GUA MUSANG - Pas mempersoalkan kewujudan jabatan kerajaan, pasukan tentera dan berpuluh-puluh bendera Barisan Nasional (BN) di kawasan perkampungan Orang Asli di pusat mengundi Pos Hua. Penasihat Pilihan Raya Kecil DUN Datuk Wan Abdul Rahim mendakwa tindakan ini adalah serupa dengan menggunakan pelbagai jabatan kerajaan di Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai yang berpusat di Kuala Krai. Menurutnya, Pas sendiri tidak menggunakan sebarang jentera Kerajaan Negeri dan bendera parti dalam usaha untuk memperkenalkan calon parti kepada masyarakat Orang Asli. “Cuba anda lihat Dr Zulkefli sendiri tidak menggunakan logo Pas dalam lawatannya hari ini (semalam), tetapi pihak lawan lain pula ceritanya,” katanya ketika ditemui media, semalam. Beliau turut mempersoalkan mengapa Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) dipergunakan untuk kepentingan politik BN, sedangkan Pas tidak menggunakan jentera kerajaan negeri Kelantan dalam berkempen. Menurutnya, pihaknya tidak terkejut dengan penyalahgunaan ini kerana di pilihan raya yang lalu, BN turut menggunakan taktik yang sama dalam memancing undi. “Sebagai contohnya di Kampung Ladui, JKOA sudah berkampung di sana hampir dua minggu, menyediakan makan minum, tempat tinggal dan sebagainya. “Kononnya untuk mendapat undi bagi pihak BN, ini satu daripada tindakan oleh pihak lawan yang memperalatkan jabatan kerajaan untuk untuk mendapat undi,” katanya. Menurutnya, kehadiran calon Pas telah memberikan gambaran kepada pengundi Orang Asli tentang peribadi bakal pemimpin mereka kerana calon tersebut hadir bersalaman dengan masyarakat. “Kita sempat hadir dalam jamuan anjuran JKOA tersebut, Dr Zul sempat bersalam dengan pengundi dan juga petugas JKOA itu sendiri. “Ada pihak yang bertanya mana calon BN? calon Pas sudah ada, oleh yang demikian kita yakin pengundi Orang Asli ini tahu parti mana yang mereka akan undi,” katanya. |
Monday, October 25, 2010
BN salah guna jentera kerajaan
Wan Azizah mahu Najib tarik balik kenyataan
SHAH ALAM – Parti Keadila:n Rakyat (PKR) mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menarik balik kenyataannya yang dibuat di Perhimpunan Agung UMNO dua hari lalu yang menunjukkan seolah-olah UMNO sanggup buat apa sahaja untuk pertahankan kuasa sebagai pemerintah.
Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, PKR mahu Najib memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan memberi jaminan jika perubahan kerajaan Persekutuan berlaku dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, Barisan Nasional (BN) perlu menyerahkan kuasa secara terhormat.
Beliau berkata, kenyataan Presiden UMNO di Perhimpunan Agung UMNO itu jelas mengundang persepsi negatif dalam kalangan rakyat kerana ia seakan-akan menunjukkan UMNO sanggup melakukan apa saja untuk mengekalkan kuasa.
“Kenyataan Najib itu bertentangan dengan semangat Demokrasi Berparlimen yang mendasari sistem pemerintahan negara sejak merdeka hingga kini.
”Jika ditakdirkan Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat untuk menerajui kerajaan Persekutuan dalam PRU akan datang, UMNO dan BN wajib menerima keputusan tersebut secara matang dan rasional atas semangat demokrasi dan keluhuran Perlembagaan,” katanya.
Katanya, hanya rakyat yang berhak menentukan parti mana harus diberi mandat untuk memerintah negara ini.
Pada ucapan dasar Presiden, Najib meminta ahli UMNO pertahan Putrajaya daripada sebarang cubaan merampasnya.
Antara lain, beliau berkata: ‘Walau berkecai tulang dan badan, walau berkecai jasad dari nyawa, walau apa pun terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan’.
