Monday, July 30, 2012

Kanak-kanak dibakar diSyria

Terjawab: Polis Sahkan Eksekutif TV9 Mati Dijerut

Terjawab: Polis Sahkan Eksekutif TV9 Mati Dijerut, Suspek Direman Petang Ini -updated
Ketua Polis Selangor mengesahkan punca kematian eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai pada Sabtu, adalah akibat lehernya dijerut.

Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Syaleza Jaffar (gambar), 31, di Hospital Sungai Buloh menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh bernafas dan terdapat kesan jerutan di sekeliling leher mangsa.

"Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu," katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata susulan itu, polis menahan anggota keluarga terdekat mangsa di Segamat, Johor pada kira-kira 10.15 malam tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Suspek akan direman petang ini.


Bilik dimana Syaleza ditemui

Tun Hisan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.

Mayat Syaleza ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya pada kira-kira 7 malam.

Suaminya mendakwa terdengar dentuman dalam bilik tidur rumah itu dan ternampak mangsa tergantung tidak bernyawa di kipas bilik itu sebelum membawa turun mayat isterinya.

Polis kemudian ke tempat kejadian sejurus dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh suami mangsa dan Syaleza disahkan meninggal dunia ketika ditemui polis.

Syazleza merupakan anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun. - Bernama/Posted By Greenboc

Sambutan Belia Antarabangsa peringkat negeri Selangor. Sebarkan.

padan la Lagim memberi sokongan kpd PR..

padan la Lagim memberi sokongan kpd PR..
masih ada yg sebegini lagi di Sabah...
UMNO ni asyk meratah hasil bumi Sabah je,rakyat sabah masih sengkek

Jawatan kosong untuk pemuda UMNO


Besar jasa-jasa UMNO BN.. Terutama di SABAH...


MB jamin tiada kenaikan tarif air di Selangor



SHAH ALAM 30 Julai: Kerajaan Selangor akan memastikan tarif air di negeri itu tidak dinaikkan di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.
Untuk itu, Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri menolak projek Langat 2 bagi memastikan rakyat mendapat air percuma.
“Sekiranya Langat 2 diteruskan, Selangor akan memikul beban kos sehingga RM2 bilion dan tarif air akan dinaikkan sehingga 70 peratus,” katanya dipetik mediaselangorku.
Khalid berkata, keputusan itu dibuat bagi menjaga kepentingan rakyat yang selama ini terbeban dengan kos sara hidup tinggi di bawah pentadbiran Umno BN.
Sebelum ini, Kerajaan Pusat melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) berdegil mahu meneruskan projek Langat 2 dan bercadang membuka tender kepada mana-mana syarikat yang layak.
Tindakan itu kononnya bagi mengelak tanggapan kroni Umno BN memperoleh keuntungan berganda jika projek itu diteruskan.
Dalam pada itu, Khalid menempelak pemimpin Umno BN yang berdegar-degar bercakap mengenai kebajikan rakyat tetapi masa sama mahu menaikkan tarif air.
Beliau turut menyelar, dakwaan Umno BN kononnya Selangor akan muflis dengan pemberian air percuma.
Kata Khalid, Pakatan Rakyat bukan sahaja membuktikan mampu menjaga kebajikan rakyat malah rizab kerajaan negeri juga bertambah.
Short URL: http://www.keadilandaily.co/
 —

BANGANG TAK BOLEH DIAJAR..

TAK DAPAT NAK PASTIKANLAH INI BERLAKU DIMANA SEBAB ORG YG POSTKAN NI TAK JELASKAN GAMBAR NI DIAMBIL DIMANA.......TAPI ORANG YANG BUAT ACARA NI MEMANG TAK DE OTAKLAH....BANGANG TAK BOLEH DIAJAR....MANUSIA AKHIR ZAMAN....

KAMI TIDAK TAKUT PAS..PAS 4 ALL....TAKBIRRRRRR....

Sebuah Masjid di India telah diruntuhkan oleh sekumpulan pelampau hindu, namun solat berjemaah mereka tetap penuh.



"Mereka boleh membinasakan masjid kami, tapi tidak iman kami."

Gambar: Masjid Babri, India.

Di Malaysia dan Indonesia, masjid2 berdiri megah.. Namun? Kipas dalam masjid lebih banyak daripada orang yg solah berjemaah.. Apa alasan kita untuk tidak pergi solah berjemaah?? tepuk dada tanya iman.

http://gempakzsiot.com/

Simbolik Perasmian Sukan Olympics 2012 London....

Ya Allah, kau selamatkan umat ISLAM di sana, berikan mereka kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam mengharungi semua ini. Peliharalah mereka dari segala ancaman musuhmu. Kau makbulkan doakan ku ini Ya Allah. Amin.

NI HARGA SEBENAR KERETA IMPORT DAN HARGA SELEPAS UMNO KENAKAN CUKAI TUK KAYAKAN KRONI2NYA.....HARAM JADAH UMNO !!! KIHKIHKIH

Sultan yg paling kaya dlam dunia pun ikut ulama'..

Nak share satu kisah menarik. Semasa tazkirah solat tarawih semalam, ustaz ada cerita pasai Sultan Brunei. Info ini dia dapat daripada sahabat beliau yg baru balik dari negara Brunei setelah berada di sana selama 2 bulan. Ceritanya begini, Sultan Brunei bila dia akan pergi kemana, samada dalam negara atau luar negara, baginda ada membawa seorang Tok Imam. Tujuan baginda bawa Tok Imam ni dua perkara, pertama, Baginda boleh solat Jamaah. Kedua, Baginda mahu mendengar tazkirah drp imam sekurang-kurangnya 1 hadis nabi atau ayat al qur'an selepas solat. Baginda akan batalkan utk pergi kemana2 jika Tok Imam tak boleh ikut serta. So moral dia, Sultan yg paling kaya dlam dunia pun ikut ulama'..

