Monday, September 13, 2010

Gambar Anak-anak Sosilawati




Ini ialah gambar anak-anak Sosilawati Lawiya:
Erni Dekritawati Yuliana, 25; Erwan Suwari Ridzuan, 24, Erni Erinawati Sofea, 21 tahun, Md Erwan Nasri, 23, Erni Reenilawati, 20, dan Siti Nur Fatimah, 13 tahun.






Gambar ini dipercayai dirakamkan untuk ruangan sebuah majalah dan khas untuk tatapan pembaca sempena menyambut Aidilfitri tahun ni. Gambar kengangan yang tak dapat dilupakan saat saat akhir sebelum hilangnya Datuk Sosilawati.

Erni Dekretawati Yuliana Buhari

Anak sulung Sosilawati iaitu Erni Dekritawati Yuliana Buhari semakin terserlah kejayaan dan kebolehannya dalam dunia perniagaan dan namanya pun dikenali ramai. Erni ialah Pengarah Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd sekarang. Bakatnya diwarisi dari ibunya Sosilawati dengan bukti kejayaan dalam bidang perniagaan.

Dia diajar berdikari sejak kecil, Erni atau mesra dipanggil Rita mendapat pendidikan peringkat Ijazah Sarjana Muda Seni (Tekstil) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Perniagaan Antarabangsa di Universiti Nottingham Trent, United Kingdom.
Rita mendapat pendedahan dalam dunia perniagaan sejak sekolah menengah apabila ibunya sering membawanya ke pejabat.



Dia pernah meminta kebenaran ibunya untuk mencari pengalaman kerja di United Kingdom selepas tamat pengajian kerana penuntut asing mempunyai dua tahun visa untuk kerja, tetapi ibunya tidak membenarkannya bekerja di sana kerana buat apa membazir masa sedangkan lebih banyak benda boleh dipelajari bersama perniagaan ibunya sendiri.

Erni bersama ibunya Sosilawati




Profil Erni Dekritawati
NAMA: Erni Dekritawati Yuliana Buhari
JAWATAN: Pengarah Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Perniagaan Antarabangsa Universiti Nottingham, United Kingdom
UMUR: 25 tahun
ASAL: Kuala Lumpur
ADIK BERADIK: Sulung daripada enam beradik
http://nurizspace.blogspot.com/2010/09/gambar-anak-anak-sosilawati.html

Facebook Datuk K Pathmanabhan Nalliannen Suspek Pembunuh Sosilawati




Ni le facebook suspek utama, Datuk K Pathmanabhan Nalliannen dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya





Surendren Nalliannen (adik K Pathmanabhan)


Petikan berita Harian Metro
Berlaku transaksi bernilai jutaan ringgit daripada akaun Datuk SosilawatiBerlaku transaksi bernilai jutaan ringgit daripada akaun Datuk Sosilawati dengan seorang suspek yang ditahan berikutan kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik terbabit dan tiga lagi individu.
Sumber polis berkata, polis tidak menolak kemungkinan berlaku kes peras ugut berikutan penemuan bukti transaksi wang ke dalam akaun bank milik suspek yang ditahan polis berkenaan sepanjang tempoh kehilangan Sosilawati bersama tiga yang lain.

“Susulan penemuan wang terbabit, semua aset dan wang milik suspek utama terbabit akan dibekukan. Polis akan menggunakan Akta Anti Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA) dalam usaha mengesan daripada mana sumber wang terbabit diperoleh,” katanya.

Menurutnya, polis mendapati dalang utama berstatus Datuk terbabit mempunyai kekayaan melampau.

Berdasarkan maklumat, peguam terbabit sebelum ini dipercayai pernah beberapa kali berurusan dengan Sosilawati, 47, berhubung urusan jual beli hartanah termasuk terbaru membabitkan tanah di Pulau Pinang.

Difahamkan, tanah berkenaan sebelum ini dibeli Sosilawati dengan anggaran RM25 juta sebelum mahu dijual RM200 juta berikutan harga pasaran semasa yang meningkat.

Ada kemungkinan faktor itu menyebabkan suspek ‘gelap mata’ dan merancang untuk menyapu semua wang terbabit dengan membunuh mangsa bersama tiga yang lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, yang ditemui berkata, polis menemui sejumlah wang dalam jumlah amat ‘besar’ di dalam akaun milik suspek utama berkenaan.

Beliau yang ditemui di Banting, semalam, berkata, berdasarkan siasatan berlaku pemindahan wang ke dalam akaun bank milik suspek dan siasatan masih dijalankan bagi memastikan dari mana sumber wang itu diperoleh.