Lima juta abai hak mengundi
- AMINUDIN MANSOR Hak mengundi dalam satu-satu pilihan raya, sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil sangat penting. Jika seseorang itu tidak mendaftarkan dirinya sebagai pengundi atau pemilih, dia tidak berhak untuk mengundi dalam pilihan raya. Bagaimanapun, pada masa kini fenomena remaja atau warganegara yang cukup umur 21 tahun liat untuk mendaftar sebagai pengundi. Apa yang dikesalkan kebanyakan mereka adalah kalangan Bumiputera, khususnya orang Melayu. Hal ini telah disuarakan banyak pihak, dan dikatakan negara akan mengalami kerugian apabila kira-kira 5 juta rakyat dijangka tidak dapat mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 berikutan kedegilan warganegara berusia 21 tahun ke atas mendaftar sebagai pemilih. Perkara ini pernah disuarakan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menyatakan sehingga 30 Mei lalu terdapat 4.3 juta rakyat yang sudah cukup umur belum mendaftar. Menurutnya, jumlah itu akan terus meningkat kerana pertambahan warganegara yang mencapai umur 21 tahun adalah kira-kira 450,000 setahun, manakala jumlah mendaftar mengikut tahunan adalah kira-kira 250,000 sahaja. Katanya, dengan jumlah baki tidak mendaftar dan tertunggak kira-kira 200,000, maka jumlah rakyat tidak mendaftar terus meningkat kira-kira 200,000 setiap tahun. “Jika pertambahan ini konsisten, menjelang PRU ke-13 akan datang jumlah rakyat tidak dapat mengundi dijangka meningkat kepada hampir 5 juta. “Ini satu fenomena yang serius dan merugikan negara kerana kira-kira 30 peratus jumlah rakyat yang layak tidak dapat menggunakan hak selaku pengundi dalam proses demokrasi menentukan masa depan negara,” katanya. Beberapa kajian dan langkah drastik perlu dilakukan bagi menggalakkan kalangan remaja atau generasi muda mendaftar sebagai pengundi. Antaranya melalui pendekatan urusan pendaftaran di tempat strategik seperti di pasar raya, pasar tani, pasar malam dan sebagainya. Tumpuan juga boleh dilakukan di pusat pengajian tinggi kerana kalangan remaja yang berusia 21 tahun adalah kebanyakannya penuntut. SPR dikatakan sehingga kini telah melantik 2,373 penolong pendaftar pemilih (PPP) daripada kalangan wakil parti politik untuk membuat pendaftaran pemilih. Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga harus berusaha menarik remaja mendaftar sebagai pemilih. Justeru, ibu bapa dan juga orang ramai boleh mengingatkan anak-anak tentang kepentingan mengundi dan mendaftar sebagai pemilih. Orang ramai dan pemimpin masyarakat juga boleh menggalakkan anak-anak mendaftar di kaunter pendaftaran seperti di pejabat Pos. SPR telah melantik 699 pejabat pos (berkomputer) di seluruh negara untuk menerima permohonan pendaftaran pemilih. * Penulis ialah penyair, pengamal media. PhD Persuratan Melayu, UKM, Bangi. |
Magika Filem Terbaik FFM23
SHAH ALAM - Pengarah filem, Edry Abdul Halim membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi apabila filem Magika arahannya dinobatkan sebagai Filem Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-23 (FFM 23) di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini malam tadi.
Sementara itu, Anugerah Pengarah Terbaik pula dimenangi oleh Shamsul Yusof yang mengarahkan filem Evolusi KL Drift 2.
Kesemua pemenang festival tersebut menerima hadiah masing-masing daripada Meteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
Bantah kilang dekat perumahan
Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my
megat@kosmo.com.my
KUALA SELANGOR - Lebih 100 penduduk Taman Suria di Bestari Jaya di sini semalam berhimpun bagi membantah penambahan struktur baru sebuah kilang sarung tangan yang dibina begitu dekat dengan rumah mereka.
Rata-rata penduduk mendakwa, projek sejauh kira-kira 30 meter dari kediaman itu menyebabkan kesan pencemaran udara akibat pelepasan gas ammonia dan asap hitam manakala sisa toksik disalirkan ke parit.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Taman Suria, P. Jegan mendakwa, sebelum kilang itu dinaik taraf pada Oktober tahun lalu dan mula beroperasi bulan lepas, premis tersebut asalnya terletak kira-kira satu kilometer dari kawasan perumahan.