Lagu Official Hari Kemerdekaan Ciplak Lagu Kristian?

Lagu Official Hari Kemerdekaan Ciplak Lagu Kristian?
Duhhhhhhh. Tak habis lagi isu logo hari kemerdekaan yg dikatakan terlalu huduh, simple dan berunsurkan politik, kini timbul pula isu lagu official kemerdekaan yg dikatakan diciplak dari lagu keagamaan Kristian di Indonesia??? Anda compare sendiri lagu² dibawah...NIE LINK -----> http://faiz--rahman.blogspot.com/

Alhamdulillah, Christiano Ronaldo pun menyokong pembebasan Palestine.. Moga dapat hidayah. Sama2 kita doakan.

PAS alukan pimpinan Sabah kalau mahu bersama



Harakahdaily,
29 Jul 2012
TUARAN: PAS mengalu-alukan semua pemimpin politik di Sabah kalau mahu bersama-sama dengan PAS dalam memperjuangkan keadilan di negara ini.

Pengarah Pilihan raya PAS, Dr Hatta Ramli (gambar) membuka laluan itu ketika berucap dalam majlis pengumuman pimpinan BN Sabah yang meninggalkan BN.

Mereka diketuai oleh anggota Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing yang mengumumkan tindakan beliau meninggalkan BN dan akan bersama Pakatan Rakyat.

"Saya memuji keberanian tuan-puan semua menolak BN yang sememangnya sudah melampaui batas.

"Tindakan tuan-puan semua bukannya terburu-buru tetapi setelah mengambil masa begitu lama namun BN tidak berubah," kata Dr Hatta di majlis itu.

Turut serta di majlis pengumuman Wilfred itu adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminudin Aling.

Semalam, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin membuat pengumuman di satu majlis yang lain meletakkan semua jawatannya dalam Umno. Namun beliau masih kekal ahli Umno.

Dalam ucapan itu, Dr Hatta turut berkata, kunjungan hormat Lajim menemui Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menimbulkan pelbagai spekulasi.

"Saya mengalu-alukan kalau tuan-puan mahu bersama PAS tetapi yang lebih penting buat masa ini adalah keluar dari BN dan membantu Pakatan Rakyat membawa perubahan kepada Sabah," kata Dr Hatta di majlis itu.

Beliau yang berucap lebih awal dari Wilfred Bumburing kerana terpaksa bergegas ke Kota Kinabalu untuk mengejar pesawatnya untuk pulang ke Kuala Lumpur.

..UMNO SEDANG MENGAJAR ANAK2NYA BERJALAN BETUL..

.Ini fakta bkn auta..

 Jom Kongsi...Cukai Kereta diTurunkan hanya melibatkan sekitar RM8bil shj Ptptn 5bil,tol 10bil,minyak kna tgk harga pasaran dulu sama ada trun byk ker trun ckit tujer...Insyaallah smua blh dilaksanakn...Ini fakta bkn auta...Sdgkan ketirisan dan penyelewengan dlm Perbelanjaan dan Pembangunan Projek yg diuruskan oleh Kerajaan BN adalah RM28Billion setahun . Secara logiknya tidak akan berlaku bangkrup sepertimana dakwaan BN...Ini lah sebab njib smpai skung xbarani nk debat...Kihkihkih....

Lihatlah, betapa kejamnya etnik rakhine buddha dan juga kerajaan myanmar itu sendir

Lihatlah, betapa kejamnya etnik rakhine buddha dan juga kerajaan myanmar itu sendiri. Mereka berpakat untuk membunuh umat islam rohingya di sana.

Sebarkanlah agar satu dunia tahu siapa sebenarnya mereka ini dan banyakkan berdoa untuk umat islam di sana.

http://gempakzsiot.com/

Tsunami bermula dari Sabah!


Selama ini ramai yang meramalkan tsunami politik Malaysia akan bermula di pusat selatan tanah air iaitu sama ada di Johor atau Negeri Sembilan.

Namun itulah kuasa Allah, tsunami berlaku di luar kemampuan otak manusia berfikir, iaitu dari pusat ‘simpanan tetap’ Umno sendiri iaitu Sabah.

Sebelum ini pakar peramal politik, Tun Daim Zainuddin sendiri tidak menjangkakan perubahan pasca PRU 13 bermula dari Sabah kerana BN di sana dilihat sangat kental, walaupun pernah bertukar kepimpinan kerajaan negeri pada satu ketika dulu.

Semalam, Datuk Seri Lajim Ukin hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuatkuasa serta-merta.

Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli Umno.

"Bagi menentukan keahlian saya dalam Umno, saya menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk mengambil tindakan...kalau mereka rasa saya menyalahi peraturan parti mereka boleh pecat saya," katanya.

Beliau mengumumkan keputusannya itu ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan program khas serta pengisytiharan gerakan 'Pakatan Perubahan Sabah' (PPS) di kediamannya di Likas Jaya, dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, Lajim turut mengumumkan senarai perwakilan PPS di 17 kawasan Parlimen di Sabah.

Pada pilihan raya negereri Sarawak yang lalu, BN menghadapi kemerosotan besar.

Sekarang pimpinan Umno boleh mencongak, jika Kadazan dan dayak serta orang asli pun mahukan perubahan apakah tidak mustahil BN jatuh?

Pada masa ini Umno bersilat untuk mempertahankan kuasa dengan mempertaruhkan undi Melayu, berdasarkan keputusan PRU 12. Isu-isu perkauman dan dimain dna dieksploitasi semahu mungkin.

Namun pada hakikatnya lebih 60% orang Melayu juga pernah menolak Umno pada PRU ke 10, yang mana kuasa mereka hanya dipertahankan melalui undi bukan Melayu ketika itu.

Undi Melayu berbalik kepada Umno dan BN pada era Pak Lah.

