Saturday, May 24, 2014

Prayuth isytihar PM sementara Thailand


24 Mei 2014


BANGKOK - THAILAND. Panglima Angkatan Tentera Thailand semalam mengisytiharkan diri beliau sebagai Perdana Menteri sementara sehingga pengganti untuk jawatan itu dilantik bagi mengambil alih pemerintahan negara.

Pengumuman yang dibuat Majlis Kawalan Keamanan dan Ketenteraman Awam Negara (NPOMC) memaklumkan, Panglima Prayuth Chan-ocha yang juga komander majlis tersebut akan bertindak sebagai menteri untuk hal ehwal pentadbiran.

"Undang-undang negara ini menetapkan pemimpin NPOMC atau individu yang dilantik sebagai Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk tempoh tertentu," menurut pengumuman berkenaan.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dilaporkan telah melapor diri kepada pihak berkuasa tentera seperti yang diarahkan kerajaan junta di negara terbabit.

Yingluck tiba di auditorium Tentera Diraja Thai di Thewes menaiki kenderaan kalis peluru berwarna hitam lengkap dengan kawalan pengawal peribadi, menurut Bangkok Post.

Sebelum ini, Prayuth mengarahkan Yingluck bersama 155 yang lain termasuk ahli politik dan tokoh penting kerajaan semasa di bawah pemerintah Yingluck melapor diri sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengembalikan keamanan negara.

Ulama’ Tanah Melayu bukan pahlawan kampungan.

Hari Ini Dalam Sejarah | 24 Mei 1915 | Ulama’ Tanah Melayu bukan pahlawan kampungan.

Pada 24 Mei 1915, Hj. Mohd Hassan bin Munas atau lebih dikenali sebagai TOK JANGGUT bersama hampir 1000 pengikutnya telah menyerang British di Pasir Puteh, Kelantan. Dalam serangan tersebut, Tok Janggut sendiri telah terkorban syahid bersama beberapa pengikutnya. Begitulah cerita ringkasnya.

Sepertimana kebanyakkan sejarah Melayu yang lain, kekurangan catatan yang jelas menyebabkan timbulnya berbagai versi penceritaan. Daripada yang berbentuk fakta sehinggalah kepada mitos dan lagenda. Daripada Tok Janggut sebagai ulama’ kepada pahlawan yang kebal ataupun ketua penjahat (Ring leader). Ada juga yang mempertikaikan samada Tok Janggut benar-benar terkorban dalam serangan tersebut atau apakah beberapa gambar yang dikatakan Tok Janggut itu benar-benar gambar beliau. Dalam episod Tok Janggut sumber rujukan yang biasa diambil adalah cerita rakyat, catatan istana serta sumber beberapa pegawai British yang terlibat dalam kejadian. Tetapi perkara utama yang menjadi perbezaan pendapat dikalangan pengkaji sejarah Tok Janggut ialah apakah sebab yang membawa kepada kebangkitan beliau dan pengikutnya menentang British.

2 penyebab yang selalu dinyatakan sebagai faktor utama penentangan Tok Janggut adalah berkaitan cukai tanah dan tanaman serta sentimen anti-British. Terdapat juga pengkaji yang memasukkan unsur penentangan kepada Sultan kerana sikap Sultan dan kerabatnya yang menindas rakyat dan terlalu menurut penasihat British. Namun pendangan ini tidak mendapat tempat dalam versi rasmi sejarah Tok Janggut.

Sejarah Tok Janggut juga biasanya hanya dilihat sebagai isu setempat. Kerana penyebabnya juga adalah isu setempat. Tidak keluar dari linkungan Pasir Putih atau Kelantan, apalagi nak dikaitkan dengan sebarang isu dunia . Namun satu faktor yang jarang disebut dan tidak diterima sebagai sejarah rasmi Tok Janggut ialah melihatnya sebagai satu rentetan dari cetusan kebangkitan Islam sedunia terhadap golongan penjajah yang mulai menakluki negara umat Islam sejak tercetusnya Perang Dunia Pertama pada 1914. Faktor ini walaupun disebut dalam beberapa kajian tetapi akhirnya dinafikan sebagai tiada kena mengena.