"Sekarang, kilang ini semakin besar dan sangat hampir dengan 184 buah rumah yang diduduki kira-kira 1,000 penduduk di taman ini dan pelbagai masalah kesihatan telah berlaku kepada mereka.
"Antara masalah kesihatan yang sering dihadapi akibat pencemaran ini ialah gatal kulit, pedih mata, pening kepala dan batuk selain rumah sentiasa berhabuk," katanya kepada pemberita di sini semalam
'Dah lama tak jamah nasi'
KUALA LUMPUR: “Saya pun tak ingat bila kali terakhir menjamah nasi. Syukur hari ini kami berpeluang menikmati nasi lemak berlauk sambal sotong,” kata Hazmain Abdul Jalil, 28, yang tinggal di bawah jambatan Lebuh Raya Timur Barat (Metramac) bersama isteri dan anaknya berusia setahun lima bulan kerana kedaifan.
beranak berkenaan tinggal di bawah binaan konkrit itu bersama dua rakan Hazmain, Mohd Hafiz Abdul Aziz, 30 dan Chan Che Wah, 44 sejak lima bulan lalu.
Menurut Hazmain, mereka tiada pilihan lain, selain daripada tinggal di bawah jambatan selepas dihalau pemilik rumah yang disewanya dengan harga RM200 di Sungai Besi, di sini lima bulan lalu.
DAIF...(dari kiri), Chan dan Mohd Hafiz turut tinggal bersama Siti Faizah dan Hazmain di bawah jambatan.
“Sebelum ini, isteri saya (Siti Faizah Abu Bakar, 27) bekerja di restoran makanan segera, namun dia berhenti selepas melahirkan anak. Jadi perbelanjaan hanya di atas tanggungan saya. Masalahnya saya tiada pekerjaan tetap,” katanya.
SEBAK...Khairun menenangkan Hazmain yang sedih ketika dilawati Pemuda Umno di bawah jambatan, semalam.
Katanya, bagi mencari rezeki halal, dia pernah melakukan pelbagai kerja termasuk kerja kontrak dan pekerja kilang kopi dan yang terakhir sebagai pencuci bangunan di pusat beli-belah terkenal di Kuala Lumpur.
“Saya hanya pekerja kontrak, apabila tiada kerja maka saya tidak mempunyai sumber kewangan. Kami juga mencatu makanan iaitu sekali sehari manakala anak pula makan apa saja seperti yang kami makan atau minum susu,” katanya yang berasal dari Sandakan manakala isterinya dari Segamat, Johor.
Nasib malang keluarga Hazmain dan dua rakannya itu mendapat perhatian Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh bersama Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Seputeh dan Exco Pemuda Umno Sabah, Mohd Gasing Saling ‘turun padang’ menghulurkan bantuan.
Muhd Khairun kesal kerana tiada pihak tampil memberi sumbangan dan mengambil tindakan terhadap masalah tiga beranak itu termasuk dua rakan mereka.
“Hari ini (semalam), kami pindahkan ke asrama belia di Wisma Belia Jalan Syed Putra untuk sementara waktu sebelum mendapat rumah yang lebih selesa. Yang penting, kami tidak mahu mereka kembali ke bawah jambatan lagi,” katanya.
Katanya, Hazmain, isterinya dan anak mereka, Siti Norafidah bersama Mohd Hafiz dan Chan akan dibantu supaya diberi tempat tinggal di mana projek perumahan rakyat termiskin (PPRT), selain bantuan mendapatkan pekerjaan tetap.
“Saya meminta bantuan Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda Umno bagi mencarikan pekerjaan yang sesuai kepada Hazmain, Mohd Hafiz dan Chan mengikut kelayakan mereka manakala urusan rumah dan bantuan lain di bawah pengawasan Pemuda Umno Seputeh,” katanya.