Kini orang Cina tak berpaling ke belakang lagi untuk membuat perubahan (sejak 2oo8). Orang India nampaknya ada yang patah balik kepada BN selepas memberi kemenangan kepada Pakatan dengan sokongan 80% PRU lalu.

Orang Melayu yang berpelajaran dan bermaklumat nampaknya tidak cenderung kepada Umno yang sudah barah dengan rasuah, penyelewengan dan pengkhianatan. Sistem negara jadi rosak. Bayangkan, negeri yang menang melalui demokrasi seperti Selangor dan Pulau Pinang, digugat dan digigit setiap hari supaya dilihat huru-hara!

Kini perkembangan semasa memperlihatkan tidak ada lagi yang berani mengatakan: “Kalau letak beruk pun bertanding calon Umno, dia akan menang”.

Nampaknya perubahan memang benar-benar akan berlaku dalam PRU ini walau dijaja sebagai pemimpin paling popular, propaganda kerajaan capai KPI NKRA dan lain-lain sekali pun.

Kita kira, sudah ada yang menghitung hari-hari terakhir sebelum tewas dalam pertempuran politik kali ini!

Posted by Selamatkan Pahang

KAMI SOKONG TOK GURU

KAMI SOKONG ULAMA

Ular terbesar di temui di hutan Malaysia

Inilah A. Samad Said.

Suasana di sebalik kehidupan Sasterawan Negara yang aktif menyuarakan luahan melalui karyanya yang unik dan fleksibel. 

Inilah A. Samad Said.

Makin difitnah makin rakyat berduyun-duyun berpindah sokongan dari UMNO/BN ke PAS/PR.

Kata Sayidina Ali KMW,



“Sebelum muncul al-Mahdi, turun bencana yang membinasakan umat manusia. Kamu semua jangan mencela penduduk Syam, kerana mereka (paling teruk) ditimpa musibah tersebut. (Kejadian) yang demikian kerana para Wali Abdal adalah lahir dari kalangan mereka. Bencana tersebut antaranya berupa hujan lebat yang menenggelamkan ramai manusia, sehingga andainya mereka berhadapan dengan sekumpulan musang sahaja, nescaya mereka akan dikalahkan (oleh musang-musang itu). Setelah itu ALLAH memunculkan al-Mahdi, yang (ketika mula-mula munculnya itu) berada di tengah-tengah pasukan tentera yang minimumnya berjumlah 12,000 orang (tentera) atau maksimumnya berjumlah 15,000 orang. Tanda-tanda pasukan itu ialah diperintah dari tiga pasukan berasingan, yang mana ketiga-tiga pasukan itu akan diserang oleh tujuh pasukan yang lain (dari kalangan as-Sufyani), yang masing-masing ketuanya (sangat) berminat untuk menjadi Amir. Kemudian al-Mahdi muncul, lantas mengembalikan umat Islam kepada akhlak yang luhur dan kepada kehidupan yang amat sejahtera. Mereka terus berada dalam keadaan begini sehinggalah Dajjal keluar (di tengah-tengah manusia).” (Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah & At-Tabrani)

Kata-kata Sayidina Ali KMW ini menjadi rujukan kebanyakan orang terutamanya kalangan ahli SUFI kerana dari ucapan inilah mereka mengetahui bahawa Wali Abdal itu datang dari Syam. Memang Wali Abdal adalah antara wali yang cukup dihormati kerana dekatnya hubungan mereka dengan Tuhan di samping berkat yang nyata, keluar hasil dari keberadaan mereka di kalangan umat manusia. Kerana itulah mereka ini menjadi antara golongan wali yang sentiasa mendapat perhatian kebanyakan manusia, dan mereka ini dijadikan wasitah untuk memohon pertolongan ALLAH kepada seluruh umat Islam.

Jika demikian, kenapa penduduk Syam masih menerima bencana yang hebat itu? Tidakkah para Wali Abdal ini mampu menolak bala dengan cara mendoakan kepada Tuhan agar diangkat-Nya bala tersebut dari mereka? Ada beberapa sebab mengapa umat manusia masih tetap menerima bala dan bencana dari Tuhan walaupun ada yang bertaraf wali di kalangan mereka itu. Ini disebabkan, antara lainnya adalah kerana,

Umat manusia sudah terlalu jauh daripada Tuhan sehingga keberadaan para wali berkenaan sudah tidak mampu lagi mengangkat dosa-dosa manusia yang sudah terlalu berat itu sehingga bala yang sepatutnya boleh diangkat, tidak diangkat oleh Tuhan. Akibatnya, mereka tetap ditimpa bala berkenaan supaya mereka rasakan secebis daripada azab-Nya semasa di dunia ini. Bagi yang beriman, turunnya bala ini sudah cukup untuk menginsafkan hati mereka.
Umat manusia membelakangkan para WALI-Nya. Ramai yang sudah menafikan kewujudan para wali, yang menafikan berlakunya keramat pada wali-wali, yang menganggap para wali sudah tidak ada lagi pada zaman MODEN ini, yang menganggap para wali tidak diperlukan lagi dalam era globalisasi hari ini, dan sebagainya. Apabila para wali dibelakangkan, maka bala Tuhan sudah tidak dapat lagi disekat-sekat kerana pada ketika itu kemurkaan Allah melebihi daripada rahmat-Nya. Maka diturunkan-Nya sedikit daripada azab-Nya supaya manusia mahu kembali kepada Tuhan mereka.

