktu melihat isi syurga, Nabi Idris kembali nyaris pengsan kerana terpesona. Semua yang ada di dalamnya begitu indah dan menakjubkan. Nabi Idris AS terpukau melihat pemandangan sangat indah di depannya. “Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah…” ucap Nabi Idris AS berulang-ulang.

Nabi Idris melihat sungai-sungai yang airnya jernih seperti kaca. Di pinggir sungai terdapat pohon-pohon yang batangnya diperbuat dari emas dan perak. Ada juga istana-istana penghuni surga. Pokok-pokok buah ada di setiap penjuru. Buahnya segar, ranum dan harum. Nabi Idris AS diiringi pelayan surga. Mereka adalah para bidadari yang cantik jelita dan anak-anak muda yang amat tampan wajahnya dan bersopan santun.

Nabi Idris AS ingin minum air sungai syurga. “Bolehkah aku meminumnya? Airnya kelihatan sejuk dan segar sekali.”

“Silakan minum, inilah minuman untuk penghuni syurga.” Jawab Izrael. Pelayan syurga datang membawakan gelas minuman berupa piala yang terbuat dari emas dan perak. Nabi Isdris AS pun minum air itu dengan nikmat. Dia amat bersyukur kerana dapat menikmati air minum yang begitu segar dan sungguh enak. Tak pernah terbayangkan olehnya ada minuman selazat itu.

“Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah,” Nabi Idris mengucap syukur berulang-ulang.

Setelah puas melihat syurga, tibalah waktunya balik ke bumi. Tapi Nabi Idris AS tidak mahu kembali ke bumi. Hatinya sudah terpikat dengan keindahan dan kenikmatan syurga Allah.

“Aku tidak mahu keluar dari syurga ini, aku ingin beribadah kepada Allah sampai hari kiamat nanti,” kata Nabi Idris AS.

“Tuan boleh tinggal disini setelah kiamat nanti, setelah semua amal ibadah dihisab, baru tuan boleh menghuni syurga bersama para Nabi dan orang-orang yang beriman,” kata Izrael.

“Tapi Allah itu Maha Pengasih, terutama kepada Nabi-Nya. Akhirnya Allah mengkurniakan sebuah tempat yang mulia di langit, dan Nabi Idris AS menjadi satu-satunya Nabi yang menghuni syurga tanpa mengalami kematian.

Firman Allah:
“Dan ceritakanlah Idris di dalam Al-Qur’an. Sesungguhnya ia adalah orang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi, dan kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.” (QS Al-Anbiya:85-86).

***
Pada saat Nabi Muhammad SAW sedang melakukan perjalanan Israk Mikraj ke langit, baginda bertemu Nabi Idris AS. “Siapa orang ini? Tanya Nabi Muhammad kepada Jibril.



“Inilah Idris,” jawab Jibril. Nabi Muhammad SAW mendapat penjelasan Allah tentang Nabi Idris AS dalam Al-Qur’an Surat Al-Anbiya ayat 85 dan 86, serta Surat Maryam ayat 56 dan 57.
 

TAK JADI MENCURI TERONG, LALU ALLAH KARUNIAKAN UNTUKNYA SEORANG ISTERI

Di Damaskus, ada sebuah mesjid besar, namanya mesjid jami' At-Taubah. Dia adalah sebuah mesjid yang penuh keberkatan. Di dalamnya ada ketenangan dan keindahan. Sejak tujuh puluh tahun, di mesjid itu ada seorang syaikh pendidik (murabbi) yang alim dan mengamalkan ilmunya, namanya Syaikh Salim Al-Masuthi. Dia sangat fakir sehin
gga menjadi contoh dalam kefakirannya, dalam menahan diri dari meminta, dalam kemuliaan jiwanya dan dalam berkhidmat untuk kepentingan orang lain.Saat itu ada pemuda yang tinggal di sebuah kamar dalam masjid. Sudah dua hari berlalu tanpa ada makanan yang dapat dimakannya. Dia tidak punya makanan ataupun wang untuk membeli makanan. Saat datang hari ketiga dia merasa bahwa dia akan mati, lalu dia berfikir tentang apa yang akan dilakukan. Menurutnya, saat ini dia telah sampai pada kondisi terpaksa yang membolehkannya memakan bangkai atau mencuri sekadar untuk bisa menegakkan tulang punggungnya. Itulah pendapatnya dalam kondisi semacam ini.Mesjid tempat dia tinggal itu, atapnya bersambung dengan atap beberapa rumah yang ada di sampingnya. Hal ini memungkinkan orang pindah dari rumah pertama sampai rumah terakhir dengan berjalan di atas atap rumah-rumah tersebut.