“Polis akan siasat secara rapi adakah wang terbabit diperoleh secara haram atau melalui pemerasan jenayah terhadap ramai mangsa lain sebelum ini,” katanya.

Selain itu, maklumat polis turut mendakwa Sosilawati berkemungkinan ditahan dan dibunuh suspek utama yang berang selepas mangsa enggan membawa wang tunai seperti dijanjikan pada 30 Ogos lalu.

Wang yang sepatutnya dibawa seperti dipersetujui antara kedua-dua belah pihak turut menjadi punca semua mangsa ditahan sebelum dibawa ke ladang maut terbabit.

Berdasarkan maklumat diperoleh, suspek dianggap popular di kalangan penduduk sekitar Banting di sini, selain turut dikenali polis berikutan pejabat guamannya yang terletak tidak jauh dari Balai Polis Banting.

“Bagaimanapun, polis sedang menyiasat kemungkinan suspek turut terbabit dengan aktiviti gangterism selain menggunakan kaedah bakar mayat untuk menghilangkan bukit,” katanya
http://nurizspace.blogspot.com/2010/09/facebook-datuk-k-pathmanabhan.html

Jam Mewah Milik Sosilawati Dipakai Penjenayah Jadi Bukti



Jam mahal milik jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, yang diambil salah seorang penjenayah sebagai ‘kenang-kenangan’ selepas mangsa dibunuh menjadi petunjuk paling penting berhubung kes bunuh dan bakar mangsa berkenaan. Difahamkan jam milik Sosilawati terbabit dipakai salah seorang daripada lapan suspek termasuk dua daripadanya adalah wanita yang ditahan polis berhubung kes pembunuhan kejam berkenaan.

Selain itu, polis unit Forensik yang melakukan siasatan terhadap lokasi Sungai Panchau, Kampung Kanchong Laut, di sini, lokasi abu mayat mangsa dibuang turut menemui cebisan tisu anggota tubuh, termasuk rambut selain tulang hangus manusia yang dipercayai milik mangsa yang hilang, petang semalam.

Susulan itu polis forensik didapati mengutip semua tisu tubuh manusia terbabit sebelum disusun di atas jalan bagi membolehkan siasatan lebih rapi dilakukan terhadap bukti terbaru ditemui itu melalui kaedah penandaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin berkata, bukti terbabit sebahagian daripada sampel ditemui polis di lokasi kejadian termasuk tinggalan abu dipercayai mayat empat mangsa dibunuh.

Difahamkan, bau kuat petrol di kawasan tapak pembakaran mayat mangsa di dalam ladang pertanian bersepadu di Tanjung Sepat menjadi petunjuk kepada polis bagi menjalankan siasatan lebih rapi.

ementara itu, lebih 30 petugas media selain hampir 100 penduduk tempatan tidak dibenarkan menghampiri lokasi kejadian berikutan kawasan terbabit dikawal ketat lapan anggota polis yang menjaga pintu masuk ke ladang terbabit.

Penduduk, M Mohan, 53, berkata, dia terkejut dengan kehadiran polis dan mula mengesyaki sesuatu tidak kena.

“Semalam (kelmarin) ketika saya sembahyang di kuil berhampiran ladang ini, polis mengawal laluan masuk. Jadi saya pun tanya mereka dan dimaklumkan terdapat penemuan lokasi empat mayat dibakar,” katanya.


Sumber: Harian Metro
http://nurizspace.blogspot.com/2010/09/jam-mewah-milik-sosilawati-dipakai.html

Kes Bunuh Sosilawati: Mangsa Diseksa, Ditikam dan Dipukul Hingga Mati



Terkini, Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu hilang bersamanya melalui detik ngeri diseksa, dipukul selain ditikam menggunakan senjata tajam oleh sekumpulan penjenayah hingga mati berlumuran darah.


Penjenayah yang seolah-olah tidak mempunyai belas kasihan mencurahkan petrol sebelum membakar mayat mangsa sehingga menjadi abu bertujuan menghilangkan bukti jenayah.

Penjenayah kemudian mengutip cebisan dan abu mayat semua mangsa yang dimasukkan ke dalam guni atau bekas tertentu sebelum dibuang ke Sungai Panchau, di sini, kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dibunuh.

Perkara itu didedahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Sri Bakri Zinin, selepas anggotanya melakukan soal siasat lapan suspek ditahan selepas dipercayai ada hubung kait kes kehilangan jutawan berkenaan sejak 12 hari lalu. 