Namun fakta bahawa ia disebut cukup untuk membuktikan faktor ini wujud walau dinafikan. Cheah Boon Kheng, professor sejarah di USM dalam bukunya “To’ Janggut/Old Long Beard” banyak memperbandingkan perbagai sumber penceritaan Tok Janggut. Namun bagi beliau faktor kebangkitan Tok Janggut sebagai satu `jihad’ yang ada kaitan dengan penglibatan Turki dalam Perang Dunia Pertama hanyalah bersifat `circumstantial evidence’ (kesimpulan berdasarkan keadaan semasa) tanpa bukti yang lebih dari itu (1). Walaupun tidak membuat kesimpulan yang jelas, beliau lebih banyak memetik faktor kebangkitan Tok Janggut samada kerana isu cukai yang dikenakan ataupun sikap membenci British. Beliau gagal memahami bahawa kebangkitan menentang kezaliman samada dalam bentuk cukai atau apa saja serta penentangan terhadap penjajahan keatas negara umat Islam juga adalah satu bentu jihad didalam Islam.

`Circumstantial evidence’ boleh juga diguna sebagai hujah di mahkamah dan tidak boleh ditolak begitu sahaja. Tentu sekali kita tidak akan menjumpai satu deklarasi bertulis yang ditandatangani oleh Tok Janggut mengatakan kebangkitan beliau adalah menyahut fatwa jihad yang dikeluarkan oleh kerajaan Uthmaniah.

Kita juga memahami bahawa secara kebiasaannya sesuatu peristiwa besar tidak terjadi kerana satu sebab sahaja namun mempunyai banyak faktor dan rentetan peristiwa yang membawa kepadanya. Bermulanya Perang Dunia Pertama bukanlah semata-mata disebabkan oleh pembunuhan Archduke Austria di Sarajevo walaupun peristiwa itu membawa kepada deklarasi perang oleh Austria-Hungary terhadap Serbia pada 28 Julai 1914. Negara-negara yang menyertai perang selepas itu mempunyai pelbagai sebab mereka yang tersendiri dan dendam kesumat yang telah disimpan sekian lama.

Oleh itu tidak hairanlah isu cukai tanah hanyalah sebab terakhir (the last straw) yang mencetuskan penentangan bersenjata oleh Tok Janggut dan penduduk Pasir Putih terhadap penjajah British. British sememangnya telah sekian lama dibenci kerana sikapnya yang angkuh, merampas tanah, membonekakan Sultan, mengambil-alih pemerintahan negeri dan ditambah pula dengan sampainya berita penjajahan British dan Eropah keatas negara Islam yang lain, perang mereka terhadap satu-satu khilafah Islam Uthmaniah di Turki serta peranan British memberikan Palestin kepada Zionis Yahudi.

Untuk memahami senario semasa yang boleh membawa kepada kebangkitan Tok Janggut kita boleh melihat sejauh penglibatan Kerajaan Utmaniayah dalam Perang Dunia Pertama. Penglibatan Turki adalah antaranya kejayaan muslihat Jerman memujuk golongan Turki Muda (Young Turks) untuk menandatangani perjanjian rahsia menyokong Jerman pada 2 Ogos 1914. Golongan Turki Muda telah mula merampas kuasa pentadbiran dari Sultan Abdul Hameed seawal tahun 1909. Penglibatan aktif Turki yang pertama adalah serangan laut keatas pelabuhan Rusia di Laut Hitam pada 28 Oktober 1914. Ini diikuti oleh pengisytiharan perang keatas Turki oleh Rusia pada 2 November dan oleh British dan Perancis pada 5 November 1914. Walaupun Khilafah Utmaniayah berada dalam keadaan yang lemah dan pentadbiran telah banyak dikuasai oleh golongan Turki Muda yang sekular, perang keatas Turki dilihat oleh umat Islam sebagai perang keatas satu-satunya khilafah Islam yang tinggal.

Pada 11 November 1914, Kerajaan Uthmaniyah mengeluarkan fatwa yang ditandatangani oleh Syeikhul Islam Khaiyri Effendi yang menyeru semua umat Islam yang ditindas oleh penjajah barat bangkit bersama Kerajaan Turki. Fatwa ini lebih dikenali sebagai fatwa `Jihadul Akbar Farhu Ain’. Perkembangan ini mendapat perhatian umat Islam di Tanah Melayu terutama terutama dari kalangan Kaum Muda. Orang Melayu melihatnya sebagai Perang Salib Baru yang dilancarkan keatas Islam. Beberapa akhbar semasa terutama akhbar Neracha bukan sahaja memberi liputan perkembangan perang bahkan melancarkan tabung untuk membeli senjata kepada Turki (2).

