Tuesday, September 20, 2011

Tunjuk perasaan: 70 penyokong parti Islam cedera



20/09/2011 11:33am

DHAKA 20 Sept. – Polis Bangladesh hari ini melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata terhadap kumpulan penunjuk perasaan yang disertai anggota parti Islam paling berpengaruh di negara ini bagi menuntut pemimpinnya dibebaskan.
Ketika kejadian, sekurang-kurangnya 70 cedera apabila kira-kira 5,000 anggota Jamaat-e-Islami bertindak ganas di Dhaka dan bertempur dengan pasukan polis anti rusuhan termasuk merosakkan beberapa kenderaan polis.
“Sekurang-kurangnya 50 anggota polis dan orang awam cedera dalam kejadian itu,” kata timbalan komisioner polis, Nurul Islam. – AFP

Akibat dari fitnah utusan


Rumah Mat Sabu cuba dibakar individu tidak dikenali

20/09/2011 12:46pm



SHAH ALAM 20 Sept. – Rumah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu cuba dibakar oleh individu tidak dikenali selepas disimbah ceceair dipercayai petrol pada pukul 12.40 malam tadi.
Bagaimanapun hanya sebahagian pagar rumah di Jalan Belat 19/32C di Seksyen 19 di sini itu yang terjejas.
Ketika kejadian hanya anak kedua beliau, Nurul Huda Mohamad, 28, berada di rumah.
Laporan mengenai kejadian itu dibuat Nurul Huda di Balai Polis Seksyen 15 di sini sejurus selepas kejadian. - Utusan

Pesawat bantuan kemanusiaan Turki ditembak

ANKARA: Pesawat kargo tentera Turki yang menggugurkan bantuan kemanusiaan di bandar Bani Walid ditembak, lapor agensi berita negara itu, Anatolia, semalam.
Insiden itu berlaku apabila satu daripada dua pesawat C-130 yang menggugurkan 22 tan bantuan kepada penduduk ditembak. Juruterbang terpaksa mengelak daripada ditembak dan kembali ke pangkalan di Turki selepas berhenti seketika di Benghazi bagi memeriksa kerosakan. - AFP