Polis setakat ini tidak menolak kemungkinan mangsa dibawa ke ladang itu sebelum dibunuh dengan kejam, Ada kemungkinan mangsa dipukul sehingga mati menggunakan senjata sebelum sengaja dibakar hingga menjadi debu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Banting di sini, petang semalam.

Beliau berkata, mayat mangsa yang bertukar menjadi debu dicampak ke sungai berhampiran dan dihanyutkan ke laut berhampiran pantai Morib, di sini.

|”Polis percaya mangsa dibunuh dan dibakar di tempat sama di dalam ladang kelapa sawit terbabit berdasarkan bukti awal diperoleh. Suspek dipercayai turut membuang senjata digunakan untuk membunuh mangsa di dalam sungai sama.

“Setakat ini polis masih menjalankan gerakan memburu saki-baki dan rangkaian kumpulan penjenayah merbahaya terbabit. Polis percaya kumpulan terbabit turut bertanggungjawab dalam satu lagi kes sama awal tahun ini,” katanya.

Difahamkan empat individu turut mempunyai kaitan dan urusan perniagaan dengan peguam berkenaan dilaporkan hilang sebelum ini dipercayai dibunuh dengan kaedah sama.

“Ada kemungkinan kes pembunuhan ini bermotifkan saingan perniagaan, namun polis masih menyiasat motif sebenar mangsa dibunuh kejam. Semua suspek akan ditahan reman sehingga 19 September depan untuk tujuan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 kanun Keseksaan.

“Apa yang boleh saya katakan, andaian mangsa masih hidup amat tipis. Bagaimanapun polis masih perlu mendapatkan pengesahan forensik mengesahkan sepenuhnya perkara berkenaan termasuk DNA bagi mengesahkan identiti mangsa dibunuh,”
.http://nurizspace.blogspot.com/2010/09/kes-bunuh-sosilawati-mangsa-diseksa.html

Isteri mangsa bunuh, bakar tidak mampu baca surat khabar


13/09/2010 5:37pm

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Isteri kepada salah seorang mangsa yang dipukul, dibunuh dan dibakar di Banting, Selangor, Suzana Radim Pangat, tidak mampu lagi membaca surat khabar atau melihat berita televisyen untuk mengetahui perkembangan kes tersebut.
Isteri kepada Noorhisham Mohammad, 38, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru di sini yang dipercayai mati dipukul, dibunuh dan dibakar dengan kejam itu berkata, kesedihan dan tekanan yang dialami menyebabkan Suzana hanya mampu mendengar perkembangan terkini melalui anggota keluarga terdekat.
"Selepas kejadian, minta maaf saya tak boleh tengok tv atau surat khabar. Segala perkembangan terkini hanya ahli keluarga saya yang akan maklumkan. Saya tak boleh nak tempuh keadaan ini,” katanya dalam keadaan sebak ketika ditemui pemberita di rumah beliau di Taman Seraya, Ampang, di sini hari ini.
Bagaimanapun, Suzana, 38 masih melahirkan harapan tinggi untuk melihat Noorhisham masih hidup selagi masih belum ada pengesahan dari Unit Forensik.
"Sehingga kini tiada sebarang pengesahan dari Forensik, mayat suami saya, jadi sehingga itu, saya percaya suami saya masih hidup,” katanya.
Noorhisham dikatakan sepatutnya membawa Suzana dan keluarga pulang berhari raya di Muar, Johor serta menyambut hari jadinya pada hari ini, tetapi segalanya menjadi hambar apabila beliau hilang bersama jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shansuddin, 44, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, pada 30 Ogos lepas.
Bagaimanapun polis semalam mengesahkan kes tersebut semakin hampir kepada penyelesaian berikutan penemuan lokasi tempat mangsa-mangsa dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat.
Berikutan kejadian itu, polis menahan seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya serta enam orang termasuk pekerja kebun kelapa sawit milik mereka di Banting bagi membantu siasatan.
Suzana menegaskan pihak yang bertanggungjawab melakukan perkara ini sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.
"Saya boleh terima kalau mereka setakat bunuh suami saya, jika ada mayatnya saya masih boleh lihat saya terima, tetapi cara pembunuhan ini menyebabkan mayatnya tidak sempurna, dan tidak ada kubur untuk saya ziarah.
Ibu kepada tiga orang anak, Mohamad Azri Shahzan,14, Mohamad Faiz Ridzmi, 5, dan Nur Aneesa Salbiah, 11, itu berkata, jika benar suaminya dibunuh begitu kejam, beliau berharap polis dapat membawa kesemua yang terlibat ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman sewajarnya. - Bernama

Pembunuh disifat kejam, hilang akal



SHAH ALAM – Perunding psikologi keluarga, Suzana Ghazali, menyifatkan terlalu umum untuk melabelkan pembunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain sebagai sakit mental, memandangkan pembunuhan yang dilakukan sudah dirancang. 

