Monday, July 19, 2010

Warga Tuban Satu-Satunya Suku Di Dunia Yang Memakan Tanah Panggang

Hmm..bagaimana ya rasanya memakan tanah liat yang dipanggang, tapi untuk warga yang satu ini adalah jagonya makan tanah liat. Bagi warga Tuban, Jawa timur memakan tanah lait panggang tak berbeda seperti kita memakan stik coklat. Makanan dari tanah liat yang diberi nama ampo ini sudah menjadi makanan tradisional yang dipercaya masyarakat Tuban dapat menguatkan sistem pencernaan. Bahkan memakan tanah liat juga dipercaya sebagai obat yang dapat mengobati beberapa macam penyakit.


Rasima, sang penjual ampo, mengatakan bahwa tidak ada resepi untuk untuk memasak tanah tersebut. Dia hanya mencari tanah yang bersih yang bebas dari kerikil, kemudian ditumbuk dan dipadatkan sehingga berbentuk segi empat. Kemudian, dengan mengikisnya dengan stik dan membentuknya seperti gulungan. Tanah yang sudah menggulung itu kemudian dibakar dan diasapi selama 1 jam, lalu jadilah sebagai snack atau makanan ringan yang siap dimakan. Rasima biasanya menjualnya dipasar dan sehari dia bisa mempunyai penghasilan sekitar Rp 20 ribu(RM7.00) untuk menghidupi keluarganya.

Tuban merupakan satu-satunya tempat di dunia yang memakan tanah. Memang ada orang-orang aneh di dunia yang suka makan pasir, dan benda aneh lainnya. Tapi tidak ada yang memakan tanah panggang. Salah seorang warga Tuban mengatakan bahwa dia sudah memakan ampo sejak dia masih kecil dan ampo mendinginkan perutnya.

Berikut cara membuatnya

1. Pisahkan Tanah Liat Dengan Kerikil dan Pasir

Pada tahap ini tanah dipilah-pilah antara yang lembut dan yang kasar. Sperti halnya membuat adonan jajan, maka keseragaman "tepung" tanah menentukan kenikmatan dan kepulenan camilan yang dihasilkan nantinya.

2. Bentuk Tanah Menjadi Kotak-KotakKalau kita membuat kuih ada istilah kalis, ya disini juga demikian, membuat adonan tanah liat menjadi bentuk kotak menunjukan bahwa adonan sudah kalis. Kalis sendiri berarti komposisi tanah dan air sudah merata pada setiap bagian adonan. Ciri adonan tanah liat yang kalis dilihat dari sudah tidak lengket pada telapak tangan.

3. Bentuk Stick/batanganTanah liat dibentuk menjadi stik, jika anda liat sepintas pembuatannya mirip dengan pembuatan wafer stick atau astor.

4. Bakar Tanah LiatSetelah tanah liat dibentuk menjadi stick, kemudian dipanggang diatas tungku tradisional samapai mengeras dan kering. Seperti terlihat pada gambar, tanah liat diletakan diatas wajan dengan pemanasan tungku dan kayu.

5. DisajikanSetelah semua proses dilalui maka tanah liat siap disajikan di meja untuk jadi teman ngobrol dan nonton Piala Dunia..hmmh. ...yummy .

Kalau anda penasaran dan cukup berani silahkan berkunjung ke tuban dan mencicipinya anda juga boleh meminta kantung plastik untuk membungkus sebagai oleh-oleh keluarga dirumah. Tentunya menikmati bersama keluarga akan membawa kenikmatan tersendiri. Bagaimana? Anda tertarik...enjoy (editor: Maulana)
CINA ISLAM (林川興): Warga Tuban Satu-Satunya Suku Di Dunia Yang Memakan Tanah Panggang

Rosmah minta kementerian kewangan biayai wisma wanita


Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor meminta Kementerian Kewangan mempertimbangkan peruntukan bagi pembinaan Wisma Wanita di setiap negeri.

Beliau berkata pembinaan wisma berkenaan wajar bagi melancarkan pembangunan dan pembelaan kebajikan golongan wanita di negeri masing-masing.

"Wisma Wanita mampu dijadikan sebagai pemangkin bagi meningkatkan lagi pembangunan dan kemajuan kaum wanita.

"Ini adalah kerana kaum wanita memainkan peranan yang cukup penting sebagai isteri, ibu dan anak dalam memikul tanggungjawab kepada masyarakat dan negara dan mereka wajar dihargai," katanya ketika merasmikan Wisma Wanita Sabah di Kota Kinabalu hari ini.

Turut hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga menteri kewangan.

Rosmah juga berkata Wisma Wanita boleh berfungsi sebagai pusat sehenti bagi wanita yang memerlukan bantuan daripada pelbagai segi seperti latihan keusahawanan dan bimbingan dalam isu-isu melibatkan wanita dan keluarga seperti perkahwinan, perceraian, tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.

Mengenai Wisma Wanita Sabah, beliau berharap bangunan yang dibina atas tanah seluas dua hektar itu turut dijadikan sebagai destinasi pelancongan.

Katanya, bangunan itu turut menempatkan penjualan produk kraftangan berkualiti oleh wanita Sabah yang boleh dijadikan cenderamata untuk pelancong.

"Adalah diharapkan melalui peluang ini, para usahawan wanita tempatan akan lebih bersemangat untuk menghasilkan lebih banyak lagi produk berkualiti yang boleh dipasarkan mengikut kadar berpatutan," katanya.