Maka, dia pun naik ke atas atap masjid dan dari situ dia pindah ke rumah sebelah. Di situ dia melihat para wanita, maka dia memalingkan pandangannya dan menjauh dari rumah itu. Lalu dia lihat rumah yang di sebelahnya lagi. Keadaannya sedang sepi dan dia mencium ada bau masakan berasal dari rumah itu. Rasa laparnya bangkit, seolah-olah bau masakan tersebut magnet yang menariknya.Rumah-rumah di masa itu banyak dibangun dengan satu lantai, maka dia melompat dari atap ke dalam serambi. Dalam sekejap dia sudah ada di dalam rumah dan dengan cepat dia masuk ke dapur lalu mengangkat tutup saji yang ada di situ. Di lihatnya sebuah terong besar dan telah dimasak. Lalu dia ambil satu, karena rasa laparnya dia tidak lagi merasakan panasnya, digigitlah terong yang ada di tangannya dan saat dia mengunyah dan hendak menelannya, dia ingat dan timbul lagi kesadaran beragamanya. Langsung dia berakta, 'Audzu billah! Aku adalah penuntut ilmu dan tinggal di mesjid, pantaskah aku masuk ke rumah orang dan mencuri barang yang ada di dalamnya?' Dia merasa bahwa ini adalah kesalahan besar, lalu dia menyesal dan beristighfar kepada Allah, kemudian mengembalikan lagi terong yang ada di tangannya. Akhirnya dia pulang kembali ke tempatnya semula.
Lalu dia masuk ke dalam mesjid dan duduk mendengarkan syaikh yang saat itu sedang mengajar. Karena terlalu lapar dia hampir tidak bisa memahami apa yang dia dengar.Ketika majlis itu selesai dan orang-orang sudah pulang, datanglah seorang perempuan yang menutup tubuhnya dengan hijab -saat itu memang tak ada perempuan kecuali dia memakai hijab-, kemudian perempuan itu berbicara dengan syaikh. Sang pemuda tidak bisa mendengar apa yang sedang dibicarakannya. Akan tetapi, secara tiba-tiba syaikh itu melihat ke sekelilingnya. Tak tampak olehnya kecuali pemuda itu, dipanggillah ia dan syaikh itu bertanya, Apakah kamu sudah menikah?', dijawab, 'Belum,'. Syaikh itu bertanya lagi, 'Apakah kau ingin menikah?'. Pemuda itu diam. Syaikh mengulangi lagi pertanyaannya, Akhirnya pemuda itu angkat bicara, 'Ya Syaikh, demi Allah! Aku tidak punya uang untuk membeli roti, bagaimana aku akan menikah?'. Syaikh itu menjawab, Wanita ini datang membawa kabar, bahwa suaminya telah meninggal dan dia adalah orang asing di kota ini. Di sini, bahkan di dunia ini dia tidak mempunyai siapa-siapa kecuali seorang paman yang sudah tua dan miskin', kata syaikh itu sambil menunjuk seorang laki-laki yang duduk di pojokan.
Syaikh itu melanjutkan pembicaraannya, 'Dan wanita ini telah mewarisi rumah suaminya dan hasil penghidupannya. Sekarang, dia ingin seorang laki-laki yang mau menikahinya, agar dia tidak sendirian dan mungkin diganggu orang. Maukah kau menikah dengannya?'. Pemuda itu menjawab, 'Ya'. Kemudian syaikh bertanya kepada wanita itu, 'Apakah engkau mau menerimanya sebagai suamimu?', ia menjawab, 'Ya'. Maka syaikh itu memanggil pamannya dan mendatangkan dua saksi kemudian melangsungkan akad nikah dan membayarkan mahar untuk muridnya itu. Kemudian syaikh itu berkata, 'Peganglah tangan isterimu!' Dipeganglah tangan isterinya dan sang isteri membawanya ke rumahnya. Setelah keduanya masuk ke dalam rumah, sang isteri membuka kain yang menutupi wajahnya. Tampaklah oleh pemuda itu, bahwa dia adalah seorang wanita yang masih muda dan cantik. Rupanya pemuda itu sadar bahwa ternyata rumah itu adalah rumah yang tadi telah ia masuki.Sang isteri bertanya, 'Kau ingin makan?', 'Ya jawabnya. Lalu dia membuka tutup panci di dapurnya. Saat melihat buah terong di dalamnya dia berkata: 'Heran, siapa yang masuk ke rumah dan menggigit terong ini?!'. Maka pemuda itu menangis dan menceritakan kisahnya. Isterinya berkomentar, 'Ini adalah buah dari sifat amanah, kau jaga kehormatanmu dan kau tinggalkan terong yang haram itu, lalu Allah berikan kepadamu rumah ini semuanya berikut pemiliknya dalam keadaan halal. Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu ikhlas karena Allah, maka akan Allah ganti dengan yang lebih baik dari itu'.(Diceritakan oleh Syaikh Ali At-tanthawi)
 

Autumn, Grogan Creek Waterfall, North Carolina

Kinugawa, Tochigi, Japan —

SYRIA

YA ALLAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! YA ALLAH!!!!!!!!!!!!!!!!
THIS BABY IN SYRIA WAS BORN AND DUE TO THE CHEMICAL WARFARE USED ON THE SYRIAN PEOPLE THIS IS WHAT HAPPENED TO HIM!!!!!! ASSAD IS USING CHEMICALS ON SYRIANS HE HAS FOR SOME TIME AND THIS IS THE RESULT OF IT!!!