Menurutnya, berdasarkan perlakuan terhadap mangsa, pembunuh boleh dikategorikan sebagai “orang hilang akal yang waras tetapi tidak semestinya sakit mental”. 

Suzana menggariskan empat ciri-ciri pembunuh yang bertindak sedemikian di mana pembunuh seperti ini sudah biasa dengan situasi kejam dan zalim, tiada iman, tiada peri kemanusiaan serta terlalu mementingkan diri sendiri. 

“Orang ini sudah biasa dengan situasi atau keadaan bersifat zalim dan kejam. Berkemungkinan pernah menjadi mangsa pukul atau dera sewaktu kecil, menyebabkan hatinya sering menyimpan rasa dendam dan marah. Nafsu amarah dan dendam ini boleh dilampiaskan kepada sesiapa saja kerana dalam dirinya tidak pernah wujud erti belas kasihan dan kasih sayang. 

“Bila tiada iman, tiada rasa takut kepada Tuhan yang akan mengadili segala perbuatan manusia di akhirat. Orang ini juga mungkin tiada pegangan agama, malah tidak mempercayai wujudnya agama serta Tuhan,” katanya. 

Beliau berkata, pelaku atau pembunuh terbabit juga tiada belas kasihan kepada insan lain kerana mempunyai hati yang terlalu busuk dan kejam, selain mampu bertindak di luar batasan kemanusiaan. tanpa rasa bersalah dan simpati. 

Suzana berkata alasan utama mangsa dibunuh serentak ialah bagi menghilangkan bukti, Ini kerana jika ada yang dibiarkan hidup, risiko untuk pembunuh dikenal pasti dengan lebih mudah adalah tinggi. 

“Menghapuskan kesemuanya bererti tiada saksi dan tiada bukti mudah untuk mengheret pembunuh ke muka pengadilan. Pembunuh juga tidak mahu diri tertangkap. Maka membakar adalah cara terbaik menghapuskan bukti. 

“Malah disebabkan rasa sakit hati, marah dan dendam yang tinggi, mangsa diperlakukan dengan kejam hingga mewujudkan rasa puas hati setelah amarah dan dendam berjaya dilangsaikan,” katanya. 

Katanya, tidak mustahil sebelum ini pembunuh pernah berurusan dengan mangsa. Ini bererti pertemuan sebelum mangsa dibunuh bukan kali pertama. 

Suzana berkata, lebih menguatkan hipotesis tersebut apabila jutawan terbabit membawa sejumlah besar wang tunai. 

Sebab itu beliau yakin mangsa mengenali pembunuh, walaupun mungkin tidak rapat. 

“Jika belum pernah kenal, sudah pasti mangsa akan dikawal sebaiknya kerana membawa wang yang begitu banyak,” katanya.

Tiga remaja perempuan hilang selepas beraya di rumah rakan


IPOH - Dua beradik kembar perempuan dan seorang rakan mereka dilaporkan hilang selepas beraya di rumah kawan mereka di Kampar, kira-kira 45 km dari sini, pada hari raya kedua Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Abdul Aziz Salleh berkata, mereka dikenal pasti sebagai Nurulashiqin Kamarazmi dan kembarnya Nurulain dan rakan mereka Suhaily Abdul Razak, masing-masing berusia 14 tahun berasal dari Taman Sentosa, Kampar.

Mereka bertiga dikatakan pergi beraya di rumah rakan-rakan di sekitar Kampar pada pukul 11 pagi tetapi tidak pulang sehingga pukul 11 malam pada hari sama, katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Katanya ibu dua beradik kembar itu, Harliza Samah, 44, membuat laporan polis mengenai kehilangan mereka.

Abdul Aziz berkata, ketiga-tiga remaja itu bersekolah di Sekolah Menengah Sentosa, Pekan Baru, Kampar.

Sementara itu, Harliza berkata, anaknya meminta izin keluar pada hari raya kedua untuk mengunjungi rumah rakan-rakannya.