MANUSIA sudah tidak malu lagi kepada para wali. Ramai yang sudah tidak tahu adab sopan ketika bertemu dengan para wali. Ramai yang sudah tidak segan-segan lagi berbuat dosa di hadapan para wali, dan ramai yang menganggap keberadaan para wali ini hanya menyusahkan kebebasan kehidupan dunia mereka sahaja. Kerana itu, ramai yang menganggap para wali itu sama seperti mereka juga, tidak perlu dihormat-hormat, tidak perlu disegan-segankan, dan ada yang beranggapan jika tiada para wali berkenaan adalah lebih baik daripada adanya dari kalangan mereka. Ramai yang berkata bahawa para wali itu manusia juga, seperti mereka, ada salah atau sekurang-kurangnya ada berbuat silap. Maka tidak perlulah dihormat-hormat dan dilebih-lebihkan. Yang lebih malangnya, ada yang berkata, perbuatan menghormati para wali secara berlebihan tidak mempunyai dasar dalam agama, dan merupakan suatu perbuatan bidaah dan boleh merosakkan akidah.

Innalillah.

Jangan anggap diri suci untuk mengaibkan orang lain


Di antara fenomena mutakhir di mana ada di kalangan umat Islam yang berpandangan bahawa di antara ajaran Islam, di antara amal soleh yang besar ganjarannya, ialah mencari aib orang lain lalu menyebarkannya dan memberi ulasan ke atasnya. Apatah lagi dalam suasana kecanggihan teknologi komunikasi sekarang ini, amal soleh tersebut amat mudah dilaksanakan, semudah “klik” dengan menggunakan tetikus komputer atau menyentuh di atas talifon pintar masing-masing.

Saya tertanya, kenapakah mereka tidak “klik” sentuh ayat al-Qur’an berikut ini: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. [al-Hujurat 49:12]

Perhatikan larangan Allah: janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Kemudian perhatikan pula bagaimana Allah mengakhiri ayat di atas dengan firman-Nya: sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani, mengisyaratkan bahawa perbuatan mengintip dan mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain adalah satu dosa besar yang tidak akan terampun melainkan melalui taubat kepada Allah dan mengharapkan kasih sayang daripada-Nya.

Sikap yang benar di sini yang sememangnya merupakan ajaran Islam dan amal soleh yang besar ganjarannya, ialah memberi nasihat secara tertutup andai benar seseorang itu melakukan kesalahan. Sama-sama kita mengulangkaji surah al-Asr yang saya yakin semua pembaca telah pun menghafalnya.

Maaf kata, pada pengamatan saya, kategori orang yang suka menyebarkan keaiban sesama umat Islam di alam maya bukanlah dari kalangan mereka yang jarang-jarang solat, kerap mengunjungi tempat maksiat atau free hair. Akan tetapi kategori orang yang suka menyebarkannya ialah dari kalangan mereka yang tidak meninggalkan solat lima kali sehari, menjauhi tempat maksiat dan tidak mendedahkan aurat. Pendak kata, kategori orang yang suka menyebarkan keaiban umat Islam ialah mereka yang menjauhi beberapa dosa besar dan perbuatan keji.

Persoalannya, mengapakah mereka yang menjauhi beberapa dosa besar dan perbuatan keji suka mencari keaiban orang lain dan menyebarkannya? Jawapannya boleh ditemui dalam ayat al-Qur’an berikut: Dan Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi untuk membalas orang-orang yang berbuat jahat menurut apa yang mereka lakukan dan membalas orang-orang yang berbuat baik dengan balasan yang sebaik-baiknya.

(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunan-Nya.

Dia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Dia mencipta kamu (berasal) dari tanah dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu menganggap dirimu suci. Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertakwa. [al-Najm 53:31-32]

Dalam ayat di atas, Allah menerangkan kebesarannya yang memiliki segala apa yang ada di langit dan bumi. Berdasarkan kebesaran ini, Allah akan membalas orang-orang yang berbuat jahat dan yang berbuat baik. Di antara ciri orang yang berbuat baik itu ialah mereka yang menjauhi dosa besar dan perbuatan keji. Namun Allah menekankan bahawa sebagai Yang mencipta setiap manusia dari tanah sehingga ke berbagai peringkat dalam rahim ibu, Allah mengetahui hati, perasaan dan siapakah di antara orang-orang tersebut yang benar-benar bertaqwa kepada-Nya.

Oleh itulah Allah mengingatkan dengan larangan-Nya: maka janganlah kamu menganggap dirimu suci. Peringatan ini diberikan kerana Allah mengetahui di kalangan orang-orang yang menjauhi dosa besar dan perbuatan keji, ada yang merasakan dirinya sudah suci. Orang-orang seperti ini memuji-muji dirinya sendiri, merasa ujub bahkan unggul berbanding umat Islam yang lain.

Atas perasaan suci, ujub dan unggul inilah, orang tersebut merasakan dirinya layak untuk mencari keaiban orang lain dan menyebarkannya. Seolah-olah hatinya berbisik: “Ahaa! Tengoklah si fulan ini yang membuat maksiat padahal aku suci dari semua itu”.

Berdasarkan firman Allah dalam ayat 31-32 surah al-Najm di atas, marilah kita semua merenung diri sendiri. Dalam rangka kita menjauhi dosa besar dan perbuatan keji, janganlah pula kita merasa diri kita sudah suci. Sebaliknya hendaklah merasa syukur dan rendah diri, dimana perasaan ini kita terjemahkan dengan sikap ingin menasihati sesama umat Islam.

(Sumber: Hafiz Firdaus Abdullah )
 

Raja-Raja Melayu adalah Keturunan Nabi Muhamad saw?


Sebelum kedatangan Islam, orang Melayu menganggap raja adalah keturunan atau penitisan dewa. Orang tak berani melawan raja kerana "daulat", takut terkena "tulah". Hal ini mengukuhkan institusi raja.

Hikayat Merong Mahawangsa pula menyatakan raja Kedah yang pertama berasal daripada keturunan Raja Gameron (moden: bandar Abbas) di Parsi. Sehinggalah kini, keturunan Maharaja Derbar Raja (tak tau pulak nama Parsi dia macam mana..) menjadi raja Kedah. Menurut buku ini lagi, Derbar Raja berasal dari keturunan Zulkarnain. Ada juga kisah geroda disumpah Nabi Sulaiman dsb.