YA ALLAH YOUR MERCY ON SYRIA !

Tunisia

SubhanAllah check this out

(Left) Tunisia - Before the Revolution

(Right) Tunisia - After the Revolution

Even though we may not have got everything we wanted, atleast some good has come out of the revolution Alhamdulillah

warna-warni

terowong

rama-rama

zalim...zalim



tudiaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !

kerajaan wasatiyyah membenar kan melakukan kezaliman sebegini

semua orang tahu kerajaan pusat sentiasa menyekat dan menafikan hak kepada kelantan ! sebab apa ? sebab kerajaan PAS yang memerintah ! kalau UMNO cap keris bogel memerintah tidak dilakukan sedemikian
...See More

JANGAN UNDI BN ! SETIAP UNDI MEMBAWA PADAH !

TUDIAAAAAAAA ! SEBAB TIDAKCEKAPAN KERAJAAN MENGURUS PROJEK2 RAKYAT SEHINGGA MEMBAWA KEPADA KETIRISAN , BEGINI KAH YANG PEMIMPIN UMNO DAKWA HANYA BN SAJA YANG PANDAI MENGURUS NEGARA ? KALAU PANDAI TAK ADA TIRIS SEBAB BINGAI LAH TIRIS TU WOI ! Kah kah kah

JANGAN UNDI BN ! SETIAP UNDI MEMBAWA PADAH !

hidup rakyat !!! mampos UMNO !
 —

tambah lagi

tambah lagi

rugi....rugi....

tambah lagi

hormat pada yang tua

tambah lagi...

Artis atau Selebriti yang berhijrah adalah antara mereka yang sangat bijak dan berani...semakin ramai tak dpt hitung dgn jari dah.kagum.. jika kita di tempat mereka, dapatkah kita berkorban juga?

impak maksima

coke ada alkohol

mangsa basyar assad

tumpang panaskan badan

sejuk nye....

kebun kelapa

hantar terus kedalam rumah

lapuran audit negara 2012

rakyat selangor harus marah!!

maju dengan hutang

pendidikan percuma

Kelajuan internet 100mbps pada RM999 sebulan hanya di Cyberjaya




16 Oktober 2012
CYBERJAYA - Cyberjaya yang merupakan Hab Teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT) Nasional, melangkah setapak ke hadapan dengan menawarkan pakej kelajuan internet pada 100Mbps dengan harga RM999 sebulan, menjadikannya sebagai satu-satunya kawasan di negara ini yang menawarkan kemudahan itu secara komersial.
  
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata pemaju induk Cyberjaya, Setia Haruman Sdn Bhd dan TIME dotCom Bhd, dengan kemudahan daripada Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC) bekerjasama bagi menyambungkan 3,300 rumah dan 1,400 pejabat dengan 100 peratus rangkaian fiber optik yang membolehkan mereka menikmati kemudahan jalur lebar berkelajuan tinggi.
  
"MDeC dan Cyberview Sdn Bhd terus bekerjasama dengan Setia Haruman dan pihak berkepentingan yang lain bagi mengenal pasti keperluan perniagaan ICT yang khusus dan insentif MSC Malaysia untuk menggalakkan syarikat-syarikat beroperasi dari Cyberjaya dengan bakal pelabur untuk datang ke bandar itu.
  
"Kementerian menyokong penuh usahasama seperti ini dan akan terus bekerjasama dengan Setia Haruman, Cyberview dan MDeC bagi meningkatkan kejayaan ahli perniagaan dan komuniti di Cyberjaya," katanya semasa merasmikan Pameran dan Persidangan Infra Cyberjaya 2012 di sini, hari ini.
  
Ongkili juga melancarkan projek 'testbed' atau 'WIFI Cloud', yang berdasarkan kepada seni bina rangkaian tanpa wayar dan merupakan penyelesaian inovatif bagi menyediakan generasi baru dalam 'Managed Hotspot Services' yang berupaya menilai khidmat yang ditawarkan kepada pengguna.

Beliau berkata ujian tiga bulan itu dijalankan di Cyberjaya bermula bulan ini dan sebaik ujian percubaan itu berjaya, lokasi strategik di sekitar Cyberjaya akan dipilih bagi pengeluaran awal.
  