Sementara itu, Mohd Hafiz, berkata, dia simpati melihat nasib pasangan suami isteri itu dan mengajak mereka tinggal bersama walau pun hanya di bawah jambatan.
“Saya yang ajak mereka tinggal bersama kerana bimbangkan keselamatan dan kesihatan Siti Norafidah yang masih kecil. Walau pun, saya berteduh di bawah jambatan ini tapi sekurang-kurangnya kami dapat berlindung daripada hujan dan panas,” katanya.
Katanya, dia tidak pernah terfikir menjalani kehidupan sebegini dan tinggal di bawah jambatan sedangkan dia mempunyai latar belakang keluarga dan pendidikan yang baik.

100 ikat perut diberhenti kerja
KLANG: Kira-kira 100 pekerja sebuah kilang membuat komponen aluminium di Meru, dekat sini, mendakwa terpaksa mengikat perut selain ‘dikejar’ pihak bank kerana tidak mempunyai wang untuk membayar hutang tertunggak selepas diberhentikan tanpa notis oleh pihak pengurusan syarikat awal bulan ini.
Mereka mendakwa berasa tertipu oleh majikan yang memberhentikan mereka tanpa notis, gaji dan wang caruman setiap bulan yang dipotong daripada gaji didapati tidak dicarum ke dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
TERANIAYA...Manikavasagam (tiga dari kiri) dan Bernard serta sebahagian pekerja kilang terbabit menunjukkan laporan polis yang dibuat, semalam
Wakil pekerja, Christian Berrnard, 35, berkata mereka dihalang dari memasuki kilang terbabit pada 8 Oktober lalu apabila pintu masuk berkunci dan tiada lagi operasi dijalankan.
Berikutan itu, katanya, 31 pekerja tempatan, 52 pekerja asing dan bakinya pekerja warga India yang bekerja di kilang utama di situ serta dua cawangannya di sini, hilang pekerjaan.
“Lebih dikesali, ada kalangan kami tidak menerima gaji sejak tiga bulan lalu. Bagi pekerja India, mereka mengalami kesukaran menyediakan persiapan untuk menyambut Deepavali.
“Kami merayu pihak pengurusan kilang bertanggung jawab atas masalah ini kerana kami tiada pendapatan lain untuk menyara diri dan keluarga,” katanya ketika ditemui di depan kilang itu di sini, semalam.
Pekerja, Rozita Yusof, 37, yang sudah tiga tahun bekerja di kilang itu sebagai kerani logistik kesal kerana diberhentikan kerja secara mengejut dan tanpa sebab munasabah.
“Majikan tak bayar gaji saya RM2,000. Macam mana saya nak tanggung lima anak yang memerlukan wang untuk perbelanjaan harian dan sekolah mereka selain saya semakin resah kerana memikirkan bagaimana hendak menyelesaikan pinjaman bank.
“Sekarang ini, bukan mudah untuk mencari kerja baru walaupun saya sudah cuba hadiri banyak temuduga,” katanya. Sehubungan itu, laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara pada 12 Oktober lalu.
Satu laporan juga dihantar kepada Pejabat Buruh pada 20 Oktober lalu meminta jabatan itu mengambil tindakan bagi membela nasib mereka.
Mengikut notis dikeluarkan Jabatan Insolvensi pada 14 Oktober lalu pula, urusan perniagaan membabitkan syarikat itu perlu dihentikan serta-merta selepas mengalami beberapa masalah.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam berjanji akan membawa masalah pekerja terbabit kepada pihak Kementerian Sumber Manusia hari ini.

Bayi jantung berlubang perlu RM44,OOO
2010/10/25
NOOR Zainun melihat keadaan Nur Anis, yang memerlukan bantuan RM44,000 bagi kos pembedahan.
Bapanya, Mohammad Zamri Ali, 35, seorang operator kilang di Seberang Prai hanya memperoleh pendapatan RM750 sebulan, manakala ibunya, Noor Zainun Jaafar, 34, seorang suri rumah serta perlu menyara dua lagi anak berusia tiga dan sembilan tahun.
Mohamad Zambri berkata, anaknya agak kritikal dan terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.