Di samping itu, beliau berkata kewujudan Galeria Wanita di bangunan tersebut, yang mempamerkan maklumat mengenai pembangunan dan pencapaian wanita Sabah, juga mampu menjadi daya tarikan pengunjung.

Bangunan lima tingkat itu dibina pada 27 Sept 2006 dan siap pada 25 Nov 2008 dengan peruntukan RM18.725 juta oleh kerajaan negeri.
Cananglahnie: Rosmah minta kementerian kewangan biayai wisma wanita

UMNO HANYA MEMERLUKAN PAS KETIKA MEREKA TERSEPIT SAHAJA


Sudah berhari-hari samada akhbar atau pun media elektronik seperti tv dan radio, isu kerjasama PAS dengan UMNO sepatutnya di teruskan kembali di 'lagukan' di atas nama perpaduan Melayu dan Islam sepenuhnya.

Dalam Utusan Malaysia hari ini 12 Julai 2010, di muka hadapan bertajuk “Malaysia mudah amal dasar Islam jika PAS, UMNO bersatu”. Satu tajuk yang baik untuk di baca akan ceritanya.

Sebagai orang Melayu dan beragama Islam di negara ini, secara peribadinya memang menginginkan kerjasama yang baik dan jitu didalam konteks hubungan persaudaraan sesama Islam ini apatah lagi itulah yang kita harapkan selama ini ianya berlaku.

Sejarah cubaan kearah kerjasama antara dua parti ini sudah lama wujud. Bermula sebaik sahaja berlakunya Tragedi 13 Mei 1969 sehingga menjuruskan salam undangan oleh UMNO terhadap PAS yang dimulai pelawaan tersebut oleh Tun Razak terhadap Dato Asri yang ketika itu adalah YDP Agung PAS Pusat.

Kesan daripada tragedi 13 Mei tersebut akhirnya PAS bersetuju menerima pelawaan UMNO bagi membentuk kerjasama yang kuat sehingga tertubuhnya satu kerjasama politik yang baru di bawah pembentukan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1972.

Namun cuaca tidak selalu baik sebagaimana yang diharapkan, langit juga tidak selalunya cerah, mendung hadir secara tiba-tiba, hujan pun turun bersertakan guruh serta kilat sabung menyabung, akhir PAS di tendang keluar oleh UMNO-BN pada tahun 1978.

Ini fakta sebenarnya, tiada sesiapa pun yang berani menafikan bahawa kekuatan yang dimiliki kembali oleh UMNO-BN itulah puncanya mereka berani menendang keluar PAS pada ketika itu!

Persoalan yang di ‘lagu’kan oleh UMNO kini ialah kenapa PAS tidak mahu berkerjasama dengan mereka (UMNO)? Kalau PAS boleh berkerjasama dengan DAP, kenapa tidak dengan UMNO yang terang lagi bersuluh kata mereka yang UMNO ini adalah parti orang Melayu dan sebuah parti ‘Islam’ juga?

Kita ungkapkan kembali sejarah kekuatan UMNO selepas setiap pilihanraya dan bila pula waktunya hasrat UMNO mahu ‘berganding bahu’ dan berkerjasama dengan PAS akan muncul?

Secara ringkasnya ia bermula selepas UMNO-Perikatan kehilangan majoriti di Dewan rakyat selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 1969 dan terjadi pulak Tragedi 13 Mei tersebut, maka bermulalah kali pertama ‘drama perpaduan’ demi Melayu dan Islam di dendangkan.

Tapi mengenangkan keihlasan, keluhuran dan kejujuran Tun Razak pada ketika itu yang kelihatan bersungguh untuk menguatkan perpaduan orang Melayu dan Islam, maka PAS tidak teragak-agak untuk menerima pelawaan tersebut pada waktu itu.

Tapi selepas beberapa tahun di lihat UMNO-BN mula kuat kembali, tanpa di sangka-sangka pada tahun 1978 PAS ditendang daripada komponen BN. Kerana apa? Kerana orang UMNO melihat bahawa mereka kini sudah semakin kuat dan mantap.

Sejarah selepas keputusan PRU 1978, 1982, 1986, 1990 dan 1995 langsung isu kerjasama dan perpaduan Melayu dan Islam antara PAS dengan UMNO tidak kedengaran malahan UMNO pula kelihatan semakin angkuh dan sombong apabila PAS pula cuba 'menyuarakan' pula kerjasama atas nama kepentingan Islam!

Selepas mengalami kemerosotan yang teruk pada PRU 1999 disebabkan kegawatan politik didalam UMNO sendiri akibat pemecatan Anwar Ibrahim daripada UMNO, isu perpaduan dan kerjasama UMNO-PAS ini mula kedengaran kembali pada awal tahun 2001 sehinggakan beberapa kali pertemuan pimpinan tertinggi UMNO-PAS bertemu untuk membincangkannya.

Tetapi ianya lenyap sama sekali apabila UMNO-BN yang diketuai oleh PM baru ketika iaitu DS Abdullah Badawi menang besar didalam sejarah PRU pada tahun 2004. Apakah PAS dipandang mereka pada ketika itu? Ohh...tidak sama sekali sebab mereka ahli-ahli UMNO berpendapat UMNO-BN sudah kuat kembali!

Ibarat kata pepatah; seperti roda kadang-kadang diatas, kadang-kadang dibawah. Begitu jugalah UMNO-BN apabila mengalami kekalahan paling dahsyat mereka didalam sejarah PRU Malaysia apabila kehilangan lima negeri dan ketiadaan majoriti 2/3 sebagaimana sebelum ini di PRU 12, Mac 2008!