"Dengan teknologi ini, anda boleh dihubungkan pada kelajuan tinggi tidak kira anda berada di mana-mana tempat di Cyberjaya. Ia merupakan mutiara bagi keseluruhan industri ICT," katanya.
  
Ongkili berkata inisiatif projek itu adalah sebahagian daripada peranan MDeC bagi membolehkan dan menggalakkan teknologi baru dan yang baru muncul diguna pakai dalam kawasan MSC Malaysia terutama Cyberjaya.
  
Percubaan itu dijangka menyokong inisiatif jalur lebar kebangsaan dalam merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar dan bagi meningkatkan penembusan jalur lebar di kalangan penduduk.
  
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MDeC Datuk Mohd Badlisham Ghazali berkata dengan pakej kelajuan internet 100Mbps, syarikat-syarikat besar dan kecil kini boleh menikmati kemudahan internet berkelajuan tinggi.
  
Katanya sebelum ini, syarikat-syarikat itu perlu mempunyai talian sendiri yang khusus bagi mendapatkan kelajuan seperti itu dan hanya syarikat-syarikat multinasional mampu memilikinya.
  
"Khidmat ini amat penting kerana syarikat-syarikat yang beroperasi di Cyberjaya kebanyakannya terbabit dalam pemindahan fail, animasi, khidmat perkongsian, oerpasi global dan kolaborasi dengan rakan sejawat antarabangsa," katanya. - Bernama

Audit: Anwar mahu jelajah seluruh negara



ARHIZA AHMAD
17 Oktober 2012
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) mendakwa kerajaan cuba melindungi sesetengah pihak dalam Laporan Ketua Audit 2011 yang diedarkan di Dewan Rakyat, kelmarin.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini dapat dilihat apabila sebahagian daripada laporan itu tidak menggambarkan keadaan sebenar yang berlaku dalam pengurusan kerajaan.

Malah katanya, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang menjelaskan jabatannya telah mengemukakan 547 teguran kepada agensi kerajaan.

“Kami (PR) telah meneliti laporan itu dan melihat berbilion duit hilang, ia dipadamkan begitu saja.
“Malah beberapa projek yang memberikan kesan kepada rakyat seperti rumah guru dan tentera banyak yang tergendala, tetapi mereka yang terbabit dalam pelaksanaan (projek) itu dimaafkan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemimpin Pakatan Rakyat di Parlimen.

Oleh sebab itu, kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, PR akan mengadakan siri jelajah di seluruh negara bagi memberikan penerangan berhubung Laporan Ketua  Audit 2011.

Beliau turut menyatakan bahawa pembangkang tidak menolak pembangunan dalam isu Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang, Johor namun berpendirian bahawa nasib rakyat jangan sesekali diabaikan.

Menurutnya, beberapa kampung yang berada di lokasi projek Rapid itu kini terjejas akibat daripada projek berkenaan.

“Pembangkang tidak menolak pembangunan, tetapi apa yang dilihat sekarang, nasib rakyat mulai terabai, malah ada kawasan alternatif boleh dibangunkan untuk melaksanakan projek itu tanpa memusnahkan perkampungan berkenaan.

“Saya juga dimaklumkan bahawa laporan alam sekitar masih belum dikeluarkan berhubung kesan perlaksanaan projek berkenaan,” katanya.

Anwar berkata, pembangkang mahu kerajaan lebih teliti dan memastikan nasib rakyat lebih terjamin dalam apa juga projek yang dilaksanakan.

Kekeliruan itu timbul ekoran ucapan Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng ketika Himpunan Hijau Pengerang pada 30 September lalu yang dilaporkan berkata, Pakatan akan menghentikan projek Rapid sekiranya gabungan tiga parti itu mengambil alih Putrajaya.

Kenyataan itu berbeza dengan pendirian Pas seperti dinyatakan naib presidennya, Salahuddin Ayub yang mengakui kelebihan projek itu tetapi membantah tindakan pengambilan tanah di kampung tradisi masyarakat Pengerang.
Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S K Devamany berkata, kerajaan tidak pernah mengabaikan nasib rakyat dalam setiap pembangunan yang dirancang.
Katanya, kerajaan turut menyediakan pelbagai infrastruktur dan kemudahan kepada penduduk Pengerang.

“Selain daripada pembangunan, kerajaan turut memberikan pampasan, menyediakan rumah dan tanah kepada penduduk setempat. Malah kawasan perkampungan itu, akan lebih tersusun dengan pelaksanaan projek yang dirancang oleh kerajaan,” katanya.

Hasan Ali: Saya tidak akan sertai Umno



WARTAWAN SINAR HARIAN
16 Oktober 2012
Hasan Ali
Hasan
BESUT - Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, yang dipecat oleh Pas Januari lalu berkata, beliau akan tetap bersama parti itu walaupun terus mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam parti itu yang didakwanya hampir 75 hingga 80 peratus kepimpinannya dipengaruhi kumpulan Anwarinas.