Faktor sokongan orang Melayu kepada kerajaan Turki juga jelas membimbangkan British. Kalu tidak masakan tidak sampai seminggu dari fatwa jihad dikeluarkan di Turki, akhbar New York Times pada 15 November 1914 melaporkan Sultan Kelantan terpaksa memberi jaminan kepada British bahawa rakyat Kelantan akan tetap taat kepada British dan tidak akan menimbulkan kekacauan walaupun British berperang dengan Turki (3).

Peristiwa Dahagi di Singapura (Singapore Mutiny) pada 15 February 1915 juga menunjukkan Tanah Melayu mengikuti perkembangan kerajaan Turki dalam Perang Dunia Pertama. Dalam peristiwa ini 100 tentera Melayu dan 850 tentera India Muslim dibawah arahan British telah memberontak apabila menerima berita bahawa mereka akan dihantar untuk berperang melawan Turki bagi pihak British. Akibatnya seramai 47 orang telah dijatuhkan hukuman tembak sampai mati disaksikan lebih 15 ribu orang awam pada 25 Mac 1915. Peristiwa ini tentunya menambah kebencian orang Melayu kepada British.

British telah mengambil-alih pemerintahan Kelantan yang sebelumnya berada dibawah naungan Kerajaan Siam sejak 1909 melalui perjanjian Anglo-Siamese. Dalam peristiwa Tok Janggut, `adegan terakhir’ (the last straw) bermula apabila British memperkenalkan cukai tanah menggantikan cukai tanaman sebelum itu. Cukai tanaman yang dikenakan telahpun membebankan rakyat dan cukai tanah yang baru menamatkan kesabaran mereka. Tok Janggut dan pengikutnya membuat keputusan untuk tidak lagi membayar cukai, membuat menentangan terbuka dan merancang untuk mengambil-alih pentadbiran jajahan Pasir Putih.

Mengesan peranan Tok Janggut mengajak penduduk tempatan memerangi British, satu waran tangkap terhadap Tok Janggut telah dikeluarkan oleh Pegawai Daerah Abdul Latif dari Singapura. Ketua Balai Polis Pasir Putih, Sarjan Che Wan Sulaiman telah diarahkan menangkap Tok Janggut. Namun percubaan untuk menangkap beliau pada 29 April 1915 berakhir dengan pertelingkahan yang menyebabkan Sarjan Che Wan ditikam mati. Bermulalah perang Tok Janggut dengan British.

Untuk tempoh yang pendek Tok Janggut berjaya menawan Pasir Putih dan menubuhkan kerajaan sendiri. Ini juga telah menimbulkan kemarahan Sultan Kelantan yang menganggapnya sebagai penderhaka. Pegawai Daerah lantikan British Abdul Latif pula telah melarikan diri ke Kota Bharu. British terpaksa menghantar bantuan tentera dari Singapura untuk menghadapi pemberontakan Tok Janggut. Pada malam 23 Mei 1915, Tok Janggut mengambil keputusan untuk menyerang British daripada menunggu untuk diserang. Tok Janggut menyerang tentera Sikh yang dibawa oleh British dari Singapura sekitar jam 3 pagi, 24 Mei 1915. Dalam pertempuran inilah Tok Janggut bersama 6 lagi pengikutnya gugur syahid. Mayat beliau kemudiannya dibawa ke Kota Bharu dan digantung dengan kepala ke bawah di Padang Bank sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.

Sho Kuwajima, Emeritus Professor di Universiti Kajian Luar Osaka dalam kajiannya terhadap peristiwa Dahagi di Singapura menyimpulkan :
“ ….. melainkan penduduk Kelantan dan anggota Fifth Light Infantry (unit tentera India Muslim yang melancarkan pemberontakan di Singapura) mempunyai persamaan persepsi mereka terhadap perang di Eropah, pemberontakkan di Singapura tidak mungkin akan menggalakkan penduduk Kelantan bangun menentang British sebegitu rupa. Pandangan mereka yang kritikal terhadap perang di Eropah lah yang memaksa mereka (tentera India Muslim) mengorbankan nyawa tanpa kerelaan – pandangan inilah yang dikongsi bersama di Singapura dan Malaya bahkan diseluruh dunia (Islam). Dalam konteks ini kebangkitan rakyat Kelantan pada 1915 `bukan sekadar ribut di dalam cawan, bahkan di pentas dunia’ ( was not a storm in a tea cup, but in the world cup ) (4).