Sekali lagi isu perpaduan Melayu dan Islam antara UMNO-PAS di bunyikan tetapi kali ini didendangkan di atas tajuk ‘Unity Government’ (Kerajaan Perpaduan) pula? Hasratnya satu kali ini iaitu agar UMNO-BN berjaya didalam agenda Kerajaan Perpaduan kali ini dan seterusnya berjaya menggagalkan perpaduan yang utuh yang sedang tercipta kini iaitu Pakatan Rakyat (Kerjasama KEADILAN-PAS-DAP).

Kini isu tersebut telah pun lenyap apabila TG Nik Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS mahu agar apa yang disebut Kerajaan Perpaduan antara PAS-UMNO dihentikan serta merta atas berbagai alasan yang kukuh atas pengalaman TG Nik Aziz sendiri yang mengalaminya pda tahun 1978 dahulu.

Percayalah UMNO ini hanya mencari PAS dan memerlukan PAS hanya ketika mereka susah sahaja. Apabila sudah kuat kembali UMNO pasti akan mengulangi lagi sebagaimana yang berlaku pada tahun 1978 dahulu iaitu melupakan PAS, ibarat menolong anjing yang tersepit, akhirnya melawan balik pada yang menolongnya....Itu kenyataan! sumber
Briged Al-Akhdor LR2: UMNO HANYA MEMERLUKAN PAS KETIKA MEREKA TERSEPIT SAHAJA

The Terrorist 3 - bandit UMNO umpama jin dikaki langit

The Terrorist 3 - bandit UMNO umpama jin dikaki langit

7:41 PM Posted by radens albanjari

Pernah suatu ketika, seorang blogger UMNO melontarkan komen dan soalan untuk dijawab secara jantan. Lalu dengan sedikit upaya, lakaran jawapan dilontarkan kembali untuk dinilai semula oleh pembaca albanjari.

Salam Wak! Apa kaba? Harap2 sihat. Wak cam ni la kan, pada saya simple je wak, yang saya (saya bukan ahli BPN ke apa ke, saya sendiri) hairan ialah kenapa dan bagaimana PAS nak dan boleh bersama2 DAP dan PKR sedangkan perjuangan kedua2 parti itu adalah berbeza dari perjuangan PAS.

Barisan Nasional mempunyai 1 hala tuju yang sama dan di persetujui oleh semua parti kompenan. Betul, kadangkala ada ketidak puasan hati di antara parti2 dalam BN, tetapi tidak mungkin BN dapat memuaskan hati semua parti di dalamnya, jadi BN amalkan cara bertolak ansur. Bagaimana dengan Pakatan Rakyat? Sedangkan bertanding pun PR menggunakan logo parti masing2, adakah ini gabungan yang serasi? Kenapa takut untuk duduk di bawah 1 logo?

Lagi satu, kalaulah PR berjaya memerintah Malaysia nih, apa yang PAS nak lakukan? Nak tubuhkan negara Islam? DAP tak nak. Nak kecilkan atau kurangkan lesen2 minuman keras dan judi2 berdaftar? DAP dan PKR tak setuju. Jadi camne PAS nak memerintah negara? Kan sama je dengan sekarang. Apa perubahan nya?

Adakah PAS boleh menjamin bahawa rasuah akan terhapus 100% apabila memerintah negara? Jangan takbur. Pasti PAS tak berani nak berjanji begitu. Mana mungkin PAS dapat menghapuskan rasuah, sedangkan PKR sendiri ada terlibat dalam rasuah.

Saya sendiri tak tahu apa yang nak di ubah oleh PAS. Kalau setakat nama jalan tulis jawi, tak payah pun tak pe. Perubahan apa? Nak ubahkan pemimpin atas tu je? Apa PAS telah buat di Perak selama 1 tahun memerintah? Saya tinggal di IPOH. Saya tak nampak pun apa2 perubahan, kecuali perubahan ketua kampung, Ajk masjid je.

Setahun tak cukupkah untuk menunjukkan sedikit perubahan? Apa perubahan di Kedah? Apa perubahan di Selangor dan Penang? Saya tahu, tanah di Perak lepas ke bangsa asing, kandang khinzir terbesar di selangor, balak di tebang di hutan di Kedah, dan di Penang apa yg ubahnye? oooh ya, timbalan ketua menteri 1 nya, di ubah sebab terlibat dgn rasuah.

Wak, saya harap wak nasihatkan lah puak2 wak agar hati mereka tidak di penuhi dengan rasa iri hati dan syak wasangka terhadap apa jua yang di buat kerajaan BN. Yang salah tu salah la wak, tapi jgn lah di salahkan bende yang betul.
Jawapan wak, (sila baca sampai habis), jangan baca setengah-setengah. Wacana untuk kita bahaskan bersama, hindarkan dari caci maki, ini wacana maya dari kacamata wak sebagai seorang ahli PAS. Segala kelemahan, dan kekurangan dari artikel ini wak mohon maaf kepada semua pembaca. Wallahuaklam..!

(J) - Memanglah kedua-dua parti ( DAP-PKR ) dasar dan perjuangan partinya berbeza. Sebab perbezaan itulah kita berpakat. Berbeza dengan BN yang mempunyai satu matlamat iaitu matlamat menegakkan sistem sekular. Semua parti komponen sepakat untuk tidak mahu menegakkan islam dan mahu terus menerus menyembunyikan amalan rasuah yang mereka lakukan.

Saudara berkata dalam BN pun wujud rasa tidak puas hati dan tidak mungkin BN dapat puaskan hati semua parti komponennya ? Macam mana pulak saudara nak rasa puas hati dengan apa yang PR lakukan? Itulah sandaran saudara.