"Saya akan tetap bersama Pas dan tidak akan menyertai Umno. Justeru, keputusan saya perlu dihormati semua pihak," katanya kepada Bernama selepas majlis dialog dengan penjawat awam anjuran Majlis Belia daerah di sini, hari ini.

Beliau merupakan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor dan bekas Naib Presiden parti itu.

Dipetik Bernama hari ini, beliau yang juga Presiden Jalur Tiga (Jati) menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menuduhnya 'dibeli' Umno bagi mengadakan ceramah di pentas Umno di seluruh negara.

"Sehingga sekarang, saya berceramah adalah atas prinsip menegakkan Islam di negara ini walaupun terpaksa menggunakan belanja sendiri," katanya.

Berhubung dakwaannya mengenai kumpulan Anwarinas dalam Pas, beliau berkata, kumpulan itu kini bukan sahaja bertindak sebagai pelindung, penggerak malah sebagai jurucakap dalam Pas hingga menyebabkan kumpulan ulama semakin terpinggir dan tidak dipedulikan lagi.

Beliau berkata, ramai golongan ulama semakin diperkecilkan peranan mereka dan termasuk dipecat kerana lantang bersuara dalam memperjuang agama Islam.

"Justeru, orang ramai jangan hairan sekiranya dalam masa yang terdekat Pas akan memecat lebih ramai lagi golongan ulama termasuk (bekas Timbalan Presiden Pas) Nasharudin Mat Isa kerana memperjuangkan Islam," katanya.

Taliban: ‘Malala pengintip Barat, wajar mati’




17 Oktober 2012
Malala Yousufzai
Malala Yousufzai
ISLAMABAD - Taliban menegaskan bahawa pelajar perempuan Pakistan yang ditembak di kepala Taliban minggu lalu ‘wajar’ mati kerana menentang kumpulan itu dan memuji Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama.

Malala Yousufzai, 14, telah diterbangkan ke United Kingdom (UK) kelmarin untuk rawatan susulan.

Serangan ke atas Malala, seorang aktivis pendidikan remaja, pada 9 Oktober lalu, telah mendapat kutukan meluas.

Minggu lalu, pakar bedah Pakistan telah berjaya mengeluarkan peluru yang berada berhampiran saraf tunjang remaja itu dalam pembedahan yang mengambil masa tiga jam selepas serangan ke atas Mala minggu lalu, tetapi dia kini memerlukan penjagaan susulan dari pakar intensif.

Pihak berkuasa berkata, beberapa tangkapan berkaitan dengan kes itu telah berjaya dilakukan tetapi maklumat lanjut mengenai tangkapan tidak didedahkan.

Dalam kenyataan terbaru, Taliban dipetik Reuters menyifatkan Malala sebagai “pengintip Barat.”

“Pengintipan ini, orang kafir telah memberinya anugerah dan ganjaran. Islam telah memerintahkan untuk membunuh orang-orang yang mengintip untuk musuh.

‘Dia digunakan untuk menyebarkan propaganda terhadap Mujahidin (pahlawan suci) dan memfitnah Taliban.  Al-Quran mengatakan bahawa orang-orang yang menyebarkan fitnah terhadap Islam, tentera Islam boleh membunuhnya.

“Kami menyerang dia kerana dia bercakap menentang Taliban sambil duduk dengan orang asing tanpa rasa malu dan menjadikan musuh terbesar Islam, Obama sebagai idola," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan berkaitan, menurut bapa Malala, anak gadisnya itu seorang murid yang ceria dan bercita-cita untuk menjadi seorang doktor sebelum bersetuju dengan kehendak ayahnya untuk menjadi seorang ahli politik.

Bagaimanapun, gadis itu telah menjadi simbol kuat menentang usaha Taliban yang mengharamkan pendidikan untuk wanita.

Sejak minggu lalu, beberapa protes diadakan dengan memasang  lilin.

Beberapa pegawai kerajaan turut memprotes secara tertutup bagi mengkritik tindakan Taliban menyerang pelajar itu.

Mat Sabu saman Mashitah



WARTAWAN SINAR HARIAN
17 Oktober 2012
KUALA LUMPUR - Selepas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil tindakan saman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, kini giliran Naib Presiden, Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengambil tindakan sama berhubung tulisan menteri itu dalam akhbar Sinar Harian.

Writ Saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, 26 September lalu, ditandatangani Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Siti Fatima Alimuddin melalui Tetuan Mohamed Hanipa & Assiciates.

Mohamad Sabu selaku plaintif menamakan Dr Mashitah sebagai defenden pertama; Ketua Pengarang Sinar Harian, Norden Mohamed sebagai defendan kedua; Sinar Karangkraf Sdn Bhd sebagai defendan ketiga; dan Ultimate Print Sdn Bhd sebagai defendan keempat.