Perjuangan ulama’ Melayu silam seperti Tok Janggut di Kelantan, Tok Ku Paloh dan Hj. Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Mat Kilau dan Dato’ Bahaman di Pahang bukanlah bersifat tempatan semata-mata. Mereka juga bukan pahlawan kampungan. Mereka sendiri telah meletakkan perjuangan mereka merentasi tempurung bangsa Melayu dan sempadan kedaerahan, bahkan meletakkan bai’ah mereka kepada khilafah dan ummah. Malang sekali kalau kita hari ini kembali kepada tempurung kebangsaan yang telah lama ditinggalkan oleh ulama’ pejuang Melayu yang silam. Wallahu’alam.

Ar. Hj. Syed Mohd Radhi Syed Sakkaf
untuk J/Kuasa Pembelaan Ummah
Pertubuhan IKRAM Negeri Selangor

Gambar Hiasan - Pengisytiharan Fatwa Jihad oleh Kerajaan Uthmaniyah Turki

(1) Cheah Boon Kheng ,“To’ Janggut/Old Long Beard” : 2006
(2) Farid Mat Zain, Daulah Uthmaniayah dan Alam Melayu : 2009
(3) http://query.nytimes.com/gst/abstract.html?res=980DE2D8153FE233A25756C1A9679D946596D6CF
(4) Sho Kiwajima, Indian Mutiny In Singapore, 1915 : People who observe the scene and people who heard the news – New Zealand Journal of Asian Studies, June 2009. [Ph]

sumber: Palestine Centre of Excellence - PACE

#aqsasyarif #mygmj2014
 

Bayar RM3.2 juta untuk ke bulan bersama DiCaprio


Aktor utama filem Wolf of Wall Street itu membuat tawaran menyertainya dalam pengembaraan hebat itu ketika menyertai majlis lelongan di Cannes, Perancis untuk pertubuhan amal amFAR.

Namun, penganjur majlis berkenaan tidak mengumumkan identiti pemenang bidaan itu.
Mengikut jadual, pengembaraan ke angkasa lepas itu akan diadakan tahun depan. Sementara itu, Pengerusi amFAR, Sharon Stone berjaya mengumpul sebanyak AS$38 juta (RM122 juta) di majlis berkenaan.

Ia tahun kedua DiCaprio menawarkan perjalanan ke angkasa dalam acara lelongan untuk pertubuhan kebajikan AIDS itu.

Tahun lalu, seorang hartawan Russia Vasily Klyukin membayar AS$1.5 juta (RM4.8 juta) untuk meneroka angkasa bersama DiCaprio dengan kapal angkasa Virgin SpaceshipTwo. - Agensi
Foto
LEONARDO DiCaprio
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/24

Tentera Thai tahan Yingluck


DUA orang bergambar di depan sekumpulan askar-askar Thailand di Bangkok semalam.


BANGKOK - Tentera Thailand menahan bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra (gambar kecil) semalam, kata seroang pegawai kanan tentera.
"Kami telah menahan Yingluck, adiknya dan adik iparnya," kata pegawai tersebut kepada agensi berita Reuters.
Dua saudara Yingluck itu telah memegang jawatan penting politik.
Beliau enggan mendedahkan lokasi Yingluck ditahan.
Bagaimanapun, media menyatakan, beliau ditahan di sebuah pangkalan tentera di wilayah Saraburi, utara Bangkok.
Askar-askar turut menahan sejumlah ahli politik dari kumpulan antikerajaan dan prokerajaan kelmarin selepas Panglima Angkatan Tentera, Prayuth Chan-O-Cha mengumumkan rampasan kuasa berlaku di negara ini.
Operasi penangkapan Yingluck itu dibuat dengan teratur.
Yingluck pada mulanya diminta untuk menghadiri satu mesyuarat.
Pihak tentera kemudian melarang bersama 154 ahli politik dan aktivis daripada meninggalkan Thailand.
Yingluck merupakan adik kepada bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra yang merupakan seorang bilionair telekomunikasi.
Thaksin turut disingkirkan tentera daripada memegang jawatan Perdana Menteri pada tahun 2006.
Rampasan kuasa tentera itu diumumkan kelmarin bagi menstabilkan politik selepas enam bulan Bangkok dipenuhi para penunjuk perasaan antikerajaan.
Pengumuman rampasan kuasa kali ke-12 itu dibuat oleh Prayuth dalam satu ucapan di televisyen.
Jeneral berusia 60 tahun itu berkata, angkatan tentera terpaksa bertindak untuk memulihkan kestabilan di negara rantau Asia Tenggara tersebut.
Yingluck dipecat Mahkamah Perlembagaan pada pertenga han bulan ini kerana beliau menukarkan seorang pegawai tinggi kerajaan.
Kuasa pentadbiran kemudian diserahkan kepada Perdana Menteri sementara, Niwattumrong Boonsongpaisan sebelum rampasan kuasa dibuat. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0524&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz32aFlGYoJ 
Hakcipta terpelihara 