Saudara berkata BN amalkan cara bertolak ansur, memang patutlah anda tidak pernah melihat tolak ansur dalam PR kerana saudara ponyokong BN. Masakan saudara tidak mengaku BN atau BPN atau apapun yang sewaktu dengannya kerana dalam minda saudara hanya ada tolak ansur ala BN, bersatu ala-BN, demokrasi ala BN. Kalau tidak mengapa saudara sebut tentang tidak puas hati komponen BN kemudian saudara terus nafikannya atas nama TOLAK ANSUR.

Apakah saudara ingat segala sistem kehidupan ini semuanya milik BN dan hanya BN sahaja yang mampu melaksanakannya ? Kami tidak bergabung di bawah satu lambang sudah pastilah ada sebabnya. Saya pasti anda tak baca pun tentang posting saya tentang Tahaluf Siyasi yang saya tulis panjang lebar.

Ingin saya menarik perhatian saudara, sedangkan kami yang saudara anggap tidak berani berkongsi lambang pun parti saudara tewas di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Lupakan tentang lambang. Itu perkara kecil. Sekadar lambang. Persoalannya, beranikah saudara menyeru pimpinan BN untuk bubarkan DUN Perak atau sekurang-kurangnya DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang ?

Saudara bercakap atas kata ‘kalau’. Benda yang belum terjadi, tapi saudara telah cuba nafikan keboleh-upayaannya. Umpama saudara kata kepada seorang budak, budak itu bercita-cita nak bawak kereta, lalu saudara pun kata, nak bawak motor pun kaki tak sampai ! Hello..belum apa-apa dah kata orang tak mampu ! Sekarang memanglah dia tak boleh bawak, esok kalau dah besar…maksudnya ada kemampuan, macam mana pula ?

Bercakap atas kata 'kalau', kenapa tidak dibuang ‘kalau’ itu dengan memberti MANDAT kepada PAS dan saudara akan tahu tentang kemampuan PAS ? Kenapa tak kata kegagalan ekonomi di Amerika disebabkan oleh UMNO tidak memerintah Amerika, 'kalau' UMNO yang memerintah Amerika, selesai masalah ekonomi donia..hahaha..!! Itulah dia.., jika guna kata 'kalau' !

Memanglah pada awalnya DAP itu tidak setuju dengan gagasan Penubuhan Negara Islam sebab apa ? Sebab sejak dari merdeka lagi DAP kena tipu hidup-hidup dengan UMNO betapa Islam tidak beri jaminan kepada manusia bukan Islam jika Islam memerintah !

Cuba saudara baca kenyataan M. Kulasegaran tentang Hudud, cuba saudara lihat undi yang diberi oleh masyarakat cina, bukan diorang tak tau PAS akan tubuh Negara Islam dan melaksanakan hudud atas umat islam, mereka tahu. Cuma UMNO yang buat-buat tak tahu macam saudara. Yang jadi pelik, kenapa saudara beriya-riya mempersoalkan tentang Negara Islam yang PAS perjuangkan, bukankah itu adalah tanggungjawab semua umat islam tak kira UMNO atau PAS ?

Apakah saudara yang menyokong UMNO merasakan tidak bertanggungjawab untuk menubuhkan Negara Islam yang melindungi dan menjamin kehidupan semua manusia tanpa mengira agama di bawah naungan Islam ?

Jika saudara rasa bukan tanggungjawab saudara, kerana fahaman saudara, baiklah..tetapi apakah tidak boleh saya katakan bahawa saudara adalah manusia yang mengaku islam tapi tidak bertanggung jawab dengan islam yang saudara akui ?

Berkaitan lesen arak, untuk pengetahuan saudara, sekiranya sesuatu amalan itu haram di sisi islam tetapi halal untuk penganut agama lain, maka amalan itu dibenarkan dalam lingkungan mereka yang menganut agama itu. Dalam agama lain seperti Buddha dan Hindu, Kristian juga barangkali, arak tiada menjadi masalah bahkan dianggap seperti minuman biasa bagi penganut mereka, begitu jugak dengan memakan daging babi.

Maka lesen yang dikeluarkan adalah untuk memenuhi keperluan penganut agama lain, tidakkah saudara melihat betapa Majlis Bandaraya Shah Alam telah menamatkan lesen penjualan arak di tempat2 bermajoriti melayu dan keputusan ini dibuat oleh ahli-ahli Majis MBSA yg terdiri dari ahli PAS , PKR dan DAP ?

Atau saudara tak tahu menahu pun tentang perkara ini kerana mata saudara dibutakan, telinga saudara dipekakkan oleh Berita Hairan, Utusan Meloya atau TV3 setengah ? Bacalah kenyataan rasmi kerajaan Negeri Selangor bahawa Majlis Perbandaran yang lain di Selangor akan mengikut jejak langkah MBSA..bahkan Ahli Majlis MBSA yang dilantik dari kalangan DAP juga menyokong bahkan mencadangkan agar di kawasan majoriti cina pun jika boleh dikurangkan penjualannya ?

Begitu juga isu bela babi, yang mana lebih baik, biarkan kandang babi berselerak atau dihapuskan kandang babi yang berselerak digantikan dengan kandang babi yang lebih moden di satu tempat sahaja walaupun ianya diluluskan oleh Khir Toyo!