Dalam writ saman itu, beliau mendakwa artikel yang disiarkan dalam Sinar Harian pada 2 Mac 2012, yang ditulis menteri tersebut,  berniat jahat memfitnahnya, sementara  defendan kedua membenarkan kata-kata itu diterbitkan oleh defendan ketiga dan dicetak oleh defendan keempat.

Petikan  artikel tersebut  bertajuk “Skandal seks, krisis politik Pakatan oleh Dr Mashitah Ibrahim ‘....Apapun, kes Badrul Amin mengingatkan kita kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang juga pernah ditangkap khalwat dengan isteri kawannya sendiri di Kota Bharu, kira-kira 12-13 tahun lalu. Ketika itu beliau Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Ketika ditangkap, isteri kawannya berada dalam hotel manakala Mohamed Sabu hanya memakai tuala. Beliau dibicarakan di mahkamah Kelantan, tetapi akhirnya dibebaskan,” didakwa menyebabkan plaintif menanggung malu dan aib serta menjatuhkan harga diri, air muka dan maruahnya.

Sementara itu, dalam prosiding pengurusan kes itu di Mahkamah Tinggi di sini semalam, Hakim Datin Yeoh Wee Siam menetapkan tarikh 23 November depan, untuk pengurusan kali kedua kes itu selain menetapkan  semua defen memfailkan pembelaan pada atau sebelum 30 Oktober ini.

Sekatan baru zalim




         
TEHERAN: Iran semalam menyifatkan sekatan ekonomi terbaru Kesatuan Eropah yang dilaksanakan ke atasnya sebagai tidak berperi kemanusiaan kerana ia mensasarkan seluruh penduduk negara itu.

“Sekatan satu pihak yang dilaksanakan Eropah dan Amerika Syarikat terhadap Iran adalah tidak masuk akal, haram dan tidak berperi kemanusiaan,” kata jurucakap Kementerian Luar, Ramin Mehmanparast.
Bercakap menerusi televisyen negara itu, Ramin menuduh Barat menggunakan isu nuklear sebagai alasan untuk menekan Iran kerana menetapkan ‘kemerdekaannya sendiri.’

“Sekatan ini dilaksanakan dengan menggunakan alasan aktiviti nuklear Iran yang bertujuan untuk keamanan.



“Sekalipun isu nuklear kita berakhir, mereka sudah pasti menggunakan alasan lain untuk menekan kita,” katanya.


Kesatuan Eropah meningkatkan sekatan terhadap Republik Islam itu Isnin lalu, mensasarkan urusan perbankan dengan negara itu, import gas dan perkapalan serta mengharamkan perdagangan logam.

“Ini adalah tanda keazaman kami. Kami akan meningkatkan tekanan dan kami akan terus berbuat demikian kecuali rundingan berjaya,” kata Setiausaha Luar, William Hague.

Sekatan itu adalah yang terbaru selepas beberapa siri sekatan dilaksanakan oleh Amerika Syarikat dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertujuan menekan Iran supaya mengekang program nuklearnya.

Kuasa Barat menuduh Iran menggunakan program itu untuk menghasilkan senjata atom.

Republik Islam itu bagaimanapun menyangkalnya, sebaliknya berkata, aktiviti nuklearnya bertujuan untuk keamanan.

Lima anggota tetap Majlis Keselamatan dan Jerman, mengadakan tiga rundingan bersemuka dengan Iran tahun ini untuk menyelesaikan isu itu.

Bagaimanapun, rundingan itu menemui jalan buntu dengan perhubungan merosot kepada hanya menerusi telefon antara pegawai Iran dan EU. - AFP

Saif, Kareena Kapoor kahwin

SAIF dan Kareena selepas melangsungkan perkahwinan mereka, semalam.
SAIF dan Kareena selepas melangsungkan perkahwinan mereka, semalam.
MUMBAI: Selepas bercinta selama lima tahun, bintang Bollywood, Kareena Kapoor and Saif Ali Khan akhirnya melangsungkan perkahwinan mereka dalam satu majlis kecil di Mumbai semalam.
Agensi berita Press Trust of India melaporkan, beberapa rakan dan anggota keluarga menghadiri majlis itu di kediaman Saif.

Bapa Kareena dan ibu Saif menjadi saksi kepada perkahwinan berkenaan, kata pendaftar, Sureka Ramesh.

Selepas majlis itu, Kareena, 32, dan Saif, 42, berdiri di balkoni dan melambai peminat mereka.

Saif mempunyai dua anak hasil perkahwinan pertamanya. - AP

Pejuang pemisah mati dalam serbuan polis




         
BANGKOK: Anggota penting kumpulan pemisah Islam RKK yang dikehendaki atas sekurang-kurangnya 10 waran, mati dalam satu kejadian tembak menembak denga polis di daerah Si Sakhon, Narathiwat, semalam.