Kerajaan perlu bayar ganti rugi kepada lima peguam


KUALA LUMPUR 23 Mei - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan supaya polis dan kerajaan membayar ganti rugi berjumlah RM75,000 setelah didapati bersalah kerana menahan secara salah lima orang peguam di Balai Polis Brickfields kira-kira lima tahun lalu.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk John Louis O'Hara yang memerintahkan supaya ganti rugi tersebut dibayar kepada setiap seorang peguam terbabit.
Saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan oleh peguam dari Pusat Bantuan Guaman Kuala Lumpur, Ravinder Singh Dhaliwal, Fadiah Nadwa Fikri, Murnie Hidayah Anuar, Puspawati Rosman dan Syulhaini Safwan pada 4 Mei 2012.
Mereka yang mendakwa telah dinafikan hak untuk menjalankan tugas sebagai peguam, menuntut ganti rugi am dan ganti rugi teladan. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140523/ma_05/Kerajaan-perlu-bayar-ganti-rugi-kepada-lima-peguam#ixzz32aAzDcxm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiga maut, 6 cedera ditembak di Republik Afrika Tengah


BAMBARI 23 Mei - Tiga orang awam maut manakala enam lagi cedera di Republik Afrika Tengah hari ini apabila beratus-ratus orang Islam yang bersenjatakan senapang dan parang panjang bertempur dengan pasukan pengaman Perancis yang cuba mengusir anggota kumpulan pemberontak Seleka dari bandar Bambari.
Seorang jurucakap pemberontak di Bambari berkata, anggota pengaman Perancis melepaskan tembakan ke arah sekumpulan penunjuk perasaan menyebabkan tiga mangsa terkorban dan enam lagi cedera.
Namun seorang pegawai tentera pengaman Perancis menafikan dan menyatakan Perancis telah menembak beberapa das tembakan amaran ke udara selepas mereka dikecam. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140523/lu_08/Tiga-maut-6-cedera-ditembak-di-Republik-Afrika-Tengah#ixzz32a9BBX9F
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Yingluck, tiga ahli keluarga lain diarah lapor diri


BANGKOK 23 Mei - Kerajaan junta Thailand mengarahkan bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dan tiga lagi ahli keluarga Thaksin Shinawatra melapor diri kepada pihak berkuasa tentera, sehari selepas rampasan kuasa berlaku di negara ini.
Arahan tersebut disiarkan melalui siaran televisyen tempatan selepas pada awalnya kesemua menteri kerajaan sementara Thailand diarahkan berbuat perkara yang sama.
Bagaimanapun laporan itu tidak menyebut sebab sebenar Yingluck dan ahli keluarganya dipanggil oleh tentera. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140523/lu_12/Yingluck-tiga-ahli-keluarga-lain-diarah-lapor-diri#ixzz32a8pqluQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

AS kaji kerjasama tentera dengan Thailand


WASHINGTON 23 Mei - Amerika Syarikat (AS) akan mengkaji semula hubungan ketenteraan dengan Thailand ekoran tindakan Jeneral Tentera Prayuth Chan-ocha melakukan rampasan kuasa, semalam.
Jurucakap Pentagon, Kolonel Steve Warren berkata, antara perkara yang akan dikaji semula termasuk latihan ketenteraan bersama yang sedang berlangsung di Thailand melibatkan 700 anggota Marin AS.
"Sebarang perubahan tentang kerjasama dan hubungan ketenteraan dengan Thailand akan diberitahu dalam tempoh terdekat," katanya. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140523/lu_13/AS-kaji-kerjasama-tentera-dengan-Thailand#ixzz32a8cjph1
© Utusan Melayu (M) Bhd 