Sejarah Melayu juga merekodkan bahawa Parameswara berasal daripada Keturunan Iskandar Zulkarnain yang berasal dari Macedonia.

Fakta-fakta kontemporari menunjukkan bahawa Zulkarnain tersebut bukanlah Zulkarnain yang terdapat dalam al-Quran seperti yang didakwa Tun Sri Lanang. Iskandar Zulkarnain (Alexander the Posser of Two Horn), bukanlah Zulkarnain yang terdapat dalam al-Quran, kemungkinan besar merujuk kepada Cyrus the Great.


Kedua-dua buku dikarang selepas kedatangan Islam.

Kita tinggalkan dulu keturunan raja-raja Melayu ini dan fokus pada 4 Raja Melayu yang BARANGKALI (saya tak kata "pasti") merupakan keturunan Nabi Muhammad melalui anak-anak Fatimah Azzahra dan Ali iaitu Hassan dan Hussain. Dan bukan pula niat saya untuk meneruskan penghormatan ekstrem terhadap raja-raja apabila menggariskan keturunan mereka kepada Nabi Muhammad SAW seperti zaman feudal Melayu. Artikel ini sekadar perkongsian. Saya tak percaya pada daulat dan tulah, dan mungkin boleh dikatakan kehilangan ketaatan ekstrem kepada raja.

Baiklah, kita lanjutkan kepada isu hari ini. Seperti yang kita tau, "Syed" merupakan gelaran hormat untuk keturunan Hussain. Terdapat seorang raja Melayu yang memakai gelaran "Syed" pada namanya, iaitu raja Perlis. Kemungkinan besar baginda adalah keturunan Hussain bin Ali, cucu Nabi Muhammad SAW.

Lalu, yang mana 3 orang lagi? Hanya ada 1 raja Melayu yang memakai gelaran "Syed"~!

Yang tiga orang lagi merupakan keturunan Bendahara Tun Habib Abdul Majid. Korang mesti pernah dengar nama ni dalam buku sejarah. Dia Bendahara Sri Maharaja yang terkenal. Beliau merupakan Bendahara Johor sewaktu Sultan Mahmud Syah II.

Sultan Mahmud Syah II terkenal dengan nama Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, mangkat tanpa waris yang sah. Anak Bendahara Tun Habib Abdul Majid, Tun Habib menggantikan Sultan Mahmud Syah II sebagai sultan Johor dan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah II. Putera sulung Tun Habib ini merupakan pengasas Dinasti Bendahara dalam Empayar Johor.

Dengan beranggapan Sultan Ali adalah sah, sebanyak 8 keturunan Sultan Abdul Jalil melalui Dinasti Bendahara menjadi Sultan Johor hinggalah pepecahan Empayar. Dinasti Bendahara kekal sebagai Sultan di Riau-Lingga manakala Dinasti Temenggung mengambil alih Kesultanan Johor.

Tetapi masih saja Sultan Johor berketurunan Tun Habib. Hal ini adalah kerana Kerabat Temenggung berasal daripada keturunan salah seorang anak Sultan Abdul Jalil Riayat Syah II, Tun Abbas - bukan anak gahara Sultan. Keturunan Tun Abbas jugalah yang menjadi Bendahara Pahang, sebelum Bendahara Pahang mengisytiharkan kemerdekaan daripada Empayar Johor dan menubuhkan kesultanan sendiri.

Sultan Zainal Abidin I, Sultan Terengganu yang pertama merupakan anak kelima Bendahara Tun Habib.

Maka, dapat disimpulkan bahawa, Sultan Terengganu, Sultan Pahang, dan Sultan Johor moden merupakan keturunan Tun Habib. Apa signifikannya keturunan Tun Habib?

Moyang Tuh Habib adalah seorang ulama immigran Arab Hadrami, Sayyid Abdullah Al-Aidrus. "Habib" merupakan varians bagi "Syed" di Aceh.

Sayyid Abdullah Al-Aidrus merupakan keturunan Sayyid Abu Bakar Al-Aidrus, yang dianggap Wali bagi penduduk Adan. Abu Bakar Al-Aidrus merupakan keturunan Ja'afar al-Sadiq.

Ja'afar al-Sadiq adalah pengasas Mazhab Ja'afari Syiah, salah seorang Imam 12 bagi Syiah, guru kepada Al-Jabir (Bapa Kimia Moden), Imam Hanafi, Imam Malik (Kalau tak kenal dua orang ni tak tau la) dan Wasil bin Ata' (pengasas Mu'tazillah).

Jaafar al-Sadiq merupakan keturunan ke 6 Ali bin Abi Thalib melalui Hussain.

Apabila mengkaji keturunan raja-raja Melayu, sangat jelas sekali bahawa Sultan Johor, Pahang dan Terengganu merupakan keturunan paternal Hussain dan tidak terputus. Sultan Perlis, memang 100% keturunan Sayyid. Keturunan Tun Habib menggugurkan gelaran "Habib" mereka ketika waktu itu, Aceh sedang berperang dengan jiran tetangganya. Memakai gelaran "Habib" (iaitu varians "Syed" di Aceh) boleh menimbulkan prasangka.

Tun Suzana Tun Haji Othman dan Haji Muzaffar Dato' Haji Mohamad yang membuat kajian mengenai "Ahlul-Bait Rasulullah s.a.w. dan Kesultanan Melayu" terbitan Crescent News (KL) Sdn Bhd, 2006; telah mengemukakan bukti salasilah keturunan kerabat DiRaja Perlis, Kelantan, Johor, Pahang, Terengganu, Selangor dan Tunku Besar Tampin yang bersusur galur daripada keturunan Rasulullah s.a.w. melalui cucu kesayangan baginda iaitu Hasan dan Husin. Lihat rajah di bawah

Maka bertepatanlah sekiranya Raja-Raja Melayu ini ditumpahkan kesetiaan yang setara dengan kemuliaan keturunan Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan berkenaan Raja-Raja Melayu dalam Perkara 32, 38 dan 181.