Kejadian itu berlaku pada jam 5.30 petang selepas 50 anggota tentera dan polis mengepung rumah di Ban Jueko di tambon Si Banphot di mana tiga atau empat anggota militan dilaporkan bersembunyi dan merancang serangan di daerah Si Sakhon.
Apabila pihak berkuasa tiba, tiga lelaki melarikan diri dari rumah itu melalui pintu belakang dan seorang melepaskan tembakan untuk melindungi rakannya. Kedua-dua pihak berbalas temak selama 10 minit.

Selepas berjaya mengawal keadaan, pasukan keselamatan menemui lelaki mati dengan pistol .38 ditangan di ladang getah di belakang rumah. Yang lain berjaya melarikan diri. - Bangkok Post

Kuswadinata kritikal




         
KUALA LUMPUR: “Kami bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku. Doktor sudah memaklumkan keadaannya kini kritikal dan peluang untuk hidup adalah 50:50.

“Disebabkan inilah, kami memberitahu semua ahli keluarga suami dan mereka termasuk dari Singapura sudah datang untuk melawat,” kata Kamariah Mohd Said, isteri kepada pelakon veteran, Kuswadinata.


Bintang filem Melayu seangkatan Allahyarham Tan Sri P Ramlee itu kini dirawat di Hospital Ampang sejak 7 Oktober lalu akibat komplikasi pendarahan ulser, kanser kelenjar dan masalah buah pinggang kanan rosak.

Menurut Kamariah, 57, pada luarannya, Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang, 74, nampak sihat dan boleh berbual, namun doktor mengesahkan keadaannya sekarang paling teruk berbanding ketika menerima rawatan sebelum ini.


“Doktor kata suami mengalami pendarahan dalaman dan terpaksa berpuasa untuk mengurangkan kesan pendarahan. Doktor hanya bagi ubat sebab pembedahan sudah tidak boleh dilakukan kerana faktor umur.


“Keadaannya juga lemah dan bila-bila masa jantungnya boleh berhenti. Kami reda dengan apa yang ditakdirkan dan Allah Maha Mengetahui segalanya,” katanya ketika menerima kunjungan rakan artis dari Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) semalam.

EU umum sekatan baru



 
Brussels: Negara anggota Kesatuan Eropah (EU) semalam mengenakan sekatan baru terhadap syarikat utama Iran dalam industri minyak dan gas selain menguatkan lagi tindakan terhadap bank pusat sebagai tekanan terhadap program nuklear Tehran.

Tetapi, Iran menegaskan, tindakan baru negara Barat yang disokong Amerika Syarikat itu tidak akan dapat memaksanya kembali ke meja rundingan bagi membincangkan program nuklearnya.

Lebih 30 syarikat dan institusi disenaraikan dalam jurnal rasmi EU untuk dibekukan asetnya di Eropah termasuk Syarikat Minyak Kebangsaan Iran (NIOC), salah sebuah pengeksport minyak terbesar dunia.
Amerika sudah melaksanakan sekatan terhadap NIOC bulan lalu ketika kerajaan Barat cuba menghalang keupayaan Republik Islam Iran daripada memiliki dana melalui eksport minyak ke seluruh dunia.

Penyenaraian sekatan baru itu memperbaharui keputusan 27 kerajaan EU untuk memperkenalkan tindakan selanjutnya terhadap industri Iran, perbankan dan sektor tenaga.

Mereka berharap, langkah itu akan memaksa Tehran kembali berunding mengenai projek nuklearnya. - Reuters

Sepintas: China hantar 7 kapal tentera



Tokyo: Jepun akan terus memantau kepulauan Senkaku selepas tujuh kapal perang China dilihat di perairannya, semalam.

Tidak diketahui sama ada pergerakan kapal itu berkaitan pertikaian wilayah yang menyebabkan kedua-dua negara menunjukkan keupayaan maritim masing-masing.

Kapal China dilihat kira-kira 49 kilometer dari pulau Yonaguni, wilayah Okinawa, kata Menteri Pertahanan Jepun. - AP

Radovan Karadzic tolak semua tuduhan

Karadzic (kiri) dan Hadzic didakwa melakukan jenayah perang dan kemanusiaan dalam prosiding di Mahkamah Jenayah Perang Yugoslavia, semalam. - Foto AFP
Karadzic (kiri) dan Hadzic didakwa melakukan jenayah perang dan kemanusiaan dalam prosiding di Mahkamah Jenayah Perang Yugoslavia, semalam. - Foto AFP
The Hague: Bekas pemimpin Serb Bosnia, Radovan Karadzic mempertahankan diri ketika mula dibicarakan dengan menafikan semua dakwaan dan menyatakan beliau sepatutnya dipuji kerana 'mengurangkan penderitaan.'
Dalam kes berasingan, bekas pemimpin gerila Serb Croatia, Goran Hadzic, juga mula dibicarakan di Mahkamah Jenayah Perang Yugoslavia, defendan terakhir didakwa atas jenayah perang Balkan.