PBB kenakan sekatan terhadap Boko Haram


NEW YORK 23 Mei - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mengenakan sekatan terhadap Boko Haram selepas kumpulan militan itu menculik beratus-ratus pelajar perempuan di Nigeria, bulan lalu.
Keputusan PBB ke atas Boko Haram itu termasuk menyekat kemasukan aset antarabangsa, larangan keluar negara dan sekatan senjata berikutan permintaan Nigeria supaya kumpulan itu dikenakan sekatan oleh awal minggu ini.
Menurut kenyataan Duta Amerika Syarikat (AS) ke PBB, Samantha Power, sekatan yang dikenakan Majlis Keselamatan itu adalah langkah penting bagi membantu Nigeria menewaskan Boko Haram dan pemimpinnya yang disifatkan kejam.
"Kemasukan Boko Haram ke dalam senarai sekatan PBB, akan membantu menyekat sumber kewangan, perjalanan dan senjata kepada militan itu, sekaligus membuktikan perpaduan global menentang keganasan," katanya.
Menurut draf senarai PBB, Boko Haram dinyatakan sebagai kumpulan yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda dan sering mendapatkan bantuan latihan serta bekalan barangan daripada kumpulan militan tersebut.
Pada 14 April lalu, lebih 250 pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di Chibok, Nigeria diculik oleh Boko Haram yang mengugut untuk menjual mereka sebagai hamba.
Dalam perkembangan lain, seramai 29 pekerja ladang yang sedang bekerja di utara pedalaman Nigeria maut ditembak militan Boko Haram menurut sumber polis hari ini, sehari selepas mereka memusnahkan perkampungan Chukku Nguddoa dan mencederakan 10 orang penduduk. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140524/lu_05/PBB-kenakan-sekatan-terhadap-Boko-Haram#ixzz32a7azfAF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Korea Utara, Selatan berbalas-balas tembakan meriam


Kapal Korea Selatan dan Korea Utara berbalas-balas tembakan meriam di selatan Laut Kuning, semalam. - AGENSI
SEOUL 23 Mei - Kapal Korea Utara dan Korea Selatan semalam berbalas-balas tembakan meriam di perairan selatan Laut Kuning yang menjadi tuntutan kedua-dua negara, mengakibatkan penduduk di pulau berhampiran terpaksa dipindahkan.
Menurut Kementerian Pertahanan Korea Selatan, kejadian tercetus apabila kapal Korea Utara melancarkan dua das tembakan meriam yang hampir mengenai sebuah kapal perangnya yang meronda di perairan Pulau Yeonpyeong.
"Tembakan meriam Korea Utara itu jatuh berhampiran kapal kami, tetapi tidak mengakibatkan sebarang kerosakan," kata seorang jurucakap Kementerian Pertahanan.
Jelasnya, kapal perang Seoul kemudian membalas tembakan meriam itu yang hampir mengenai kapal Korea Utara berkenaan.
Penduduk-penduduk Pulau Yeonpyeong juga dinasihatkan berpindah ke kawasan pemindahan dan bot-bot nelayan juga diminta kembali ke pelabuhan.
Seorang lagi pegawai kementerian sama berkata, situasi telah kembali pulih, namun Seoul memantau rapi pergerakan tentera Korea Utara.
Agensi berita Yonhap melaporkan, tiada sebarang kecederaan atau kerosakan berlaku dalam kejadian tersebut.
Insiden itu berlaku ketika Ketua Hal Ehwal Luar Negara Kesatuan Eropah, Catherine Ashton tiba di Seoul dalam lawatannya hari ini.
Ashton dijadual bertemu Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye dan Menteri Luar Yun Byung-se.
Pada November 2010, Korea Utara melancarkan serangan ke arah pulau sama menyebabkan empat rakyat Korea Selatan terkorban. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140524/lu_04/Korea-Utara-Selatan-berbalas-balas-tembakan-meriam#ixzz32a7MBNhj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tentera tahan Yingluck Shinawatra