Memanglah saudara fikir sama saja sebab saudara tidak melihat perubahan ini kerana telinga dan mata saudara disumbat oleh media-media UMNO ! Atau saudara fikir perubahan itu MESTI dibuktikan dengan mencabut segala bangunan dan digantikan dengan bangunan yang baru serta berbeza reka bentuknya sebagai bukti ada perubahan dalam pentadbiran dan pembangunan? Saya fikir orang Papua New Gunea pun tak berfikir begitu melainkan...?

Saudara sebut pasal rasuah, saudara sendiri arif betapa rasuah tidak akan terhapus kerana boleh jadi yang bercakap itu pun mengamalkan rasuah atau hidup dikelilingi rasuah yang mana hanya perasuah sahaja yang mempunyai akal untuk melakukan rasuah tanpa dapat dihidu oleh undang-undang mahupun pemerintah.

Maka tidak hairanlah jika perasuah berkata rasuah tidak akan dapat diatasi 100% atas sebab-sebab yang saya kata tadi. PAS tak pernah pun sebut akan hapuskan rasuah 100%. Yang disebut ialah perkara yang menyumbang mengapa rasuah itu tidak dapat dihapuskan ketika UMNO memerintah. Yang peliknya saudara seolah-olah mengiyakan amalan rasuah dalam UMNO, memanglah, dalam UMNO apa pun boleh, maaf kerana saya kata begitu, ini kerana bila merujuk Lembaga Disiplin UMNO kata bersalah, tetapi mereka yang diragui ada melakukan rasuah pun boleh jadi Ketua Pemuda. Itu apa cerita ?

Macamana saudara nak tahu apa yang PAS nak ubah sedangkan saudara tidak pernah ambil tahu pun tentang apa yang dibuat oleh PAS ! Pasal Tahaluf Siyasi pun saya yakin saudara tak baca, saja gatal nak tulis komen kan! Inilahsebenarnya saudara.

Saudara tidak mahu langsung mendengar apa hujah dari pihak lawan, dia dakwa orang tiba-tiba dia jugak jadi hakim, orang lain tak dapat nak bela diri, mak oi..patutlah saudara tidak tahu apa-apa.

Isu Tanah di Perak. Saudara hanya tahu, bahawa tanah di Perak lepas kepada bangsa asing, tetapi tahukah saudara semasa Tajul Rosli memerintah, beri tanah kepada YTL beribu ekar kamu tak tahu ke ? Mana saudara tahu, sebab media UMNO tak beritahu, yang saudara tahu tanah dapat pada bangsa asing, sebab itu saja yang media UMNO beritahu.

Saudara tidak tahu betapa bangsa kamu sendiri yang hidup berpuluh-puluh tahun di kampung-kampung Tersusun telah diberikan Geran Tanah Kekal oleh Kerajaan Pakatan Rakyat, memang saudara tidak tahu pasal media UMNO/BN tak beritahu ! Yang peliknya saudara berlagak macam semua tahu !

Isu kandang babi terbesar di Selangor, saudara hanya tahu bila media UMNO/BN beritahu, UMNO/BN beritahu bahawa Selangor akan bina kandang babi terbesar, tetapi apabila Kerajaan Selangor kata akan tutup semua kandang babi yang berselerak di seluruh Selangor saudara tidak tahu sebab bila Harakah beritahu saudara tak mahu ambil tahu !

Selama berpuluh tahun penduduk kampung Tumbuk Darat derita akibat pencemaran najis babi, saudara tak tahu sebab media UMNO/BN tak beritahu. Tiba-tiba bila masuk dalam berita TV3 setengah, baru saudara tahu itu pun saudara buat-buat tak tahu betapa wujudnya kandang babi di situ berpuluh tahun di bawah kerajaan siapa?

Di Kedah bila Kerajaan Pusat tak nak beri pampasan terhadap balak kepada Kerajaan Kedah, saudara tak nak ambil tahu, Jabatan Perhutanan luluskan penebangan pokok balak tua saudara tak nak ambil tahu, mana nak tahu sebab saudara hanya tahu bila UMNO/BN beritahu, yang Harakah beritahu saudara tak mau ambil tahu!

Timb. Ketua Menteri 1 Pulau Pinang diminta letak jawatan kerana terlibat dengan tuduhan rasuah, tahu pulak saudara ya, tapi tahukah saudara bahwa itulah maknanya kerajaan yang ada integriti akan bertindak serta merta ke atas mereka yang terlibat dengan apa-apa kesalahan dan diserahkan kepada SPRM bukan macam UMNO, Ketua Menteri Melaka yang bersalah kerana terbabit rasuah oleh pihak Lembaga Disiplin UMNO masih tak di ubah-ubah lagi !

Wak nak nasihatkan saudara yang juga seorang islam seperti saya, nasihatkanlah rakan-rakan dalam UMNO/BN agar sentiasa ambil tahu walaupun siapa yang beritahu agar tidak dipenuhi dengan rasa iri hati, dengki serta buruk sangka terhadap apa jua yang dibuat oleh Kerajaan PR..ketahuilah bahawa saudara hanya tahu apa yang UMNO beritahu, tetapi tidak kepada kami kerana apa yang kami nak beritahu sering disekat-sekat agar rakyat terus tidak tahu ! Wallahuaklam..!

Sekarang, siapa yang salahkan benda yang betul...?

sumber asal : disini
albanjari online: The Terrorist 3 - bandit UMNO umpama jin dikaki langit

Sultan Kelantan selamat jalani rawatan di Singapura

KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra, yang bertolak ke Singapura dengan menaiki pesawat khas Kerajaan Malaysia, 15 Julai lalu, selamat menjalani prosedur Angiogram dan Angioplasty di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.
Pengelola Diraja Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, keberangkatan baginda bertujuan mendapatkan rawatan susulan dan kini masih dirawat pakar perubatan hospital berkenaan.
“Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, yang begitu prihatin terhadap kesihatan ayahanda baginda berasa amat gembira dengan perkembangan ini.