Ingatlah bahawa penarikan imuniti Raja-Raja Melayu (pindaan 1993) hanyalah termaktub atas sifat peribadi baginda semata-mata, iaitu seandainya baginda berbuat sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang; itupun baginda hanya boleh dibicarakan di Mahkamah Khas (Perkara 181) dan bukannya di mahkamah biasa seperti kita. Perkara ini bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w. "Jika Fatimah mencuri, maka akan ku potong tangannya."

Akan tetapi, sekiranya Raja-Raja Melayu bertindak dalam bidang kuasa tugas rasmi baginda, maka Raja-Raja Melayu mempunyai kekebalan serta imuniti sebagaimana yang disahkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kepada Rakyat Raja khususnya anak-anak Melayu, ingatlah bahawa PERJANJIAN yang termeterai antara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba itu bukannya dibuat untuk suka-suka. Indonesia sudah terkena tulahnya. Jangan pula kita bawa budaya derhaka yang sama di negara penuh rahmat yang bernama Malaysia ini.

Apapun, saya setia pada raja bukan kerana mereka keturunan Nabi melainkan kerana mereka masih saja melaksanakan ajaran Islam dan sunnah Nabi. Jikalau mereka kehilangan hal ini, tak kiralah apa pun keturunan mereka, pasti saya tidak akan setia pada mereka. Saya menyeru kepada orang Melayu untuk kembali setia pada raja kita, selagi mana mereka berlaku adil.

Semoga Allah memberkati Muhammad dan Keluarga Muhammad, Semoga Allah memberkati Ibrahim dan Keluarga Ibrahim. Semoga doa Nabi Muhammad SAW pada pernikahan Fatimah dan Ali itu termakbul... Amin Ya Rabbal Alamin. Semoga Allah memberkati aku juga.


Hadith Rasulullah saw berkenaan pemerintahan Beraja

"Tujuh macam orang, yang Allah swt telah berjanji akan melindungi mereka di bawah perlindunganNya, di masa tidak ada perlindungan, kecuali perlindungan Allah, pertama; raja yang adil..." (HR Syaikhan)

"Dunia itu perbendaharaan yang hadir, yang memakan daripadanya orang baik dan orang yang durhaka, dan akhirat itu perjanjian yang benar, menghukum padanya raja yang adil, membenarkan yang benar dan membatalkan yang batal, maka hendaklah kamu menjadi anak-anak akhirat dan janganlah kamu menjadi anak-anak dunia, maka sesungguhnya tiap-tiap ibu mengikuti akan dia anaknya." (HR Muslim)

"Apabila Allah menghendaki akan kebaikan dengan raja, Allah menjadikan baginya wazir (perdana menteri) yang baik (jujur), jika ia lupa, wazirnya akan memberi peringatan padanya, dan jika dia ingat, wazirnya akan menolongnya. Dan apabila Allah menghendaki dengannya selain demikian, Allah menjadikan wazirnya yang jahat, apabila raja lupa, tidak ada yang mengingatkannya, dan apabila raja ingat, tidak ada yang menolongnya." (HR Nasa'i)

"Adil itu baik, tetapi raja-raja lebih baik berlaku adil. Pemurah itu baik, tetapi orang-orang kaya lebih baik pemurah, wara' itu baik, tetapi ulama-ulama lebih baik baik mempunyai sifat wara' (menjauhkan dirinya dari dosa), sabar itu baik, tetapi orang-orang miskin lebih baik bersabar. Taubat itu baik, tetapi orang-orang muda lebih baik bertaubat. malu itu baik, tetapi wanita-wanita lebih baik mempunyai sifat-sifat malu." (HR Dailamy)

"Sultan adalah payung Allah di bumi ini, tempat bernaungnya orang-orang yang lemah, memberi pertolongan terhadap orang-orang yang teraniaya. Barangsiapa yang memuliakan Sultan Allah di dunia ini, Allah akan memuliakannya pada hari Qiamat." (HR Ibnu An-Najjar)

"Sultan yang adil dan merendahkan diri adalah payung dan tombak Allah di dunia. Allah akan mengangkatnya sebagai 70 orang-orang yang benar." (HR Ibnu Abi Syaibah)

"Dua golongan, apabila baik mereka, maka baiklah masyarakat; iaitu umarak dan ulama." (HR Abu Nuaim)


Pendapat Ulama Tentang Kelebihan Institusi Beraja Islam

Al Imam Ghazali memberikan pendapatnya mengenai raja dan agama seperti maksud berikut;

"Dunia ini adalah tempat bercucuk tanam bagi akhirat, maka tiadalah sempurna agama itu melainkan dengan adanya dunia. Raja dan agama ialah umpama dua anak kembar, agama itu ialah asal dan akar umbi, dan raja itu ialah pengawal. Sesuatu yang tidak mempunyai asal dan akar umbi pasti akan roboh dan sesuatu yang tidak mempunyai pengawal pasti akan hilang. Kerajaan dan kepastian hukum tidak akan sempurna melainkan adanya Sultan. Dan jalan kepastian hukum untuk menyelesaikan perkara pemerintahan adalah dengan Ilmu Feqah."

Syeikh Baihaqi meriwayatkan daripada Kaab al-Ahbar yang bermaksud;

"Sesungguhnya bagi setiap zaman itu ada Raja yang dibangkitkan Allah ke atas hati para manusia zaman itu, maka apabila Allah menghendaki kebajikan untuk mereka (rakyat), Allah akan membangkitkannya sebagai pembawa kebajikan, dan apabila Allah bertujuan untuk membinasakan mereka, Allah akan membangkitkan orang mewah daripada kalangan mereka."