Katanya, Nur Anis perlu menjalani pembedahan segera kerana masalah jantungnya yang agak kronik.
Orang ramai yang ingin menderma, boleh menghantar cek atau wang pos atas nama The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) ke Bahagian Kewangan / Tabung Kebajikan NSTP, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur dengan menulis nama kanak-kanak itu di belakang cek berkenaan.
9,469 serangan seksual dilapor
2010/10/25
KUALA LUMPUR: Sebanyak 9,469 kes serangan seksual membabitkan kanak-kanak, termasuk lelaki dilaporkan berlaku di negara ini antara 2008 dan Ogos lalu, kata Timbalan Pengarah Siasatan/Perundingan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani. Katanya, walaupun jumlah itu membimbangkan, polis yakin ia boleh ditangani dengan kerjasama semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Daripada jumlah itu, 4,428 kes membabitkan rogol, kebanyakannya kanak-kanak berumur 16 tahun ke bawah.
“Jumlah serangan seksual membabitkan kanak-kanak perempuan yang ditakrif bawah 18 tahun lebih tinggi berbanding serangan seksual terhadap wanita, iaitu 53.7 peratus,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program perlindungan wanita dan kanak-kanak dianjurkan oleh Yayasan Bakti Nusa Malaysia di sini, semalam.
Ia dirasmikan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kie.
Acryl Sani berkata, sepanjang tahun lalu, sebanyak 2,700 kes rogol membabitkan kanak-kanak bawah 18 tahun dilaporkan, meningkat berbanding 2,507 kes pada 2008, manakala sehingga Ogos lalu saja sebanyak 1,756 kes dilaporkan.
“Kes serangan seksual membabitkan wanita antara 2008 dan Ogos lalu pula 5,174 kes. Ini menunjukkan kanak-kanak mudah terdedah kepada jenayah seksual dan ia memerlukan perhatian serius daripada semua pihak,” katanya.
Elia Suhana hilang hak lawatan
KOTA BHARU 24 Okt. - Isteri kedua Sultan Ismail Petra, Elia Suhana Ahmad (gambar) hilang hak melawat suaminya selepas Mahkamah Tinggi Syariah menerima permohonan bantahan awal Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Hamid di sini, hari ini.
Hakim Mohammed Yusoff Awang bersetuju dengan permohonan isteri pertama bekas Sultan Kelantan itu berhubung perintah hak lawatan yang diperoleh secara ex-parte oleh Elia Suhana pada 4 Februari lalu.
Tengku Anis diwakili oleh peguam syarie, Zainul Rijal Abu Bakar dan Abdul Halim Bahari.
Mahkamah memutuskan Elia Suhana kehilangan hak itu kerana penyampaian atau perintah hak lawatannya ke Singapura tidak sah memandangkan mahkamah di sini tidak mempunyai bidang kuasa melangkau sempadan dua negara.
"Mahkamah syariah hanya mempunyai bidang kuasa untuk penyampaian (melaksanakan perintah) di luar Kelantan tetapi masih dalam Malaysia," katanya.
Katanya lagi, mahkamah turut menerima permohonan Tengku Anis untuk mengetepikan perintah lawatan yang diperoleh secara ex-parte oleh Elia Suhana sebelum ini tanpa memberikan penjelasan lanjut.
Sehubungan itu, permohonan Tengku Anis untuk membatalkan notis tunjuk sebab kerana mengingkari perintah yang membenarkan isteri kedua Sultan Ismail Petra melaksanakan perintah ex-parte oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 4 Februari, diterima.
Selain Raja Perempuan, dua lagi responden yang dinamakan ialah Mohd. Shahrizan Zainal Abidin iaitu pengawal peribadi responden pertama dan Zaiton Hussein Merican, pekerja di Istana Kelantan.
Ketiga-tiga mereka dikehendaki hadir pada masa dan tarikh yang disebutkan untuk menunjukkan sebab mengapa mereka tidak patut dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan.
Mereka juga boleh didenda tidak melebihi RM2,000 kerana melakukan kesalahan menghina mahkamah dengan mungkir atau gagal mematuhi perintah ex-parte Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 4 Februari lalu.