"Mak cik telefon mereka pada pukul 11 pagi dan mereka menjawab masih berada di pekan Kampar bersama rakan-rakan dan sekali lagi menghubungi mereka pada pukul 3 petang dan 7 petang, tetapi mereka tidak menjawab sehingga pukul 11 malam, lalu membuat laporan polis", katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau meminta orang ramai membantu mengesan anak kembarnya itu dan rakan mereka.

Gambar Suspek Pembunuh Sosilawati dan Motif Pembunuhan



Terkini: Facebook Datuk K Pathmanabhan Nalliannen
 (Suspek utama pembunuhan Sosilawati )
Suspek paling dikehendaki dalam kes bunuh Sosilawati telah berjaya ditangkap bersama adiknya, dan beberapa lagi suspek yang ada kaitan dalam pembunuhan Datuk Sosilawati.
Lelaki yang juga peguam bergelar Datuk berusia 40-an  itu dipercayai pemilik ladang ternakan Gadong Tanjung Sepat.

Hasil penyiasatan polis, mereka mengaku bertanggungjawab dalam membawa kesemua mangsa ke kebun kelapa sawit itu seluas 1.6 hektar, sebelum memukul sehingga mati dan membakar mayat kesemua mangsa.

Gambar suspek 'Datuk' pembunuh Sosilawati dan tiga lagi lelaki bersama Sosilawati.






Gambar suspek utama pembunuh Sosilawati (kiri), suspek lain (kanan)

Lagi gambar suspek



Anggota Forensik mengumpul bahan bahan bukti dipercayai tulang mayat

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, mengesahkan semua suspek disyaki terbabit dalam pembunuhan empat mangsa itu dan menegaskan lebih banyak tangkapan akan dibuat dalam tempoh terdekat.

Selain pengakuan mereka, polis juga memperoleh petunjuk kukuh jutawan itu dan tiga rakannya adalah mangsa pembunuhan berdasarkan penemuan beberapa barangan peribadi milik mereka daripada suspek dan di tempat kejadian.

Ia termasuk penemuan seutas jam tangan mewah yang dipakai pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages itu ketika dilaporkan hilang daripada suspek utama.

“Hasil soal siasat suspek, mereka membawa polis ke pusat ternakan itu yang dikelilingi tembok di ladang kelapa sawit milik suspek utama di mana semua mangsa dibunuh.

“Pemeriksaan lanjut polis menemui tempat pembakaran, termasuk kesan dan bau kuat petrol, selain sisa pembakaran dipercayai sisa mayat,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mohd Bakri sebelum itu meninjau lokasi tempat pembunuhan yang terletak kira-kira 18 kilometer dari pusat bandar Banting.

Dua suspek yang berpakaian lokap polis turut dibawa ke tempat kejadian pagi semalam bagi membantu siasatan.

Ketika diminta menjelaskan keadaan di tempat pembunuhan, Mohd Bakri berkata ia dikelilingi tembok, ada pokok kelapa sawit serta beberapa kandang kambing dan bangsal lembu.

“Orang luar tidak akan dapat lihat sekiranya apa-apa berlaku di sebalik tembok itu,” katanya.



 Ladang Gadong tempat pembunuhan

Mohd Bakri juga mengesahkan polis turut menyiasat ‘Datuk’ itu mengikut Akta Pengubahan Wang Haram berikutan ada maklumat beliau memiliki kekayaan luar biasa yang disyaki diperoleh secara tidak sah.

Beliau berkata, pengesahan rasmi identiti semua mangsa hanya akan dibuat selepas mendapat laporan penuh pasukan forensik dan Jabatan Kimia yang masih mengumpul bukti, termasuk sisa mayat, abu dan tulang di tempat pembunuhan dan Sungai Panchau.

Sementara itu, masalah perniagaan yang turut membabitkan soal kewangan menjadi motif pembunuhan Sosilawati.

Sumber itu juga berkata, berlaku transaksi wang dari akaun Sosilawati kepada akaun salah seorang suspek ditahan sepanjang tempoh Sosilawati hilang.

“Suspek utama dipercayai bertindak sebagai broker dalam urus niaga tanah dan diperkenalkan kepada Sosilawati oleh seseorang yang rapat dengannya.

Sumber polis berkata, polis tidak menolak kemungkinan berlaku kes peras ugut berikutan penemuan bukti transaksi wang ke dalam akaun bank milik suspek yang ditahan polis berkenaan sepanjang tempoh kehilangan Sosilawati bersama tiga yang lain.