Uwais Al Qarni - Tidak Terkenal Di Bumi, Tapi, Terkenal Di Langit


YAMAN - Tempat Kelahiran Uwais Al- Qarni

Ada seorang pemuda dari Yaman bermata biru, berambut keperangan, bahunya lebar dan berpenampilan cukup tampan, hidup pada zaman Rasulullah S.A.W. Beliau yang berkulit kemerah - merahan selalu menundukkan dagunya memerhatikan tempat sujudnya, tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya, seorang yang mahir membaca al-Quran dan selalu menangis. Pakaiannya hanya dua helai yang sudah kusut. Satu untuk menutup badan dan yang satu lagi sebagai selendang. Tiada orang yang menghiraukan, dan tidak dikenali oleh penduduk bumi akan tetapi sangat terkenal di langit.
Tetapi seandainya dia berdoa, pasti terkabul. Pada hari kiamat nanti ketika semua ahli ibadah dipanggil dan disuruh masuk ke syurga, dia dipanggil agar berhenti dahulu dan disuruh memberi syafa’at, ternyata Allah memberi izin kepada untuk memberi syafa’at sejumlah kabilah Rabi’ah dan kabilah Mudhar.Semua akan dimasukkan ke syurga tanpa seorangpun yang ketinggalan kerananya. Dia adalah “Uwais al-Qarni”. Ia tak dikenal kebanyakan orang, ia juga miskin, banyak orang suka menertawakan, mengolok-olok, dan menuduhnya sebagai pengemis, pencuri serta berbagai macam umpatan dan penghinaan lainnya.
Seorang fuqaha’ negeri Kuffah, kerana ingin duduk bersamanya, cuba memberinya hadiah dua helai pakaian, tetapi tidak berbaloi kerana hadiah pakaian tadi diterimanya tetapi dikembalikan olehnya seraya berkata: “Aku khuatir, nanti ada orang menuduhku, dari mana aku dapatkan pakaian itu, kalau bukan dari mengemis pasti dari hasil curian”.

Pemuda dari Yaman ini telah lama menjadi yatim, tidak mempunyai keluarga, kecuali hanya ibunya yang telah terlalu tua dan lumpuh. Penglihatannya pula sudah kabur. Untuk mencukupi kehidupan sehariannya, Uwais bekerja sebagai penggembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup untuk sekadar menampung kehidupan sehari bersama si ibu. Bila ada kelebihan, ia pergunakan untuk membantu jiran tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti keadaannya.Kesibukannya sebagai penggembala kambing dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya, ia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.
Uwais al-Qarni telah memeluk Islam pada masa negeri Yaman mendengar seruan Nabi Muhammad SAW. yang telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tiada sekutu bagi-Nya. Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur dan mulia. Peraturan - peraturan yang terdapat di dalamnya sangat menarik hati Uwais, sehingga setelah seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran. Ramai di antara jiran tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengar ajaran Nabi Muhammad SAW secara langsung. Sekembalinya mereka ke Yaman, mereka memperbaharui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.

KEINGINAN UWAIS UNTUK BERTEMU RASULULLAH
Alangkah sedihnya hati Uwais setiap kali melihat jiran tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah “bertamu dan bertemu” dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang ia sendiri belum berkesempatan.Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengannya. Tetapi apakan daya ia tak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah, dan yang lebih ia beratkan adalah ibunya yang jika ia pergi, tiada orang yang akan menjaganya.
Di khabarkan, ketika terjadi perang Uhud Rasulullah S.A.W mendapat cedera dan giginya patah karena dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini akhirnya terdengar oleh Uwais. Ia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah SAW, sekalipun ia belum pernah melihatnya. Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tak terbendung membuat hasrat untuk bertemu dengan Rasulullah tidak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah baginda dari dekat ? Tetapi, bukankah ia mempunyai ibu yang sangat memerlukan penjagaannya dan tidak boleh ditinggal bersendirian. Hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa.
UWAIS MEMOHON IZIN DARI IBU
Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya, mengeluarkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan pergi menziarahi Nabi SAW di Madinah. Si-ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau memahami perasaan Uwais, lalu berkata : “Pergilah wahai anakku ! temuilah Nabi di rumahnya. Dan bila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang”. Dengan rasa gembira ia berkemas untuk berangkat dan tidak lupa menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada jiran tetangganya agar dapat menemani ibunya selama ia pergi.

Bergerak dari Yaman ke Madinah
Sesudah berpeluk cium dengan ibunya, berangkatlah Uwais menuju Madinah yang jaraknya lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman. Laluan perjalanan yang begitu mencabar ditempuhinya, tidak peduli kepada perompak dan penyamun, bukit yang curam, padang pasir yang begitu panas, seluas dan sejauh mata memandang dan dapat menyesatkan, dan apabila malam ia menjadi begitu sejuk. Semua itu tiada menjadi hal baginya asalkan dapat bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras rupa baginda Nabi SAW yang selama ini dirindukannya.