“Baginda Pemangku Raja akan mengatur penerbangan pulang Sultan ke Kota Bharu seberapa segera, walaupun pada mulanya dijadualkan berangkat pulang pada 21 Julai ini,” katanya.

Menurutnya, Tengku Muhammad Faris Petra sentiasa mendoakan yang terbaik kepada Tuanku Ismail Petra, selain mengharapkan rakyat turut sama mendoakan yang terbaik terhadap ayahanda baginda.

“Pemangku Raja Kelantan sudah mengatur solat hajat di beberapa masjid di negeri Kelantan dan berharap dapat diteruskan oleh rakyat di negeri ini.

“Pada masa sama, ribuan terima kasih diucapkan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menyediakan pesawat khas membawa baginda Sultan ke Singapura,” katanya.

Menurutnya, ingatan kepada semua turut diberikan supaya tidak membuat sebarang andaian atau kenyataan semata-mata untuk mengambil kesempatan serta bagi kepentingan diri sendiri.

“Semua pihak perlu mengambil langkah supaya tidak mengaibkan keluarga diraja Kelantan. Biarkan segala kemelut diselesaikan secara kekeluargaan. Berat mata kita memandang, berat lagi keluarga diraja memikul,” katanya.

Pas tolak perantara, tetap tidak akan bersatu dengan UMNO: Tuan Ibrahim




SHAH ALAM - Pas tetap tidak akan menjalin kerjasama politik bersama UMNO walaupun Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria campur tangan dan bersedia menjadi perantara agar dua parti itu bersatu demi perpaduan umat Islam. 

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tidak timbul isu siapa yang perlu dipilih menjadi perantara merealisasikan kerjasama itu kerana dasar yang dibawa UMNO yang tidak akan diterima oleh Pas.

Menurutnya, apa yang diperjelaskan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah jelas bahawa UMNO dan Pas tidak mungkin akan menjalin kerjasama dan sebagai Mufti bukanlah bidang kuasa Harussani untuk mencampuri isu politik antara Pas dan UMNO. 

“Sebelum ini mereka kata, Nik Abdul Aziz sedia bekerjasama dengan UMNO, sedangkan apa yang beliau maksudkan adalah berhubung kerjasama dulu hala antara Kerajaan Kelantan dan Kerajaan Pusat. 

“Perkara ini tidak akan berlaku sama sekali. Pas tetap dengan pendirian ini (menolak kerjasama dengan UMNO) biarpun sesiapa sahaja menjadi perantara,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian:, semalam. 

Kelmarin, Harussani menyatakan kesediaan menjadi perantara bagi pertemuan pemimpin Pas dan UMNO demi perpaduan umat Islam walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murninya itu. 

Beliau berkata, masih ada harapan ke arah perpaduan orang Melayu jika bijak mengutamakan perkara yang lebih penting ke arah mencapai matlamat ini . Bagaimanapun katanya, beliau bukan orang politik dan tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara berkenaan bagi kedua-dua belah pihak. 

Harussani menjelaskan setakat perbezaan pendapat, ia adalah rahmat kerana perbezaan itu boleh membawa kepada kemajuan. 

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub juga menegasakan kerjasama antara dua parti itu tidak akan berlaku sama sekali. 

“Pas tidak berminat dalam isu ini. Biarlah ada pihak lain mahu Pas berbaik dengan UMNO. Namun, keputusan tersebut adalah muktamad,” katanya.

UMNO Pas bergesel, perpaduan terjejas



Pada tahun 1980, saya membuat liputan berita di Mahkamah Syariah Kampung Raja, Besut. Kes yang dibicarakan memang besar. Ia bukan sekadar menarik perhatian rakyat di negara ini, bahkan dari luar. 

Saya anggap kes itu terlalu penting kerana ia memberi kesan bukan sahaja kepada landskap politik Malaysia, malah akidah dan kefahaman mengenai agama itu sendiri. 

Sebab itu, sebagai ketua biro (yang ketika itu menulis untuk akhbar arus perdana berbahasa Malaysia dan Inggeris) saya membuat liputan kes itu tanpa putus. 

Dalam kes berkenaan, seorang tok guru dari Kelantan, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengeluarkan kenyataan, mengharamkan jalinan perhubungan dengan anggota sebuah parti. 

Katanya anggota parti itu tidak boleh dikahwini, tidak boleh dijadikan imam, jenazah mereka tidak boleh diziarahi, sembeliha:n mereka tidak boleh dimakan dan salam m:ereka pun tidak boleh dijawab. 

Satu perkara yang agak lucu ialah ada seorang imam (namanya pun saya masih ingat), ketika menjadi saksi dalam kes itu (mungkin kerana gemuruh) memberitahu mahkamah, “Rukun Islam ada enam”. Orang awam berdekah ketawa macam bangunan nak runtuh. 

Saya percaya bukanlah kerana kes ini tercetusnya isu kafir mengkafirkan kerana ia bermula barangkali dalam tahun 60-an lagi. Saya juga tidak mahu tuduh ia ada kaitan dengan pandangan pemimpin politik. 

Kalau diikuti kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, umpamanya, parti itu tidak pernah gunakan isu seperti itu untuk menarik sokongan rakyat. Teguran yang diberi adalah tanggungjawab untuk selamatkan umah dari gejala yang merosakkan akidah. 