Difahamkan, tanah berkenaan sebelum ini dibeli Sosilawati dengan anggaran
RM25 juta sebelum mahu dijual RM200 juta.
Sumber :Berita Harian



Wartawan mendapatkan penjelasan dari anak sulung Sosilawati


Gambar Siti Nur Fatimah Buhari anak bongsu Sosilawati tak dapat menahan sedih, ditenang oleh kakaknya


Siti Fatimah Buhari ditenangkan oleh kakaknya

Kes Bunuh Sosilawati: Mangsa Diseksa, Ditikam dan Dipukul Hingga Mati



Terkini, Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu hilang bersamanya melalui detik ngeri diseksa, dipukul selain ditikam menggunakan senjata tajam oleh sekumpulan penjenayah hingga mati berlumuran darah.


Penjenayah yang seolah-olah tidak mempunyai belas kasihan mencurahkan petrol sebelum membakar mayat mangsa sehingga menjadi abu bertujuan menghilangkan bukti jenayah.

Penjenayah kemudian mengutip cebisan dan abu mayat semua mangsa yang dimasukkan ke dalam guni atau bekas tertentu sebelum dibuang ke Sungai Panchau, di sini, kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dibunuh.

Perkara itu didedahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Sri Bakri Zinin, selepas anggotanya melakukan soal siasat lapan suspek ditahan selepas dipercayai ada hubung kait kes kehilangan jutawan berkenaan sejak 12 hari lalu. 

Polis setakat ini tidak menolak kemungkinan mangsa dibawa ke ladang itu sebelum dibunuh dengan kejam, Ada kemungkinan mangsa dipukul sehingga mati menggunakan senjata sebelum sengaja dibakar hingga menjadi debu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Banting di sini, petang semalam.

Beliau berkata, mayat mangsa yang bertukar menjadi debu dicampak ke sungai berhampiran dan dihanyutkan ke laut berhampiran pantai Morib, di sini.

|”Polis percaya mangsa dibunuh dan dibakar di tempat sama di dalam ladang kelapa sawit terbabit berdasarkan bukti awal diperoleh. Suspek dipercayai turut membuang senjata digunakan untuk membunuh mangsa di dalam sungai sama.

“Setakat ini polis masih menjalankan gerakan memburu saki-baki dan rangkaian kumpulan penjenayah merbahaya terbabit. Polis percaya kumpulan terbabit turut bertanggungjawab dalam satu lagi kes sama awal tahun ini,” katanya.

Difahamkan empat individu turut mempunyai kaitan dan urusan perniagaan dengan peguam berkenaan dilaporkan hilang sebelum ini dipercayai dibunuh dengan kaedah sama.

“Ada kemungkinan kes pembunuhan ini bermotifkan saingan perniagaan, namun polis masih menyiasat motif sebenar mangsa dibunuh kejam. Semua suspek akan ditahan reman sehingga 19 September depan untuk tujuan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 kanun Keseksaan.

“Apa yang boleh saya katakan, andaian mangsa masih hidup amat tipis. Bagaimanapun polis masih perlu mendapatkan pengesahan forensik mengesahkan sepenuhnya perkara berkenaan termasuk DNA bagi mengesahkan identiti mangsa dibunuh,”.

Pemilihan bukti PKR amal demokrasi




KAPAR - Perebutan kerusi Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kapar menyaksikan pertembungan enam penjuru manakala jawatan Timbalan Ketua Cabang, menyaksikan pertandingan dua penjuru yang mana salah satu calon adalah Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam. 

Proses pencalonan agak meriah apabila setiap calon Ketua Cabang membawa penyokong masing-masing dengan kibaran bendera keadilan. 

Salah seorang calon ketua yang dijangka akan menerajui Cabang Kapar adalah Khairul Anuar Othman. 

Khairul berkata, pemilihan yang diadakan adalah bukti ketelusan parti mengamalkan demokrasi. 

“Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada kami (calon) yang bertanding dengan hak sama rata untuk menonjolkan kepimpinan masing-masing. 

“Memang saya akui kesemua calon mempunyai kekuatan tersendiri dari segi kredibiliti, pendidikan dan pengalaman,” katanya kepada Sinar Harian. 

Beliau yang juga Presiden Penyokong Kelab Menteri Besar Selangor dan Ketua Ranting Jalan Sementa berkata, pihaknya menyerahkan keputusan kepada seluruh ahli Cabang Kapar untuk memilih calon ahli jawatankuasa (AJK) yang mampu bekerja demi parti dan menilai kredibiliti seseorang Ketua Cabang. 

“Saya akan menggunakan pengalaman selama 12 tahun sewaktu penubuhan PKR hingga kini dengan menyatupadukan kesemua anggota Cabang Kapar dalam pasukan yang kuat dengan moto ‘Politik baru budaya baru dan harapan baru’. 