KETIBAAN UWAIS DI MADINAH
Akhirnya tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Beliau segera ia menuju ke rumah Nabi SAW, diketuknya pintu rumah, sambil mengucapkan salam. Keluarlah Sayyidatina Aisyah RA sambil menjawab salam Uwais. Uwais bersegera menanyakan Nabi yang ingin ditemuinya. Namun ternyata baginda SAW tidak berada di rumah kerana berada di medan perang. Betapa kecewa hati Uwais. Dari jauh ia datang untuk bertemu Rasulullah tetapi yang dirindukannya tidak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kepulangan Nabi S.A.W dari medan perang. Tetapi, bilakah baginda akan pulang ? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit, agar ia cepat pulang ke Yaman,” Engkau harus lekas pulang”. Kerana ketaatan kepada ibunya, pesanan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan bertemu dengan Nabi SAW. Ia akhirnya, dengan terpaksa memohon keizinan kepada Sayyidatina Aisyah RA untuk segera pulang ke negerinya. Dia hanya mengirimkan salamnya untuk Nabi SAW dan melangkah pulang dengan perasaan terharu.
Sekembalinya dari medan perang, Nabi SAW terus menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit (sangat terkenal di langit). Mendengar kata-kata Rasulullah SAW tersebut, Sayyidatina Aisyah RA. dan para sahabatnya tercengang. Menurut maklumat Sayyidatina Aisyah RA, memang benar ada orang yang mencari Nabi SAW dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit-sakit sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.
Rasulullah SAW bersabda : “Kalau kalian ingin berjumpa dengannya (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah - tengah tapak tangannya.” Sesudah itu baginda memandang kepada Sayyidina Ali dan Sayyidina Umar RA. dan bersabda : “Suatu hari nanti, apabila kamu bertemu dengannya, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi”.

UWAIS SELEPAS KEWAFATAN RASULULLAH SAW
Hari demi hari, minggu berganti bulan dan tahun terus berlalu. Tidak lama kemudian Nabi SAW wafat, sehingga ke zaman khalifah Sayyidina Abu Bakar As-Shiddiq RA. dan zaman Khalifah Umar RA. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi S.A.W. tentang Uwais al-Qarni, penghuni langit. Beliau segera mengingatkan Sayyidina Ali untuk mencarinya bersama. Sejak itu, setiap kali jika ada kafilah yang datang dari Yaman, beliau berdua selalu menanyakan tentang Uwais al-Qorni, apakah ia turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi sehingga seorang khalifah begitu sibuk mencari-cari orang yang bernama Uwais ini. Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka.

Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah. Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, lantas khalifah Umar Sayyidina Ali mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka. Rombongan itu mengatakan bahawa memang ada seorang yang bernama Uwais bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, mereka berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni. Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar dan Sayyidina Ali memberi salam. Namun rupa-rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman. Sewaktu berjabat, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada ditapak tangannya sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi SAW. Memang benar ! Dia penghuni langit. Lalu mereka bertanya kepadanya, "Siapakah nama saudara ? “Abdullah”, jawab Uwais. Mendengar jawaban itu, kedua sahabat itu pun tertawa dan mengatakan : “Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya ?” Uwais kemudian berkata: “Nama saya Uwais al-Qarni”. Dalam perbualan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang ketika itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali . memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah, “Sayalah yang harus meminta doa dari kalian”. Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata: “Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar dari anda”. Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan istighfar.
Setelah itu Khalifah Umar berjanji untuk menyumbang wang negara dari Baitul Mal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera saja Uwais menolak dengan lembut sambil berkata : “Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari - hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi”.

KISAH UWAIS DI DALAM KAPAL DAGANG
Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam tak terdengar lagi beritanya. Tetapi ada seorang lelaki pernah bertemu dan ditolong oleh Uwais. "Waktu itu kami sedang berada di atas kapal menuju tanah Arab bersama para pedagang, tanpa disangka-sangka angin taufan bertiup dengan kencang. Akibatnya hempasan ombak menghentam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di sudut kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya. Lelaki itu keluar dari kapal dan melakukan solat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu." Ujar lelaki tersebut
“Wahai waliyullah,” Tolonglah kami !” tetapi lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,” Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!”Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata: “Apa yang terjadi ?” “Tidakkah engkau melihat bahawa kapal ini dibadai angin dan dihentam ombak ?”tanya kami. “Dekatkanlah diri kalian pada Allah !“katanya. “Kami telah melakukannya.” “Keluarlah kalian dari kapal dengan membaca bismillahirrahmaanirrahiim!”
Kami pun keluar dari kapal satu persatu dan berkumpul di situ. Pada ketika itu jumlah kami lima ratus orang lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan kapal dan segala muatannya tenggelam ke dasar laut. Lalu orang itu berkata pada kami ,”Tak mengapa harta kalian menjadi korban asalkan kalian semua selamat”. “Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan ? “Tanya kami. “Uwais al-Qarni”. Jawabnya dengan singkat.

KAPAL YANG TENGGELAM MUNCUL KEMBALI
Kemudian kami berkata lagi kepadanya, “Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir.” “Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membagi-bagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?” tanyanya.”Ya,”jawab kami. Orang itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air, lalu berdo’a. Setelah Uwais al-Qarni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membahagi bahagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tiada seorangpun yang tertinggal.

UWAIS KEMBALI BERTEMU ALLAH
Beberapa waktu kemudian, tersebarlah berita bahawa Uwais al-Qarni telah kembali ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah ramai orang yang berebutan untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafani, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafaninya. Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, luar biasa ramainya orang yang berebut rebut untuk mengusungnya. Dan Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan,
“Ketika aku ikut serta mengurus jenazahnya sehingga aku pulang dari mengantar jenazahnya, lalu aku bermaksud untuk kembali ke tempat perkuburannya tetapi ternyata tanda pada kuburannya sudah hilang sehingga tak terlihat ada bekas kuburannya. (Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qorni pada masa pemerintahan Sayyidina Umar r.a.)

Meninggalnya Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal - hal yang amat menghairankan. Begitu ramai orang yang tidak dikenali datang untuk mengurus jenazah dan pengkebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang. Sejak ia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka saling bertanya - tanya : “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni ? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tak memiliki apa-apa, yang kerjanya hanyalah sebagai penggembala kambing dan unta ? Tapi, ketika hari kematianmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal. Mereka datang dalam jumlah yang sedemikian ramainya. Agaknya mereka adalah para malaikat yang di turunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pengkebumiannya. Baru ketika itulah penduduk Yaman mengetahui siapa “Uwais al-Qarni” Memang ia tak dikenali di bumi tetapi seluruh isi langit mengenalinya.