Tetapi saya yakin masalah besar yang membantutkan usaha ke arah jalinan kerjasama dua pihak itu adalah ”kepercayaan”. 

Berbalik kepada tok guru itu, meskipun saya difahamkan bahawa beliau bukan orang politik, ajaran yang disebarkan sangat panas. Ia dianggap mencelarukan pemikiran. 

Kes itu saya ikuti dari hari pertama hingga ke hari hukuman dijatuhkan. Orang awam yang mengikutinya terlalu ramai hingga melimpah ke luar mahkamah. Selama 37 tahun dalam dunia kewartawanan, saya masuk keluar mahkamah beratus kali, tetapi belum pe:rnah lihat seperti kes di mahkamah Kampung Raja itu. 

Setiap kali hujah peguam menyebelahi satu pihak, orang awam di dalam dan luar bertepuk tangan, bersorak dan melontar komen seolah-olah mendengar ceramah politik, hinggakan peguam terpaksa memberi amaran supaya mereka beradab atau pintu akan dikunci. 

Mahkamah Syariah itu akhirnya dapati tok guru itu bersalah dan jatuhkan hukuman. Apakah kesan ajarannya itu? 

Hari ini banyak pihak terus menanti UMNO dan Pas tentukan apakah mereka boleh duduk semeja dan berbincang masalah kerjasama antara kedua-dua parti besar dan berpengaruh itu. 

Ketidaksabaran masyarakat itu boleh difahami kerana keputusan mereka akan mengubah landskap politik di tanah air yang mereka cintai dan mempengaruhi kehidupan, ekonomi dan imej negara. 

Malangnya, impian masyarakat di negara ini belum nampak akan tercapai disebabkan pergeseran antara kedua-dua p:arti itu. 

UMNO sejak dahulu lagi tidak menolak kepada perbincangan tanpa syara, semen:tara Pas terus menolak perbincangan ke arah percantuman kedua-dua parti itu atau kerajaan perpaduan. 

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat jelas tidak mahu bergabung dengan UMNO atas alasan tidak percaya. 

Kita masih ingat analogi beliau. Apabila kereta UMNO rosak, katanya, orang Pas tolong tolak, tetapi apabila kereta bergerak, orang Pas ditinggalkan. 

Itu zaman bila? Tidak bolehkah kita gerak berdasarkan perubahan kepimpinan? Kata orang:, lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang. 

Bukankah zaman Rasulullah SAW pun ada musuh yang akhirnya bukan sekadar menjadi sahabat, bahkan sebagai pemimpin dan penyelamat umat? 

Saya bukan orang politik, tetapi saya tidak boleh terima permusuhan hingga menjadikan jemaah di masjid berpuak-puak, bapa tidak mengaku anak dan fahaman umat bercelaru. 

Sudah terlalu lama kita dalam kecelaruan. Sudah tiba masanya kita selesaikan persoalan: ini denga:n ikhlas untuk mendapat keredaan Ilahi, bukan untuk kepentingan diri atau parti.

Ramai bekas tentera belum daftar pengundi



AWANG ADEK (enam dari kiri) dan Muhammad (empat dari kiri) bersama pelajar cemerlang pada Persidangan Perwakilan Tahunan PBTM Kelantan di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Lebih 30 peratus daripada 450,000 bekas tentera di negara ini masih belum berdaftar sebagai pengundi walaupun pelbagai kempen kesedaran telah dijalankan.
Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, kebanyakan mereka gagal dikesan terutama golongan yang bersara tanpa pencen.
Menurutnya, selain tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), lebih separuh daripada jumlah itu juga gagal mendaftar sebagai ahli persatuan berkenaan.
"Mereka sepatutnya sedar dengan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia tetapi saya lihat kebanyakannya terus berdiam diri selepas bersara.
"Kalau tidak mahu mengundi sekalipun biarlah sekurang-kurangnya berdaftar dengan SPR agar pada masa akan datang jika undi kita diperlukan, maka sumbangan dapat diberi," katanya kepada pemberita pada Persidangan Perwakilan Tahunan ke-42 PBTM Kelantan di sini semalam.

Dah jadi dah

Pulau Pinang jadi Singapura kedua?

BUKIT MERTAJAM 18 Julai - Jika pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas berterusan membiarkan mereka menjadi tunggangan DAP, jangan terkejut sekiranya Pulau Pinang muncul sebagai Singapura kedua satu hari nanti.
Peringatan itu dibuat Ketua Penerangan UMNO Pulau negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir.
Menurutnya, beliau bimbang nasib orang Melayu ekoran sikap pemimpin PKR dan Pas dalam pakatan pembangkang yang bacul dan tidak tegas.
Justeru, beliau menggesa pemimpin Melayu kedua-dua parti itu membuka mata dan kembali ke pangkal jalan kerana orang Melayu dan Islam perlu bersatu supaya tidak berterusan ditindas pihak lain.
"Pemimpin PKR dan Pas di negeri ini sebenarnya kalau hendak bantu selesai apa jua masalah membabitkan orang Melayu, mereka sebenarnya boleh.
"Tapi disebabkan sudah menjadi tunggangan DAP, jadi mereka takut nak bersuara. Kalau kita tengok di Pulau Pinang ini apa yang mereka dah buat untuk bantu orang Melayu, bila gerai atau rumah Melayu 'dicuit' mereka buat apa, takkan dah hujung baru nak sedar, masa tu dah tak boleh nak buat apa dah," katanya.
Beliau ditemui selepas menyaksikan Majlis Pembubaran PKR Ranting Jalan Permatang Tinggi dan menerima 56 borang keahlian UMNO daripada bekas ahli PKR ranting berkenaan di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO bahagian, Ramlan Ishak, Ketua UMNO Cawangan Permatang Tinggi, Saidin Ali, bekas Ketua PKR cawangan sama, Shafie Ali dan bekas Naib Ketuanya, Ismail Md. Ali.
Sehubungan itu, Musa mengajak pemimpin Melayu dalam pakatan pembangkang bersatu sekali gus duduk bersama dan berbincang mengenai masalah golongan Melayu dan bukan berterusan berusaha mengaibkan orang lain.
"Ketua Menteri, Lim Guan Eng orang Melaka, jelas dia pun bukan tahu jaga kepentingan orang Melayu, tidak sama semasa Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon mentadbir negeri ini, apa pun yang diminta tidak kira kaum apa, beliau pasti ambil perhatian," ujarnya.