Bagaimanapun, mahkamah menolak permohonan Tengku Anis menggantung prosiding kes sehingga keputusan kes cerai talak tiga di antara Elia Suhana dan Sultan Ismail Petra yang difailkan oleh Nik Rorhana Wan Abdul Rahman pada 9 Mac lalu diputuskan oleh mahkamah.
Dalam hal berkaitan, Elia Suhana dibenarkan memohon untuk meminda samannya bagi mengeluarkan fakta-fakta di Singapura memandangkan Tengku Anis telah keluar dari Singapura dan menetap kembali di Kelantan.
Sebelum ini, pada 4 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan perintah membenarkan Elia Suhana bertemu dengan suaminya secara rasmi untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.
Elia Suhana dibenarkan melawat suaminya bermula dari pukul 7 pagi setiap hari Sabtu sehingga pukul 7 pagi hari Isnin.
Bagaimanapun pada 9 Mac lalu, seorang wanita, Nik Rorhana telah memfailkan permohonan lafaz cerai talak tiga baginda terhadap Elia Suhana yang dinikahi pada penghujung 2007.
Lafaz cerai itu dikatakan dibuat baginda ketika masih dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura pada 12 Februari lalu di hadapan beberapa orang saksi.
Sehubungan itu, pada 4 April lalu mahkamah memerintahkan agar perintah yang membenarkan Elia Suhana bertemu baginda ditangguhkan sehingga keputusan lafaz cerai itu dibuat.
Namun Mahkamah Tinggi Rayuan pada 20 Mei di sini membenarkan agar perintah tersebut berjalan seperti biasa walaupun ia telah ditangguhkan sebelum ini.
Sementara itu, Elia Suhana akan memfailkan rayuan ke atas keputusan yang dikeluarkan oleh mahkamah hari ini.
Peguam yang mewakilinya Fakhrul Azman Abu Hassan berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan dalam tempoh terdekat.
Linda Tsen calon BN Batu Sapi
Oleh HAMDEN RAMLI dan ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
pengarang@utusan.com.my
pengarang@utusan.com.my
SANDAKAN 24 Okt. - Barisan Nasional (BN) hari ini mengumumkan Datin Linda Tsen Thau Lin, sebagai calon pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi pada 4 November ini.
Linda, 54, merupakan balu kepada mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah, Ahli Parlimen Batu Sapi yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 9 Oktober lalu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, pemilihan Linda Tsen dibuat berasaskan pengalaman dan kebolehan yang dimiliki oleh ibu kepada empat anak itu.
''Beliau bukan asing di Batu Sapi dan bukan juga asing dalam bidang politik.
''Apa yang lebih penting beliau sedia berkhidmat untuk rakyat Batu Sapi sekali gus meneruskan perjuangan mendiang suaminya," katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan calon BN di Hotel Sanbay di sini hari ini.
Hadir sama Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan timbalannya, Datuk Yee Moh Chai serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Datuk Samsuddin Yahya.
Musa yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya BN Parlimen Batu Sapi memberitahu selain aktif dalam politik sebagai Timbalan Ketua Wanita PBS Elopura, Linda Tsen juga banyak terbabit dalam kegiatan kemasyarakatan di daerah ini.
Menurutnya, pemilihan beliau juga adalah isyarat jelas kerajaan dalam mengiktiraf keupayaan seorang wanita di negeri ini.
''Di negara ini telah terbukti ramai wanita yang layak dan mempunyai keupayaan untuk menjadi pemimpin yang baik dan sehebat lelaki," katanya.
Ditanya sama ada pemilihan Linda Tsen sebagai satu strategi meraih simpati pengundi, Musa berkata, terpulang kepada pengundi untuk membuat tafsiran.
''Apa yang penting adalah dia boleh bekerja dan ada pengalaman dalam politik," katanya.
Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi akan diadakan pada 4 November ini manakala proses penamaan calon akan diadakan pada 26 Oktober di Dewan Masyarakat di sini.
Parlimen Batu Sapi mempunyai 25,582 pemilih termasuk pengundi pos.