“Saya akan memastikan parti PKR akan terus mendapat tempat dalam kalangan rakyat dalam Cabang Kapar,” katanya.

Sebelas tahun terlantar




KLUANG - Hanya berpunca daripada demam panas, Mohd Nazeli Mohd Jahuri, 13, terpaksa terlantar sehingga kini. 

Ibunya, Siti Tuminah Tumin, 36, berkata, anaknya terkena demam panas ketika dia berusia dua tahun. 

“Pada mulanya tiada apa-apa yang berlaku tetapi lama-kelamaan Mohd Nazeli tidak boleh bergerak dan bercakap. 

“Kini anak saya hanya terlantar sahaja tanpa boleh berbuat apa-apa dan hanya minum susu sahaja sebagai makanan. 

“Walau bagaimanapun, kesusahan saya sedikit sebanyak dapat diringankan apabila saya mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) sebanyak RM300 bagi anak yang terlantar dan tidak boleh berbuat apa-apa,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Ulu Benut di sini. 

Siti Tuminah berkata, bantuan yang diterima membolehkannya membeli susu dan lampin pakai buang untuk kegunaan Mohd Nazeli setiap hari. 

Katanya, sekiranya dia pergi bekerja, anaknya akan ditinggalkan sendirian. 

“Bagaimanapun saya akan pastikan Mohd Nazeli diberi makan dan minum susu terlebih dahulu. 

“Saya terpaksa buat begitu demi untuk mencari rezeki untuk anak-anak saya. Tetapi setakat hari ini anak saya dalam keadaan yang baik walaupun anak saya tidak seperti anak orang lain. 

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Daerah Kluang dan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) daerah Kluang di atas kunjungan mereka ke rumah saya,” katanya. 

Selain itu, Siti Tuminah berkata, dengan sumbangan bantuan yang diberikan oleh mereka sedikit sebanyak dapat membantu beliau meringankan beban untuk membuat persiapan menyambut Hari Raya. 

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada masyarakat sekeliling di atas keprihatinan mereka terhadap beliau dan anaknya.

Warga emas, cucu mangsa keganasan tentera Israel




2010/09/13

BANDAR GAZA (kawasan Palestin): Tentera Israel hari ini menembak mati tiga rakyat Palestin, termasuk lelaki warga emas berusia 91 tahun dan cucu remajanya di pekan Gaza, Beit Hanoun, menurut pasukan perubatan. 

"Ibrahim Abdullah Abu Saeed, penjaga sebuah ladang berusia 91 tahun dan Ismael Walid Abu Audeh, 20, dibunuh hari ini selepas terkena tembakan kereta kebal Israel," kata jurucakap perkhidmatan perubatan tempatan, Abu Salima.Sejurus itu, cucu warga emas berusia 17 tahun, Hossam Khaled Abu Saeed turut terbunuh susulan kecederaan yang dialaminya akibat kejadian terbabit, berdekatan sempadan Gaza-Israel.
Jurucakap tentera Israel mengesahkan serangan itu. - AFP 

Tidak sangka Wati dibunuh



BATU PAHAT – Kehilangan jutawan terkenal Datuk Sosilawati Lawiya sememangnya tidak disangka dan pembunuhannya merupakan sesuatu perkara yang menjadi kejutan kepada penduduk setempat, terutamanya di kawasan Seri Medan di sini 

Penduduk setempat mengenali Allahyarham sebagai orang yang baik hati dan pandai melayan tetamu yang hadir, terutamanya kanak-kanak, malah, beliau tidak pernah membeza-bezakan tetamu. 

Seorang kenalan yang juga bekas pekerjanya, Muhamad Zaini Kariman, 30, berkata, dia pernah bekerja dengan beliau dan mengakui yang majikannya merupakan seorang yang baik. 

Menurutnya, beliau sering kali bertanya masalah yang dihadapinya dan akan cuba menyelesaikan masalah berkenaan serta menyatakan bekas majikannya tidak lokek kepada semua pekerjanya. 

“Saya tidak menyangka yang bekas majikan saya ini diperlakukan sedemikian kerana beliau merupakan seorang yang baik dan saya berharap pelakunya akan dikenakan tindakan. 

“Negara ini mempunyai undang-undang, sesiapa yang melakukan kesalahan pasti akan menerima hukuman dan sudah pasti pesalah berkenaan tidak akan terlepas begitu sahaja,” katanya kepada Sinar Harian. 