BANGKOK 23 Mei - Tentera Thailand menahan bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra dan beberapa orang anggota keluarganya selepas memanggil beliau dan menteri-menteri lain untuk mengadakan perbincangan di sini hari ini, sehari selepas tentera melancarkan rampasan kuasa daripada kerajaan sementara, semalam.
"Kami (tentera) telah menahan Yingluck, saudara perempuannya dan ipar lelakinya," kata seorang pegawai kanan tentera kepada Reuters.
Kedua-dua anggota keluarga Yingluck itu memegang jawatan kanan dalam politik.
"Kami akan melakukan yang terbaik dalam tempoh tidak lebih daripada seminggu, tempoh itupun sudah dianggap agak lama. Kami perlu menyelesaikan segala masalah di dalam negara terlebih dahulu," kata pegawai itu, yang enggan menyatakan di mana Yingluck ditahan. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140524/lu_02/Tentera-tahan-Yingluck-Shinawatra#ixzz32a6mjCzY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Jeneral Prayuth isytihar diri PM


Kereta yang dilaporkan membawa Yingluck Shinawatra tiba di auditorium tentera, di mana beberapa orang tokoh penting negara ini dipanggil untuk melaporkan diri kepada junta tentera di Bangkok, semalam. - AFP
BANGKOK 23 Mei - Ketua Tentera Thailand, Jeneral Prayuth Chan-ocha mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri sementara, sehingga penggantinya dilantik secara rasmi untuk mengambil alih pemerintahan negara ini.
Majlis Kawalan Keamanan dan Ketenteraman Awam Negara (NPOMC) dalam pengumumannya berkata, Prayuth yang juga komander majlis berkenaan, akan bertugas menjaga hal-ehwal pentadbiran termasuk hubungan luar negara.
Pengumuman itu dibuat ketika pihak tentera mengarahkan 155 pemimpin parti, aktivis dan ahli politik menghadap kerajaan junta hari ini, termasuk bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra dan tiga ahli keluarganya serta Perdana Menteri Niwattumrong Boonsongpaisan.
Dalam kenyataan yang disiarkan melalui siaran televisyen tempatan, tentera turut mengenakan sekatan ke atas kesemua 155 individu terbabit daripada meninggalkan negara ini bagi memastikan konflik politik yang berlanjutan sejak enam bulan lalu dapat diselesaikan, selain bagi mengekalkan keamanan.
Abang ipar Yingluck, Somchai Wongsawat dan dua ahli keluarganya yang lain adalah antara individu yang dipanggil melapor diri kepada pihak berkuasa tentera di Kelab Tentera dekat Bangkok.
Menurut laporan Al-Jazeera, seramai 41 orang pemimpin terkemuka Thailand termasuk Yingluck dan Niwattumrong berbuat demikian pada tengah hari.
Pihak tentera memberi tempoh sehingga pukul 3 petang untuk mereka melaporkan diri.
Sumber yang rapat dengan Yingluck berkata, bekas pemimpin wanita Thailand itu tiba di Kelab Tentera di Bangkok bersama Niwattumrong sebelum mereka dibawa ke lokasi lain oleh askar kira-kira 30 minit kemudian.
Tidak dapat dipastikan tujuan sebenar kerajaan junta memanggil kesemua pemimpin tersebut.
Tindakan tentera Thailand melancarkan rampasan kuasa semalam, turut mengundang kecaman masyarakat antarabangsa yang bimbang situasi politik itu boleh menjejaskan demokrasi di negara ini. - AFP/AGENSI/REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140524/lu_01/Jeneral-Prayuth-isytihar-diri-PM#ixzz32a6WtMsc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lima terbunuh dalam pertempuran di selatan Ukraine


KARLIVKA, Ukraine 24 Mei - Sekurang-kurangnya lima orang terkorban, selepas berlakunya pertempuran di antara kumpulan pemisah dengan kumpulan sukarelawan bersenjata berat yang disokong oleh tentera kerajaan di timur Donetsk, semalam, dua hari menjelang pilihan raya Presiden Ukraine.
Seorang jurugambar AFP berkata, dia menemui lima mayat di perkampungan Karlivka, barat laut Donetsk.
Katanya, empat daripada mangsa yang terkorban merupakan anggota pemisah dan seorang lagi adalah anggota sukarelawan yang menggelarkan diri mereka sebagai batalion Donbass. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140524/lu_11/Lima-terbunuh-dalam-pertempuran-di-selatan-Ukraine#ixzz32a6APJn6
© Utusan Melayu (M) Bhd 

BEKAS BOS TNB DEDAHKAN BAGAIMANA "BLACKOUT" SELURUH NEGARA TAHUN 1992 DIRANCANG BERTUJUAN UNTUK WUJUDKAN PENJANA TENAGA BEBAS (IPP) DALAM NEGARA INI.