Daripada jumlah itu 15,099 orang atau 59 peratus merupakan bumiputera Islam, 9,737 atau 38 peratus Cina, 689 atau 2.69 peratus bumiputera bukan Islam dan 57 orang etnik lain.
Sehingga kini sebanyak tiga parti politik termasuk BN telah mengumumkan calon masing-masing.
Penghuni bawah jambatan dapat rumah baru
KUALA LUMPUR 24 Okt. - Setelah empat bulan hidup dalam keadaan daif di bawah jambatan di susur Lebuh Raya Metramac ke Lebuh Raya Maju Expressway dekat Sungai Besi di sini, sepasang suami isteri boleh menarik nafas lega apabila mereka akhirnya dapat berpindah ke sebuah pangsapuri sebagai kediaman baru.
Masa depan pasangan Hazmain Abdul Jalil, 28, dan isterinya, Siti Faiza Abu Bakar, 27, serta anak sulung mereka berusia setahun iaitu Siti Norafida menjadi cerah setelah nasib malang mereka mendapat simpati daripada seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri.
Ahli perniagaan yang enggan dikenali itu bersetuju mewakafkan sebuah pangsapuri miliknya di Kajang Utama dekat sini untuk didiami tiga beranak terbabit setelah membaca kisah kehidupan daif mereka melalui akhbar hari ini.
Turut dibawa tinggal di pangsapuri bersama tiga beranak tersebut ialah dua lelaki pengutip barang lusuh iaitu Mohd. Hafiz Abdul Aziz, 30, dan rakannya, Tan Chee Wah, 33.
Kedua-dua mereka banyak membantu keluarga terbabit semasa sama-sama menumpang berteduh di bawah jambatan di situ.
Media hari ini menyiarkan kisah seorang pencuci bangunan, Hazmain berasal dari Sabah dan isterinya, Siti Faiza dari Johor bersama anak sulung mereka terpaksa tinggal di bawah jambatan setelah tidak mampu menyewa rumah sejak empat bulan lalu.
Episod duka kehidupan di bawah jambatan yang terdedah kepada cuaca panas, hujan dan nyamuk itu bermula selepas mereka tidak dibenarkan tinggal di kawasan setinggan di Sungai Besi.
Sementara itu, Mohd. Hafiz berasal dari Sepang, Selangor dan Chee Wah dari Serdang pula tiada tempat berteduh selepas disisih keluarga yang tidak boleh menerima hakikat mereka bekas penagih dan penjenayah.
Penderitaan kesemua penghuni bawah jambatan tersebut berakhir apabila dikunjungi oleh rombongan Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO diketuai Pengerusinya, Datuk Muhd. Khairun Aseh hari ini.
Menurut Muhd. Khairun, pihaknya yang bersimpati dengan penderitaan tiga beranak dan dua lelaki yang menghuni bawah jambatan tersebut berusaha mencari jalan untuk membantu mereka.
Beliau berkata, pihaknya bersyukur apabila tampil seorang ahli perniagaan yang prihatin telah bermurah hati menghulurkan bantuan dan mewakafkan pangsapuri miliknya untuk didiami.
"Ada seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang enggan dikenali bersetuju menyerahkan pangsapurinya di Kajang Utama untuk dijadikan kediaman bagi keluarga ini dan dua lelaki berjiran dengan mereka.
"Bagaimanapun buat sementara, kita akan tempatkan mereka di Wisma Belia di sini kerana menunggu pangsapuri di Kajang Utama dibersih dan diubah suai," katanya ketika ditemui pemberita semasa melawat keluarga terbabit di sini hari ini.
Turut hadir Exco Pemuda UMNO Sabah, Mohd. Gasing Saling.
Menurut Muhd. Khairun, selain memberi rumah sebagai perlindungan, pihaknya akan menghantar Siti Norafida menjalani pemeriksaan kesihatan setelah ibu bapanya memaklumkan kanak-kanak itu pernah menghidap sawan dan pelbagai kompilasi penyakit lain akibat tinggal di bawah jambatan.
Beliau berkata, pihaknya juga akan cuba mendapatkan pekerjaan bagi Hazmain bersesuaian dengan kebolehannya.