Sementara itu, Suraya Shahrum, 26, berkata dia mengenali Sosilawati sebagai seorang yang berjaya dan juga merupakan seorang usahawan yang tidak pernah berputus asa. 

Katanya, walaupun bukan tinggal sekampung tetapi dia mengetahui peribadi beliau yang merupakan seorang yang baik hati dan tidak pernah menyakiti hati penduduk kampung di sekitar rumah ibunya. 

“Beliau juga suka bersedekah kepada anak yatim di kawasan sekitar sini serta membantu beberapa badan yang menguruskan kebajikan penduduk di sekitar Batu Pahat. 

“Kehilangannya sememangnya akan dirasai kerana beliau banyak menabur jasa dan bakti, terutamanya di kampung asalnya di Kampung Seri Menanti, Seri Medan,” katanya. 

Manakala seorang jiran yang dikenali sebagai Suzi, 60, berkata, Wati seorang yang baik dan disenangi oleh semua orang dengan sikapnya yang mudah mesra. 

Suzi berkata, walaupun beliau tidak rapat sangat dengan Wati tetapi Wati seorang yang murah hati dan suka mengadakan jamuan untuk orang kampung apabila ada marhaban di kampung sewaktu Hari Raya. 

“Saya tidak menyangka kejadian tersebut terjadi kepada Wati dan saya masih menganggap bahawa Wati masih hidup,” katanya. 



Keadaan rumah ibu Wati lengang, semua ke Kuala Lumpur 



Keadaan sunyi menyelubungi pekarangan rumah ibu Sosilawati kerana semua ahli keluarga pergi ke Kuala Lumpur apabila mendapat berita penemuan empat mayat yang dibunuh serta dibakar di ladang pertanian bersepadu di Jalan Gadong, Tanjong Sepat, semalam. 

Apabila Sinar Harian sampai ke rumah keluarga Wati, kelihatan rumah keluarganya lengang seperti tiada apa-apa yang berlaku di perkarangan rumah keluarga tersebut dan hanya adik Wati sahaja yang ada di rumah untuk menjaga rumah berkenaan. 

Menurut adik Wati, semua ahli keluarga yang lain sudah pergi ke Kuala Lumpur kira-kira jam 12 tengah malam semalam apabila mendapat perkhabaran mengenai Wati. 

Walau bagaimanapun, apabila diminta untuk ditemu ramah adik Wati enggan mengulas lebih lanjut kerana semuanya beliau serahkan kepada polis untuk mendapatkan maklumat lanjut. 



Solat jenazah di Kuala Lumpur 



Jenazah jutawan terkenal, Sosilawati, disempurnakan di Kuala Lumpur berikutan keadaannya yang sudah dibakar dan berkemungkinan bercampur dengan tiga lagi yang lain. 

Abangnya, Maskor Lawiya, 55, berkata, jenazah adiknya yang telah disahkan oleh polis disempurnakan di Kuala Lumpur kerana keadaannya yang tidak mengizinkan. 

Katanya, dia dan keluarga setakat ini bersepakat untuk tidak membawa balik ke kampung halaman di Seri Medan, Batu Pahat, kerana keadaannya yang sudah menjadi abu. 

“Kami sekeluarga akan menyempurnakannya di sini memandangkan keadaan yang tidak mengizinkan dan agak sukar jika dibawa balik ke kampung. 

“Lagipun, keadaan adik saya sudah tidak kelihatan jasadnya dan ini menyukarkan urusan jika dibawa pulang,” katanya. 

Beliau harap mereka yang bertanggungjawab atas kematian adiknya itu akan dimenghadapi hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka. 



Keluarga Nash ucap takziah 

Sementara itu, di MUAR, seluruh keluarga bekas suami Sosilawati, Nasharuddin Elias atau lebih dikenali sebagai Nash mengucapkan takziah di atas kematian beliau. 

Nash, penyanyi kumpulan Lefthanded pernah mendirikan rumah tangga dengan jutawan kosmetik itu. 

Kakak sulung Nash, Hamsiah Alias, 66, berkata, dia berasa terkejut apabila mendengar berita kematian bekas adik iparnya menerusi televisyen pagi semalam. 

Menurutnya, biarpun tidak begitu rapat dengan arwah tetapi berita itu sedikit sebanyak memberi kejutan kepada mereka sekeluarga. 

“Kami berharap keluarga arwah di Kampung Sri Menanti, Sri Medan, Batu Pahat sentiasa tabah mendengar berita ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kediamannya di sini, semalam.