MT UMNO diharap bincang status Mat Taib


KUALA LUMPUR 18 Julai - Majlis Tertinggi (MT) UMNO diharap membincangkan secara serius status Tan Sri Muhammad Muhd. Taib sebagai Ketua Bahagian UMNO Kelana Jaya yang dikatakan gagal melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, MT UMNO yang akan bermesyuarat minggu depan diharap dapat membuat satu ketetapan demi masa depan parti itu.
"Demi masa depan UMNO, perkara besar seperti ini diharapkan dapat dibincangkan dalam mesyuarat tersebut supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat membuat keputusan yang terbaik untuk memastikan UMNO sentiasa berada dalam keadaan mantap," katanya di sini hari ini.
Fuad berkata, sebagai pemimpin yang pernah memegang pelbagai jawatan kanan dalam UMNO, Muhammad perlulah berjiwa besar untuk melepaskan jawatan jika sudah tidak mampu menggalas tanggungjawab tersebut.
Jelasnya, rakyat akan bertambah muak dengan permainan tersebut dan benci terhadap UMNO sekali gus menggagalkan usaha Najib untuk mengubah parti sekiranya perkara seperti itu tidak diselesaikan.
"Sebagai pemimpin yang pernah memegang antara jawatan tertinggi dalam UMNO seperti Ketua Penerangan, beliau juga sepatutnya bersedia menjadi pemimpin kecil jika sudah tidak mampu.
"Beliau juga seharusnya perlu menunjukkan contoh terbaik kepada ahli akar umbi terutamanya di Kelana Jaya supaya rakyat akan terus berjuang bersama-sama UMNO," ujarnya

Pendirian PAS pun tak berubah juga untuk tidak bekerjasama dengan UMNO

Pendirian UMNO tak berubah

Najib Tun Razak menerima dokumen sokongan daripada wakil masyarakat Cina Sabah, Datuk Seri Sari Nuar pada Majlis Perjumpaan dan Makan Tengah Hari Bersama Pemimpin Cina Sabah di Kota Kinabalu, semalam. - bernama
Turut hadir Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman (kiri), Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon (tiga, kiri) dan ahli perniagaan Datuk T.C Goh (dua, kanan).


KOTA KINABALU 18 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pendirian UMNO untuk menjayakan rundingan perpaduan antara orang Melayu tidak pernah berubah.
Sebaliknya tegas Presiden UMNO itu, terserah kepada Pas untuk menyatakan pendirian mereka.
''Kalau boleh kita tidak mahu ulang-ulang perkara ini sebab ia tidak produktif. Mereka mengetahui pendirian kita dan biarlah mereka menyatakan pendirian terhadap apa sahaja cadangan yang menjurus kepada perbincangan bagi mewujudkan perpaduan di kalangan orang Melayu itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan dan Makan Tengah Hari Bersama Pemimpin Cina Sabah di sini hari ini.
Perdana Menteri mengulas kebimbangan pelbagai pihak terhadap nasib orang Melayu yang akan kehilangan kuasa jika terus berpecah dan tidak bersatu padu.
Turut menyuarakan kebimbangan semalam adalah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang berkata, kedegilan kedua-dua parti Melayu terbabit untuk meletakkan keutamaan agama di tempat sepatutnya hanya akan memberi kesan buruk kepada masa depan orang Melayu sendiri.
"Kalau kita terus berpecah-belah, kita akan terima kekalahan (pada Pilihan Raya Umum Ke-13), itu sahaja. Dan akan berlaku satu bentuk penjajahan baru," tegas Harussani.
Najib berkata, UMNO sentiasa terbuka untuk menjayakan apa sahaja cadangan atau rundingan membabitkan perpaduan orang Islam dan Melayu.
Beliau menambah, setiap rundingan tidak sepatutnya disertai dengan prasyarat kerana ia boleh membantutkan usaha tersebut.
''Dan satu lagi, (Pas) jangan terus hina UMNO dalam ucapan-ucapan mereka. Kalau hendak berbincang janganlah kita mengutuk satu sama lain," katanya.
Perdana Menteri turut menjelaskan isu royalti tidak sepatutnya dikaitkan dengan usaha penyatuan orang Melayu itu .
''Ini bukan soal royalti minyak. Ini soal wang ihsan sebab kuasa itu terletak bawah Kerajaan Persekutuan mengikut perlembagaan negara," katanya.
Kelmarin, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau sedia bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin asalkan perbincangan itu tidak menjurus kepada perpaduan antara Pas dan UMNO, sebaliknya membincangkan soal royalti minyak Kelantan.