"Saya dan pihak lain tidak terfikir pembunuhan beramai-ramai akan berlaku ke atas orang bukan Serb," - Karadzic
Hadzic, 54, menghadapi 14 tuduhan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan atas peranannya dalam perang Croatia pada 1991 hingga 1995.

Pembunuhan orang awam

Ia termasuk pembunuhan beramai-ramai orang awam yang dibawa dari hospital Vukovar pada 1991 dan memaksa penduduk berjalan di kawasan penuh periuk api di bandar Lovas pada Oktober 1991.

Karadzic memulakan prosiding terhadapnya dengan memberi kenyataan panjang lebar dan mendakwa berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan perang dan mengurangkan derita kemanusiaan.
Beliau dengan tenang menyifatkan dirinya seorang yang lembut, bertolak ansur dan sedia memahami orang lain.

Malah, katanya, beliau berulang kali mengajak gerila Serb Bosnia memeterai perjanjian damai, mengutamakan langkah kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa meskipun mereka hampir menang.

Karadzic, 67, mendakwa semua kumpulan etnik di Yugoslavia tiada sejarah konflik hingga menyebabkan puak Serb rasa terancam dengan kuasa penduduk Islam di Serbia.

“Saya dan pihak lain tidak terfikir pembunuhan beramai-ramai akan berlaku ke atas orang bukan Serb,” katanya.

Karadzic ditahan di Belgrade pada 2008 selepas bersembunyi daripada buruan pihak berkuasa hampir 13 tahun dan mula dibicarakan pada Oktober 2009.

Hadapi 10 tuduhan bunuh

Beliau menghadapi 10 dakwaan melakukan pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang lain dan jenayah kemanusiaan dalam perang 1990-an termasuk pembunuhan beramai-ramai di Srebrenica pada 1995. - Agensi

Tuan Guru Nik Aziz Masih Diperlukan Dalam Memimpin Perjuangan - Tuann Guru Hj Salleh Musa

October 15, 2012
Tuan Guru Nik Aziz Masih Diperlukan Dalam Memimpin Perjuangan - Tuann Guru Hj Salleh Musa
http://2.bp.blogspot.com/-9IPvGL6keu4/UHtlFMWlwwI/AAAAAAAALPA/oNjnDdW1wPY/s640/SAM_7145.JPG


Mengulas tentang kenyataan Hassan Ali yang meminta Tn Guru Nik Aziz turun dari jawatan Mursidul Am didalam Mingguan Malaysia 14.10.2012 semalam dan Utusan hari ini 15.10.2012 adalah tidak wajar .

Pagi ini setelah selesai sesi kuliah di pondok Tn Guru Hj Salleh Musa turut merasa kecewa dengan Hassan Ali dan Nasaruddin Mad Isa kerana kenyataan mereka berdua bercanggah dengan keputusan syura Ulama .

Tn Guru Hj Salleh menyeru kepada seluruh ahli dan kepimpinan PAS agar kita kuatkan kerja memenagkan perjuangan ISLAM . Beliau berkata lagi pilihan raya makain hampir jangan dilayan sebarang komen yang tidak menguntungkan . Kita munajat lebih banyak biarkan mereka komen kita tetap utuh . Tn Guru Hj Salleh Musa yakin ahli dan pimpinan PAS terus Istiqamah dengan perjuangan Islam .

Tuan Guru Nik Aziz merupakan pemimpin yang sukar dicari ganti dengan ketokohan beliau , amanah beliau memimpin kerajaan , ini membuatkan musuh gerun dan musuh sentiasa mencari jalan menyerang belau . Insyallah ALLAH sentiasa pelihara beliau .

Walaupun ada beberapa perkara Tn Guru Hj Salleh tidak bersependapat dengan beliau tetapi lihatlah akhlak ulama , Tn Guru Hj Salleh tetap menyokong teguh kepimpinan Tn Guru Nik Aziz .

Tn Guru Hj Salleh akan menghubungi Tn Guru Nik Aziz dan beberapa kepimpinan tertinggi bagi menyatakan hasrat beliau dalam isu ini.

Pada 25.10.2012 Pondok Tuan Guru Hj Salleh Musa akan mengadakan Munajat Semperna Wukuf Arafah , munajat ini akan dikhuskan bagi kemenangan Islam di Malaysia khasnya . Orang ramai dijemput hadir dan digalakkan berpuasa sunat Arafah . Majlis bermula jam 6.30 petang hingga 10.30 malam . Digalakkan berpakaian putih