Mohd. Gasing pula berkata, beliau akan menghubungi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri untuk mendapatkan bantuan termasuk menyediakan tiket penerbangan pulang ke Sabah sekiranya Hazmain sekeluarga memilih berpindah ke negeri tersebut.
Baik ada makna tu almaklumlah nak pilihanraya.
Projek rumah rakyat RM180 juta
Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my
azran.rahim@utusan.com.my
GUA MUSANG 24 Okt. - Kerajaan Pusat melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan membina 1,500 unit rumah bernilai RM180 juta di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang pertama di negeri ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, projek tersebut dilaksanakan kerana Barisan Nasional (BN) komited dan prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat tanpa mengira di mana mereka berada.
Bagaimanapun beliau menegaskan, pelaksanaan projek itu telah dirancang lebih awal selepas Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah memaklumkan masalah yang dihadapi oleh rakyat di kawasan ini dan ia bukan bertujuan memancing undi ketika Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.
"Rakyat yang susah juga ada keinginan untuk memiliki rumah yang selesa, maka untuk itu atas pertimbangan dan kebijaksanaan pimpinan kerajaan BN, maka ia dilaksanakan hari ini.
"Kalau hendak tunggu kerajaan negeri Kelantan ini laksanakan, sama seperti menunggu 'bulan jatuh ke riba,' saya fikir sampai bila pun tidak sampai di Kelantan.
"Di kebanyakan negeri (lain) pun, projek perumahan bukan saja dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat tetapi juga oleh kerajaan negeri yang mampu," katanya ketika berucap melancarkan PPR Gua Musang di Mukim Bandar di sini hari ini.
Projek perumahan tersebut dibina di atas tanah milik Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) seluas 13.8 hektar.
Ia merangkumi pembinaan 1,500 unit rumah yang terdiri daripada 18 blok rumah pangsa lima tingkat dengan pembinaan akan bermula pada awal tahun depan serta dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.
Muhyiddin berkata, PPR Gua Musang agak istimewa kerana pembahagian rumah tersebut dibuat secara saksama iaitu 50 peratus bumiputera dan 50 peratus bukan bumiputera.
"Kerajaan BN mengambil kira semua aspek, kita prihatin dan mendengar masalah rakyat selaras dengan gagasan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
"Dalam hal ini kita dahulukan rakyat miskin dan kita bantu mereka, apa yang pasti, komitmen dan jaminan kerajaan BN untuk membela nasib rakyat tidak kira di mana (mereka berada), hatta di Pagoh atau Gua Musang ini.
"Usaha BN mengambil kira semua kaum, saya telah diberi maklum oleh Tengku Razaleigh bahawa mereka yang memerlukan rumah seperti ini adalah daripada (golongan) bumiputera dan bukan bumiputera," katanya.
Katanya, projek tersebut juga memberikan faedah kepada lebih 10,000 penduduk di kawasan itu dan kerajaan telah memberikan subsidi hampir 70 peratus kepada orang ramai untuk membelinya.
"Setiap unit ini bernilai di antara RM85,000 sehingga RM125,000, satu nilai yang cukup besar tetapi untuk memastikan setiap penduduk mampu membeli rumah, maka kita memberikan subsidi di mana setiap rumah akan dijual tidak melebihi RM35,000.
"Jika kerajaan tidak prihatin mereka perlu membayar harga kos sebenar RM125,000, kerajaan fikir mereka tidak berkemampuan dengan kadar yang cukup besar, jadi diberikan subsidi untuk jualan dan sewa bulanan sebanyak RM125," katanya.
Tambahnya, kerajaan BN bukan sahaja memberi tumpuan kepada masalah perumahan tetapi juga dalam semua aspek termasuk peluang ekonomi bagi memastikan tidak ada pengangguran.
"Kerajaan telah mengeluarkan peruntukan berbilion ringgit untuk membantu rakyat, jadi saya kira adalah tidak keterlaluan untuk menyeru pengundi di Galas khususnya, dan Gua Musang amnya untuk menyokong calon yang kita letakkan nanti," katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)